Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 15 jam, 55 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Remaja Bawah Umur ingin Nikah Elak Zina


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Remaja Bawah Umur ingin Nikah Elak Zina

Please Mendaftar To Post


Oleh Remaja Bawah Umur ingin Nikah Elak Zina

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-12-07 13:21


Assalamualaikum

Soalan

SAYA remaja perempuan berusia 16 tahun dan ada seorang teman lelaki yang sebaya. Kami bersekolah di sekolah yang sama dan sudah menjalin hubungan sejak lebih kurang dua tahun lalu.

Keluarga mengetahui hubungan kami dan merestuinya. Kami pernah berasmara tapi belum sampai ke tahap terlanjur, sebaliknya cuma ringan-ringan saja. Namun, kebelakangan ini kekasih saya mengajak saya melakukan lebih ‘jauh’. Saya menolaknya kerana belum bersedia.


Baru-baru ini saya terbaca di akhbar remaja lelaki dan perempuan yang berusia bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran mahkamah jika ingin berkahwin kerana dikategorikan masih di bawah umur.

Saya pernah mengajak kekasih saya berkahwin kerana tidak mahu kami terlanjur melakukan maksiat. Dia juga pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya kerana tidak mahu saya menjadi milik orang lain. Dia juga pernah berjanji untuk sehidup semati bersama saya.

Soalannya, wajarkah tindakan kami untuk berkahwin pada usia muda?

Dya,
Kelang, Selangor

Jawapan

Adik, inilah akibatnya jika bercinta sebelum waktunya. Namun, apakan daya kerana rata-rata remaja hari ini terlalu `advance.’ Bukan saja bercinta, malah melakukan hubungan seks pada usia belasan tahun, sudah dianggap perkara biasa. Inilah masalahnya.

Disebabkan adik bercinta pada usia yang terlalu muda, maka adik melihat cinta dan perkahwinan itu daripada sudut pandangan yang salah. Bagi adik, cinta dan perkahwinan itu hanya membabitkan soal seks, sedangkan hakikatnya bukan begitu.

Memang benar, jika adik berkahwin dengan kekasih adik, anda berdua akan terlepas daripada dosa melakukan maksiat. Namun, ada banyak persoalan yang lebih besar mengenai perkahwinan yang sebenarnya perlu adik fikirkan.

Jika anda berdua berkahwin dalam usia yang masih muda, bagaimana dengan persekolahan? Adakah anda berdua akan berhenti sekolah? Apakah pekerjaan yang boleh kekasih adik lakukan untuk menampung kehidupan anda berdua sedangkan usianya baru 16 tahun?

Seterusnya, jika ditakdirkan adik kemudiannya mengandung dan melahirkan anak, sudah bersediakah anda berdua untuk menjadi ibu dan bapa? Bagaimana pula dengan aktiviti kehidupan anda berdua? Apabila berkahwin dan mempunyai anak, pergerakan anda berdua pasti terbatas dan banyak yang perlu dikorbankan demi kesejahteraan keluarga.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang perlu adik fikirkan apabila bercakap soal perkahwinan dan ia tidak mampu Dang Setia nyatakan di sini kerana ruang yang terhad. Namun, apa yang penting berkahwin bukanlah semudah yang adik sangka.

Oleh itu, nasihat Dang Setia, janganlah adik terlalu ghairah memikirkan soal perkahwinan. Masalah utama adik sebenarnya ialah bagaimana untuk mengelakkan daripada terjebak melakukan maksiat dalam menjalinkan hubungan cinta.

Untuk mengatasi masalah itu, ada lagi cara lain dan bukannya berkahwin. Satu daripada caranya ialah mendalami ilmu agama supaya adik sedar matlamat hidup kita.

Dengan ilmu itu juga, insya-Allah iman dan ketakwaan adik akan bertambah. Oleh itu, adik akan lebih takut untuk melanggar perintah Allah. Adik juga akan sedar tidak salah untuk bercinta tapi ada cara dan peraturannya yang perlu dipatuhi.

