Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Jejak Nasyid
Topik: list group nasyidUG UIAM- ThoseWhoBelieveRecs


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Nasyid
    »» list group nasyidUG UIAM- ThoseWhoBelieveRecs

Please Mendaftar To Post


Oleh list group nasyidUG UIAM- ThoseWhoBelieveRecs

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-10-03 17:12


Assalamualaikum. Benign menulis untuk ThoseWhoBelieveRECORDS Kali ini kami di TWBRecs akan memberi sedikit informasi tentang apa yang sedang berlaku dalam scene nasyid underground (nasyidUG) disekitar kampus UIAM hari ini. Namun perlu diberi peringatan bahawa "scene report" ini bukanlah satu repot yang lengkap tetapi cukup untuk melakarkan idea tentang percambahan dan progres scene nasyidUG disekitar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dua persatuan yang menaungi aktiviti aktiviti info dan edutainment islam di UIA adalah Nasyid Club dan Gabungan Aspirasi Budaya (GAB) manakala di pusat matrikulasi pula ia dinaungi oleh Grimis. Melalui ketiga tiga pertubuhan legal ini nasyid terus dijadikan hiburan alternatif utama kepada mahasiswa/i dan kumpulan kumpulan nasyidUG pula disalurkan kearah stream yang betul dan officially recognized.

ASPIRASI
Kumpulan nasyid official UIA ini dikompos oleh ahli ahli dari beberapa kumpulan nasyid yang wujud didalam UIA sendiri. Kumpulan ini tidak mempunyai ahli tetap, kebanyakan ahli ahlinya adalah freelancer. Mereka banyak menerima jemputan dari luar kampus jika dibandingkan dengan dari dalam. Mengekalkan unsur unsur tradisional dengan iringan paluan perkusi dan vokal berharmoni yang diatur dengan baik.

ALMASSAR
Kumpulan ini masih ada di UIA, dan kami kira kumpulan ini tidak perlu diberi introduction lagi kerana penglibatan mereka dalam program program tajaan PIN dan baru baru ini menjadi penerbit bersama kompilasi Sirah Junjungan, sudah cukup untuk memberi mereka recognition yang diperlukan untuk terus maju dalam persada nasyid mainstream malaysia. Walaupun sudah bertaraf kumpulan arus perdana namun sikap low profile dan down-to-earth mereka membuatkan mereka senang untuk mendekati dan memberi sokongan kepada daawah nasyidUG di sekitar kampus UIA. Di UIA mereka dikenali dengan konsep acapella mereka dan banyak dipengaruhi oleh Snada, Boyz 2 Men, dan All 4 One.

MARJAAN
Kumpulan ini juga diantara kumpulan yang agak lama survived dengan pertukaran ahli yang tidak pernah putus. Namun dengan ahli ahli tetap yang mampu memberikan komitmen yang tinggi dalam daawah melalui seni suara mereka. Sering memenuhi jemputan jemputan dan undangan persembahan dari dalam dan luar kampus. Walaupun membawa pembaharuan dengan konsep acapellaRnB, RnB dan Soul namun lagu lagu tradisional mereka masih lagi diberi tempat dalam persembahan. Dipengaruhi oleh Brothers, Raihan, Innuendo, VEuphonious, All 4 One.

ALL ONE
Juga diantara kumpulan yang lama bertapak di kampus UIAM dan mendapat establishment tersendiri dikalangan pendengar dan pengkritik nasyid. Kumpulan ini seolah olah terkubur buat seketika namun kami beritahu bahawa kumpulan ini sudah diaktifkan kembali dengan nama yang lain tetapi sayangnya kami tidak mendapat informasi tentang nama baru yang digunakan oleh kumpulan ini. Berita terbaru mengenai kumpulan ini adalah terdapat ura ura yang mengatakan mereka akan merakamkan album.

NOURISH
Kumpulan yang kini agak inaktif mungkin kerana kesibukan ahli ahlinya dalam pelajaran dan aktiviti personal. Juga diantara kumpulan yang agak lama bertapak namun kebelakangan ini agak kurang kedengaran tentang mereka, namun pastinya mereka masih lagi berada di UIA. Bahkan ada berita yang kumpulan ini merakamkan album tidak lama lagi. Lagu lagu mereka yang lebih berentak kontemporari sebagaimana kumpulan kumpulan mainstream yang ada dipersada seni nasyid tanah air.

YOUNG MUSLIMS
Kumpulan yang bernaung dibawah Quranic Youth Club UIAM ini juga sering kali mengadakan persembahan disekitar dan luar kampus, terutamanya dibawah program anjuran QYC. Juga menyertakan konsep theatrical approach dalam setiap persembahan, bahkan boleh dikatakan kumpulan inilah yang pertama kali memperkenalkan konsep theatre dan nasyid yang digabungkan dalam setiap persembahan.

SABAHI
Kumpulan ini dikomposisikan oleh sahabat sahabat yang berasal dari sabah negeri dibawah bayu. Mempunyai vokal yang mantap lebih lebih lagi ketika menyanyikan lagu lagu acapella mereka. Gabungan suara yang cukup lunak berharmoni dan bertenaga.perwatakan mereka yang amat sempoi menyebabkan mereka amat mudah didekati. Dengan konsep RnB dan kontemporari mereka mampu menjadi diantara kumpulan yang terunggul. Diantara kumpulan yang terbaik di kampus UIAM.Banyak dipengaruhi oleh Mirwana, Brothers, Boyz 2 Men.

ONE FAITH
Kumpulan yang baru sahaja ditubuhkan tetap telah mengecap populariti dan perhatian yang mendadak. Kumpulan yang berani tampil dengan konsep yang lain dari yang lain iaitu konsep theatrical with nasyid, amalgamated. Pernah menjayakan beberapa konsert besar bersama kumpulan kumpulan perdana seperti NowSeeHeart, Brothers, Firdaus dan sebagainya. Banyak memenuhi jemputan diluar kampus dibawah program program tajaan PIN. Bukan setakat berlakon dan bernasyid namun "firm" indie mereka iaitu OneFaith Ent. juga menyediakan pakej untuk pembacaan sajak, koordinator lakonan untuk sekolah dan pengacara majlis.

ZAUQAN
Kumpulan yang ditubuhkan dari debu debu Husaini matrik ini kini mula mencari tapak untuk mendapatkan recognition didalam arena nasyid di dalam kampus sebelum menjelajah keluar kampus. Membawa konsep kontemporari dan mampu membawa lagu lagu dalam rentak acapella membuat kumpulan ini mampu pergi jauh. Dengan pengaruhan dari kumpulan established seperti InTeam, Hijjaz, Raihan dan sebagainya.

AL'AN
Kumpulan ini tertubuh hasil dari pembubaran dua kumpulan iaitu inspirasi dan hizbi. Masih dalam peringkat recognition dan memerlukan lebih banyak persembahan disekitar kampus. Banyak menghabiskan masa mengadakan rehearsals dan latihan vokal. Mengekalkan konsep kontemporari dan sedikit percubaan untuk menyelami irama elektronik dan techno dalam lagu lagu original mereka. Mampu juga membawa lagu lagu berentak acapella. Dipengaruhi oleh kumpulan seperti Snada, InTeam, Hijjaz dan Rabbani.

RAST
Kumpulan ini masih lagi hijau dan amat baru untuk mendapat recognition yang seperlunya untuk diestablish sebagai sebuah kumpulan yang bermutu. Namun kumpulan ini dengar kata akan merakamkan album sedikit masa lagi. Masih lagi dalam peringkat penyesuaian dan penyelengaraan vokal dan ritmanya.

BENIGN
kumpulan yang membawa konsep yang lain daripada yang lain iaitu rap, hip hop dan RnB ini dianggotai oleh anak anak muda yang ingin melihat perubahan dalam method of daawah melalui nasyid. Percubaan yang agak radikal. Berinfluenskan kumpulan rap terkenal seperti Soldiers Of Allah, B-Islam, too phat dan ramai lagi.

