Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 104
Ahli: 0
Jumlah: 104




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PRU-12: Parti Mahasiswa Negara cabar Mustafa di Jeli


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PRU-12: Parti Mahasiswa Negara cabar Mustafa di Jeli

Please Mendaftar To Post


Oleh PRU-12: Parti Mahasiswa Negara cabar Mustafa di Jeli

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 24-01-08 15:32


PRU-12: Parti Mahasiswa Negara cabar Mustafa di Jeli
Intan Abdullah
Thu | Jan 24, 08 | 6:03:06 am MYT

KUALA LUMPUR,24 Jan (Hrkh) - Parti Mahasiswa Negara (PMN) hari ini menyatakan hasrat untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed dengan meletakkan calon mereka di Jeli dalam pilihan raya umum nanti.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dihantar kepada Harakahdaily, Setiausaha Politik PMN, Amirul Faiez Hamdi menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mencabar Mustapa Mohamed dengan meletakkan calon untuk bertanding di Parlimen Jeli.

Bahkan,PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri KPT itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa walaupun umum mengetahui mahasiswa layak mengundi tapi dinafikan hak untuk menyatakan sokongan terhadap parti politik yang disokong.

"Bukankah mengundi itu juga menterjemahkan sokongan terhadap mana-mana parti politik kenyataan yang berbaur sentimen politik dan berkepentingan parti pemerintah?" soalnya.

Sejak pengisytiharan penubuhan PMN 7 Januari lalu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia, pelbagai respon telah diterima PMN.

Setelah itu, PMN menterjemahkan keseriusan mereka untuk menyertai pilihan raya dengan mendaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan, Putrajaya pada 18 Januari.

Dalam perkembangan yang sama, beberapa menteri kabinet telah menunjukkan sikap dan pendirian mereka terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik.

"Malah kebanyakan respon adalah bersikap menentang dan melarang akan penglibatan mahasiswa di dalam politik lebih-lebih lagi di dalam waktu kemuncak menuju pilihan raya umum. Antara respon ialah daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak, menyatakan dengan jelas bahawa mahasiswa tidak boleh sama sekali terlibat di dalam pilihan raya berdasarkan AUKU 1975 seksyen 15," katanya.

Menurutnya, kenyataan yang sama juga telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri KPT.

"Kami sama sekali tidak beriman terhadap AUKU 1975. Malahan secara terang-terangan kami sudah melanggar AUKU, mengapa masih menggunakan lagi akta tersebut dalam mengugut para mahasiswa yang memberikan sokongan terhadap PMN?

"Pendirian kami terhadap AUKU tidak pernah berubah sama ada ianya perlu dimansuhkan secara total mahupun akan dipinda beberapa seksyen yang terkandung dalamnya," jelasnya.

PMN turut menyeru mahasiswa yang lain untuk bersama-sama dalam membawa agenda perjuangan memartabatkan rakyat. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-01-08 17:57


Assalamualaikum
parti mahasiswa negara.....???? :-o
huh...another party...hope something can be manfaatkan from the coming forth of this party.....entahlah...tak pandai politik ni... :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-01-08 18:03


ramai tidak setuju dengan pengelibatan mahasiswa ni...

secara peribadi pun tak berapa setuju jugak..tengok pemimpinnya pun baru umur 23 tahun...macam tak 'kompiden' saja nak tadbir negara (kalau menangla)..tah lah..saya pun tak reti bab-bab politikus ni :berfikir:


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-01-08 21:40


Salam...

I despise this Parti Mahasiswa Negara..!

Tidak 'beriman' kepada AUKU, tapi 'beriman' kepada Perlembagaan...

???


:berfikir:

.
.
.
.
.

:jangan:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 24-01-08 21:45


err.. ada ye parti mahasiswa negara??
tak tahu lah pula.. hmmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-01-08 02:19


Pada 24-01-08 21:45 , aemanpsycho posting:

!!! QUOTE !!!

err.. ada ye parti mahasiswa negara??
tak tahu lah pula.. hmmmm


Salam, saya nasihatkan... tak perlulah nak ambil tahu tentang mereka...