Bagaimanapun, perlu juga Dang Setia nyatakan, jika adik masih bersungguh-sungguh untuk berkahwin kerana gejolak nafsu, laksanakanlah hasrat itu kerana Dang Setia tidak mahu menanggung dosa kerana menghalang perkahwinan adik.

Doa Dang Setia, mudah-mudahan kedua-dua ibu bapa adik dan kekasih adik merestui hasrat kalian dan melakukan apa yang perlu untuk membolehkan perkahwinan itu dilaksanakan mengikut peraturan, termasuk mendapat kebenaran mahkamah.

sumber : harian metro

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-12-07 13:23


Siapa yang harus dipersalahkan? Ibubapa,Cikgu Sekolah,Masyarakat,Kerajaan Islam Hadhari?

Persoalan kat disini adakah perkahwinan merupakan penyelesaian dalam kes ini? Saya pernah terbaca artikel bahawa perkahwinan hanya alasan remaja yang digunakan untuk mengelakkan zina.

Dan kajian yang dilakukan juga menunjukkan kes penceraian tertinggi ialah diantara pasangan muda yang baru berkahwin. Disini percanggahan berlaku kerana perkahwinan amat digalakkan dalam Islam kerana salah satu kebaikannya mengelakkan zina tapi malangnya perkahwinan kerana nafsu amat sukar untuk bertahan.

Mengikut pendapat seorang ustaz yang terkenal, bahawa kes seperti ini yang berlaku di Malaysia bukanlah perkahwinan merupakan penyelesaiannya tetapi tahap keimanan perlu ditingkatkan agar semua pihak terutama remaja paham perkahwinan bukan kerana nafsu semata sebaliknya merupakan tempat untuk melipat gandakan pahala dan juga mencari keredhaan ALLAH dengan berkahwin selaras dengan firmanNya

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan
sayang." (Ar-Rum: 21)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-12-07 13:27


kalau dah rasa boleh tanggung tu,janganlah dilewat2kan.teruskan niat kahwin tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 30-12-07 13:33


Budak sekolah rendah pun tahu pasal couple ni...huhuhu


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-12-07 13:37


Pada 30-12-07 13:27 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

kalau dah rasa boleh tanggung tu,janganlah dilewat2kan.teruskan niat kahwin tu.


Tiada masalah untuk yang mampu.

Tapi jika dibaca kes diatas yang melibatkan remaja belasan tahun sukar untuk otak kita menilai macam mana mereka ingin survive kalau berkahwin? Adakah pendapat sedangkan cacing dalam tanah pun boleh hidup inikan manusia? Atau pendapat ALLAH sentiasa meluaskan rezeki mereka yang berkahwin?

Ini bukan hanya satu kes di Malaysia, bahkan kes2 seperti ini adalah seperti hidangan kepada kita akhir2 ini. Apakah kita hanya membiarkan dan terus membaca kes2 seperti ini? Adakah kita tidak mempunya adik,sepupu,anak sedara atau mungkin anak sendiri yang belasan tahun?

Disini saya ingin mengajak kita berfikir untuk kes seperti ini adakah kawin penyelesaian terbaik? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-12-07 13:45


salam.macam-macam lah dengan karenah budak sekarang, nak kahwin sebab tukt terlanjur......pelik kan. tapi si lelaki tu cukup syarat ke nak kahwin.dalam usia begitu, sya rasa, mereka perlu lebih memahami dulu selok belok ajaran islam.biar mereka betul-betul bersedia u kahwin, baru mereka kahwin. sya tukut mereka kahwin u mengelakan terlanjur saja, tapi adakah mereka mampu mengharungi asam garam rumah tangga?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 02-01-08 20:13


ngahahahaha, tak ingat nya . apa benda lah budak-budak sekarang ini.... diarang ingat kawin ni saja-saja nak lepaskan nafsu malam2 saja ke??? punya banyak tanggungjawab nak kena pikul.......... ni kecil-kecil dah pandai ringan2. sok ada anak agak-agak reti ke tak nak didik anak2 ini jadi insan yang beriman??? reti nak beza mana baik and mana buruk? reti nak kawal nafsu? ?? sengal tol lah budak-budak ini. nak saja aku jumpa face to face. senang sikit nak saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 20:44


remaja yang begitu eloklah dikuarantin. Tiap minggu dibawak ikuti program pemantapan diri. Bagi kesedaran. Remaja macam itu sebenarnya dia perlukan rakan yang menasihati dirinya.

