Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 134
Ahli: 0
Jumlah: 134




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Tidak sah solat jika salah baca al-Fatihah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Tidak sah solat jika salah baca al-Fatihah

Please Mendaftar To Post


Oleh Tidak sah solat jika salah baca al-Fatihah

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-02-08 16:48


Soalan:
SAYA tertarik dengan ulasan ustaz tentang kewajipan imam terhadap fatihah makmum. Bagaimanapun, masalah di tempat saya ialah bagaimana hendak menasihatkan atau menegur bacaan imam yang fatihahnya tidak fasih?

Jawapan:
Perkara yang salah tidak boleh dibiarkan. Lebih-lebih lagi dalam persoalan yang berkaitan dengan ibadat. Allah s.w.t. memfardukan solat dan menjadikan bacaan fatihah di dalamnya sebagai rukun. Maka, tidak sah solat yang tidak dibaca fatihah. Juga tidak sah solat jika fatihah yang dibaca salah sehingga mengubah makna sebenar yang dikehendaki Allah s.w.t.

Kesalahan dalam bacaan al-Quran terbahagi kepada dua, pertamanya: lahn khafi (kesalahan yang kecil, kesalahan yang tidak mengubah makna seperti bunyi ra berulang, atau menebalkan lam).

Keduanya: lahn jali (kesalahan yang jelas mengubah makna seperti mengubah baris depan kepada baris bawah, atau mengubah sifat huruf tho kepada ta atau dal).

Kedua-dua keadaan ini dihukum haram dilakukan, pendapat ini disebut oleh al-Barkawiy. (al-Barkawiy, Nihayah al-Mufid, hlm:29).

Namun daripada bahagian pertama biasanya disedari oleh ahli quran yang mahir dalam soal fasahah, yang meliputi makhraj, sifat dan wakaf serta ibtida’.

Lahn jali disedari oleh orang awam, ini kerana kesalahannya jelas. (Abdul Fattah ‘Ajami al-Marsafiy, Hidayah al-Qori, jld:1, hlm:55 ).

Sekiranya kesalahan imam hanya termasuk dalam lahn khafi, maka bacaannya dan solatnya sah. Namun perlu dibetulkan bacaannya, sekiranya kesalahan itu boleh diperbaiki.

Jika kesalahan dalam bacaan boleh menyebabkan maknanya berubah maka wajib imam itu diberitahu akan kesalahannya supaya dapat dia perbetulkan bacaannya.

Jika susah diperbaiki bacaannya keran usia yang tua atau sebab ketiadaan gigi atau kerana keuzuran, maka imam itu perlulah mengundur diri dan diganti dengan imam lain.

Kadang-kadang bacaan imam menjadi punca Kenapa orang ramai tidak berminat ke masjid atau surau.

Walaupun ini tidak sepatutnya berlaku, namun setiap orang yang ke masjid adalah untuk beribadat, tetapi bila didengar bacaan imam yang banyak salah ini menyebabkan orang kurang minat ke masjid. Lebih-lebih lagi kalau imam itu memang tidak boleh ditegur.

Allah s.w.t. berfirman: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. (al-‘Asr: 1-3 ).

Jawatan imam ada kelayakannya, jika kurang berkelayakan adalah lebih baik serahkan kepada orang yang mempunyai keahliannya. Terutamanya ahli al-Quran dan baik budi pekertinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 08:05


ustaz pernah juga cakap
orang biasa bila angkat takbir orang biasa
sebut Allahuakbar dengan memanjangkan sebutan alif..
maksudnya jadi apakah Allah maha besar?

begitu juga dengan amin.. alif dipanjangkan..
maksud jadi apakah doa diperkenankan?


itu ustaz tu kata masa ikut kelas tajwid.. tak faham apa-apa pun sebab mereka dah belajar jauh..
suka saja ikut.. lagipun ustaz tu dia selit2 juga benda lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 10:25


salam

masa saya di darjah enam kalau tak silap, cikgu/ustazah pesan kalau nak cari calon suami test dulu fatihahnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 10:33


Pada 22-03-08 10:25 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

salam

masa saya di darjah enam kalau tak silap, cikgu/ustazah pesan kalau nak cari calon suami test dulu fatihahnya.