On our sisters side, selain kumpulan rasmi ASPIRASI sisters yang baru sahaja memenangi pertandingan nasyid inter-varsity (MAKHUM female) baru baru ini, dibawah didikan Bro. Muadz (ALMASSAR) dan Sis. Nurul Iman (THE VOICES), terdapat juga kumpulan nasyidUG seperti WIDAD yang lebih banyak mengadakan rehearsals dan voicing enhancement secara personal. Mempunyai masa depan yang cerah sebagai kumpulan yang berkualiti

Di pusat matrikulasi pula, memperlihatkan informasi terbaru yang kami terima tentang progress sahabat sahabat kami di Pusat Matrik. Yang paling latest, TWBRecs diberitahu selain kumpulan HUSSAINI yang sememangnya menjadi kumpulan rasmi pusat matrik, terdapat juga beberapa kumpulan nasyidUG yang mula mendapat sokongan di pusat matrik seperti kumpulan HIGHROLL dan FAUZAN . Jika diberikan ruang dan masa yang secukupnya, tidak mustahil kumpulan kumpulan ini mampu membawa variasi kedalam scene NasyidUG UIAM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam

kuwait   avatar


posticon Posting pada: 08-10-03 17:50


assalamualaikum wrt wbt...

sedikit pembetulan... kump al-massar ejaan yg betul adalah al-masaar ngan double A bukan double S. mmg biasa org tersilap.
kalau dlm bahasa arab alif lam mim sin alif ra.
ok tu je sedikit pembetulan. maklumat yg lain2 dah kira ok.

anyway terima kasih krn memberi info berkenaan grup2 nasyid di uia

-----------------
sudahkah anda melayari ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For farisHaqProfil   Hantar PM kepada farisHaq   Quote dan BalasQuote

sham_ALLoNe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3865
Posting: 31
Dari: Raub,Pahang & Taman Seri Rampai,KL

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-10-03 18:10


A'kum sedikit pembetulan juga..ok untuk sesiapa yang nak mengetahui sejarah kumpulan kami.... sebelum ini ALL ONE dan NOURISH adalah satu kumpulan yang sama...WAHDAH sebelum ini kami aktif bernasyid di kampus UIA_KUSZA dan sekitar kuala terengganu (sekarang sudah dimansuhkan)Atas sebab2 dalaman kumpulan kami berpecah kepada 2 kumpulan dan hasilnya ALL ONE dan NOURISH...setakat ini kami tidak merancang untuk menukarkan nama kumpulan kami (ALL ONE)..kami juga menghadapi masalah di mana nama yang sama di gunakan oleh satu kumpulan yang lain dgn ejaan ALWAN..boleh lawat www.raudhah.com untuk maklumat lanjut (klik galeri ahli)
Wallahu 'alam


[ Posting ini telah di edit oleh: sham_ALLoNe pada 2003-10-08 18:12 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For sham_ALLoNeProfil   Hantar PM kepada sham_ALLoNe   Pergi ke sham_ALLoNe's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 08-10-03 19:10


Assalamualaikum..
thanks to fish....
for da info bout nasyidUG...

All da best buat semua...teruskan perjuangan !

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

solehgall
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 53
Posting: 148
Dari: besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-10-03 02:25


OOO BYK JUGAK RUPANYA KUMP.NASYID KAT UIA NI

Bookmark and Share

    


  Member Information For solehgallProfil   Hantar PM kepada solehgall   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 09-10-03 02:27


hussaini ( mciium )
pun tersenarai ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 11-10-03 14:16


Hmm...
mengimbau kenangan lalu....

Ye memang banyak jugak kumpulan nasyid di UIAM. masa zaman saya belajar di UIAM KUSZA yang mana saya adalah salam seorang penuntut pioneer perintis di UIAM terengganu (1995-1999). Dulu di UIAM terengganu ada kumpulan
AL-KAUTHAR (senior) dan AL-WAHDAH (junior). saya antara pengasas kumpulan AL-KAUTHAR. kemudian bila dah pindah ke Gombak dan PJ, kumpulan AL-KAUTHAR dibubarkan. kumpulah AL-WAHDAH tukar nama menjadi ANUGERAH, berpecah dua menjadi ALL ONE dan NOURISH/NUREACH. saya kenal junior2 saya tu semer.

Masa saya di kampus UIAM Gombak tahun 1999, ada kumpulan nasyidUG seperti FARHAN, HAIKAL, INTUISI, KAWAN, AL-MASAAR, dan lain-lain (Lupa lah).

di UIAM gombak saya join GAB dan kumpulan ASPIRASI sebagai percussionist dan kadang-kadang jadi vocal harmoni. banyak kenangan manis membuat persembahan nasyid dan menyertai pertandingan nasyid ketika bersama ASPIRASI,

betul lah apa yang dikatakan oleh fish, anggota kumpulan ASPIRASI ni ada yang dari kumpulan HAIKAL, KAWAN, FARHAN, ALMASAAR, MARJAAN, ANUGERAH. ada juga freelancer seperti Ipin (HIJJAZ), dan percussionist seperti Fahmi, Nizam, Hisham, Azizi, Masnawi, Ahya'uddin, zaidi.


rasa-rasanya saya kenal Sham_ALLone ni, junior saya tu. sapa lagi yerk, zack, Rusdi, Apis.


Bilalah agaknya kita boleh berjumpa lagi yerk. rindu kat sahabat-sahabat nasyid ketika di UIA dulu.




[ Posting ini telah di edit oleh: Jaydie pada 2003-10-21 13:33 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

adikusayang
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4365
Posting: 11
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-10-03 18:21


tahniah kepada semua yang berjaya merancakkan lagi dunia seni hiburan islam di tanah air ni cuma sedikit pembetulan... kalau tak silap... nama nourish tu bukan cam tu ejaannya tapi NUREACH. itulah yang saya tahu bila tanye kat ahli kumpulannya. saya pun tahu juga pasal group2 lain kat uia tu tapi tak semua la.... cuma saya keliru la bila ada kumpulan yang mengaku, kumpulan dia power tapi bila dengar mereka buat show... rasa macam buang masa aje... kenapa jadi cam tu kan... minta komen sikit... apatah lagi bagi kumpulan yang ada ura2 nak buat album.... macam MARJAAN....

ok guys.... think hard do smart...


Bookmark and Share

    


  Member Information For adikusayangProfil   Hantar PM kepada adikusayang   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-10-03 11:58


memang banyak kumpulan nasyid kat bumi permai UIA ni...

seronok ana dok kat sini..


-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-10-03 13:29


adikusayang

terima kasih kerana memperbetulkan ejaan kumpulan NUREACH. Saya kenal jugak dengan 2 orang anggota NUREACH iaitu Rusdi dan Apit, kerana mereka ni junior saya. setahu saya kumpulan NUREACH ni di bawah bimbingan En. Mohd Yazid Bin Sulaiman (Kump. KAWAN).

Saya masih ingat lagi ketika pertandingan nasyid inter IPT di Kompleks PKNS Shah Alam pada hujung tahun 2001, Rusdi, Apit, Yazid dan kumpulan ASPIRASI telah menjuarai pertandingan tu. Seingat saya kami bawa lagu "warming up" dengan lagu dari arah barat daya... telah terbit sang suria... datang membawa...., pas tu bawa lagu bertajuk Fikir... hmmm bawa lagu islami ya Quds.... Hakim pertandingan masa tu abg Isman Nadim HIJJAZ, Ust. Asri RABBANI, Bro. Salleh BROTHERZ.


Sekarang ni tak tahu lah samada kump. ASPIRASI boleh mengekalkan kegemilangan dan kejuaraannya.

Pertandingan nasyid MAKUM hari tu IPTA mana yang jadi juara? tell me.



Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-10-03 14:51


thanks pasal pembetulan ejaan nureach.. sebelum kite melabelkan sesebuah performance tu hampeh, definisikan hampeh... bukan setakat group kecil sahaja kekadang group besar juga boleh kedengaran hampeh. ia bergantung kepada mereka yang mempunyai ketajaman suara. dan mic juga memainkan peranan yang penting.

MARJAAN hampeh? terima kasih diatas komplimen tersebut. memang jika setting mic kami teruk maka agak teruklah pula persembahan. kami tidak menggunakan minus one kerana kami group acapella atau live group. tidak seperti nurreach atau kumpulan lain termasuk inteam dan hijjaz. kebanyak show mereka menggunakan minus one yang mempunyai back up. so... miming pun dah boleh. tapi bagi kami, miming bermaksud suara memang out habis. lagipun line marjaan yang baru ni baru sebulan usianya. belum setahun lagi...

kami praktik live performance supaya ada orang macam saudara/i untuk memberi komplimen yang membangun walaupun kami tatau apa yang anda maksudkan dengan hampeh itu? at least itu suara original kami, dan kami boleh memperbaikinya.

tetapi kepada group yang menggunakan minus one... nak komen apa? semua dah diback up? wakakakakaka.... itu lagi hampeh... abang apit dan abang rusydie tu saya kenal.. zuraidie pun saya kenal.. abang apit dan rusydie saya kenal sebab saya pernah aktif dengan aspirasi.. dan saya tahu kelemahan dan kekuatan mereka dimana.

marjaan nak buat album????????????? buktikan?????????????? bilamasa???????? sapa cakap???????? paste balik kalau betul?????? ignorance is really a bliss. ignorance is really a bliss.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

sham_ALLoNe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3865
Posting: 31
Dari: Raub,Pahang & Taman Seri Rampai,KL

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-10-03 10:44


terima kaish abg zaidi..emmm saya pun penah gak join al-kauthar dulu buat show kat terengganu!kira2 nya al-kauthar jr ler ni ...
anyway abg zaidi buat aper skrg?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sham_ALLoNeProfil   Hantar PM kepada sham_ALLoNe   Pergi ke sham_ALLoNe's Website   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 20-10-03 13:24


Sham ALL ONE

terima kasih kembali untuk Sham. Oh Iyer ke Sham pernah join kumpulan nasyid Al-Kauthar. Hmm tak ingatlah pulak masa show di mana tu ye?

sekarang ni abang Zaidi kerja di sebuah firma guaman di Kluang. Tapi minat abang Zaidi terhadap nasyid memang amat mendalam. Dulu masa di main camp IIUM Gombak, abg lebih suka main perkusi dalam ASPIRASI daripada jadi vocalist kerana boleh pergi show dan pertandingan nasyid dengan lebih kerap lagi. yerlah kan ramai orang boleh menyanyi tapi tak ramai yang boleh bermain muzik instrument seperti alatan percussion dll.

Bila agaknya kumpulan ALL ONE akan melancarkan album pertama?




Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-10-03 14:16


ntah... abang syam. ana pun dah ade dengar rumours tentang nak buat album tu... best la.. boleh terangkan sikit pasal sejarah penubuhan ALL ONE tak.. yang dalam website tak best la bang.. tak feeling...

senang sikit bila orang tanya ana pasal group abang... tak leh nak jawab.. saya ada link ngan bebudak nasyid indonesia.. so kalau abang nak material tu sampai sana, kami leh tolong...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

sham_ALLoNe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3865
Posting: 31
Dari: Raub,Pahang & Taman Seri Rampai,KL

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-10-03 02:49


thanks sbb sudi bertanya...abg zaidi kita penah buat show untuk rumah org2 tua...tak ingat kat ner...sekali jer saya join al-kauthar....sbb sekali jer dpt offer..hehehe...bagus ler kalau still minat ngan nasyid ni....
ttg album tu tak tau ler bila...skrg ni study dulu kot...tgk ler kalau ader rezeki ader ler...tapi tak tau ler bila.....doa2kan lah kitorang...
fish ni sape ekkk!!! one of the members of marjaan ker?!kalau betul bagus ler!
ok pasal ALL ONE cam yg saya bg tau tu...nak tau pasal ape lagi ekk..tak tau nak bg tau aper lagi..so kalau nak cerita kat org pun tu jer lah...kalau pasal album mungkin lambat lagi kot...
pasal link ngan bebudak indonesia tu...saya pun kenal ngan sander (www.nasyid.net)..gambar kitorang pun dah ader kat saner..dia pun dah penah masukkan pasal kitorang kat sane...emm so apa lagi nak tau ekk!tanya ler kalau ader apa2 nak tanya...oklah thanks sebab sudi tanya!
p/s harap sangat kumpulan nasyid bersatu!tak gaduh2 @ bermasam muka@ berhasad dengki...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sham_ALLoNeProfil   Hantar PM kepada sham_ALLoNe   Pergi ke sham_ALLoNe's Website   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-10-03 13:21


Sham ALL ONE

Kita pernah buat persembahan nasyid di Rumah Orang-Orang Tua di Marang Terengganu. Mungkin di Bukit Payung atau Padang Midin.

bagus lah tu Sham, belajar dulu sehingga berjaya mengabiskan pengajian. jangan jadi seperti sesetengah penasyid tu, aktif sangat bernasyid sehingga perlajaran terbarai eh terabai dan dibuang dari universiti. Kita tak mahu macam tu. Pandai-pandailah membahagi masa antara minat dalam nasyid dan tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.


Hmm.. Susander Marino tu saya kenal dia sejak saya aktif di komuniti shukur.com dulu kira-kira 2 tahun lepas.


Yer betul tu Sham ALL ONE, kumpulan-kumpulan nasyid mesti bersatu. maka hayatilah lirik lagu "bersatu" dendangan kump. RAIHAN. Lagu ni kerap sangat dibawa oleh kumpulan ASPIRASI kat mana-mana show nasyid dalam dan luar kampus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

adikusayang
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4365
Posting: 11
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-10-03 02:36


fish
awak ni memang kenallah sangat dgn group2 kat dalam uia ni ye. dah berapa tahun awak kat sana. sbb bagi saya... kalau br setahun jagung kat sana tak mampu lagi untuk menilai kekuatan dan juga kekurangn sesebuah kumpulan tu.... mungkin itu dari pandangan mata awak.. tapi masing2 ada peminat kan.... macam awak sendiri.... ada peminat tak....? tak kiralah sesumbang mane pun kita nyanyi tapi kalau dah orang lain minat dan puas hati, ia akan menjadi kenangan sampai ke akhir hayat. betul tak? entahlah, jawablah sendiri. kalau tak silap saya, group kat dalam uia ni semuanya tak ada lagi minus one, mereka semua pakai minus o. awak tahu tak minus o tu apa dia? kalau tak tahu, buat research. dengan kata lain hanya iringan muzik sahaja yang diprogramkan tapi suara masih lagi live......
kenapa saya tengokan nama rusdi, apit, aspirasi, sering dikaitkan dengan isu nasyid kat uia ni...? kenapa best sangat ke dorang ni? rusdi n apit sekarang ni dlm kump. Nureach kan? ha, sham all one kenapa you all dulu berpecah menjadi dua? tak bersefahaman ke? kongsi lah sikit......
jaydie ni lak nampak macm org kuat nasyid kat uia.... betul ke? setakat mana penglibatan jaydie dan kumpulan aspirasi kat uia tu....
kalau tak silap makum tahun ni tak de..... jgn tidak ada pertandingan antara ipt kat kisdar... ukm jadi juara.... tak tahulah kenapa uia kalah... tapi dengar cerita masa uia sampai, ramai yang kalah psikologi dgn uia.... rupa2nya uia bukan lagi juara... nak buat cam ne kan....
apa pun.... bahasa yang indah itu lahir dari hati yang tulus abadi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For adikusayangProfil   Hantar PM kepada adikusayang   Quote dan BalasQuote

sham_ALLoNe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3865
Posting: 31
Dari: Raub,Pahang & Taman Seri Rampai,KL

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-10-03 03:01


Untuk pengetahuan adikusayang

perpecahan tu sbb 2, 3 org tarik diri...dan masing2 ader reason sendiri..bila dah 2, 3 org kuar...idea nak form group baru tercetus...dan rusdi tetap bernasyid bawah nasyid club...dan cari ahli baru untuk teruskan perjuangan kitorang masa tu..kami ambik masa untuk form group baru tanpa sebarang aktiviti...dan akhirnya lahirlah group ALL One...kenapa nama rusdi dan apit di sebut2 sbb diorang antara org kuat Nasyid Club! apa2 pun all the best untuk NUReach...ALL One ngan NUReach tetap Kawan!

Ingat lagu "kenangan Dulu"...ingat wahdah...

ha'ah kan fish ni semua tau pasal group kat dalam UIA ni..semua2 group yg fish bg tau ni ader lagi yg saya tak tgk diorang perform...nak gak tgk group yg ala2 hip hop mcm yg digembar gemburkan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sham_ALLoNeProfil   Hantar PM kepada sham_ALLoNe   Pergi ke sham_ALLoNe's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 26-10-03 13:03


herm..
berbeza suasana di matrik dan maincamp...
belum masuk maincamp...masih kabur tentang UG di maincamp..
nasyid hip hop ? uish...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

siti_aishah
Warga Rasmi
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4640
Posting: 12
Dari: wangsa melawati

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-10-03 22:16


ana ahli baru dlm ukhwah.com tapi tlh lama menduduki bumi matrik uiapj.. kump. high-role tu sebenarnya bekas ahli kump. hussaini.. bila dah masuk 2nd year mereka tubuhkan kump. baru pulak krn hussaini utk student 1st year

Bookmark and Share

    


  Member Information For siti_aishahProfil   Hantar PM kepada siti_aishah   Pergi ke siti_aishah's Website   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-10-03 08:07


this would be great...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-10-03 21:15


Assalamualaikum. Fish is writing back. Thanks for the compliment but yet the route ahead is still far from sight. But come to think of it, vomiting absurd ideas does not necessarily help voyagers from getting even nearer. Complains are inevitable. But still the cream of the cream should be taken in to consideration. But this? Referring to the issues brought up by adiku sayang. Is this a compliment or just another absurd personal assault of those who are dissatisfied?

I trained myself to be an idealist. Even in listening to stuff. Saya tak mahu menjadi pendengar totok yang melihat nasyid tidak lebih dari.. well just plain nasyid. Its most often obvious really, those who really want to see nasyid Islam fertilized and those who envies. Which one are you adikku sayang? The former or the later.

Yes I am physically very new here in IIUM. Yet, I am eagerly wanting to ask you adikku sayang, does the physical existence of yr physics, matters? Berapa ribu manusia di UIAM atau dimana mana saja, yang sudah bertahun tahun menjadi loyal listeners to nasyid yet being so blind of the quality, both technically and vocals of nasyid. A pair of very sensitive ears really do the trick. Adakah anda nak grad esok lusa baru boleh atau melayakkan anda untuk menilai samada orang ini mempunyai vokal yang bagus atau tidak? Mungkin dengan arrogantly yet ignorantly YOU might think so. Yes YOU adiku sayang. menilai suara bukan dengan mata tetapi dengan telinga.

Tentang minus... abang rushdie pernah mengatakan bahawa NURREACH do record a couple of minuses with the help of Ali Yasin with his CatEyes studio.???? Minus one. Not O not TWO. I mite be wrong but prove me.

Oh ye .. saya memang paham apa itu minus.. but apa yang saya belajar, minus yang mendengarkan bunyi musik SAHAJA dipanggil = MINUS TWO. Why two? Sebab dia ME MINUS kan DUA SUARA. Iaitu LEAD vocals dan backing RYTHMS. Minus ONE = sebab dia ME MINUS kan SATU SUARA iaitu LEAD vocals tapi mengekalkan backing rythims. MINUS O = pula dimana dia tidak meminuskan apa apa. Dengan erti kata lainnya yang selalu dipakai oleh kumpulan yang MIMING. Itu yang saya belajar. Kalau saya tipu, cikgu saya tipu la. Maaf, saya tidak tahu yang grup nasyid UIAM mimers sebagaimana as alleged by Adikku sayang. Sayanglah kalau kumpulan yang gemilang seperti ALL ONE atau SIMFONI selama ini adalah MIMERS. But is that so? Saya tak perlu tanya kepada adikku sayang do you understand what is minus but cukuplah dengan saya bertanya do you understand the “literal meaning” of MINUS? Pathetic.