Apapun - tidak diketahui status permasalahan keluarganya. Apa kisah ibu dan ayahnya pula?

Nak salahkan kerajaan? Dapat apa pun?
Nak salahkan sistem pendidikan? Kita pun sendiri tahu - sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan. Integrasi Islam secara komprehensif tidak dijalankan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 20:55


tarbiah mantap membentuk insan soleh wa musleh

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 05-01-08 13:24


bagus lah kalau hafeezul ada inisiatif untuk mengubah remaja2 ni dengan memberi ceramah motivasi dan sebagainya...

tak mengapa kalau pada mula percubaan tu nampak macam tak ada apa-apa perubahan...yang penting hafeezul konsisten dengan apa-apa yang hafeezul buat...lambat laun mereke2 ni insyaAllah akan tergerak juga hati untuk menerime kesedaran...bak kata pepatah menistiskan air di batu, lama2 batu tu lekuk juga kan...

kalau 10 org yang hafeezul beri motivasi mesti satu pasti akan terkesan kan...kadang-kadang remaja tkkn berubah terus di depan mata kita, sebab mereka juga punya ego, tapi dalam diri mereka mesti mereka fikir betul tak apa yang mereka buat tu....so teruskan perjuangan hafeezul yang sangat baik tu....chaiiyokk! dan saya pun tak terlepas juga untuk membantu remaja2 yang macam ni...

ye encik ibnu musa...tak nak berikan sikit ulasan ke pada tajuk ni...mesti encik banyak pendapat yang nak diutarakan...


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 05-01-08 14:04


Assalamualaikum
hafeezzul..yang penting kan usaha...bukannya hasil....jangan penat berusaha...sedangkan usaha kita baru secebis....dan arus di luar sana sangat kuat dan hebat....jadi, jangan mengeluh....teruskan usaha...moga usaha yang kerdil ini diberkati..akhirnya menjadi besar...dan....berjaya menenggelamkan arus duniawi...insyaAllah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-01-08 07:27


Pada 03-01-08 22:15 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

/

Acheh sudah menjalankan hukum sebat bagi kesalahan khalwat. Ini saja cara nak selamatkan anak-anak remaja kita.


Salam, betulkan kalau saya salah... Adakah hukuman bagi khalwat merupakan sebat? Sepengetahuan saya, hukuman sebat adalah bagi pesalah yang berzina (ghairu muhsan).

Seperkara lagi, kalau sekadar menerapkan hudud sahaja, namun meninggalkan sistem Islam yang lain juga tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul, bahkan bisa mengundang fitnah dan menjadikan hudud itu kelihatan "kejam" dari sudut pandangan kelompok sekular...

Penerapan hudud dalam sistem sedia ada juga boleh membahayakan akidah; kerana menurut sistem sekarang ini, mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas umat Islam sahaja. Jadi, tak mustahil akan ada yang murtad demi mengelakkan hukuman sebat... Dan dalam sistem sekarang ni, hukuman murtad bukanlah hukuman bunuh...

Sistem Islam hanya akan terserlah keindahannya apabila ia diterapkan secara kaffah.

Di sini saya ingin memberikan contoh bagaimana penerapan Islam secara kaffah. Memandangkan isu yang dibangkitkan dalam topik ini adalah zina, maka saya akan menghadirkan contoh zina...

