Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-07-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 52
Ahli: 0
Jumlah: 52




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 19 hari yang lalu
Daeng_Jati: 40 hari yang lalu
Kang: 44 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kemantapan Insan Yang Bergelar Muslimah !


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kemantapan Insan Yang Bergelar Muslimah !

Please Mendaftar To Post


Oleh Kemantapan Insan Yang Bergelar Muslimah !

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: Tm Mlwt, Kl Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-05-03 21:44


Allah telah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuanga di jalanNya dalam barisan yang teratur umpamanya satu bangunan yang tersusun kukuh.”

Begitu juga harakah yang kukuh hanya boleh terbina dari barisan mantap yang berorganisasi tersusun dan bersatupadu. Kemantapan muslimat adalah bergantung kepada usaha untuk memajukan lagi prestasi kita sebagai barisan pejuang yang cuba menyebarkan Islam sebagai satu penyelesaian kepada seribu satu macam tribulasi yang dihadapi masyarakat kini. Untuk mengingatkan diri kita, kita mestilah sentiasa cuba meningkatkan ilmu dan kepakaran, berfikiran matang dan terbuka, mempunyai satu fikrah dan juga memahami serta menjiwai misi jemaah yang kita sertai.

Di antara ilmu dan kepakaran yang penting untuk dipelajari dan dikuasai ialah penyusunan dan perlaksanaan strategi perjuangan. Jemaah yang besar dan meluas pergerakannya tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melakukan kerja tanpa sususan yang kemas dan teratur. Sesungguhnya kita merasa terhormat kerana telah dipilih Allah sebagai salah seorang yang berusaha untuk mendaulatkan agamaNya. Jadi dalam melakukan tugas suci ini, sudah semestinya kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik sahaja bukan hanya sekadar yang termampu.

Kita mesti bersiap sedia menghadapi musuh dengan apa jua kekuatan yang termampu. Kita mesti cuba memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam pergerakan muslimat dan bukan melarikan diri daripadanya. Oleh itu idea dan strategi baru yang bernas serta kerjasama yang padu terutama dari barisan muda amat diperlukan. Barisan pelapis mestilah dibimbing supaya memahami perjuangan. Sesungguhnya kita mahukan muslimat yang lebih tangkas, cekap dan berupaya merancang segala program dan apa jua bentuk gerakkerja dengan teratur. Piliharaya akan datang perlu dihadapi dengan persiapan yang cemerlang.

Demi menuju ke arah kemantapan, muslimat juga perlu berusaha untuk mencapai fikiran yang matang dan terbuka beserta ketajaman akal. Untuk itu muslimat perlu peka dengan perkembangan dunia globalisasi.

Keganasan yang dilakukan zionis merupakan satu rancangan untuk menghancurkan umat Islam. Kaum wanita telah menjadi mangsa kekejaman dan kebuasan nafsu musuh-musuh Islam. Sesungguhnya janji kita adalah untuk terus memperjuangkan hak wanita Islam diseluruh dunia dan khususnya di negara kita.

Muslimat tidak boleh merasa lega memandangkan negara kita berada di dalam aman tanpa peperangan kerana sesungguhnya peperangan pemikiran itu tetap ada malah lebih merbahaya lagi. Musuh Islam telah berjaya mempengaruhi media massa dan seterusnya meracuni pemikiran umat Islam terutamanya dalam banyak perkara. Muslimat mesti bijak menganalisa segala perkara yang berlaku. Sebagai contoh tentang kejayaan musuh dalam mengatur segala rancangan jahat terhadap dunia Islam seperti Bosnia, Somalia , Iraq dan Palestin, sepanjang zaman tanpa tindakan dari negara Islam yang kaya yang hanya berdiam diri melihat kekejaman di depan mata. Pemikiran kita telah lama dijajah terutama pemikiran generasi muda yang lebih cenderung kepada budaya sosial yang bebas, mengakibatkan kepincangan rumahtangga, remaja lari dari rumah, budaya “Black Metal” yang menyebabkan keruntuhan akhlak yang serius.

