Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 168
Ahli: 0
Jumlah: 168




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 5 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: kenangan mengaji Quran dan solat waktu kecil


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» kenangan mengaji Quran dan solat waktu kecil

Please Mendaftar To Post


Oleh kenangan mengaji Quran dan solat waktu kecil

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 09:50


hmm sukalah tengok budak-budak yang belajar mengaji Quran
suka tengok budak-budak solat..comel2 belaka..
kalau saya berkesempatan masa kecil, mesti saya pun comel :sopan:


kawan saya cerita masa kecil, dia baru belajar solat,
kalau mak dia suruh solat, dia pun solat dalam bilik
tapi sebenarnya dia tak solat pun
dia cuma buat-buat bunyi macam solat..
masa nak turun sujud saja2 buat kaki jatuh supaya mak dia ingat dia solat..
hehe.. mesti kawan-kawan pun ada pengalaman solat masa kecil..
masa kecil kan jajal2 belaka
* jajal = nakal

kongsilah dengan saya yang tak sempat merasa..

dan kalau pergi mengaji Quran tu kan macam dalam cerita
nanti malam2 berlari pulang rumah sebab takut..huhu comel

kongsilah apa-apa pun..siapa yang ajar mengaji?
dengan tok guru? mak? ayah? kakak? abang?
berapa lama habiskan buku iqra?
berapa lama habiskan hanya amma?
huhu mesti bahagia :sopan:


p/s: dah ada ke topik ni? nak tahu juga cerita :cry:
adakah yang sudi..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 11:06


kali terakhir buat topik?...
erm..tak apalah, semoga semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..

banyak juga kenangan waktu mengaji dulu...
masa tu tak ada iqra' lagi...
main hapal saja...
belajar mengaji petang lepas sekolah ...
tapi berebut nak mengaji cepat...sebab nak balik awal nak tengok kartun.. :D
tok guru mengaji pun dah meninggal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 11:32


anis selalu datang awal ngaji sebab nak balik awal.ada sekali tu ter amat lah awal... dah parking quran, anis pun turun main perang2 dengan geng2 yang semua nya lelaki... ehehee,

sekali terleka tgk2 semua org dah balik ngaji, takut nak balik nanti ayah ngamuk, tapi last2 tok guru tu yang bagitahu kat ayah, nasib baik tak kena marah..

tu sekali, lagi satu yang paling anis ingat, masa ngaji tu dah nak 4.30, alamak, 4.30 cerita mero attack... huhuu, untuk nak jugak tengok cerita tu, anis pun gitau kat tok guru, " makteh, mak suruh balik sebelum 4.30 hari ni, mak tak bagi keluar rumah"

heheheh jahatnye anis ini, tok guru tu pun bagi lah balik... hehehehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 11:37


kenangan masa mengaji dulu lebih kurang seperti saudara broshahir..

pondok mengaji belakang rumah saya dan guru mengaji saya adalah tok iman kampung saya. Dari kakak saya yang sulung hingga saya yang bongsu no sebelas ini tok iman ini lah yang ajar mengaji..sebab itulah dia sayang sangat dengan kami adik-beradik..

tapi dua tahun lepas, beliau dah jadi arwah.

dia selalu puji sebab saya adik-beradik rajin mengaji. teringat sangat dengan arwah. bila balik sekolah saja..saya dan kakak saya mesti pergi mengaji. antara yang terawal jugala yang mengaji. penuh satu pondok dengan budak-budak kampung. ukhwah kami dengan kawan-kawan sangat rapat..

saya masa kecik suka mengaji kuat2..iyalah suka kalau ayah mak dengar suara anaknya mengaji..tapi bukan saya seorang sahaja. yang lain-lain pun mengaji kuat2. sambil tunggu giliran tok guru, saya akan ajar budak-budak baru belajar..tapi ada juga saya akan belajar dengan kakak2 yang lain..

