Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang berada di puncak gunung itu tidak diletakkan di situ, sebaliknya mendaki dari bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 160
Ahli: 0
Jumlah: 160




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 46 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Nabi Yusuf dianiaya saudaranya


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Nabi Yusuf dianiaya saudaranya

Please Mendaftar To Post


Oleh Nabi Yusuf dianiaya saudaranya

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-12-07 15:22


DAN (bagi mengesahkan dakwaan mereka itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu. (Yusuf: 18)

PADA suatu hari adik-beradik Nabi Yusuf yang dengki kepadanya merancang untuk membuang baginda ke dalam sebuah telaga yang dalam. Mereka dengki kerana ayah mereka lebih sayangkan Nabi Yusuf dan adiknya, Bunyamin. Mereka membawa Nabi Yusuf ke suatu tempat yang agak jauh dan meninggalkannya dalam sebuah telaga. Setelah rancangan mereka berjaya, mereka kembali semula ke rumah dengan membawa bersama pakaian Nabi Yusuf.

Mereka menunjukkan baju tersebut kepada bapa mereka iaitu Nabi Yaakub sambil menangis-nangis. Mereka berbohong dan menyatakan bahawa Nabi Yusuf dibaham oleh serigala. Apabila mendengar cerita daripada anak-anaknya itu, Nabi Yaakub sangat sedih kerana Nabi Yusuf adalah anak yang paling disayangi.

Sementara itu, Nabi Yusuf yang berada di dalam telaga yang gelap itu berasa sangat takut dan sunyi. Baginda hanya mampu memandang langit dan bintang-bintang yang berkerdipan. Nabi Yusuf juga berasa sangat sedih kerana kini baginda sudah berjauhan dengan ayahnya, Nabi Yaakub. Perutnya pun mula terasa lapar.

Dalam keadaan sedih dan lapar itu, tiba-tiba Nabi Yusuf mendengar satu suara. Nabi Yusuf diam seketika. Tidak lama kemudian, Nabi Yusuf terdengar telapak kaki manusia yang sedang berjalan. Semakin lama bunyi tersebut semakin jelas. Rupa-rupanya itu adalah rombongan kafilah yang berhenti untuk mengambil air minuman.

Mereka menurunkan gayung ke dalam perigi tersebut. Nabi Yusuf mengambil kesempatan itu untuk naik. Baginda berpaut pada tali gayung tersebut sehinggalah ia ditarik semula ke atas. Rombongan kafilah itu terkejut apabila melihat seorang budak lelaki berpaut pada gayung tersebut.

“Siapa engkau wahai budak?” soal salah seorang daripada ahli rombongan tersebut.

“Namaku Yusuf. Aku telah ditinggalkan oleh saudara-saudaraku dalam perigi ini seorang diri. Aku tidak boleh keluar dari perigi ini sehinggalah ternampak tali gayung yang tuan hulurkan tadi,” jawab Nabi Yusuf kembali.

Nabi Yusuf mula dikelilingi oleh semua ahli rombongan tersebut. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menjual sahaja Nabi Yusuf apabila mereka sampai di kota Mesir nanti.

Nabi Yusuf bernasib baik apabila dibeli oleh seorang pembesar negara. Isteri pembesar itu sangat gembira apabila suaminya itu membawa pulang Nabi Yusuf ke rumah mereka. Mereka menjaga Nabi Yusuf seperti anak sendiri kerana mereka tidak mempunyai zuriat. Maka hiduplah Nabi Yusuf di rumah pembesar itu dengan gembiranya.



PENGAJARAN

* Janganlah melakukan penganiayaan terhadap orang lain lebih-lebih lagi kepada adik-beradik sendiri.

* Orang yang tidak berdosa akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t.

* Berbohong merupakan satu perbuatan yang keji dan dimurkai oleh Allah s.w.t.

PERBENDAHARAAN KATA

* Dibaham: dimakan

* Gayung: alat untuk mengambil dan mencebok air

* Zuriat: anak

INFORMASI

* Nabi Yaakub mempunyai 12 orang anak lelaki. Menurut para ulama hanya Nabi Yusuf sahaja yang dilantik menjadi Nabi. Sebab itulah Nabi Yaakub menyayangi Nabi Yusuf dan saudaranya Bunyamin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-11-08 17:53


!!! QUOTE !!!

Sebab itulah Nabi Yaakub menyayangi Nabi Yusuf dan saudaranya Bunyamin.


