Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari kegagalan-kegagalan kita.
-- John Naisbitt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 236
Ahli: 0
Jumlah: 236




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Jus buah dalam diet pemakanan


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Jus buah dalam diet pemakanan

Please Mendaftar To Post


Oleh Jus buah dalam diet pemakanan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-02-08 15:56


SALAH satu aspek yang selalu disentuh apabila membincangkan topik pengurusan berat badan ialah tentang pengambilan minuman, iaitu berapa banyak dan apa jenis minuman yang diambil.

Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita tidak kisah atau mengambil peduli tentang kandungan kalori yang terdapat dalam minuman dan akibatnya berat badan bertambah.

Jus buah juga antara salah satu minuman yang diminum dengan banyak kerana beranggapan jus buah adalah pilihan minuman yang sihat. Sebenarnya, jus buah boleh dimasukkan dalam diet seharian sekiranya kita mematuhi dua syarat utama ini.

Pertamanya, minum jus buah yang diproses 100 peratus buah sebenar dan keduanya, pastikan jumlah yang sepatutnya diminum.

Baca label pada pek untuk memastikan sama ada produk tersebut benar-benar mengandungi 100 peratus jus buah. Awas jika tertera perkataan fruit drink (minuman buah), food cocktail (koktel buah) atau fruit punch (punch buah), yang bermakna jus tersebut mengandungi pewarna tiruan serta gula yang berlebihan.

Bagi orang dewasa, sukatan yang patut diambil tidak lebih daripada dua cawan sehari. Bagaimanapun, kuantiti tersebut mungkin berbeza mengikut peringkat umur, berat badan dan jantina, tetapi sukatan ini sesuai dijadikan garis panduan ketika mengambil sebarang jus buah.

Walaupun boleh mengambil dua gelas jus buah sehari, masalahnya tidak ramai yang mematuhi sukatan tersebut dan lebihan kalori pada buah tersebut boleh bertukar menjadi berat badan.

Kanak-kanak pula tidak memerlukan jus buah seperti orang dewasa. Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun hanya memerlukan 4 auns hingga 6 auns jus setiap hari, manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 18 tahun hanya 8 hingga 12 auns jus. Diingatkan ini jus buah asli sahaja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-06-08 08:43


Tak ramai yang alert pasal jus buah-buahan..
ada org lebih suka makan buah begitu saja..
ada yang tak suka mengunyah baru lah dia minum jus..

tapi, ramai pulak yang ambil mudah beli jus yang sudah dipek.. sdgkan kalori dan kandungan gula dalam jus tu memang dah tinggi..
silap haribulan bukan makin sihat..makin berdiabetis nanti..:)

so..jika ada kelapangan.. baik buat jus sendiri.. dengan buah yang kita sendiri pilih..(surely, kita akan pilih buah yang terbaik..bukan yang buruk dan lembek..)
dan kita boleh sukat banyak mana sudu gula yang nak digunakan..

cuma ak quote sikit dr pengkaji ni..-Paavo O. Airola, dan.D., Ph.D.

" Thousands of people throughout the world fast regularly not to cure any particular disease,
but because they consider fasting to be an effective way to cleanse the body from accumulated wastes,
build up the physical stamina and resistance against disease and revitalize and rejuvenate the functions of all
their vital organs".

Benjamin Franklin

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 13-07-08 16:58


buat jus buah sendiri lebih bagus and dont add sugar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

amancalledboy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.07.2008
Ahli No: 33940
Posting: 128
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-07-08 17:44


walaupun tembikai susu dah ada 'susu'...tapi ana suka tambah susu bila minum jus tembikai susu.. :-D :-D :-D

bila nak order saja..

carrot susu satu!
epal susu satu!
err..tembikai susu susu satu?!

Bookmark and Share

    


  Member Information For amancalledboyProfil   Hantar PM kepada amancalledboy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085173 saat. Lajunya....