Islam telah menyediakan 10 lapisan syarak dalam menangani masalah zina ini. Hukuman sebat bagi yang belum berkahwin ataupun rejam sehingga mati bagi yang dah berkahwin merupakan lapisan yang terakhir sekiranya si pelaku tetap nekad setelah melalui kesemua lapisan-lapisan syarak tersebut.

1. Keimanan seseorang - hakikat taqwallah mendorong manusia melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

2. Menundukkan pandangan - "dari mata turun ke hati".

3. Menutup aurat

4. Larangan ikhtilath

5. Larangan pornografi

6. Sistem pendidikan Islam - mendidik dan membentuk syakhsiyah Islam.

7. Kemudahan menikah - Pihak perempuan digalakkan untuk meletakkan mahar pada kadar yang rendah. Janganlah letak mahal sangat ye... hehe.

8. Sistem ekonomi Islam - memastikan pengagihan kekayaan yang adil serta memenuhi keperluan asas. Jadi, bebanan kewangan pihak lelaki dapat dikurangkan.

9. Kebolehan berpoligami - bagi lelaki yang dah berusia, tapi nafsunya masih kuat, sedangkan isterinya sudah menopaus. Jadi poligami boleh mengelakkan amalan menyimpan mistress ataupun seks luar nikah. (Maaf kalau menyinggung mana-mana pihak).

10. Hudud bagi penzina.

Demikianlah adanya, Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-01-08 07:29


Pada hemat saya, Islam tidak akan dapat diterapkan secara kaffah dalam sistem yang sedia ada...

Oleh itu, marilah kita berjuang mengubah sistem yang ada serta meninggalkan zaman jahiliyah kedua ini dan "berhijrah" kepada Daulah Khilafah kedua...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-01-08 08:18


Pada 03-01-08 23:55 , True_Heart posting:

!!! QUOTE !!!

assalamu'alaikum...
macam mana pula pendapat antum, kalau si perempuan berumur 21,dan yang lelaki berumur 22?masing-masing ingin melanjutkan pelajaran bersama2 dimekah..walhal si lelaki masih belum bekerja..dan masih menuntut...dan yang perempuan pula,mak ayah nya nak tanggung pempelanjaan si perempuan?


setahu ana depa ni Kalau nak pergi mekah wa madinah memang kena bawa orag bukan mahram,contoh suami,adik beradik laki,ayah,ke,sebab sahabat2 ana ramai kawin dulu before pergi,tapi alhamdullilah,ok j depa kat sana,si suami,pagi belajar bersama isteri,malam bekerja,insyaalh,seperti ana katakan kat forum lain jugak,selagi perkahwinan atau apa saja yang kita buat ni atas landasan agma dan betul,insyaallh kita akan sedar tanggujwbnyer,sebab ibubapa mereka bagi,sebab depa tak dapat lah nak teman anak depa kat mekah wa madinah,tapi depa kawin pun,tidak ada lah main hentam saja,masih ada sesi interview dari keluarga,kadang-kadang xdakla beza setahun dua,ada saja kawin dengan ustaz2 yang dah kjer,dan nanti ustaz tu pun sambung belajar,



pasal adik2 ni,ana setuju,didikan dari akar umbi ni sangat perlu,bukan apa,ana pernah jadi cikgu dan saja subjek bm,math dan petang fardhu ain,erm time kelas fardhu ain memang ase nak nangis,sebab baca quran pun tah tahu,hukum tajwid tak tahu,tapui cuba suruh nyanyi lagu,cepat saja,even skoalh pedalaman,rumah ada astro,rumah ana pun tak ada astro,

ana ase ana beruntung juga lah dapat ayah yang sangat garang,erm Kalau solat lewat kena rotan,tengok tv bukan ceramah agama,confirm kena marah,jadi ana kat rumah,memang xbaper sempat nak tengok tv,itulah Kalau org bincang pasal tv,ana kuno sikit,tu pun kadang-kadang curi tengok,tapi Kalau dengar kereta ayah saja,masuk bilik,last sekali,tak ada minat dah kat tv,erm last2 ana sedra,tak ada apa pun,tv oun sekarang tak ada program ilmiah yang mampu tarik remaja,malah terus hebat memaparkan aksi2 porno,menjadikan wanita-wanita sebagai objektif utama iklan dan sebagainya,erm

so jom tinggalkan semua tu,ana cadangkan kat antum ,kalau nak baca isu dunia dari perspektif barat,bacalah ,international herald tribune,wall street jurnal,erm antum cuba connectkan ngna islam,masalah ekonomi dunia pun di perkatakn,ayuh,dunia dah nak kiamat,tingkatkan kesedaran,wasalam


