Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Usah merungut bila gelap; pasang lampu teranglah ia
-- Peribahasa Jawa

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 6 jam, 54 minit yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Kenapa Hidup Saya Dipenuhi Dengan Maksiat??


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Kenapa Hidup Saya Dipenuhi Dengan Maksiat??

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa Hidup Saya Dipenuhi Dengan Maksiat??

unknown_anonymous1
Warga Rasmi
Menyertai: 02.12.2007
Ahli No: 31889
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 21:18


Assalamualaikum, sebelum apa-apa izinkan saya untuk tidak memberitahu identiti saya agar saya tidak diaibkan.Anggap lah saya sebagai seorang hamba Allah yang hina.

         Saya seorang lelaki yang berumur 18 tahun, anak tunggal berasal dari sebuah negeri di Malaysia, Alhamdulillah tahun depan saya akan pergi oversea untuk meneruskan pelajaran saya dibawah tajaan biasiswa.

         Saya amat kecewa dengan persekitaran saya, untuk pengetahuan anda semua, bapa saya tidak pernah solat, mak saya mengajar saya solat semasa saya berumur 9 tahun(atas desakan nenek saya), kemudian apabila saya tidak solat, mak saya tidak kisah, saya tidak solat hingga tingkatan 3, pada saat tingkatan 3 lah baru saya mendapat hidayah semula dan saya mulakan hidup saya sendiri, sejak hari itu, saya tidak pernah tinggalkan solat fardu dan solat jumaat, walaupun mak saya tak pernah ambik tahu pasal solat saya. Sewaktu tingakatan 4, saya baru dapat khatam al-quran kali pertama atas inisiatif diri saya sendiri.

        Sejak saya belajar solat semasa darjah 3, saya jarang2 solat dan tidak solat langsung semasa darjah 6, tingkatan 1 dan tingkatan2 . Bapa saya tidak solat langsung, mak saya pula kadang-kadang solat. Sejak darjah 3, mereka selalu bergaduh, bapak saya akan mengamuk, begitu juga dengan mak saya, saya begitu tertekan, mereka tidak bercakap sesama sendiri, sebaliknya mereka menggunakan saya. mereka tidur di bilik yang berlainan. Bapa saya pernah mengamuk sehingga pecah cermin di tingkap kerana bergaduh dengan mak saya. Mak saya pernah mengugut untuk membunuh diri, tapi saya dapat halangnya.Perkara ni berterusan sehingga tingkatan 3, Sewaktu tingakatan 3, mak saya bertindak untuk pindah dari rumah itu dan meninggalkan bapak saya seorang2, bapa saya pula tidak bekerja sejak form 1, dia tidak bekerja, tidak bersolat dan entah-entah apa entah lagi lah, adakah dia seorang bapa? saya pun tak tahu. mak saya berpindah dan menyara hidup saya.

        Tapi dia masih lagi tidak solat, kemudian, dia berym dan cuba mencari lelaki untuk meluahkan perasaannya, sungguh pelik, Kenapa tidak diluahkan kepada Allah? Akhirnya dia jumpa dengan seorang laki yang telah berbini, hampir tiap-tiap malam mereka berdating meninggalkan saya kesepian di rumah, hanya Allah yang tahu derita saya. Kemudian, mereka hingga kini masih lagi bercouple, isteri si laki tu terima mak saya, tetapi, apa yang menyedihkan, si laki itu pun langsung tidak bersolat juga!! Saya teramat terkilan, Kenapa hidup saya mesti begini.

        Sejak tingkatan 3, saya telah mendapat hidayah Allah, dan berubah, saya cuba untuk mengubah diri saya yang jahil ini. Dulu semasa tingkatan 1 dan 2 saya selalu beronani untuk mereleasekan tension. Kini saya telah berhenti untuk selama-lamanya. Saya dah bertekad untuk tidak membuat apa-apa lagi dosa, yang kecil mahupun besar, saya sekolah agama sehingga darjah 2 sahaja. Saya hanya asas agama dalam solat dan bacaan al-quran sahaja. Kini, saya cuba dalami ilmu2 agama lagi, apa yang baik dan apa yang buruk.

        Kini dilema saya, saya tahu kemungkaran harus dicegah, mak saya dengan bf dia telah buat maksiat. Laki tu selalu datang rumah saya untuk menjenguk mak saya. Mereka selalu keluar bersama untuk kerja dan urusan2 harian, entah bila mereka nak kahwin pun saya tak tahu. Saya tak mampu nak cegahnya. Saya pernah tegur mak saya pasal solat. Tapi, dia melenting balik dekat saya. dia pernah cakap "Kenapa engkau ni alim sangat ha?!", saya hanya menangis saja ketika itu. Saya tak mampu nak mencegah maksiat di rumah saya sendiri. Walaupun saya bersolat penuh, bersolat sunat, membaca quran tiap-tiap hari, tapi saya tak mampu buat apa-apa. saya manusia yang lemah. saya manusia yang jahil.

