Oleh |
bagaimana dengan hobi mbaca? |
umar_khalil
WARGA SETIA Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32313
Posting: 1204
|
Posting pada: 17-01-08 09:52
Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam al-Quran merupakan ensiklopedia yang perlu dimiliki oleh golongan. Di zaman sains teknologi yang serba canggih masa kini serta dipelopori oleh Negara Barat, tidak ramai yang menyedari bahawa Islam dan Sains mempunyai perkaitan yang amat rapat. Fenomena Sains ini sebenarnya telah termaktub di dalam ayat-ayat al-Quran yang menjadi kitab junjungan. Ensiklopedia ini sesuai dimiliki oleh semua golongan yang mempunyai minat tentang ilmu pengetahuan dan sebagai sumber rujukan yang efisyen tentang sains yang termaktub di dalam al-Quran. Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim diterbitkan khas untuk anak-anak yang berumur 6 sehingga 15 tahun untuk membantu anak-anak memahami Islam secara menyeluruh. Isi kandungan yang ditulis berdasarkan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah dan Menengah menjadikan ensiklopedia ini bahan rujukan yang amat berguna dalam menyampaikan ajaran Islam kepada anak-anak. Penggunaan ilustrasi yang menarik serta gaya penulisan yang mudah difahami, membantu anak-anak memahami isi kandungan ensiklopedia ini dan mampu menarik minat membaca anak-anak. Kesempurnaan Solat memaparkan segala hal yang menerangkan tentang solat dari mula mengambil wudhuk sehinggalah solat fardu itu dilaksanakan. Malah pedoman dan bimbingan bukan hanya untuk orang yang baru mempelajari solat juga untuk seseorang mencapai kesempurnaan dalam solat. Di samping solat wajib, buku ini juga mengandungi panduan lengkap pelbagai solat sunat serta doa-doa bagi menyempurnakan solat. Ia diterbitkan khusus untuk menjawab segala persoalan mengenai bersuci dan solat yang sempurna bagi meningkatkan ibadah kepada Allah S.W.T. Ia menjadi rujukan yang sesuai bagi masyarakat Islam untuk dijadikan satu ilmu yang boleh dikongsi bersama. Ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah atau diwakafkan.
|
hudahaida
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.01.2008 Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia
|
Posting pada: 19-01-08 20:23
setiap daripada kita patut memilikinya..bukan untuk kanak-kanak saja,tapi sesuai untuk semua peringkat umur..boleh lah tambah2 kan ilmu di dada. bagus..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 21-01-08 21:15
teman pun minat membaca. azam teman, teman nak beli ensiklopedia tu. tengok lah bila
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 21-01-08 21:51
berapa ratus ringgit ye satu set ensikopledia? dah ada anak nanti, wajib beli... -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 21-01-08 21:51
rege dia seribu lebih. ada 10 jilid....
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 21-01-08 22:18
ummu pun mengidamkan ensiklopedia tu..rminat sangat masa p book fair taun lepas..tapi apakan daya..tak mampu...mahal..nanti lah..suatu masa..pasti..cewah!!
|
transmissionline
WARGA SETIA Menyertai: 05.08.2005 Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 22-01-08 07:12
maaf .. rasanya tajuk topik ni kurang sesuai .. ingatkan tadi nak bincang pasal isu membaca sebagai hobi tapi tengok ada hebahan tentang sebuah ensiklopedia ...
|