Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 18-09-2024 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | UNDILAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) |
---|---|
khairani |
Posting pada: 08-02-08 17:30
KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Kerajaan PAS Kelantan berjaya merintis perubahan dengan melaksanakan beberapa dasar "membangun bersama Islam": 1. Cuti 2 hari seminggu 2. Cuti bersalin 60 hari 3. Pinjaman tanpa faedah 4. Pajak Gadai Islam (Ar-Rahn) 5. Rumah Tiga bilik 6. Menutup Premis Perjudian & Pusat Hiburan 7. Papan Iklan Wanita menutup aurat 8. Maahad Tahfiz Sainz 9. Bandar Raya Islam 10. Skim Takaful Warga Emas (percuma) 11.Dinar Emas dan banyak lagi perubahan akan dilakukan seperti Negara Kebajikan sekiranya PAS diberi peluang memerntah Malaysia... Dalil kita perlu menegakkan kerajaan Islam: 1)"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44) 2)"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45) "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan 3)Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47) *****KAMI SOKONG HUDUD***** |
wahidatulfarahah |
Posting pada: 08-02-08 17:39
Faktor Kekuatan PAS
• berpegang kepada Islam • Gerak kerja dan doa mereka yang terdahulu dari kita, tali-menali sehingga ke hari ini terus–menerus memberikan kekuatan kepada parti dan jamaah • “ Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui………………” (as Saff: 10-12) • Kerana itu kita seharusnya sentiasa berbangga dan bersemangat dalam menjana dan melakasanakan gerakerja parti khususnya yang berkaitan pilihan raya ini. • Kelantan sebagai model • melahirkan corak kepimpinan Islam yang sehingga ini terus diperkatakan oleh kawan dan lawan • Inilah model yang mahu kita bawa dan laksanakan disemua peringkat di negeri-negeri sehinggalah ke peringkat Federal jika dengan izin Allah swt rakyat memberikan mandat kepada kita. kesimpulan: saya SOKONG PAS! |
rimbabara |
Posting pada: 08-02-08 18:14
rasanya lagi 2 minngu parlimen bakal dibubarkan...
bendera pun dah banyak tergantung sana sini...hehehe meriah... |
zairul_lahh |
Posting pada: 08-02-08 20:02 |
khairani |
Posting pada: 08-02-08 20:15
Warga Emas diKELANTAN dilindungi TAKAFUL
Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan mencarum insurans kepada warga emas berumur antara 60 hingga 75 tahun sebagai usaha meringankan bebanan kehidupan mereka. Sehubungan itu sebanyak RM3 juta bagi membiayai skim insurans kepada warga emas di bawah Skim Perlindungan Sosial Takaful diperuntukan kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, cadangan itu akan dibentang pada persidangan Dun November ini. "Sekiranya ia diluluskan, bermula Januari tahun hadapan warga emas berpeluang menyertai skim insurans perlindungan tersebut. Pencarum akan menerima pampasan apabila mereka meninggal dunia," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 59 orang kurang upaya (OKU) di Dun Salor, baru-baru ini. Di Kelantan sekarang dikenalpasti terdapat seramai 110,000 warga emas. Skim itu diberi keutamaan kepada warga emas yang daif, miskin dan mempunyai tanggungan ramai. Setiap mereka akan dicarum sebanyak RM25 setahun. Husam juga berkata, bagi Tabung OKU kerajaan negeri akan menaikkan jumlah peruntukan daripada RM500,000 kepada RM1 juta mulai tahun hadapan. Pada majlis itu setiap OKU menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat antara RM300 hingga RM600. Turut hadir hadir Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda Kubang Kerian, Mohd Nuri Yaakob. |
sya_ryn |
Posting pada: 08-02-08 20:39
Pengalaman perit di bawah Pas
KUALA TERENGGANU: Pengalaman tidak dibayar elaun dan ditegah mengajar al-Quran yang menjadi rutin harian dua bekas qariah Terengganu dan kebangsaan, adalah pengalaman memeritkan mereka ketika Terengganu diperintah kerajaan pembangkang. Biarpun ditegah, berpegang kepada prinsip ilmu perlu dikongsi menyebabkan Datuk Rogayah Sulong, 65, dari Kampung Batu 29, dan muridnya, Sapiah Mohamad, 57, dari Kampung Nasi Dingin, Kuala Berang, tetap meneruskan rutin harian tanpa sebarang imbuhan. Rogayah atau mesra dengan panggilan ‘Mak Su’ pernah muncul johan qariah peringkat negeri dan kebangsaan sebanyak tujuh kali mulai 1961 hingga 1979. Beliau berkata, beberapa hari selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum 1999, dia menerima panggilan telefon memaklumkan elaun bulanan dibayar kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 1962 dipotong tanpa sebarang alasan. Katanya, pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) yang menghubunginya memaklumkan elaun dipotong dan diarah berhenti mengajar al-Quran di masjid oleh kerajaan Pas. "Mak Su cukup terkilan kerana arahan itu dikeluarkan pemimpin yang sering melaung-laungkan slogan membangun bersama Islam dan Islam asas perjuangan parti itu," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam. Rogayah yang juga johan Qariah peringkat antarabangsa sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979, kini mempunyai lebih 700 murid termasuk Sapiah. Katanya, walaupun diarah tidak mengajar mengajar di masjid, tetapi rutin harian itu tetap diteruskan tetapi di pondok atau serambi rumah anak muridnya. "Walaupun menerima cacian dan pelbagai tohmahan daripada penyokong dan kepemimpinan Pas, tetapi Mak Su tetap teruskan rutin harian bukan kerana imbuhan, sebaliknya sebagai memenuhi tuntutan agama," katanya. Beliau berkata, dia bersyukur kepada Allah kerana pemerintahan kerajaan Pas tidak berpanjangan, sebaliknya rakyat sebulat suara menghukum kepemimpinan pembang-kang yang hanya pandai bercakap mengenai agama, tetapi tidak melaksanakan suruhannya. Rogayah berkata, program peningkatan syiar Islam dilaksanakan kerajaan BN dalam tempoh empat tahun diakui menepati suruhan dan perintah agama seperti dituntut agama. "Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepemimpinan Pas kepada kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, tetapi dia berjaya melaksanakan suruhan Allah walaupun belum sempurna," katanya. Sapiah yang pernah muncul johan qariah peringkat negeri dan kebangsaan berkata, pembinaan 92 masjid, pembayaran semula elaun hafiz serta guru al-Quran, pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI), membuktikan kesungguhan kerajaan BN meningkatkan syiar Islam. Katanya, penubuhan Kelas Pintar al-Quran, mendidik kanak-kanak menghafaz surah Yassin dan memberi peluang seluasnya kepada bekas qariah mengajar di masjid meyakinkan rakyat bahawa kerajaan BN berjaya menerapkan pengajaran agama seperti dituntut Islam. "Pemerintahan kerajaan BN yang menggabungkan pelbagai parti termasuk pemimpin bukan Islam lebih baik daripada Pas yang sering melaungkan slogan Islam sebagai wadah perjuangan,” katanya. "Jika betul Pas memperjuangkan Islam dan meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, mengapa program seperti dilaksanakan kerajaan BN tidak dilakukan ketika diberi peluang memerintah negeri ini. "Saya secara peribadi yakin bahawa pemerintahan BN lebih baik dan cemerlang jika dibandingkan dengan kerajaan Pas walaupun melaungkan slogan membangun bersama Islam," katanya. Berita Harian 8.2.2008 |
khairani |
Posting pada: 08-02-08 20:49
Kehadiran PAS hanya untuk membawa Islam ke mercunya dan memastikan tiada fitnah ( penentangan secara terbuka terhadap Islam ) dan perlecehan syariat Ilahi . Ianya berasaskan kepada apa yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud :
Dan perangilah olehmu akan mereka itu ( yang menyengutukan Allah ) sehingga tiada lagi fitnah ( penentangan terbuka terhadap Islam ) dan jadilah ( satu – satunya ) cara hidup milik Allah swt maka jika mereka berhenti , tiada lagi permusuhan kecuali terhadap orang – orang yang zalim . (Surah al Baqarah : Ayat 193) Saksikanlah , bahawa yang dibunuh ialah pemimpin PAS sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO & BN dibunuh oleh PAS . Yang dipenjara ialah pemimpin dan aktivis PAS , sementara tiada seorang pun pemimpin UMNO dan BN dipenjara oleh PAS . Yang diugut , diancam dan dibuang daerah ialah ahli – ahli PAS dan rakyat yang menyokong PAS sedang tiada seorang pun ahli – ahli UMNO ditindas dan dizalimi oleh PAS . “ Dosa ” PAS hanya kerana memperjuangkan Islam dan mahu ianya didaulatkan . Sementara UMNO & BN sangat tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh PAS , malah UMNO & BN membangkangnya dengan keras dan ganas . Sekali lagi PAS mengambil pendekatan Manhaj an Nabawi sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasul saw. Wahai Manusia , Jangan kamu bercita – cita mencari musuh dan mohonlah kepada Allah akan kesejhteraan , jika kamu bertemu jua ( akan musuh ) maka bersabarlah dan ketahuilah sesungguhnya syurga itu berada dibawah kilatan mata pedang kemudian baginda berdoa : Ya Allah , tuhan yang menurunkan al kitab , yang memperjalankan awan dan tuhan yang membinasakan tentera ahzab , hancurkanlah mereka ( musuh ) dan berilah kemenangan ke atas kami . Sohih Bukhari Hadis No. 2804 hanya.3 / muka surat 1082 Cetakan Darul Ibnu Kathir . Beirut Sohih Muslim Hadis No.1742 hanya 3 / Muka surat 1362 Cetakan Dar Ihya’ Turath al A’rabi. Beirut |
izzul_islam |
Posting pada: 08-02-08 21:27
Pada 08-02-08 20:39 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! Pengalaman perit di bawah Pas Kamu tahu sebab apa kerajaan pas dulu tak dapat bayar duit elaun tu? cuba kaji sikit sis... Duit ROYALTI yang lebih 500 Juta every year yang sepatutnya KERAJAAN negeri dapat, nak buat pembangunan.. tapi masa PAS memerintah terengganu tidak diberikan kepada kerajaan negeri... Bermakna UMNO merompak duit itu dan mereka tuduh PAS tidak membuat itu dan ini...Kenapa tidak dihighlightkan? FIkir2 kan lah...hanya orang otak sampah saja tak tahu menilai semua ini... ----------------- "Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi... |
ghazi |
Posting pada: 08-02-08 21:34
Salam, bertambah-tambahlah kepelikan saya... Kalau dah tahu beginilah yang terjadi, awat saudara/I masih nak teruskan juga cara yang saudara/I guna selama ini..?