     Saya jealous tengok keluarga lain bahagia, saya jealous tengok mereka ramai adik-beradik, saya hanya anak tunggal, saya terperangkap, saya jarang keluar rumah, saya hanya terperap dalam rumah, kalau keluar pun ke surau. Itu sahaja. Mak dan bapak saya kedua-duanya panas baran, suka melenting. bf mak saya pula kononnya sibuk sangat sampai tak nak solat. depan nenek saya dia solat pula. hipokrit sungguh. nenek saya jugak tak mampu nak nasihatkan mak saya dan bapa saya. saya tiap-tiap hari berdoa, hanya ini yang saya mampu lakukan.

     Buat masa ini, saya hendak belajar dahulu, saya bersyukur kerana dapat pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Saya akan berjihad demi Islam. Tapi, keluarga saya sendiri tidak betul, bagaimana nak betulkan orang lain? Saya sedih, saya merana, apa lagi yang harus saya buat?

     Saya sudah lali dengan dunia ini, kes rogol lah, perempuan tak ada daralah, ustaz, hafiz berzina, cikgu main dengan student, rogol nenek, rogol mak, saya tak tahu apa nak jadi dengan dunia ini. Saya amat tertekan. Saya telah trauma dengan perkahwinan disebabkan penceraian mak bapak saya. Lagipun, dengan keluarga saya yang begini, sapa yang sanggup jadi isteri saya? Apa reaksi mereka jika mereka tahu pasal keluarga saya? Sanggupkah mereka melayan karenah mak saya? Tidak kesiankah anak saya nanti bila tahu dia tidak mempunyai sepupu belah ayahnya? . Buat masa ini, saya hanya mampu berdoa, saya tak mampu buat benda lain, saya pun kerap membaca quran dan saya telah berniat untuk menghafal quran untuk memberi syafaat kepada mereka di akhirat. Tapi saya tau, pencegahan harus dibuat di dunia.

     Tapi saya hanya manusia biasa, saya bukan ustaz, saya bukan berasal daripada sekolah agama. Saya sungguh tertekan sekarang. Bantulah saya, doakan agak mak, bapak , dan bf mak saya berubah. Saya sayangkan mereka. Saya tidak mahu mereka dicampakkan ke dalam api neraka. :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For unknown_anonymous1Profil   Hantar PM kepada unknown_anonymous1   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 10:42


sedihnya cerita awak ni...
yelah, berat mata membaca, berat lagi bahu memikul...ye tak??...
apapun awak perlu ingat, Allah tu maha adil...
as a human being, kita cuma mampu buat apa yang termampu kita buat..but jangan sampai tak buat langsung..
kita tak boleh nak mengubah manusia, kecuali manusia tu sendiri yang nak berubah..
apapun kita kena ada usaha...hidayah tu milik Allah...

apapun yang kita lakukan kat dunia ni, kita perlu tau, Kenapa kita buat macam tu..Kenapa?....tepuk dada tanya iman...

bersyukurlah awak insan terpilih dikurniakan hidayahNya...nikmat Allah yang tidak terkira besarnya..
at least awak da berjaya untuk menyambung pelajaran awak...semoga berjaya kelak...

apapun...positive thinking ok..:)

sekadar peringatan untuk diri saya jugak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 13-12-07 12:39


luahkan segalaNya pada Allah..pinta hidayahNya..jangan cari jalan selainNya...yakinlah dengan janji Allah..jika tak mampu nak mengubahNya..berdoalah kepadanya..Allah Maha mendengar

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 12:40


.. banyakkan berdoa untuk kedua ibubapa adik dan keluarga adik serta seluruh saudara mara seIslam kita.. dan tunjukkan pada mereka perubahan adik seperti solat, mengaji.. mana tau mudah-mudahan mereka akan tersedar setelah melihat perubahan adik.. kisah saidina Umar menjadi bukti tentang hidayah ALLAH.. apa-apa pun mudah-mudahan semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNYA.. Amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 13-12-07 14:07


Rujuk lah sejarah2 para Nabi sebelum ini dan sahabat2 yang menderita nasib seperti anda. memang betul dugaan anda lebih hebat dari org biasa seperti saya. Sudah pasti pahala anda juga lebih hebat dari org biasa seperti saya. Banyakkan lah bersabar, dunia ini sementara dan penuh dengan dugaan. Semoga ALLAH sentiasa melindungimu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-12-07 17:18


:-) Assalamualaikum


Alhamdulillah...bersyukur kepada ALLAH kerana adik telah berubah...manusia ni secara fitrahnya adalah baik...maka manusia akan sukakan perkara2 yang baik...begitu juga dengan perasaan bertuhan..secara fitrahnya..ALLAh jadikan manusia ini perasaan ingin bertuhan...jadi walau macam mana sekali pun...akan wujud perasaan dalam hati mereka mempercayai kepada Tuhan walaupun mereka lalai,cuai,malas dan sebagainya untuk melakukan perintah agama....
Adik...

