Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 153
Ahli: 0
Jumlah: 153




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 31 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Cikgu Bala Penipu


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Cikgu Bala Penipu

Please Mendaftar To Post


Oleh Cikgu Bala Penipu

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 20-12-07 22:30


Ada seorang guru di sekolah kami.Namanya Mr.Bala.Dan cikgu kami ini walaupun beliau mengajar subjek Bahasa Inggeris,beliau tak mahu dipanggil Mister ataupun Sir.Beliau mahu kami memanggilnya cikgu Bala.Cikgu Bala ini pula orangnya gemar menyakitkan hati kami dan pandai pula membuat kami ketawa.Kadang-kadang cikgu Bala betul-betul buat kami marah.Cikgu Bala dirinya lebih baik berbanding segelintir orang yang pergi haji.Sebagai orang Islam tentunya kami marah sekali dengan kenyataannya itu.

"Walaupun saya tak pergi haji,tapi saya kadang-kadang lebih baik dari orang yang pergi haji,"katanya suatu hari kepada kami di kelas sebelum beliau mula mengajar.

"Kenapa pula cikgu?"Hasnol yang terusik dengan kenyataannya itu bangun meledakkan kemarahannya.

"Awak tak percaya,Hasnol?"Cikgu Bala tersenyum.

"Kenapa cikgu kata begitu?"Jamal pula mencelah.

"Baiklah..Awak ada kenal sama itu Haji Basri yang duduk dekat-dekat masjid lama?"Cikgu Bala masih tersenyum.

"Percayakah awak saya kata itu haji semalam ada pergi disko mabuk-mabuk,bawa balik satu perempuan Cina?"Cikgu Bala tersengih dan kami sekelas yang beragama Islam hanya ternganga.

Sekampung tahu Haji Basri memang haji tak boleh pakai.Haji yang tak serupa haji.Kami tak dapat menyangkal kata-kata cikgu Bala tadi.Dan sekaligus mengiakan kenyataan cikgu Bala.

Dan cikgu Bala ini pula terkenal dengan kegarangannya.Setiap kali markah ujian bulanan keluar,tentu saja kami kebanyakannya mendapat markah D.Cikgu Bala akan memekik dalam kelas begini,"Kamu semua ini macam PMR dapat lulus saja!Entah-entah gagal terus!Kamu semua malas mahu belajar Bahasa Inggeris nanti kamu yang susah!Ini Razlan ambil kertas kamu balik tunjuk sama bapak!Ini macam memang paling bagus pun kamu dapat D saja dalam PMR!"

Kami semua diam menikus.Ayahku tentu memberang melihat markah sekadar lulus yang tercatat pada kad laporan kemajuanku.

"Celaka punya cikgu Bala!"Aku menyumpah dalam hati.

Petang itu pulang ke rumah aku betul-betul dibambu ayah.

"Kau mesti dapat sekurang-kurangnya B dalam subjek ini.Kalau tidak jangan harap kau boleh keluar bermain petang-petang!kalau macam ini kau dapat,sia-sia aku hantar kau belajar!Baik aku guna duit belajar kau tu untuk benda lain!"Aku tiapkali apabila dimarahi ayah akan terkedip-kedip menunduk dan menikus.Tak terjawab sepatah pun.

Maka pagi esoknya kami akan ke sekolah dengan dendam dan kebencian terhadap cikgu Bala.Cikgu Bala pula akan membuat kami ketawa,dan kami seterusnya akan terlupa tentang kebencian kami terhadapnya.

"Orang yang pakai janggut macam ustaz,tapi bikin perkara yang memalukan dan berdosa itu kambing!Apa pasal?Sebab kambing pakai janggut tapi tak malu tak pakai baju!"Kelas kami tertawa mendengarnya.

"Orang yang malam-malam pergi lorong-lorong cari perempuan itu macam kelkatu!Cari-cari lampu di tengah-tengah gelap,nanti terlanggar sendiri mampus!"

Dan orang yang membodek-bodek itu macam ayam katanya.Ditabur jagung nanti dia patuk-patuk atas tanah.Orang yang ikut saja kata menteri atau wakil rakyat itu macam lembu, kerana senang ditarik dan ditolak pakai tali dan kayu.Bermacam-macam perumpamaan yang cikgu Bala ajarkan kepada kami sampaikan kadang-kadang ceritanya itu saja sudah memakan tiga suku daripada 45 minit waktu kelas.