masa mula-mula belajar time belum mengenal memang hafal bacaan..tapi sebab itulah sampai sekarang boleh hafal. iyalah masa tu tiap-tiap hari sampai saja akan baca dari surah awal ke surah yang kita sudah alih tu. jadi, memang bacaan tu ingat.

meriah sahaja suasana pondok mengaji. tok guru bukan seorang yang garang tetapi amat lemah lembut. baik sangat, tapi isterinya agak garang. jadi, time tu kalau budak-budak bising berbual-bual (yang tidak mengaji) mesti dia melenting dan kami pecut perut..

semua tu kenangan yang indah.

biasanya pas mengaji dengan tok guru, lepas tu pergi sekolah petang kat sekolah belajar fardu ain dengan ustaz. time tu ayah selalu bagi duit 30 sen untuk petang.. biasanya beli aiskrim dan keropok keping goreng.

belajar solat ini mula dari kecik lagi. laluan tengah rumah tu kakak2 dan abang2 selalu solat kat situ. walau time tu keluarga belum ajar solat, tapi sebab selalu tengok keluarga solat kat situ..lama2 saya sendiri ikut solat walau tak tahu bacaan. cara didikan keluarga memang banyak mengajar saya. minat untuk solat tu datang sendiri bila tengok abang-abang dan kakak2 solat.

memang masa tak tahu bacaan mulut saja bunyi ish..ish..iyalah masa tu tak tahu kakak2 dan abang-abang baca apa. masa tu ikut kat belakang kakak2 dan abang-abang solat. tapi yang betul-betul solat bila darjah 3. time tu kakak no 3 yang ajar saya dan kakak saya bacaan dalam solat. time tu cuti sekolah. sepanjang sebulan lebih duduk rumah kakak no3. dia lah yang ajar bacaan solat.alhamdulillah sampai sekarang lah saya solat.

sekarang ni tok guru dah tak ada. pondok mengaji tidak kedengaran lagi suara budak-budak mengaji. rasa macam banyak perkara dah berubah. jasa dan kasih sayang tok guru dan keluarga amat saya hargai. terima kasih banyak-banyak..

:cry:


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 14:30


masa kecil-kecil..belajar mengaji quran dan solat memang tak dapat dilupakan..:)

mula belajar solat dari rumah..pastur masuk tadika dah belajar solat jugak kemudian diikuti dengan sekolah rendah..seronok belajar solat masa kat sekolah..biasanya lepas habis belajar dalam pukul 2 baru start solat..macam-macam perangai masa nak solat tu..berebut nak ambik wudhuknya..pastur berebut nak duduk saf depan sebab boleh balik awal..:)...

balik sekolah pergi belajar mengaji..sekolah agamalah tapi masuk lambat sikit.lagipun habis sekolah lambat...saya masuk lambat tak apa sebab arwah atuk pengetua merangkap ustazlah kat situ..jadi tak boleh nakal-nakal sangat..:)
balik mengaji part yang paling best sebab nanti balik ikut arwah atuk..nanti dia bawa pergi jalan-jalan ke rumah kawan dia ke,tak pun pergi makan ke..yang selalu dia pergi beli roti kat kedai buat roti ala-ala mamak tu..:)

pengalaman..best experience..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

hamnah_02
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.05.2007
Ahli No: 29821
Posting: 69
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 15:30


dulu-dulu..masa kecil-kecil..mak suruh solat..
masuk bilik..baca kuat2..konon-konon saja..tapi tak solat pun..:D
belajar ngaji dengan jiran..semua kat kelas ngaji tu berlumba-lumba nak khatam Quran..kalau balik kampong..ngaji dengan tok kat kampong tu..
seronok bila teringat balik..
maklumla..balik kampong jarang2..so selalu kena kacau dengan budak laki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hamnah_02Profil   Hantar PM kepada hamnah_02   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 15:41