Untuk membentuk orang lain menjadi baik..kita harus menjadi baik dahulu...jadi contoh pada mereka...walau segala nasihat,teguran adik mereka tidak pedulikan...teruskan usaha adik itu secara berhikmah...bercakap dengan orang yang lebih tua pun perlu ada caranya..apatah lagi mereka ibu bapa kita...jangan putus asa berdoa..teruskan usaha dan doa adik...ingatlah...ALLAH sekali2 tidak akan mempersia-siakan doa dan permintaan hambaNYA..kalau tidak hari ini..suatu hari nanti akan ada hasilnya..insyaALLAH...
Adik...

KAlau kita lihat zaman Nabi dan sahabat2 dulu...bertahun-tahun mereka menyebarkan dakwah dan pemahaman agama...mereka disiksa,difitnah.ditentang dan pelbagai lagi namun itu semua tidak mengjadi halangan buat mereka..bahkan keimanan mereka bertambah kuat...ingatlah..bila kita kembali kepada ALLAH..melaksanakan perintah ALLAH...kita akan sentiasa diuju untuk mengukur sejauh mana tahap iman dan kesabaran kita...jadi usahlah mengeluh...mengadu padaNYA..carilah sahabat-sahabat yang soleh supaya kita bertambah kuat dan cekal dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan....
Jangan lah dirisaukan tentang pasangan hidup adik...sebab dalam Quran dah dijelaskan.."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"...kalau adik seorang yang baik...insyaALLAH..akan dipertemukan dengan mereka yang baik dan memahami situasi adik...

Akhir kalam..tabahkan hati dan jiwa adik..belajar sungguh-sungguh;..jangan putus asa berdoa untuk kedua ibu bapa adik...insyaALLAh...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-07 19:45


uih!!... panjang nya dia tulis, ana xbace huhu! :P :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 23:05


alhamdulillah..dalam kejahilan terselit juga hidayah ye..saya tak tau nak komen apa..cuma apa yang saya pelik..mungkin membawa kepada kekaguman adalah..bagaimana saudara boleh berjaya dalam akademik sedangkan suasana dirumah agak berantakan?? bukan menyanggah kurniaaan tuhan yang saudara kecapi dari sudur itu namun sukar jugak nak mempercayainya..terdetik juga dihati mungkinkah ini rekaan semata-mata..bagaimana saudara boleh sampai ketahap pencapaian akdemik yang tiggis ehingga sampai menjejak tanah seberang (mana-mana seberang lah) sedangkan situasi dirumah saudara tidak begitu kondusif? lagi-lagi pula saudara menyatakan ayah saudara tidak bekerja..bagaipula dengan ibu saudara ye? apaun maaf lah persoalan ni pulak timbul...saja saja nak tau lebih lanjut..dan jawapan klise diatas agar saudara bersabar adalah sebaik-baik nasihat yang boleh saya katakan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Upsi_InMyHeart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.11.2006
Ahli No: 27262
Posting: 115
Dari: tanjong malim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 09:31


Teruskanlah usaha adik ye..syukurlah adik dah berubah dan walaupun bertimbun masalah yang dihadapi..tapi adik cukup kuat..menghadapi semuanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Upsi_InMyHeartProfil   Hantar PM kepada Upsi_InMyHeart   Pergi ke Upsi_InMyHeart's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 10:11


Pada 15-12-07 23:05 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah..dalam kejahilan terselit juga hidayah ye..saya tak tau nak komen apa..cuma apa yang saya pelik..mungkin membawa kepada kekaguman adalah..bagaimana saudara boleh berjaya dalam akademik sedangkan suasana dirumah agak berantakan?? bukan menyanggah kurniaaan tuhan yang saudara kecapi dari sudur itu namun sukar jugak nak mempercayainya..terdetik juga dihati mungkinkah ini rekaan semata-mata..bagaimana saudara boleh sampai ketahap pencapaian akdemik yang tiggis ehingga sampai menjejak tanah seberang (mana-mana seberang lah) sedangkan situasi dirumah saudara tidak begitu kondusif? lagi-lagi pula saudara menyatakan ayah saudara tidak bekerja..bagaipula dengan ibu saudara ye? apaun maaf lah persoalan ni pulak timbul...saja saja nak tau lebih lanjut..dan jawapan klise diatas agar saudara bersabar adalah sebaik-baik nasihat yang boleh saya katakan...


em...ingat kan ana saja yang berperasaan begini... sebab tu ana tak bagi komen apa-apa... maaf ya saudara yang meluahkan isi hatinya tu...
apa pun,tiada yang mustahil kan..

tak apalah,yang utama dulu diri sendiri perlu berubah barulah kita 'kuat' untuk merubah org lain..tapi kena brsabar lah..bukan mudah untuk org menerima nasihat kita tambah2 kalau org tu lebih tua dari kita...yang penting kita jangan melenting sebaliknya kena berhikmah...

moga saudara dapat apa yang saudara impikan...insya'Allah...


