Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 7 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Perancangan teliti jaminan kehidupan masa depan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Perancangan teliti jaminan kehidupan masa depan

Please Mendaftar To Post


Oleh Perancangan teliti jaminan kehidupan masa depan

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-12-07 21:01


Jendela Hikmah:
Oleh Siti Aishah Mahamad
[email protected]

PENGHUJUNG 2007 sudah hampir dan pelbagai peristiwa suka duka berlaku di luar perancangan kita. Semua peristiwa yang berlaku adalah kehendak Allah . Di sebalik tirai kejadian baik atau buruk, ada pengajaran bagi orang mahu mengambil iktibar.

Insan bersabar adalah insan yang terpilih dan menang dalam menghadapi ujian kehidupan. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir.” (Surah Ali-Imran, ayat 190)

Bukan bencana yang kita minta, tetapi jika ada maklumat atau petanda ramalan yang disampaikan, hendaklah diberi perhatian serta mengambil langkah keselamatan untuk menghadapinya.

Begitu juga dalam menyambut kedatangan tahun baru 2008, seharusnya disambut dengan melakukan melakukan perancangan dan persiapan.

Perancangan hari ini adalah persiapan untuk hari esok. Kita perlu menoleh ke belakang sejenak untuk membuat renungan mengenai pencapaian diri dan ahli keluarga sepanjang 2007. Senaraikan beberapa kekuatan dan kelemahan pencapaian diri, keluarga atau setiap ahli keluarga.

Masih ada perkara dan ruang untuk ditingkatkan serta diperbaiki. Contohnya, anak kita lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, maka tumpuan diberi kepada subjek berkenaan. Jika bilangan anak bersekolah bertambah, perlu dibuat perancangan kewangan untuk pendidikan mereka.

Perlu mengambil langkah berjimat cermat atau berbelanja secara berhemah. Membeli mengikut keperluan, bukan ikut yang berkenan di hati supaya perbelanjaan persekolahan anak dapat disempurnakan.

Membuat perancangan kehidupan keluarga boleh mengambil contoh pengurusan organisasi. Keluarga adalah unit kecil dalam masyarakat dan kejayaan menguruskan keluarga membantu ke arah melahirkan masyarakat sejahtera.

Justeru, elok benar jika perancangan untuk keluarga mengikut cara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusnya merancang perjalanan organisasi yang mencakupi wawasan, matlamat serta objektif jangka pendek atau panjang untuk keluarga.

Setiap keluarga perlu menetapkan perkara yang ingin dicapai sepanjang 2008 dan merencana program untuk mencapai hasrat berkenaan.

Jika keluarga berhasrat menjadi keluarga cemerlang, maka setiap ahlinya perlu meningkatkan ilmu, iman dan amal; memupuk nilai dan akhlak mulia; memupuk kasih sayang dikalangan ahli keluarga dan jiran; mengurus sumber kewangan dengan cekap dan berhemah serta membina suasana rumah yang bersih, ceria dan bahagia.

Bagi melicinkan pelaksanaan perancangan, ibu bapa perlu memantau dari semasa ke semasa. Ini boleh dilakukan melalui sesi perbualan, perbincangan, ketika perjumpaan keluarga seminggu sekali, ketika makan bersama atau selepas solat berjemaah.

Budaya begini biasanya diamal oleh organisasi atau di tempat kerja, maka alangkah baiknya jika dapat diamalkan dalam institusi keluarga. Keluarga hari ini terdiri daripada ibu bapa dan anak berilmu pengetahuan, profesional serta bekerjaya.

Keluarga yang kompleks ini menghadapi pelbagai cabaran. Justeru, kemahiran membuat keputusan yang bijak dan penyelesaian masalah sangat penting. Merancang adalah satu perkara sangat perlu diberi perhatian.

Institusi keluarga Muslim pastinya memiliki matlamat hidup untuk mencari keredaan Allah dalam setiap perkara dilakukan. Aktiviti kehidupan di dunia adalah sebagai bekalan untuk kehidupan lebih sejahtera di hari akhirat.

Bermula dengan niat mencari reda Allah akan menjana tindakan dan amal bertepatan syariat Islam. Kita menjaga batas halal dan haram, kita sedar mengenai dosa dan pahala serta bagaimana memelihara iman dalam kehidupan seharian.

Pendidikan adalah agenda utama orang Islam dan suruhan Allah melalui firman yang bermaksud:

“Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan.” (Surah al-Alaq, ayat 1)

Untuk memastikan setiap diri sentiasa aktif menuntut ilmu, umat Islam digalakkan membaca untuk meningkatkan ilmu. Ibu bapa perlu menyedari tanggungjawab memberi ilmu pengetahuan dan mendidik adab serta akhlak kepada anak.

Di samping menyedia keperluan asas seperti memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal yang selamat, ibu bapa bertanggungjawab menghantar anak ke sekolah bagi menimba pengetahuan.

Pada 2008, pelajar akan dibekalkan pinjaman buku teks. Pihak ibu bapa bersama guru perlu memikirkan bagaimana buku ini dapat diguna dan dimanfaat sebaik mungkin.

Semoga perancangan dan persiapan menyambut tahun baru akan mencapai hajat atau matlamat diidamkan.

- Siti Aishah Mahamad ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap Kuantan, Pahang, yang boleh dihubungi di e-mel [email protected]


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Hibatullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.04.2007
Ahli No: 29793
Posting: 305
Dari: bumi Allah-sumut

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 28-12-07 22:11


: thanks 4 the info :

Bookmark and Share

    


  Member Information For HibatullahProfil   Hantar PM kepada Hibatullah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-07 22:30


artikel ni seperti lebih khusus ditujukan kepada para pembaca dari golongan ibu bapa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-12-07 22:46


mungkin boleh dibaca untuk persediaan pada masa depan ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

nur_eiman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2006
Ahli No: 23130
Posting: 113
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 28-12-07 22:50


Pada 28-12-07 22:46 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

mungkin boleh dibaca untuk persediaan pada masa depan ..


setuju..sebagai persediaan untuk masa depan..
tapi sedikit sebanyak boleh juga merancang, buat pedoman masa depan...
betul tak?? :-)


-----------------
ISLAM itu indah..tiada agama yang boleh menandinginya..
JANGAN biarkan kesucian ISLAM terus dicemari..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_eimanProfil   Hantar PM kepada nur_eiman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100221 saat. Lajunya....