Kalau matlamat perjuangan selain daripada menegakkan Islam, pasti takkan ke mana...

Mari kita tengok apa yang diserukan, apa agenda mereka melalui ayat berikut;

!!! QUOTE !!!

PMN turut menyeru mahasiswa yang lain untuk bersama-sama dalam membawa agenda perjuangan memartabatkan rakyat.


Wallahu'alam...

Honestly speaking, I despise their aim and their struggle...



-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-01-08 20:50


jangan lah nak buat lawak parti mahasiswa negara...tunjuk jaguh lah pula...anda masuk U tempat sya belajar...tau lah budak-budak parti mahasiswa negara ni....anda datang U untuk belajar,bukan dok sibuk nak mgjar org....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-08 21:16


Pada 24-01-08 21:40 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salam...

I despise this Parti Mahasiswa Negara..!

Tidak 'beriman' kepada AUKU, tapi 'beriman' kepada Perlembagaan...

???


:berfikir:

.
.
.
.
.

:jangan:



:berfikir: :berfikir: :-D


-----------------
Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-01-08 23:07


pecah belah terpecah terbelah
tetapi yang memecah memarahi yang cuba melalui kepecahan

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 06:05


Salam, perkembangan yang tak berapa terkini. Namanya dah diubah menjadi Parti Mahasiswa Malaysia. Kebanyakan di kalangan pimpinannya terdiri daripada ahli-ahli GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia kalau tak silap).

Hm,kalau dulu ada orang tegur saya, Kenapa nak sertai yang baru, Kenapa tak kuatkan yang sedia ada?

Sekarang apabila PMM hendak ditubuhkan, tiada pula suara yang mengkritik... Mesti ada sesuatu di sebalik PMM. Mungkin saja mereka mengatakan mereka tak memihak kepada kedua-dua belah pihak, tapi saya dapat rasakan PMM ada link dengan PAS. Bukan sahaja tidak dikritik, bahkan mendapat liputan dalam Harakah pula tu...

Mungkin inilah pemikiran lateral yang dikatakan oleh seorang penceramah dari APIUM berkenaan pemikiran lateral semasa ceramah Maal Hijrah dahulu di tempat saya... (rasanya tak perlu huraikan di sini, sesiapa yang hadir ceramah tu pasti akan faham...)

Wallahu'alam... saya menganalisis secara ringkas sahaja, tak buat apa-apa kajian dan sebagainya. Mungkin saya tersilap...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 09:29


ana sokong :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 18:18


Pada 28-01-08 06:05 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!



Wallahu'alam... saya menganalisis secara ringkas sahaja, tak buat apa-apa kajian dan sebagainya. Mungkin saya tersilap...



tak ada kena mengena dengan isu ni pun..so better ghazi rilek dulu dan kaji dulu lah ye... baru buat kenyataan...sama-sama kita carik isi.okes? :)

Tak pun pergi tanya 'pimpinan2 gamis' yang dikatakan tu sendiri.

ps: tapi kalau ada yang datang dari pas pun kita tak boleh kata dia pas, sebab contoh terbesar? DSAI masuk UUUUMN* ..walaupun tidak disetujui..entahlah, tak nak buka cerita. nanti ada yang baling kasut kat saya

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 18:57


Pada 28-01-08 06:05 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!



Hm,kalau dulu ada orang tegur saya, Kenapa nak sertai yang baru, Kenapa tak kuatkan yang sedia ada?


BETUL...

Kenapa NAK SERTAI YANG BARU??? Kenapa TAK KUATKAN YANG
SEDIA ADA??