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 10:28


Pada 16-12-07 10:11 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-12-07 23:05 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

alhamdulillah..dalam kejahilan terselit juga hidayah ye..saya tak tau nak komen apa..cuma apa yang saya pelik..mungkin membawa kepada kekaguman adalah..bagaimana saudara boleh berjaya dalam akademik sedangkan suasana dirumah agak berantakan?? bukan menyanggah kurniaaan tuhan yang saudara kecapi dari sudur itu namun sukar jugak nak mempercayainya..terdetik juga dihati mungkinkah ini rekaan semata-mata..bagaimana saudara boleh sampai ketahap pencapaian akdemik yang tiggis ehingga sampai menjejak tanah seberang (mana-mana seberang lah) sedangkan situasi dirumah saudara tidak begitu kondusif? lagi-lagi pula saudara menyatakan ayah saudara tidak bekerja..bagaipula dengan ibu saudara ye? apaun maaf lah persoalan ni pulak timbul...saja saja nak tau lebih lanjut..dan jawapan klise diatas agar saudara bersabar adalah sebaik-baik nasihat yang boleh saya katakan...


em...ingat kan ana saja yang berperasaan begini... sebab tu ana tak bagi komen apa-apa... maaf ya saudara yang meluahkan isi hatinya tu...
apa pun,tiada yang mustahil kan..

tak apalah,yang utama dulu diri sendiri perlu berubah barulah kita 'kuat' untuk merubah org lain..tapi kena brsabar lah..bukan mudah untuk org menerima nasihat kita tambah2 kalau org tu lebih tua dari kita...yang penting kita jangan melenting sebaliknya kena berhikmah...

moga saudara dapat apa yang saudara impikan...insya'Allah...




tak tahu nak komen apa dengan luahan tersebut...sabar dan terus berdoalah...
tapi kalau pasal saudara dan saudari hairan ni, di sekeliling saya biasa saja perkara ni...di tempat saya ibu bapa kaki mabuk sebab memang tu cara hidup mereka tapi ramai saja anak2 dari keluarga yang ibubapa kaki mabuk dan bergaduh cemerlang akademik dan kerja bagus..malah orang yang diri sendirinya kaki mabuk pun cemerlang akademik


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 10:34


Pada 16-12-07 10:28 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!



tak tahu nak komen apa dengan luahan tersebut...sabar dan terus berdoalah...
tapi kalau pasal saudara dan saudari hairan ni, di sekeliling saya biasa saja perkara ni...di tempat saya ibu bapa kaki mabuk sebab memang tu cara hidup mereka tapi ramai saja anak2 dari keluarga yang ibubapa kaki mabuk dan bergaduh cemerlang akademik dan kerja bagus..malah orang yang diri sendirinya kaki mabuk pun cemerlang akademik



itulah 'asam garam' kehidupan....



-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 11:31


erm rasanya tak ada yang mustahil dalam dunia..ini....semua boleh berlaku dengan kehendakNYA...tanpa dipinta...kadang-kadang sesuatu perkara itu berlaku tanpa kita jangka yang ia boleh berlaku...tak semestinya rumah tangga porak peranda anak2 tak boleh nak belajar... kadang-kadang apa yang berlaku dalam dunia in tak semestinya mengikut fitrah...seperti kelahiran nabi Isa......apa pun kepada yang tidak bernama teruskan bertaubat dan memohon ampun dari ALLAH S.W.T....dan doakan semoga ALLAH S.W.T buka pintu hidayah kepada keluarga anda......teruskan berdoa tanpa rasa putus asa.....semoga awak berjaya nanti..ameen....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 04:17


alhamdulillah adik diberi hidayah oleh Allah. akak harap dan doakan agar adik kekal dengan hidayah tu.. kuatkan iman dan tabahkan hati. banyak bermunajat kepada Allah. solat hajat setiap hari untuk emak adik...

akak tak hairan adik berjaya walaupun keluarga begitu tapi akak bangga dengan adik.. kekalkan..

paling penting, bila dah p oversea nanti, pandai-pandai bawa diri. jangan mudah terpengaruh...

tegurlah ibu dan nasihatinya selain berdoa dengan cara yang baik kerana adik sebagai anak lelaki juga mmepunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik emak adik. jangan sampai adik tertarik ke lembah al jahannam kerana emak adik...

teruskan berusaha tanpa jemu dan istiqamah berdoa..

semoga dirimu sentiasa terpelihara


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

aesyah86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31801
Posting: 109
Dari: chendering, tGanu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-12-07 14:24


Assalamualaikum
buat unknown_anonymous1 hidup yakinlah dengan Allah! yang penting jangan sesekali putus asa.. takdir Tuhan ada di hujung usaha manusia.. dia akan memberikan sesuatu kepada hambaNya sesuai dengan kadar usaha & ikhtiarnya..

Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan - Ahmad SyauQi

Dan perjuangan seorang mukmin sejati tidak akan terhenti kecuali ketika kedua telapak kakinya telah berada dipintu syurga. - Imam Ahmad bin Hambal

Bookmark and Share

    


  Member Information For aesyah86Profil   Hantar PM kepada aesyah86   Quote dan BalasQuote

MencariSinar
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 11:26


Setiap Dugaan Ada Hikmah nya....di mana ada kesusahan di situ ada kesenangan...yakinlah Pada Allah...kalau kita mengharap tentang kebaikkan...insyAllah ada jalan menuju nya....Allah maha mengetahui...Salam

Bookmark and Share

    


  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Pergi ke MencariSinar's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-12-07 11:30


Assalamualaikum
insyaAllah..hidup anda tidak dipenuhi maksiat...cuma keliling anda yang dipenuhi maksiat...ambillah jalan unuk cuba keluar...dan banyakkanlah berdoa..kerana..berat mata memandang..berat lagi beban tergalas....(pepatah sendiri..huhu)...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

embun-pagi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.10.2006
Ahli No: 27056
Posting: 41
Dari: Lorong Teratai

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 12:10


dalam hal ni,saya pun hampir berputus asa.
saya teringin hidup dalam suasana islam...
tapi keluarga tidak mengamalkannya...
hanya saya seorang...
saya jadi lemah...


-----------------
Mencari-Cari Diri,
Mengejar Cahaya NUR YA ALLAH...
Suburkanlah Cintaku PadaMU


Bookmark and Share

    


  Member Information For embun-pagiProfil   Hantar PM kepada embun-pagi   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 12:15


Pada 24-12-07 12:10 , embun-pagi posting:

!!! QUOTE !!!

dalam hal ni,saya pun hampir berputus asa.
saya teringin hidup dalam suasana islam...
tapi keluarga tidak mengamalkannya...
hanya saya seorang...
saya jadi lemah...



semoga kita tidak berputus asa..
saya pun nak hampir putus asa lah


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-12-07 12:17


Assalamualaikum
janganlah lemah wahai kawan² semua....
semangat..semangat....bangun semua...tarik napas penpanjang...lepas.......
baik...semua boleh hidup dengan tabah...
kita minum dulu...minum melo anda jadi sihat dan kuat... :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 12:00


sebenarnya saya tumpang rasa sayu dengan unknown_anonymous1
saya tahu saudara melalui jalan hidup yang agak tertekan, tapi saudara berjaya berfikir di luar kerosakan yang berlaku..

saya harap saudara terus bertabah hati. semuanya pasti baik. saudara boleh terus nasihati ibu mungkin secara dia boleh terima nasihat. mungkin melalui risalah atau buku2 yang saudara beli. insyaAllah jika saudara terus sabar dan berusaha..ada jalan untuk saudara membantu ibu saudara.., jangan putus berdoa..Dia Maha mendengar segala luahan hati saudara..

dalam kejauhan dari keluarga, banyak juga cabaran di luar sana. saya harap saudara terus menyematkan keyakinan tinggi padaNya..dan jangan hanyut dengan keadaan dunia. biar dunia berubah, tapi bukan diri kita. selalu berfikir positif dalam melangkah di hari muka..

dalam hidup ini, mungkin kesempatan untuk belajar dr keluarga adalah yang lebih baik..tapi tidak semua mendapatnya. kita sering lupa pada hakikat hidup kita. janganlah saudara merendah diri dengan keadaan keluarga saudara. tidak semua bernasib baik dan setiap dr manusia di dunia mpy jalan hidup yang berbeza..tapi selalulah belajar untuk mengenalNya. ada ketika kita harus belajar sendiri dalam mencari jalan hakiki..walau ada kesulitan, tapi itulah cabarannya. jangan putus asa ye saudara..

yakinlah semua pasti baik..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-01-08 13:37


assalamaulaikum.
saudara banyak kan buat solat hayat dan selalu lah berdoa agar Allah buka pintu hati ibu dan ayah saudara.tu saja yang sya dapat cakap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

simple_NAH
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.08.2006
Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 13:47


tahniah kerana adik berjaya hadapinya...saya yakin adik seorang yang kuat dan tabah orangnya..tetapkan matlamat adik dengan segala impian adik, dan hendaklah istiqamah dengan perubahan yang telah dibuat...pasti kejayaan dan kebahagiaan menyebelahi adik suatu hari nanti..insyaAllah...