Ikutlah thariqah Rasulullah saw yang tidak pernah berkompromi... Dan dalam memilih ahlu quwwah yang akan memberikan nusrah, baginda saw tidak memilih kabilah yang terikat dengan perjanjian dan tunduk kepada pengaruh mana-mana kuasa besar. Bagaimana Islam nak berkembang dengan baik sekiranya daulah yang membawa risalahnya itu terikat dan tunduk kepada perjanjian dengan musuh Islam yang menentang... Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
sya_ryn |
Posting pada: 08-02-08 22:19
Pada 08-02-08 21:27 , izzul_islam posting:
!!! QUOTE !!! Pada 08-02-08 20:39 , sya_ryn posting: ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari) |
khairani |
Posting pada: 08-02-08 22:22
Islam wajib memimpin dan bukannya diatur, dipapah dan dipimpin bagi memenuhi hajat keduniaan. Sesuai dengan sifatnya yang ditanzilkan daripada Allah SWT yang Maha Tinggi dan Maha Mencipta alam seluruhnya, maka Islam perlu sentiasa diletakkan di atas. Sebarang usaha untuk meminggirnya atau berkongsi kuasa dengannya, apalagi menolaknya adalah sejenis syirik. Semuanya boleh dikira semacam pengkhianatan, penyelewengan dan ketidakadilan. Ini semata-mata kerana Adil itu ialah meletakkan sesuatu ditempatnya. Oleh kerana Islam itu tempatnya di atas, ia wajib berada di atas dalam serba serbi. Dalam semua keadaan, Islam mempunya Pasport Antarabangsa untuk keluar masuk bertutur daam apa jua isu tanpa berpintu.
Demi memastikan penyertaan yang berkesan, Parti Islam Semalaysia cukup percaya yang bidang politiklah sektor kehidupan yang paling mustahak ditumpukan kerana ia berkaitan dengan kuasa. Pentingnya kuasa kerana ia mencorak dasar. Kuasa yang tidak dikuasai dengan betul dan amanah akan membawa kepada pelbagai penyalahgunaan. Ini Kezaliman. Islamlah penapisnya. Petikan Buku Pendirian Nik Aziz |
wahidatulfarahah |
Posting pada: 08-02-08 23:15
kepada SYA_RYN
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KAMU DAN BUKAKAN HATI MU, SERTA TUNJUKKAN PADAMU JALAN yang BENAR..AAMIIN.. ~~salam ukhwah~~ |
Muddathsir787 |
Posting pada: 08-02-08 23:17
Insya-ALLAH satu undi untuk parti ISLAM.
Minoriti pun minoriti lah, yang penting tunaikan kewajipan. Lebih baik daripada tak mengundi langsung, atau mengundi parti kroni, atau orang Islam yang mengundi parti roket.. Naudzubillah.. Takbirr...!!! Takbirr...!!! Takbirr...!!!..!! Salam Reformasi, -- Muddathsir ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu" |
trouver_99 |
Posting pada: 08-02-08 23:25
Friday February 8, 2008
MYT 3:06:44 PM PM: I work hard to fulfil duties PENANG: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Malaysians were aware that he works hard to fulfil his responsibilities for them. "Some of you can say that I'm not good, you can say whatever. "But don't say that I don't work." "I work very hard. I really mean it and you know it,'' he said to thundering applause from hundreds guests who attended the Chinese New Year open house at the Penang Chinese Town Hall here. Abdullah said as a Muslim, he had an obligation to fulfil his responsibility. "I have a very heavy responsibility and I have to carry it out,'' he said. He also urged Malaysians to make full use of the opportunities available to do well in life and to serve the people. "It is God's will that I become the Prime Minister of Malaysia and I am very conscious that I have to serve the people although I personally do not benefit even one sen because of this,'' he said. He said in fulfilling his responsibility, he has to be fair to all Malaysians, irrespective of their ethnic backgrounds. "However, each of us has to strive towards the creation of a Malaysian community that is happy, prosperous, united, harmonious and respected. "As Malaysians, no matter where we are and even though we are just a minority group, attending a function, we should feel comfortable and happy when attending a function. "We should feel at home and that we are in the company of friends and fellow Malaysians,'' he said. Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon in his speech said a lot of renewals and changes were being initiated under Abdullah's leadership especially in areas such as economy, security and government delivery system. "These renewals and changes will however, take some time and require the support and co-operation of all Malaysians,'' he said. tengok balik apa ayat PM kita.. "I work very hard" tapi.... link paklah pun dah sama dah.main puji diri sendiri mengaku kata diri ikhlas.lepas tu bersembunyi di sebalik ayat hanya Allah yang tahu.... jadi...siapa di sini yang paham pasal perjuangan...ada akal,sendiri boleh fikir.bukannya hanya main turut sahaja.... !!! QUOTE !!! Hanya otak bukan sampah yang tahu menilai perjuangan sebenar jauh dr sasaran.dan hanya otak tempat tong sampah saja yang tak tahu menggunakan otak dengan sebaiknya. ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 08-02-08 23:32
... sebelum terima perkhabaran lebih-lebih lagi nak dekat pilihanraya ini baik selidik dan ebrtanya dengan orang terengganu sendiri.
Media massa ini den amat berhati-hati, kena tapis betui2. Ada yang betul, ada yang tak betul, ada yang disiarkan, ada yang didiamkan... |
mohamad |
Posting pada: 08-02-08 23:35
...
benar apa yang dikatakan oelh akhi Anak_Pejuang tu. media massa sekarang ni dah tak boleh nak percaya dah. digunakan habis-habisan oleh pihak yang dahagakan "kuasa".. kena kaji betui2.. walaupun ana tak berkesempatan untuk mengundi pada kali ini.... akan tetap tolong mana yang boleh..... wassalam..... |
nazrulsabri |
Posting pada: 09-02-08 01:03
.
Media arus perdana kita, memang tidak boleh dipercayai sangat. Terutamanya yang berkaitan dengan politik. Jelas menunjukkan kecenderungan kepada sebelah pihak semata-mata. Apabila kerajaan kelantan mewujudkan Kafaalah, ada tidak media kita menonjolkannya sebagai suatu langkah yang baik? Tetapi, apabila baru-baru ini, kerajaan selangor mewujudkan skim yang serupa, perkara ini diberi liputan oleh media kita. Kerana apa? Kerana dua negeri ini diperintah oleh dua kuasa politik yang berbeza. |
nazrulsabri |
Posting pada: 09-02-08 01:06
Jika kita lihat dan membaca media arus perdana pada ketika ini, liputan hanya diberikan kepada parti pemerintah semata. Adilkah?
|
khairani |
Posting pada: 09-02-08 01:23
Bukti Kami melaksanakan Islam
Dalam konteks Negeri Kelantan, kami mempunyai cukup banyak bukti kesungguhan kami menentang kerja-kerja yang boleh mendatangkan dosa. Antara lainnya, sejak mula diberikan amanah pada tahun 1990, Kerajaan Negeri memerintahkan agar akaun simpanan dari bank-bank konvensional milik kerajaan dipindahkan ke Bank Islam. Kami mengawal premis penjualan dan penggunaan minuman keras. Kami haramkan judi. Kami menggalakkan wanita menutup aurat. Kami mempelopori sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahn). Kami mengawal pertunjukan hiburan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1998. Kami kawal dan ubahsuai pertunjukan wayang kulit. Kami mewajibkan penyediaan 3 bilik sekurang-kurang untuk semua projek perumahan awam kos rendah. Kami meluluskan enakmen hudud dalam Dewan Undangan Negeri sejak tahun 1992 lagi dan cuba melaksanakan hukum hudud dan qisas walaupun sehingga kini masih tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak Umno yang menguasai kerajaan Pusat. Ini semua adalah usaha-usaha pro aktif dan pre emptif. Kelantan sedar akan bala yang boleh dilancarkan oleh Allah SWT pada bila-bila masa jika mana-mana pihak berkuasa terus berbuat dosa, menaja dosa dan maksiat. ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK |
swordofdeen |
Posting pada: 09-02-08 01:36
Pada 08-02-08 20:39 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! Pengalaman perit di bawah Pas p/s: untuk pengetahuan, saya ANAK JATI TERENGGANU dan jangan ada pulak sesiapa cakap SAYA TAK LAYAK KOMEN. terima kasih |
sakeena |
Posting pada: 09-02-08 01:38
assalamu'alaikum
saya tak cukup umur lagi.. untuk mendaftar sebagai pemilih.. umur masih 20 tahun..huhu.. tak boleh mengundi PRU lagi.. PR Kampus boleh lah... |
albarlasy |
Posting pada: 09-02-08 03:00
Pada 08-02-08 23:32 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!! ... sebelum terima perkhabaran lebih-lebih lagi nak dekat pilihanraya ini baik selidik dan ebrtanya dengan orang terengganu sendiri. media ni satu benda saja yang tak tipu.... SPORT TOTO NAMBOR EKOR... |
Daeng_Jati |
Posting pada: 09-02-08 08:24
erm...
teman selama ni terasa Melayu ditindas... teman tak rasa langsung UMNO sekarang membele urang melayu.. teman yang mendukung adat istiadat Melayu tak rasa langsung... teman memang fanatik Bangse Melayu... P/s Jangan sesiapa pertikai kata-kata teman kat atas... ----------------- |
sya_ryn |
Posting pada: 09-02-08 09:04
Pada 09-02-08 01:36 , swordofdeen posting:
!!! QUOTE !!! Pada 08-02-08 20:39 , sya_ryn posting: ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari) |
Daeng_Jati |
Posting pada: 09-02-08 09:07 |
solskjaer |
Posting pada: 09-02-08 09:25
Pada 09-02-08 09:07 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! apa main quote panjang2 ni, siapa nak baca ni... tak payahlah baca saudaraku daeng.. |
sya_ryn |
Posting pada: 09-02-08 09:32
Pada 09-02-08 09:25 , solskjaer posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-02-08 09:07 , Daeng_Jati posting: ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari) |
Daeng_Jati |
Posting pada: 09-02-08 09:38
teman minta maap ye,
tapi kalau nak quote tu,quote yang isi penting yang nak jawab tu, kalau quote semuenye susah... lagipun jawabnye beberape patah perkataan saja |
swordofdeen |
Posting pada: 09-02-08 10:19
Pada 09-02-08 09:04 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! sesiapapun boleh komen, tak semestinya org terengganu saja.sya ada kawan org terengganu juga tapi lain pula KOMEN kawan tu.berbeza dengan org terengganu macam awak ni.bagi sya lah tak smstinya org dalam negeri tu tau apa-apa,tau apa-apa pun org yang dia sokong saja lah...sebelah pihak saja...org negeri lain lagi tau walau tak duduk tempat tu melalui pdgn org negeri tu sendiri,kajian,media pro kerajaan dan media pro pembangkang... Ada saya kata hanya orang terengganu sahaja boleh komen? saya tulis begitu supaya tidak timbul pula isu "awak orang luar, apa wak tau?" senang saja..pelik, Kenapa boleh 'terasa' ya? oh, melalui pandangan sendiri, kajian, media pro kerajaan dan pro pembangkang...okay, katakan orang luar tau pasal sesebuah negeri itu melalui 4 faktor di atas...bukankah bertambah faham jika empat faktor di atas + faktor tinggal sendiri di negeri itu dan MENGALAMI sendiri? Seorang doktor yang sepakar manapun, tetap tidak dapat memahami kesakitan patientnya melainkan dia sendiri mengalami sakit tersebut. Begitulah adanya. Dan jika ingin dikatakan rakyat negeri terengganu tidak ditindas pada zaman islam hadhrai had-hari ri-ri, maka jawapannya 'DITINDAS dari segi AKHLAK DAN MORAL SERTA BUDAYA' yang membawa kepada kemusnahan institusi akhlak dan masyarakat islam. Allahu'alam kembali kepada topik asal |
swordofdeen |
Posting pada: 09-02-08 10:20
Pada 09-02-08 09:38 , Daeng_Jati posting:
!!! QUOTE !!! teman minta maap ye, Quotation pertama saya, saya quotekan semuanya sebab saya menjawab 'perenggan by perenggan' kenyataan yang dibaut. Jadi, quotation atas quotation saya tu...saya tak bertanggungjawab. |
itqaan_muslim |
Posting pada: 09-02-08 11:01 |
khairani |
Posting pada: 09-02-08 12:23
marilah berjuang .....berjuang kerana Allah...... Allahu akbar!!!!
