Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 27-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 17 hari yang lalu
al-biruni03: 46 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

Please Mendaftar To Post


Oleh Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 17:30


Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu, Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dan mepunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari itu.Beliaua mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis dengan baik dan asli.

Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna.

Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis mengenai asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang bekerja danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat realiti dan bukan seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-Qaradhawi, tarbiah Ikhwan merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia berteraskan asas pendidikan Islam yang sempurna.

Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yang dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dan keilmunnya.

Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan ketua markaz Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah yang beliau sampaikan itu kemudian dihimpunkan menjadi sebuah buku yang berjudul tazkirah al-du’at. (Peringatan buat Juru dakwah). Al-Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam halaqah yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina Kaabah. Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad Damardasy Murad, Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni. Halaqah ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat subuh. Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka melakukan amalan –amalan kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana ketuhanan yang sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan Muhammad al-Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi masih lagi menuntut di Tanta.

Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad Abdullah Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya seperti falsafah al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai hubungan khusus dengan Syeikh Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh Abdul Halim Mahmud yang mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi bersama rakan-rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan Abdul Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada tahun empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-Qaradhawi dalam subjek tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-Munqidh min al-Dalal karya Imam al-Ghazali.

Di al-Azhar beliau jug belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith, Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri, guru dalam bidang ilmu tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang ilmu falsafah dan Tayyib al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.

Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau bukanlah carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi ketokohan mereka. Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan rujukan dari segi pemikiran dan tingkah laku sahaja. Beliau menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada saya ialah saya mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yang membuta tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya hanya mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya kagumi.

Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Syeikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.

Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu sepertimana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-orang terdahulu daipada mereka.

Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang terlalu muda.

http://www.abim.org.my/madani/content/view/102/2/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 17:41


Terima kasih atas info ini ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 17:43


kasih diterima ya bunayya :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 17:47


Keistimewaan al-Qaradawi        
Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali

1.Ketajaman akal dan pandangan yang bernas

Sebagai seorang pendakwah, al-Qaradawi mempunyai ketajaman akal dan pandangan yang bernas dalam mengutarakan sesuatu isu dan menyelesaikannya dalam konteks masyarakat kini. Perkara ini dapat dilihat dalam penulisan-penulisan beliau terutama mengenai gerakan Islam dan keutamaannya dalam menghadapi arus globalisasi. Dalam buku Fiqh al-Awwalawiyyat, al-Qaradawi menghuraikan keutamaan dengan mengambil contoh dari al-Quran, al-sunnah serta para pendakwah sepanjang zaman.

Beliau menghuraikan perkara ini dengan jelas dan mudah sehingga mencengkam jiwa pembacanya. Walaupun perkara keutamaan ini telah dinyatakan dalam al-Quran tetapi ia semakin diabaikan sehingga al-Qaradawi menulis buku ini untuk menyedarkan peranan yang perlu dipikul oleh umat Islam. Di samping itu, al-Qaradawi juga mengakui peranan akal dalam islam. Beliau menyatakan dalam bukunya al- Ilm wa al-‘Aql fi al-Islam (Ilmu dan akal dalam Islam) yang menerangkan kedudukan akal dan Islam memuliakan akal dengan mengiktirafkan ijtihad sebagai salah satu hukum yang diputuskan akan mendpat pahala sama ada betul atau salah. Walaupun begitu akal harus dibimbing oleh wahyu.


2.Sasterawan

Al-Qaradawi juga merupakan seorang sasterawan dan sejak kecil lagi beliau menulis rangkap syair-syair Arab.Beliau amat menyukai syair yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.Al-Qaradawi juga mempunyai buku syair yang berjudul Nafahat wa lahahat, dan al-Muslimun al-Qadimun. Syair yang pertama ditulis ialah bertajuk Safarat al-indhar. (Bunyi sirene) Syair itu menggambarkan sebuah zaman yang ditimpa peperangan. Apabila masyarakat mendengar bunyi sirene pada malam hari, maka sekilas itu mereka mematikan seluruh lampu. Sedangkan jika mereka mendengarnya di siang hari, mereka akan tergegas-gesas bersembunyi. Syair ditulis semasa beliau berada di tahun Dua Menengah Rendah, Maahaad Agama Tanta. Antara syairnya ialah syair yang ditulis dalam buku kisah Yusuf al-Siddiq yang berbunyi :

