Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 79
Ahli: 0
Jumlah: 79

  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: sembahyang sunat istikhoroh..

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» sembahyang sunat istikhoroh..

Please Mendaftar To Post

Oleh sembahyang sunat istikhoroh..

nak_jadi_baik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.10.2007
Ahli No: 31409
Posting: 112
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 02:49

hmm.. saya sekarang ada nak buat pilihan.. tapi xtergesa2 sangat.. arap2 dapat lah petunjuk Allah.. kalau sembahyang snt istikhoroh.. macam-macam saya dengar.. saya buat tak pernah nampak apa-apa lagi setakat ni.. Allah tak nak tunjuk lagi.. tapi boleh tau tak cara2 sembahyang snt istikhorot yang terbaik.. bagaimana kalau masa kita nak pilihan dln masa yang sgkat>?? ada org kata.. lepas smyang buka quran.. tengok sebelah kiri.. kalau makna dia baik.. tu adalah pilihan terbaik.. ada org kata.. nak tidur.. sembahyang.. insyaallah mlm tu akan mimpi Kalau Allah nak tunjuk.. tapi sesiapa boleh cerita kes sbnar tak berkaitan sunat istikhoroh ni??????

-----------------

berjuang demi Allah.. senyum selalu.. kerana senyuman itu adalah sedekah

Bookmark and Share

  Member Information For nak_jadi_baikProfil   Hantar PM kepada nak_jadi_baik   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 08:19

salam ya ukhti..

erm, wallahua'lam..

yang saya selalu buat, ikut gerak hati..saya pun tak pernah nampak mimpi ke apa ke..mungkin hanya org tertentu saja yang boleh dapat begitu..

saya selalu meyakini, lepas saya dah jumpa Allah dan minta petunjuknya, pasti Dia akan bagi petunjuk tu..sebab tu saya lepas buat istikhoroh, saya akan tanya hati saya, berat ke mana? contohnya, nak pergi ke tak pergi? kalau time tu rasa nak pergi, i wll go..(may be this is the fastest one)

istikhoroh ni bagus..dalam sebarang keputusan yang kita nak buat, bila kita istikhoroh, bermakna kita tak ketepikan Allah..(ni bukan bermaksud kalau kita tak buat, kita ketepikan Allah dalam keputusan kita) lebih official lah org kata..

ni sebagai peringatan untuk diri saya sendiri...

wallahua'lam..

Bookmark and Share

  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  

posticon Posting pada: 01-11-07 08:26

Salam..
Pernah jugak buat solat istikharah dulu-dulu..
masa tu memang ada kawan ana tanya bagi pihak kawan dia..
buat..lepas itu esoknya rasa sedih saja hati..memang tak ada jodoh pun dengan ustaz tu.
sebelum kita buat istikaharah, hati kita biar tenang dan hati kita rasa berat kat mana-mana, lepas buat kita tidur dengan tenang..InsyaAllah dipermudahkan:-)

Bookmark and Share

  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 08:28

kak Iman dah nak kahwin dah? alhamdulillah

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 09:23

kekadang petunjukNYA kita tak sedar,bila dah berlaku baru kita teringat kita telah memohon pmilihan dariNYA

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

fiera_mz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.10.2007
Ahli No: 31386
Posting: 299
Dari: Sg.Petani

Kedah  

posticon Posting pada: 01-11-07 09:32

nak sangat buat istikhoroh

Bookmark and Share

  Member Information For fiera_mzProfil   Hantar PM kepada fiera_mz   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 09:35

Pada 01-11-07 09:23 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

kekadang petunjukNYA kita tak sedar,bila dah berlaku baru kita teringat kita telah memohon pmilihan dariNYA

betul itu...

-----------------
"InDaHnYa IsLAm"

Bookmark and Share

  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

ann_1
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor

Selangor  

posticon Posting pada: 01-11-07 09:38

emm kadang-kadang tanpa kita sedar Allah dah sediakan jalan untuk kita :)

Bookmark and Share

  Member Information For ann_1Profil   Hantar PM kepada ann_1   Pergi ke ann_1's Website   Quote dan BalasQuote

tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.01.2006
Ahli No: 22015
Posting: 287
Dari: saturn

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 10:03

actually i'm in the same case with nak_jadi_baik.
saya nak tau cara yang paling sesuai/afdal nak buat solat istikharah ni..
nak baca surah apa?berapa kali?masa sujud nak baca apa?ada ayat2 yang tertentu ke? :berfikir: :berfikir: :berfikir:
sorila kalau soalan tak berapa ilmiah.. :malu: :malu: :malu:

-----------------
Biar selekeh asalkan bijak,
daripada macho gila tapi bangang!!

