Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-09-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 7 hari yang lalu
fayyzah: 8 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mutakhir : Nahas bas Wanita Umno,Tujuh maut


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mutakhir : Nahas bas Wanita Umno,Tujuh maut

Please Mendaftar To Post


Oleh Mutakhir : Nahas bas Wanita Umno,Tujuh maut

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 11-12-07 10:45


IPOH: Tujuh maut dan 28 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran yang membawa rombongan Wanita Umno merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki membawa muatan kimia di Plaza Tol Jelapang (menghala selatan) kira-kira jam 5 pagi ini. — Bernama

p/s : Takziah diucapkan. Kepada seluruh rakan ukhwah marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada mereka. Semoga roh mereka dicucri rahmat

p/s: Kemalangan semakin menjadi2. Sila tonton seluruh berita utama tengahri dan malam ini.

Al-Fatihah


-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 10:54


Pada 11-12-07 10:45 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

IPOH: Tujuh maut dan 28 lagi cedera apabila sebuah bas persiaran yang membawa rombongan Wanita Umno merempuh bahagian belakang sebuah lori tangki membawa muatan kimia di Plaza Tol Jelapang (menghala selatan) kira-kira jam 5 pagi ini. — Bernama

p/s : Takziah diucapkan. Kepada seluruh rakan ukhwah marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada mereka. Semoga roh mereka dicucri rahmat

p/s: Kemalangan semakin menjadi2. Sila tonton seluruh berita utama tengahri dan malam ini.

Al-Fatihah



ada link berita penuh tak??


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 11-12-07 11:00


Ni baru saja aye, pukul 5 pagi tadi...tergempar jugalah...tol jelapang tu dah lama tak makan org..tengok harinie makan balik...lagipun sekarang musim hujan, hati-hati lah yang menaiki bas...berita penuh maybe esok boleh upadate dalam tajuk ini. tapi kalau nak cek pergi berita harian then tengok mutakhir...maybe besok lah agaknya gambar2 keluar..menyayat hati betul lah...bahaya musim hujan ini...2 hari lepas Toyota Vios terputus 2, 6 terkorban di Kelantan.

Drive safely, igtlah ALLAH, baca doa naik kenderaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 11:07


semalam baru balik dari Ipoh. Teman sampei rumah malam. Memang hujan sepanjang hari. masa tu ada 2 kejadian kemalangan berlaku di tempat yang same, masa pergi ke Ipoh ada kemalangan yang pertama melibatkan kerete 3 buah. masa balik pula, ada kerete kemalangan lagi ditempat yang same...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 11:09


11 Disember, 2007 10:17 AM    

Tujuh Maut, 28 Cedera, Empat Parah, Bas Persiaran Rempuh Lori Tangki


IPOH, 11 Dis (Bernama) -- Tujuh maut manakala 28 lagi cedera dengan empat daripadanya parah apabila sebuah bas persiaran merempuh belakang sebuah lori tangki yang membawa muatan kimia di Plaza Tol Jelapang (menghala ke selatan) pada awal pagi ini.

Jurucakap polis berkata, enam orang termasuk pemandu dan pembantu pemandu bas persiaran itu maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia di Hospital Ipoh.

Ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 5 pagi ini, bas tersebut yang dalam perjalanan dari Kubang Pasu, Kedah menuju ke Cameron Highlands, merempuh lori tangki itu semasa lori tersebut berhenti membayar tol di plaza berkenaan, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai akibat brek bas persiaran itu gagal berfungsi ketika menuruni laluan berbukit berhampiran plaza tol maut tersebut.

Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Ipoh, katanya.

Katanya bas yang membawa rombongan wanita Umno itu seramai 35 orang termasuk pemandu dan pembantu pemandu dipercayai bertolak dari Kubang Pasu pada pukul 12 tengah malam tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu dijangka melawat tempat kejadian itu hari ini.

