Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Psikologi Perempuan


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Psikologi Perempuan

Please Mendaftar To Post


Oleh Psikologi Perempuan

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-10-03 12:20


Assalammualaikum.
Apa pendapat antum/antunna semua berkenaan tabiat dan kelakuan perempuan?
perempuan solehah,
perempuan penggoda,
perempuan pisau cukur,
minta berikan pendapat?
perempuan aggresif
perempuang penyayang
perempuan sopan santun,lemah lembut,
perempuan queen control.
perempuan penjimat.
perempuan garang.
perempuan ego.



perempuan solehah... bahagai sesiapa memilikinya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

aina_nasuha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1488
Posting: 144
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 13:11


Tidah dinafikan psikologi yg di berikan oleh saudara saifuddin..

Sifat itu ada pd diri sesorang perempuan kerana bilangan wanita itu bukanlah seorang kan..kata orang..banyak orang..banyaklah ragamnya.

Tapi bagaimana pulak dengan orang lelaki..tiadakah golongan yang seperti itu..kerana setiap hamba Allah itu ada yang cacat celanya.wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For aina_nasuhaProfil   Hantar PM kepada aina_nasuha   Quote dan BalasQuote

islamic_princess
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 15:58


assalamualaikum

tak dinafikan ada juga segelintir wanita yg bersikap sedemikian kerana manusia ni tak sama sikapnya ia bergantung pada didikan dan persekitaran......tapi yg penting jangan sesekali beranggapan bahawa semua wanita itu sama sikapnya.....kerana kadang2 ada segelintir lelaki kalau dia dah kena tipu ker apa ker dengan seorang wanita dia akan copkan bahawa semua wanita ni sama
tapi bukan kaum adam kat sini lah,tempat lain......

wassalam

-----------------
HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN
MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN
MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_princessProfil   Hantar PM kepada islamic_princess   Pergi ke islamic_princess's Website   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 06-10-03 16:19


emmmm....
no komen...
x tau nak cakap aper..
better muslimah laa komen...
diorang lg tau kot..


Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 06-10-03 16:29


Assalamualaikum..

Ucapan Perdana Menteri Sempena Hari Wanita 2002

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Hari Wanita kerana menjemput saya dan isteri ke Majlis sempena Hari Wanita tahun ini. Kepada semua kaum wanita saya ucapkan selamat menyambut Hari Wanita.

Semenjak lebih dua dekad kita telah melihat peningkatan perjuangan untuk hak wanita di seluruh dunia. Memangpun perjuangan hak ini mempunyai sebab dan asas-asas yang wajar.

Di zaman dahulu, wanita dianggap sebagai orang suruhan milik lelaki dengan taraf yang hanya baik sedikit daripada hamba. Di sesetengah masyarakat ibu dipandang lebih rendah daripada anak lelaki mereka sendiri.

Dengan perubahan zaman hak wanita semakin diiktiraf. Tetapi mereka masih tidak setaraf dengan lelaki. Justeru itu, ada di antara aktivis wanita di Barat yang tidak puas hati dan ingin persamaan dengan lelaki dalam semua aspek hidup dalam masyarakat.

"Women's Lib" dijadikan slogan oleh aktivis-aktivis wanita. Mereka berlumba-lumba untuk mengenalpasti semua perbezaan di antara wanita dengan lelaki yang perlu disamakan.

Sementara banyak perjuangan mereka adalah tepat dan adil, ada banyak juga yang merosakkan masyarakat, terutama di Barat. Di sana, persamaan dengan lelaki diusahakan sehingga meruntuhkan moral dan maruah masyarakat.

Demikian, jika suami tidak taat kepada isteri maka isteri juga tidak perlu taat kepada suami. "Morality" dahulu menekankan pentingnya suami tidak menipu isteri dan "vice versa" tetapi sekarang apa yang dikehendaki bukanlah "marital fidelity" tetapi falsafah "anything you can do, I can do". Dengan itu perkahwinan runtuh sehingga akhirnya institusi perkahwinan itu sendiri dianggap tidak penting. Akibatnya ialah institusi keluarga turut runtuh dan diganti dengan "single parent family" dalam mana anak sudah tidak tahu siapa ayahnya, dan kadang-kadang si bapa memelihara anak yang tidak kenal ibunya.

Juga dalam percubaan mencari persamaan dengan lelaki sifat-sifat fizikal kewanitaan cuba diganti dengan sifat- sifat fizikal lelaki. Wanita cuba membina badan supaya mempunyai "muscles" serupa lelaki. Mereka mengangkat berat supaya membesarkan otot-otot mereka. Akhirnya mereka tidak lagi berbadan wanita. Sebaliknya mereka sudah tidak banyak berbeza daripada segi fizikal dengan lelaki. Dengan itu tingkah-laku dan sifat-sifat kewanitaan mereka turut hilang dan diganti dengan manusia yang bukan lelaki dan bukan perempuan dan bukan juga maknyah. "Gender" atau jenis yang keempat ini sudah ramai di Barat.

