Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 221
Ahli: 0
Jumlah: 221




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Sekolah
Topik: Isu yuran, buku teks jangan berulang


Carian Forum

Moderator: Administrator, immad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Sekolah
    »» Isu yuran, buku teks jangan berulang

Please Mendaftar To Post


Oleh Isu yuran, buku teks jangan berulang

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-01-08 15:50


TAHUN 2008 bukan tahun pertama bermulanya sesi persekolahan di negara kita. Persekolahan secara formal telah bermula sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Ia kemudian dimartabatkan menerusi usaha bersungguh-sungguh di pihak kerajaan untuk mengangkat sistem pendidikan di Malaysia.

Penubuhan Kementerian Pelajaran yang kemudian ditukar nama kepada Kementerian Pendidikan dan kembali kepada nama asal bertujuan menjadikan sistem pendidikan lebih terarah.

Kelebihan Malaysia ialah memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya bermula dari peringkat tadika hinggalah ke menengah atas.

Namun tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan ada sedikit kecelaruan dalam melaksanakan matlamat murni kerajaan.

Telah mula ada pihak-pihak yang cuba mencampur-aduk pendidikan dengan unsur-unsur komersial sehingga menimbulkan kekalutan setiap kali bermulanya sesi baru persekolahan.

Ini boleh dilihat misalnya dalam peraturan mewajibkan murid-murid membeli buku kerja kononnya bertujuan memudahkan proses pembelajaran.

Maka didorong oleh semangat untuk melihat anak-anak lulus cemerlang, ibu bapa sanggup mengeluarkan belanja untuk membeli buku-buku tersebut biarpun bilangan anak yang bersekolah adalah ramai.

Hakikatnya, ada guru yang langsung tidak menyentuh buku-buku kerja tersebut. Ada yang menggunakannya tetapi hanya di peringkat awal persekolahan, selepas dari tempoh tersebut buku-buku tulis lebih mendapat tempat menyebabkan pengorbanan ibu bapa membeli buku-buku kerja sia-sia.

Itu belum lagi disentuh tentang buku-buku tulis yang menggunakan logo sekolah dan logo jabatan pendidikan daerah. Ada sekolah yang enggan menggunakan buku berlogokan jabatan sedangkan murid-murid dipaksa membeli buku tersebut. Jadi apa rasional atau logiknya peraturan mewajibkan buku tulis berlogokan jabatan jika tidak kerana wujudnya unsur-unsur komersial di situ.

Sejauh mana buku-buku kerja diperlukan mesti diperjelaskan oleh pihak sekolah supaya ibu bapa boleh merancang perbelanjaan secara bijak dan tidak terjebak dalam sebarang kegiatan pembaziran.

Begitu juga dengan yuran kelas komputer. Ada sekolah yang mengenakan bayaran sehingga RM40, tetapi cuba tanya murid-murid, berapa kalikah dalam setahun mereka diberi peluang menyentuh komputer di sekolah.

Dan adakah semua pelajar diberi peluang tersebut atau hanya pelajar tertentu atau guru-guru sahaja yang memanfaatkan komputer-komputer di sekolah.

Ibu bapa juga mesti dimaklumkan lebih awal perihal yuran tambahan atau yuran bagi perkara-perkara tidak perlu yang amat membebankan terutama bagi ibu bapa yang mempunyai ramai tanggungan.

Bukankah sesi persekolahan berlangsung setiap tahun dan perancangan awal mengenai yuran-yuran yang perlu dibayar boleh dibuat sebaik sekolah mengakhiri sesinya pada Oktober.

Pekeliling mengenainya boleh diedarkan seawal mungkin kepada ibu bapa supaya mereka dapat memberi maklum balas dan tidak mengalami ‘rencatan elektrik’ semasa mendaftarkan anak di sekolah.

Sememangnya beban yang terpaksa dipikul oleh ibu bapa setiap kali bermulanya sesi persekolahan amat tinggi. Menyediakan pakaian seragam, kasut sekolah dan alat tulis yang semuanya adalah satu kemestian yang menuntut belanja bukan sedikit.

Beban tersebut ditambah lagi dengan tindakan pengusaha-pengusaha bas sekolah mengenakan tambang yang tinggi kepada murid-murid yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Trend kalangan pengusaha bas sekolah menetapkan bayaran mengikut zon adakalanya amat tidak adil kepada murid yang tinggal berdekatan tetap terpaksa menggunakan pengangkutan untuk keselamatan.

Begitu juga dengan penjualan makanan di kantin-kantin sekolah yang kini boleh dipersoalkan harganya kerana ia amat keterlaluan dan di luar kemampuan murid-murid.

Sesungguhnya, masih banyak isu yang perlu diselami oleh pihak berwajib apabila kita memperkatakan perihal persekolahan. Isu-isu itu juga menuntut jalan penyelesaian yang cekap dan berkesan supaya ia tidak lagi berkumandang di tahun-tahun mendatang.

Paling penting kita tidak mahu sistem pendidikan di negara kita dibuka luas untuk tujuan-tujuan pengkomersialan yang tiada kaitan dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai landasan pembentukan modal insan cemerlang.

Ibu bapa bukan meminta segala-galanya percuma namun setiap titik peluh mencari ringgit dan sen untuk persekolahan anak-anak mestilah berbaloi dan bukan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089408 saat. Lajunya....