tentang jodoh janganlah adik risaukan, sampai masa pasti ditemukan...dan yakinlah orang yang baik pasti mendapat jodoh yang baik...buat masa sekarang tumpukan perhatian pada pelajaran.

jadikan Allah tempat bergantung...jangan menyesali atas ujian yang diterima, tetapi tabah menghadapinya dengan bijak...

saya doakan adik berjaya di dunia dan akhirat...kita semua sebenarnay..
dan tetap lakukan perubahan untuk kehidupan yang lebih baik

Bookmark and Share

    


  Member Information For simple_NAHProfil   Hantar PM kepada simple_NAH   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 02-01-08 14:23


'Tapi, keluarga saya sendiri tidak betul, bagaimana nak betulkan orang lain? Saya sedih, saya merana, apa lagi yang harus saya buat?'

adik pernah terfikir tak,kadang-kadang keluar ayat2,'alah,harap ayah saja ustaz,tapi anak,macam apa saja..'?iman tak dapat diwarisi dik..usaha yang adik buat (dengan berdoa,dan let others here know bout your situation) will count by Him..

cuba luaskan fikiran dik.bila kita betulkan org lain,insyaAllah,Dia yang Maha Pengasih tu akan betulkan keluarga adik..berbaik sangkalah dengan Dia,b positive..mungkin sekarang doa adik,Allah tak makbulkan lagi dan hanya Dia sahaja yang tahu sebab doa adik tu tak dimakbulkan..Dia nak adik istiqamah meminta pertolongan Dia,Dia nak uji adik lagi..Dia tak akan turunkan ujian yang tak setimpal dengan kekuatan hamba2Nya,dik..

adik rasa tertekan dengan environment yang mengarah ke maksiat,usaha supaya dapat bersama2 dengan orang-orang yang dapat menarik adik ke jalan yang Dia redhai..semoga pemergian adik ke luar negara nanti akan membawa adi ke jalan yang lebih baik..who knows?..take care ye dik..


-----------------
p(^_^)q
gambaru!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 16:00


satu contoh...
iman bukan perwarisan...

teruskan berjuang kearah kebaikan...

sebarang masalah.. keluhan.. resah, gelisah.. panjatkan hanya pada ALLAH...
kerana DIA sahaja yang dapat meleraikan segala kesedihan dan penambah kegembiraan :)

ALLAH merahmatimu adik...... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

hamnah_02
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.05.2007
Ahli No: 29821
Posting: 69
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 16:26


salam..
erm tak tau nak komen apa..
kalau cerita saudara ni betul..
saya cuma nak cakap yang Allah benar-benar sayangkan saudara..
sebab Dia pilih saudara untuk terima ujianNya yang berat ni..and sebab Dia tahu saudara mampu hadapinya..ingatlah..Allah tak kan timpakan sesuatu ujian ke atas hambaNya melainkan dia mampu menghadapinya..
buatlah yang termampu untuk tarik balik keluarga saudara kembali kepada jalan yang diredhai Allah..
then..berserahlah pada Allah..jangan putus berdoa kepada Allah supaya mereka dapat hidayah.. soal hidayah kan terletak pada tangan Allah..
lagi 1..soal pandangan orang lain terhadap saudara..jangan pedulikan pandangan mereka..tak cukupkah pandangan Allah untuk saudara..sesungguhnye Allah lebih mengetahui..org yang sanggup jadi isteri saudara pasti dapat terima diri saudara seadanya..bukan tu saja..pasti dia juga sanggup berusaha bersama saudara untuk menarik balik ahli keluarga saudara ke arah hidup yang di redhai..
luahkan segalaNya pada Allah..pinta hidayahNya..jangan cari jalan selainNya...yakinlah dengan janji Allah..jika tak mampu nak mengubahNya..berdoalah kepadanya..Allah Maha mendengar:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hamnah_02Profil   Hantar PM kepada hamnah_02   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 02-01-08 16:32


Pada 02-01-08 16:26 , hamnah_02 posting:

!!! QUOTE !!!

salam..
erm tak tau nak komen apa..
kalau cerita saudara ni betul..
saya cuma nak cakap yang Allah benar-benar sayangkan saudara..
sebab Dia pilih saudara untuk terima ujianNya yang berat ni..and sebab Dia tahu saudara mampu hadapinya..ingatlah..Allah tak kan timpakan sesuatu ujian ke atas hambaNya melainkan dia mampu menghadapinya..
buatlah yang termampu untuk tarik balik keluarga saudara kembali kepada jalan yang diredhai Allah..
then..berserahlah pada Allah..jangan putus berdoa kepada Allah supaya mereka dapat hidayah.. soal hidayah kan terletak pada tangan Allah..
lagi 1..soal pandangan orang lain terhadap saudara..jangan pedulikan pandangan mereka..tak cukupkah pandangan Allah untuk saudara..sesungguhnye Allah lebih mengetahui..org yang sanggup jadi isteri saudara pasti dapat terima diri saudara seadanya..bukan tu saja..pasti dia juga sanggup berusaha bersama saudara untuk menarik balik ahli keluarga saudara ke arah hidup yang di redhai..
luahkan segalaNya pada Allah..pinta hidayahNya..jangan cari jalan selainNya...yakinlah dengan janji Allah..jika tak mampu nak mengubahNya..berdoalah kepadanya..Allah Maha mendengar:)


setuju2..


