Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita hidup biar macam biskut Oreo, hitam di luar tak mengapa asal putih kat dalam, manis pula tu..
-- SHAMR (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 4 hari yang lalu
Kang: 23 hari yang lalu
lidah-penghunus: 25 hari yang lalu
muslimin23: 33 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: benarkah demokrasi berasal dari Islam?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» benarkah demokrasi berasal dari Islam?

Please Mendaftar To Post


Oleh benarkah demokrasi berasal dari Islam?

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 25-11-07 14:18


Demokrasi itu ialah sistem pemerintahan.....
Ramai orang di sini mempunyai sangkaan yang kuat bahawa Demokrasi itu berasal dari Islam ataupun Demokrasi itu sebahagian daripada Islam.....

P/s: topik ini bukan ditujukan kepada mana-mana parti. :jangan:

sebelum itu kita baca sudutan ini...
----------------------------------
Komanwel gantung Pakistan
Oleh Kadir Dikoh di Kampala, Uganda(bh 24nov07)

KEANGGOTAAN Pakistan dalam Komanwel digantung semalam - kali kedua dalam tempoh 10 tahun lalu � sehingga demokrasi dan undang-undang dipulihkan semula di negara yang kini bergolak itu.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dua pusingan Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel Mengenai Perisytiharan Harare (CMAG) yang berlangsung selama enam jam, menjelang upacara pembukaan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2007, semalam.

Setiausaha Agung Komanwel, Don McKinnon, berkata keputusan menggantung keahlian daripada pertubuhan 53 negara itu dibuat sebulat suara oleh sembilan negara anggota CMAG iaitu Britain, Kanada, Malaysia, Lesotho, Tanzania, Malta, Sri Lanka, satu Lucia dan Papua New Guinea.

"Pada awalnya kami berusaha mencapai keputusan sebulat suara dan ia bukan sesuatu yang mudah tetapi akhirnya kami mencapai muafakat. Penggantungan ini berkuat kuasa sehingga Pakistan mengembalikan amalan demokrasi," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu semalam.

CMAG ditubuhkan di mesyuarat CHOGM, Auckland pada 1995 antara lain bagi menyiasat, bertindak dan membuat syor seperti penggantungan atau pemecatan negara anggota Komanwel yang melanggar Prinsip Harare seperti gagal mematuhi amalan demokrasi atau mencabuli hak asasi manusia.

Mesyuarat CMAG malam kelmarin dipengerusikan oleh Menteri Luar Malta, Michael Frendo. Malaysia diwakili Timbalan Ketua Setiausaha Dua Kementerian Luar, Tan Seng Sung.

Keputusan CMAG mengenai Pakistan, yang mengalami krisis politik berlarutan lebih dua minggu, dijangka diperakui Ketua Negara Komanwel pada majlis santai hari terakhir CHOGM 2007, Ahad ini.

Kemelut politik Pakistan itu menyaksikan protes dalaman dan kecaman antarabangsa bertumpu kepada langkah Presiden Jeneral Pervez Musharraf mengisytiharkan perintah darurat pada 3 November lalu.

Sekalipun selepas beliau berjanji melepaskan jawatan tentera dan mengumumkan pilihan raya menjelang 9 Januari tahun depan, tekanan terus dikenakan terhadap Musharraf.

Keputusan CMAG itu juga berikutan berakhirnya kata dua yang diberikan kepada Islamabad pada mesyuarat luar biasanya 12 November lalu, yang antara lain mendesak Musharraf menarik balik perintah darurat, melepaskan jawatan sebagai ketua tentera dan membebaskan tahanan politik atau digantung sekali lagi daripada Komanwel.

Sementara itu, sumber diplomatik di sini memberitahu, Malaysia dan Sri Lanka berusaha mempertahankan penggantungan Pakistan, yang pernah dikenakan tindakan serupa pada 1999 sebelum diterima semula pada 2004.

Bagaimanapun, kedua-dua negara terpaksa akur kerana Komanwel pernah menggantung keanggotaan Zambia dan Fiji kerana melanggar amalan demokrasi dan Pakistan tidak seharusnya diberi pengecualian.

Empat negara yang disokong kuat Amerika Syarikat dalam Komanwel iaitu Britain, Kanada dan New Zealand bersungguh-sungguh mahu Islamabad digantung, manakala blok negara miskin dan membangun dari Afrika dan Carribean, berpendirian sebaliknya.

Kempen ke arah itu dikatakan sudah bermula sebelum wakil empat negara terbabit tiba di sini untuk menghadiri CHOGM 2007, meskipun kebanyakannya termasuk Australia dan New Zealand tidak berada dalam CMAG.

Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 02:08


Demokrasi bukan daripada Islam.

Demokrasi dah lama bertapak di Yunani sebelum Nabi Muhammad saw, mengapa baginda saw tak menerimapakai demokrasi? Kerana ia bukan yang diwahyukan oleh Allah swt.

Demokrasi berasal daripada hadharah kufur. Namun perlu jelas di sini, orang yang mengamalkannya tidak pula jatuh kufur, sebaliknya telah mengamalkan maksiat yang besar!

Demokrasi moden pula memberikan penekanan kepada aspek kebebasan, sedangkan dalam Islam, segalanya terikat dengan hukum syarak.

Wallahu'alam...



:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 02:24


kalau bukan demokrasi... apakah sistem yang pelu digunakan untuk memilih seorang pemimpin.... saya sekadar bertanya.... saya yang jahil dalam bab politik

dan bolehkah saudara/i mendefinasikan makna demokrasi itu sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 06:48


sistem syura' tu lah langkah untuk memilih pemimpin. masa pemilihan pemimpin-pemimpin islam selepas Rasul SAW, iaitu zaman Khalifah berempat. lepas tu dah tak ada dah pemilihan pemimpin melalui sistem syura' ni....
tapi pada zaman Umar Abdul Aziz, ada lah sekali pemilihan melalui sistem syura'. itupun atas kehendak belio sendiri. Sebab tu lah belio dipanggei dengan gelaran khalifah yang ke 5.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 16:06


Pada 26-11-07 02:24 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

kalau bukan demokrasi... apakah sistem yang pelu digunakan untuk memilih seorang pemimpin.... saya sekadar bertanya.... saya yang jahil dalam bab politik

dan bolehkah saudara/i mendefinasikan makna demokrasi itu sendiri....


Salam, terima kasih kerana sudi bertanya.

Janganlah disempitkan skop kita, demokrasi bukan segala-galanya.

Islam dah hadir lengkap dalam semua aspek, termasuklah dalam urusan memilih pemimpin dan sebagainya.

Sistem yang berasal daripada Islam itu dikenali sebagai Khilafah.

Berkenaan demokrasi pula, berasal daripada perkataan Greek purba yang bermaksud pemerintahan oleh rakyat / "rule by the people".

Bolehlah diringkaskan sebagai sistem hidup yang meletakkan kedaulatan dan kekuasaan di tangan rakyat (baca: manusia). "Dari rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat".

Pendokong demokrasi juga mengagungkan empat prinsip kebebasan iaitu:

1. Kebebasan beraqidah
2. Kebebasan memiliki (berekonomi)
3. Kebebasan berpendapat
4. Kebebasan peribadi dalam bertingkahlaku (personal freedom)

Atas sebab itulah demokrasi ditolak oleh Islam, hatta dengan niat nak memperjuangkan Islam sekalipun tidak dibenarkan untuk menggunakan demokrasi.

Wallahu'alam.

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 16:11


Pada 26-11-07 06:48 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

sistem syura' tu lah langkah untuk memilih pemimpin. masa pemilihan pemimpin-pemimpin islam selepas Rasul SAW, iaitu zaman Khalifah berempat. lepas tu dah tak ada dah pemilihan pemimpin melalui sistem syura' ni....
tapi pada zaman Umar Abdul Aziz, ada lah sekali pemilihan melalui sistem syura'. itupun atas kehendak belio sendiri. Sebab tu lah belio dipanggei dengan gelaran khalifah yang ke 5.