-- BERNAMA

http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=301703

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 11-12-07 11:29


kawasan tol jelapang masih jem lagi... sehingga waktu ini.. satu lagi kemalangan baru dilaporkan oleh staf eni yang kebetulan menggantikan eni untuk satu appoinment di pulau pinang

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 12:21


Assalamualaikum....

salam takziah pada keluarga simati....



kalau nak ikutkan... tol jelapang tu memang dah banyak kes kemalangan maut..
huh..bahaya sungguh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 12:27


salam takziah..

dari Parlimen 2004

!!! QUOTE !!!

Puan Fong Po Kuan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini menggesa Kementerian Kerja Raya membentangkan
laporan terperinci dan terkini berkenaan cadangan pemindahan Plaza Tol
Jelapang di Dewan ini.
Sejak tahun 1996, kemalangan berhampiran Plaza Tol Jelapang ini telah
meragut tidak kurang daripada 15 nyawa dan berpuluh yang cedera
dengan tragedi yang terbaru melibatkan sebuah bas ekspress di mana 4
orang terbunuh dan 25 orang tercedera.
20 AUM DR 15/09/2004
Statistik kemalangan yang berlaku di Plaza Tol Jelapang ini atau juga
dikenali “plaza tol maut” semakin meningkat dan bahayanya kepada
pengguna adalah harus di pandang serius.
Cadangan untuk memindahkan plaza tol Jelapang dan Plaza Tol Ipoh
Selatan yang dikemukakan oleh Kementerian telah ditolak oleh Kabinet di
atas sebab kosnya, RM 260 juta terlalu tinggi.
Dewan ini harus membuat ketetapan bahawa keselamatan pengguna
harus diberi keutamaan oleh Kerajaan dan tindakan segera harus diambil
bagi memindahkan Plaza Tol Jelapang ini dengan mengekalkan jalan
bebas tol yang sedia ada”.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 12:31


takziah buat keluarga si mati...

dalam berita terkini, tol jelapang akan di buka dalam j/k 6 bulan sahaja lagi sebelum di tutup sepenuhnya. berkuatkuasa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 11-12-07 13:16


takziah....ajal maut kuasa Allah..manusia hanya mampu merancang

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

zhafri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15118
Posting: 82
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 11-12-07 13:46


innalillah... takziah diucapkan..betul 2.ajal maut 2 kuasa Allah s.w.t

Bookmark and Share

    


  Member Information For zhafriProfil   Hantar PM kepada zhafri   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 11-12-07 14:11


innalilillah.... moga mereka mendapat rahmat Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 12-12-07 08:01


/

IPOH: Tujuh orang terbunuh manakala 28 lagi cedera, termasuk empat parah apabila bas pesiaran yang membawa rombongan Wanita Umno Bahagian Kuala Kedah merempuh belakang sebuah lori di Plaza Tol Jelapang menghala ke selatan, awal pagi semalam, dipercayai akibat brek tidak berfungsi.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 4 pagi itu, enam mangsa termasuk pemandu bas terbabit, Lim Teh Lee, 49, dan pemandu keduanya, Saad Salleh, 45, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi di Hospital Ipoh (HI).

Lima ahli rombongan itu yang terbunuh dikenali Siti Rosadah Ibrahim, 46, Puteh Mat Isa, Mohamad Hussin, 50, Dahara Mohamad, 60 dan Nur Shuhadah Muhamad, 15.



Pasukan bomba dan penyelamat serta dibantu anggota Plus dan polis mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa yang kebanyakannya tersepit dalam bas yang remuk itu.

Bas yang membawa 35 penumpang itu dikatakan bertolak dari Kubang Jawi, Kuala Kedah, kira-kira jam 12.30 malam dan dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Rodzi Rajab, berkata berdasarkan keterangan saksi, bas itu mengalami masalah brek selepas menuruni Terowong Menora dan dilihat terhoyong-hayang.