Kisah Yusuf merupakan kisah terbaik yang dirakamkan di dalam Al-Quran malah disebut dengan kalimah ahsanal qasas fil quran.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ada mengkuliahkannya di Surau an-Naim, Seksyen 5 Wangsa Maju secara bersiri mulai awal tahun ini. Menarik kupasannya, bagaimana beliau berjaya mengaitkannya dengan isu semasa dan kontemporari.

Beliau juga ada menyentuh bahawa nama Bunyamin bukanlah nama yang diperoleh daripada sumber yang sah. Begitu juga dengan nama Zulaikha dan kononnya akhir sekali berkahwin dengan Yusuf, kesemua itu tidak sahih dari segi sumbernya.

Berminat nak dengar? Download kuliah di SINI


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-11-08 19:42


Surah Yusuf 88-98: Berakhirnya Mehnah Keluarga Yaaqub

AYAT 88: MENGADAP YUSUF

/

“Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: “Wahai Tuan Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, Sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang Yang bermurah hati menderma”

  • Kefakiran yang menimpa keluarga Yaaqub sudah sangat memuncak
  • Bawa barang-barang tak berharga sebagai tukaran
  • Yusuf yakin, tibalah masanya untuk beliau mendedahkan rahsia diri
  • Psikologi manusia berperingkat
  • Yusuf tidak mahu terus dedahkan “SAYA YUSUF”, tetapi dibawa mengimbau kenangan silam

    AYAT 89: KEGEMPARAN IDENTITI DIDEDAHKAN

    /

    “Yusuf berkata: “Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang dahsyatnya kesan perbuatan yang demikian)?”


  • Pendedahan demikian mencetuskan kegemparan
  • Meruntuh segala keyakinan diri mereka semasa mengadap Menteri Utama Mesir (Yusuf)
  • Siapakah sebenarnya di hadapan mereka ini
  • Keadaan menjadi sangat genting

    AYAT 90: MASA UNTUK ‘MEMBANCUH’

    /

    “Mereka bertanya (dengan hairan): “Engkau ini Yusufkah?” Dia menjawab: “Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ganjaran buat orang-orang yang berbuat kebaikan.”

  • Soalan penuh kejutan
  • Tidak menyangka di hadapan mereka adalah Yusuf
  • Yusuf segera mengiyakan soalan itu dan menonjolkan adiknya Bunyamin bukan hamba, tetapi mulia di sisi abangnya
  • Segala kedudukan Yusuf dan Bunyamin adalah kurniaan Allah
  • Yusuf tegaskan bahawa kejayaannya adalah hasil TAQWA, SABAR dan IHSAN
  • Tiga sifat ini sentiasa mengiringi seluruh peringkat kisah Yusuf
  • Bahkan Yusuf tidak menghukum adik beradiknya, tetapi di’hukum’ dengan pengajaran yang berat
  • Adik beradik Yusuf malu

    AYAT 91: PENGAKUAN PENUH SESALAN

    /

    “Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”

  • Pengakuan bersalah datang sendiri setelah ego musnah
  • Konsep “Menyengajakan Beberapa Kesusahan”
  • Penyesalan yang hakiki
  • Penyesalan yang sudah memadai tanpa perlu diungkit dan dibicarakan lagi

    AYAT 92: DOA SEORANG ADIK DAN PEMIMPIN

    /

    “Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua yang Maha Mengasihani daripada segala lain yang mengasihani”

  • Hari ini bukan lagi hari untuk mencela dan menghukum kamu atas segala yang telah berlaku
  • Cukup dengan segala apa yang telah kamu tanggung ini
  • Semoga Allah ampunkan kamu (tidak disebut Allah telah ampunkan kamu)
  • Yusuf segera teringatkan ayahanda mereka, Yaaqub ‘alayhi al-Salaam

    AYAT 93: MISI MENYELAMATKAN BAPA DAN KELUARGA

    /

    “Pergilah Dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaKu keluarga kamu semuanya”

  • Yaaqub telah terganggu penglihatan kerana meratapi kehilangan Yusuf dan dua anaknya
  • Yusuf perintahkan adik beradiknya supaya membawa bajunya kepada Yaaqub untuk kesembuhan
  • Yusuf tahu melalui wahyu tentang musibah yang menimpa bapanya kerana beliau seorang Rasul
  • Mukjizat apabila baju boleh sembuhkan penglihatan
  • Bau baju untuk rawatan
  • Kemudian bawa seluruh keluarga dari Palestin ke Mesir
  • Dilema tindakan seorang adik untuk membetulkan abang-abang dan sebuah keluarga

    AYAT 94: KUATNYA NALURI BAPA

    /

    “Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di Palestin) keluar dari jalan utama (menuju ke lorong rumah mereka), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya): “Sesungguhnya aku ada terhidu akan bau Yusuf. (Itu pun) jika kamu tidak menganggap aku ini sudah nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)”

