Nokia N82... Tampak ringkas tetapi menawan. Pengguna yang obses dan mengimpikan telefon bimbit yang lebih berkualiti, unik dan boleh digunakan walau di mana mereka berada kini mampu merealisasikan impian tersebut.
Nokia N82, model terbaru telefon bimbit yang menawarkan pengalaman fotografi yang unik dengan penghasilan imej dan rakaman video berkualiti tinggi kepada pengguna, kini berada di pasaran.
Model yang bercirikan komputer multimedia terkini itu dipercayai dapat menepati kehendak pengguna dari segi navigasi, akses Internet dan pengunaan kamera secara optimum.
Pengarah Pengurusan Nokia (Malaysia), Andrew Cheong berkata, ini merupakan satu perkembangan baik kerana kehadiran model yang menggabungkan kemudahan melayari Internet dan kamera terbina dalam Sistem Kedudukan Global (GPS) yang menjanjikan pengalaman baru kepada pengguna.
“Kebolehan merakamkan imej dengan baik secara tidak langsung memastikan pengguna menimba pengalaman berharga dan tidak dapat dilupakan,’’ katanya.
Berteraskan dengan kamera 5 megapiksel, ia turut hadir dengan bantuan flash Xenon dan ditambah lagi prestasinya dengan lensa terkemuka jenis Carl Zeiss yang mampu menghasilkan imej setanding dengan kamera digital.
Sehubungan itu, pengguna juga berpeluang untuk merasai keunikan kamera aktif pantas, fokus automatik serta merakamkan imej secara terang walaupun merakamkan objek di bawah sinaran cahaya yang minimum.
Model yang didatangkan dengan slot kad mikroSD berkapasiti memori 2GB membolehkan pengguna menyimpan sehingga 900 gambar beresolusi tinggi ataupun 84 minit untuk rakaman video berkualiti tinggi.
Selain itu, dengan fungsi sambungan pantas Wi-Fi ia juga membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video serta memuat turun fail dari Internet semudah dengan satu klik.
Paparan multimedia 3D berserta pacuan sensor pada skrin mempaparkan pertukaran imej secara automatik mengikut pergerakan telefon secara melintang mahu pun menegak.
Kini Nokia N82 boleh didapati pada harga RM2,499.
Maklumat lengkap spesifikasi boleh didapati di www.nseries.
com/n82.
Rangkaian: HSDPA /GSM 850 /900/ 1800/ 1900
Dimensi: 112 tak 50.2 tak 17.3 mm.
Berat: 144 gram
Paparan: TFT, 16 warna.( saiz 240 tak 320 piksel, 2.4 inci
Nada Dering: Polifonik, Monofonik, dan MP3
Kamera: 5 megapiksel, 2592 tak 1944 piksel, lensa Carl Zeiss, Xenon Flash.
Kamera video: Fungsi penerima GPS, sensor pergerakan (putaran auto)
Masa bercakap: Sehingga empat jam 20 minit.
Masa menunggu: Sehingga 225 jam