P/S: PEMBURU POKOK PUN SEDANG MENGANALISIS DAN MENGKAJI
NIIII.... :-D


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-01-08 21:51


assalamualaikum.
bagi sya, sya memang kurang bersetuju jika pnm,
mrke terlalu muda u menjadi pemimpin, tunjuk kan dulu kebolehan pmn,
jangan pandai cakap saja, sebab kalau mereka benar-benar ikhlas terhapd perjuangan mereka, kenapa mereka tak jadi pertubuhan u memperjuangan kebajikan mahasiswa seperti isu ptptn, hak u mdptkn tiket percume bagi pejaran semenajung p sabah or serawak dan sebaliknya u 2x sthun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 28-01-08 22:14


err.. ninja85.. pasal isu tiket percuma tu ummu dapat saja tket free..bukan free lah tapi every sem dapat loan penerbgn... tapi JPA lah..........ikut lah nak balikke tidak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 01:19


Pada 28-01-08 18:18 , swordofdeen posting:

!!! QUOTE !!!



tak ada kena mengena dengan isu ni pun..so better ghazi rilek dulu dan kaji dulu lah ye... baru buat kenyataan...sama-sama kita carik isi.okes? :)

Tak pun pergi tanya 'pimpinan2 gamis' yang dikatakan tu sendiri.

ps: tapi kalau ada yang datang dari pas pun kita tak boleh kata dia pas, sebab contoh terbesar? DSAI masuk UUUUMN* ..walaupun tidak disetujui..entahlah, tak nak buka cerita. nanti ada yang baling kasut kat saya


Hehe, Kenapa sampai ada yang nak baling kasut..?

Tapi untuk PMM ni saya rasa memang dah disepakati, dan bukannya seperti kes DSAI...

Seperkara lagi, rasanya tak perlulah saya nak pergi bertemu dengan pimpinan GAMIS, sebab saya memang tak setuju dengan penubuhan mereka... Tapi tak bermakna saya membenci orangnya...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 02:17


PEMBURU POKOK SEDANG MENGKAJI DAN MEMBUAT ANALISIS
MENGAPA PMN DITUBUHKAN...

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN MEREKA....
SERIUS UNTUK MEMERINTAH NEGARA ATAU...
GILA GLAMOUR!!!!

AKU AKU DAPATI MEREKA NI GILA GLAMOUR...
AKU NAK HEMPUK KEPALA SEKOR-SEKOR BUDAK-BUDAK PARTI
MAHASISWA NEGARA NI!!!!!

AKU SEDANG MENGANALIS.........................


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 29-01-08 07:45


Pada 28-01-08 06:05 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salam, perkembangan yang tak berapa terkini. Namanya dah diubah menjadi Parti Mahasiswa Malaysia. Kebanyakan di kalangan pimpinannya terdiri daripada ahli-ahli GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia kalau tak silap).

Hm,kalau dulu ada orang tegur saya, Kenapa nak sertai yang baru, Kenapa tak kuatkan yang sedia ada?

Sekarang apabila PMM hendak ditubuhkan, tiada pula suara yang mengkritik... Mesti ada sesuatu di sebalik PMM. Mungkin saja mereka mengatakan mereka tak memihak kepada kedua-dua belah pihak, tapi saya dapat rasakan PMM ada link dengan PAS. Bukan sahaja tidak dikritik, bahkan mendapat liputan dalam Harakah pula tu...

Mungkin inilah pemikiran lateral yang dikatakan oleh seorang penceramah dari APIUM berkenaan pemikiran lateral semasa ceramah Maal Hijrah dahulu di tempat saya... (rasanya tak perlu huraikan di sini, sesiapa yang hadir ceramah tu pasti akan faham...)

Wallahu'alam... saya menganalisis secara ringkas sahaja, tak buat apa-apa kajian dan sebagainya. Mungkin saya tersilap...



saya nasihatkan saudara baca harakah edisi cetak keluaran yang terbaru. dalam tu ada pandangan berkenaan dengan hal ini. ada juga yang mengkritik... Kalau ada link dengan PAS pun bukan menjadi masalah kan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 12:01


bagi ana...ini adalah satu pendekatan baru yang ada agenda tersendiri yang mahasiswa nak bawa..mata dunia akan tertumpu pada MAHASISWA kalau pilihanraya kali ini MAHASISWA vs PIMPINAN MALAYSIA....???

:: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power ::

.::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 12:34


Pada 29-01-08 12:01 , ToK_iMaM posting:

!!! QUOTE !!!

bagi ana...ini adalah satu pendekatan baru yang ada agenda tersendiri yang mahasiswa nak bawa..mata dunia akan tertumpu pada MAHASISWA kalau pilihanraya kali ini MAHASISWA vs PIMPINAN MALAYSIA....???

:: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power :::: student power ::

.::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::..::::.::MAHASISWA, JURUBICARA UMMAH::.


Masya-Allah. semangat adik Due ni...

Ana ada soalan untuk dilontarkan.. tapi ana juga rasa sudah ada jawapan pada soalan ana ni.

"PMN dah dapat persetujuan daripada penasihat ntorang ke untuk tubuhkan PMN ni?"

Mesti mereka akan jawab,
"Ya. kami tidak akan buat keputusan sesuka hati kami.."

Hmm... insya-Allah.
Ana juga masih mengkaji sebab musabab penubuhan PMN ini.

ToK_iMaM nak tolong jawabkan soalan ana? :-?

Cuba view link di bawah ni. Baca artikel dan komen2nya.

http://nahdah.wordpress.com/2008/01/08/apa-rasional-parti-mahasiswa-negara-pmn/

http://nahdah.wordpress.com/2008/01/24/isu-pmn-perlunya-elemen-rasional-realistik/

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 20:49


Pada 29-01-08 07:45 , cucu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-01-08 06:05 , ghazi posting:
saya nasihatkan saudara baca harakah edisi cetak keluaran yang terbaru. dalam tu ada pandangan berkenaan dengan hal ini. ada juga yang mengkritik... Kalau ada link dengan PAS pun bukan menjadi masalah kan...


Maaflah, dah lama tak update. Tapi versi bercetak sahaja ke yang ada? HarakahDaily tak ada? Susah nak dapat versi bercetak di tempat saya... Kedua, yang mengkritik tu dari kalangan pembaca ataupun artikel Harakah?

P/s: Presiden Penaja PMM, Saudara Azlan Zainal tu dari UM rasanya... Macam pernah dengar namanya... kalau tak silap orang kuat PMI... Exco Akademik kalau tak silap... Mungkin nama saja yang sama... Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-01-08 21:22


semoga semngt berkekalan...tidak hangat semangat masa awal-awal saja..good luck

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 21:26


Pada 29-01-08 21:22 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

semoga semngt berkekalan...tidak hangat semangat masa awal-awal saja..good luck


TAK PAYAH NAK GOOD LUCK-GOOD LUCK....
BIAR BERKUBUR saja PARTI MAHASISWA NEGARA NI KALAU
DEMOKRASI MERUPAKAN TARIQAH PERJUANGANNYA!!!!


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-08 12:11


betul kata pemburu pokok, tak payah nak good luck...budak tu masih study lagi...semua org tau,mereka saja nak buat gimik,kata nak mewakili mahasiswa konon.bagi yang seangkatan dengan mereka tu,mereka sokong sajalah..kita tak tahu ada benda tersembunyi,dok nak cbr2...mereka ingat mereka dapat skongn lah tu dr semua mahasiswa, tu yang buat gimik..tak apa sya tunggu dan lihat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-02-08 05:09


aduss... muncul lagi 1 parti... tak payah lah... nak cbr mustafa mohammad tu setuju. tapi tubuhkan parti tu yang tak setuju...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 06-02-08 07:47


nak jadi pemimpin bukan bergantung pada umur. dalam perlembagaan Malaysia, waraganegara yang berumur 21tahun layak mengundi maka dengan sendirinya mereka terlibat dan boleh aktif dalam politik. AUKU sendiri sudah bertentangan dengan perlembagaan. Apa punya undang-undang tak taulah....

Parti Mahasiswa Negara tak ada masalah, kerana apa yang dibicarakan bukan sekadar hak mahasiswa tetapi hak rakyat secara keseluruhan. peranan PMI, ISIUKM bukan bersifat dalam kampus sahaja. saya pernah melihat proses ini dan saya tamat belajar dengan proses yang sebegini. alangkah seronoknya jika kita memahami jerih payah masyarakat dari seluruh aspek bukan bersifat 'yes bos' semata-mata. isu agama diperjuangkan. jangan jumud sangat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-02-08 10:32


parti mahasiswa negara...

link

awat senyap dah tak dengar khabar berita pun.sesiapa ada info lain...?