beramal kerana Allah.... marilah kita melangkah gagah bersiap menghadapi cabaran semarakan semangat perjuangan usahlah kita terus terleka menegakkan kema'rufan menetang kemungkaran. Allah pasti bersama!! teguhkan ukhwah hidupkan jemaah susunlah barisan usahla terleka bersatu teguh mara bersama moga islamkan subur....... menentang musuh Allah laungkan takbir!! Allahuakbar!!!!!!!!! |
sailormoon |
Posting pada: 09-02-08 12:31
Berita dekat TV 1 tak habis-habis membandingkan antara terengganu dan kelantan...BOSAN betul lah...tak ada berita lain ke nak keluarkan...Kalau ada pilihan saya tak ingin nak tengok berita kat TV 1...
----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN... |
anis_zulaikha |
Posting pada: 09-02-08 12:36
Pada 09-02-08 12:31 , sailormoon posting:
!!! QUOTE !!! Berita dekat TV 1 tak habis-habis membandingkan antara terengganu dan kelantan...BOSAN betul lah...tak ada berita lain ke nak keluarkan...Kalau ada pilihan saya tak ingin nak tengok berita kat TV 1... TU AA...nak tengok berita memang boring saja sekarang ni.. |
khairani |
Posting pada: 09-02-08 12:39
itu dinamakan kempen murahan oleh kerajaan UMNO
----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK |
sya_ryn |
Posting pada: 09-02-08 12:43
Pada 09-02-08 10:19 , swordofdeen posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-02-08 09:04 , sya_ryn posting: walaupun doktor tu tak mengalami sendiri sakit patientnya,sekurang-kurangnya doktor tu dah ditauliahkan doktor yang boleh membantu pesakit,mengubati pesakit dan kesakitan itu akan dirasai bila doktor tu mengatakan ubat ini untuk penyakit ni.kadang-kadang boleh sembuh dan kadang-kadang sembuh sekejap lepas itu datang balik. begitulah sebaliknya..... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari) |
tirmidziy02 |
Posting pada: 09-02-08 13:16 |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 09-02-08 13:23
Islam hadhari - laksanakanlah dengan orang atasan diikuti oleh kepimpinan di bawahnya... maka rakyat akan melihat dan menilai dan juga ingin meniru yang baik..
Jika sebaliknya... rakyat juga akan menilai. Jika ingin melakukan perubahan maka kena berkorban dan mungkin terkorban... Tapi jika masih sama juga ceritanya - hanya di 'make up'kan sahaja... apa ceritanya.. |
skater |
Posting pada: 09-02-08 13:31
Pada 09-02-08 12:31 , sailormoon posting:
!!! QUOTE !!! Berita dekat TV 1 tak habis-habis membandingkan antara terengganu dan kelantan...BOSAN betul lah...tak ada berita lain ke nak keluarkan...Kalau ada pilihan saya tak ingin nak tengok berita kat TV 1... ye betul tu ----------------- |
manis_syahid |
Posting pada: 09-02-08 13:39
Alangkah indahnya dapat hidup dibawah payungan illahi...
Bersama dengan golongan ulama'.... Masyarakat hidup aman damai.... |
skater |
Posting pada: 09-02-08 13:40
Dari Utusan
PENYANYI tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dan M. Nasir merupakan antara dua artis yang akan memeriahkan konsert Malam Nur Citra yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 malam ini bermula pukul 9 malam. Konsert berkenaan diadakan sebagai penutup tirai program Perkampungan Hadhari Terengganu yang telah diadakan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu selama sembilan hari bermula 1 Februari lalu. Selain dua nama besar industri hiburan itu, konsert yang bertemakan ketuhanan itu juga menghimpunkan artis-artis ternama negara lain seperti Ramli Sarip, Saleem dan Yassin yang sudah pastinya kemunculan mereka amat dinantikan oleh peminat setia mereka. Menerusi konsert Malam Nur Citra itu, penonton akan dibuai dengan alunan gemersik suara merdu mereka mendendangkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah. Selain artis solo, dua kumpulan nasyid yang tidak asing lagi iaitu Rabbani dan Far East juga turut sama menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu-lagu yang berunsur nasihat. Antara lagu-lagu yang bakal disampaikan oleh barisan artis yang terlibat adalah Ahlan Bina, Menanti di Barzakh, Wassini, Kau Yang Mengerti dan Pergi Tak Kembali yang sudah pasti akan meninggalkan kesan mendalam di hati para peminat. Persembahan yang akan berlangsung selama dua jam itu akan memberikan satu kepuasan kepada penonton apabila mereka akan memberikan persembahan yang menarik selari dengan konsep yang ditampilkan. Untuk itu, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton rancangan menarik ini yang akan memberikan seribu kepuasan buat anda sekeluarga. p/s :inilah pendekatan islam hadhari .. memuja artis2 ----------------- |
imtihan_insyirah |
Posting pada: 09-02-08 14:38
cakap pasal taman tamadun Islam tu... nampak sangat dah menyimpang dr ajaran islam. membina masjid kristal. atas dasar apa dibina? sedangkan Allah memerintahkan masjid dibina atas dasar taqwa bukan untuk bermegah2. ada ke org yang akan solat di situ? dahlah kena naik bot untuk ke sana... inilah tanda-tanda betapa hari kiamat itu sangat dekat. tanda-tanda sudah terzahir pada pemimpin yang memerintah.
|
sayatetapsaya |
Posting pada: 09-02-08 15:23 insyirah...kena naik bot ye untuk ke sana...???? alahai..susahnya....... P/S : media massa...memang best kalau bab² menaikkan nama mana² pihak....apapun.....pilihanraya hanyalah suatu alat.....yang penting...apakah yang kita benar² faham tentang Islam....marilah sama² memikirkannya....huhu.... ada calon PAS tak untuk DUN Tanjung Lumpur ni....rasa macam tak ada....... |
swordofdeen |
Posting pada: 09-02-08 16:20
Pada 09-02-08 12:43 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! bukan soal terasa tapi semua org ada komen masing-masing.pandai juga cakap mesti mengalami sendiri,awak dah mengalami sendiri pelaksanaan hadhari tu?atau awak sendiri yang kena dilaksanakan oleh islam hadhari?da kaji ke apa prinsip hadhari tu,ke sekadar baca saja sambil perlekeh?pelaksanaan yang parti awak banggakan tu tak ada masalah berlaku?apa-apa pelaksanan pun sama saja ada kes ,masalah dr dulu lagi.. Itulah masalahnya. 10 rukun dan prinsip islam hadhari..TAK DILAKSANAKAN. HANYA DIWARWARKAN. saya terasa? YA, saya terasa. Iyer, perlaksanaan mana-man aparti ada masalah, ada kelemahan, kerana kita manusia. Tetapi, yang mana yang ingin ke arah kebaikan secara total dan bukan hanya sekaar retorik? Sejarah dah membuktikan. Dan bagaimana pula anda tahu apa yang mampu dilakukan oleh pihak yang lain sekiranya tak pernah diberi peluang? Peluang diberi 4 tahun lepas hanya diberi atas nama, tetapi sumber dan segalanya ditarik sehabis-habisnya, tetapi alhamdulillah masih dapat bertahan. walaupun sekadar 4 tahun Dan, tu, sedara sendiri dah kaji? kalau dahkaji boleh bentangkan di sini? berserta dalil dan bukti? bahawasanya perlaksanaan dilakukan dengan JAYANYA? Apa yang dibicarakan mengenai doktor tadi bukanlah CARA MENGUBAT PENYAKIT, tetapi BAGAIMANA rasa SAKIT AKIBATPENYAKIT. sila kekal dalam skop Allahu'alam |
khairani |
Posting pada: 09-02-08 16:48
Pada hakikatnya :
“Islam Hadhari adalah salah satu daripada perkara yang boleh dimasukkan ke dalam perbuatan bid’ah dan boleh menyesatkan. Ini disebabkan ia boleh dikira mewujudkan Islam dalam bentuk baru dengan hanya menggunakan perkataan Islam, dan beramal dengan sebahagian ajaran Islam, dan mengingkari sebahagian yang lain. Dalam masa yang sama Islam Hadhari dicemari dengan perkara-perkara yang menyanggah ajaran Islam dalam mengendalikan urusan politik dan pentadbiran seperti politik wang, rasuah, menyalahgunakan kuasa, menentang hukum Allah secara berterangan dan lain-lain. Dalam urusan ekonomi pula mereka masih meneruskan muamalah riba, mengeluarkan lessen bagi kegiatan maksiat, amalan monopoli oleh golongan tertentu dan lain-lain. Manakala aspek hiburan pula mereka lakukan apa sahaja dengan merentasi batas-batas agama” “Islam Hadhari yang mahu mencampuradukkan hak dan batil, iman dan kufur, Islam dan jahiliyyah, makruf dan mungkar, adil dan zalim, halal dan haram adalah satu rekaan (dibaca bid’ah) terhadap Islam.” Kalaupun Islam Hadhari membawa hasrat murni PAK LAH sekalipun namun gerembolan di sekeliling beliau yang berbagai aliran kepentingan dan hala tuju tidak akan bersedia menerima trend Islam Hadhari yang menguatkuasakan undang-undang moral dan agama. Malah keluarga terdekat beliau tidak akan bersetuju dengan aliran kembali kepada Islam sepertimana yang diajar oleh Rasulullah dan alim ulama muktabar. Malah kalangan yang berkepentingan di luar Negara pun masih meragui dan takut dengan Islam Hadhari Pak Lah. Akhirnya politikus Melayu UMNO akan mencipta ajaran Islam baru yang longgar dan liberal dan mereka akan beri nama baru selain dari hadhari dan progressive untuk menyedapkan hati rakyat muslim terbanyak ketika itu sehingga mereka berjaya melemahkan dan mengurangkan bilangan dan parti Islam barulah golongan itu akan berhenti bercakap mengenai Islam kerana pengaruh Islam dan kedudukan pengikut Islam yang sejati sudah pupus dan tiada lagi. Ketika itu tiada politikus Melayu yang akan menampilkan