Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 89
Ahli: 0
Jumlah: 89




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 2 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..

Please Mendaftar To Post


Oleh Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 09:58


Sabtu, 2008 Februari 09

Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur..

Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran.

Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja..

ALlah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.

Menasihati bukan satu cara sahaja

Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya).

Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong, lidahnya tidak celupar menuturkan kata.

Tentulah wahai tuan, ALlah tidak melihat kepada natijah kepada usaha. Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.

Marilah tuan, tiada ruginya kita berbuat kebaikan..

Sumber : AKU MALU UNTUKMENEGUR PERKARA MUNGKAR...


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 13-02-08 10:35


lah padanlah macam pernah nampak saja tajuk tu..upenye penulisnye paste kat sini ek :-)..u are writing what i really yearn to let others "see"..


-----------------
p(^_^)q
gambaru!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

srikandisutera
WARGA SETIA
Menyertai: 11.04.2005
Ahli No: 15726
Posting: 444
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 13-02-08 12:19


bagaimana pula kita nak menasihati sahbat kita tentan sesuatu perkara tapi kita takut dia 'terasa' atau pun nanti persahabatan kita and dia renggang..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisuteraProfil   Hantar PM kepada srikandisutera   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 13:23


Pada 13-02-08 12:19 , srikandisutera posting:

!!! QUOTE !!!

bagaimana pula kita nak menasihati sahbat kita tentan sesuatu perkara tapi kita takut dia 'terasa' atau pun nanti persahabatan kita and dia renggang..?
kena hikmah dan creative..latihan untuk gerakkn otak kita..
tapi ianya bukan mudah kan...tegur sikit-sikit...jangan direct, nanti kita pula yang buat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 13-02-08 16:04


Pada 13-02-08 13:23 , myway posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-02-08 12:19 , srikandisutera posting:

!!! QUOTE !!!

bagaimana pula kita nak menasihati sahbat kita tentan sesuatu perkara tapi kita takut dia 'terasa' atau pun nanti persahabatan kita and dia renggang..?
kena hikmah dan creative..latihan untuk gerakkn otak kita..
tapi ianya bukan mudah kan...tegur sikit-sikit...jangan direct, nanti kita pula yang buat..


syukran jazilan
p/s: quote di atas just sebab supaya posting ni di allow..sebab kalau tak dia kata pendek sangat


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 16:06


Pada 13-02-08 13:23 , myway posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-02-08 12:19 , srikandisutera posting:

!!! QUOTE !!!

bagaimana pula kita nak menasihati sahbat kita tentan sesuatu perkara tapi kita takut dia 'terasa' atau pun nanti persahabatan kita and dia renggang..?
kena hikmah dan creative..latihan untuk gerakkn otak kita..
tapi ianya bukan mudah kan...tegur sikit-sikit...jangan direct, nanti kita pula yang buat..



betul tu.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

FARISZ_AZ
Warga Rasmi
Menyertai: 11.02.2008
Ahli No: 32588
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 16:40


Allah telah m'ciptakan roh dahulu sebelum m'ciptakan jasad.Allah m'ciptakan semua roh secara serentak dan menciptakan jasad mengikut masa yang dikehendaki-Nya.Semasa roh kita diciptkan.kita telah berjanji bahawa kita akan berpegang pada kalimah "Lailahaillallah dan Muhammadurrasulullah".kita juga diberitahu bahawa kita melakukan kebaikan dan m'cegah keburukan.Nabi Muhammad S.A.W juga telah bersabda:tegakkanlah kebenaran walaupun ia pahit.

Alasan tidak mampu tidak boleh diguna pakai kerana sdgkan adik kitapun kita xtgr(sebilangan org).Jika tidak mampu dengan tangan,lakukan dengan lidah,jika tak mampu juga lakukan dengan hati(selemah2 iman).

Ada ulama' yang menegakkan kebenaran tetapi ada juga adun kawasam atau pentadbir kawasam atau ahli perniagaan yang halang.dia cakap ada unsur politik.ulama' cakap pasal iman dan akidah.pae kaitan dengan politik?kaitannya adalah mereka tak dapat cari untung.kita tidak boleh memarahi mereka tetapi kita perlu bertindak dengan membantu mereka m'cari ilmu,mengajar mereka dan sebagainya.lakukan secara baik.jika dengan baik tidak dapat diterima oleh mereka barulah tindakan keras dilakukan.Islam bukan agama yang Zalim.Kita inipun masih jahil.Kita tidak boleh menegur secara memarahi.tapi biarlah secra lembut dulu.Tapi ada juga yang takut tegur org lain secara lambat.Berusahalah dulu.asalkan kita dah brsh.tawakal lah kepada Allah.

Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For FARISZ_AZProfil   Hantar PM kepada FARISZ_AZ   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 17:07


:-) Assalamualaikum



    Sebenarnya memang tidak dinafikan susah untuk menegur...apatah lagi jika ianya melibatkan ahli keluarga dan sahabat handai...sebab manusia ni ada yang tidak suka ditegur walaupun ditegur dengan berhemah.....

    Walaupun pada diri kita ada keberanian untuk menegur....tetapi kadang-kadang kena kumpul kekuatan dan kena ambil risiko selepas itu...