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-02-08 10:01


Pada 25-01-08 20:50 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

jangan lah nak buat lawak parti mahasiswa negara...tunjuk jaguh lah pula...anda masuk U tempat sya belajar...tau lah budak-budak parti mahasiswa negara ni....anda datang U untuk belajar,bukan dok sibuk nak mgjar org....




bagi mereka peluang untuk bertanding.jangan kita pandang sebelah mata saja.kalau di indonesia dengan KUASA PELAJAR boleh JATUHKAN kerajaan arwah Suharto.waktu macam ni lah mereka patut terlibat dalam politik.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-02-08 16:32


Sokong!!!..Dengan parti ini diharap mahasiswa boleh bersuara dengan lebih lantang menegur kerajaan. Bukan sahaja menegur, mahasiswa boleh menyampaikan pandangan dari perspektif mahasiswa sebagai 'orang muda' yang bakal menerajui kepimpinan negara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-02-08 16:45


apa sebenarnya yang parti mahasiswa ni nak..adakah parti mahasiswa ni termasuk dalam golongan barisan alternatif?..kalau betul maknanya makin keciklah kerusi pas..kerana terpaksa berkongsi dengan parti mahasiswa. keadilan dan dap..macam mana pas nak memerintah negara..

ala...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-02-08 14:52


-Ni perkembagan terbaru PMN.

PMN akan hantar calon ke Kepala Batas
Intan Abdullah
Sun | Feb 17, 08 | 1:32:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Parti Mahasiswa Negara (PMN) akan tetap menghantar calon di Parlimen P041 Kepala Batas walaupun mendengar khabar angin bahawa PAS akan bertanding di sana.

Menurut satu kenyataannya kepada Harakahdaily, Presiden PMN, Azlan Zainal berkata pertimbangan mereka sangat jelas yakni mahu mengetengahkan isu kepentingan generasi muda dalam masyarakat sempena pilihan raya umum ke-12 ini.

"Pada hemat kami, pendekatan kita juga bukan untuk menyerang Pak Lah atau mana-mana pihak; tetapi lebih berkongsi hasrat baik mahasiswa dalam soal kepentingan generasi muda. Selebihnya, terpulanglah kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), juga parti-parti alternatif untuk menerima keberadaan kami ini," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, ujarnya, jika benar PAS mahu bertanding di Parlimen Kepala Batas, PMN mencadangkan PAS menilai semula keputusan pencalonan parti tersebut di sana.

"Ini adalah kerana PMN berhasrat untuk bersaing dengan bekas Perdana Menteri Malaysia; juga Pengerusi OIC ini secara 'satu lawan satu'. Jika PAS tetap meneruskan niat untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas tersebut, sedarlah kami; seluruh mahasiswa dan generasi muda bahawa PAS juga dalam beberapa pertimbangan tidak prihatin terhadap perjuangan generasi muda dewasa ini," katanya.

Menyentuh soal 'care taker government', atau kerajaan sementara, PMN meminta Abdullah agar lebih bersikap jujur dalam tempoh ini.

"Sepatutnya Abdullah tidak boleh tampil dalam masyarakat atau media massa sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana Parlimen telah dibubarkan pada 13 Februari lalu. Penampilan tersebut bertentangan dengan prinsip demokrasi dan konsep pilihanraya," tegasnya.

Tegasnya, beliau hendaklah ditonjolkan sebagai Pengerusi Barisan Nasional atau Presiden Umno.

"Namun, harus dinyatakan di sini bahawa lawan Abdullah juga bukan bekas Perdana Menteri Malaysia atau representasi OIC melainkan hanya seorang aktivis mahasiswa Malaysia.

"Jika beliau tetap dengan representasi 'Perdana Menteri Malaysia' dalam tempoh 'care-taker government' ini, bermakna Pak Lah tidak menghormati lunas demokrasi di Malaysia," ujarnya lagi.