projek bernuansa agama kerana itu bukan perkara penting lagi dan tidak mendesak, sementelahan pula sudah hapus pengaruh parti Islam untuk menggugat kedudukan parti manusia muslim liberal yang sekular itu di Malaysia.. Islam yang diturunkan oleh Allah hanyalah satu. Musuh-musuh Allah mahu menggambarkan Islam dalam pelbagai jenama untuk memusnahkan Islam dari dalam. Mereka menggambarkan Islam berpecah kepada : politik Islam atau Islam Politik, Islam Progressive, Islam Libral , Islam Fundementalist, Islam Traditionalist dan berbagai lagi dan kemudian memaksa umat Islam agar masuk dalam salah satu kotak-kotak ciptaan ini agar mereka berpecah belah dan kalah serta musnah. Mana-mana umat yang terjebak dalam kancah ini dan terus fanatic dengan istilah dan acuan baru yang mereka cipta tentulah akan merana di dunia dan di akhirat. Sebab itu Allah berfirman dalam Surah al Baqarah 208: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِين Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman masuklah kalian dalam (agama) kedamaian (Islam) seluruhnya dan janganlah kalian menurut jejak langkah syaitan, justeru syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.” Dalam Surah al –Nur 21 Allah berfirman lagi: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman jangan kalian turuti jejak-langkah syaitan. Siapa yang mahu ikut jejak langkah syaitan sebenarnya syaitan menyuruh manusia berbuat kebejatan dan perkara yang mungkar. Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kalian nescaya tiada siapapun dari kalangan kalian yang akan disucikan (dimurnikan jiwanya). Akan tetapi Alah memurnikan (jiwa) siapa yang Ia mahu . Memang Allah maha mendengar lagi maha mengetahui.” |
anis_zulaikha |
Posting pada: 09-02-08 17:19
Pada 09-02-08 14:38 , imtihan_insyirah posting:
!!! QUOTE !!! cakap pasal taman tamadun Islam tu... nampak sangat dah menyimpang dr ajaran islam. membina masjid kristal. atas dasar apa dibina? sedangkan Allah memerintahkan masjid dibina atas dasar taqwa bukan untuk bermegah2. ada ke org yang akan solat di situ? dahlah kena naik bot untuk ke sana... inilah tanda-tanda betapa hari kiamat itu sangat dekat. tanda-tanda sudah terzahir pada pemimpin yang memerintah. hemm kalau lah duit tu diagih2 kan pada rakyat trganu kan ok... tukang kipas umno dapat lah duit ehsan tu. kalau time pembahagian wang ehsan tu memang hampeh se hampeh nya lah... nelayan yang susah tak dapat, sebab tak sokong umno... hak untuk menyokong mana-mana parti politik kan bebas... kita kat negara demokrasi, tapi mana ada demokrasi nya dalam pemilihan parti... yang pasti, apa yang nampak lah sekarang ni, kat trganu.... tempatanis sendiri contohnya, hal-hal masjid dah diserahkan pada org yang bukan ahlinye... taik judi yang pegang urusan masjid... yang beragama, pergi lah anda pegang surau pas... dan, orang yang tukang kipas tu, walaupun memang kerja tah apa-apa.... semua org tau dia tu tak pandai buat kerja, tapi memang semua org tau dia kuat kipas umno... sekarang ni rumah dah banglo... kereta berapa buah kat rumah... dia bukan buat kerja apa punnn... iskk banyak nya yang tak puas hati, tapi tak ada tempat boleh suarakan perasaan ni..... |
sya_ryn |
Posting pada: 09-02-08 18:08 !!! QUOTE !!! b]Pada 09-02-08 16:20 , swordofdeen posting: pasal doktor,sya lihat dr perspektif fungsi doktor.doktor dah ditauliahkan sebagai doktor untuk merawat org yang kena sakit ni.tapi jikalau psakit itu sendiri tak mndgr nasihat doktor ,duduk pergi fikir sendiri apa kesannya..sikit melarat lah.tapi kalau pesakit lain yang dengar nasihat doktor,pesakit berkenaan akan sihat.pyakit berpunca dr mana?kbnykkannya dr diri sendiri.doktor da pergi ajaq jangan duduk macam ni,macam tu...pesakit tak buat..duduk sakitlah. ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari) |
swordofdeen |
Posting pada: 09-02-08 18:56
Pada 09-02-08 18:08 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! dah tau war-war,pelaksanaan telah berjalan sejk dulu lagi.awak tak terima ye pelaksanaan tu...lain kali jangan baca saja,amalkan,kebanyakkannya diri sendiri yang patut mula...jangan duduk perlekeh usaha org.anda usaha sendiri tak pergi mana-mana.jangan duduk kata perjuangan pihak sendiri saja betul..perjuangan pihak lain tak betul.ptutlah setakat tang tu saja kawasannya.bila da dekat PRU mula lah buat gimik,bagi tu lah ,bagi ni lah..hasilnya...habuk pun mybe ada lagi lah..pelaksanaan tetap berjalan shingga nyawa masih ada,tak kata da jaya,tapi usaha da ada...mybe awak tak nampak sebab awak duduk perlekeh.yang awak nampak,masalah saja sna sini duduk kaitkn dengan pelaksanaan tu.sejarah juga da mmbuktikan,pmslahn yang teruk da lama berlaku,maslh sosialnya,budayanya,entah apa lagi,mybe awak tak lahir lagi...sekarang saja telalu banyak kes dilaporkn,mybe dulu kes duduk diam kan..tu pasal tak ada yang meningkat.pasal budaya,kita duduk blok pun,org lain boleh lepas,globalisasi,pergi cari makna globalisasi....pihak awak boleh blok 100% ye.. Cik adik, saya bukan Sekadar baca. Saya tinggal di negeri tersebut..saya pernah dipukul kerana hanya lalu di tepi sebuah surau oleh polis (walaupun saya tak buat apa-apa)... saudara saya pernah diarah tutup syarikatnya kerana dia pergi ke masjid rusila. Bagi saya tiada perlaksanaan islam hadhari. kerana? Saya listkan perkara yang melibatkan orang secara umum, antaranya sahaja: 1.Pusat judi masih dibuka 2.Pemansuhan wajib memakai tudung untuk wanita muslim 3.Sambutan disko wanita seksi (poster) di malam new year 4.Orang awam ditembak dengan peluru hidup dalam rusuhan 5. Arak masih dijual berleluasa 6.Budaya skinhead dan punk dibiar berleluasa 7. Tiada tindakan terhadap mereka yang bercumbuan di tempat awam (penguatkuasaan tidak ketat, lebih longgar berbanding zaman wan mokhtar). Ini bukan BACA, KAJI DAN LIHAT AKHBAR. INI LIHAT DAN NAMPAK DENGAN KEPALA MATA SENDIRI. hendak diingatkan, saya buat perbandingan bukan dengan kerajaan PAS, tetapi BNvsBN sebelum pas. Rupanya anda tidak dapat membezakan antara teguran dan kritikan serta cacian.Ada saya perlekeh usaha orang? saya menegur dan mengkritik, dan kritikan bukan semua negatif. adakah anda sudah mencapai makam tuhan sehingga tidak dapat ditegur? Jawapan:____________ Memang tidak realistik untuk menghalang SEMUA kemungkaran, tetapi itu adalah yang kita usahakan. Memang benar kerajan sekarang AMAR MA'RUF, tetapi tiada penguatkuasaan NAHI MUNGKAR. Pasal peluang dan rakyat sudah serik, 4 tahun berbading 20 tahun ++ yang diberikan kepada kerajaan sekarang, adakah itu satru PERBANDINGAN ADIL? anda selalu berucap akan KEADILAN, PENILAIAN REALISTIK dan sebagainya, maka apakah maksud adil bagi anda? Jawapan:_________________ Jika anda tidak tertarik dengan orang yang memperjuang, tak apa, say atak kisah sebab saya juag begitu. tetapi saya tertarik kepada apa yang DIBAWA oleh orang yang memperjuangkan, iaitu ISLAM. dan ISLAM bukan hanya dari segi pembangunan. Say akui kerajaan 4 tahun dulu tidak sempurna, sebab ada orang yang ambil kesempatan. orang macam ni sentiasa ada. tetapi peratusan dan bilangan mereka berbanding yang sekarang? anda boleh lihat sendiri statistik korupsi yang dikeluarkan oleh BPR sendiri. Saya nak tanya, pihak kerajaan sekarang banyak juga memperlekeh, menghina, mencaci, membunuh, menembak, meliwat, mebogel, meludah orang-orang yang tidak sekepala dengan mereka. So, apa komen anda pasal ini? Komen anda:__________________ Saya suka akan program ulul albab. saya sokong pembinaan masjid. saya support khatam qur'an kanak-kanak. tetapi saya menentang memberi lesen judi, lesen arak. saya menetang menembak orang awam. saya menentang masjid saja banyak, tetapi tak ada orang turun. saya tentang apabila kerajaan brtukar tangan, semua support daripada kerajaan pusat yang mengaku tidak berat sebelah dihentikan. saya tentang anak-anak parti pembakanghanya kerana ayah mak pembangkang dinafikan hak pengajian dan ihsan. Pasal doktor (lagi, haha ), sekali lagi, sayatak cakap fungsi doktor, saya berbicara mengenai rasa sakit yang dirasai, buakn apa yang dilakukan oleh pesakit tersebut mahupun doktor, atas analogi menyamakan bahawasanya mereka yang sakit sahaja yang tahu betapa sakitnya rasa sakit tersebut. dari segi mengubatinya, tak semestinya dia tahu macam mana, sekiranya dia jahil. Sudah jadi peranan doktor untuk membimbing dia. tetapi doktor pulak bagi arahan dia buka kedai judi dan lesen arak. apa cerita? Allahu'alam p/s: saya lihat ramai lagi ditempat ini memberi komen hampir sama dengan pandangan saya. Kenapa anda tidak membalas juga hujjah2 mereka jika benar anda ingin realistik? mengapa hanya mencari an menmbak saya? adakah anda hipokrit? Jawapan:____________ (saya hanya bertanya) |
ibnu_musa |
Posting pada: 09-02-08 19:33
sya_ryn tak payahlah sebut pasal islam hadhari kat sini, tu kan satu pendekatan yang batil dan tercela, tak puas hati sila jumpa Dr. Yusuf al-Qaradawi atau check fatwa beliau dalam internet.