Salam, sungguhpun dalam pemerintahan Khalifah yang lain, sistem syura tidak digunakan. Namun pemerintahan mereka tetap sah. Kerana syarat sah seseorang Khalifah ialah baiah, Setiap seorang khalifah yang dilantik, tetap memperoleh baiah daripada ummat.

Biarpun adakalanya cara pemerolehan baiah itu dibuat secara salah, misalnya dengan memilih anak atau keturunannya sendiri menjadi Khalifah, namun baiah tetap ada.

Sungguhpun demikian, perkara sebegini akan dihentikan dalam khilafah yang bakal tertegak kelak. Sistem syura akan diwujudkan, namun dengan nama yang berbeza iaitu Majlis Ummat.

Mahkamah Mazhalim pula akan menjalankan pengadilan terhadap Khalifah yang melanggari peraturan dan hukum syarak dalam pemerintahannya. Hal ini berbeza dengan zaman sekarang ini, di mana pemerintah mempunyai imuniti / kekebalan terhadap undang-undang.

Wallahu'alam...

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 16:43


rdwira kalau berminat nak belajar lebih lanjut, beritahulah. Insya Allah saya akan cuba aturkan dengan orang yang lebih arif.

Boleh kita muzakarah / bincang sama-sama... Pakat ajak kawan-kawan sekali ya... :-D

Salam ukhwah, salam perkenalan...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 16:46


Daeng pun jemput sekali... Saya tahu daeng banyak mengetahui. Rugilah kalau saya tak ambil peluang untuk muzakarah dengan daeng...

P/s: Lebih molek kalau rakan-rakan dari Parti Islam pun turut serta dalam perbincangan ni. Bukan nak mencari pemenang, sekadar nak mencari kesepakatan dalam kebenaran...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 16:48


kalau nak cari pemenang,
bak kata urang tua2, kalah jadi abu, menang jadi arang...

jadi tak perlu menggodak di ayo yang keruh. mana yang jeronih kita ambik, yang keruh sesama kita jeronihkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-11-07 17:03


Pada 26-11-07 16:48 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

kalau nak cari pemenang,
bak kata urang tua2, kalah jadi abu, menang jadi arang...

jadi tak perlu menggodak di ayo yang keruh. mana yang jeronih kita ambik, yang keruh sesama kita jeronihkan...


Betul tu, yang keruh sama-sama kita jernihkan...

Dalam perbincangan tu, kita ketepikan dahulu sentimen kepartian. Kita berbincang sebagai sesama Muslim, bincang secara ilmiah dan rasional.

Insya Allah tiada yang menjadi arang, tiada yang menjadi abu...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

TheSaint
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5229
Posting: 203
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-11-07 17:28


Saya pun nak tahu juga maklumlah saya ni pun jahil. Susahlah nak muzakarah dan sebagainya, sebaliknya beritahu saja di sini, ramai yang boleh baca:

1. Kalau bukan demokrasi (dari rakyat untuk rakyat) sistem apakah yang digunakan oleh Rasulullah SAW? Kita senang-senang cakap bukan sistem demokrasi, habis tu sistem apa? Mesti ada sistem. Jangan kaitkan dengan khalifah.

2. Ayat ini selalu disebut oleh Arqam dan Rufaqa. Terang-terangan Arqam dan Rufaqa memang anti sangat bukan saja dengan PAS bahkan dengan semua pertubuhan Islam. Arqam dan Rufaqa penyokong kuat BN, UMNO, Islam Hadhari. Ertinya, meyokong supaya tidak dikenakan tindakan.

Tolong posting dan terangkan di sini. Tak ramai yang mampu bermuzakarah.

Harap dapat terangkan dengan ringkas, tepat tidak ada unsur belit2

Bookmark and Share

    


  Member Information For TheSaintProfil   Hantar PM kepada TheSaint   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 26-11-07 23:57


Pada 26-11-07 17:28 , TheSaint posting:

!!! QUOTE !!!



1. Kalau bukan demokrasi (dari rakyat untuk rakyat) sistem apakah yang digunakan oleh Rasulullah SAW? Kita senang-senang cakap bukan sistem demokrasi, habis tu sistem apa? Mesti ada sistem. Jangan kaitkan dengan khalifah.



Yang ditunjukkan oleh syarak, yang diteruskan oleh para Sahabat ialah Sistem KHILAFAH. Ya! sistem KHILAFAH ialah sistem pemerintahan..macam itu juga Sistem Demokrasi. Diantara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW:

"Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Bila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak." Para shahabat bertanya,"Apa yang engkau perintahkan kepada kami?" Nabi menjawab, "Penuhilah baiat yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajiban mereka."

sebagaimana yang ditemui dalam hadis Imam Ahmad juga diriwayatkan oleh Baihaqi dari Nu'man Bin Basyir;

“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”


2 hadis ini, mungkin memenuhi jawapan yang dikehendaki..Di mana KHILAFAH/KHALIFAH itu menunjukkan sistem pemerintahan Islam dan KHILAFAH akan kembali diamalkan pada suatu hari nanti. setelah zaman Mulkan Jabariyyan, iaitu zaman sekarang ini tumbang tak lama lagi...

untuk lebih jelas lagi, ana sudah buka satu topik khusus memperjelaskan tentang khilafah....di
http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=34628&forum=2
insya Allah kita sambung lagi...

manakala soalan ke-2, ana kurang jelaslah, ayat yang mana satu ini yang dimaksudkan...

sekian, terima kasih..wassalam


-----------------
http://gooku1.fotopages.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 01:46


Salam, TheSaint.

Rasulullah memang tidak pernah mengamalkan demokrasi. Bahkan demokrasi itu bukan berasal daripada Islam, dan tidak pernah diseru oleh baginda saw. Berkenaan sistem khilafah pula, Rasulullah saw telah nyatakan dalam hadis-hadis baginda saw. Justeru, mengapa masih nak berdolak-dalih lagi?

Muzakarah bukanlah sekadar perbahasan semata-mata, sekiranya kita nak memahami sesuatu pun perlukan tunjuk ajar daripada seseorang. Dalam menuntut ilmu pun kita memerlukan guru, samalah halnya dengan perbincangan dalam soal demokrasi ini.

Boleh saja kalau nak bincang dalam forum ni, tapi dikhuatiri akan timbul salah faham. Lebih baik kalau perbincangan diadakan secara langsung dalam suasana yang teratur serta muhibbah.

Tidak pernah ada putar-belit dalam perbincangan. Yang menyebabkan timbulnya kekeliuan ialah apabila seseorang itu telah membina tembok penghalang terhadap idea yang disampaikan.

Wallahu'alam.

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 28-11-07 12:14


Di dalam kitab Fiqh Ad Daulah, Prof. Dr Yusuf Al Qaradhawi telah menjelaskan:

"pelaksanaan demokrasi adalah dibenarkan kerana ianya mirip dengan gagasan syura Rasulullah. "

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 28-11-07 12:14


Memang benar demokrasi dibina oleh manusia. Ia merupakan ideologi manusia yang berasaskan rakyat. Tetapi model demokrasi itu tidaklah terlalu jauh dari konsep dan amalan "syura" dalam Islam. Tentunya syura, khususnya ketika zaman empat Khalifah Islam yang unggul, unsur pemilihan ini ada. Dalam konteks itu, dan peluang yang ada, demokrasi diperbolehkan Islam -- khususnya sistem ini memberi ruang kepada umat Islam memilih dan melantik pemimpinnya sendiri. Panjang lagi diskusi tentang hal ini, misalnya hubungan konsep demokrasi dengan penggubalan undang-undang, tetapi bolehlah disimpulkan bahawa DEMOKRASI TIDAKLAH BERCANGGAH SEPENUHNYA DENGAN ISLAM. Malah, dalam keadaan negara sekarang, umat Islam wajiblah memanfaatkan proses demokrasi untuk menjaga maslahat ummat dan tuntutan agama

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 28-11-07 12:15


"Saya membutuhkan demokrasi untuk menjadi Muslim yang baik. Ada semacam 'link organic' antara syariat dan demokrasi".

