Oleh |
Jangan Lupa Bapa Anda |
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 16-01-08 13:41
Salam kepada semua, System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik. Aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis. Semalam. Aku stay back macam biasa untuk habiskan kerja. tengah duduk lepak-lepak berhenti rehat sekejap, datang seorang pak gad ini. Indian age dalam 50+ tapi still kuat sebab dia dulu secret service untuk kerajaan Sarawak. Body guard aa kira. Dia pun maybe tengah boring sebab kami mereka saja yang ada kat floor ini. Dia datang borak - and aku layan lah macam biasa. Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. Kenapa pula ini?) Then aku cakap lah, adalah sikit-sikit lepas untuk diri sendiri and family. (takut juga dia nak pow ke or minta duit ke...) Then dia tanya, ada bagi kat mak aku budak.. aku kata lah ada... bapak? (aku diam kejap sebab aku memang tak beri kat bapak aku - aku only beri kat mak aku and assuming dia sebagai finance minister akan distribute lah duit-duit tu ke mana-mana channel yang sepatutnya). Then dia tanya lagi. Aku pun slowwwww saja jawab... tak. Dia pun cakap Kenapa tak and aku pun explain lah why. Then dia cerita, "u tau ka, bila u beri sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka... Saya sebagai bapak aaa, bila anak beri saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain." aku pun dengar saja lah... then mata dia berair... Dia kata bila anak dia beri duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!" Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pun aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam lah..." Aku pun teros tingat kat bapak aku. Though dia masih ada and still makan duit pencen. Aku terpikir yang aku tak pernah beri duit direk kat dia. Dan tiba-tiba aku pun sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu beri duit kat aku masa aku belajar. sekarang aku dah kerja dan dia tak, Kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia. Aku rasa yang aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak! Gad tu tengok kat mata aku and cakap "u beri u punya mak, lain cerita. tapi kalau u beri u punya bapak wang aaa.. dia mesti rasa happy. Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis. Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tidur. U ada wang, u beri lah sama u punya bapak direk. Nanti u tengok apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 sudah cukup." Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sebab tingat kan kesilapan aku dan gembira sebab aku dapat dua pengajaran dekat sinih. yang pertama, walau siapa pun kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita. Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna. Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pun tidak mengapa. Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenohnya. Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya. Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin.
|
arebie
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.03.2006 Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl
|
Posting pada: 16-01-08 13:46
mm cuba jadi anak yang tak berat sebelah.. maybe da ada income sdiri selepas ini nak pastikan kedua-duanya nya dapat bahagian..insyaAllah
|
nur_namia
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.12.2005 Ahli No: 21203
Posting: 193
Dari: n9
|
Posting pada: 16-01-08 13:47
betul lah..most of us bagi mak saja kan...tak pernah nak direct bagi ayah kita kan...oleh itu mula dr sekarang bagi lah juga kat ayah k...dan jangan pulak lupa kat mak kita k...
|
nafisah
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban
|
Posting pada: 16-01-08 14:26
Alhamdulillah, setiap bulan saya akan bagi sama rata pada mak abah. kadang-kadang saya bagi abah lebih sebab saya tahu, dia banyak belanja untuk keperluan rumah. nak beli lauk pauk lagi, bayar duit rumah lagi, kereta,... so, tak salah saya nak ringankan beban dia dengan bagi lebih sikit pada dia
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 16-01-08 14:36
sedih pula bila terbaca cerita hafeezul ni... Baguih... Teringat pula kat abah wlp dah 10 tahun xjumpe.... -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
alawiyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24416
Posting: 122
Dari: melaka
|
Posting pada: 16-01-08 14:41
sedih lah... kenapa yekh...ayah mesti di lupakan....
|
strawberri
Warga 5 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur
|
Posting pada: 16-01-08 14:45
betul lah..saya insaf.. saya pun tak pernah bagi duit kat abah tiap-tiap bulan bagi kat mak saja.. terima kasih en hafeezzul
|
nique_hanna
Warga 3 Bintang Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.
|
Posting pada: 16-01-08 15:23
salam..... hm...dulu-dulu...cita-cita saya besar...dapat gaji 1st nak bagi ayah rasa duit itu..nak tengok dia senyum....  ...nak belikan barang-barang yang dia suka..& teringin nak dapat tapi tak pernah dapat...( sebab saya anak ayah...  ) tapi sekarang.......tak boleh nak buat... 3tahun lepas ayah meninggal..& saya xsempat nak beri semua itu.. so.....untuk semua yang still ada ayah itu...bahagiakan lah dia selagi ada kesempatan.... al-fatihah buat allahyarham ayahanda tersayang.. Abdullah b. Abd.Hamid.. ----------------- 'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 16-01-08 15:26
saya masih ada ayah....hmm...terasa jugak..kengkadang rasa macam tak menghargai.....
|
simple_NAH
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2006 Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam
|
Posting pada: 16-01-08 15:36
saya pun bagi kat mak saja tiap-tiap bulan dengan anggapan yang sama seperti hafeezul...bila baca topik ni timbul rasa ragu pula, andai kata perasaan ayah saya same macam uncle tu... ?????????????
|
najwa_adila
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.07.2005 Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah
|
Posting pada: 16-01-08 16:17
Pada 16-01-08 15:36 , simple_NAH posting:!!! QUOTE !!! saya pun bagi kat mak saja tiap-tiap bulan dengan anggapan yang sama seperti hafeezul...bila baca topik ni timbul rasa ragu pula, andai kata perasaan ayah saya same macam uncle tu...
????????????? tak banyak..sikit pasti sama..sebab abang saya dulu pun pernah pesan begitu..kisahnya lebih kurang sama..dulu dia sebagai anak, sekarang dia da jadi ayah kepada seorang anak kecil..dia kata da jadi ayah ni baru tau bagaimana prasaan seorang ayah..nko nanti da kerja jangan lupa bagi duit kat bapa juga..mesti dia rasa gembira.. so saya branggapan, sedikitr sbnyk perasan mereka yang bgelar ayah ni sama..macam ibu juga..cuma saya pula tak sempat nak berbakti pada ayah...dia da pergi mgadap Ilahi bbrapa tahun sebelum saya bekerja..doakan saja lah ----------------- Tiada Aku Tanpa-Mu...
|
sofya
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.06.2007 Ahli No: 30381
Posting: 156
Dari: kedah
|
Posting pada: 16-01-08 20:42
rindunya dengan arwah ayah... kami adik beradik rasa terkilan sebab arwah ayah tak sempat nak merasa sedikit hasil daripada pengorbanannya terhadap kami...terlalu banyak pengorbanannya untuk kehidupan anak2..
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 16-01-08 21:31
Pada 16-01-08 15:36 , simple_NAH posting:!!! QUOTE !!! saya pun bagi kat mak saja tiap-tiap bulan dengan anggapan yang sama seperti hafeezul...bila baca topik ni timbul rasa ragu pula, andai kata perasaan ayah saya same macam uncle tu...
????????????? Pls take noticed that this topic is 'copy and paste'. So definately i'm not the author. It is belong to someone whom I didn't know. For those who have the sensitivity,feel free to absorb this articel into your heart. ---------------------------------------- Sharing is Caring
|
wardiah_alwani
Warga 5 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu
|
Posting pada: 17-01-08 06:14
insya allah..akan dtang kalau dah ada income sendiri...mesti beri kat abah dulu...
|
simple_NAH
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2006 Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam
|
Posting pada: 17-01-08 08:44
Posting pada: 16-01-08 21:31 Pls take noticed that this topic is 'copy and paste'. So definately i'm not the author. It is belong to someone whom I didn't know. For those who have the sensitivity,feel free to absorb this articel into your heart. ---------------------------------------- Sharing is Caring actually...thankz 4 that valuable article
|
Nadiena
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.05.2007 Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL
|
Posting pada: 17-01-08 08:47
Teringat masa first time dapat gaji pertama,saya bagi duit kat mak dan juga ayah,saya rasa seronak dapat bagi kepada mereka walaupun sedikit... Apa yang saya rasa terharu sangat ialah, apabila ayah saya telah pergi untuk selamanya april last year..then one day saya dan mak kemas2 barang arwah ayah..saya jumpa satu kertas yang telah terlipas cantik dalam brifcase ayah, saya buka kertas itu rupanya ayah saya potostet duit not 100 , saya tanya mak, Kenapa ayah fotestet duit ini...mak kata duit yang ayah potostet itulah duit pertama yang saya beri kat ayah dari first gaji saya dulu (lebih kurang 10 tahun yang lalu)..ayah saya simpan untuk kenangan dia.. Tapi sekarang..duit kertas potostet ayah itu jadi kenangan saya yang paling mengharukan sampai sekarang...YA Allah, Tabah hatiku..sesungguhnya aku terlalu sayangkan ayah...
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 17-01-08 09:12
memang selalu bagi kat mak tiap-tiap bulan..sebab mak yang akan beli keperluan kat rumah. bagi kat abah masa raya saja rsnye.. tapi kalau balik kg, memang akan kuarkan duit beli barang untuk abah..tak pun kalau suruh abah beli barang dan duit tu banyak lebih, memang tak minta..akan bagi terus kat abah.Terpikir pulak bila hafeezel kata begitu, InsyaAllah akan bagi kat abah jugak lepas-lepas ni.
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 04-02-08 09:01
ditujukan khas untuk ayah atikah dan sesiapa yang bergelar ayah atau bakal menjadi ayah... untuk anak ayah pun boleh juga... Sentuhanmu Terpanar aku pada sentuhan keramatmu Mengheret aku mentafsir memori silammu Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu Surut dedarku pada usapan manteramu Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu Oh ayah, Tak pernah ku tanya Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah, Tak pernah ku hitung Berapa banyak kerutan di dahimu Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak apalagi memaksa diriku Aku terlorong bukan terdesak apalagi rasa terderaTak terkuis dugaan menduga Apalagi takdir yang menerpa Aku mengharap bukan menolak Apalagi cuba melupa Lestari kasihmu tanpa batasan Sempadan waktu yang memisahkan Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa Sentuhanmu amat bermakna.. -----------------
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 13-02-08 20:33
dua-dua berharga buat kita..tak ada mak,tak ada ayah maknanya tak ada lah kita kat dunia ni.. mak melahirkan,jaga kita..ayah keluar cari rezeki bagi kita makan,bagi kita sekolah,duet belanja dan sebagainya.. so hargailah kedua duanya selagi downg ada.. ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 13-02-08 21:07
hmm sedihnya bila baca topik ini.teringat pada arwah ayah ana yang mnggal sebab kemalangan pada tahun 2005.ana bakal grad tahun ini tapi arwah ayah tak ada untuk saksikan kejayaan ana.huhu.apa-apa pun ana akan truskn berjuang dalam bidang yang ana minati sebab arwah ayah yang bagi sokongan selama ini.bagi yang masih punya ayah hargailah masa2 yang anda ada bersamanya kerana kita tak tahu bila lagi waktu yang kita ada untuk bersama dgnnnya lagi...
|
agmnhob
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2007 Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 31-03-08 01:39
insyaallah yang mana dah pergi tu akan bersua kembali selamanya di akhirat KELAK.. doa-doalah... saya pun tak sempat beri gaji pertama pada arwah ayah..sebab dia meninggal waktu saya pmr.. jadi sedekah lah sesuatu JARIAH bagi dia dari kita.... sebagai tanda kasih kita tu.. dan ibu yang masih ada..jangan lupakan... =)
|
srikandi_86
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom
|
Posting pada: 31-03-08 05:03
salam.. huhu..menitis air mata ana baca topic ni..ana belum kerja..xbr pula rasanya nak grad dan bagi gaji pertama ana pada umi dan ayah..rindunya pada mereka (sebab study jauh..huhu)..pada yang jumpa mak ayah selalu tu, hargai peluang anda bersama mereka sebab ajal maut kita tak tahu bila masanya..terima kasih pada akh yang post article ni..jazakallahu khayran~
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 31-03-08 09:05
sedih, sangat cerita hafeezul ni... tapi saya tak ada ayah....
|
nuhan
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2004 Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi
|
Posting pada: 31-03-08 09:10
salam..sedihnya  i just have my father now..everything he did 4 me, deep in my heart, i really appreciate it..tapi sayang,saya jenis kurang mesra dengan ayah..yerla, adik beradik semua perempuan, dengan ayah sendiri pun segan..dahlah tak sempat nak berbakti kat mak.ni tinggal ayah saja..tapi memang selalu dalam hati ni, nak bahagiakan ayah..dah puas dia bersusah payah selama ni..i love u ayah
|
hudahaida
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.01.2008 Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia
|
Posting pada: 31-03-08 09:31
cerita yang bagus..insya allah saya ingat..tak sabar rasa nya nak ada duit sendiri..bukan apa..Sekadar nak tlg2 ringan kan beban ayah yang kerja seorang-seorang...
|
nurussyifa
Warga Rasmi Menyertai: 18.06.2006 Ahli No: 24866
Posting: 15
Dari: kelantan
|
Posting pada: 31-03-08 10:17
tak tahu lah student lagi.... tapi kalau beli hadiah sama saja.... dan insyaAllah kalau dah kerja pun sama.... tapi tengok kepada keperluan parent.... mungkin lebih mungkin kurang....  ----------------- www.bio-asli.com/?id=annsyifa
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 31-03-08 10:32
ummu terkesan dengan cerita nadiena!!! QUOTE !!! saya jumpa satu kertas yang telah terlipas cantik dalam brifcase ayah, saya buka kertas itu rupanya ayah saya potostet duit not 100 , saya tanya mak, Kenapa ayah fotestet duit ini...mak kata duit yang ayah potostet itulah duit pertama yang saya beri kat ayah dari first gaji saya dulu (lebih kurang 10 tahun yang lalu)..ayah saya simpan untuk kenangan dia.. terharunya..rasa nak menitik airmata ni..
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 31-03-08 10:43
teringat last week ayah ana merajuk dengan ana. waduhh...pening jadinya. orang-orang tua memang cepat sensitif. kena jaga hati mereka sebaik yang mungkin...
|
az-zahra
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.10.2003 Ahli No: 4378
Posting: 130
Dari: dari atas pokok
|
Posting pada: 09-04-08 17:51
assalamualaikum... since saya belajar kat u, saya selalu belikan sesuatu untuk ayah dan untuk mak... sejak kerja 2004 saya beri duit asing2 untuk mak dan ayah.. lebih kat ayah sebab dia yang belanja duit rumah.. happy sangat dapat bagi kat mak dan ayah... tapi sekarang ayah dah tak ada... masa tu syawal 1426 H (2005).. saya tak sempat kasi duit raya kat ayah... saya ingat bagi anak2 sedara dulu dan bagi ayah sebelum balik ke jb... takdir Allah, ayah pergi tinggakan kami pada pagi 3 syawal... memang saya terkilan... sekarang saya bagi amount yang sama saya bagi pada ayah dulu dekat mak plus duit untuk dia.. tapi mak tak guna duit saya tu... mak simpan ... guna buat kenduri arwah sesekala dan bayarkan fidyah untuk ayah... dulu masa ayah ada, kalau kakak kasi duit, dia tak guna semua, ayah pergi bayarkan pinjaman jpa kakak... duit saya bagi pula dia simpan sebahagian dan bayar duit muka kereta saya... kami anak2 tak pernah minta dia buat begitu... sepertimana dia pun tak minta kami bagi dia duit... sekarang saya hanya mampu hadiahkan bacaan Quran buat ayah... semoga rohnya dicucuri rahmat...
|
asroal
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.04.2006 Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 10-04-08 11:47
thanq 4 sharing..emmm benda yang selalu kita terlepas pandang..terharu pulak rasa...memang Kalau hadiah pun selalu bagi sama rata saja kat abah and omi...dan duit pot sama,insyaAllah..
|
sabrina_umaira85
Warga Rasmi Menyertai: 10.04.2008 Ahli No: 33168
Posting: 10
Dari: KB-selangor
|
Posting pada: 10-04-08 14:59
bagaimana jika seorang ayah yang terlalu melebihkan kasihnya hanya terhadap anak perempuan..benarkah seorang ayah lebih mengasihi anak perempuan berbanding anak lelaki?selalu dipuji,sehinggakan si anak lelaki terasa dengan perbuatan itu?
|