Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: pekembangan sains dalam alquran


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» pekembangan sains dalam alquran

Please Mendaftar To Post


Oleh pekembangan sains dalam alquran

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-08 10:17


Cetusan saintis Islam
‱    Author: nurjeehan
‱    Filed under: Tokoh, Ilmu
Sunday
Jan 14,2007

Oleh Hafizah Iszahanid dan Nasron Sira Rahim
Rahsia ilmu sains, teknologi dinyatakan dalam al-Quran terus dibongkar

“BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekian makhluk. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah; yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya,” (al-Alaq: 1 hingga 5).
Dimulakan dengan wahyu pertama daripada Al-Quran itu, dunia Jahiliyah yang menggambarkan kemunduran tamadun manusia dari segi sains, teknologi dan intelektual sekitar zaman Rasulullah SAW terus dipacu menuju ke puncak pencapaian.
Berdasarkan teori dan asas pengetahuan pelbagai bidang yang termaktub dalam al-Quran, kajian demi kajian dipelopori umat Islam mewujudkan satu tamadun gemilang dari sudut ilmu, khususnya sains dan teknologi.
Ketika al-Quran diturunkan, pelbagai fakta di dalamnya jelas masih asing di kalangan manusia ketika itu.
Tiada siapa mengetahui hakikat kehidupan seperti tertera dalam al-Quran antaranya cakerawala bergerak secara terapung (Yaasiin: 40), bumi bergerak (An-Naml: 88), pokok menghasilkan bahan bakar (Yaasiin: 80), atom adalah benda terkecil (Yunus: 61) dan semakin tinggi semakin sukar bernafas (Al-An’aam: 125).
Berbekalkan maklumat daripada kalam Allah itu, umat Islam mula meneroka ilmu sains dan kegemilangannya memuncak pada adab ketujuh apabila umat Islam menunjukkan kecenderungan dan minat mengkaji serta mempelajari pelbagai pengetahuan.
Menjelang pertengahan abad kesembilan, ilmu pengetahuan yang semakin berkembang membuktikan fakta sains dibawa al-Quran adalah benar dan ilmu dalam kitab itu mendahului zaman ia diturunkan.
Ia sekali gus membuktikan kitab itu sememangnya diturunkan Allah SWT dan menafikan dakwaan ia ciptaan manusia.
Kebenaran fakta al-Quran semakin meyakinkan dan pelbagai rahsia kitab suci itu terus digali sehingga kegemilangan sains terus disingkap dalam tamadun Islam menerusi perkembangan ilmu dan penciptaan teknologi.
Muncullah nama-nama besar ilmuwan dan saintis Islam seperti Ibnu Haitham (sains optik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredaran darah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi (matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah).
Malah, ramai tidak mengetahui ilmuwan Islam mendahului saintis Barat dalam penemuan pelbagai teori, seperti penerokaan awal Ibnu Haitham mengenai hakikat graviti jauh lebih awal sebelum ia dijadikan teori oleh Isaac Newton.
Hal sama ditemui menerusi konsep penerbangan seperti diperjelaskan Ibnu Firnas dan kemudian diadaptasi Wilbur Wright dan Oliver Wright. Abbas ibn Firnas saja sudah meneroka kajian cakerawala kira-kira 600 tahun sebelum Leonardo da Vinci melakukannya.
Perkembangan ilmu menzahirkan pelbagai ciptaan teknologi dan inovasi. Cendekiawan Islam menghasilkan serbuk salpetre sebagai ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan untuk memisahkan bendasing dalam campuran cecair.
Balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijiran termasuk kereta perisai turut dihasilkan saintis Islam ketika itu.
Malangnya, pengembangan ilmu dan kegemilangan Tamadun Islam itu tidak dapat diteruskan, seolah-olah usaha itu seumpama api yang kehabisan minyak, semakin lama semakin malap bermula ketika berakhirnya Kerajaan Abbasiyah. Pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang ketika berlakunya Perang Salib.
Masyarakat Barat yang suatu ketika dulu turut menggali ilmu hasil cernaan cendekiawan Islam sebaliknya mula mengambil alih peranan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Malah, seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendekiawan Islam, Barat menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, Al-Biruni (Alberuni), Al-Battani (Albetagnius), Ibnu Haitham (Alhazen), Al-Kindi (Alkindus) dan Ibnu Rushd (Averroes). Sehingga kini, tidak dapat dinafikan kajian dan pengembangan ilmu pengetahuan tidak lagi didominasi umat Islam. Kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang, ia sekadar mampu dibanggakan pencapaiannya.
Dengan pengaruh besar dan strategi yang tidak dinafikan berkesan, manusia termasuk umat Islam kini lebih mengenali ilmuwan Barat dalam pelbagai bidang; Issac Newton lebih dikenali daripada Ibnu Haitam dan Wright bersaudara lebih dikenali daripada Ibnu Firnas.
Bagaimanapun, kegemilangan Islam menguasai ilmu ingin terus diabadikan. Saintis Islam, Dr Fuat Sezgin menjejak, mengumpul dan mengembalikan khazanah ilmu hasil Tamadun Islam yang ‘hilang’ menerusi penubuhan Institut Sejarah Sains Islam-Arab di Frankfurt di Johann Wolfgang Goethe Universiti, Frankfurt, Jerman pada 1982.
Sebahagian khazanah sains Islam yang dikumpul penyelidik itu akan dipamerkan menerusi ‘Pameran Sains Islam Mendahului Zaman’ anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai esok hingga 14 Januari ini.
Sebanyak 150 artifak dan hasil penemuan sains serta penerokaan umat Islam dalam bidang matematik, kesenian dan seni bina; penciptaan dan penemuan perubatan astronomi, pengembaraan dan geografi serta teknologi akan dipamerkan selama seminggu di KLCC dan dua bulan setengah di Pusat Sains Negara untuk dihayati bersama generasi hari ini.
Pameran julung kali bermatlamat mencetuskan kembali kesedaran pentingnya mengkaji dan menerokai sains dan teknologi seterusnya membangkitkan semangat generasi muda meneruskan kesinambungan ilmuwan Islam terdahulu.
Ia juga bertujuan menyedarkan semua pihak bahawa ilmu agama dan ilmu pengetahuan perlu diseimbangkan seperti diamalkan ilmuwan Islam terdahulu yang bukan sekadar mendalami agama, sains dan kesusasteraan, malah mencipta peralatan dengan fungsi melangkaui zaman.
Lebih penting, pencernaan ilmu pengetahuan akan mengembalikan kesedaran manusia kepada hakikat ciptaan alam seperti difirmankan Allah SWT: “(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka’,” (Ali Imran: 191).