KALIMAT di atas diucapkan oleh Prof. Ahmad Anna'im, seorang pakar hukum Islam asal Sudan yang kini menetap di Amerika

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 16:47


Pada 28-11-07 12:14 , mmas_forever1991 posting:

!!! QUOTE !!!

Di dalam kitab Fiqh Ad Daulah, Prof. Dr Yusuf Al Qaradhawi telah menjelaskan:

"pelaksanaan demokrasi adalah dibenarkan kerana ianya mirip dengan gagasan syura Rasulullah. "


Salam, rasanya dah pernah dijawab persoalan ini, namun tak mengapalah kalau diulang semula. Mudah-mudahan mendapat manfaat dan keberkatan daripada-Nya.

Saudaraku, secara luarannya, memang benar demokrasi mirip dengan sistem syura. Namun hakikatnya terdapat perbezaan yang ketara dari segi dasar dan tujuannya.

Syura ataupun majlis ummat, berperanan untuk menasihati Khalifah dalam urusan-urusan pentadbiran berdasarkan hukum syarak, manakala sidang parlimen pula berperanan menggubal hukum dan undang-undang. Sedangkan hak bagi menggubal hukum hakam hanyalah milik Allah swt. Tambahan pula, mereka yang berada dalam parlimen ni bukannya merujuk kepada dalil syarak, kalaulah benar mereka nak melakukan muhasabah melalui keterlibatan dalam parlimen sekalipun.

Justeru, menyamakan demokrasi dengan sistem syura adalah suatu yang tidak kena pada tempatnya. Janganlah hanya menilai dari segi luaran sahaja.

Bukan nak mempertikaikan kewibawaan Dr. Yusuf Qaradhawi, namun beliau juga manusia, tidak lepas daripada membuat kesilapan...

Wallahu'alam...

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 16:58


Pada 28-11-07 12:14 , mmas_forever1991 posting:

!!! QUOTE !!!

Memang benar demokrasi dibina oleh manusia. Ia merupakan ideologi manusia yang berasaskan rakyat. Tetapi model demokrasi itu tidaklah terlalu jauh dari konsep dan amalan "syura" dalam Islam. Tentunya syura, khususnya ketika zaman empat Khalifah Islam yang unggul, unsur pemilihan ini ada. Dalam konteks itu, dan peluang yang ada, demokrasi diperbolehkan Islam -- khususnya sistem ini memberi ruang kepada umat Islam memilih dan melantik pemimpinnya sendiri. Panjang lagi diskusi tentang hal ini, misalnya hubungan konsep demokrasi dengan penggubalan undang-undang, tetapi bolehlah disimpulkan bahawa DEMOKRASI TIDAKLAH BERCANGGAH SEPENUHNYA DENGAN ISLAM. Malah, dalam keadaan negara sekarang, umat Islam wajiblah memanfaatkan proses demokrasi untuk menjaga maslahat ummat dan tuntutan agama


Salam, andainya bercanggahan sebanyak 0.00001% sekalipun, maka ia tetap akan ditolak. Kita menilai sesuatu bukannya dengan melabelkan separa-halal, tiga perempat-halal ataupun suku-haram. Tidak pernah saya dengar perkara-perkara sedemikian. Andainya haram, walaupun sedikit, maka tetaplah ia haram. Samalah juga kesnya seperti riba'. Ada sesetengah dari kalangan kaum Muslimin yang beranggapan, "Kita gunalah bank ini kerana interest-nya lebih sedikit berbanding bank itu". Pandangan sebegini juga merupakan pandangan yang keliru.

Sistem pemilihan itu tidak salah, yang menjadi masalahnya ialah, "untuk apa pemilihan itu dibuat". Kita perlu jelas di sini, saya menolak demokrasi bukan kerana sistem pilihanrayanya, tetapi kerana pilihanraya tersebut akan memilih wakil-wakil (baca: manusia) untuk menggubal hukum.

Janganlah menyamakan demokrasi dan Islam secara superficial semata-mata.

P/s: Maaf sekiranya saya mengguris perasaan mana-mana pihak. Saya kesuntukan masa, jadi tak dapat nak merangka kata dengan baik.

Mungkin mmas_forever1991 boleh sertai muzakarah bersama kami, agar dapat kita membina kesepakatan atas kebenaran, insya Allah. Sila PM saya atau pemburupokok atau farouks atau gooku atau fikrul mustanir bagi merancang perjumpaan tersebut. Insya Allah akan diaturkan pertemuan dengan syabab yang lebih senior dan berpengalaman. Bukan untuk mencari pemenang, sebaliknya nak mencari kesepakatan dalam kebenaran.

Wallahu'alam...

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 17:03


Pada 28-11-07 12:15 , mmas_forever1991 posting:

!!! QUOTE !!!

"Saya membutuhkan demokrasi untuk menjadi Muslim yang baik. Ada semacam 'link organic' antara syariat dan demokrasi".

KALIMAT di atas diucapkan oleh Prof. Ahmad Anna'im, seorang pakar hukum Islam asal Sudan yang kini menetap di Amerika


Salam, boleh tolong huraikan lagi berkenaan link organic antara syariat dan demokrasi. Pertama kali saya mendengarnya. Berminat juga nak mengetahui. Mungkinkah Prof. Ahmad Anna'im nak mengatakan demokrasi sebahagian daripada Islam?


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Asward_hafiz
WARGA SETIA
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 28-11-07 17:26


demokrasi...???

enggak tau deh.. :-? :-?


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Asward_hafizProfil   Hantar PM kepada Asward_hafiz   Pergi ke Asward_hafiz's Website   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 17:39


Pada 28-11-07 17:26 , Asward_hafiz posting:

!!! QUOTE !!!

demokrasi...???

enggak tau deh.. :-? :-?



Salam, marilah kita bersama-sama mengambil tahu... Saya pun masih banyak lagi yang tak tahu... Ilmu kat dada ni cetek amat. Mana yang tahu, saya kongsikan. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Kepada Allah dan Rasul jualah kita rujuk kembali (i.e. Al-Quran dan As-Sunnah)...

:-D

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 17:43


erm...
demorkrasi yang asainye dari urang Yunani. Lepas tu amatlah popular di zaman empayar rom. urang rom warisi dari yunani

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-11-07 17:51


Pada 28-11-07 17:43 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

erm...
demorkrasi yang asainye dari urang Yunani. Lepas tu amatlah popular di zaman empayar rom. urang rom warisi dari yunani


Salam, betul tu... setuju.

Lihat, demokrasi ni memang tiada asasnya daripada Islam. Dan tidak pernah mendapat tempat dalam Islam sehinggalah mutakhir ini. Tatkala umat Islam dah ketandusan pemikiran (kemandulan minda... opss... hehe, maaf kak shida), akhirnya mereka mula menerimapakai demokrasi bagi mengembalikan kemuliaan.

Wallahu'alam...

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 29-11-07 14:17


assalamualaikum..

sesuai ke demokrasi dilaksanakan sebenarnya?? pada saya bedasarkan situasi kat malaysia ni langsung tak sesuai.. kerna rakyat terlibat sama dalam pemilihan pemimpin adalah tak sesuai.. terutama dalam membentuk negara islam.. mesti ramai yang tidak bersetuju dengan saya.. alasan sya berkata demikian.