  • Rombongan keluar dari jalan utama, masuk ke simpang rumah
  • Belum pun sampai, Yaaqub sudah tercium bau Yusuf!
  • Kekuatan daya bau untuk memanggil ingatan Yaaqub memang selama ini meyakini Yusuf masih hidup
  • Keyakinannya semakin menyerlah
  • Yaaqub yakin Yusuf masih hidup kerana itu pemberitahuan Allah. Tetapi Yaaqub tidak tahu keadaan Yusuf kerana Rasul sendiri tidak berupaya mengetahui perkara ghaib tanpa pemberitahuan Allah!
  • Yaaqub memberitahu orang ramai yang berada di kediamannya, bukan anak-anaknya kerana mereka di Mesir
  • Yaaqub tahu mengenai persepsi mereka tentang dirinya yang dilihat sebagai tua dan nyanyuk

    AYAT 95: TUDUHAN NYANYUK SEPERTI JANGKAAN

    /

    “Mereka berkata: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu masih berada dalam keadaan tidak siumanmu yang lama”

  • Mereka anggap Yaaqub masih tidak lepas dari igauan silamnya tentang Yusuf
  • Lalu diingatkan kembali tentang masalah itu kepadanya (memujuk orang ‘nyanyuk’)

    AYAT 96: MATA CELIK SEMULA!

    /

    “Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang menggembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka beliau (Yaaqub), lalu celiklah kembali penglihatannya seperti sediakala. Yaaqub berkata: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?”

  • Pembawa baju itu (adik beradik Yusuf) meletakkan baju itu ke muka Nabi Yaaqub
  • Penglihatannya pulih serta merta
  • Mukjizat dari Allah
  • Keluarga itu gembira kerana dua perkara:
        -Yusuf masih hidup dan berkedudukan tinggi di Mesir
        -Yaaqub pulih kembali penglihatannya
  • Yaaqub menegaskan kewarasannya, ketinggian wahyu dari Allah, dan kerendahan mereka yang menolak untuk mempercayainya
    Ingat kembali herdikan mereka kepada Yaaqub dulu (ayat 85)


    AYAT 97: BERSALAH DAN MEMOHON AMPUN

    /

    “Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah”

  • Mengiktiraf kesalahan diri dengan pengakuan yang sebenar
  • Tanpa segan silu menyatakan kesalahan mereka
  • Meminta ampun atas kesalahan yang mereka lakukan
  • Tetapi Yaaqub tidak bersegera ‘mengurniakan’ keampunan yang diminta

    AYAT 98: BERIKAN MASA UNTUK KEMAAFAN

    /

    “Yaaqub berkata: “Aku akan nanti meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

  • Yaaqub memerlukan masa untuk memaafkan
  • Lukanya terlalu dalam
  • Bahkan yang akan mengampunkan akhirnya adalah Allah SWT kerana mereka berdosa kepada-Nya

    PENUTUP

    Demikianlah berakhirnya babak ujian yang menimpa Yaaqub alayhi al-Salaam, anaknya Yusuf dan seluruh keluarga mereka. Betapa selepas kesusahan itu akan hadir kesenangan, itu janji Allah yang dipaparkan menerusi telaah kita terhadap sebaik-baik kisah ini. Semoga dengan cetusan ‘ibrah dari kisah ini, bertambahlah kukuh hati kita untuk menjunjung TAQWA, SABAR dan IHSAN dalam kehidupan, sebagaiman Yusuf menekuninya di sepanjang liku dan mehnah kehidupan.

    Insya Allah sambung kuliah ini yang juga merupakan penutup kepada siri kisah Yusuf di dalam al-Quran, akan saya sampaikan pada 22 Disember 2008. Dengan izin dan taufiq dari-Nya, ameen.

    ABU SAIF @ www.saifulislam.com
    56000 Kuala Lumpur

    Audio kuliah boleh dimuat turun di SINI

    Nota Kuliah: di sini


    -----------------
    SEKRETARIAT K-FIQH
    Layari www.k-fiqh.com
    Like our page www.facebook.com/kfiqh


    Bookmark and Share

  •     


      Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

    Member Messages

    Forum Search & Navigation

     

    Log in to check your private messages

    Silakan Login atau Mendaftar





      


     

    [ Carian Advance ]

    Jum ke Forum 




    Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

    Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
    yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
    Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
    dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


    Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
    atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
    hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
    kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

    Portal Ukhwah
    © Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
    Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
    Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
    Dibina oleh Team Walasri




    Loading: 0.091726 saat. Lajunya....