Saya tidak mempunyai peminat. Saya bernasyid untuk menyampaikan mesej islam. (harapnya begitula nawaitu sehingga mati) Paling kurang pun yang positif. But the fact remains that im more into the propagation part. But still not entirely declining the fact that i do luv singing. Saya tiada peminat tetapi i do have listeners and observers, yang tidak hanya mendengar but listen and observe. Jika saya inginkan populariti, tak payah bersusah menubuhkan nasyid group UNDERGROUND. Baik saya terima saja tawaran seorang kawan untuk bersama beliau dalam satu group RnB soul dibawah kumpulan terkenal sekarang iaitu Voice Of Euponeus. Lagi terkenal. Do you know who is Voices Of Euphoneus, adikku sayang?

Semua grup grup yang yang saya sebut memang sahih kewujudan mereka dimuka bumi ini.. i do researches. Cuma berita mengenai mereka yang mungkin tidak sampai ke telinga saya. But they do exist as far as im concerned. Kalau dah defunct pun thats no for me to lay my finger onto. A finger off. Saya tak kenal semua kumpulan kumpulan nasyid yang mungkin berpuluh puluh lagi out there just waiting to be discovered by good hands. Group yang saya sebut itu semuanya saya pastikan sendiri kewujudannya. Seperti group WIDAD. Siapa yang tahu?????????????? Tak ramai yang tahu pasal group ni. But this is what i call cream of the cream information. You don’t understand? Thats your predicament. Im not dissipating my time, elucidating to a bigot. adikku sayang tahu siapa kumpulan widad?

Why did I wasted my time listing all those unknown nasyid groups? If you could just scrutinize the word “motivations”.. it would really change your perception.

Jika abang syam tak percaya atau meragui tentang kegembar gemburan BENIGN... abang boleh datang kebilik saya di ASSIDDIQ D 2.4. i will feast you with four BENIGN’S SONGS yang masih lagi tersangkut dalam komputer. ASSIDDIQ D 2.4. ASSIDDIQ D 2.4. let me prove you that they really does exist. Im not telling a damn brag. Adikku sayang, kau dijemput sekali. Remember that digits. ASSIDDIQ D 2.4. blind enmity/antagonism is really a bliss.

I do enjoy reading your absurdities, adiku sayang. I really do. by the way, care to introduce your self adikku sayang? tapi berani jamin you takkan berani memperkenalkan diri. cowardice is inevitable for those who envies yet hiding behind a mask.

FISH
Those who believe RECORDS
Something new for people who wanted to change. Not for BIGOTS. Which one are you ADIKKU SAYANG? The former or the later. miahahahahahahahah or you dunt understand what BIGOT is?




[ Posting ini telah di edit oleh: fish pada 2003-10-27 21:19 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

adikusayang
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4365
Posting: 11
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-10-03 01:23


tak sangka pula... baru sentuh sikit dah mengejutkan harimau di hutan.... terima kasih sebab menjawab dengan panjang lebar... tak sangka dapat jawapan kalah calon spm.... patutla uia ni terkenal dengan pelajarnya yang berbudi bahasa.... tapi tak lah semua..... ada sesetengah sahaja.... yang kata orang buta tapi dia yang rabun... nak kata orang pekak tapi telinga yang bernanah... cam ne tu, sapa nak jawab....

kekadang kita meludah kena pada tempatnya, tapi ada juga yang meludah ke langit kena muka sendiri......

isu satu, VE kmpln yang terkenal dengan lagu AYU, nak nyanyikan ke? seangkatan dengan Ruffedge... cam ne... nak lagi? jangan kata orang lain tak berilmu kalau tak kenal dengan siapa berkata....
cuma nak tanya, menolak atau ditolak.... sendiri jawab.... katanya, tak nak popular.... sbb tu tolak. boleh caya ke? mungkin boleh... hehehehehe

isu dua, kmpln apa tu, Widad? sape tak kenal dengan kak eiman.... kenal kak aisyah? emmmm mungkin kena buat rujukan.... walaupun saya ni bknlah warga uia, tapi kalau dah minat tu... ilmu mesti ada ma..... kenal ke sape suami kat eiman...?
jeng! jeng! jeng! jeng!

hebat juga ye ilmu saudara pasal muzik, kalah M.Nasir! hehehe sape tok guru ye? mungkin saudara rujuklah semula dengan guru saudara tu... supaya tak sesat jalan.... mungkin satu hari nanti saudara boleh sambung pelajaran peringkat master bahagian muzik......saya doakan....

terima kasihlah kerana menjemput saya ke bilik saudara... tapi malangnya tak boleh ke sana....

pernah dengar kata-kata, jangan lihat siapa yang bercakap tapi dengar apa yang disampaikan... mungkin saudara tahu, tapi buat-buat tak tahu.....
orang cerdik pandai kata, kalau banyak bercakap, banyak salah tapi kalau kita diam, kita kan fikirkan apa yang kita cakap. jadi, pikirkanlah... takkan tak tahu lagu fikir kut.... kan lagu tu kebanggaan ASPIRASI UIA....

salam ukhwah untuk semua...



Bookmark and Share

    


  Member Information For adikusayangProfil   Hantar PM kepada adikusayang   Quote dan BalasQuote

Yantidanroni
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2003
Ahli No: 4721
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-10-03 02:00


assalamualaikum...diam diam ubi berisi...tong kosong bunyi saja kuat..tapi..hakikatnya hampeh....mana satu yang korang nak jadi....tanya diri sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For YantidanroniProfil   Hantar PM kepada Yantidanroni   Pergi ke Yantidanroni's Website   Quote dan BalasQuote

sham_ALLoNe
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3865
Posting: 31
Dari: Raub,Pahang & Taman Seri Rampai,KL

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-10-03 12:16


Untuk HAFEEZ...

abg sham bukan tak percaya...manusia kalau tak tengok dgn mata kepala sendiri mcm tu ler...tu ler sbb dah lama tak follow nasyid kat UIA ni ataupun tak der sapa yag nak bg exposure pada group2 baru membuatkan kami ni yg senoir2 tertanya2 betul ke ader group mcm tu!dan sbb mmg tak penah tgk performance diorang!

emm ttg minus tu saya tak berapa nak setuju..sbb minus tu bukan milik NURREACH..minus tu di buat kat studio MAGIC EYES(bkn cat eyes)..studio abg ali yassin..tapi 2 lagu yang di buat tu milik bekas ahli kumpulan Wahdah dan sekarang dah bersama ALL One...tapi tak tau ler kalau NURREACH ade buat lagu baru kat abg Ali Yassin...
oklah hopefully semua group nasyid akan suksess!

[ Posting ini telah di edit oleh: sham_ALLoNe pada 2003-10-28 12:32 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For sham_ALLoNeProfil   Hantar PM kepada sham_ALLoNe   Pergi ke sham_ALLoNe's Website   Quote dan BalasQuote

suffian
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.09.2003
Ahli No: 3253
Posting: 51
Dari: Muar, Johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-10-03 15:21


Ish ish ish! masyaa Allah.. Kenapa sampai kondem mengkondem sesamer grup nasyid ni?

Pyan rasa memasing ada cara dan pendekatan tersendiri.. Terpulang lah pada kehendak sendiri, yang penting niat kita sama dik. Nak berdakwah...
Ni kalu sampai perli-perli & kondem grup lain, tak baik le camtu...

Pyan sokong semua grup kat UIA tu. sbb semua kengkawan Pyan jugak. Jangan wat camtu lagi.. Kita belum rasa macam mana hebatnya dugaan bila dah bergelar artis nanti. Dengan kerenah manager sampai le kepada sosial life kita.. semuanya mencabar dik.

Apa yang penting sekarang, kalau awak ada kelebihan, kongsi la dengan kengkawan lain. Jangan nak cari kelemahan org lain jer. Sebagai pendakwah, lidah kita ibarat pedang yang tajam. Jangan sampai tersalah cakap (atau tulih), dan akibatnya kita juga yang tanggung nanti.

Berdamailah selagi ada masa, berkongsilah selagi ada peluangnya, berdakwahlah bila dah bersedia...