"Sebaik menuruni bukit menuju plaza tol, bas berkenaan gagal dikawal dipercayai kerana breknya tidak berfungsi lalu melanggar belakang lori terbabit.

"Akibat perlanggaran itu, kebanyakan penumpang yang duduk di kerusi hadapan tercampak keluar dari bahagian depan bas yang remuk teruk," katanya.

Beliau berkata, empat mangsa yang mengalami kecederaan parah, dirawat di HI, manakala 24 penumpang lagi cedera ringan.

Pemandu trailer yang membawa susu getah itu, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan membuat laporan polis sejurus selepas kejadian berkenaan.

Rodzi meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, turut melawat tempat kemalangan dan mangsa di HI.

Bercakap kepada pemberita, Samy Vellu berkata, pemandu bas itu mungkin terlalu mengantuk kerana memandu dalam tempoh masa yang lama.

Katanya, beliau pernah menyarankan Kementerian Pengangkutan supaya hanya membenarkan pemandu yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun untuk membawa bas atau lori.

"Ketika ini, sesiapa saja yang ada lesen walaupun baru sebulan sudah diterima memandu kenderaan berat terutama bas dan lori, sebaliknya mereka perlu dilatih dan tidak terus diterima sebagai pemandu," katanya.

Tajol Rosli pula berharap proses mengalihkan plaza tol berkenaan dapat dipercepatkan kerana kedudukannya sekarang membahayakan pemandu kenderaan.

Plaza tol itu akan dipindahkan ke kawasan satu kilometer dari situ dan projek berkenaan dijangka siap pertengahan tahun depan,

Tajol Rosli berkata, Umno Perak juga akan menyampaikan sagu hati kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kemalangan itu.

sumber:berita harian

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 12-12-07 08:06


Assalamualaikum....takut di buatnya...raya ni balik dahlah kena ikut jalan tu...semoga dilindungi Allah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 08:51


.. Al-Fatihah.. mudah-mudahan mendapat rahmat ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 09:39


Pada 12-12-07 08:01 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

/

Lima ahli rombongan itu yang terbunuh dikenali Siti Rosadah Ibrahim, 46, Puteh Mat Isa, Mohamad Hussin, 50, Dahara Mohamad, 60 dan Nur Shuhadah Muhamad, 15.



al-Fatihah untuk mereka yang sudah pergi..semoga mereka ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman...amin....

p/s: hati-hati buat semua.... biar lambat asal selamat..


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 09:51


Al-Fatihah....semogo roh dicucuhi rahmat Allah swt.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Saff-one
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.02.2004
Ahli No: 7134
Posting: 43
Dari: Kuala Pilah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 13-12-07 21:21


salam. takziah buat keluarga yang terlibat. memang sedih na.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Saff-oneProfil   Hantar PM kepada Saff-one   Pergi ke Saff-one's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-12-07 21:33


Pada 12-12-07 09:51 , jubah_hijau posting:

!!! QUOTE !!!

Al-Fatihah....semogo roh dicucuhi rahmat Allah swt.....


risau juga nak balik kolej ni nek bas...aduih..minta2 selamat lah..ameen..


-----------------
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

zhafri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15118
Posting: 82
Dari: Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 13-12-07 21:38


nek bah selepas ini kena ambil seat belakang skitla ye...
nampak macam bahaya saja duduk depan2...tengah tengah okie lah agaknya...
tapi apa apa pun, mati 2 dah takdir Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For zhafriProfil   Hantar PM kepada zhafri   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 13-12-07 22:41


Pada 12-12-07 08:06 , Wuddah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum....takut di buatnya...raya ni balik dahlah kena ikut jalan tu...semoga dilindungi Allah....



Sekarang memang banyak kemalangan...nak balik hati2la ya..

Semoga keluarga mangsa kemalangan tabah menempuh dugaan ini. 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138141 saat. Lajunya....