Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 7 jam, 54 minit yang lalu


Cuti-Cuti Malaysia
Topik: Politik daya tarikan Kelantan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cuti-Cuti Malaysia
    »» Politik daya tarikan Kelantan

Please Mendaftar To Post


Oleh Politik daya tarikan Kelantan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 17:01


KOTA BHARU 9 Feb. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, corak pemerintahan Pas yang berbeza daripada Kerajaan Pusat merupakan salah satu faktor tarikan pelancong asing dan tempatan ke negeri itu.

Katanya, perbezaan itu menambahkan keunikan Kelantan selain kelainan cara hidup yang dikaitkan dengan pelbagai bentuk kesenian tradisional dan makanan di samping keramahan penduduknya.

Sehubungan itu , beliau percaya melalui promosi Tahun Melawat Kelantan 2008 dengan pakej-pakej baru yang diperkenalkan, sasaran untuk menerima 5.7 juta akan tercapai.

Beliau berkata, sejumlah 5 juta pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Kelantan sepanjang tahun lepas dengan jumlah perbelanjaan mereka mencecah RM1.6 bilion.

"Saya yakin sasaran tahun ini dapat dicapai berdasarkan kepada perkembangan masyarakat dunia yang ingin melihat apa yang sedang berlaku di Kelantan terutama sistem pemerintahan yang berasaskan Islam," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan kempen Tahun Melawat Kelantan 2008 di sini malam tadi.

Sempena pelancaran itu, lebih 40 kumpulan kebudayaan dan kesenian rakyat pelbagai kaum menyertai perarakan mengelilingi bandar ini bagi memeriahkan sambutan.

Nik Abul Aziz berkata, bagi mencapai matlamat itu pihak Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan mempergiatkan promosi ke beberapa negara Timur Tengah, Belanda dan negara jiran.

Menurutnya sepanjang kempen itu Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan akan menganjurkan pelbagai program bulanan termasuk peringkat antarabangsa terutama pertandingan Go-Kart, pesta wau antarabangsa dan pesta makanan ASEAN.

Menurut beliau lagi, pondok-pondok pengajian agama yang dibina oleh ulama-ulama masa silam bagi mengukuhkan kerohanian rakyat, boleh dikunjungi.

''Ratusan kuih muih tradisional, makanan laut dan sifat ramah mesra rakyat, Kelantan dapat memikat hati pelancong menerusi pameran dan persembahan kesenian," ujarnya.

Beliau berkata, kehalusan seni rakyat Kelantan dalam menghasilkan barangan kraftangan yang terkenal seperti batik, kain songket, barangan perak dan pelbagai bentuk wau juga merupakan satu daya penarik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.07666 saat. Lajunya....