PYAN saujana

Bookmark and Share

    


  Member Information For suffianProfil   Hantar PM kepada suffian   Pergi ke suffian's Website   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-10-03 22:16


assalamualaikum. miahahaha...
sebenarnya tidak pernah ada jatuh menjatuh ketika saya memulakan posting ini, tetapi terkadang ada orang yang terlepas cakap memberikan buah fikir yang absurd.

ya, saya tak pernah ambil berat tentang siapa yang berkata. anda artis atau tidak peduli apa saya. anda maha guru dalam muzik pun peduli apa saya. yang penting yr mentality is keen toward absurdities. thats what im against. saya hampir diBAN (atau mungkin sudah diBAN) di komuniti sahabathijjaz, kerana mempertahankan pendirian dan menegur mereka. walau munif, faizal malah en hasyim sendiri defended themselves, well i have my view. saya tak pernah kira siapa anda.

jika anda bersusah sangat dengan siapa anda adikku sayang. kenalkan diri. atau anda tak nampak apa yang saya tulis. saya pakai big caps disini KENALKAN DIRI ANDA WAHAI ADIKKU SAYANG.

niat saya sendiri, masuk komuniti ukhwah ini, untuk mempromo kan nasyid underground, yang mana mampu saya promosi kan, tetapi itulah.. ada yang envy dengan apa yang kita buat. hanya kerana kita orang baru, kita dilihat kerdil. maaflah, salah orang.

yes, i decline popularity memikirkan i do have my agenda. walaupun ternyata konsep kumpulan RnB tersebut lebih menepati citarasa saya dalam nyanyian. but im not sacrificing my ethics. i have my aims.

tentang persoalan minus.. yes i do study about music before im debating it.. jika definisi saya tentang minus salah, tolong betulkan. atau anda yang salah tapi malu untuk mengaku. kerana kalah kepada mereka yang kerdil, yang baru.

saya tak kisah orang nak kata apa.. terpulang, paling tidak orang nampak apa yang saya cuba lakukan daripada orang yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak berbuat apa apa. ya... orang ini hanya tahu mengkritik tanpa berbuat apa apa. saya sudah usahakan sedaya mampu.

tentang minus tu, memang kesalahan saya abang syam tetapi abang rushdie pernah memberitahu bahawa NUREACH ada merakam minus. hahaha cat eyes tertukar pula dengan magic eyes.. cat eyes adalah sebuah pusat hiburan dekat pandan. miahaha sian ali yasin.

memang kami di ThoseWhoBelieveRECORDS, dah nampak apa yang kurang dengan scene nasyid UIAM, kami buat setakat mana yang kami mampu. tu pun kena kutuk kononnya nak lawan nasyid club la.. apa la.. paling best, kononnya kami nak take over. miahahaha.. kami cuma membantu berdasar pengalaman kami yang pernah bergiat dalam scene underground yang berorientasikan PUNK HARDCORE. apa yang kami belajar disitu kami terapkan dalam nasyidUG. dari cara promo sehingga penyampaian mesej.

kami ada menerbitkan sebuah newsletter yang bertajuk INSYAAD yang kami edarkan secara percuma, tapi ada yang pandang tak baik. entahlah.

dalam situasi begini, we really do need help, kami bukannya ramai. but tak ramai yang paham dengan radicalisme yang kami bawa. disitu kelebihan kami tetapi kami dituduh hendak menunjuk nunjuk.

hmmm, tentang BENIGN.. si ARIP atau AMAR tu dah pun dengar lagu lagu diorang dan dia memberi respon yang amat positif. ini yang kita mahukan bukan kondem sebelum apa apa. saya cuma menolong mana yang patut.



Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

Yantidanroni
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2003
Ahli No: 4721
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-10-03 00:10


Assalamualaikum....
mesej nih gua tujukan khas untuk fish....sebelum apa apa gua minta maaf bebanyak kalau bahasa gua nih bahasa kasar..
aku rasa lebih baik kau rendahkan sikit diri kau tuh fish.walaupun kau rasa kau betul ,tak payahlah kau nak mempertahankan kat web nih.tak do gunanya.aku rasa kau bagi informasi jer pun bagus,bukan apa industri hiburan nih kecik jer.apatah lagi hiburan nasyid yang memang lagi kecik.bila bila masa jer boleh jahannam.dengan banyaknya perdebatan kecik nih lagi lah boleh jahannam.kau pulak tuh salah satu ahli kumpulan nasyid underground kat uiam tuh.attitude tuh biar merendah sikit.my personal opinion la kan.....apa yang kau buat kat komuniti hijjjaz tuh bukannya bagus mana pun.berapa kerat jer orang yang baca berbanding dengan jumlah rakyat malaysia.dan satu lagi dari segi ukhwah islamiah pun dah tak ok.silap silap haribulan yang kau anggap pahala nak betulkan orang akan jadi dosa.aku rasa bukan masalah baru ker tak yang menyebabkan sesetengah orang jadi kesal dengan kau,tapi cara kau tuh kasar sangat.kau nak salahkan orang buat show pakai minus one tak ok.sapa kau nak cakap macam tuh.itu world trend la....bukan hijjaz jer yang pakai....semua artis kat dunia nih pun pakai.boyz 2 men ker yang handal handal nyanyi pun ada time buat show pakai minus one.cuma yang aku nampak satu jer la ..bila kau kata kau masih baru...banyak benda yang kau tak rasa lagi.....aku bukan nak cakap apa..cam budak raihan,hijjaz,rabbani dan kumpulan @ oldtimer tuh,benda yang kau rasa tuh diorang dah rasa dah.cuma kau ditakdirkan hidup zaman nasyid dah berkembang...diorang dulu masa zamanh nasyid belum popular.ntah la fish susah jugak kadang kadang nak cakap ngan orang pandai nih.ada jer hujjah dan segala macam.untuk aku perkembangan nasyid underground ke atau mainstream nih kena lah berkait dan bantu membantu.aku ingat lagi masa aim tahun lepas , budak budak undergroun tuh ruffedge,ve dan lain lain tu boleh bersatu.bila tang nasyid jer , nampak dah nafsi nafsi.ni pandangan aku jer ler...dulu masa awal awal dulu macam tuh la....sekarang dengan macam macam perkembangan , trend dan sebagainya,,terus jadi hampeh..satu lagi buat yang kritik kumpulan fish nyanyi hampeh tuh...aku rasa biasa la ...macam macam faktor ...p.a system, artis pun kadang kadang tak ready, bagi la chace...budak baru la katakan.untuk fish aku rasa tak payahlah kau nak mempertahankan apa apa ...buat jer kerja kau tuh......berlatih bersungguh sungguh , buat lagu sedap sedap.merendah diri, dan banyakkkan dmembuat kerja dari bercakap......ok adiosssss

Bookmark and Share

    


  Member Information For YantidanroniProfil   Hantar PM kepada Yantidanroni   Pergi ke Yantidanroni's Website   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-10-03 08:12


assalamualaikum kembali. dan terima kasih. ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan disini.

first.. saya tak pernah kondemn sesapa yang pakai minus one. its their choice and mereka ada alasan sendiri.

saya tak pernah terniat untuk membesar besarkan diri, kerana setiap manusia punya kelemahan, saya sendiri sebagai orang baru pasti lebih lebih lagi la banyak kelemahan, tapi saya ada prinsip sendiri, bila ada orang mencabar prinsip ini, saya takkan duduk diam. saya mengaku saya masih jahil dalam semua bende ni. kerana setiap manusia ada pendirian masing masing. salah ke mempertahankan pendirian. namun jika saya kelihatan seperti bongkak dan membesar besarkan diri, saya pohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki.

sewaktu saya dan kawan kawan menubuhkan TWBRECS, niat dihati ingin menjadikan ia seumpama payung yang menyatukan semua kumpulan nasyidUG di UIAM khususnya. malah ada senior senior yang suruh ia dijadikan satu bentuk Clan sebagaimana innuendo dengan ThePromisedClannya. tapi itu terpulang kepada setiap kumpulan nasyid itu sendiri, jika mereka ingin kami bantu, kami bantu sebaik mungkin. kami hanya membantu, tidak pernah ada niat untuk memecah belahkan. jika orang yang salah tafsir, kami tidak boleh buat apa.

apa yang saya tulis di hijjaz.com.my bukan untuk dibaca oleh semua orang tetapi untuk dipertimbangkan oleh Hijjaz sendiri. lagipun sebagai pembeli saya punya hak untuk meminta penjelasan.

but apa apa pun terima kasih diatas komen anda itu. saya tak pernah nafikan saya perlu belajar lebih dalam lagi semua bende ni.

diulangi, saya tak pernah mengecam orang pakai minus one.



Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-10-03 08:34


assalamualaikum,
fish menulis. pertama tamanya, saya tak nampak kemana perdebatan, kondem mengondem ini akan pergi. apa yang sedang bermain dalam kepala saya sekarang, semua ini akan mempengaruhi kumpulan yang saya anggotai.

saya tak nafikan, keradikalan yang saya bawa membuatkan orang akan memandang negatif kepada saya dan mula membuat penilaian, bagus sangat ke kumpulan saya tu????

suka saya ingatkan disini, apa yang saya tulis adalah on behalf of my self bukan atas nama grup. besar sekali kemungkinan yang ahli ahli grup saya yang lain tidak akan bersetuju dengan apa yang saya katakan.

ni mungkin satu kesilapan dipihak saya sendiri, promosi melalui internet terlalu terbuka kepada perkara perkara sebegini, apa yang saya harapkan sebagai sokongan tetapi timbul pula bende bende seperti ini. patutnya saya hanya promo melalui newsletter sebagaimana saya buat sebelum ini.

pertama kali membuka topik tersebut, tidak pernah pun terlintas dihati untuk memecah belahkan kumpulan kumpulan nasyidUG, tetapi hanya sekadar mempromosi dan memotivasikan kumpulan sahabat sahabat saya (one faith, alan, sabahi...etc) dan kumpulan abang abang saya (Nurreach, all one, almasaar...etc) sebagai tanda penghormatan terhadap apa yang mereka cuba bentukkan didalam scene nasyidUG khususnya di UIAM. itu sahaja.

walau apa apa pun tribulasi ini akan berakhir. saya rasa cukuplah setakat ini untuk saya mempromosikan nasyidUG melalui internet, mungkin balik kepada method sebaran kertas secara percuma sewaktu ditugaskan menjaga booth tiket sewaktu apa apa konsert akan diadakan. miahahaha. bukan takut kritikan tetapi takut menjatuhkan semangat untuk meneruskan perjuangan.

ramai yang pandai bercakap tapi tak membuat diluar sana, saya berikan laluan untuk mereka do the talk and walk the walk. saya sudah buktikan kepada sahabat sahabat saya, saya tidak hanya bercakap tetapi membuat apa yang saya cakap.

namun yang paling menakutkan saya adalah orang akan memandang negatif kepada group saya sendiri, dan saya rasa mereka tak seharusnya menerima padah dari apa yang saya buat. tribulasi ini saya harap berhenti disini.

mungkin jika saya kembali mempromosikan nasyidUG di internet, mungkin setelah website ThoseWhoBelieve siap sepenuhnya.

apa apa pun, jika merasa diri masih terasa dengan apa yang telah saya katakan, saya pohon maaf dan lempar sahaja cacian anda ke [email protected]

sekian, wassalam.
ThoseWhoBelieveRECORDS
.:for those who dared to cross the line:.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

Jaydie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2450
Posting: 122
Dari: Wangsa Maju

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-10-03 13:40


salam ukhwah.