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-01-08 08:29


Salam, memang ada baiknya kalau kita baca IHT, Wall Street jurnal dan sebagainya.. Cuma syaratnya kita kena tapis dengan perspektif Islam dalam menilai apa yang telah dirumuskan dalam akhbar-akhbar dan media tersebut.

Kita semua sedia maklum betapa media berperanan dalam membentuk pandangan umum (public opinion) dan kerangka pemikiran seseorang. Jadi, kalau kita terima bulat-bulat apa yang diberitakan, boleh jadi pemikiran kita juga akan terbentuk mengikut acuan yang mereka (i.e. Barat) harapkan...

Dunia semakin menuju pengakhirannya, jadi marilah kita usahakan supaya saki-baki hayat kita di dunia ini selaras dengan perintah dan kehendak-Nya, agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di Akhirat kelak...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

immad

Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-01-08 16:54


Pada 06-01-08 08:29 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Salam, memang ada baiknya kalau kita baca IHT, Wall Street jurnal dan sebagainya.. Cuma syaratnya kita kena tapis dengan perspektif Islam dalam menilai apa yang telah dirumuskan dalam akhbar-akhbar dan media tersebut.

Kita semua sedia maklum betapa media berperanan dalam membentuk pandangan umum (public opinion) dan kerangka pemikiran seseorang. Jadi, kalau kita terima bulat-bulat apa yang diberitakan, boleh jadi pemikiran kita juga akan terbentuk mengikut acuan yang mereka (i.e. Barat) harapkan...

Dunia semakin menuju pengakhirannya, jadi marilah kita usahakan supaya saki-baki hayat kita di dunia ini selaras dengan perintah dan kehendak-Nya, agar kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di Akhirat kelak...

Wallahu'alam...



erm betul tu,baca benda-benda tu dan connectkan dengan perspektif islam,betul lah ana cakap kat atas kan,ada silap k GHAZI?
adush,ana tak kata pun suruh time,

dan pada peminat dunia bisnes,belila AL ISLAM,sebab tajuk ada ada kena mengena dengan ekonomi dan kejthn ekonomi dunia,,dan yang paling penting tajuk DINAR EMAS,ana rasa antum pun tahu kan kepentingan dinar emas,abaikan gmbr2 model ka dalam tu islamic fesyen festival(islamic k Kalau pakai ketat tu?)ana pun tak paham ,,,,sebab maklumat pasal DINAR EMAS tu sangat berguna


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For immadProfil   Hantar PM kepada immad   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-01-08 14:04


Pada 06-01-08 07:27 , ghazi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 03-01-08 22:15 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

/

Acheh sudah menjalankan hukum sebat bagi kesalahan khalwat. Ini saja cara nak selamatkan anak-anak remaja kita.


Salam, betulkan kalau saya salah... Adakah hukuman bagi khalwat merupakan sebat? Sepengetahuan saya, hukuman sebat adalah bagi pesalah yang berzina (ghairu muhsan).

Seperkara lagi, kalau sekadar menerapkan hudud sahaja, namun meninggalkan sistem Islam yang lain juga tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul, bahkan bisa mengundang fitnah dan menjadikan hudud itu kelihatan "kejam" dari sudut pandangan kelompok sekular...