Tambah Azlan lagi, pertandingan mahasiswa dengan Bekas Perdana Menteri Malaysia ini adalah salah satu isyarat yang sangat jelas bahawa Malaysia seharusnya berfikir tentang keputusan nekad PMN untuk bertanding dengan Abdullah.

"Di Mana ada Pak Lah, di situ ada Mahasiswa!" katanya.

Selain itu, katanya lagi pilihanraya Umum Ke-12 adalah masa terbaik bagi PMN untuk menyampaikan hasrat Mahasiswa dan generasi muda di Malaysia.

"Kami berharap representasi mahasiswa di Parlimen Kepala Batas ini sekurang-kurangnya dinilai sebagai tindakan protes kami dengan sistem demokrasi Malaysia. PMN tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak baik kepemimpinan Barisan Nasional khususnya Abdullah, atau parti-parti alternatif," katanya.

Jelasnya,PMN hanya mahu memulihkan demokrasi Malaysia. Apa yang pasti, PMN akan terjun dalam masyarakat dan sistem demokrasi Malaysia melalui pertandingan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia. - mks.

-Apa reaksi antum semua?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-08 15:14


poie lah abeh kan final exam dulu...kang exam kemana, parti kemana. kut2 lah kalau menang 24jam org minta tolong.kata wakil rakyat kan? kang etrganggu pula stady...uhuk

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-02-08 20:38


bila dah bertanding konpemlah kena buang unversiti wahai incik akasia. takkanlah pmn vs pas vs bn. ni sudah jadi pelik. silap-silap; dap dengan keadilan pun lawan sama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

akasia
WARGA SETIA
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-02-08 09:52


bukan kena buang lah..... kalau org yang bekerja pun kena berhenti baru boleh pergi penamaan calon... kalau menang alhamdulillah, kalau kalah..uhuk3.... bia lah kena buang U pun... koba pandai... xpenting dah ilmu... yang ponting dapek cetak muko kacak dan comel kek poster2..ilmu tu penting...lotak lah kek memano U terbaik, xdo ilmu tak boleh do....

Bookmark and Share

    


  Member Information For akasiaProfil   Hantar PM kepada akasia   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-02-08 12:35


Pada 14-02-08 16:32 , azemi posting:

!!! QUOTE !!!

Sokong!!!..Dengan parti ini diharap mahasiswa boleh bersuara dengan lebih lantang menegur kerajaan. Bukan sahaja menegur, mahasiswa boleh menyampaikan pandangan dari perspektif mahasiswa sebagai 'orang muda' yang bakal menerajui kepimpinan negara..




betul tu. ;-)


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 02:54


Pada 12-02-08 10:01 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!



bagi mereka peluang untuk bertanding.jangan kita pandang sebelah mata saja.kalau di indonesia dengan KUASA PELAJAR boleh JATUHKAN kerajaan arwah Suharto.waktu macam ni lah mereka patut terlibat dalam politik.



Tapi kan che din (rashdin), di Indonesia mahasiswa tak jatuhkan Suharto melalui penubuhan partai mahasiswa. Bahkan bukan jalan demokrasi yang ditempuh. Ini menunjukkan bahawa masih terdapat jalan lain selain demokrasi untuk berjaya...

Malang sekali, setelah berjaya menjatuhkan Suharto, mereka tidak tampil dengan penyelesaian yang konkrit, akhirnya yang bertukar hanyalah wajah-wajah pemimpin sahaja. Keadaannya tetap tidak menjadi lebih baik... Sebab tu tidak hairanlah seruan kepada Khilafah semakin kuat berkumandang...

Umat Islam di Indonesia telah melalui keperitan, sebab itu mereka lebih cenderung untuk bangkit. Kita di Malaysia ini mungkin terlalu 'dimanjakan' sehingga ada yang menjadi malas untuk bangkit. Ada juga yang nak bangkit, tapi tak menempuh jalan yang benar...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-02-08 02:58


Pada 17-02-08 14:52 , Al-Mashoori posting:

!!! QUOTE !!!

-Ni perkembagan terbaru PMN.