Saya bukan "male chauvinist" tetapi saya bersyukur kerana keterlaluan yang kita lihat di Barat tidak menular ke negara ini. Kaum wanita di Malaysia memang menuntut hak yang saksama tetapi tidak sehingga ingin menukar jenis dan rupa dan menggugurkan sifat-sifat kewanitaan mereka. Di Malaysia, wanita ingin kekal sebagai wanita. Hanya yang mereka mahu ialah diri mereka dihormati dan diberi tempat yang wajar dalam masyarakat.

Institusi perkahwinan dan kekeluargaan di Malaysia terselamat. Dengan ini "moral values and ethics" tidak runtuh. Masyarakat yang tidak mempunyai "moral value" yang tinggi tetap akan mengalami masalah sosial dan keresahan sepanjang masa. Masyarakat tanpa "morality" bukan sahaja tidak mungkin maju tetapi juga yang sudah maju pun akan balik menjadi mundur.

Walaupun kita bersyukur kerana "Women's Lib" di Malaysia tidak keterlaluan, tetapi kehidupan di Malaysia sekarang ini tidak lagi sama seperti di zaman sebelum pertumbuhan ekonomi yang tinggi, perindustrian secara besar- besaran dan kemudahan pelajaran tinggi yang meluas. Perubahan-perubahan ini tetap mempunyai kesan terhadap kehidupan individu dan keluarga dalam masyarakat. Sudah tentu ia mempunyai kesan terhadap cara hidup dan "value sys- tem" kaum wanita.

Walaupun kebanyakan daripada perubahan cara hidup menguntungkan kaum wanita dan masyarakat keseluruhannya dan kita tidak harus menolak pertumbuhan ekonomi dan pemodenan, tetapi kesan yang negatif daripada perubahan memerlukan pendekatan secara lebih tersusun dan berilmiah.

Hari ini ramai beliawanis bekerja di kilang-kilang yang jauh dari kampung halaman dan kawalan keluarga. Tanpa panduan dan penyeliaan akan ada beliawanis yang terlibat dengan kegiatan yang tidak diingini. Walaupun mereka yang terlibat ini tidak ramai sekarang tetapi mereka perlu diberi perhatian. Jika tidak cara hidup mereka yang segelintir ini boleh merebak dan menjadi budaya baru bagi kumpulan ini.

Yang diperlukan ialah penglibatan mereka dalam kegiatan-kegiatan yang sihat seperti sukan dan kelab, "in- door games", kelas-kelas agama dan sosial, dan lain-lain yang boleh memenuhi masa lapang mereka tanpa membosankan. Untuk ini badan-badan sosial wanita yang berminat dengan kerja-kerja sukarela boleh memainkan peranan. Kilang juga boleh memberikan kemudahan yang diperlukan. Kita tidak ingin memberi sebab kepada mereka yang berkepentingan menghalang beliawanis kita daripada bekerja di kilang kerana tenaga mereka amat diperlukan untuk perindustrian dan pembangunan negara. Bebanan ibu bapa mereka juga dapat dikurangkan dengan kegiatan dan penyeliaan oleh badan-badan kebajikan. Di samping itu mereka akan lebih mengetahui akan cara-cara hidup dalam dunia moden ini dan akan menguasai kecekapan dan pengetahuan yang mana ini akan menjadikan mereka warganegara yang lebih mampu bersaing dengan bangsa- bangsa asing.

Bagi wanita yang sudah berumahtangga, konflik mereka ialah di antara memelihara anak dan rumahtangga dengan tarikan bekerja untuk menambah pendapatan. Mereka yang berkelulusan tinggi tetapi tidak bekerja selepas berumahtangga akan merugikan perbelanjaan berpuluh-puluh ribu ringgit untuk mendapat ilmu yang bukan sahaja berharga bagi diri mereka tetapi juga diperlukan oleh negara.

Tetapi masalah sekarang ialah semakin ramai anak yang tidak mendapat pemeliharaan dan didikan oleh ibu yang bekerja. Kadang-kadang anak-anak ini terletak di bawah jagaan pembantu rumah yang mungkin terdiri daripada orang asing. Anak-anak ini akan menyerap budaya asing dan mungkin juga bahasa ibunda pun akan hilang atau lemah.