Bookmark and Share

  Member Information For tornadoProfil   Hantar PM kepada tornado   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  

posticon Posting pada: 01-11-07 10:41

1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah utn cari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yang difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh2 mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. tak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta'birnya.

p/s: kredit to ustaz abu umar dari KSA - panelis al-ahkam.net

Bookmark and Share

  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 10:48

kalau kita bermimpi..org itu sarungkan cicin kat jari apa maknanya...

-----------------
"InDaHnYa IsLAm"
[ Telah diedit oleh: muslimah83 pada 01-11-07 10:48 ]

Bookmark and Share

  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 10:54

Assalamualaikum

solat istikharah ye... ana pernah buat..alhamdulillah,ana dapat mimpi... (telah dirujukpada yang alim..)
selain kita diberi mimpi, kita kena tengok juga keadaan hati kita..berat pada belah mana...seperti teman2 kita bagitahu kat atas tu lah..selain itu juga, 'jalan' atau 'pilihan' yang kita buat..

seeloknya buatlah lebih dari 1kali solat istikharah..

istikharah seeloknya dibuat waktu sepertiga malam.. tapi tidak dikhususkan macam solat tahajjud (yang sememangnya dilakukan pada sepertiga malam)..solat istikharah kita boleh buat pada bila2 waktu (yang dibenarkan kita dirikan solat sunat).. dan contoh waktu yang tak boleh buat solat sunat yakni lepas asar..

kalau kurang jelas,cuba buka kitab (buku) yang berkaitan solat2 sunat atau sunat istikharah) atau tanya pada yang arif lagi alim..

semoga peroleh yang terbaik ye saudara nak_jadi_baik :sopan:

:bunga: :bunga:

-----------------
Photobucket

[ Telah diedit oleh: Nuranys pada 01-11-07 11:02 ]

Bookmark and Share

  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 10:58

Pada 01-11-07 10:41 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yang ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yang silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yang paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah utn cari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yang terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yang difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh2 mencari wanita yang solehah dan beragama, dari keturunan yang baik-baik, kemudian minta pandangan dan nasihat orang-orang soleh, dan beristikharah. tak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta'birnya.

p/s: kredit to ustaz abu umar dari KSA - panelis al-ahkam.net

saya bersetuju, sebab manusia tidak dapat menilik masa depan, dengan siapa dia nak kawin, siapalah kita nak mencerap "kerja" Allah ni...hatta Jin dan Syaitan pun tak boleh kuasai alam Ghaib dan masa depan kerana semuanya hak Allah

artikel copy And paste

http://www.pengantin.com.my/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=12

Solat Istikharah - Mengapa tunggu mimpi?

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.    

Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.

Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu.

Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ana_lia
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak

Selangor  

posticon Posting pada: 01-11-07 11:16

Assalamualaikum
sebenarnya solat istikhoroh ni bukan hanya dengan mimpi saja kita akan dapat.tapi dengan gerak hati juga kita boleh dapat jwpnnya.ana dah berapa kali buat solat istikhoroh ni yang menentukan pilihan yang terbaik.jadi alhamdulillah ianya berhasil.
kadang-kadang tu mimpi tu cuma mainan tidur saja.atau mungkin juga dr iblis.jadi tu yang bahayanya.tapi kalau kita yakin mimpi tu datang dr Allah insyaallah ianya akan berhasil.tapi Allah tak semudah itu bagi mimpi kepada manusia kecuali org yang terpilih saja yang akan dapat mimpi Allah tu.jadi kita ni rasanya lebih elok ikut gerak hati kita dr mimpi.

Bookmark and Share

  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  

posticon Posting pada: 01-11-07 11:39

Solat Istikharah - Mengapa tunggu mimpi?

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.    

Baru-baru ini seorang duda datang mengadu. Dengan nada kecewa beliau menjelaskan bahawa pinangannya baru sahaja ditolak. Menurutnya, wanita yang ingin dijadikan pasangan hidupnya itu agak berusia tetapi masih lagi cantik, berpendidikan agama dan masih lagi dalam kategori `anak dara'.

Walau bagaimanapun perangainya agak sedikit pelik. Sebelum ini, bukannya tidak ada rombongan yang cuba untuk meminangnya, tetapi kesemuanya ditolak.

Alasannya mudah sahaja, tidak mendapat petunjuk Allah katanya. Beliau sudah mengerjakan solat istikharah, namun tidak mendapat alamat dalam mimpinya itu.