PMN akan hantar calon ke Kepala Batas
Intan Abdullah
Sun | Feb 17, 08 | 1:32:50 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Parti Mahasiswa Negara (PMN) akan tetap menghantar calon di Parlimen P041 Kepala Batas walaupun mendengar khabar angin bahawa PAS akan bertanding di sana.

Menurut satu kenyataannya kepada Harakahdaily, Presiden PMN, Azlan Zainal berkata pertimbangan mereka sangat jelas yakni mahu mengetengahkan isu kepentingan generasi muda dalam masyarakat sempena pilihan raya umum ke-12 ini.

"Pada hemat kami, pendekatan kita juga bukan untuk menyerang Pak Lah atau mana-mana pihak; tetapi lebih berkongsi hasrat baik mahasiswa dalam soal kepentingan generasi muda. Selebihnya, terpulanglah kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), juga parti-parti alternatif untuk menerima keberadaan kami ini," ujarnya dalam kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, ujarnya, jika benar PAS mahu bertanding di Parlimen Kepala Batas, PMN mencadangkan PAS menilai semula keputusan pencalonan parti tersebut di sana.

"Ini adalah kerana PMN berhasrat untuk bersaing dengan bekas Perdana Menteri Malaysia; juga Pengerusi OIC ini secara 'satu lawan satu'. Jika PAS tetap meneruskan niat untuk bertanding di Parlimen Kepala Batas tersebut, sedarlah kami; seluruh mahasiswa dan generasi muda bahawa PAS juga dalam beberapa pertimbangan tidak prihatin terhadap perjuangan generasi muda dewasa ini," katanya.

Menyentuh soal 'care taker government', atau kerajaan sementara, PMN meminta Abdullah agar lebih bersikap jujur dalam tempoh ini.

"Sepatutnya Abdullah tidak boleh tampil dalam masyarakat atau media massa sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana Parlimen telah dibubarkan pada 13 Februari lalu. Penampilan tersebut bertentangan dengan prinsip demokrasi dan konsep pilihanraya," tegasnya.

Tegasnya, beliau hendaklah ditonjolkan sebagai Pengerusi Barisan Nasional atau Presiden Umno.

"Namun, harus dinyatakan di sini bahawa lawan Abdullah juga bukan bekas Perdana Menteri Malaysia atau representasi OIC melainkan hanya seorang aktivis mahasiswa Malaysia.

"Jika beliau tetap dengan representasi 'Perdana Menteri Malaysia' dalam tempoh 'care-taker government' ini, bermakna Pak Lah tidak menghormati lunas demokrasi di Malaysia," ujarnya lagi.

Tambah Azlan lagi, pertandingan mahasiswa dengan Bekas Perdana Menteri Malaysia ini adalah salah satu isyarat yang sangat jelas bahawa Malaysia seharusnya berfikir tentang keputusan nekad PMN untuk bertanding dengan Abdullah.

"Di Mana ada Pak Lah, di situ ada Mahasiswa!" katanya.

Selain itu, katanya lagi pilihanraya Umum Ke-12 adalah masa terbaik bagi PMN untuk menyampaikan hasrat Mahasiswa dan generasi muda di Malaysia.

"Kami berharap representasi mahasiswa di Parlimen Kepala Batas ini sekurang-kurangnya dinilai sebagai tindakan protes kami dengan sistem demokrasi Malaysia. PMN tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak baik kepemimpinan Barisan Nasional khususnya Abdullah, atau parti-parti alternatif," katanya.

Jelasnya,PMN hanya mahu memulihkan demokrasi Malaysia. Apa yang pasti, PMN akan terjun dalam masyarakat dan sistem demokrasi Malaysia melalui pertandingan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia. - mks.

-Apa reaksi antum semua?


Tentulah saya akan menentang. Saya bersungguh-sungguh nak menghapuskan sistem kufur ini dan menggantikannya dengan sistem Islam... Jadi kalau ada yang nak meneruskannya, bahkan nak "memulihkan demokrasi Malaysia", tentulah saya akan menolaknya...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.160806 saat. Lajunya....