eden mengaji dulu banyak tok guru...
tapi dekat2 saja rumah tok guru tu pun...
ngaji malam lepas maghrib....
eden dan budak laki lain memang selalu p lepas maghrib lah, takut jadi imam..
ngaji pun sembang saja banyak....tok guru datang, konsentrate saja baca,padahal belakon saja....
ada sekali semua kena denda bendiri junjung quran,eden tak apa lah pakai rehal nipis saja, member eden pakai rehal sikit punya tebal, terlentok tengkok junjung quran....
balik pula, sembunyi belakang pokok dan usik budak perempuan....
ngaji kejap saja, tolong tok guru kemas rumah lah selalu..
buang sampah, cabut rumput, basuh kereta.....
tapi best lah, kiranya ngaji ni tempat berhimpun lah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 15:47


hampir sama kenangan kita semua...

dulu waktu solat abang & adik akan gilir2 jadi imam.. dan mama dengan rotan ayam atau kayu beroti akan tunggu berdiri sampai habis... segala wirid dan bacaan perlu dibaca kuat waima kami prempuan supaya mama dapat dengar segalanya. doa pula di baca bergilir2 sebelum di 'tasmik bacaan dalam solat selepasnya.

manakala solat subuh dan maghrib WAJIB di masjid..(sebelum kami yang masih budak-budak budak ni dihalau oleh 'orang2 baik' atas alasan yang ntahapapa... akan kenang HAL ni sampai BILA BILA!!!) dan selepas2 tu.. kami wajib solat jemaah di rumah hingga lah ni

mengaji pula.. rumah imam masjid dekat sekolah agama.. memandangkan pak imam ni ramai yang mengaji.. kami selalu berlari untuk mendapat tempat terawal.. kalau tak.. yang dijemput mak ayah mesti dapat habis dahulu waima kami yang di baris hadapan. dah tu.. bila balik dedekat maghrib.. mesti mama akan tunggu denagn kayu beroti kena pukul (isk isk~~ sebab mama akan fikir kami bermain2 jadi ustaz akan tahan lewat balik..)lepas itu wajib makan jemaah dengan baba yang baru balik opis.

malam, hafazan depan mama dari lepas maghrib sampai jam 8. macam biasa, rotan ayam atau kayu beroti di tangan :). lepas tu wajib tengok berita ramai-ramai sebelum aktiviti sendiri...

hasil kegarangan mama, kami alhamdulillah dapat hafaz banyak perkara dr kawan-kawan.. kadang kala (maaf -tergelak) gelakkan kawan-kawan yang sedekah pulut kuning waima hafaz ayat qursi semata..(nakal sikit kekecik dulu.. :P)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

aini_kkpp
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30092
Posting: 23
Dari: pahang

blank  


posticon Posting pada: 27-01-08 08:33


Assalamualaikum

alhamdulillah,saya di didik dari kecil oleh ibu dan ayah..belajar solat,mengaji depa semua yang ajar..tapi biasalah belajar dengan ayah sendiri tak sama belajar dengan orang lain.mendidik anak sendiri memerlukan kesabaran yang tinggi.

kalau setakat kena rotan,cubit,tarik telinga tu dah lali..kadang-kadang sampai nak tekencing.sakit beb....tapi bila kenag-kenag kembali kerana mereka lah saya tau mengaji..tau tajwid..

tapi bila tengok sekarang,nak menigkatkan ilmu al-quran pun tak ada masa.thaks my parents..semoga satu hari nanti sya pun dapat menjadi ibu yang mampu mendidik anak2 dengan al-quran..insyaAllah


-----------------
cuba menjadi yang terbaik..dengan usaha yang terbaik


Bookmark and Share

    


  Member Information For aini_kkppProfil   Hantar PM kepada aini_kkpp   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 27-01-08 09:14


masi teringat kenakan masa p mengaji..
sampai tak boleh berjalan punya pasal..
ee banyak kali juga lah lumpuh...p mngaji tapi p main-main..kaki kena hempap papan hijau..siksanya rasa..esok kaki membengkak dan tak boleh jalan lah jawabnya

suka datang awal-awal supaya dapat balik awal..berebut dengan adik..