Wahai engkau yang disingkirkan oleh gelapanya malam, hadapilah ia dengan kesabaran,
Kerana siang dan malam akan selalu bergantian
Lihat cuaca yang dapat cerah kembali meskipun awan telah menyelimutinya
Dan malam akan berakhir dengan datangnya cahaya pagi hari
Lihatlah Yusuf yang dengan tangannya berhasil menguasai Mesir
Padahal sebelumnya ia adalah penghuni penjara.

Dalam penjar tu, Yusuf al-Qaradawi dan rakan-rakannya sering menghiburkan hati mereka dengan syair Mustaf Sadiq al-Rafi’I yang berjudul al-‘Arubah. Rangkapnya berbunyi antara lain :

Wahai Tuhan kami, hanya padaMulah kami menyeru
Berikanlah pertolongan yang telah Engkau janjikan kepada kami
Sesungguhnya kami hanya mengharapkan keredhaanMu
Kami tidak akan ridha dengan yang lain, kecuali engkau meridhainya.

Al-Qaradawi menulis rngkap syair khusus buat Hassan al-Banna iaitu :

Bagimu wahai pemimpinku, wahai guru yang mulia
Wahai orang yang membawa cahaya pada zaman kegelapan
Wahai pembimbing dunia yang mengikuti manhaj Nabi Muhammad
Wahai orang yang memiliki sifat generasi Dar al-Arqam
Engkau telah meninggalkan Islam dengan gagah berana, ia tidak memiliki
Anak kecuali para generasi muslim,
Engkau telah menuliskan kepda dunia akan benarnya sebuah pertolongan,
Dan engku menolaknya sampai menyiramnya dengan darah sendiri.
Mereka mengira bahawa engkau telah meninggal, padahal engkau tetap hidup di tengah-tengh kami,
Tidak pernah ada yang mati kecuali diktatator sang pelaku kejahatan.
Mereka mengira bahawa engkau telah tiada, padahal engkau nampak di tengah-tengah kami
Kami akan berjuang dengan manhajmu di seluruh pelusuk bumi yang fana.
Tidurlah di sisi Tuhanmu yang Maha Memberi Pemberi Petunjuk
Engkau telah mendirikan sebuah bangunan tak mungkin keruntuhan
rasa cinta terhadapmu akan tetap tertulis dalam sanubari kami
Cahayamu akan selalu ada dalam hati dan namamu selalu ada pada mulut kami.

Al-Qaradawi mengambarkan penjara tu sebagai tempat perkhemahan abadi bagi peningkatan peribadi anggoa Ikwan hingga tahun 1949. Rangkap syair tersebut berbunyi :

Wahai manusia, saat ini sejarah telah menjadi bukti perjuangan kami
Saat ini kebenaran telah nampak bagi sesiapa saja yang mahu melihatnya
Sesungguhnya kami telah melakukan dakwah dengan penuh keikhlasan
Dan kebenaran ini dapat dibuktikan dengan beribu dalil
Mereka telah menganggap kami tiada, sehingga kami bertanyanya,
‘kemanakah air mengalir’
Padahal ia menghidupkan (tumbuhan) yang telah mati dan
Memberi minum mereka yang kehausan
Mereka berkata,’Ke Penjara tu’.maka kami katakana,’Ya, sekarang rumah Ikhwan telah terbuka
Untuk menghimpun kami sebagai satu saudara di jalan Allah
Di sanalah kami memutuskan segala sesuatu yang ditajuti musuh kami
Ia adalah sebuah musalla tempat kami membersihkan diri
Ia juga adalah sebuah tempat yang bersih yang menjadi tempat kami menguatkan badan
Ia juga adalah sebuah tempat perlatihan untuk menyiapkan
Kami sebagai bala tentera dalam menghadapi sebuah peperangan
Dan ia adalah sebuah lembaga pendidikan tempat kami lebih banyak mengenai kebenaran
Jika kami dilarang berkumpul lebih dari empat orang
Maka ia akan menghuni belantara penjara tu yang penuh serigala
Mereka memasukkan ke dalam tu agar tersiksa dan terasing
Tetapi atas nikmat Allah bagi kami, ia adalah sebuah taman
Inilah tu yang mereka inginkan agar kami menjadi terhina
Padahal di sana pula, Tuhan kami berkenan menambahkan keimanan
pada jiwa kami.