-----------------
p(^_^)q
gambaru!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 16:43


Pada 13-12-07 12:40 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

.. banyakkan berdoa untuk kedua ibubapa adik dan keluarga adik serta seluruh saudara mara seIslam kita.. dan tunjukkan pada mereka perubahan adik seperti solat, mengaji.. mana tau mudah-mudahan mereka akan tersedar setelah melihat perubahan adik.. kisah saidina Umar menjadi bukti tentang hidayah ALLAH.. apa-apa pun mudah-mudahan semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNYA.. Amin..


.. jap2.. diriku kah yang memberi kata-kata peransang dan kata-kata nasihat ini:berfikir:.. owh.. sungguhku tidak pecaya:lol:adoiii..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 20:45


salam

jangan berputus asa akan rahmat ALLAH

Dia yang menciptakan mati dan hidup untuk menentukan yang mana paling baik amalannya.

akak akui adik sememangnya seorang yang kuat. masih meneruskan usaha untuk mempertingkatkan iman. sesungguhnya di sebalik sesuatu ada hikmah yang tersembunyi. disebalik kesusahan itu ada kesenangan.

adik boleh mula dengan melihat kelebihan yang ada pada diri adik. betapa ramai yang cemburu dengan adik kerana berjaya melanjutkan pelajaran. sesungguhnya ujian Tuhan sesuai dengan kekuatan Iman seseorang

hidup didunia hanya sementara. tak penting berapa banyak ilmu yang awak ada, tapi berapa usaha awak untuk memantapkan diri awak menuju Tuhan. Setiap orang bermula dari zero.

orang yang dicampak kelembah dosa terlebih dahulu adalah lebih baik kerana tiada riyak dalam ibadahnya kerana merasa hina dengan dosa terdahulu berbanding orang yang banyak ib ada tapi riyak dengan ibadahnya.

selamat berusaha...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

shas_uom
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.05.2007
Ahli No: 30019
Posting: 42
Dari: Australia

malaysia  


posticon Posting pada: 02-01-08 21:12


'Tapi, keluarga saya sendiri tidak betul, bagaimana nak betulkan orang lain? Saya sedih, saya merana, apa lagi yang harus saya buat?'

adakah di sebabkan ini usaha dakwah adik akan terhenti???... hanya pandangan Allah saja yang kita takutkan bukan pandangan orang lain.. insyaAllah apa yang adik dah uasahakan tu Allah kira..
hassan al- banna.. menggariskan 4 jenis situasi dalam mencegah kemungkaran..
1. apabila kita menegur, akan terhapus kemungkaran itu..ni wajib kita tegur
2. apabila kita tegur, akan berkurang sedikit, ni pun wajib tegur
3. apabila tegur, kemungkaran itu berubah bentuk..yang ni kena tengok keadaan..sama ada kepada yang lebih baik, atau kepada yang lebih teruk ( macam masa zaman khilafah dulu, org mongolia yang minum arak, jika ditegah mereka minum arak, mereka akan membunuh orang..jadi hukum nya adalah haram)
4. apabila di tegur, kemungkaran bertambah teruk..yang ni haram

Bookmark and Share

    


  Member Information For shas_uomProfil   Hantar PM kepada shas_uom   Pergi ke shas_uom's Website   Quote dan BalasQuote

shas_uom
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.05.2007
Ahli No: 30019
Posting: 42
Dari: Australia

malaysia  


posticon Posting pada: 14-01-08 23:09


Pada 02-01-08 21:47 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
betul kata shas uom..perkara penting yang perlu kita ingat dalam kita berdakwah....



erm..sekadar perkongsian ..melihatkan keadaan masyarakat kini tak sepatutnya kita keluar dr jalan dakwah ni ..
:-)

Moga semua tetap hati , ameen..