Namun ketika ujian PMR semakin hampir cikgu Bala menjadi lebih kejam.Lawaknya sudah berkurang dan hampir pupus sama sekali.Beliau memberi pelbagai latihan Bahasa Inggeris untuk kami jawab.Dan semestinya apabila tiba waktu memeriksa jawapan dan keputusan latihan diperoleh,kami akan jadi mangsa kemarahannya.

"Ini macam punya latihan pun tak boleh dapat A!Ini macam memang keputusan PMR tahun ini akan jatuh!Kamu semua mesti banyak dapat D saja!Cukup makan!Pemalas!"Dan kami akan menelan makiannya itu dengan perasaan geram dan benci namun terbalut oleh perasaan takut.

Ketika sedang mengambil keputusan ujian PMR kami dengar cikgu Bala mahu berpindah sekolah.Dan cerita ini kami kongsi dengan perasaan sukacita dan gembira.Tiada lagi cikgu yang akan memaksa kami memenuhkan buku latihan Bahasa Inggeris,dan tiada lagi makian untuk kami kalau kami mendapat markah cukup makan untuk Bahasa Inggeris kerana cikgu Bala juga mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan menengah atas.Berita ini menjadi lebih meriah lagi apabila kami masing-masing mendapati keputusan subjek Bahasa Inggeris kami dalam PMR jauh lebih baik daripada yang selalu disumpah oleh cikgu Bala kepada kami.Kebanyakan dari kami mendapat gred A dan selebihnya mendapat gred B dan C.Cuma dua orang pelajar saja yang gagal dalam subjek ini.

"Cikgu Bala penipu!"Pekik Razlan.

"Ya,penipu!Katanya aku pasti dapat D!Tengok,aku dapat A!"Jamal menyambung.

Aku juga merasakan cikgu Bala penipu.Disangkanya kami bodoh.Buktinya aku dapat gred A dalam subjek yang selalu D dalam ujian yang diberi cikgu Bala.Maknanya aku bijak,dan cikgu Bala tersilap.Suatu perasaan bangga terkembang dalam jiwaku.Aku ingin bertemu dengan cikgu Bala untuk menayangkan keputusan PMR ku biar dia merasa bersalah kerana telah memaki dan memarahi kami selama ini.

Sewaktu kami bergembira dan berkumpul di dewan sekolah,cikgu Bala muncul dengan senyuman meleret pada wajahnya.Dan kami geram sekali hendak menunjukkan bahawa kami bijak-bijak belaka bukan seperti yang cikgu Bala selalu marahkan.

"Cikgu Bala penipu!"Pekik Jamal.

"Ya,penipu!Saya dapat A,bukan D,tahu?Lihat!"Razlan menayang-nayangkan slip keputusan peperiksaannya kepada cikgu Bala.Cikgu Bala tersengih sambil mengusap-usap kepala Razlan.

"Tahniah.Ya,saya penipu.Dan nanti selepas ini kamu tak akan jumpa lagi cikgu penipu seperti saya.Selepas ini saya akan berpindah sekolah.Nasihat saya,kamu jangan jadi ayam,jangan jadi kelkatu,dan jangan jadi lembu.Jadilah insan yang berguna,tahu?"cikgu Bala tersenyum lagi.

Kami terdiam.Selepas bersalaman dengan kami semua cikgu Bala meninggalkan kawasan sekolah dengan Proton Saga putihnya yang lapuk.Selepas itu cikgu Bala tak pernah lagi muncul di sekolah kami.

Dan kehilangan cikgu Bala amat kami rasai.Semenjak belajar di tingkatan empat,baru kami sedari bahawa cikgu Bala bukan penipu.


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 12:50


satu cerita yang menarik....banyak pengajaran....menipu supaya anak murid lebih berusaha :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 21-12-07 17:13


Assalamualaikum
tipu sunat ke ni ye..... :berfikir:
apapun. mesej yang sangat bagus....sama seperti firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 216....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 17-01-08 22:15


setiap pagi
seluruh dunia menebarkan ucapan keramat
yang menjulang dada langit

"SELAMAT PAGI CIKGU.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 17-01-08 22:42


hehehe..
memang cikgu bala penipu..
Kenapa lah cikgu bala xg sekolah koi dulu??
ekeke

Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.268743 saat. Lajunya....