3.Spiritual yang tinggi

al-Qaradawi seorang yang mempunyai sifat kerohanian yang tinggi.Sifat ini semestinya ada bagi seriap orang yang berada dalam medn dakwah. Kerohanian ini akan memancarkan ketulusn yang suci kepada Allah dan menambhakn keimanan. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa penjara tu telah bayak memberi latihan dan pengjaran kepada golongan Ikhwan untuk meningkatkan amalan kerohanian terutama dalam bulan Ramadhan. Di sini juga, mereka mengamalkan mathurat setiap solat Subuh dan Maghrib.

4.Kesetiaan kepada rakan

Al-Qaradawi amat seti kepada kwan sejak kecil lagi. Perkenalan beliau dengan Muhammad Damardasy Murad sejak di Mahaad Tanta dan tinggal serumah.al-Qaradawi menyifatkan Muhammad Damrsay sebagai teman baik dalam pelajaran, di rumah maupun dalam medan dakwah. Beliau adalah sahabat al-Qaradawi yang banyak mengetahui sifat keperibadian al-Qaradawi secara mendalam. Dalam Ikhwan, al-Qaradawi lebih mengenali banyak rakan-rakn seperti Abdul Wahab Battanuni, Ahmad Asal dan Sayyid Sabiq.

Kesetiaan beliau terhdap sahabat dapat dilihat dengan beliau mengarang buku tenatng perhubungan persahabatan dengan Muhammad al-Ghazali lebih dari 50 tahun. Begitu juga beliau mengarang buku tentang perhubungan persahabatan dengan al-Nadwi sejak mula al-Nadwi melawat Mesir pda tahun 1951 Beliau juga menulis ucapan takziah kepada sahabat-sahabatnya yang telah meninggal dunia.Ucapan-ucapan takziah itu dikumpulkan menjadi satu buku yang bertajuk fi wada’ al-‘alam. Antara ucapan takziah yang diberikan oleh al-Qaradawi iaitu Anwar al-Jundi, Ali Tantawi, Adil Husain, Muhamad Qutbah, Abdul Halim Abu Shaqah, Abdul Aziz bin Baz, Sayyid Sabiq, Mustafa al-Zarqa’, Jadul Haq Ali Jadul Haq, Muhammad al-Ghazali , Abdullah al-Ansari dan Abdullah bin Zaid al-Mahmud.

Sumber-Sumber Pemikiran Dakwah Al-Qaradawi

Al-Qaradawi dalam mengutarakan pandangannya mengambil sumber-sumber asasi sebagai titik tolak dalam karyanya dan pemidatoannya. Sumber-sumber tersebut ialah :

1. Al-Quran
al-Qaradawi menjadikan al-Quran sebagai sumber utama dalam pemikiran, tulisan sama aada dalam bidang fatwa dan dakwah. Perkara ini jelas dalam bukunya seperti al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (halal haram dalam Islam), al-fatawa al-Mu’asarah (fatwa-fatwa semasa) dan Fiqh al-awlawiyyat (Fiqh Keutamaan). Beliau membawa dalil-dalil dari al-quran sebagai hujah yang utama. Al-Qaradawi sendiri mengakui bahawa al-Quran merupakan sumber utama dalam kehidupan seorang muslim. Dalam buku Marji’riyyat al-Ulya fi al-Islam (Rujukan Utama dalam Islam), al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-quran dan al-sunnah merupakan dua sumber utama dalam perundangan Islam, akidah, ilmu pengetahuan, ibadat, perundangan, akhlak, adab dan keseluruhan bidang kehidupan dengan memahaminya dengan kefahaman yang betul.