nak refer pasal islam kena refer ulama', bukan umara'! wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
hafeezzul |
Posting pada: 09-02-08 19:53
Pada 09-02-08 13:16 , tirmidziy02 posting:
!!! QUOTE !!! dah lali dengan isu politik yang memecahbelahkan umat manusia jangan risau pilihanraya ini 5 tahun sekali saja, bagi chance lah isu politik medominasikan carta ukhwah ini..ehehehe..pas ini dah pilih siapa..suruh senyap balik... so jom kempen ramai-ramai..siapa yang tak sedar tu kita bagi sedar...tangan yang mengundi akan ditanya balik oleh ALLAH..jika tangan kita mengundi untuk kerajaan menganjurkan pesta2 maksiat dan hiburan yang semakin melampau...maka bersiap sedia lah kita mencari jawapan di padang masyar nanti...5 tahun agak lama saudara/i...macam-macam boleh jadi dalam tempoh 5 tahun... 50 tahun negara merdeka kita dah dapat apa kita nak...now time to back to Islam... wallahualam |
imtihan_insyirah |
Posting pada: 09-02-08 20:06
apa yang ana perhatikan, rakyat malaysia yang menyokong BN, alasan mereka, Maysiaa ni aman, tak ada kekacauan, tak ada huru hara..
ye, aman memang aman... hakikatnya.. TAK SELAMAT... setiap hari ada pembunuhan, kes rogol melambak-lambak...penculikan? rompak, dadah... zina, anak luar nikah.. inilah bahana Islam hadhari oh Malaysia ku.. Islam dihadkan hari2.... ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME |
khairani |
Posting pada: 09-02-08 20:37
Ummah Perlu Keluar Dari Kejahilan
Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: Orang yang bijak ialah mereka yang merendahkan dirinya dan melakukan amalan untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang bodoh ialah orang yang membiarkan dirinya mengikut nafsunya dan kemudian berangan-angan memperolehi sesuatu dari Allah SWT. (Hadith Hasan Marfu’) dengan pergi mencari ilmu hingga dia dapat mengetahui. Hadith Rasulullah saw berbunyi “Mencari ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim, lelaki dan perempuan.” Dalam riwayat yang lain disebutkan “Carilah ilmu semenjak kamu lahir hingga ke liang lahad.” Salah bagi mereka yang meyakini bahawa suatu perbuatan lain lebih utama dari menuntut ilmu. Oleh kerana itu, merupakan sunnah Nabi saw, bagi kita menghulurkan tangan kepada Muslim lain yang sedang belajar, sehingga dia mendalami urusan agama dan tidak meninggalkan pelajaran itu hingga dia mengetahui segala permasalahan. Al-Quran menekankan konsep pencarian ilmu ini. Dengan ilmu akan datangnya iman dan amal. Di dalam al-Quran, kata-kata ‘iman’ di sebut dengan kata-kata ‘amal’ tidak kurang pada 75 kali. Ketika perkataan ‘iman’ disebutkan, maka dengan serta merta kita akan membaca selepasnya ayat yang bermaksud “dan beramal saleh.” Atau, paling tidak, ungkapan itu akan berbunyi: “Orang-orang yang beriman dan beramal saleh”. Keyakinan semata-mata tanpa disertakan dengan amal perbuatan tidak ada manfaatnya. Demikian juga, amal perbuatan tanpa keyakinan adalah sia-sia. Allah swt berfirman: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh. Dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan supaya berada di dalam kesabaran.” (al-‘Asr: 1-4) Sesungguhnya seluruh manusia akan berada di dalam keadaan yang kerugian kecuali sekelompok manusia yang memiliki dan memahami dua perkara, iaitu: i. Iman dan amal perbuatan ii. Usaha ‘amar makruf, nahi munkar’. “Dan nasihat-menasihatilah ke arah mentaati kebenaran, dan nasihat menasihati ke arah kesabaran” Walaupun ayat di atas kelihatan singkat dan pendek, namun mesej yang ingin disampaikan tersangat luas, dan ada kalanya tidak mampu untuk dilakukan oleh semua orang. Beruntunglah bagi mereka yang dapat mengerjakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah swt dan meninggalkan segala larangan Nya. Semua orang wajib mengetahui perkara-perkara umum tentang agama, dan mereka harus mempelajari seberapa banyak pengetahuan agama terutama memahami isi kandungan al-Quran dan al-Hadith, kaifiah ibadah, solat dan sebagainya. Bagi orang lelaki, tugas berat terletak di atas bahu mereka. Mereka perlu berusaha untuk mendidik ahli keluarga agar terkeluar dari kejahilan, lebih dari itu, mereka perlu memastikan setiap ahli keluarga terselamat dari azab neraka. Sifatnya sebagai ketua keluarga, tanggungajawab ini perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Allah swt berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (al-Tahrim: 6) Maknanya, seorang lelaki, di samping mempunyai kewajipan mempelajari hukum hakam, dia juga wajib mengajar dan mendidik isteri serta anak-anak. Di samping belajar yang merupakan kewajipan khusus baginya, dia juga bertanggungjawab untuk menyalurkan ilmu tersebut kepada ahli keluarganya. Jika seorang anak perempuan telah mencapai usia 9 tahun dan anak lelaki 12 tahun atau setelah mereka mencapai umur baligh, maka mereka wajib belajar soal-soal agama. Tanggungjawab itu terletak pada bahu bapa, manakala ibu boleh membantu meringankan bebanan ketua keluarga. Jangan biarkan mereka berada di dalam kejahilan. Riwayat: Imam Ahmad, Ibn Majah, al-Hakim dan al-Timizi. ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK |
husninamalin |
Posting pada: 09-02-08 20:48
Pada 09-02-08 20:37 , khairani posting:
!!! QUOTE !!! Ummah Perlu Keluar Dari Kejahilan tepat sekali.....memang kerajaan sekarang ni hampeh hehe..... Islam hadhari.....DARI SEGI NAHu pun dah ada kepincgan....ISLAM bersandarkan hadhari....kalau ISLAM tak relevant dengan pembgunan...ISLAM di tolak ketepi...MASYALLAH.. lagi satu,..iklan Syeikh Muzaphar...tengok keAjaiban Ciptan ALLAh tapi sebut MAsYAALLAH....apa kes ni....sepatutnya sebut SUBHANALLAH....ish2..ISLAM hadharilah katakan. waallahualam |
syahidatul |
Posting pada: 10-02-08 00:09
tak mengapalah.. dah tiba hari mengundi nanti, moh lah kita semua sama-sama turun mengundi dan undi sesiapa yang berkenan di hati....
biasanya kalau bertekak dalam forum ini, tak ada yang akan mengalah.... tapi seronok baca perdebatan yang ada.. kita tengok sampai mana... hoho |
nurizzat64 |
Posting pada: 10-02-08 00:47
sumernye petah berdebat... kagum-kagum....
tak lama lagi hari mengundi, makin byklah usaha mempertahankan parti sendiri kan... Anyway... Saya sokong PAS... |
beeman |
Posting pada: 10-02-08 01:00
beeman:aku tak pernah jumpa orang sehebat tok guru nik aziz.aku memang kagum kat dia....
ni pendapat perbadi aku.maaf kalau ada yang tak setuju pula.. aku pun kagum peminpin2 PAS yang bersih.. Rasuah?jauh sekali... UMNO=rasuah! |
natrah_ratna |
Posting pada: 10-02-08 07:13 |
samudra |
Posting pada: 10-02-08 09:46
Aku rasa tahun ini aku tak nak mengundi ..sebab ustaz kat tempat aku cakap mengundi pos adalah haram ..sebab undi pos akan masuk poket BN..hahaha..
|
kapten06 |
Posting pada: 10-02-08 09:56
Pada 09-02-08 19:53 , hafeezzul posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-02-08 13:16 , tirmidziy02 posting: mari-mari undilah saya..... ----------------- |
sya_ryn |
Posting pada: 10-02-08 10:25
bukan mngatakan diri dan pihak sendiri telah mncapai makam tuhan,semua org da tau tak dapat org macam sya.persoalan pertama,bukan sya khususkn pada awak,kan sya ada tulis awak dan pihak awak.umum.sama juga macam yang duduk pelekeh tu,pihak sya ada juga perlekeh dan pihak sana ada juga perlekeh,so...sapa pelekeh sapa?yang diperjuangkan pihak tu adakah mmbenarkan pelekeh usaha org?tegur dan kritik boleh,tapi bukan pelekeh dengan mmberi maksud lain maksud pelaksanaan tu.namun usaha tetap ada dugaan,dr dalam dan dr luar yang tak kadang-kadang terleka,kadang-kadang sedikit sbnyk ada perubahan.
persoalan ke2,keadilan...tanya kat rakyat negeri tu kenapa mereka beralih sekejap kepada 4 tahun lepas itu berubah shingga sekarang.da menang buatla cara menang,tadbir baik-baik.kan perjuangan kearah kebaikan secara total...tapi org yang memperjuangkan tu leka sangat dengan kemenangan ,,shingga rakyat terbiar,mybe ada yang tak terbiar sebab duduk saja pergi pihak dia.kalau hasil pun diambil oleh pihak dulu,takkan 4 tahun tak dapat mmberi ekonomi kepada rakyat,mybe 100% masalah sosial,rasuah settle masa 4 tahun tu.tabik.tapi rakyat,janji mana...janji pun semua pihak boleh janji. persoalan ke3,sya tak kata pihak sya tak perlekeh..tapi perjuangan anda tu ,anda bawa perjuangan apa?berlandaskan apa?sya tak tau lah pula kalau ada dalil atau hadis mmbolehkn sesama muslim mmpertikaikn usaha org lain.sya nak minta hadis atau dalil,sya rasa ada,mybe sya saja tak terjumpa.. usaha,tapi cara berbeza,yang pihak sblah tengok bukan hasilnya tapi kesan buruknya.satu lagi pasal bagi lesen arak lah,judi lah,maksiat lah,budak punk lah,nasib baik sya ni budak blues...negara kita ni negara majmuk brother,ada agama lain,kaum lain.tapi kena hadkn juga,bukan nak menggalakkan pmberian lesen tapi pihak dan kita ni yang kena ada kesedaran,kerajaan bagi kmpen pun,pencegahan pun,kalau kita duduk pergi juga...nak slhkn sapa?kalau tak ada kat malaysia ni pusat2 tu,org boleh pergi negar tepi2 kita ni.globalisasi,kerajaan tak dapat kwl 100% ,ni kita ni jangan dglobalisasi,terima pun ,cover elok-elok.sya ni sapa lah nak bercakap soal negara,soal politik,soal agama...tapi ada mata lihat,ada telinga dengar,ada mulut cakap,ada akal...tapis dan kaji sebaiknya apa yang kita dengar,lihat dan cakap.pendapat ada lah individu,tak ada kaitan mana-mana. pasal sya saja tembak awak,hipokrit?..ayat bombastik tu brother,sya tak tembak awak,macam awak cakap tadi,kat tempat ni rmi lagi spndpt dengan awak,lagi bagus mereka tertumpu pada awak,awak sendiri yang duduk sendiri tempat tu.lagipun sya cakap awak dengan pihak awak,maksudnya umum lah...sapa boleh baca dan nilain balas balik. ibnu_musa,sya tak perlu jumpa ulama berkenaan,cukupla orang-orang kat sini da cakap pasal itu ini.kita tak boleh nak hlg org lain bagi pdnpt atau maklumat tentang kejahilan plaksanaan hadhari.cuma kalau maklumat atau pdnpt tu benar,boleh difikirkn dan dikaji tapi kalau sekadar pandangan,faham sendiri lah apa kesannya. |
abadikan_03 |
Posting pada: 10-02-08 10:42
BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN
DENGAN SEMANGAT DAN ROH KEMENANGAN... BERSIAPLAH WAHAI KAUM MUSLIMIN... DENGAN HARTA JUA KEIMANAN.. TAKBIR....ALLAH HU AKBAR... |
mohamad |
Posting pada: 10-02-08 10:47
Islam Hadhari??..