kalau terkenang cara pakai tudung lawak pula..hehe.
biasala budak-budak yang tomei..kononla..:sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 28-01-08 13:01


cikgu yang ajar ngaji garang,sebab saya ngaji kat bekas cikgu tadika..muka ni memang selalu ar kena pelempang dia..paling tahyul,time dia tak ada (tadika itu ialah rumah beliau juga..),budak-budak manela nak mengaji,lagi dilayan menyembang.trademark cikgu kami ialah mengetuk dinding bila kami bising (dia selalu kat bahagian rumah bersebelahan dengan tempat kami ngaji,terpisah dengan dinding kayu saja)

bila dia ketuk tu,masing-masing pun "bismillahirrahmanirrahimm.." (dengan kuatnya)..dapat 2,3 ayat sambung sembang balik sampailah dia mai nak 'ubah' bacaan kitaorang,bersama2 rotan..nakalnya time kecil-kecil dulu,tapi best bila ingat2 balik.budak-budak sekarang tak mungkin dapat nak merasa pengalaman kita dulu-dulu kan?


-----------------
p(^_^)q
gambaru!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 15:11


seronok....teringat dulu kecil-kecil...
yang paling best ialah mak yang ajar sendiri ngaji quran....ramai budak-budak datang rumah ana belajar quran dengan mak...
alhamdulillah umur 8 tahun dah khatam quran...
berkat ilmu dari ibu...
kalau dah jadi ibu nanti,nak ajar anak sendiri baca quran sampai khatam..
malulah belajar tinggi-tinggi tapi hantar anak ngaji rumah org lain....
didikan yang baik itu bermula dari rumah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 28-01-08 17:23


ngaji dengan mak ayah,.nak tak nak, lepas maghrib mesti kena ngadap mak atau ayah...bila salah baca, mak marah....terus saja, ngalir air mata....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

nisa_iman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.01.2008
Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 17:35


seronok kalau ingat2 balik.. ana kenal al-quran melalui abah ana.. abah ana mengajar anak yang sulung sampai ana anak bongsu ni... a
abah ana garang dulu.. ingat2 balik kalau nak mengaji malam tu, abah ana tak bagi makan nasi petang tu bukan apa takut semput mengaji nanti tak boleh tarik panjang2..
rotan sentiasa di tepi..takut sangat..
bab sembahyang pulak selalu ikut belakang mak dengan abah...
masa tu tunggang terbalik..huhu kelakar sangat..
tapi tu semua kenangan yang agt berharga...
bila balik ramai-ramai akt kampung mesti buka cerita masa kisah kecil-kecil dulu..
oooo bahagianya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisa_imanProfil   Hantar PM kepada nisa_iman   Quote dan BalasQuote

zatil_alwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2007
Ahli No: 31993
Posting: 206
Dari: kuala selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 17:48


kenangan ye..???
hmm..saya banyak guru yang ajar mengaji.
mula-mula ayah, suara ayah sedap sangat, padanlah jadi bilal...
ngaji dengan seorang nenek ni, qori'ah kampung, sedap suara dia.waktu petang lepas sekolah fardu ain.
malam pula dengan atok sedara.. ngaji ramai-ramai dengan sepupu.
pernah kena tegur dengan atok sebab mengaji pakai seluar koyak kat lutut..
adehh..malu pula bila ingat balik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zatil_alwaniProfil   Hantar PM kepada zatil_alwani   Quote dan BalasQuote

najwa_adila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.07.2005
Ahli No: 17677
Posting: 288
Dari: Ardhullahil Waasi'ah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 18:35


paling tak boleh lupa balik ngaji kena kejar anjing :-D ...time tu pecut, boleh mengalahkan pelari terpantas dunia rasanya..bila kenang2 semula malu sangat lah pulak..maunya tidak sebab habis terangkat kain baju kurung :sopan:..tapi quran tetap dipegang kemas..