1. sekarang ini rakyat boleh pilih pemimpin?? berpa ramai rakyat yang pilih untuk melihat tertegaknya islam?? saya rasa masing-masing buat undian apabila ada kepentinga pada diri.. sedakang kan hukum Allah adalah lebih petang dr segalanya..

2. masyrakat malysia berbilang kaum, adakah anda rasa orang bukan islam ingin melihat tertegaknya hukum islam??? kalau mereka memilih pemimpin islam sekali pun mereka akan cari pemimpin yang tidak akan menegakan hukum islam 100%..

jadi kalau tak boleh demokrasi bagaimana nak lantik pemimpin..

seharusnya org yang takut pada Allah, cara hidupnya macam rasulullah dilantik untuk menjadi ahli majlis syura.. dan tkoh untuk menjadi ahli majlis syura ini hendaklah insan yang bersemangat yang nak untuk menegak kan hukum Allah bagaimana? semangatnya rasulullah dan sahabat .. pegangan ahli ini kitab Allah dan sunnah rasulullah..
mereka ini lah perlu dikumpulkan.. tak kira lah 10 orang, 100 orang atau 1000 orang asalkan dia layak untuk jadi ahli majlis.. kemudian dikalangan ahli majlis ini akan berbincang untuk memilih siapa yang layak jadi pemimpin dikalangan mereka.. baru lah boleh dapat pemimpin yang betul ikut islam..

bukan macam sekarang.. ada duit lebih dah ramai pengikut buat parti bertanding sedang kan tak layak pun..

sekadar beri pendapat..

Allah yang lebih tahu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 18:03


Salam, terima kasih atas cadangan dan pandangan yang dikemukakan.

Sistem syura merupakan sebahagian komponen yang ada dalam sistem khilafah. Peranannya pula untuk memberikan pandangan serta memberi teguran kepada Khalifah. Di samping keimanan dan ketaqwaan, kepakaran dalam bidang-bidang tertentu juga dijadikan kriteria bagi menjadi sebahagian daripada ahli majlis ummah @ syura ini.

Jadi, sebagai contoh, apabila timbul isu berkenaan pengklonan misalnya, maka wakil-wakil dalam majlis ummah yang mempunyai kepakaran boleh mengesyorkan realiti serta baik buruknya. Berkenaan hukum pula, diserahkan kepada mujtahid yang telah memahami realiti berdasarkan pengkajian sendiri ataupun setelah diberi penerangan oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut.

Wallahu'alam...

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-11-07 21:45


kat malaysia ni cakap saja demokrasi.. tapi ana rasa macam autokrasi saja.. semua kerajaan conquer.. cuma bab ekonomi masih boleh dipertimbangkan agaknya.. just pandangan.. betulkan ana kalau tersilap..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

lomang
Warga Rasmi
Menyertai: 21.11.2007
Ahli No: 31784
Posting: 14
Dari: kubang kerian

malaysia  


posticon Posting pada: 29-11-07 23:44


Feqah Menukar Pemerintah Di Malaysia
Pada hari ini terdapat ramai umat Islam yang kurang memahami feqah Islam namun bermaksud mengikut kitab dan sunnah malangnya tanpa pengetahuan yang mendalam terhadap kaedah usul dan panduan beramal dengan ilmu kitab dan sunnah menyebabkan ramai tergelincir kepada pelbagai fahaman dan pendapat aneh yang bertentangan dengan kemaslahatan Islam dan kepentingan umatnya.

Bagi meringankan masalah yang berlaku penulis berusaha membentangkan pendapat dan membincangkan masalah ini dengan bahasa yang mudah dan mengurangkan penggunaan istilah-istilah usul feqah yang susah sebaliknya hanya memaparkan kaedah penggunaannya semata-mata.




Di dalam Islam, memakan daging khinzir adalah dibolehkan sekalipun terdapat dalil kitab Al-Quran yang melarangnya jika dengan melakukan hal yang demikian dapat menyelamatkan nyawa, mencapai maslahat dan menolak kemudharatan seperti yang turut diperintahkan oleh syarak di dalam kitab dan sunnah.

Allah swt telah berfirman :

قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَماً مَسْفُوحاً أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقاً أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging bab* - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)

Sekiranya kita melihat kepada ayat 173 surah Al-Baqarah, ayat 3 surah Al-Maidah, ayat 115 surah An-Nahl, juga kita akan mendapati kalimah اضطر (keadaan terpaksa dan terdesak) membawakan kepada rukhsoh kebolehan melakukan apa yang diharamkan sekadar yang perlu bagi mencegah mudharat yang jika dirujuk kepada ayat ini membawa maksud mudharat nyawa.

Sekalipun daging khinzir ialah haram dimakan menurut ijmak ulama' dan hal tersebut jelas terdapat di dalam kitab Allah swt namun pada realiti dan situasi semasa yang bertentangan dengan apa yang disebut oleh kitab dan sunnah yang dapat disedari oleh akal yang waras misalnya zaman kita berada ialah ketika sewaktu zaman kemarau dan kelaparan sehingga tiada makanan halal yang dapat dimakan sekalipun itu yang diperintahkan oleh kitab dan sunnah maka apa yang dilarang seperti bangkai dan daging khinzir yang najis diperbolehkan dimakan sekadar darurat demi memelihara apa yang diperintahkan juga iaitu nyawa.

Allah swt telah berfirman :

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah : 195)

Semua ini melibatkan pesoalan kemampuan kita memahami feqah (kefahaman) Islam khasnya apabila bermuamalah dengan kitab dan sunnah maka kuncinya iaitu ilmu usul feqah menjadi salah satu kemestian sebelum kita berfatwa sesuatu yang bertentangan dengan realiti semasa dan tuntutan syarak.


Maka Islam menjaga maslahat nyawa, harta dan maruah seperti di dalam hadis Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud, dan an-Nasai yang meriwayatkan dari Sa’id bin Zaid, sedangkan lafaznya dalam Tirmidzi menyebutkan : “Aku telah mendengar Rasulullah salallahualaihiwasalam besabda : “Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya, maka dia syahid
hadis ini berdarjat sahih seperti kata Imam At-Tirmidzi hadis ini hasan sahih.

Kemudian di dalam hadis yang sama juga menyebutkan, "barangsiapa terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid”. Di sini kita dikejutkan oleh rasulullah mengenai orang yang mempertahankan keluarganya juga disebutkan sebagai syahid iaitu satu darjat kematian yang tersanggat tinggi selepas para anbiya.

Lantas bagaimana dengan maslahat agama ? Apakah Islam ialah agama yang hanya menjaga maslahat harta ? maslahat keturunan ? maruah ? akal ? keluarga semata-mata dan membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang zalim atau lebih teruk oleh mereka yang kufur kepada kitab dan sunnah itu sendiri ?

Jawapannya ialah tidak, sebaliknya di dalam hadis yang juga sama disebutkan tadi, selepas menyatakan mereka yang terbunuh oleh kerana mempertahankan harta, maka rasululullah salalallahualaihiwasalam turut bersabda : " Barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya, maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid”. Lalu Imam Att-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan sahih, sedangkan sebahagian lainnya terdapat di dalam sahihain”.

Oleh yang demikian, ketika kita berhadapan dengan hadis sahih yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyatakan bahawa rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “ Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadis Sahih, riwayat Muslim no. 1855).

Juga di dalam hadis yang lain menyebutkan sekalipun "dia mengambil harta kamu dan memukul belakang kamu." (lihat dalam Kitab Fathul Qadir pada ayat 113 surah Hud) maka kita sebagai manusia yang berakal dan waras apabila menyedari bahawa situasi semasa dan realiti hari ini yang meletakkan kita ke dalam lurah fitnah apabila kepimpinan dan pemerintah yang berkuasa tidak mahu melaksanakan Islam dan maslahat agama tidak dipenuhi seperti hak-hak Islam berkenaan kekuasaan, dasar perundangan, dasar hubungan luar, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah maka atas maslahat dan pembelaan kepada hak Islam adalah diperbolehkan bagi kita menjatuhkan dan menukar kepimpinan yang ada sekarang kepada mereka yang mahu melaksanakannya demi darurat dan maslahat agama.