-----------------
-Allah Knows Best-


Bookmark and Share

    


  Member Information For shas_uomProfil   Hantar PM kepada shas_uom   Pergi ke shas_uom's Website   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-01-08 09:06


SALAM ALAIK...
sepatutnya anta bersyukur krna mendapat petunjuk dr org lain...anta trplih untuk mendapat petunjuk...tentu ada hkmh dseblikny...ana tau..ssah untuk hdapi sgalanye...slemh2 iman...tegur dengan hati...iaitu mlalui doa...byk2kn berdoa moga semuanya akan sedar 1 hari nanti...insyaALLAH ...BAROKALLAHUFIK...ana doakan anta sentiasa dikuatkn untuk hadapi ujian2 ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

niairza
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2008
Ahli No: 32656
Posting: 14
Dari: Kuala Kubu Bharu

malaysia  


posticon Posting pada: 20-02-08 15:16


wahai saudara ku...segala yang berlaku adalah kehendak Allah... yakinlah segalanya akan baik selepas ini...ujian bukan bertujuan untuk menghina seseorang hamba,tetapi meningkatkan iman seorang hamba itu.melangkahlah dengan tabah...di iringi doa yang tak pernah putus agar insan2 yang anda sayangi sedar bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan.... :sopan:


-----------------
Positif


Bookmark and Share

    


  Member Information For niairzaProfil   Hantar PM kepada niairza   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 22-02-08 15:39


salam..percayalah..ssemua itu berguna untuk anda..tetaplah tersenyum...allah menghendaki anda untuk lebih suci dan lebih kuat dan lebih bersungguh2..
    setiap orang diuji dengan apa yang allah inginkan..mereka yang terlanjur bermaksiat,yang membunuh..semua takdir allah..pasti ada kebaikan didalamnya..yang pasti..jangan pernah menyalahkan mereka..sebab mereka pun tak pernah ingin melakukan kesalahan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

nooz
Warga Rasmi
Menyertai: 15.03.2008
Ahli No: 32910
Posting: 1

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 22:17


:bunga:

Sahabatku....
Sesungguhnya bertuahlah bagi orang yang mengharungi pelbagai kesulitan sebelum menemui kebahagian...kerana tika itu kita pasti akan menjaganya kebahagian itu dengan sebaik mungkin tanpa ingin menjadikannya cacat walau sedikit pun.

Sahabatku....
Amat bertuahlah sahabatku kerana dipancarkan nur hidayah di hati sebelum mentari telah menghampiri persemadiannya... jelas sekali Kasih sayang Allah menghampiri dan mencarimu...

Ingatlah ....bertuahlah kita selagi kasih sayang Allah dan ingatanNYA itu berada dekat dengan kita ...Namun takutlah sekiranya kasih sayang Allah dan ingatanNYA semakin jauh dari kita

Janganlah persalahkan kesilapan mereka kelmarian kerana...di depanmu terbentang 1001 hikmah yang membawa kebahagian hidupmu. berterima kasihlah kerana mereka menjadikan dirimu hampir kepada NUR Allah.

Fahami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For noozProfil   Hantar PM kepada nooz   Quote dan BalasQuote

dakbek
Warga Rasmi
Menyertai: 04.03.2008
Ahli No: 32804
Posting: 6
Dari: sumwherearOunddwOrlD

south_korea   avatar


posticon Posting pada: 15-03-08 22:34


alhamdulillah...at least awak dah berubah dan ada kehidupan yang bih baik...mksdnye...pat study...smpy ovr c lagi......tinggal istiQamah saja lagi...parents...doakan banyak-banyak....tak ada tempat lagi yang nak d cerita kan..mlainkan Allah...saya pun pernah alami musibah yang berat juga...tapi,,kita kena kuatkan dari kita...think +ve banyak-banyak....semua nya ada hikmah...;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakbekProfil   Hantar PM kepada dakbek   Quote dan BalasQuote

najla_azzahra
Warga Rasmi
Menyertai: 19.03.2008
Ahli No: 32945
Posting: 15
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 03-04-08 10:44


assalamualaikum...
alhamdulillah kamu trplh untuk mendapat hidayah daripada-Nya....
Allah plh kamu mesti ada hikmah disebaliknya....betul tak??
ada seorang kawan ana pun mempunyai masalah yang sama...
tapi apa yang ana boleh cakap ialah banyakkan berdoa....semoga Allah memberi hidayah kepada kluarganya....insyaallah...
tabahkan hati...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For najla_azzahraProfil   Hantar PM kepada najla_azzahra   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-08 06:43


tarbiyyah bukanlah segala- galanya.. namun hidup ini tidak bermakna tanpa tarbiyyah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-04-08 08:26


salam...
berat mata menadang berat lagi bahu memikul
saya rasa dal;am kes ini.. awak rasa tertekan sangat sebab masalah ibu bapa awak... saya cuma nak kawan-kawan kat ukhwah ni fikirkan.. macam mana seorang anak nak tegur ibu bapa yang buat dosa... bukan mudah.. serius.. nanti kita ni macam pandai2 pulak.. berat sangat perasaan ini... kalau kawan-kawan mungkin kita mudah tegur juga.. tapi ibu bapa.. oprng yang plng dihormati dalam hidup kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12473 saat. Lajunya....