eerrkk... teman tak berkenan lah... maaf ye.... seperti yang telah dikatakan oleh akhi Ibnu_Musa tu. sila rujuk ye... wassalam... |
swordofdeen |
Posting pada: 10-02-08 11:01
Jawapan saya dalam bolded dalam quote di bawah
!!! QUOTE !!! bukan mngatakan diri dan pihak sendiri telah mncapai makam tuhan,semua org da tau tak dapat org macam sya.persoalan pertama,bukan sya khususkn pada awak,kan sya ada tulis awak dan pihak awak.umum.sama juga macam yang duduk pelekeh tu,pihak sya ada juga perlekeh dan pihak sana ada juga perlekeh,so...sapa pelekeh sapa?yang diperjuangkan pihak tu adakah mmbenarkan pelekeh usaha org?tegur dan kritik boleh,tapi bukan pelekeh dengan mmberi maksud lain maksud pelaksanaan tu.namun usaha tetap ada dugaan,dr dalam dan dr luar yang tak kadang-kadang terleka,kadang-kadang sedikit sbnyk ada perubahan. Allahu'alam |
sya_ryn |
Posting pada: 10-02-08 12:01
awak bercakap,seolah-olah awak ni da betul sgalanya.sya bukan ibarat bertanya kepada kambing bagaimana ikan pirana bertelur,sya tak perlukan pertanyaan.sya bukan suka tanya org itu ini.sya lebih suka tanya org yang tau apa islam itu sebenarnya.sya rasa awak pun tak reti fikir,org bogel pergi lepak jalan raya...ada ke zaman dr dulu?contoh pun bagi lah contoh yang berlaku.lepas itu org sekeliling pergi rogol perempuan bogel tu,tu lah namanya berbalik kepada diri sendiri,iman tu ...kalau tak ada niat nak rogol walaupun depan mata ada bogel,xdenya kes.satu lagi contoh yang tak logik,org bagi duit berjuta2 kat jalan,ada ke?...kalau ada bagi tau sya,,nak juga ambil...bagi contoh yang benar berlaku...tak payah contoh pun tak apa sebab sya da tau maksud awak....jangan rasakan diri tu betul,org lain pun ada juga betulnya....lihat diri kita sapa....
|
Al-Mustaqqim |
Posting pada: 10-02-08 12:10
Hanya otak bukan sampah yang tahu menilai perjuangan sebenar jauh dr sasaran.dan hanya otak tempat tong sampah saja yang tak tahu menggunakan otak dengan sebaiknya.
----------------- hidup BN.. TAKBIR.. bila loa BN nak menguasai klate?>>>> |
khairani |
Posting pada: 10-02-08 12:24
DALIL-DALIL HARAM UNDI UMNO/BN SIRI 1
1. UMNO/BN Menghina Hukum Allah Terlalu banyak kenyataan pemimpin UMNO yang telah dengan terang-terangan menolak hukum Islam atau syariat Islam dan negara Islam. Bukan sahaja mereka enggan, bahkan telah turut menghina hukum Allah swt. itu sebagai primitif, kolot, dan akan merugikan umat Islam. Secara tidak langsung mereka seolah-olah mendakwa bahawa merekalah yang lebih bijak dalam memutuskan hukum-hakam yang sudah pun ditetapkan oleh Allah swt di dalam al-Quran. Sikap ini bukan sahaja berdosa, malah boleh mencacatkan aqidah mereka dan membawa mereka keluar dari agama Islam.Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari kata-kata pemimpin UMNO yang mungkin sudah diketahui ramai. Kenyataan mereka: 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'. (Mahathir: 3/3/94) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'. (Mahathir: 14/7/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'. (Mahathir: 2/5/92) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'. (Mahathir: 1994) 'Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam'. (Mahathir:14/8/94) 'Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasiq'. (Mahathir:3 Mac, Nilam Puri). 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Najib: 20/4/93) 'Apa erti negara Islam jika mundur'. (Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) Apakah masih ada umat Islam yang mahu menyokong golongan sesat yang telah menghina hukum Allah ini?. 2. UMNO/BN Tidak Melaksanakan Hukum ALlah Ekoran dari penolakan dan penghinaan pemimpin UMNO terhadap pelaksanaan hukum Allah, maka telah menjadikan mereka ini di kalangan manusia yang hanya beriman kepada sebahagian daripada al-Quran dan menolak sebahagian yang lain. Sedangkan apa sahaja yang diturunkan oleh Allah swt dan dari Sunnah Rasul s.a.w semuanya adalah WAJIB bagi setiap umat Islam melaksanakannya tanpa memilih mengikut selera masing-masing. "Apakah kamu beriman kepada sebahagian daripada Kitab dan engkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia dan pada hari Qiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perlakukan" (Mafhum al-Quran, al-Baqrah:85) Umat Islam di Malaysia ini semuanya berdosa jika mereka redha dengan tidak terlaksananya hukum ALlah ini ekoran dari sikap mereka yang mengundi wakil rakyat dari parti yang menolak hukum Islam. Tiada alasan yang boleh diberikan untuk tidak melaksanakan ayat-ayat Allah ini sepertimana tiada alasan yang boleh diberika untuk meninggalkan sembahyang!. sama ada dalih kerana peredaran zaman, atau masyarakat majmuk atau sebagainya, semuanya karut belaka dan hukum Islam masih tetap menjadi kemestian untuk dilaksanakan kerana al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w sesuai sehingga hari Qiamat. Di bawah ini diperturunkan sebahagian dari hukum-hukum Islam (hudud) yang tidak dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN. a. Zina (a) Bagi yang bukan muhsan (belum pernah melakukan persetubuhan yang sah) "Penzina-penzina perempuan dan penzia lelaki hendaklah kamu sebat 100 kali" (Mafhum al-Quran, al-Nur:2) (b) Bagi yang muhsan (pernah merasai persetubuhan yang sah) "Ya Anis, pergilah kepada perempuan ini, maka jika dia mengaku (berzina) rejamlah dia" (Hadis Sahih Muslim:Vol III, hal.1324-25) b. Qazf (menuduh zina) "Dan mereka yang membuat tuduhan zina kepada perempuan-perempuan suci daripada zina kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi maka deralah mereka sebanyak 80 kali rotan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya dan mereka inilah orang-orang fasiq" (Mafhum al-Quran, al-Nur:4) c. Mencuri "Pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka potonglah tangan mereka sebagai balasan dengan apa yang dilakukan sebagai siksaan dari Allah" (Mafhum al-Quran, al-Maidah:38) d. Harabah (merompak) "Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan RasulNya dan melakukan keroskan di muka bumi hendaklah mereka dibunuh, atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka berselang seli atau dinafikan mereka di muka bumi" (Mafhum al-Quran, al-Maidah:33-34) e. Meminum Arak (khamr) Diriwayatkan dari Anas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi seorang lelaki yang meminum arak, kemudian beliau telah menyebat dengan dua pelepah tamar lebih kurang empat puluh sebatan. (Fath al-Qadir, Ibn al-Human, jilid 4, hal.185, Sahih Muslim, jilid 2, hal.57) f. Murtad "Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia" (Sunan Abu Dawud, jilid 2, hal.440) pergi. Qisos (bunuh balas) "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisos (bunuh balas) berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka; hamba dengan hamba dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat kemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar diyat kepada pemberi maaf dengan cara yang baik pula" (Mafhum al-Quran: al-Baqarah: 178) Kesimpulannya, melaksanakan hukum Islam dan menegakkan negara Islam bukan merupakan idea atau kehendak para pemimpin PAS atau para ulama' PAS atau mana-mana ulama di atas muka bumi ini, tetapi ianya merupakan suatu perintah ALlah yang wajib dilaksanakan tanpa ada pilihan lain, oleh setiap manusia yang mengaku Islam seperti mana wajibnya seseorang Islam itu mendirikan sembahyang, berpuasa, berzakat, mengerjakan haji dan mengikuti perintah-perintah Allah yang lain. ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK |
izwana_haanie |
Posting pada: 10-02-08 15:22 |
swordofdeen |
Posting pada: 10-02-08 15:34
Pada 10-02-08 12:01 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! awak bercakap,seolah-olah awak ni da betul sgalanya.sya bukan ibarat bertanya kepada kambing bagaimana ikan pirana bertelur,sya tak perlukan pertanyaan.sya bukan suka tanya org itu ini.sya lebih suka tanya org yang tau apa islam itu sebenarnya.sya rasa awak pun tak reti fikir,org bogel pergi lepak jalan raya...ada ke zaman dr dulu?contoh pun bagi lah contoh yang berlaku.lepas itu org sekeliling pergi rogol perempuan bogel tu,tu lah namanya berbalik kepada diri sendiri,iman tu ...kalau tak ada niat nak rogol walaupun depan mata ada bogel,xdenya kes.satu lagi contoh yang tak logik,org bagi duit berjuta2 kat jalan,ada ke?...kalau ada bagi tau sya,,nak juga ambil...bagi contoh yang benar berlaku...tak payah contoh pun tak apa sebab sya da tau maksud awak....jangan rasakan diri tu betul,org lain pun ada juga betulnya....lihat diri kita sapa.... Saya tidak mengatakan saya betul, saya berhujjah dengan apa yang saya ada, dan begitulah sepatutnya diskusi kita berjalan, bukankah begitu? Saya tak kata anda kambing, mahupun ikan piranha. analogi saya hanya berkisar kepada kita perlu memberikan hak menentukan sesuatu pada ahlinya. sepert menentukan hukum bukan kuasa pada umara' sebaliknya perlu dikembalikan kepada ulama (menjawab persoalan perlukah bertanya kepada yusuf qardhrawi). Mengenai contoh-cotoh di atas, ianya dalam bentuk sarcasticsm. saya dah bagi banyak contoh sebelum ini mengenai perkara yang benar-benar berlaku, tetapi tiada respon, maka saya bagi contoh dalam bentuk analogi yang agak sinis. Dengan kata lain, sekental manapun iman, kita manusia dan tiadak maksum, dan sebab itu diperlukan hukum dan undang-undang. sahabat boleh baca buku Pengenalan Syariah Islamiyyah: Fiqh & Sumber-sumbernya, oleh Abdullah nasih ulwan, atau boleh terus membaca buku Al-Fiqh al-Islami wa-Adillatuhu al-hanya’ al-Sadis oleh ustaz Wahbah Az-Zuhaili mengenai perundangan Islam dan keperluan menegakkannya. namun, saya harap bukan dibaca sahaja, tetapi dibaca dengan berguru, insyaAllah. Baik, adakah anda yakin dengan iman anda. dengan kata lain, cukupkah hanya dengan iman, tanpa syariat? jika cukup dengan iman, Kenapa allah turunkan syariat? mengapakah allah menurunkan hukuman hudud? serta mengapakah adanya qisas? Setiap perkara itu berlaku tidak sia-sia. Maka, jika cukup hanya dengan iman, maka bukankah sepatutnya semua orang di dunia ini baik? jadi, mengapakah masih terjadi benda-benda yang tidak baik? Kalau begitu, mansuhkanlah sahaja polis, pdrm, tentera,detektif, pusat kaunseling dan sebagainya. sebab 'dah ada iman', cukup kah? dan perbincangan ini sekarang menghala ke arah analogi dan tidak berkisar ke dalam persoalan asasnya Baguslah jika awak faham maksud saya, walaupun bagi saya, awak sebenarnya salah faham terhadap maksud saya. Saya menerima pendapat anda yang betul, dan ada saya nyatakan dalam posting-posting saya yang lepas. Siapa yang dapat menerima pandangan siapa, saya rasa pembaca lain dapat menyelusuri satu persatu perbincangan dan membuat keputusannya, insyaAllah. Allahu'alam |
swordofdeen |
Posting pada: 10-02-08 15:46
Pembuka post, izinkan saya memasukkan sedikit bahan yang tidak berkenaan secara directdengan BN atau PAS:
!!! QUOTE !!!
