Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 250
Ahli: 0
Jumlah: 250




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: ZIHAR KE???


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» ZIHAR KE???

Please Mendaftar To Post


Oleh ZIHAR KE???

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 16:19


ASSALAMUALAIKUM..
ana ad kmushkilan ...kalau ada sahabat dan shbiah yang tau,tolong explain ye..
macam ni...contohnya...abang kandung mnyamakn adik kandungnye(mslmt) dengan isterinye...ctnya abang kandung cakap:" adik dengan kakak(kak ipar) ni sama saja...bulu roma lebat"
ADAKAH IA DIKATEGORIKN dalam ZIHAR???
hrb ada sahabat dan shbiah yang sudi berkgsi ilmu...
BAROKALLAHUFIKUM...


-----------------
UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA


Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

permata_hatiku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13095
Posting: 147
Dari: Bumi Allah

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-11-07 16:54


Assalamualaikum...
masa sekolah dulu, ustazah saya terangkan maksud zihar, suami yang menyamakan mana-mana anggota isteri dengan ibunya atau perempuan yang mahram baginya.. kalau sama bulu roma lebat 2 tak tahu nak cakap bagaimana. saya kurang arif tentang hal ni.
salam ukhwah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_hatikuProfil   Hantar PM kepada permata_hatiku   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 18:50


hmm macam mana ye...saya juga menunggu jawapan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

masjid_biru
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 504
Posting: 36
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 01-11-07 19:35


Soalan hukum zihar ni penting.. Ramai yang tak ambil tahu perkara ni. Baik lelaki or perempuan yang bakal berkahwin or yang dah kawin, kena ambil tau.

mungkin link kat bawah ni ada penjelasan yang jelas..saya dah baca..

http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=277

Bookmark and Share

    


  Member Information For masjid_biruProfil   Hantar PM kepada masjid_biru   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 21:58


tak berani nak beri pandangan... soalan ni, kena ajukan pada yang pakar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 21:58


betul, yang ni memang merumitkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Subuhku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8613
Posting: 209

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 22:33


Pada 01-11-07 16:19 , imtiyaz_lail86 posting:

!!! QUOTE !!!

ASSALAMUALAIKUM..
ana ad kmushkilan ...kalau ada sahabat dan shbiah yang tau,tolong explain ye..
macam ni...contohnya...abang kandung mnyamakn adik kandungnye(mslmt) dengan isterinye...ctnya abang kandung cakap:" adik dengan kakak(kak ipar) ni sama saja...bulu roma lebat"
ADAKAH IA DIKATEGORIKN dalam ZIHAR???
hrb ada sahabat dan shbiah yang sudi berkgsi ilmu...
BAROKALLAHUFIKUM...


Assalamualaikum

Ana yang dhoif cuba mjawab dengan ingatan yang ada. Pendapat ana ianya tidak jatuh kerana zihar hanya berkaitan dengan anggota badan yangbesar2 seperti kepala, tangan, punggung. Dan maksud zihar ialah diambil dari maksud punggung kerana dmasa jahiliah menyamakan isteri dengan punggung ibu ibu isteri bertujuan untuk menghina isteri nya.Maka islam telah mengharamkan perbuatan tersebut. wallahualam


-----------------
Islam terus gemilang.Hidup Mesti Berani


Bookmark and Share

    


  Member Information For SubuhkuProfil   Hantar PM kepada Subuhku   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 02-11-07 00:25


tulisan lama ustaz Zaharudin, tak chek lagi, tapi mungkin boleh membantu anda:


RUKUN ZIHAR

Suami
Isteri
Perkara yang diserupakan
Lafaz zihar

PERINCIAN

Rukun Pertama : Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua : Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga : (Perkara yug diserupakan)

untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami :

Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-

Anggota2 yang haram dilihat oleh sesama mahram. contoh punggung, perut, kemaluan disekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dll . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali & Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173)

Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.

Mestilah anggota2 ini dr wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dll yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.

Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’ : Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja
 kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamakan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)

Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dll. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500 ; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439 ; Ashal al-Madarik 2/169 ; Kifayatul akhyar 2/71)

Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dll. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)

Syarat yang diperselisihkan :-
* Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.

Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi & Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.

Bgmnpun Ulama’ Hanbali & Maliki mengatakan JATUH ZIHAR dengan SYARAT MENYAMAKAN dengan sebarang ANGGOTA yang TIDAK HALAL DILIHAT seperti PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dll yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dll, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170 ; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499 ). Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.

Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bhg haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)

Rukun Keempat : Sighah (Lafaz Zihar)

Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-

a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas)

Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti : “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda” .

Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.

Kinayah pula adalah lafz2 yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti :” Dinda ni seperti bondaku” . Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dll. Maka ia bergantung kdp niat si suami.

Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)

b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.

Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertain semasa seperti : “Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”

Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”

Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan” .

Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117 ; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )

c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita sama ada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bhg yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )

HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR

Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :

Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kifarat. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adalah membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedeqah. Dalilnya adalah dr Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.

Manakala istimta’ (bersedap2, berseronok2), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132 ; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270 ; Fath al-Jawad 2/187 ; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)

Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail , kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk org awam. Kiranya sanagt yakin tidak akan tergelincir & tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.

Kesimpulan Jawapan terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)
Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.

Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.

Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rups dsbgnya.

Istimta’ dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.

JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI dengan RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BGMNPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI dengan PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walapun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhadap kejahilan. Menjadi kewajipan suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri.

Wallahu a’lam.

Ihsan dari:

Al-Faqir Ila Allah,
Zaharuddin Abd Rahman
Jab. Fiqh & Usul Fiqh
Jordan

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2006
Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 02-11-07 15:17


SYUKRAN JAZILAN atas mklumt yang dikongsi bersama ni..
hrb ilmu ni brmnfaat untuk semua,trmsuk ana yang dhoif ini..
moga-moga sahabat dan shbiah dapat sdkit ilmu....
BAROKALLAHUFIKUM...
salam ukhwah minni..
~ALFAQIRAH ILALLAH~

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtiyaz_lail86Profil   Hantar PM kepada imtiyaz_lail86   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107903 saat. Lajunya....