2. Al-sunnah
al-Sunnah merupakan sumber kedua selepas l-qurn.Beliau sentiasa mengambil hujah-hujhserta dalil-dlil dari al-sunnah dalam menerangkan makna-makna al-Quran. Beliau juga mempertahankan al-sunnah daripada golongan yang ingin menghapuskannya sebagai sumber utama Islam. Sebagai contoh fatwa yang membolehkn seseorng itu bersembahyang dalam gerej jika tidak ad temapt yang lain berdasarkan hadith nabi yang menyebutkan bahawa Allah menjadikan bumi ini masjid dan bersih. Sekiranya umat aku ingin mengerjakan solat, maka boleh dilakukannya. Al-Qaradawi mengambil hadith ini sebagai hujah dan sumber dalam mengeluarkan fatwanya iaitu mengharuskan mengerjakan solat di gereja selagimana ia jauh dari syubhat dan kekotoran. Al. Qaradawi menyebutkan penyelesaian permasalahan feqah dalam mana-mana mazhab mesti merujuk kepada al-sunnah. Oleh itu para fuqaha telah menjadikan al-sunnah sebagai sumber kedua perundangan Islam selepa al-Quran dalam kitab-kitab mereka termasuk mazhab Daud dan Ibn Hazm al-Zahiri yang mengingkari Qias dan golongan Abu Hanafiah yang dikenali sebagai madrash al-ra’yu.(aliran ynag berdasarkan akal)


3.Kisah-Kisah Sejarah.

Al-Qaradawi sering kali membawa contoh-contoh sejarah ketamadunan manusia khususnya ketamdunan Islam. Beliau membaw contoh-contoh kisah sejarah sebagai iktibar dan pengajaran untuk umat Islam. Sebagai contoh al-Qaradawi telah membawa kisah Qarun yang melampaui batas dan melakukan kezaliman keapada kaum dan tidak bersyukur atas kurniaan Allah. Beliau juga memberi contoh kisah kaum ‘Ad yang sombong dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Begitu juga dengan kisah kaum Lut yang melakukan perbuatan keji. Akhirnya mereka dihancurkan oleh Allah.

4.Ilmu-Ilmu Agama dan Ilmu-Ilmu Kemanusian.

Dalam bukunya Thaqafah al-Da’iyyah (Pengetahuan Para Pendakwah) al-qaradawi telah menyebutkan keperluan pendakwah menguasi ilmu-ilmu Islam, ilmu sejarah,ilmu kemanusiaan, ilmu kesusasteran dan bahasa.Oleh demikian, kita dapti beliau menjadikn ilmu agama dan ilmu kemanusian sebagai asas dalam pemikirannya. Di samping itu juga, beliau adalah graduan kuliah Usuluddin iaitu kuliah yang mengajar pelbagai ilmu seperti akidah, falsafah, tafsir, hadith, fiqh dan usul fiqh. Ilmu-ilmu tersebut terdapat dalam dirinya sebagai persiapan dalam medan dakwah. Penguasaan dalam ilmu kemanusiaan jelas terbukti dalam karyanya Islam hadarah al-ghad. Dalam buku ini beliau mengambil pandangan Alex Lord, Henry land dan Graudi yang menyebutkan kepincangan dunia barat.

5.Realiti dan Keutamaan

al-Qaradawi sentiasa melihat realiti dan keutamaan dalam menyampaikan dakwahnya. Dalam mengemukakan sesuatu isu, al-Qaradawi akan melihat keutamaannya. Dalam mukadimah buku al-‘Aql wa al-‘ilm (Akal dan Ilmu), beliau menjelskan sebab beliau menangguhkan buku-buku yang berkaitan dengan tafsir bertema dan lebih menumpulan mengenai isu-isu semasa yang merupakan lebih utama ditulis pada waktu itu. Al-Qaradawi menulis buku khusus tentang keutamaan dalam dakwah dan pemikiran iaitu buku yang berjudul Fiqh al-awwalawiyyat.(Memahami fiqh Keutamaan). Beliau menerangkan tuntutan keeutamaan dalam al-Quran dan al-sunnah dan sebab kehilangan keutamaan dalam kehidupan kita kini.Beliau juga membawa contoh-contoh ulamak yang melaksanakan dakwah mengikut keutamaan.