Kiranya ibnuyahya lulus lah ye ujian lisan al-Fatihah.. :-)

p/s: maaf.. gurau saja.. :D


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-08 10:42


Pada 22-03-08 10:33 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!


Kiranya ibnuyahya lulus lah ye ujian lisan al-Fatihah.. :-)

p/s: maaf.. gurau saja.. :D


tak apa....saya tak test pulak ibnuyahya.. my sweetheart ni, tapi Alhamdulillah boleh jadi imam saya. :bunga:



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 23-03-08 22:39


Pada 22-03-08 08:05 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

ustaz pernah juga cakap
orang biasa bila angkat takbir orang biasa
sebut Allahuakbar dengan memanjangkan sebutan alif..
maksudnya jadi apakah Allah maha besar?

begitu juga dengan amin.. alif dipanjangkan..
maksud jadi apakah doa diperkenankan?


itu ustaz tu kata masa ikut kelas tajwid.. tak faham apa-apa pun sebab mereka dah belajar jauh..
suka saja ikut.. lagipun ustaz tu dia selit2 juga benda lain


amin itu bukan sebahagian dari fatihah, tak baca pun tak mengapa....



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 24-03-08 07:38


Memang lah batal... Sebutan Allahu Akbar pun ada yangf sebut tak betul... Tidak ada huruf Qolqolah pada huruf Kaf... Tetapi, sesetengah imam membunyikan Qolqolah jugak pada huruf Kaf... Batal tak solat tu..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 07:43


kalau begitu banyaklah yang batal :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Strawberry_Ungu
WARGA SETIA
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 24-03-08 22:08


Pada 22-03-08 10:33 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-03-08 10:25 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

salam

masa saya di darjah enam kalau tak silap, cikgu/ustazah pesan kalau nak cari calon suami test dulu fatihahnya.


Kiranya ibnuyahya lulus lah ye ujian lisan al-Fatihah.. :-)

p/s: maaf.. gurau saja.. :D



ustaz/ustazah strawberry pun pesan begitu jugak..boleh try nanti..hoho :-P .

bacaan yang betul memang penting semasa solat terutamanya surah al fatihah...sebutan huruf yang salah menyebabkan maksudnya akan jadi lain..perlukan lahjah arab juga semasa menyebut memandangkan huruf2 dalam bahasa arab menpunyai makhraj huruf yang tertentu..selalunya ramai salah sebut huruf Dhod..yang sepatutnya tebal dan lidah mesti melencong ke kiri atau kanan..namun, sebutan huruf dhod ni hanya Rasulullah yang dapat meyebut dengan sebutan yang terbaik.. :welcome: ..sama-sama kita perbaiki bacaan surah al fatihah untuk memperbaiki kualiti solat kita

Bookmark and Share

    


  Member Information For Strawberry_UnguProfil   Hantar PM kepada Strawberry_Ungu   Pergi ke Strawberry_Ungu's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 22:25


membaca aaammiiin sunat hukumnya. Tak baca takpa..

aaaaa - 2 harkat manakala miiiiiiiin - 6 harkat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-08 23:10


biasa kalau solat di masjid tu makmum sebut amin
alif yang panjang dari mim

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-03-08 00:56


Teringat time ustazah check bacaan al-fatihah time perjumpaan dengan semua fasilitator Kursus Kefahaman Islam... Alhamdulillah ustazah tak ada teguq bacaan ana..kira batui lah tu..huhu....
Riso juga salah baca...hihi...memang kena jaga bacaan dalam solat terutamanya...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 31-03-08 14:02


yes..lam kursus solat semalam pun cakap tak mengapa kalau tak baca ameen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 31-03-08 14:49


macamana pula dengan orang yang terlalu cepat baca al fatihah..

pernah nampak orang solat seperti kilat

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 04-04-08 11:15


ini lah yang ana selalu tertanya2...kadang-kadang imam pun baca cepat, tak sempat nak abiskan bacaan..bila ana tanya kawan...adakah tepat semua bacaan imam kalau imam baca terlalu laju..kawan ana jawab..mestila imam baca betul....hmm...ana pelik...ana baca slow2 takut salah sebut dan tak betul....mudah-mudahan ALLAH terima solatku... :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135552 saat. Lajunya....