Persoalan yang ingin diperbincangkan di sini, apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

bismillahhirrahmanirrahim

hem..ana pun pernah baca benda ni..dan bagi ana,memang betullah tu,yang Kenapa perlu tunggu mimpi baru nak dikatakan sebagai petunjuk istikharah..kan petunjuk itu pelbagai..dari gerak hati dan jugak persekitaran..lagipun bukannya senang nak bezakan mimpi yang sekadar mimpi dan jugak mimpi yang betul petunjuk (bagi analah)..buatlah istihkarah kalau boleh setiap malam..dr.fadzilah kamsah ada mengatakan yang kalau boleh hendaklah kita buat istikharah setiap hari sebab setiap hari kita buat keputusan..dalam segala hal..bukan sekadar bila nak tengok jodoh saja kita istikharah :-)lagipun belum tentu kita buat sekali terus dapat petunjuknya.. kadang-kadang lambat sangat baru dapat petunjuk..tapi bagi ana,dan ana rasa most of uslah,susah nak buat istikharah..susah nak kosongkan hati sekosong2nya..bukan apa..kadang-kadang ana takut bias tanpa sedar.. setakat ini,alhamdulillah,setiap malam sebelum tidur ana akan solat taubat,hajat,istikharah dan witir..minta moga-moga Allah permudahkan urusan ana,insyaAllah..dan kalau ana istikharah untuk perkara yang tertentu,ana minta agar Allah redhakan hati ana seikhlasnya walau apa pun keputusannya..bukan apa,kadang-kadang apa yang kita nak tu bukan pilihan Allah..maknanya bukan yang terbaik untuk kita..dalam surah Al-Baqarah sendiri pun ada menyebut tentangnya,kan.. ;-)

-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-

Bookmark and Share

  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

syazmi_8283
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31034
Posting: 141
Dari: melaka

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 01-11-07 11:39

saya tak tau dah nak bagi pendapat....
kawan-kawan semua dah bagi pendapat masing-masing..
apa pun pilih yang terbaik......

Bookmark and Share

  Member Information For syazmi_8283Profil   Hantar PM kepada syazmi_8283   Pergi ke syazmi_8283's Website   Quote dan BalasQuote

nak_jadi_baik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.10.2007
Ahli No: 31409
Posting: 112
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 12:53

terima kasih SEMUA :)...

Bookmark and Share

  Member Information For nak_jadi_baikProfil   Hantar PM kepada nak_jadi_baik   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  

posticon Posting pada: 01-11-07 13:05

betul, pilih yang terbaik...Allah yang menentukan.solat istikharah sebagai petunjuk membuat pilihan...semua keputusan mungkin diberi oleh Allah..

Bookmark and Share

  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

aidil_firdaus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.10.2007
Ahli No: 31562
Posting: 58
Dari: pahang-putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 01-11-07 13:16

istikharahlah dengan hati yang tenang dan saya setuju apa yang sufti_ilham buat tu.istikharah sehendaknya setiap malam.dan jangan dilupa solat taubat dan yang penting witir.doalah dengan sungguh-sungguh; kerana doa itu adalah senjata orang mukmin dan intipati kepada segala ibadah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”

Riwayat at-Tirmizi
[ Telah diedit oleh: aidil_firdaus pada 01-11-07 13:17 ]

Bookmark and Share

  Member Information For aidil_firdausProfil   Hantar PM kepada aidil_firdaus   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  

posticon Posting pada: 01-11-07 13:23

Pada 01-11-07 08:28 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

kak Iman dah nak kahwin dah? alhamdulillah

mana ada..pandai2 lah daeng_jati
tapi doa2kn lah supaya cepat ye:-)

-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang

Bookmark and Share

  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  

posticon Posting pada: 05-11-07 11:52

erm...ana dapat petunjuk pun bukan melalui mimpi...tapi melalui gerak hati rasanya agaknya.....alhamdulillah setelah melakukan istikharah..walaupun jawapannnya bukan seperti mana yang kita harapkan...tapi ianya adalah dari ALLAH...maka itula yang terbaik...untuk kita....dalam doa istikharah pun kita memohon dijauhkan dr segala keburukan andai sesuatu perkara itu tidak baik untuk kita....ye tak...

Bookmark and Share

  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar

posticon Posting pada: 05-11-07 23:23

dah buat solat istikharah...alhamdulillah syukur dengan petunjukNya....:-)

Bookmark and Share

  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.119047 saat. Lajunya....