Besar kemungkinan mereka akan menjadi "disoriented", tidak dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat Malaysia. Mereka sudah tentu tidak akan mengecapi kesayangan ibu, sesuatu yang amat penting bagi membentuk psikologi mereka. Anak yang tidak merasai kesayangan ibu tidak akan dapat memahami tanggungjawab terhadap anak mereka kemudian. Anak seperti ini tidak terkawal, mungkin tidak berdisiplin dan mudah terlibat dengan kegiatan yang tidak diingini, seperti penagihan dadah.

Namun masalah ini tidak boleh diatasi dengan pendekatan yang mudah, iaitu ibu harus tinggal di rumah untuk mendidik anak. Sebenarnya peranan wanita dalam masyarakat begitu penting sehingga kita tidak boleh mengasingkan wanita daripada masyarakat umum. Mereka bukan sahaja dikehendaki terus mengguna sebarang ilmu atau kecekapan yang ada pada mereka dalam membantu negara bersaing dengan negara asing yang mengguna tenaga wanita dengan sepenuhnya, tetapi wanita juga dikehendaki memainkan peranan yang besar dalam bidang sosial dan politik.

Jelas sekali dalam masyarakat Malaysia moden, tradisi lama di mana semua wanita menjadi ibu dan suri rumah, dan lelaki menjadi "bread winner", tidak dapat dikembalikan. Dilema kita ialah kedua-dua pilihan mempunyai kesan yang tidak baik.

Selain daripada mengadakan "creche" di tempat kerja, mungkin satu "solution" bagi mengatasi dilema ini ialah dengan menghidupkan semula sistem "extended family". Penduduk bandar biasanya terputus hubungan dengan anggota keluarganya yang lain. Jika dahulu datuk atau nenek ada untuk menjaga cucu, atau pun adik atau kakak yang tinggal bersama boleh menjaga anak yang ditinggal, hari ini di bandar-bandar, mereka yang sudah berkahwin hidup berasingan daripada ibu bapa dan keluarga lain. Dengan itu tidak akan ada sesiapa di rumah apabila suami isteri keluar bekerja atau mempunyai urusan di luar. Jika mereka mempunyai anak kecil, masalah akan timbul. Sebaliknya, jika amalan tinggal bersama dengan ibu bapa dikembalikan masalah ini mungkin berkurangan.

Sudah tentu "there is a price to pay". Sebabnya "noth- ing is free in this world". Ibu mertua tidak seburuk seperti yang selalu digambarkan dalam drama atau cerita di televisyen atau filem atau buku novel terutama dari barat.

Kita berhasrat menjadi negara maju. Telah diterangkan negara maju yang dimaksudkan bukanlah semata-mata negara yang kaya, berteknologi tinggi, kukuh dan kuat. Kita ingin negara maju yang antara lain mempunyai rakyat yang bermoral tinggi dan yang berpegang kepada nilai-nilai yang mulia.

Wanita terlibat secara langsung dengan pengekalan dan pemupukan nilai-nilai mulia ini daripada buaian lagi. Tidak mungkin wanita memainkan peranan ini jika mereka tidak sedar atau tidak faham masalah yang akan timbul dalam perjalanan kita menuju ke taraf negara maju.

Peranan wanita dalam masyarakat bukan harus dikurangkan, tetapi sebaliknya harus ditingkatkan. Kaum lelaki perlu akui bahawa dalam bidang pelajaran dan perniagaan prestasi wanita kadang-kadang lebih tinggi daripada lelaki. Mereka harus iktiraf hakikat ini dengan memberi tempat yang sewajarnya kepada wanita. Mereka yang layak dinaikkan pangkat tidak sepatutnya disekat hanya kerana mereka wanita. Demikian juga pengadilan oleh lelaki terhadap mereka hendaklah adil dan saksama. Bahawa wanita Malaysia tidak "militant" tidak seharusnya dijadikan peluang bagi lelaki mengambil kesempatan daripadanya.

Kita hanya tinggal 28 setengah tahun sahaja lagi untuk menjadi negara maju. Kita sudah merdeka 35 tahun dan kita dapati tempoh itu tidaklah begitu panjang. Sekarang tempoh yang kita ada lebih pendek dan banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kita dalam menghayati sifat-sifat kewanitaan yang sihat supaya kejayaan tidak akan memusnahkan "charac- ter" masyarakat kita.