di sini juga kami promosi buku ensiklopedia kami

Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam al-Quran merupakan ensiklopedia yang perlu dimiliki oleh golongan. Di zaman sains teknologi yang serba canggih masa kini serta dipelopori oleh Negara Barat, tidak ramai yang menyedari bahawa Islam dan Sains mempunyai perkaitan yang amat rapat. Fenomena Sains ini sebenarnya telah termaktub di dalam ayat-ayat al-Quran yang menjadi kitab junjungan.


Ensiklopedia ini sesuai dimiliki oleh semua golongan yang mempunyai minat tentang ilmu pengetahuan dan sebagai sumber rujukan yang efisyen tentang sains yang termaktub di dalam al-Quran.

Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim diterbitkan khas untuk anak-anak yang berumur 6 sehingga 15 tahun untuk membantu anak-anak memahami Islam secara menyeluruh. Isi kandungan yang ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah menjadikan ensiklopedia ini bahan rujukan yang amat berguna dalam menyampaikan ajaran Islam kepada anak-anak.

Penggunaan ilustrasi yang menarik serta gaya penulisan yang mudah difahami, membantu anak-anak memahami isi kandungan ensiklopedia ini dan mampu menarik minat membaca anak-anak.

Kesempurnaan Solat memaparkan segala hal yang menerangkan tentang solat dari mula mengambil wudhuk sehinggalah solat fardu itu dilaksanakan. Malah pedoman dan bimbingan bukan hanya untuk orang yang baru mempelajari solat juga untuk seseorang mencapai kesempurnaan dalam solat. Di samping solat wajib, buku ini juga mengandungi panduan lengkap pelbagai solat sunat serta doa-doa bagi menyempurnakan solat.


Ia diterbitkan khusus untuk menjawab segala persoalan mengenai bersuci dan solat yang sempurna bagi meningkatkan ibadah kepada Allah S.W.T. Ia menjadi rujukan yang sesuai bagi masyarakat Islam untuk dijadikan satu ilmu yang boleh dikongsi bersama. Ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau diwakafkan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

zatil_alwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2007
Ahli No: 31993
Posting: 206
Dari: kuala selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-08 12:27


proses kejadian manusia

Qiyamah Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

Bookmark and Share

    


  Member Information For zatil_alwaniProfil   Hantar PM kepada zatil_alwani   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-08 14:04


Alhamdulillah,

Sebahagian khazanah sains Islam yang dikumpul penyelidik itu akan dipamerkan menerusi ‘Pameran Sains Islam Mendahului Zaman’ anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mulai esok hingga 14 Januari ini.

Sumber ini dipetik daripada blog NurJeehan ya..?
Pameran tersebut saya sudah pergi bulan Januari tahun lepas di KLCC Convensyen Centre. Tak tahu kalau pameran akan dibuat lagi tahun ini.

Pamerannya memang menarik dan mungkin sukar dijangka dek akal.. Contohnya ciptaan mesin pengisar bergerak menggunakan kuasa air.. Kalau sekali imbas, macam biasa kita lihat di TV mesin pengisar atau kincir angin seperti negara Eropah. Subhanallah..

Sayangnya pameran tersebut tak benarkan bawa kamera masuk..


Salam ukhwah,
-- Muddathsir

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 19-01-08 15:37


Assalamualaikum
the article posted yesterday hav been misunderstand as the exhibition is going to run this year...huhu...
well..it's still a good information and knowledge..but..better to be..if you edit the article first....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117541 saat. Lajunya....