|
nisa_iman |
Posting pada: 10-02-08 16:57 |
solskjaer |
Posting pada: 10-02-08 17:19
Pada 09-02-08 14:38 , imtihan_insyirah posting:
!!! QUOTE !!! cakap pasal taman tamadun Islam tu... nampak sangat dah menyimpang dr ajaran islam. membina masjid kristal. atas dasar apa dibina? sedangkan Allah memerintahkan masjid dibina atas dasar taqwa bukan untuk bermegah2. ada ke org yang akan solat di situ? dahlah kena naik bot untuk ke sana... inilah tanda-tanda betapa hari kiamat itu sangat dekat. tanda-tanda sudah terzahir pada pemimpin yang memerintah. betul ke untuk bermegah?rasanya itukan simbol syiar ISLAM..saya tumpang gembira...alhamdulillah...suatu hari nanti,saya akan pergi solat di sana... |
secerahpawarna |
Posting pada: 10-02-08 17:24
Ana first time mengundi tahun ni..semangat berkobar-kobar ni..kena pulak undi di kawasan panas..parlimen Permatang Pauh...dah terasa ini bahangnyer...adess
----------------- "Kita ingin segalanya indah..sebersih pasir pantai memutih,seindah dan secerah pawarna...bersemi ukhwah dipupuk kasih.." |
sailormoon |
Posting pada: 10-02-08 17:32
Ada yang kata tak nak undi PAS sebab takut ekonomi Malaysia jatuh...Pelabur asing tak nak datang kat Malaysia...
----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN... |
albarlasy |
Posting pada: 10-02-08 21:42
Pada 10-02-08 12:10 , Al-Mustaqqim posting:
!!! QUOTE !!! Hanya otak bukan sampah yang tahu menilai perjuangan sebenar jauh dr sasaran.dan hanya otak tempat tong sampah saja yang tak tahu menggunakan otak dengan sebaiknya. JANGAN MIMPI lah KAWAN BN NAK TAWAN KELANTAN... KECUALI BN MAIN KOTOR MACAM 2004 INSYALLAH DAPAT lah KELANTAN TU NANTI... SAMPAI BN DAPAT TERIMA SEMUA PERUNDANGAN ISLAM DAN PEMIMPIN BEBAS DARI PERKARA KEJI DAN MUNGKAR... AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR....TAKBIR!!!!!!!!!!!!! |
khairani |
Posting pada: 11-02-08 00:24
islam yang dibawa oleh UMNO
ISLAM HANYA NAMA SAHAJA Daripada Ali b Abi Talib berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada quran itu kecuali hanya tulisannya. masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. dari mereka berpunca fitnah, dan kepala mereka fitnah itu akan kembali Penerangan Hadis: Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaanya tidak bergitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa. ----------------- Vote For Hizbul Islam PERTAHANKAN KELANTAN DI BAWAH KEPIMPINAN ULAMAK |
alhikam |
Posting pada: 11-02-08 01:10
Pada 10-02-08 17:19 , solskjaer posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-02-08 14:38 , imtihan_insyirah posting: Hendak bina masjid .. adakah perlu berjuta2 ? Hendak bina masjid perlu ada ahli kariah untuk memenuhkannya ..siapakah ahli kariah masjid kristal ? Syiar Islam adalah ajarannya .. bukan masjid semata-mata . Janganlah kita termasuk dalam hadis Rasulullah yang menyatakan di akhir zaman ada golongan yang berlumba-lumba membina masjid yang indah2 tetapi ianya kosong dan sunyi .. |
Ustadz |
Posting pada: 11-02-08 07:18
salam..walauapapun kita berpegang,baik PAS atau UMNO dan sebagainya,yang penting sebaik saja menang pilihanraya janganlah agama pun tergadai,masa pilihanraya dok jaja sana sini islam itu dan ini tapi maksiat masih dipertahankan,perkara-perkara mungkar masih berleluasa..yang penting jangan sampai portal ni kena gam,eloklah jangan dibincang perihal politik dan berbalah perkara yang merugikan..nak tubuh negara islam dan memerintah cara islam,ikutlah cara nabi S.A.W..
|
fatimah-azzahra |
Posting pada: 11-02-08 07:58
Pada 11-02-08 07:18 , Ustadz posting:
!!! QUOTE !!! salam..walauapapun kita berpegang,baik PAS atau UMNO dan sebagainya,yang penting sebaik saja menang pilihanraya janganlah agama pun tergadai,masa pilihanraya dok jaja sana sini islam itu dan ini tapi maksiat masih dipertahankan,perkara-perkara mungkar masih berleluasa..yang penting jangan sampai portal ni kena gam,eloklah jangan dibincang perihal politik dan berbalah perkara yang merugikan..nak tubuh negara islam dan memerintah cara islam,ikutlah cara nabi S.A.W.. ye, setuju apa-apa pun jangan maruah agama tergadai..ikut cara nabi ----------------- 'tuhan ganjarkan upaya untukku menyusuri jalan Mu agar tak tersasar haluan kiblatku oh, tuhan" |
nur_islami |
Posting pada: 11-02-08 09:48
2,3 hari lepas tok Guru Nik Aziz ada buat ceramah kat tempat biasa, kat stadium negeri..tapi jahat xjht org BN ni dia mengelirukan orang-orang pas dengan menyebarkan iklan2 ceramah pas..kononnya dalam masa yang sama, pas buat ceramah dibeberapa tempt lagi...
pandai betul dia org ni kalau bab-bab jahat ni... |
nur_islami |
Posting pada: 11-02-08 09:54
member saya org terganu..hari 2 dia p melawat kat masjid kristal..memang cntkla masjid 2..tapi sayang sangat-sangat..nama saja masjid kristal,tapi tak boleh nak solat pun kat masjid 2...org kat situ cakap kat dia sebab kiblat salah....ai...macam mana boleh bagi nm masjid kalau masjid 2 tak boleh nak org buat solat????pelik-pelik...nm saja gah..MASJID KRISTAL...habis sampai berjuta2...tapi org nak solat kat situ pun tak boleh???islam hadharikah ini???????pkr2knlah.....
|
Rashdin |
Posting pada: 11-02-08 10:49
Pada 08-02-08 22:19 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! Pada 08-02-08 21:27 , izzul_islam posting: sya_ryn,awak ni Kenapa?.menghentam orang tak tentu pasal tanpa sebarang usul periksa.awak pernah ke mendengar komen pihak yang dihentam?.sudah tentu TIDAK.awak pernah ke lihat sesuatu isu semasa dengan mata hati?itu TANYA pada diri awak sendiri. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
nni |
Posting pada: 11-02-08 11:19 |
Rashdin |
Posting pada: 11-02-08 11:29
Pada 11-02-08 11:19 , nni posting:
!!! QUOTE !!! tak sabar nya nak mengundi kali pertama ini... nak undi PAS!!! saya belum lagi mendaftar ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
hanafirazali |
Posting pada: 11-02-08 11:47
salam... kalau kikta tengok media sekarang, tak habis-habis nak tunjuk kebaikan dan pembangunan yang dibawa BN... mereka dah start kempen sbl waktunya... mereka dah kuasai media... Ini menunjukkan mereka amat takut dengan bayang2 sendiri... walhal pas susah untuk bersuara di public kecuali melalui harakah terbitan 2 kali sebulan... Takkan tu pun tak boleh fikir mana yang betul mana yang salah... masjid kristal diagung2kan degn bentuk binaan yang berjuta juta, sedangkan pengisiannya... tuan2 jawab sendiri... takkan nak promot masjid pun kena panggil artis bujat konsert... ini dah mencampuradukkan halal haram... tuan2 tolonglah... fikir dengan iman... kembali pada ajaran alquran dan sunnah nabi yang sebenar... bukan yang dah diputarbelit oleh puak2 yang zalim ni... sekarang, ASN dan ASB pun dah jadi halal, walhal kat mana diua melabur pun kita tak pasti... Semoga Allah bagi hidayah kat kita semua untuk melihat kebenaran dan tak teripu dengan kemunafikan...
|
hanafirazali |
Posting pada: 11-02-08 11:48
HIDUP ISLAM... ISLAM untuk SEMUA AGAMA... PERCAYALAH... TAK AKAN ADA SESIAPA yang TERTINDAS... ALLAHUAKBAR
|
nafisah |
Posting pada: 11-02-08 15:10 |
aye |
Posting pada: 11-02-08 16:21
Alhamdulillah PRU12 kali ni memberi laluan kepada aku untuk bgerak kerja dengan Pas...
semoga tangan2 ni akan menjadi tangan-tangan yang meruntuhkan kerajaan toghut UMNO-BN ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
haidays |
Posting pada: 11-02-08 16:30 Sekadar nak bertanya, si sya-rin ni ada tak baca media barisan alternatif? Dok lama kat Terengganu ke atau pernah bermastautin di Kelantan? Kalau setakat duduk kat Tanjung Malim saja, tak baca pilihan akhbar selain yang keluaran kerajaan (takut2 jadi beku).Bukan semua yang Alternatif buat tu betul, tapi yang pastinya tidak semua yang Kerajaan sekarang buat tu salah.Cuma kita pakat2 tengok, sejauh mana kerajaan yang ada sekarang ni membela nasib rakyat (dalam konteks masyarakat majmuk) juga mendaulatkan ISLAM (dalam konteks kita sebagai orang ISLAM). Soalan Bonusah boleh mengundi ke belum ni? Kalau dah layak, cuma kaji selidik dulu sejarah kedua2 belah pihak (PAS vs UMNO). Kalau tak layak lagipun tak salah nak kaji.Renung dengan mata hati bukan mata gergaji, PAS bukan maksum, mungkin ada kekurangan di pihak PAS sendiri.Tapi PAS cuba untuk menjadi yang terBAIK kerana dasarnya adalah ISLAM bukan KEBANGSAAN.Baca, renung, fikir, lepas itu solat hajat dengan istikharah.Mana tahu akan diberi petunjuk yang lurus. Harap dapat fikir BULAT-BULAT, tak jadi main TIMBANG saja......wassalam |
salmanfarees |
Posting pada: 11-02-08 16:33
Politik...politik...
