Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 282
Ahli: 0
Jumlah: 282




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Bicara Pulau Batu Putih di ICJ Selasa


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Bicara Pulau Batu Putih di ICJ Selasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Bicara Pulau Batu Putih di ICJ Selasa

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-11-07 14:42


KUALA LUMPUR 2 Nov. – Perbicaraan tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge antara Malaysia dan Singapura akan didengar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda, Selasa ini.

Perbicaraan akan berlangsung di Peace Palace, The Hague selama 17 hari di hadapan Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Penasihat Hal Ehwal Luar kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Noor Farida Ariffin bertindak sebagai wakil bersama.

Manakala Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai barisan enam peguam yang akan membentangkan hujah-hujah secara lisan bagi mempertahankan tuntutan Malaysia ke atas ketiga-tiga pulau itu.

Lain-lain dalam pasukan itu ialah Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor Undang-undang Antarabangsa di Universiti Cambridge; Nicolaas Jan Schrijver, profesor Undang-undang Antarabangsa Awam, Universiti Leiden; Marcelo pergi. Kohen, profesor Undang-undang Antarabngsa, Graduate Institute of International Studies, Geneva; dan Penelope Nevill, pensyarah kolej, Downing College, Universiti Cambridge.

Pusingan pertama pembentangan hujah-hujah lisan akan dimulakan oleh Singapura selama empat hari bermula dari 6 hingga 9 November diikuti dengan Malaysia pada minggu berikutnya.

Pusingan kedua pembentangan hujah-hujan lisan juga akan dimulakan oleh Singapura pada 19 November dan 20 November.

Malaysia akan mengakhiri hujah-hujahnya pada 22 dan 23 November. Keputusan kes dijangka diumumkan enam bulan selepas tarikh tersebut.

Isu tuntutan bertindih ke atas pulau itu timbul apabila Singapura mula mempertikaikan kedaulatan negara ke atas Pulau Batu Puteh pada 1980, 25 tahun selepas berpisah dengan Malaysia.

Satu perjanjian khas telah ditandatangani pada 6 Februari 2003 oleh kedua-dua negara itu untuk membawa isu tersebut ke ICJ bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Dengan termeterainya perjanjian itu, keputusan berhubung kedaulatan pulau tersebut serta dua lagi pulau batu berhampirannya akan ditentukan oleh mahkamah berkenaan.

Wisma Putra telah berusaha menyelesaikan pertikaian itu sejak lebih sedekad lalu dengan perbincangan dua hala yang pertama diadakan pada tahun 1993 dan kedua pada tahun 1994. Kedua-dua perbincangan itu bagaimanapun tidak berjaya menyelesaikan pertikaian tersebut.

Hakim

Sebanyak 15 hakim lain bersidang sepanjang kes tersebut termasuk dua hakim ad hoc dilantik oleh Malaysia dan Singapura.

Hakim-hakim itu ialah Raymond Ranjeva (Madagascar), Shi Jiuyong (China), Abdul pergi. Koroma (Sierra Leone), Gonzalo Parra Aranguren (Venezuela), Thomas Buergenthal (AS), Hisashi Owada (Jepun), Bruno Simma (Jerman), Peter Tomka (Slovakia), Ronny Abraham (Perancis), Kenneth Keith (New Zealand), Bernardo Sepulveda Amor (Mexico), Mohamed Bennouna (Morocco) dan Leonid Skotnikov (Russia).

Malaysia telah melantik Christopher S.. Dugard dari Afrika Selatan dan Singapura, Pemmaraju Sreenivasa Rao dari India, sebagai hakim ad hoc.

Presiden ICJ, Hakim Rosalyn Higgins memutuskan untuk tidak mendengar kes itu kerana beliau pernah mewakili Singapura sebelum pelantikannya ke jawatan tertinggi di mahkamah itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 18:18


hujah dari melisie dah pun tam,at...
mudah mudahan kejayaan milik kita.

aminn!~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

klate_girl
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2006
Ahli No: 26984
Posting: 85
Dari: UM K.L

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-11-07 11:19


Pertikaian Pulau Batu Putih ni melibatkan kedaulatan dan maruah negara...
InsyaAllah,mudah-mudahan kejayaan akan berpihak kepada kita...

....HaNya TuHaN YaNg TaHu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For klate_girlProfil   Hantar PM kepada klate_girl   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.085022 saat. Lajunya....