Tambahan pula, sekiranya kumpulan (parti atau hizbi) yang zalim dan berkuasa di dalam sesebuah Negara atau wilayah tersebut bukanlah sebenarnya Imam umat Islam, bukan pemimpin yang diwajibkan taat dan bukanlah pemilik bye'ah umat Islam namun mereka hanyalah sekumpulan kelompok rakyat yang mendirikan sebuah organisasi yang mempunyai ketua dan majlis kepimpinan dan berkuasa ke atas umat Islam dengan kekerasan (menggunakan askar dan polis), atau mempergunakan sistem-sistem tertentu seperti pilihanraya untuk mendapat kuasa maka lebih wajar lagi bagi kita untuk menjatuhkan mereka serta menumbangkan kezaliman mereka.

Situasi Pemerintahan Menurut Realiti Semasa

Bahkan pada waktu ini, di dalam Negara Malaysia, pemimpin yang berkuasa kepada umat Islam Malaysia yang wajib ditaati oleh mereka jika disuluh di bawah maksud Imam di dalam hadis-hadis yang berkait pemimpin maka kita akan mendapati yang dimaksudkan oleh syarak dan disepakati oleh realiti ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan salah seorang raja-raja bagi negeri-negeri tanah Melayu yang dipilih setiap 5 tahun.

Ini dibuktikan oleh Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan :

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Negeri Terengganu.

Berdasarkan kenyataan di atas, wajarlah disedari oleh mereka yang berakal bahawa perbuatan menyertai pilihanraya dan menukar badan Esekutif serta menukar ganti mana-mana pegawai kerajaan yang menyeleweng, berlaku zalim, pecah amanah serta buruk perangai langsung tidak membawa sebarang makna pertentangan atau membawa maksud menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong sekalipun pada luaran dan daripada sudut istiadat para pegawai seperti Perdana Menteri, Majlis Menteri melakukan tindakan mereka menggunakan nama Yang Dipertuan Agong namun secara hakikat dan realitinya mereka bekerja dan bertindak di dalam pentadbiran sebagai mewakili rakyat dan bertindak di atas nama rakyat melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lebih jujur dan amanah kita sebutkan para Menteri dan Perdana Menteri yang memerintah ialah dengan mewakili Parti mereka dan para penyokong mereka yang membuatkan mereka menang di dalam pilihanraya.

Melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.

Maksud Imam, Khalifah dan Amir ialah sama pada makna Syarak iaitu penganti rasulullah di dalam menjaga urusan agama dan urusan umat Islam. (lihat pada ta'rif imam yang boleh didapati di dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah oleh Al-Mawardi hal.5, Aqa'id Al-Nasafiyah di hal. 179)

Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)

Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).

Baginda Yang Dipertuan Agong, merupakan pemimpin umat Islam Malaysia yang wajib ditaati dan diberi wala' serta tidak boleh digulingkan atau ditentang selama baginda melaksanakan hak-hak Islam dan memenuhi kewajipan pemerintah semampu baginda. Realiti kita mendapati Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu setakat ini sentiasa peka dan menjaga hak-hak Melayu dan umat Islam semampu mereka selama dalam bidang kuasa mereka yang sangat terhad akibat oleh pembahagian kuasa oleh sistem Demokrasi sejak tanah Melayu dijajah oleh Penjajah British.

Sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.

Ini terdapat dalam Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.

(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.

(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Hakikatnya pentadbiran Negara tidak dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang merupakan imam dan pemimpin yang wajib ditaati oleh kita sebaliknya pentadbiran Negara Malaysia dijalankan oleh kuasa Eksekutif iaitu Majlis Menteri (Kabinet Menteri) yang merupakan pemerintah di Malaysia setelah mereka dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya serta Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya atau melalui perlantikan Negeri seperti Dewan Negara bagi membuat Rang Undang-Undang.

Jika diteliti Perlembagaan Persekutuan kita akan dapati bahawa Bab 3 ada
memperuntukkan mengenai badan Eksekutif.

Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.

Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.

Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

- sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006

Secara kasar menjelaskan bahawa kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tetapi pada setiap ketika mereka melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan di atas nama 'Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong' baik apakah perbuatan mereka terhadap rakyat diperkenan atau tidak oleh Yang Dipertuan Agong secara peribadi atau tidak mereka tetap berkuasa melaksanakan di atas nama baginda selama mereka menduduki jawatan.

Lalu sistem dekorasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memerintah dan menukar pemimpin iaitu menukar ganti kuasa Eksekutif para Menteri dan Perdana Menteri maka rakyatlah yang wajib dan berhak menukar mana-mana pemimpin yang tidak layak dan tidak berhak menduduki jawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri setelah terbukti mereka zalim, tidak amanah, serta gagal menjalankan kewajipan mereka.

Perbuatan menyertai pilihanraya, mengundi serta menukar kepimpinan Negara langsung sama sekali tidak menunjukkan apa-apa tanda derhaka dan keluar daripada ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja yang merupakan Imam dan pemimpin umat Islam di Malaysia bahkan itulah tanda sokongan kita dan tanda kerjasama di dalam apa yang disebutkan oleh Allah swt sebagai " Kerjasama di atas kebaikan dan taqwa."

Allah swt telah berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلا الْهَدْيَ وَلا الْقَلائِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maidah : 2)

Rakyat berperanan menukar Majlis Eksekutif yang mentadbir Negara melalui pilihanraya sehingga membolehkan wakil-wakil mereka yang memenangi pilihanraya tersebut menduduki Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta kelompok yang mencintai kebenaran dan berhasrat menunaikan hak-hak Islam sekiranya menang di dalam pilihanraya tersebut boleh menunaikan hasrat mereka setelah menubuhkan kerajaan baru dengan menjalankan segala dasar yang mereka inginkan di atas nama Yang Dipertuan Agong.

Oleh yang demikian perlulah difahami sekali lagi, baik parti (kelompok) rakyat yang sekuler yang memerintah Negara atau kelompok (parti) rakyat yang mencintai Islam dan ingin memperjuangkan hak-haknya yang memerintah Negara maka mereka kedua-duanya apabila menduduki jawatan Menteri dan Majlis Esekutif semuanya menjalankan kerja mereka di atas nama Yang Dipertuan Agong.

Sebagai rakyat yang bijak, kita harus memahami bahawa sekiranya kita memilih parti pembangkang untuk diberi undi sewaktu pilihanraya dan kemudian mereka menjadi kerajaan maka mereka turut bertugas sebagai wakil Yang Dipertuan Agong sama seperti parti yang memerintah sekarang. Oleh itu hendaklah kita menghentikan tuduhan, fitnah serta pelbagai lagi salah faham bahawa sesiapa yang melawan parti yang memerintah atau ingin menjatuhkan badan eksekutif melalui pilihanraya sebagai khawarij dan pemberontak.

Juga perlulah kita jangan menjadi tersangat dunggu apabila mengeluarkan fatwa-fatwa aneh supaya rakyat tetap taat kepada kerajaan yang zalim kerana itu bukanlah perintah daripada kitab dan sunnah sebaliknya merupakan daripada kejahilan diri kita sendiri.