Masing-masing boleh mengundi. Tunggula hari mengundi. Jangan gaduh-gaduh. Perdebatan tak akan membawa anda ke mana. |
acok_86 |
Posting pada: 11-02-08 19:53
Pada 10-02-08 12:01 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! awak bercakap,seolah-olah awak ni da betul sgalanya.sya bukan ibarat bertanya kepada kambing bagaimana ikan pirana bertelur,sya tak perlukan pertanyaan.sya bukan suka tanya org itu ini.sya lebih suka tanya org yang tau apa islam itu sebenarnya.sya rasa awak pun tak reti fikir,org bogel pergi lepak jalan raya...ada ke zaman dr dulu?contoh pun bagi lah contoh yang berlaku.lepas itu org sekeliling pergi rogol perempuan bogel tu,tu lah namanya berbalik kepada diri sendiri,iman tu ...kalau tak ada niat nak rogol walaupun depan mata ada bogel,xdenya kes.satu lagi contoh yang tak logik,org bagi duit berjuta2 kat jalan,ada ke?...kalau ada bagi tau sya,,nak juga ambil...bagi contoh yang benar berlaku...tak payah contoh pun tak apa sebab sya da tau maksud awak....jangan rasakan diri tu betul,org lain pun ada juga betulnya....lihat diri kita sapa.... sudahlah tu bos..bikin malu org SABAH jak kau ni..kau mahu pigi kutuk kerajaan org tu buat apa..di negeri mu sendiri kau budak tinguk ka??kasian oo..sabah negeri termiskin di malaysia(diakui sendiri oleh musa aman masa high tea bersama mahasiswa 2006 di melaka)..selepas itu keluar pulak perangkaan di parlimen september 2007 lalu yang mengatakan sabah mempunyai kemiskinan tegar 32 000 org..jau lebih banyak berbanding ganu di tempat kedua sbnyak 8000 lebih...cuba lah fikir sikit..ini semua angkara bn lah kawan...dakda gunaya kau kutuk pas.... |
acok_86 |
Posting pada: 11-02-08 19:59
Pada 08-02-08 21:34 , ghazi posting:
!!! QUOTE !!! Salam, bertambah-tambahlah kepelikan saya... Kalau dah tahu beginilah yang terjadi, awat saudara/I masih nak teruskan juga cara yang saudara/I guna selama ini..? inilah yang dinamakan mehna dan tribulasi dalam perjuangan kawan..kalau buat khalifah pun pasti akan ada cabaran kawan..kau ingat bila guna sistem khalifah sahaja semuanya akan berjalan dengan lancar ke???adakah kau tidak fikir adanya halangan dari pihak musuh??? jangan kutuk kerajaan org, sedangkan diri sendiri belum mampu membina kerajaan sendiri.. |
zahratul_ikhwan |
Posting pada: 11-02-08 20:07 |
nurizzat64 |
Posting pada: 11-02-08 21:57 |
qudwah |
Posting pada: 11-02-08 22:03 |
alhikam |
Posting pada: 11-02-08 22:07
Pada 11-02-08 16:33 , salmanfarees posting:
!!! QUOTE !!! Politik...politik... bukan apa .. sekadar mencambah minda . kadang-kadang berdebat ini baru nak cari & baca maklumat . Baru nak PEDULISME . |
nzawaty |
Posting pada: 11-02-08 22:15
Dr dah ditauliahkan sebagai doktor
untuk merawat org sakit Pak Lah diiktirafklan sebagai ustaz tapi bini dan anak dia tak tutp aurat takkan tak tau agaknya budak sek pun tau ustaz juga duduk depan tengok konsert? apa hukum pagi tengok konsert tu yang ada pergaulan bebas dan tabarruj tu? ----------------- Ya Allah Cintailah aku dan himpunkan hatiku bersama hati yang menyintaiMu |
nzawaty |
Posting pada: 11-02-08 22:24
Pada 10-02-08 12:01 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! awak bercakap,seolah-olah awak ni da betul sgalanya.sya bukan ibarat bertanya kepada kambing bagaimana ikan pirana bertelur,sya tak perlukan pertanyaan.sya bukan suka tanya org itu ini.sya lebih suka tanya org yang tau apa islam itu sebenarnya.sya rasa awak pun tak reti fikir,org bogel pergi lepak jalan raya...ada ke zaman dr dulu?contoh pun bagi lah contoh yang berlaku.lepas itu org sekeliling pergi rogol perempuan bogel tu,tu lah namanya berbalik kepada diri sendiri,iman tu ...kalau tak ada niat nak rogol walaupun depan mata ada bogel,xdenya kes.satu lagi contoh yang tak logik,org bagi duit berjuta2 kat jalan,ada ke?...kalau ada bagi tau sya,,nak juga ambil...bagi contoh yang benar berlaku...tak payah contoh pun tak apa sebab sya da tau maksud awak....jangan rasakan diri tu betul,org lain pun ada juga betulnya....lihat diri kita sapa.... sya, kata Pak Lah aku bukan cari kawan untuk hidup berpoya2 tapi "aku ajak presiden indon pergi tengok konsert" itu ke yang bernama PEMIMPIN ISLAM? fikir-fikirkan... aku cari mana dia al syafie... "menurut imam syafie batasan aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan...tapi,wanita UMNO???? semoga ada hidayah buat para pemimpin negara,agar Islam gah dan tidak terhina...ameen ----------------- Ya Allah Cintailah aku dan himpunkan hatiku bersama hati yang menyintaiMu |
mohamad |
Posting pada: 11-02-08 22:41
Pada 11-02-08 11:29 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 11-02-08 11:19 , nni posting: salam... alamak ai...macam mana nak pergi berjuang ni... tak ada peluang nak mendaftar ke??.. ataupun terlupa?? dengan satu undi pun, kita kena berkira tau.... :-> ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam.... |
sya_ryn |
Posting pada: 12-02-08 01:28 !!! QUOTE !!! Pada 11-02-08 19:53 , acok_86 posting: wuina geng bikin malu ka aku cakap begitu?kau siapa geng pandai2 cop aku memalukan sabah.kita sama-sama rakyat geng,kau bukan KM nak cakap aku ni bikin malu sabah.aku bukan macam kau sokong pihak lain,terpulang lah pada kau.aku sokong siapa,aku punya hal lah.aku sokong pun bukan main sokong saja bah geng.aku mana ada kutuk kerajaan mereka tu,lantak mereka lah bah tapi satu saja jangan pula pelekehkn kerajaan buat.memang ada yang tak sempurnanya,ada yang sempurnya.kadang-kadang yang tak sempurnanya tu dicari....dihentam sangat-sangat.kita semua pun ada silap geng.satu lagi kau cakap pasal perangkaan,kau percaya sangat ka geng dengan perangkaan?aku pernah tanya bah geng di tempt aku org kaya,juragan laut dalam....kaya bah geng,rumah dia kecil saja,phiasan sderhana..hari tu dia kata perangkaan datang pergi umahnya tanya berapa pdptn bulanan dia,dia kata geng,tak sampai SATU RIBU RINGGIT KASAR SATU BULAN dia balik dr laut.bayangkan geng,apa maknanya dia cakap begitu...sebab dia tak mahu kekayaan dia disebarkan...wuina,pergi laut geng..dapat ikan besar,mustahil kan dapat 1000 saja,beribu2 geng...tapi mereka pandai simpan duit,rumah kecil geng...di bank ,kita mana tau..tapi bukan semua bah kan geng kerja laut,ada juga petani...tapi geng...pndai2lah kau fikir...cuba kau tanya kawn2 kau yang masuk U,dapat PTPTN tu,kau ingat mereka letak pendapatan family betul-betul ka?bagi yang hidup miskin atau sderhana,baguslah mereka letak yang betulnya.tapi bagi yang family gaji besar,kerja laut...anaknya isi borang pndptan keluarga kurang daripada 500,tu yang mereka dapat FULL loan.kalau mereka isi pdptn beribu2,separuh lah kan mereka dapat loan tu..sama juga kalau isi biasiswa dskolah kan geng,kalau isi pdptn betul,nanti tak dapat kan...jadi mereka letak lah pdptan 300 sbulan..aku nampak geng..aku sendiri pun pernah,aku memang dr keluarga miskin,Alhamdulillah sekarang ni,kami adik beradik dah besar,da kerja..meningkat juga kehidupan...aku rasa aku pun tak layak cakap kau malukan sabah,sebab aku tak suka malukan org...ingat geng,bercakap ikut fakta...kajian sendiri ,bukan dengar cakap org kita main terima saja tanpa tapisan. !!! QUOTE !!! haidays posting ; ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari) |
ghazi |
Posting pada: 12-02-08 06:53
Pada 11-02-08 19:59 , acok_86 posting:
!!! QUOTE !!!
Ai, orang seru supaya ikut thariqah Rasulullah, dikatanya nak mengutuk kerajaan orang pula. Mehnah dan tribulasi memang ada, tapi kalian yang tetap nak berdegil juga... Sedangkan masih ada jalan lain yang diterima syarak... Tapi kalau setiap lima tahun asyik kena tindas, kena tipu bulat-bulat, ini bukan mehnah dan tribulasi. Ini "digula-gulakan " namanya... Anda ni nak pertikaikan sistem khilafah ke? Wa iyazubillah... Tak pernah pun saya katakan dengan khilafah semuanya selesai macam dalam magic show. Yang pernah saya nyatakan ialah "khilafah berperanan menjadi mekanisme bagi menangani masalah yang ada". Masalah akan tetap ada... Memanglah saya tak mampu nak bina kerajaan berseorangan... Sebab tu lah saya memerlukan sokongan dan bantuan orang hebat-hebat macam acok dan lain-lain dalam usaha saya ni... Kerana yang saya usahakan ini bukan untuk kepentingan peribadi mahupun kepentingan HT. Saya berusaha melaksanakan tuntutan syarak serta memenuhi kepentingan umat Islam keseluruhannya. Tahukah anda bahawa khilafah merupakan fardu kifayah yang telah 84 tahun tidak dilaksanakan? Saya tak mahu mati dalam keadaan mati jahiliyah... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan. |
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |