assalamualaikum..
first time post.haha
pasal kereta ni..apa yang dikatakan sahabat-sahabat sebelum ni benar belaka.kereta baru tu,hentam saja..jangan duduk ngada2 ada pantang2 pula.sapanye istilah lah ni..
unless kalau baru tukr komponen enjin untuk keta2 lama lah.
basically kereta baru/pemandu baru & kereta baru...anda mesti tau banyak perkara mengenai kereta,tapi biasanya anda akan tau melalui pengalaman.
nak kongsi pengalaman saya,yang baru drive dalam setahun dua ni(sebelum ni lenjan kereta parent saja.haha)
1st : kena tau bila nak tukar minyak hitam.cadangan saya,belajar tukar minyak hitam sendiri,dan bagaimana nak tukar oil filter sendiri.pastikan alat2 tersebut disediakan dalam kereta anda/rumah anda.
2 : pastikan jenis apa minyak hitam yang anda/kedai guna untuk tukar.sebelum saya tukar sendiri,biasa pergi kedai saja,tapi bila dah tukar sendiri baru tau,kedai tukar guna minyak hitam yang kurang baik,tapi tampal stiker shell lah apa lah.bila saya beli sendiri minyak hitam,tukar,ket memang rasa smooth,lcin pergerakan,dan sedap nak memotong.hehe
3: pastikan alignment tayar betul,sebab dia akan effect banyak benda dan juga keselematan anda.pastikan angin tayar anda mengiku spesifikasi yang ditetapkan(ikut jenis tayar lah).pastikan sentiasa maintain.kalau tak,akan consume banyak minyak,dan mungkin boleh membahayakan diri jugak.
4 : pastikan berang tayar anda betul,dan pastikan tayar tak botak,bagi pengguna 2nd hand car.kalau tayar botak sikit-sikit,tkpa,untuk kereta proton,tayar depan yang penting,kalau taya belakang tak apa botak sikit-sikit

5 : untuk kereta manual,pastikan anda tau,cara bawa yang baik,gear yang sesuai,dan cara jimat minyak,jugak cara nak memintas kereta depan yang suka bawa lembab macam siput.pantang sungguh aku.:p
6 : cek tengok asap kereta anda,biasanya proton kadang buat problem jugak.untuk keta2 2nd hand,tengok asapnya bila panas enjin pagi2.warna hitam ka putih.kalau asap puti,enjin anda dalam keadaaan baik.kalau hitam semacam saja,banyak pula tu,kemungkinan ada problem dengan kaburator,atau grain bar.(tktau ejaan betul

)
7.jangan bawa terlalu banyak barang dalam kereta,(barang-barang yang tak perlu tinggalkan).ia akan consume banyak minyak lagi.
8 : untuk pengguna kereta proton,pastikan anda tau bagaimana nak repar tingkap auto anda.sebab kereta proton memang terkenal dengan tingkap jatuh,tingkap rosak dbagainya.kalau nak p repair kedai,simple pun kena rm30.
9 :pengguna abru,belajar tukar tayar kereta anda sendiri,test sekurang-kurangnya sekali pun tkpa.
10: pastikan tayar spare anda berfunsi dengan baik.pengalaman saya yang pahit sebab tayar spare problem masa tayar kereta meletup tengah jalan.
11 : pastikan bateri kereta anda berfungsi,tengok setakat air bateri kereta anda.kalau tak cukup,cukupkan dia.beli air bateri kat kedai.
12 :pastikan kereta anda cukup air.sangat-sangat penting.air untuk disalurkan ke bhg penyejuk jugak.kalau tak,boleh rosak cepat lah enjin kereta.
13 : pastikan anda tau kapasiti enjin dan juga enjin jenis apa.mungkin bermanfaat di ketika2 yang tertentu.
14 : kalau stereng rasa macam goyang2 semcm,ketatkan stereng tu.(boleh minta pomen kat kedai buat).
15 : pastikan brek anda sedap ditekan/makan.kalau tak,pergi kedai,cek brek anda,maybe haus or etc.especially 2nd hand car.cek jugak minyak brek,cukp ke tak.
16.cek tengok hand brake anda(untuk 2nd hand car).kalau macam tak berapa melekat tu,kena pergi repair sikit kat kedai lah.
17. pastikan kalau kereta ada problem,masa hantar kat kedai pomen tu,jangan tunjukkan anda macam tktau satu hapa pasal kereta mahupun ejin.tunjuk sikit macam anda ni pandai or at least tau bab-bab kereta supaya chances nak kena kelentong dengan pomen kedai kurang.(pengalaman juga ini).
kawan-kawan lain boleh tolong sambung ek.yang penting,kereta anda pastikan minyak sentiasa ada lah..kalau tkdak,naik basikal ar