Islam Melarang Mengangkat Pemimpin yang Zalim

Allah swt telah berfirman :

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah : 124)

Diriwayatkan dari Mujahid ra pada tafsir ayat ini ialah akan katanya ; "Sesungguhnya Allah swt mengehendaki agar orang yang zalim itu tidak menjadi Imam.." (lihat hal ini di dalam Ahkam Al-Quran lil Jasos m/s 69 jilid 1)

Maka berkata Imam Fakhr Razi ra di dalam kitabnya Tafsir Al-Kabir bahawa telah berhujah para ulama melalui ayat ini akan larangan memberikan jawatan kepimpinan kepada orang yan fasiq dan demikian juga pendapat yang dikemukakan oleh Imam As-Syaukani ra di dalam Fathul Qadir.

Peluang berjumpa dan belajar dengan Al-Fadhil Syeikh Dr Abdullah bin Umar Ad-Domaiji pengarang Kitab Al-Imamah Al-Uzma disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang juga merupakan mantan Ketua Jabatan Usuluddin, Universiti Ummul Qura Mekah Al-Mukarramah telah memberikan penulis satu pandangan baru terhadap feqah siyasah (politik) Islam menurut ahlul sunnah wal jamaah.

Mengenai persoalan mengangkat kepimpinan Negara maka para ulama melarang kita daripada mengangkat pemimpin yang fasiq apatah lagi para pemimpin yang zalim, jahat dan benci kepada Islam. Al-Imam Qurtubi ra berkata ; "Tidak ada khilaf di kalangan ulama pada larangan mengangkat kepimpinan kepada orang yang fasiq." (Jami lil Ahkam Al-Quran hal. 270 Jilid 1dan lihat Siyasah Syar'iyah oleh Imam Ibn Taimiyyah hal. 21)

Setelah pembubaran Parlimen, maka pilihanraya akan ditetapkan oleh majlis Suruhanjaya Pilihanraya sewaktu itu kerajaan akan dibubarkan dan kepimpinan negara hanya akan terbina kembali melalui keputusan pilihanraya. Oleh yang demikian maka wajib bagi rakyat memilih wakil-wakil mereka yang berakhlak baik dan beramal dengan amal Islam. Haram memilih para calon yang tidak berakhlak, tidak beramal kepada Islam serta berdosa memilih mereka yang fasiq dan merupakan bekas-bekas pemimpin yang zalim yang tidak bertaubat.

Oleh itu perlulah rakyat Malaysia memahami bahawa memilih calon yang beramal untuk Islam, berakhlak baik sekalipun dengan demikian menyebabkan calon-calon daripada parti yang pernah memerintah tertolak serta bahkan mengenepikan bekas-bekas pemimpin Negara bukanlah merupakan dosa bahkan menjadi kewajipan sekiranya ternyata bekas-bekas pemimpin Negara yang menjadi calon itu jahat dan fasiq serta zalim.

Apabila berlaku pembubaran parlimen seluruh menteri-menteri menjadi rakyat biasa dan taraf mereka sebagai pemimpin dicabut sehingga berlaku pilihanraya dan kerajaan baru akan terbentuk. Di waktu tersebutlah rakyat berhak menukar dan mengantikan mana-mana pemimpin yang dirasakan zalim, gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan calon yang baru, bersih dan amanah.

Pemecatan Pemerintah daripada jawatannya disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Imam wajib ditaati di sisi ahlul sunnah wal jamaah dan hal ini jelas berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak di dalam kitab dan sunnah. Mentaati mereka, memenuhi hak-hak mereka merupakan kewajipan yang mesti dipenuhi seperti yang diperintahkan oleh Allah dan rasul. Tetapi terdapat situasi yang agung dan penting yang memberi kesan besar kepada kehidupan umat Islam dalam hal dunia dan agama yang menjurus kepada darurat dan membawa keperluan untuk menukar dan menjatuhkan Imam atau pemerintah. Hal-hal ini ada yang merupakan perkara yang disepakti oleh para ulama dan ada yang menjadi khilaf di kalangan mereka. (lihat Kitab Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji, hal. 468)

Hal-hal yang membolehkan Imam dan Khalifah (pemerintah) umat Islam dijatuhkan dapat diringkaskan oleh penulis kepada perkara berikut :

Pertama : Kafir atau murtad daripada Islam

Telah disebutkan di dalam surah An-Nisa ayat 141 yang bermaksud : "Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman."

Juga apa yang disebutkan oleh hadis Ubadah ibn Somit ra berkenaan mencabut ketaatan apabila melihat kufur bawa'ah, hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim.


Kedua : Meninggalkan Solat dan Seruan kepadanya

Menjadi ijmak ulama Islam bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat menjadi kafir disisi ahlul sunnah wal jamaah. Diriwayatkan bahawa telah berkata Qadhi Iyad ra mengenai ijmak ulama' ke atas penguguran Imam di sebabkan meninggalkan solat dan seruan kepadanya. (lihat di dalam Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi m/s 229 jilid 12)

Ketiga : Meninggalkan berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah swt

Ini berdasarkan dalil daripada ayat Al-Quran di dalam surah Al-Maidah ayat 44,45,47 dan pelbagai lagi serta apa yang jelas disebutkan oleh baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dari Anas ibn Malik ra yang bermaksud : "Dengar dan taatlah kamu sekalipun yang berkuasa ke atas kamu ialah hamba habsyi yang kepalanya seperti tamar selama dia menegakkan di atas kamu kitab Allah." Hadis ini sahih dikeluarkan oleh Bukhari dan Ahmad serta Nasaie.

Demikian pelbagai lagi hadis-hadis yang menyebut perihal ketaatan kepada pemimpin tidaklah membawa maksud ketaatan buta tetapi selama mereka berpegang kepada kitab Allah swt seperti yang dapat dibaca di dalam hadis riwayat Umm Husoin ra daripada jalan Muslim yang turut menyebutkan : "Selama dia menegakkan ke atas kamu kitab Allah." Juga dikeluarkan oleh Tirmidzi dan Nasaie.

Adapun perkara yang seterusnya menjadi khilaf kepada sebahagian ulama di antara yang berpendapat perlu menjatuhkan pemerintah secara mutlak dan ada yang mengatakan tidak menjatuhkannya.

Iaitu yang Ke-empat : Menjadi Fasiq, zalim dan perlaku bid'ah

Qadhi Iyad ra berkata bahawa ; " Jumhur ahlul sunnah daripada fuqaha dan muhaddisin serta mutakalimin berpendapat tidak boleh menjatuhkan Imam yang fasiq dan zalim serta haram keluar daripada ketaatan kepadanya
" (Lihat Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi)

Sekalipun begitu semua ulama bersepakat bahawa tidak boleh mengangkat pemerintah yang zalim dan fasiq sebagai pemimpin sekiranya belum ada pemimpin namun setelah diangkat pemimpin yang tidak fasiq dan tidak zalim kemudian dia bertukar menjadi zalim dan fasiq setelah memimpin maka inilah yang ditegah oleh para ulama untuk tidak keluar dan tidak memberontak ke atas mereka .

Kesimpulan

Penulisan ini mengajak para rakyat Malaysia kepada feqah politik yang matang serta memahami situasi semasa dan menggunakan kitab Allah swt dan sunnah rasulullah di tempat yang hak serta menuju maksud yang benar.

Bukan menjadi hasrat penulis untuk membincangkan apakah kaedah menjatuhkan pemerintah ? Hukum demokrasi dan pilihanraya ? Hukum bekerjasama dengan parti politik berbeza agama ? Apakah pilihanraya wajib atau tidak ? Siapa yang perlu di undi oleh anda disisi syarak sewaktu pilihanraya ? dan pelbagai lagi isu.

Kesemua persoalan tadi memerlukan topik yang lain, isu dan perbincangan yang lain, rujukan kitab dan penyertaan pelbagai pendapat dan campur tangan dari pelbagai ulama' serta mereka-mereka yang lebih mahir serta di waktu yang lain bukan pada kesempatan penulis kali ini yang terhad.