Justeru itu kaum wanita bersama kaum lelaki mestilah memandang serius peranan masing-masing, merenung pendekatan yang bijak untuk menyelamatkan masyarakat Malaysia yang sedang menuju ke arah kemajuan ini.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada kaum wanita seluruh negara.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

nur_arridha
Warga Rasmi
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4050
Posting: 15
Dari: utm

Perlis  


posticon Posting pada: 06-10-03 16:48


KASIHNYA TUHAN PADA WANITA

&#8220;Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya&#8221;. "Kasihnya
Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk
menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya,
tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat
melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya.
Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan
berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat
mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik
yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan
mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau
larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup
aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin
dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau
larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap
satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan
kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita
ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas
mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak
membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak
menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal
lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti
jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan
kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu
selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil
ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang
kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu
jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan
dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak
bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan
sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan
apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang
diberikan olehTuhan kepada wanita, sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami
atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain,
perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan
yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah
`husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam
bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan
&#8216;femme&#8217; untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang
berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk
kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami
dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain.
Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini
bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada
kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin
atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat
dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak
menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata
kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang
suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman.
Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya,
isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut
&#8217;imraah&#8217;, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau
penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa
wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia
dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak
kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu
ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang
yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta
berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng&#8217;hamba&#8217;kan diri kepada ibunya
(dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah
beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan
dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh
anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik
kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu
kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia,
dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."
(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan.
Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin
kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang)
mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka,
tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam
satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka
akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki,
sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi,
menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia
iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha
Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini
kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu
yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak
berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia
memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan
penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan
dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi
penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan
kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita
sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang
wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat
ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka
sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap
memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan
keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan
dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala
solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar
menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala
yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada
golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah
wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran
yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan
meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu
diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun
sudah terlampau banyaknya.




Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_arridhaProfil   Hantar PM kepada nur_arridha   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 06-10-03 16:59


berbahagialah perempuan yang solehah kepada suaminya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-10-03 09:42


Perempuan cool.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

are_rule1981
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 3442
Posting: 293
Dari: Ampang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-03 15:47


therefore, belajarlah ttg psikologi perempuan...dekati hati naluri seorg perempuan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For are_rule1981Profil   Hantar PM kepada are_rule1981   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 17:43


Tajuk psikologi wanita. Tapi macam masih terawang - awang tajuk ni ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 11-07-08 18:35


Pada 11-07-08 17:43 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Tajuk psikologi wanita. Tapi macam masih terawang - awang tajuk ni ..


entahnya.. igtkn facts. rupanya just pendapat. memang lah. ingat nak perfect ke? Saidatina `Aisyah .a. pun manja2 cemburu begitu.. :kelip:
tengok lah macam mana si lelaki tu handle..
saling lengkap melengkapi.. (bahgianya.. day dreaming :sopan: )

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-08 22:37


isteri yang bersabar dengan keburukan suaminya akan diberi ganjaran seprti asiah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 12-07-08 01:15


ada satu universal theory about women...."never give credit card & money to women".....hahaha...teringat dialog ini dalam movie the island.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-08 07:57


Pada 12-07-08 01:15 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

ada satu universal theory about women...."never give credit card & money to women".....hahaha...teringat dialog ini dalam movie the island.


"never give credit card & money to menn" pun boleh jugak.. hehehe


p/s: mak saya yang simpan duit ayah saya sebab ayah kalau pegang duit, memang habis dia nak belanjakan... mak jugak yang pandai saving.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-07-08 12:04


no body is perfect alrite.......
wanita solehah pun kadang-kadang terkeluar jugak sifat yang tidak disenangi...
kadang-kadang lah.......
yang penting sentiasa muhasabah...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-08 13:31


!!! QUOTE !!!

no body is perfect alrite.......


thats true...

nasihat saya kepada diri sendiri yang serbaserbi kurang dan kepada sahabat semua..yang penting jangan pening2 perbaiki diri dulu..

hidup ini kan saling melengkapi..kekurangan dan kelebihan mengisi kesempurnaan bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-07-08 14:05


Assalamualaikum
perempuan...hm...entah.... :-?



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

amancalledboy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.07.2008
Ahli No: 33940
Posting: 128
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-07-08 21:15


Pada 11-07-08 18:35 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 11-07-08 17:43 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Tajuk psikologi wanita. Tapi macam masih terawang - awang tajuk ni ..


entahnya.. igtkn facts. rupanya just pendapat. memang lah. ingat nak perfect ke? Saidatina `Aisyah .a. pun manja2 cemburu begitu.. :kelip:
tengok lah macam mana si lelaki tu handle..
saling lengkap melengkapi.. (bahgianya.. day dreaming :sopan: )


nak join saudara amrinhakeem day dreaming..bahagia nya~~

:kelip: :kelip: :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For amancalledboyProfil   Hantar PM kepada amancalledboy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11576 saat. Lajunya....