Astagffirullah... dah beberapa hari tak masuk forum ukhwah.com dah jadi begini pulak.

Abg Zaidi dah lama tak mengikuti perkembangan nasyid di kampus UIAM Gombak. abang Zaidi dulu pernah jadi bendahari Nasyid Club IIUM sessi 2000-2001 dan masa tu Yazid Sulaiman jadi president Nasyid Club. Dulu pun ada kelab G.A.B (Kelab Gabungan Aspirasi Budaya). Tapi semua kumpulan nasyid dimestikan mendaftar di bawah Nasyid Club, namun yang abang kecewa dan agak kesal apabila tak semua berminat untuk aktif dengan nasyid Club.

Pada pendapat abg, cukuplah hanya nasyid Club yang menjadi penaung kepada kumpulan-kumpulan nasyid di UIAM Gombak.

---------------------------

Kita ni kan, sepatutnya menghormati pendapat orang lain. walaupun pendapat orang tu berbeza dengan pendapat kita, tidak semestinya pendapat orang tu salah.


we have to agree do disagree


lagi satu, ilmu, bakat, keupayaan yang kita miliki usahlah disalahgunakan, untuk kepentingan dunia (contohnya). Kelebihan yang dikurniakan leh Allah itu semua hanya pinjaman daripadaNYA. Bila-bila masa sahaja DIA boleh menarik balik nikmat.



Bookmark and Share

    


  Member Information For JaydieProfil   Hantar PM kepada Jaydie   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-10-03 21:30


nasyid club tetap menjadi penaung kepada kumpulan nasyid UIAM, thosewhobelieve hanya bertindak sebagai pembantu..

itulah kelemahan nasyid club. kurang promotion. mereka tunggu kumpulan nasyid datang pada mereka. tapi kami cari pergi kepada kumpulan nasyid.. kebanyakan kumpulan nasyid yang baru disini tak tahu bagaimana nak daftar kumpulan mereka.. kurang promosi.

tambah pula, apa yang kami nampak (maaf cakap) nasyid club dipelopori golongan tertentu yang membuatkan beberapa kumpulan nasyid yang agak radikal diketepikan begitu sahaja.

tapi dengan pucuk kepimpinan yang baru (yang lebih senang diapproach) diharap semua orang mampu memberi komitmen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

Yantidanroni
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2003
Ahli No: 4721
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-10-03 01:45


Assalamualaikum...fish...
ok...aku rasa memang ok kau bertindak macam tuh.lebih baik buat kerja jer....tak de faedah berapi kat web nih.duit tak dapat,kawan pun tak dapat semua tak dapat..hati kau jer yang puas nak tegakkan macam macam.itupun kau sendiri tahu ..tak semestinya betul pendapat kau tuh.so lebih baiklah mencari ukhwah kat website nih.tak dapat tidak bila kau dah ada kumpulan.tempias dia kena jugak la kat kumpulan tuh.nak buat cam mana kita hidup kat dunia.bukan syurga atau tempat yang lebih ideal..cuba dengar lagu lakaran minda saujana hihih.....anyway...aku doakan semoga kumpulan kau dan thosewhobelieverecs akan menjadi salah satu wadah yang cemerlang.dan sebagai nasihat aku sebagai abg.....kau jaga kain kau sendiri saja better...tak payah jaga tepi kain orang..ramai yang marah nanti.tetapi bila satu masa nanti, bila kau dah hapenning.dah besar..ada kekuatan sikit atau dah popular sikit... (kau jangan salah ertikan pulak apa yang aku maksudkan popular tuh) barulah kau buat apa yang sepatutnya..bila kau tak buat apa yang patut kau buat untuk level kau...memang orang marah.masa kau masuk matrik dulu pun ada level untuk english ngan arab.mana boleh langkah sesuaka hati.dalam Islam ia disebut sebagai "adab".so pada pandangan aku.mengikut pandangan manusia biasa.kau nih kategori level rendah lagi.....so banyakkan belajar dari mengajar.sekali lagi aku minta maaf bebanyak...untuk yang lain aku rasa korang pun sama.tak payah bising bising lagi la.cukup lah....yang mana sudah tu sudahlah.........aku memang akan sentiasa sokong industri hiburan islam.lebih lebih lagi pelapis pelapis yang akan menggantikan kuda tua yang ada sekarang....hihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For YantidanroniProfil   Hantar PM kepada Yantidanroni   Pergi ke Yantidanroni's Website   Quote dan BalasQuote

adikusayang
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4365
Posting: 11
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-10-03 16:29


a'kum kepada sham allone, yantidanroni, jaydie, fishhhhh n pyan saujana....
terima kasih kerana perfikiran positif tentang isu yang dibincangkan.
tahniah kepada fish kerana akhirnya berjaya merendahkan diri serta menerima pandangan orang lain walaupun pahit untuk ditelan tapi ia adalah ubat yang mujarab. saya respect dengan pyan saujana, walaupun sudah lama berkecimpung dalam bidang seni namun diri tetap direndahkan menghormati orang yang lebih tua dan juga pendapat orang lain. begitu juga dengan yantidanroni, saya sependapat dengan awak. kekadang kita mempunyai pendapat yang berbeza dan cuba menegur tetapi ada orang yang tidak faham dan mengatakan ia adalah kondem pula.... nak buat cam ne?
untuk fish, saya faham niat awak untuk membantu mereka yang berada di landasan irama nasyid. tapi terus terang saya katakan cara awak tak kena dengan niat awak. mungkin saya betul dan mungkin awak juga betul, tapi apa yang saya perhatikan awak tidak dapat menerima pendapat orang lain dan cuba juga menegakkan benang awak yang basah.... untuk pengetahuan awak, saya sebenarnya sengaja membuat pernyataan sedemikian dengan harapan awak akan sedar akan kesilapan awak seoalah2 berbangga dengan apa yang ada pada awak tapi mujurlah ada orang yang perasan dan memberikan pendapat mereka dan saya rasa itu dapat membantu awak memahami apa yang cuba saya sampaikan.....
untuk pengetahuan awak lagi, persoalan bagaimana saya mendapat maklumat banyak mengenai kumpulan underground uia ni melalui sahabat saya yang juga orang kuat nasyid club di uia. itulah sebabnya saya banyak tahu mengenai kumpulan nasyid di uia. satu persoalan, kenapa awak tidak berjumpa dengan pimpinan nasyid uia untuk menyerapkan mereka ke dalam kumpulan nasyid uia? kenapa awak menuduh n.club hanya mengutamakan sesetengah kumpulan dan menolak kumpulan yang lain? awak ada ke bertanya dengan presiden dia sendiri tetang pendirian n.club, begitu juga dengan ohjektif dan halatuju n.club. minta maap kalau saya terlalu mempertahankan n.club. saya kenal benar dengan n.club uia. siapa yang tidak kenal dengan V.Presidennya Siti Nordiana Abbas. itulah yang saya katakan, cuba berjumpa dan duduk semeja dengan pimpinan n.club uia berbincang untuk mengetengahkan kumpulan yang awak rasa boleh diketengahkan. cara awak yang bergerak sendiri tanpa ada platform merupakan satu gerakerja yang lebih berbahaya dan akan menyusahkan diri awak sendiri. rugilah kalau awak ada ilmu tapi yang tahu hanya awak dan keluarga awak. sape yang malu.....? jawab sendiri.
awak dah tahu kelab dah ada, so gunakan.... jangan pandang aje tanpa ada apa2 tindakan.....

itulah yang saya nak sampaikan, sape saya? biarlah ia menjadi persoalan..... yang penting apa yang saya sampaikan dan tak perlu kenal siapa saya. mungkin satu hari, kalau diizinkan Tuhan, akan tahu juga sapa saya....

minta maafffff pada semua.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For adikusayangProfil   Hantar PM kepada adikusayang   Quote dan BalasQuote

Yantidanroni
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2003
Ahli No: 4721
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-10-03 23:29


Assalamualaikum....
fish...aku sendiri dengan bangganya mengumumkan yang kau dah menangkan diri kau.dengan merendah diri sebenarnya kau dah menang .tahniah..adikkusayang,pada pandangan aku biarlah banyak wadah yang hidup agar perjuangan nasyid tuh lebih luas,tetapi nasyid club boleh menjadi badan induk yang menyatukan wadah wadah ini.aku setuju jugak ngan fish..pilih kasih selalu berlaku .tapi itu berlaku kat mana mana pun.yang penting jadi the best,then orang lain tak boleh cakap apa.bila kau best....orang jatuhkan kau pun susah.hihihi...so kesimpulannya ...always be the best.fish....aku rasa kau nih boleh berjaya dalam banyak bindang.talent tuh ada.....nasihat aku...banyak merendah diri..dan banyak belajar di mengajar...itu p-ermulaan la...nanti bila dah terer hihih mengajar lah plak.... cau cin cau....