Pernah menegur seorang rakan..selepas itu beliau tak bertegur sapa dengan saya berhari2...kadang-kadang ini buat kita jadi tension dan sebagainya....

Tapi sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang insan...kita hendaklah sentiasa tegur menegur untuk kebaikan....

    "Berkatalah benar walaupun ianya pahit..."


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-02-08 20:36


!!! QUOTE !!!

bagaimana pula kita nak menasihati sahbat kita tentan sesuatu perkara tapi kita takut dia 'terasa' atau pun nanti persahabatan kita and dia renggang..?


menegur ini ada seninya - sebab itu zaman dahulu ada pantunnya, ada kiasnya..

Contoh : siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama2 mencuri..

Kenapa mencuri itu hasil dari berbohong.. sebab mencuri itu bukan hak milik seseorang tetapi dia mengambil dari hak orang lain. kat situ dah ada pembohongan hak milik.

Seorang guru beritahu pada anak murid - bila nampak kawan-kawan tak pakai tudung.. cakap elok-elok padanya - kalau awak pakai tudung tentu lebih ayu dan cun.. Tak pun masa hari lahir, belikan sahaja tudung kepadanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-08 18:20


JOm kita fikir macam mana nak menyebarkan kasih sayang melalui nasihat... :) Ya ALlah..Jauhilah umat ini dari mempunyai individu yang bersikap pentingkan diri sendiri.. Amiinn

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-02-08 20:44


Den upkan topik ini untuk peringatan sesama kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

tulips_ilah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25834
Posting: 77
Dari: green_world

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-02-08 21:33


Pada 13-02-08 12:19 , srikandisutera posting:

!!! QUOTE !!!

bagaimana pula kita nak menasihati sahbat kita tentan sesuatu perkara tapi kita takut dia 'terasa' atau pun nanti persahabatan kita and dia renggang..?


:bunga: betul tu..
:-( sedih kan...bila kawan sendiri dah 'hanyut'..
:oops: tapi...bila kita dah tegur dan buat macam-macam lagi..kita kan just hambaNYA yang mampu usaha...ALLAH juga yang bagi hidayahnya kan...
:-( yang penting kita jangan lupa doakan sahabat kita tu dalam solat...
:-( tawakkal...habis cerita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulips_ilahProfil   Hantar PM kepada tulips_ilah   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-02-08 00:23


erm..betul tu..ana pun takut nak tegur..
mungkin tak ada kekuatan dalam diri..
kalau ajak kawan-kawan ke arah kebaikan mungkin boleh..
tapi nak tegur menegur ni ana tak kuat...
selemah-lemah iman..ana guna hati saja..
itu yang termampu saat ni..
moga Allah beri lebih kekuatan kepadaku..aaameen

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-02-08 07:59


saya pernah tegur seorang rakan
walau apa pun saya dahului niat saya kerana Allah s.w.t
hmm masing-masing dari kita ada kelebihan dan kekurangan :-(
tapi oleh kerana tak sanggup dia terus berdosa
saya kuatkan hati8-)
rasa tak tenang pula
kerana saya tau benda tu salah
mugkin dia buat sebab dia tak tahu
dah tegur terpulanglah, sekurangnya saya dah cuba laksanakan tanggunjawab saya.... :-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-08 10:04


terkadang diri kita dalam dilema apabila orang yang hendak ditegur itu rapat - seperti kawan rapat, atau teman sendiri, atau suami, atau ayah dan ibu serta adik beradik sedarah sedaging..

Memang perlulah kepada pendekatan yang lebih berhikmah, masa yang amat sesuai.

Contohnya : Jika dengan kawan - kita terkadang tahu waktu yang amat sesuai untuk berbicara secara serius atau pun dengan cara berkias. Atau dengan cara bercerita, atau bertanya (walaupun kita tahu jawapannya) sekadar untuk membuka cerita - padahal ia menyentuh secara tidak langsung kepada diri kawan tersebut.

Untuk membuatkannya berfikir..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-03-08 03:10


ada sesetengah berani tegur dan ada tidak..
ikut keadaan dan orang juga bila berani menegur..

perkara kecil yang tak terbuat2 dari dulu sampai sekarang..
hatiku pedih melihat orang sebelah berus gigi atau basuh muka
dengan membiarkan air paip mengalir..
aduh pedih sungguh hati melihat pembaziran itu..
tutuplah pili air tu sambil2 berus gigi ke basuh muka ni tidak.. :-) kasihan air tu..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-03-08 20:33


Pada 05-03-08 03:10 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

ada sesetengah berani tegur dan ada tidak..
ikut keadaan dan orang juga bila berani menegur..

perkara kecil yang tak terbuat2 dari dulu sampai sekarang..
hatiku pedih melihat orang sebelah berus gigi atau basuh muka
dengan membiarkan air paip mengalir..
aduh pedih sungguh hati melihat pembaziran itu..
tutuplah pili air tu sambil2 berus gigi ke basuh muka ni tidak.. :-) kasihan air tu..



benar juga, memang sudah banyak pembaziran dalam menggunakan air berlaku. Begitu juga pembaziran dalam guna tenaga (orang yang melepak tanpa berbuat apa-apa kerja).


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117498 saat. Lajunya....