Penerapan hudud dalam sistem sedia ada juga boleh membahayakan akidah; kerana menurut sistem sekarang ini, mahkamah syariah hanya mempunyai bidang kuasa ke atas umat Islam sahaja. Jadi, tak mustahil akan ada yang murtad demi mengelakkan hukuman sebat... Dan dalam sistem sekarang ni, hukuman murtad bukanlah hukuman bunuh...

pertama, tentang hukum sebat, jangan terlalu guna akal dalam hukum hakam Islam, kalau dah hukum sebat itu telah ditetapkan untuk pesalah zina & qazaf tak bermaksud ia haram dilaksanakan untuk hukum lain terutama dalam takzir.

kedua, dari apa yang saya highlight di atas, kenyataan sebegini yang sebenarnya yang membahayakan akidah, asyik fikir yang hudud kalau dilaksana pada zaman sekarang akan membawa fitnah, akan membahayakan akidah, orang yang pertikaikan perkara ini sebenarnya patut check balik akidah diri sendiri.

ada orang tuduh kata HT ni macam muktazilah sebab terlalu guna logik akal, jangan ahli2nya di sini pula yang membuktikannya. kalau anda diluar bidang pengajian agama lebih baik anda ambil kata-kata mana-mana ulama', melainkan kalau anda layak berijtihad.

Allah kata hudud itu wajib, maka dengarlah dan taatlah, perjuangkan syariat Islam secara keseluruhannya, bukan nak kena tunggu khilafah dulu baru boleh laksanakan syariat Islam, cuba dulu setakat mampu, tugas kita berusaha insyaAllah hasilnya serahkan kepada Allah s.w.t.

sekadar nasihat dari saya, harap tak berkecil hati.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-01-08 14:07


Pada 05-01-08 13:24 , Farishah posting:

!!! QUOTE !!!

ye encik ibnu musa...tak nak berikan sikit ulasan ke pada tajuk ni...mesti encik banyak pendapat yang nak diutarakan...

kembali kepada topik.

bukan apa, saya cuma nak serahkan kepada yang pakar saja, saya tak ada apa nak dicakapkan cuma bersetuju saja, lebih-lebih lagi kita ada pakar dalam bidang psikologi, tak begitu cik Farishah? :sopan:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-08 14:25


nikah dalam usia yang masih muda? susah jugala..sebab masih muda, dan dia tidak faham betul-betul tanggungjawab..
tapi lebih baik nikah daripada buat maksiat..

tapi ibu bapa kena ambil peranan juga selepas mereka nikah..kena terangkan betul-betul tanggungjawab dan sebagainya..

tetapi kalau mereka tu di beri kaunseling atau sebagainya..dan kalau mereka boleh terima bahawa nikah tu apa, jadi mereka wajar faham..

kalau boleh, memang biarla selepas tamat belajar dulu baru nikah tapi kalau dalam kes yang macam ini, better nikah sahaja..

apapun, ia jawapan yang susah. biarlah org yang lebih berpengetahuan jawabnya. saya cuma bagi pendapat saja..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-01-08 09:29


Pada 07-01-08 14:04 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!


pertama, tentang hukum sebat, jangan terlalu guna akal dalam hukum hakam Islam, kalau dah hukum sebat itu telah ditetapkan untuk pesalah zina & qazaf tak bermaksud ia haram dilaksanakan untuk hukum lain terutama dalam takzir.


Salam, boleh saya tahu, siapa yang menggunakan akal dalam hukum hakam Islam? Adakah saya - yang berpegang bahawa hukum hudud bagi penzina ghairu muhsan ialah sebat, ataupun mereka - yang memodifikasi supaya khalwat juga dikenakan sebat? Saya berpegang kepada nas, yang saya pasti kita semua sedia maklum. Mereka pula?

Keduanya, benarkah hukuman sebat itu merupakan takzir yang diputuskan oleh pemerintah Acheh? Ataupun andaian saudara semata-mata?

!!! QUOTE !!!

kedua, dari apa yang saya highlight di atas, kenyataan sebegini yang sebenarnya yang membahayakan akidah, asyik fikir yang hudud kalau dilaksana pada zaman sekarang akan membawa fitnah, akan membahayakan akidah, orang yang pertikaikan perkara ini sebenarnya patut check balik akidah diri sendiri.