Bookmark and Share

    


  Member Information For YantidanroniProfil   Hantar PM kepada Yantidanroni   Pergi ke Yantidanroni's Website   Quote dan BalasQuote

nagazamrud
Warga Rasmi
Menyertai: 30.10.2003
Ahli No: 4796
Posting: 7
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 31-10-03 00:24


Jangan gaduh Allah tak suka....peace brothers semua....ni baru kat dalam forum apatah lagi yang berlaku kat luar kan...kelumpuk nasyid ni kecik jer..banyak lagi perkara yang perlu dibuat untuk betulkan masyarakat kat luar..fokuskan tenaga dan fikiran untuk membangunkan ummah..
selamat menyambut puasa....peace

Bookmark and Share

    


  Member Information For nagazamrudProfil   Hantar PM kepada nagazamrud   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-10-03 15:27


actually... presiden nasyid club untuk sem ni merupakan seorang yang amat baik dan amatlah mudah untuk didekati jika dibandingkan dengan presiden sem lepas. ThoseWhoBelieveRECS sedaya upaya akan memberi sokongan.

TWBrecs bukanlah sebuah badan yang formal. ia macam satu kumpulan kengkawan untuk tolong kengkawan, disamping agenda kami sendiri.. bukan kami tidak mahu aktif dalam Nasyid club, but NS ada protokol dia sendiri..

TWBrecs lebih senang merupakan sebuah kumpulan promoter cum label, bukan setakat untuk UIAM sahaja bahkan untuk beberapa university yang kami ada kontek. apa yang kami buat tak semestinya dipersetujui oleh NS dan mereka sendiri ada badan promosi/komunikasi mereka yang dipilih pada AGM.

untuk daftar dibawah NS itu merupakan hak grup nasyid itu sendiri. kami tidak masuk campur dalam hal tersebut. kerja kami hanya untuk mempromosi dan menerbitkan rakaman mereka. insya ALLAH jika tiada aral, kami akan menerbitkan demo ALAN, ONE FAITH dan BENIGN. kumpulan kumpulan ini banyak bereksperimen dengan irama yang agak sukar diterima oleh kebanyakan konservatif didalam NS. ALAN = techno ONE FAITH = eksperimental pop BENIGN = hardcore rap.

masalahnya, bukan tak mahu gunakan platform kelab. seperti yang saya katakan sebelum ni, NS dipelopori oleh golongan tertentu yang agak konservatif.. bila lihat cara kite berpakaian dengan tidak thiqohnye, dengan rantainya, dengan rambut berdiri dirinye, bergaul dengan sosialnye... mereka cam susah nak dibawa berbincang.. dah breapa kali ana tengok keadaan camtu setiap kali ana gi mesyuarat nasyid club. jadi susah la.. ana ni bukan thiqoh pun...

apa pun dengan kepimpinan abang nasir (bekas naqib usrah bebudak TWBrecs), semoga kami dapat menyelitkan agenda kami dan membuat nasyid club lebih terbuka dan people friendly.



Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

adikusayang
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4365
Posting: 11
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-11-03 02:06


eh mcm mane fish tahu yg bkl jadi presiden yang akan datang saudara nasir. setahu saya agm n.club uia belum lagi dijalankan. pelik juga tu.... ada pakatan ni? satu lagi yang membingungkan, presiden yg mana satu ni yang baik ni? yang akan dilantik atau yang belum lagi letak jawatan. setahu saya yang pegang sekarang ni kan saudara rusdi. boleh tak cite sikit, cam ne nasyid club leh jd gitu? setahu dan sekenal saya, pimpinan n.club, semuanya o.k. tak de pun yang terlalu ektremis dan memilih kasih. buktinya, kalau tak silap saya.... sem lepas n.club baru aje menjayakan konsert rumpun melodi n artis dia bukan main lagi, waheeda n yassin pun ada. kumpulan baru pun ade kan... kump. ape tu, N.I.E? ha itulah nama nya kalau tak silap saya...... mcm manelak awak kata n.club pilih yang thiqoh aje.... eh mcm tak percaya lah.... saya kenal dengan pimpinan atasan n.club, memang dorang sporting gile n juga nak kata sosial pun leh lah juga.... ke dorang berlakon aje kat depan saya... entahlah.....
satu lagi, saya rasa sebab kenapa awak n presiden yang lepas susah untuk didekati mungkin kerana faktor... jarak perbezaan umur dan juga tahun pembelajaran. awak pernah cakap awak ni barukan.... dan tak silap saya, saudara rusdi tu dah tahun akhir, mungkin itulah yang menyebabkan dia susah sikit untuk bercampur dengan awak kut dan juga member2 awak yang mungkin baru di bumi uia tu.... kalau awak tak bawa kat dia manelah dia tahu.... satu lagi, mungkin juga raut muka dia yang nampak mcm serius membuatkan orang susah untuk mendekatinya. tapi kan saya rasa cubala pegi jumpe dia dulu, mungkin dia ada jalan yang terbaik untk awak.... key salammmm untuk semua


Bookmark and Share

    


  Member Information For adikusayangProfil   Hantar PM kepada adikusayang   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-11-03 14:59


well, untuk jadi pemimpin yang bagus.. kena la bercampur semua.. takkan kerana perbezaan umur dan tahun belajar hendak dijadikan perbezaan.

pakatan? hehehehee.. takde. takde.. silap sebut nama.

biarlah NS dengan cara mereka.. bebudak twb pun bebudak NS gak.. cume pendekatan twb lebih radikal yang kemungkinan besar ada orang dalam NS yang takkan setuju. takkanla kami nak hentikan cara kami hanya kerana tak persetujuan orang orang yang tak pun terlibat.

dalam aspirasi sendiri.. NS tak pernah memberi show pada kumpulan kumpulan bawah diorang.. asyik aspirasi manjang.. jika bukan kumpulan tu sendiri yang cari show, maka takde show la kumpulan lain.

sistem penggiliran ahli dalam aspirasi pula takde/hampir takde.. sehinggakan kengkadang aspirasi perform 3 show dalam satu hari dengan ahli yang sama.. mana tak letih..

dan NS tak pernah ada effort untuk mempromosikan grup yang daftar bawah diorang.

sweet melodies... banyak tribulasi yang tak perlu ana gembar gemburkan disini.... membuka pekung didada pula... sehingga abang salleh brothers marah marah.. but ini takkan ana ceritakan..

smua ini akan dikedepankan waktu AGM nanti..

mungkin enta kenal sebagai seorang kawan bukan kenal sebagai seorang yang nak bekerja dengan orang orang ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

adikusayang
Warga Rasmi
Menyertai: 14.10.2003
Ahli No: 4365
Posting: 11
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-11-03 03:24


mungkin ada yang tak kena ni? fish, awak seperti menyembunyikan sesuatu apabila awak seolah2 berselindung apabila saya bertanya pasal pakatan... untuk perlantikan presiden.... agak pelik...
saya rasa, awak perlukan penjelasan yang terperinci dari semua exco yang dilantik untuk menerajui n.club kat uia. bg saya kat uia je yang ada n.club untuk memperjuangkan irama nasyid berbeza dengan u lain susah untuk bergerak apabila dalam landasan irama nasyid. kekadang kena black list lagi dari HEP... apa yang saya harapkan janganlah jd bende yang sama kat uia.
satu bende lagi, kalau AGm nanti awak jangan tak datang, saya rasa mesti ada kejutan yang awak sendiri tak jangkakan..... tungguuuuuuuu
mungkin ada betul nye kata awak fish tapi tak semestinya kita semua yang betul.... macam yang awak sedia maklum sblm ni, kekadang tu kita kena rendahlan diri untuk mendapat perhatian orang lain....
pasal sweet melodies, saya tahu memang mengundang pelbagai masalah dalaman tapi ia merupakan satu usaha yang bagus untuk memastikan kerjasama antara semua exco terbina. sedih juga apabila saya mengetahui masalah yang timbul.... tapi entahlah... mungkin perlu untuk seseorang menjelaskan hal yang sebenarnya bagi menjernihkan keadaan....
susah juga bila ada satu kumpulan yang sama matlamat tapi berlainan cara.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For adikusayangProfil   Hantar PM kepada adikusayang   Quote dan BalasQuote

Yantidanroni
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2003
Ahli No: 4721
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-11-03 04:15