Beliau menggabungkan kelima-lima ciri tersebut dalam menyampaikn dakwah sehingga dapat membentuk pemikiran yang bernas dalam menyelesaikan permasalahan ummah kini dengan pendekatan yang mudah. Kelima-lima unsur ini terpancar dari nilai-nilai asas syariah Islam.


http://www.abim.org.my/madani/content/view/142/2/

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 06-02-08 20:30


DYQ sememangnya di antara ulamak yang hebat dan sukar dicari ganti . Apa yang mengagumkan ana pada keperibadian beliau ialah .. beliau sesekali tidak memisahkan diantara siasah dan agama .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 20:37


benar, dan dia juga tidak menyesatkan mereka yang mengikuti tasawuf :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 20:14


Bagaimana tidak, al-Qardhawi telah membawa kebangkitan
mereka yang mempunyai pemikiran tersendiri, dimana
setiap jemaah ini memperkenalkan diri sebagai kumpulan
yang benar, akan tetapi mereka bersendirian, dan
jemaah lain semuanya salah. Mereka sahaja yang akan
selamat dan yang lain akan berada didalam api nereka.
Mereka mewajibkan semua jemaah bersatu dibawah bendera
mereka. Maka al-Qaradhawi telah mengajar kita agar
tiada halangan untuk pelbagai jenis kumpulan yang
bekerja untuk Islam bekerjasama, selama mana
kepelbagaian ini satu perbezaan dan pengkhususan, dan
bukan pelbagaian yang bertentangan dan menimbulkan
pertembungan yang banyak, Beliau telah mengajak kepada
kesatuan agar pemikiran tersendiri ini tidak
diperkatakan, dan agar perbezaan ini tidak mengganggu
perkhidmatan Islam, selagi mana kita berdiri bahu
dengan bahu didalam isu-isu yang besar. Agar semua
kumpulan jemaah Islam komited dalam kerja-kerja Islam
dan akan masuk Syurga, Insya-Allah.

http://kaminms. blogspot. com/2007/ 07/forum- mengenai- imam-al-qaradhaw i-oleh.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 20:40


Ya.. baguslah,, dan dia juga antara yang menyokong kuat ikhwanul muslimin.. AlhamduliLLah

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-08 23:25


Tapi dia keluar dari IM.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 01-03-08 23:48


Dia bukan keluar dari IM .. tapi tak terlibat secara langsung . Dia masih lagi menulis buku2 tentang ikhwanul muslimin . Dan masih terlibat berjumpa berbincang dan sebagainya . ummiq boleh baca dalam buku IBNU QARYAH WAL KUTTAB .

Kisah2 beliau yang diceritakan sendiri oleh beliau .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 14:56


Alhamdulillah. Terbitan tahun bila ya dan ada terjemahannya ke? Harap dapat diperincikan agar dapat umi beli buku tersebut. Jzkllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 15:09


jika sifat itu yang menjadi antara teladan di SINI..

ana yakin,tiada kata-kata yang manis mahupun sinis perlu diluahkan untuk menarik sokongan pelbagai untuk bersatu bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-03-08 17:43


Insya ALlah, den kagumi Dr Yusof Al Qardhawi - antara kata hikmahnya di dalam feqh mu'assarohnya ditulis :

Saya bersedia mendengar apa sahaja masalah yang ingin diluahkan walaupun ia boleh menambahkan kesedihan saya sendiri asalkan orang yang datang berjumpa saya itu berasa lega..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Jaafar072286
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2008
Ahli No: 34934
Posting: 84
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 08:42


Teringat dulu buat simpoosium tokoh islam.... Buat pasal Yusuf Al-Qardhawi di sekolah... memang beliau sangat dikagumi dan disanjungi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jaafar072286Profil   Hantar PM kepada Jaafar072286   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098798 saat. Lajunya....