Harapan penulis setelah membaca penulisan yang diketengahkan ialah pembaca memahami bahawa siapakah pemerintah dan Imam bagi umat Islam yang sebenar di Malaysia, apakah dibolehkan kita menjatuhkan Majlis Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya ? Hak rakyat untuk melantik dan memilih pemimpin. Moga-moga melalui pemahaman yang benar dapat membuatkan nasib rakyat Malaysia lebih terbela dan Islam serta hak-haknya yang perlu dipelihara dapat dibela oleh kita.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt

Emran ahmad
Guru Agama di bawah
Yayasan Kebajikan Nusantara

Rujukan

1. Al-Quran dan Sunnah
2. Kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah, Imam Mawardi
3. Kitab Siyasah Syar'iyah, Imam Ibn Taimiyyah
4. Kitab Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi
5. Kitab Al-Imamah Al-Uzma, Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji
6. Fiqh Daulah, Dr Yusof Al-Qaradhawi
7. Wikipedia.com
8. Perlembagaan Negara

Insya Allah, dihantar dengan keizinan penulisnya. Sekian.


-----------------
membangun bersama islam


Bookmark and Share

    


  Member Information For lomangProfil   Hantar PM kepada lomang   Quote dan BalasQuote

lomang
Warga Rasmi
Menyertai: 21.11.2007
Ahli No: 31784
Posting: 14
Dari: kubang kerian

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-07 02:18


Khas untuk sahabat2 HT


Demokrasi dalam Islam


Soalan:

Adakah demokrasi tidak sesuai dengan Islam?




Jawapan

Muslims percaya yang kepelbagaian dan kebebasan politik adalah sebahagian asas dari ajaran Islam. Adalah penting untuk ditegaskan disini yang kami menerima ajaran-ajaran dan prinsip-prinsip demokrasi yang sesuai dengan ajaran Islam dan menolak prinsip-prinsip yang bercanggah dengan Islam.

dalam menjawab persoalan anda, Sheikh Muhammad Al-Mukhtar Ash-Shinqiti, pengarah Islamic Center of South Plains di Lubbock, Texas, menyatakan yang berikut:

Demokrasi terdiri dari satu kumpulan nilai-nilai dan peraturan-peraturan. Satu dari nilai-nilai penting demokrasi adalah hak manusia untuk memilih pemimpin mereka dan tidak diperintah dengan kekejaman atau keganasan. Ini adalah satu dari nilai Islam, yang kita namakan sebagai shura atau mesyuarat bersama.



Satu lagi nilai penting ialah pengawasan dan keseimbangan (checks and balances) dengan mana kuasa-kuasa adalah diagihkan dan dipisahkan dalam satu cara yang setiap kuasa mempunyai kebebasan dan kemampuan untuk mengawasi dan membetulkan yang lain. dalam istilah Qur'an, ini dinamakan al-mudafa`ah, yang merupakan satu konsep Islam penting untuk melindungi masyarakat dari penyelewengan. Allah berfirman, (Al-Baqarah 2:251).

Untuk proses-proses demokrasi, seperti pilihanraya, mengundi, berkempen dan sebagainya, ini semua adalah kaedah untuk mencapai prinsip-prinsip nya. dalam maksud ini, demokrasi juga adalah satu prinsip Islam. Ini tidak bermakna yang setiap Negara demokrasi adalah Negara Islam, tetapi ini bermaksud yang setiap Negara Islam sepatunya bersifat demokrasi.




Untuk Negara-negara non-Muslim yang mengamalkan demokrasi, mereka adalah masih non-Muslim. dalam satu cara,mereka menggunakan system politik Islam, tetapi mereka kurang dalam aspek lain Islam seperti kepercayaan, akhlak, dan adab sosial.


Terjemahan dari :    Democracy in Islam





Terjemahan zulyusoff http://zulyusoff.blogspot.com




Adakah demokrasi sesuai dengan Islam?


Soalan:

Adakah demokrasi sesuai dengan Islam?



Jawapan oleh Sheikh Ahmad Kutty


Pertamanya, kami ingin menegaskan kenyataan bahawa kepelbagaian adalah sesuatu yang telah dikenali kepada Islam dan ulama Muslim untuk jangkamasa yang lama. Islam tidak berkata yang hanya satu pihak seharusnya menguruskan hal-ehwal seluruh Negara atau merampas kuasa; tetapi, ia membiarkan hal itu ditentukan mengikut peraturan as-siyasah ash-shar`iyyah (polisi berasaskan Shari`ah), yang berbeza mengikut kepada masa dan tempat. Ulama Muslim menerima ajaran system demokrasi yang bersesuaian dengan ajaran Islam.




Menjawab soalan itu, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama Islam di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada, menyatakan yang berikut:


“Kalau soalan anda sama ada Muslims boleh memutuskan dan menguruskan hal-ehwal Negara mereka melalui perbincangan dan persetujuan dikalangan rakyat, jawapannya adalah ya; tetapi jika, semasa melaksanakan kuasa ini, mereka mahu menggubal undang-undang dalam hal yang Allah dan Rasul Nya telah menentukan keputusan yang tetap, maka ini tidak diterima oleh Islam. Contohnya menggubal undang-undang untuk menghalalkan homoseks, zina, peperangan, diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik atau bahasa, arak dan benda memabukan dan sebagainya,. Manusia tiada kuasa untuk menggubal undang-undang atau mencampuri dalam hal-hal yang Allah telah menentukan keputusan yang tetap.




Manusia, bagaimanapun, adalah dibenarkan untuk membuat keputusan dalam semua perkara yang tidak termasuk di bawah ketetapan hukum Ilahi melalui mesyuarat dan persetujuan bersama dikalangan mereka. Bidang undang-undang berkenaan dalam Islam adalah luas dan dalam; berbanding, bidang pertama yang manusia tidak bebas untuk melaksanakan kuasa perundangan yang telah dihadkan.


Bidang undang-undang yang luas mempengaruhi kehidupan awam dan perhubungan sosial, maka, tertakluk kepada amalan demokrasi selagi undang-undang di kawal oleh hukum-hukum al-Qur’an untuk memdirikan kebenaran, keadilan, persamaan, dan kebaikan, bersifat kemanusian selagi mungkin. Manusia bukan sahaja dibenarkan untuk mencapai ini melalui proses demokrasi mengikut mesyuarat dan persepakatan; bahkan, mereka di arahkan untuk berbuat demikian mengikut perintah-perintah jelas Allah dalam al-Qur’an:


“dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Al `Imran: 159).

“sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka” (Ash-Shura: 38).


Rasulullah (SAW) selanjutnya memberi amaran akan azab yang keras kepada pemerintah dan pemimpin yang mengkianati amanah yang diberikan kepada mereka oleh manusia.



Akhirnya, arahan al-Qur’an untuk manusia sejagat untuk mendirikan keadilan, kebaikan dan berusaha menentang ketidak-adilan,kejahatan dan penindasan:


“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (An-Nahl: 90).


“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ma’idah: 8).

Sebagai kesimpulan: Kalau sesiapa berfikir yang Islam membenarkan sistem beraja , diktator dan pemerintahan kejam, dan bertentangan dengan demokrasi yang disebutkan diatas, mereka adalah bertentangan dengan ajaran al-Qur’an secara tersurat dan tersirat.”

Terjemahan dari: Islam & Democracy: Compatible?





Shura dan Demokrasi


Soalan:


Apakah perbezaan antara Shura dan Demokrasi ?