Mengapa tiada tindakan pencegahan yang tegas dari pihak yang bertanggungjawab dan pihak berkuasa? Muslimat perlu berusaha untuk menyelidiki dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut dengan segera dan bukan hanya memeluk tubuh. Sudah sampai masanya untuk kita mengadakan khidmat secara sekarela terutama kepada mangsa dan remaja yangterlibat. Selain menegakkan syariah dalam keluarga, kita juga bertanggungjawab untuk menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Kesempurnaan akhlak amat penting dan utama dalam menarik masyarakat kepada Islam. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dan kemantapan diri dalam kita menangani segala mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ini.

Muslimat peka…

Allahu Ta'ala a'lam...


-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

albinanji_10
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 333
Posting: 26
Dari: Negeri Bertuah

Perak  


posticon Posting pada: 19-05-03 21:58


syukran salafian...mmg mantap...para muslimah sekalian pastinya lebih bersemangat lepas ni.....sekarang muslimah memainkan peranan yg tak kurang pentingnya dalam proses tajmek dan pentarbiyahan...boleh dilihat skrg naqibah2 dah bertambah kualitinya...dan adakalanya menunjukkan ciri2 seorg dae'i yg layak dipanggil dae'i....teruskan perjuanganmu wahai muslimah...tugas dakwah juga terletak dibahumu..

-----------------
-eratkan Ukhuwah,gerakkan Islah-salurkan tautan ukhwah menerusi persahabatan yg tulus ikhlas agar ia mampu menjadi pendukung kepada keteguhan iman dan keterbukaan fikiran


Bookmark and Share

    


  Member Information For albinanji_10Profil   Hantar PM kepada albinanji_10   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-03 00:22


Bismillahirrahmanirrahim...

Firman Allah Ta'ala dalam surah Ali 'Imran :

"kuntum khaira ummatin ukhrijat linnasi takmuruna bil ma'rufi watanhauna 'anil munkari wa tukminuna billah...."

Sesungguhnya manusia ni adalah ciptaan Allah yg terbaik dan terpilih utk dipertanggungjawabkan sebagai khalifah di atas muka bumi sekaligus mendokong peranan sebagai du'at... tak kira lelaki mahu pun perempuan...

insya Allah, same2 lah kite berganding bahu dalam mencapai impian utk menjadi umat terbaik... Umat Islam adalah umat terbaik!!! Sesungguhnya tugas adalah dakwah tugas kite semua... bukan hanya semata2 terletak di bahu seorang pelajar agama, ustaz atau pun ustazah saje... selagi kita ni bernama muslim dan muslimah, kita ade tugas utk mempastikan cita2 dlm mencapai kesejahteraan umat di dunia dan akhirat akan tercapai...

selamat berjuang wahai para du'at.... moga Allah memberkati tiap usaha dan langkah kita... Amiinn...



-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

albinanji_10
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 333
Posting: 26
Dari: Negeri Bertuah

Perak  


posticon Posting pada: 20-05-03 23:16


setuju ngan kak kaei...nak cakap itu je..

-----------------
-eratkan Ukhuwah,gerakkan Islah-salurkan tautan ukhwah menerusi persahabatan yg tulus ikhlas agar ia mampu menjadi pendukung kepada keteguhan iman dan keterbukaan fikiran


Bookmark and Share

    


  Member Information For albinanji_10Profil   Hantar PM kepada albinanji_10   Quote dan BalasQuote

pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-05-03 23:42


syukran akhi dhany di atas artikel yg bermanfaat di atas....wah...naik semangat ana!..

sesungguhnya peranan sebagai seorg muslimah da'ei amatlah besar....
bukan sahaja berbakti kpd keluarga,bahkan kepada agama dan ummah..
marilah kita mengambil contoh ketabahan ummahatul mukminin dlm membantu Rasulullah menyampaikan dakwah kpd seluruh umat manusia....

-----------------
Kuli kepada Dakwah...
Hamba kepada Allah...
hidup mulia @ mati syahid..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pErMaIsUrI_hAtIProfil   Hantar PM kepada pErMaIsUrI_hAtI   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 00:59


a'kum

heheh setuju3..

tak tau nak cakap pe

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

sufi_musafir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 731
Posting: 108
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 03:00


Cahaya Islam menaikkan taraf muslimah, maka benarlah kata pepatah tangan yg menghayun buaian itu boleh menggoncang dunia!!!wallahhu'alam....

-----------------
Alangkah sukarnya mendidik nafsuku,yg tidak dpt melihat kebenaranMu....Bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_musafirProfil   Hantar PM kepada sufi_musafir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100421 saat. Lajunya....