Sila buktikan sekiranya kenyataan saya itu (iaitu pelaksanaan hudud zaman sekarang akan membawa fitnah) salah dan tidak berlaku. Kita semua sedia maklum tentang dakwaan "Kalau potong tangan, habislah macam mana orang nak bekerja?", "Hudud PAS benarkan liwat isteri.", "hukuman rejam kejam," dan macam-macam lagi... Bukankah ini fitnah yang memberikan gambaran betapa "kejam"nya sistem hudud.

Kedua, yang membahayakan akidah, bolehkah anda jamin tiada orang yang akan bertindak sedemikian? Kita perlu jelas, bukan semua orang mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Bukan semua yang berfikiran seperti kita. Tak mustahil perkara sebegini akan terjadi. Apa yang ingin saya tekankan di sini bukanlah "hudud haram dilaksanakan dalam keadaan sekarang", sebaliknya "hudud tidak boleh dilaksanakan bersendirian tanpa penerapan sistem Islam yang lain".

Cuba kita buat case study sepanjang pelaksanaan hudud di Sudan dan Arab Saudi, dan bandingkan dengan hudud di zaman Khilafah. Kita lihat berapa banyak kes yang sabit kesalahan antara dua zaman.

Islam itu syumul, mengapa nak diterapkan sekerat-sekerat?

Kalau benar nak menerapkan sistem Islam, maka kita mestilah laksanakannya sebaik mungkin, bukan sekadar tangkap muat sahaja. Mana boleh masukkan, kita masukkan. Rasulullah saw tidak pernah berbuat sedemikian...

!!! QUOTE !!!

ada orang tuduh kata HT ni macam muktazilah sebab terlalu guna logik akal, jangan ahli2nya di sini pula yang membuktikannya. kalau anda diluar bidang pengajian agama lebih baik anda ambil kata-kata mana-mana ulama', melainkan kalau anda layak berijtihad.


Akal berperanan bagi memahami hukum syarak, bukannya seperti yang dilakukan oleh puak Muktazilah. Dakwaan sedemikian adalah dakwaan yang mentah serta berniat buruk. Dan sepanjang saya berforum di sini, saya tak pernah nak menggunakan akal bagi menggubal hukum. Bahkan sistem buatan manusia pun saya tolak, apatah lagi menggunakan akal sebagai 'tuhan'.

Saya seringkali mengambil kata-kata ulama', mungkin anda terlupa. Kalau tidak, bagaimana anda boleh keluarkan kenyataan bahawa saya "hanya rujuk kepada ulama HT" (walaupun dakwaan ini tidak benar)?

!!! QUOTE !!!

Allah kata hudud itu wajib, maka dengarlah dan taatlah, perjuangkan syariat Islam secara keseluruhannya, bukan nak kena tunggu khilafah dulu baru boleh laksanakan syariat Islam, cuba dulu setakat mampu, tugas kita berusaha insyaAllah hasilnya serahkan kepada Allah s.w.t.


Saya yakin 100% hudud itu wajib. Dan saya yakin hudud mestilah dilaksanakan 100% seperti yang diterapkan pada zaman Rasulullah saw dan para sahabat radhiallahu 'anhum tanpa sebarang modifikasi.

Seperkara lagi, saya bukan sekadar "tunggu khilafah", sebaliknya saya berusaha menegakkannya. Dan dalam usaha tersebut, saya tidak mengabaikan tanggungjawab saya yang lain. Sama seperti PAS, tanpa kerajaan, bagaimana nak menerapkan hukum dan undang-undang (dan kalau memerintah kerajaan negeri sahaja, sebarang perubahan akan dinafikan oleh kerajaan pusat)? Samalah halnya dengan khilafah dan sistem Islam... Dalam menerapkan sistem Islam, mestlah menggunakan strategi yang terbaik. Walaupun Allah dah janjikan kemenangan, namun tak bermakna kita boleh buat sambalewa sahaja...