Jawapan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:




"Islam mahu ummah ini untuk berunding antara sama lain, dan berdiri sebagai satu badan yang bersatu, jadi tiada musuh boleh menembusinya. Ini adalah bukan matlamat demokrasi. Demokrasi adalah satu system yang tidak boleh menyelesaikan semua masalah masyarakat. Demokrasi sendiri boleh membuat apa yang ia mahu sebagai halal, atau mengharamkan apa yang ia tidak suka. Sebagai Perbandingan, Shari`ah sebagai satu sistem politik mempunyai had. Kalau kita ingin mengambil demokrasi, kita mestilah mengambil sifat-sifatnya yang terbaik. Ini adalah hal-hal berkaitan kaedah, jaminan, dan adab-adab masyarakat demokrasi. Sebagai satu masyarakat Muslim kita mesti mengambilnya dalam satu konteks masyarakat Islam yang bermatlamat untuk hidup dalam hukum-hukum Shari`ah. Masyarakat kita mestilah taat terhadap apa yang telah dijadikan halal oleh Allah dan juga apa yang telah dijadikan haram oleh Nya. Sebagai perbandingan demokrasi dengan satu majority kecil boleh membatalkan semua undang-undang dan peraturan. Ia boleh juga membatalkan dirinya dengan jenis margin ini. Bahkan, dalam beberapa kes demokrasi boleh menjadi lebih buruk dari diktator. Apa yang saya harapkan adalah jenis demokrasi tulen, untuk satu masyarakat yang dipandu oleh hukum Shari`ah yang sesuai dengan nilai-nilai kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, dan persamaan.


Saya menentang jenis demokrasi songsang yang diamalkan oleh banyak kerajaan di dunia Arab-Islam. Saya sangat sedih dengan keputusan empat digit pilihanraya. Kebanyakan pemimpin di dunia Arab, juga di dunia Islam adalah dipilih oleh 99.99% rakyat. Apa jenis demokrasi ini? Rakyat tidak pernah membenarkan perkara ini berkenaan margin ini. Lagi, Saya ingin menarik perhatian kepada isu penyebaran maksiat dalam masyarakat demokrasi. Kita sepatutnya ambil “yang baik”, dan meninggalkan “yang buruk”. Contohnya, banyak Negara-negara demokrasi membenarkan pelbagai jenis maksiat seks tersebar, dan bahkan menghalalkan perlakuan itu. Gays dan Lesbians sekarang boleh berkahwin antara satu sama lain secara sah.


Demokrasi kita adalah berbeza. Ia berhubungan dengan baik dengan hukum Shari`ah. Ya kita mengambil beberapa prinsip demokrasi, tetapi adalah wajib bagi kita untuk berpegang kepada hukum-hukum kita. Kita ada hukum-hukum Shari`ah kita yang kita mesti taati. Kita mahu rakyat ditanya dan terlibat secara aktif dalam juga dalam proses membuat keputusan.


Shura adalah selalu menjadi kebaikan untuk masyarakat Muslim, dan autokrasi telah selalu menjadi kejahatan dari permulaan manusia di planet ini. Sejarah telah memberitahu kita mengenai dictator seperti firaun, Namrud, dan ramai lagi contoh. Al-Qur'an memberitahu kita mengenai cerita Nabi Ibrahim (SAW) dan Namrud, diktator yang mempertikaikan kewujudan Allah, dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Al-Qur'an bercerita: “Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) karena Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan," orang itu berkata: "Saya dapat menghidupkan dan mematikan."Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim..” (Al-Baqarah: 258) Diktator ini sungguh sombong. untuk melawan kehendak Allah, dia meminta dua orang yang sedang lalu semasa perdebatannya dengan Nabi Ibrahim untuk datang kepada nya. Dia mengarahkan seorang dari mereka untuk dibunuh serta-merta, dan memberitahu yang seorang lagi saya maafkan anda. Dia berkata kepada Nabi Ibrahim “lihat aku memberikan seseorang kehidupan, dan aku mengarahkan seseorang untuk mati .” Bagaimanapun, Nabi Ibrahim lebih bijak dari dictator itu dan bertanya kepada nya, kalau dia benar-benar Tuhan boleh dia menjadikan Matahari terbit dari Barat.





Kisah yang sama berulang kembali dengan diktator Mesir, Firaun yang mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan dan menolak untuk menerima utusan yang dusanpaikan kepada nya. Sepanjang sejarah pemerintahan diktator, kerajaan kejam, dan kerajaan tidak-adil telah berkaitan dengan hal kezaliman dunia. Al-Qur'an berkata, “yang melampaui batas dalam negeri, lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu” (Al-Fajr: 11-12) Allah juga menceritakan mengenai Firaun dari Mesir: “Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari (Fir'aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. Dan pada yang demikian itu terdapat cobaan-cobaan yang besar dari Tuhanmu.” (Al-Baqarah: 50) Islam telah berdiri kukuh menentang pemerintah-pemerintah jenis ini dan menjadikan ia wajib keatas manusia untuk melawan kezaliman dan ketidak-adilan.




Sebagai kesimpulan, Islam tidak anti-demokrasi. Apa yang kita mahu ialah masyarakat bebas yang hidup dibawah peraturan dan hukum Shari`ah yang sangat sesuai dengan nilai-nilai demokrasi, kebebasan, hak-hak asasi manusia, keadilan, pembanguan, dan kemakmuran."

Terjemahan dari : Shura and Democracy


-----------------
membangun bersama islam


Bookmark and Share

    


  Member Information For lomangProfil   Hantar PM kepada lomang   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 13:59


Salam, terima kasih atas huraian yag diberikan.

Persoalan saya,

Adakah prinsip kebebasan itu wujud dalam Islam? Sedangkan hakikatnya setiap perbuatan kita terikat dengan hukum syarak.

Andainya YDPA itu amir di Malaysia, bagaimana pula dengan umat Islam di negara-negara lain? Bukankah Rasulullah saw telah melarang kita daripada mempunyai lebih daripada satu pemimpin? Bahkan sekiranya terdapat dua, kita mesti mentaati yang pertama dan membunuh yang kedua.

Seperkara lagi, bagaimana pula dengan umat Islam di Amerika? Bush sebagai ulil amri mereka?

Adakah syura itu sama peranannya dengan sidang dewan rakyat dalam sistem demokrasi? Secara superficial memang nampak serupa...

Kemudian berbalik kepada persoalan topik ini, "benarkah demokrasi berasal dari Islam?"

Kalau benar, sila berikan hujah dan dalilnya. Kalau tidak, maka berikan hujah mengapa kita boleh menerimanya sedangkan demokrasi itu sebuah sistem kehidupan. Kita dah pun mempunyai sistem hidup iaitu Islam. Mengapa nak diambil sistem daripada hadharah kufur ini?

Demikianlah sedikit sebanyak persoalan saya. Harap dapat memberikan jawapan yang memuaskan...

Saya tak berniat nak mempertikaikan kredibiliti ulama' yang anda quote. Namun, kita mesti menyampaikan kebenaran meskipun pahit.

Mungkin demokrasi yang anda bincangkan itu berlainan daripada demokrasi yang saya fahami. Justeru, dalam membincangkannya, maka kita harus balik kepada asasnya. Iaitu dengan mengenali definisi demokrasi itu sendiri, dan mengkaji dasar-dasar yang membentuknya. Setelah kita sepakat dengan definisinya, barulah kita boleh buat perbandingan pros and cons.

Boleh ceritakan apa sebenarnya definisi demokrasi sepertimana yang anda fahami. Maksud saya pure democracy sepertimana yang diinginkan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam quote yang anda berikan.

Kemudian kita pergi kepada realiti demokrasi pula. Di sini kita akan lihat bagaimana Islam boleh ditegakkan melalui demokrasi, adakah melalui kompromi ataupun melalui kaedah 'matlamat menghalalkan cara' ataupun bagaimana.

Wallahu'alam...

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 19:19


!!! QUOTE !!!

benarkah demokrasi berasal dari Islam?


topik ni.. dah ada sebelum ni..
erm.. jom explore cari mana topik
demokrasi ye...

elakkan perbalahan berbaur politik yang hangat dan
panas... :jangan: :oops: :oops:

wallahu'alam...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.143515 saat. Lajunya....