Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 120
Ahli: 0
Jumlah: 120




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 1 hari, 12 jam, 29 minit yang lalu
Kang: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu
muslimin23: 30 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Bapa Jamal Abdillah meninggal dunia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Bapa Jamal Abdillah meninggal dunia

Please Mendaftar To Post


Oleh Bapa Jamal Abdillah meninggal dunia

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 17:00


IPOH 9 Feb. - Bapa penyanyi terkenal Jamal Abdillah, Ali Hussein, 75, meninggal dunia awal pagi ini selepas mengalami sesak nafas di kediamannya di Rapat Setia, Gunung Rapat di sini.

Allahyarham yang merupakan guru agama terkenal menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli-ahli keluarga terdekat kira-kira pukul 1.05 pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Noraziah Rashid, 55, dan dua lagi anak selain Jamal iaitu Jamilul Hayat yang juga seorang penyanyi pada era 1980-an dan pelakon drama, Helmi Hussein.

Jamal ketika ditemui pemberita di kediamannya berkata, pemergian bapanya secara mengejut amat menyedihkan keluarga.

''Ayah adalah rakan karib saya. Setiap kali saya jatuh, beliaulah orang pertama yang hadir mendampingi dan memberi panduan kepada saya.

''Kepercayaannya bahawa saya mampu berubah tidak pernah pudar sehingga ke akhir hayat," kata beliau.

Jamal berkata, beliau agak terkilan kerana tidak berkesempatan untuk berada di sisi Allahyarham sewaktu saat-saat akhir hayatnya.

''Malam tadi saya masih berada di Kuala Lumpur tetapi saya tetap bersyukur kerana sempat berbual dengan ayah di telefon semalam," katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia pada kira-kira pukul 11 pagi ini dengan dihadiri kira-kira 300 sanak-saudara, sahabat-handai dan anak muridnya.

Turut kelihatan ialah Presiden Persatuan Pengasih, Mohd. Yunus Pathi; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pendidikan Agama Negeri Perak, Datuk Mohd. Zaim Abu Hassan dan beberapa artis terkenal tanah air.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

secerahpawarna
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.05.2005
Ahli No: 16384
Posting: 34
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 17:13


Al Fatihah buat ayahanda beliau.......Moga Jamal Abdillah bisa menunaikan hajat ayahnya yang ingin melihatnya berubah...

"Hidayah Allah adakah terasa..Kalau masih belum ,carilah segera, di mana-mana ,ia pasti ada, cuma diri kita sering menolaknya.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For secerahpawarnaProfil   Hantar PM kepada secerahpawarna   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 10-02-08 17:15


Pada 10-02-08 17:13 , secerahpawarna posting:

!!! QUOTE !!!

Al Fatihah buat ayahanda beliau.......Moga Jamal Abdillah bisa menunaikan hajat ayahnya yang ingin melihatnya berubah...

"Hidayah Allah adakah terasa..Kalau masih belum ,carilah segera, di mana-mana ,ia pasti ada, cuma diri kita sering menolaknya.."


insyaALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099294 saat. Lajunya....