!!! QUOTE !!!

sekadar nasihat dari saya, harap tak berkecil hati.


Terima kasih atas nasihat yang diberikan...

Wassalam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-01-08 09:30


maaf kerana lari sedikit daripada topik. Namun saya rasa isu sebegini penting untuk dibincangkan. dan penyelesaian secara superficial sahaja tidak akan membawa kepada kesan yang berkekalan...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 19:24


kalau kahwin sekarang pun macam mana nak tanggung famili?
dua-dua pun muda lagi tak cukup matang lagi


-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -


Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 20:25


Pada 03-01-08 23:55 , True_Heart posting:

!!! QUOTE !!!

assalamu'alaikum...
macam mana pula pendapat antum, kalau si perempuan berumur 21,dan yang lelaki berumur 22?masing-masing ingin melanjutkan pelajaran bersama2 dimekah..walhal si lelaki masih belum bekerja..dan masih menuntut...dan yang perempuan pula,mak ayah nya nak tanggung pempelanjaan si perempuan?


ada juga kawan yang bkhwin sebelum study kat sana..tapi baru-baru ni dengar..kat sana ada hostel..kalau suami tak tinggal kat mekah pun ..istri dia duduk hstel..so still perlu ke?untuk kbaikan maybe boleh kahwin..nanti time haji atau umrah boleh cari kerja lebih untuk tanggung family..kalau rasa tak mampu ada anak time study and kahwin awal..boleh pakai protection..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 21-01-08 14:57


hehehe...macam-macam komen kat sini..sekali-sekala,hayatilah khutbah terakhir Rasulullah..banyak inputnya untuk diaplikasikan di sini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

nadeeya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.01.2006
Ahli No: 21680
Posting: 70
Dari: sarawAk..

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-01-08 15:24


Hmm..ana rasa kalau dah tak tahan itu..kahwin jekla..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadeeyaProfil   Hantar PM kepada nadeeya   Pergi ke nadeeya's Website   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-01-08 16:12


menurut cerita diats...
1) perempuan tu salah... sebab kesalahan berzina dengan lelaki... iaitu zina mata, zina hati, zina kata-kata, zina mulut, zina pegang-pegang, zina rabe2 (ye lah benda-benda ringan dulu kata dia)

2) lelaki pun salah...

3) perempuan salah lagi, kerana tidak sedar ditipu oleh org lelaki itu, kerana tiada bukti kukuh nak mempersuamikan dia, kerana si lelaki pun tidak matang dalam soal2 kepimpinan, soal akhlak, soat pelakuan maksiat dia tu, soal bermcm2 lagi...

4) keluarga kedua belah pihak juga salah... kerana berasa tidak ada apa-apa dalam berkhalwat atau melaukan zina2 kecil ni...

serta membiar mereka terjebak kepada perkara-perkara sebegini... kawalan ibu & ayah berada pada tahap sangat kritikal, dan hidup dalam kebebasan hati & nafsu. (kerana kemungkinan ibu & ayah mereka juga begitu sebelum ini, maybe? :-? )

5) komen lain-lain... kerajaan tidak ambil serius dalam masalah umat islam dan pelaksaan syariah Islam dalam sister perundangan ini menyebabkan sekirenyer seseorang mencuri, dikenekan hukuman penjara setalah itu bila sudah dilepaskan, ada kemungkinan dia akan berbuat semula...

hukuman hudud (had)... tidak dilaksanakan, menjadi umat Islam dinegara Malaysia boleh bermain2 dengan hukum... rokok yang dikatakan HARAM boleh dimain2kan, Zina yang dikatakan HARAM boleh dimain2kan juga, kalau enakmen syariah perundangan Islam bersumberkan Islam yang shahih, InsyaAllah segala permasalahan umat Islam pada masa kini boleh diperbaiki...

Wallahu'alam

:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.22938 saat. Lajunya....