yang herannya masa lari tak rasa nak nangis pun walaupun takut ya allah..tapi da sampai uma baru 'teghiak' sebab selipar tah mana hilang :cry:

satu lagi, masa tajwid salah..ustazah (masa tu kami panggil 'macik mengaji' ) tu cubit ya allah!! macam nak terkopek daging peha :cry:..dia tak pakai rotan tapi simpan kuku bahagian ibu jari tu panjang2 hampir setengah inci jugak lah, tu yang sekali mencubit ya ampuuunn...

keesokan harinya, on the way ke uma mcik tu bertiga dengan seorang kawan dan anak buah (lelaki) boleh lagi singga main 'engkek-engkek' kalau kat sjung dipanggil 'teng-teng', anak buah ni kira baru nak mula ngaji jadi liat juga lah nak pergi sebab takut kena marah kalau salah baca...sampai saja kat uma mcik tu, tak sampai 5 minit dia keluar menuju ke dapur sambil cakap 'ooohhh, hari ini ada lagi org baru mahu kena cubit yaa'..dengar saja ayat power tu, huh anak buah saya terus saja trjun lari balik uma..takut jadi macam saya kena cubit kalau salah tjwid..sian dia :-D


-----------------
Tiada Aku Tanpa-Mu...
cute


Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_adilaProfil   Hantar PM kepada najwa_adila   Pergi ke najwa_adila's Website   Quote dan BalasQuote

nurulislamiafiqah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2005
Ahli No: 14540
Posting: 178
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-08 20:06


Salam...
Aku pun ada kisah menarik pasal mengaji ni. Start mengaji dr kecik, jaddah (nenek) ajarkan. Jaddah aku garang tahu, kadang-kadang bila aku lari dengan kakak sebab tak nak mengaji jaddah aku cubit kuat2. Sakit...Tapi tak adalah sampai menangis sebab salah sendiri.

lepas itu upah ustazah ajar. Ummi aku bukan tak nak ajar tapi selalunya mak ni jenis lembut hati dengan anak sebab tu lah hantar anak mengaji dengan org. Beberapa kali jugalah tukar ustazah sebab selalu pindah randah.

Aku mengaji guna muqaddam, muqaddam xsempat nak khatam aku terus lompat mengaji al-Quran sebab kecil-kecil dulu aku suka menghafal daripada mengaji ikut turutan :sopan: tapi yang best selalu kena puji sebab bacaan betul walaupun xikut step :-D

yang mengajar solat of course lah my parents & my grandparents, mereka ni garang tau, almaklum ada darah ustaz & ustazah ;-)

Bila dah besar, rindu dengan kenangan dulu.... Nanti dapat anak entah macam mana pula kita didik dia ye?


-----------------
Live in the present, learn from the pasti!


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulislamiafiqahProfil   Hantar PM kepada nurulislamiafiqah   Pergi ke nurulislamiafiqah's Website   Quote dan BalasQuote

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-08 12:42


erm chu pun ada pengalaman juga...waktu siang mengaji kat rumah tok guru quran then malamnya dengan abah..tapi bila ngaji rumah tok guru quran chu siap diajar menulis jawi bila balik umahthen menghafal dengan abah chu suka ikut cakap tok guru quran...ap yang tok guru quran ajar itulah yang chu ikut sampai ap yang abah cuba betulkan pun chu tak nak dengar.. masih ingat lagi cara nak tulis huruf lam alif. abah ajar chu start dari kanan tapi tok guru quran ajar start dari bawah so cadangan abah tak diterima tapi chu pula yang ajar abah cara nak tuluis huruf lam alif..sampai abah cakap "kita nak ajar dia tapi dia pula yang ajar kitanya...hehe

waktu solat pula waktu kcik2 dulu chu suka pakai kopiah ikut abah sembahyang...mak suruh pakai telekung pun chu tak nak ..hehe tapi sekarang tak ada lagi perangai macam tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11152 saat. Lajunya....