Adikusayang...
dah la tuh..jangan la kacau emosi fish lagi.kesian la tengok aku nih.tertekan tengok korang nih.kang kalau aku komen pasal nasyid club korang tuh kang, terkang kang kang....hihih Kang...jangan marah aaaaaa...
kalau ada konspirasi ker, pakatan ker...masih tak boleh lawan lagi konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim.hihhihi, setakat konspirasi nak jadi presiden nasyid club...hihihih...tak payah lah bergaduh,sapo sapo menang pun tak de hal.projek yang dah jalan tetap jalankan.fish teruskan lah dengan thosewhobelieve kau tuh..banyak faedahnya.tapi nasyid club tuh pun jangan ditinggalkan.bergaul la dengan mereka.mereka kan juga satu perjuangan.paling tidak pun ikhwan sesama islam.adikusayang kau nih masih kat uia lagi ker.kalau dah keluar.bagi la nasihat yang baik kat adik adik hang tuh.kalau hang masih kat dalam pergi lah jumpa fishtuh.mesti kalau korang jumpa dah takkan gaduh lagi...itu aku confirm..kalau gaduh lagi tuh something wrong la tuh...
fish...
cuma aku ada sedikit jer komen pasal perjuangan rap core,techno , punk ker dan apa apa yang pelik lagi.aku nih tak de hal..open jer.tapi kau kena fikir satu hal lagi.sesuai tak iya dengan budaya kita.kau tahu kan .muzik nih datang nagn budaya.kalau budaya tak de susah nak menjadi.untuk lebih kau faham aku bagi kau satu contoh.bila kau nyanyi rapcore.camana pakaian kau.takkan pakai sopan lagi.muzik dah kiat,head banging ada tetiba islamic rapcore plak duduk diam tanpa gaya dan pakai baju melayu atau kot.hihih kelakar kan.macam irama nasyid rap kat america tuh...soldier of Allah.kau pun tahukan rap r&b ker semua tuh dari budaya masyarakat black.jadi senang la sikit nak diorang terima.techno music.kau tahu tak dia selalu dikaitkan ngan apa.techno itu dekat dengan extacy dan modern drug nih.kau tak caya kau tengok internet atau pun kau baca pasal techno music.tuh yang duk layan extacy tuh semua layan techno atau techno yang lebih advance diorang dah panggil rave music.ntah la.aku bukan la melarang cuma takut impak kurang baik lebih dari yang baik.tuh dah jadi cam arak.banyak yang buruk dari yang baik.trust me ..muzik itu datang dengan budaya..kalau koliberasi yasin dan to phat itu juga tergolong dalam hip hop.tapi dah ada local taste.so bunyi dia tak melampau sangat.tapi still kau tengok cam mana too phat bawa imej dia.kan tak macam penansyid.tapi bila kau clain diri kau penasyid banyak limitation dia.kalau kau betul betul nak pergi jauh ngan perjuagan kau tuh.lebih baik kau jangan panggil diri kau penasyid.panggil irama lain terus.....sebab nasyid sudah ada persepsi tersendiri dikalangan umat islam di malaysia.anyway kau boleh cuba.sebab belum cuba belum tahu.....tapi ingat akan risiko yang akan kita tanggung nanti.adakah kita akan merosakkan masyrakat atau tidak.take care both of u...fish and adikusayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For YantidanroniProfil   Hantar PM kepada Yantidanroni   Pergi ke Yantidanroni's Website   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 03-11-03 13:16


akum..

sebenarnya, apabila kami bersetuju untuk bekerja sama dengan kumpulan benign, one faith dan alan, dalam kepala ana secara individu, bukanlah untuk mempromosi budaya black yang menjadi perintis muzik muzik sebegini tetapi memikirkan diluar sana terlalu ramai orang yang masih tidak boleh menerima nasyid sebagaimana yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid di malaysia hari ini..

ramai yang tidak boleh menerima muzik berkompang, atau jiwang atau mellow sebagaimana yang mempengaruhi industri nasyid hari ni... ini hanya sebagai satu alternatif cubaan.

ustaz saya pernah berkata, islam itu memudahkan. bila ia menghalang sesuatu, ia menyediakan sesuatu yang lain.

pada pendapat saya, fitrah manusia adalah pada bunyi bunyian atau muzik... bahkan islam sendiri tidak pernah menkhususkan bagaimana sepatutnya yang dinamakan muzik islam.

lebih senang melihat scene nasyid di indonesia.. remaja disana punyai pelbagai pilihan hiburan islam. dari nasyid hiphop hingga ke nasyid metal..

kami hanya cuba untuk mencipta satu suasana yang sama disini. itu sahaja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

Yantidanroni
Warga Rasmi
Menyertai: 28.10.2003
Ahli No: 4721
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-11-03 02:27


fish....
good luck...teruskan usaha murni itu....
bercakap pasal scene nasyid di indonesia...aku rasa kau kena pergi sana dulu.baru kau boleh faham kenapa diorang boleh jadi cam tuh.keadaan disana sangat berbeza dengan disini, dari segi budaya, penghidupan,pendidikan dari kecil dan cara mengesperisi diri dan lain lain.walaupun ada yang sama dengan kita tapi memang lain...cuba kau tanya diorang dengan detail benda nih.layanan yang diterima Raihan kat sana..kalau kau tengok kau kan terkejut..cam artis pop tuh.kau tanya hijjaz berapa orang pengsan masa show diorang kat bandung, masa concert A1 kat jakarta berapa orang mati kena pijak,sheila on 7 di lampung berap a orang yang mati, kat malaysia tak pernah jadi benda nih.kaua benign,alan ker pergi sana aku yankin kau takkan sangka sambutan yang kau kan dapat..hihihih, trust me on this...so budaya muzik totally different..
anyway...aku bagi kau satu contoh...siapa yang beli 600,000 album raihan tuh..kau rasa semua orang yang faham atau suka muzik islam ker yang beli.banyak tu woooo..bila orang itu mau islam ..diorang takkan nak dengar lagu rock...grunge ker punk ker dan sebagainya...
actually melalu pemerhatian aku.muzik barat yang paling dekat ngan nasyid ialah r&b, kerna R&B nih banyak pakai vokal dan luahan kejiwaan, itu pun bukan pure R&B, because pure R&B adalah cara masyarakat black mengespresi kesusahan, penderitaan dan penindasan yang mereka hadapi.kalau kita dengar pure R&B putus telingan beb,,taka tahan nak layan feel dia...hihihihyang kita dengar banyak sekarang nih pop R&B.Mariah carey ker all 4 one ker ,boyz 2 men ker nih semua pop.bila pop kau tahu lah budaya dia cam mana.pop=popular lah katakan.macam aku cakap ari tuh , macam techno..ia datang sekali ngan budaya modern drug(chemical drug). jadi bila techno yang kita akan buat itu tak bersama budaya tuh,tak menjadi lah jawabnya.
cuba kau bandingkan bila dengar yusuf islam,daud wasnsby raihan , hijjaz dan seangkatan dengannya dibandingkan dengan bila kau dengar in-team,unic dan sebagainya, jiwa lagu tuh kau akan nampak perbezaannya.bila kau dah rasa perbezaan jiwa lagu tuh.cuba kau tanya 2 orang yang berbeza kerektor tentang kedua dua lagu tuh.aku yakin kau akan dapat jawapan yang berbeza.
anyway untuk kau teruskan perjuangan muzik kau tuh..aku peribadi tak de hal...kau teruskan je lah..aku yakin pasti ada orang yang terbuka pintu hati dengan konsep tuh nanti.cuma bil abertindak tuh fikirkanlah ianya secara menyeluruh..
itu belum lagi kita bincangkan nasyid nih bila mau dikomersialkan..the sence dah jadi totally lain.aku personally suka kalau nasyid nih tak go comercial.seba tak dapat tidak, bila ia komersial , banyak aspek yang akan tergadai.itu kau faham faham sendirilah.bila deal dengan business nih...everybody have to make sure yang diorang akan untung.seba kalau tidak company mati...
aku memang suka sangat ada golongan yang macam korang yang buat underground..teringat aku zaman zaman dulu..hihih masa the zikr, nadamurni,mirwana, suara smakl,nahwan nur, dan yang lama lama tuh la..duit pun takde masa tuh, ukhwah pun masa tuh rapat tak ingat punya.semua masa tuh nyanyi seba niat dakwah.kalau kau dengar rekording lama tuh pun kau boleh dengar yang diorang tak de ingat duit dan komersial nih.
Tapi...bukan bermakna komersial nih pun tak bagus...hikmahnya pun banyak juga...
apa yang aku pasti.dengan ilmu dan iman, semua group nasyid pasti dapat menilai yang mana baik dan mana buruk untuk dibuat....
ok beb....see u later.take care...nih sekadar pandangan jer...yang mana tak setuju tuh jadikan sempadan hihihihi.cau cin cau......


[ Posting ini telah di edit oleh: Yantidanroni pada 2003-11-04 02:59 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Yantidanroni pada 2003-11-04 03:03 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For YantidanroniProfil   Hantar PM kepada Yantidanroni   Pergi ke Yantidanroni's Website   Quote dan BalasQuote

fish
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3670
Posting: 40
Dari: daarun na\'im

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-12-03 10:39


well adikusayang... tiada apa yang mengejutkan aku dalam agm nasyid lepas.. nasir tetap jadi presiden.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fishProfil   Hantar PM kepada fish   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.132948 saat. Lajunya....