Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kayu yang bengkok tak dapat hasilkan bayang-bayang lurus
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 119
Ahli: 0
Jumlah: 119




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 53 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Britain gagal tangani keganasan: Abdullah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Britain gagal tangani keganasan: Abdullah

Please Mendaftar To Post


Oleh Britain gagal tangani keganasan: Abdullah

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 00:23


LONDON: Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah, menuduh Britain tidak berusaha sedaya upaya untuk memerangi keganasan antarabangsa dan meramalkan mengambil masa 20 atau 30 tahun untuk menanganinya.

Beliau mengulas demikian ketika ditemubual Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) menjelang lawatannya ke Britain - kali pertama dilakukan pemerintah Arab Saudi dalam masa 20 tahun.

Katanya lagi, Britain gagal bertindak berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh negara itu yang mungkin dapat mengekang serangan pengganas.

Raja Abdullah tiba di Britain tengah hari semalam dan lawatan rasminya bermula hari ini.

Dalam temubual itu, dia berkata perang menentang keganasan memerlukan lebih banyak usaha oleh negara seperti Britain dan al-Qaeda terus menjadi masalah besar kepada negaranya.

Wartawan hal ehwal dunia BBC, John Simpson, berkata Raja Abdullah jelik dengan dunia yang gagal bertindak berhubung cadangannya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai maklumat keganasan.

Bercakap menerusi penterjemah, pemerintah Arab Saudi itu berkata dia percaya kebanyakan negara tidak mengambil serius perkara itu ‘termasuk, malangnya, Britain.’

“Kami menghantar maklumat kepada Britain sebelum serangan pengganas di Britain tetapi malangnya tiada tindakan diambil. Ia mungkin dapat menghalang tragedi itu,” katanya.

Raja Abdullah menegaskan negaranya sudah menyalurkan maklumat yang mungkin dapat menghalang serangan bom di London pada tahun 2005 jika ada tindakan diambil.

Wakil keselamatan BBC, Frank Gardner, berkata pegawai Whitehall menyangkal keras perkara itu, dan siasatan oleh Jawatankuasa Perisikan dan Keselamatan Parlimen mendapati tiada bukti sebarang perisikan disalurkan oleh pihak Arab Saudi yang dapat menghalang serangan bom pada 7 Julai 2005.
Lawatan Raja Abdullah mencetuskan kontroversi berhubung hubungan London dengan Riyadh. Satu tunjuk perasaan dirancang di luar Kedutaan Arab Saudi di London hujung minggu ini untuk membantah rekod hak kemanusiaan negara itu. –Agensi

Sumber: Berita Harian


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 00:23


Ulasan:

Sekali baca berita ini seakan-akan menampakkan keberanian seorang ‘pemimpin Islam’ berhadapan dengan pemimpin kufur dan juga pengganas. Namun, bagi mereka yang celik politik, berita ini adalah sebaliknya. Siapa tidak kenal Raja Abdullah? Seorang pemimpin monarki (baca: diktator) yang bukan sahaja sahabat Barat, malah seorang yang tunduk patuh kepada Barat dan sanggup buat apa sahaja atas perintah tuannya ini, termasuk membunuh umat Islam. Dunia amnya telah tahu (hatta golongan kafir sendiripun tahu) perang melawan pengganas yang dilancarkan oleh Barat (AS dan Britain) adalah perang melawan Islam. Adakah Raja Abdullah begitu buta sehingga tidak nampak akan hakikat ini?

Bagi pengamat politik, sebenarnya terdapat beberapa agenda yang cuba disampaikan oleh Raja Abdullah dengan kenyataan-kenyataan yang beliau keluarkan:-

(1) Dengan menuduh Britain tidak berusaha sedaya upaya untuk memerangi pengganas, beliau sebenarnya ‘meminta’ Britain agar berusaha lebih keras dalam memerangi pengganas, dengan kata lain beliau meminta dan mengharapkan Britain agar membunuh umat Islam dengan lebih agresif dari apa yang mereka lakukan sekarang;

(2) Beliau juga nampaknya telah memberi ‘lampu hijau’ kepada Britain untuk masuk ke negaranya bagi menghapuskan pengganas. Dengan kata lain, beliau akan bekerjasama dan mengharapkan keamanan negaranya dijaga oleh puak kufur ini. Jadi, dalam masa yang sama beliau dapat memastikan bahawa beliau akan ‘kekal bertakhta’ (dengan pertolongan Britain).

(3) Dengan kenyataan di atas, maksudnya jika Britain selepas ini melancarkan serangan yang lebih ganas ke atas umat Islam dalam usaha mereka memerangi pengganas (khususnya di Arab Saudi), maka dunia tidak boleh marah kepada Britain, sebab Britain selama ini telah gagal, jadi apa yang Britain lakukan hanyalah untuk memastikan mereka tidak lagi gagal dalam memerangi pengganas (baca: umat Islam)

(4) Sebenarnya rekod Gordon Brown dalam memerangi pengganas masih belum terbukti (sebagaimana Tony Blair). 'Keganasan' beliau masih belum terbukti kerana beliau baru sahaja menduduki jabatan PM. Jadi, dengan adanya kenyataan sebegini, mungkin akan menjadi ‘signal’ kepada Brown untuk mula menunjukkan taringnya dalam rangka memburu dan membunuh umat Islam.

(5) Alangkah peliknya apabila Raja Abdullah mengeluarkan satu kenyataan yang kontroversi apabila menyatakan bahawa beliau telah memberikan maklumat lebih awal kepada Britain tentang tragedi pengeboman London dulu, yang mana ini cepat-cepat dinafikan oleh pihak keselamatan Britain. Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemerintah tersohor ini sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai tandatanya, apakah disengajakan atau beliau telah tersasul? Kalau betullah apa yang diucapkannya (walaupun tersasul), bagaimanakah beliau boleh mendapat maklumat tersebut walhal pengeboman itu akan berlaku nun jauh di kota London? Itu baru satu soalan, belum masuk lagi soalan sejauh manakah maklumat yang beliau ada/dapat? Siapakah dalangnya? Dan macam-macam soalan lagi. Jika kita faham politik kotor Kapitalis yang diamalkan sekarang sama ada oleh pemimpin kufur atau pemimpin umat Islam, kita akan tahu bahawa tidak akan ada satu peristiwa pun yang berlaku tanpa perancangan mereka!!!

Wallahu a'lam.


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

im_koyube
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.08.2007
Ahli No: 30699
Posting: 26
Dari: Leicester, United Kingdom

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 05:05


selaku org yang berada di UK, situasi ini memang agak pelik dan rakyat di sini siap pulau lagi kedatanagan Raja Saudi..sebab dia memang pelik..dah britain juga pelik..rakyat pulau dan buat tunjuk perasaaan sebab britain sokong Arab saudi yang tak amalkan demokrasi(pemerintahan diktator) sedangkan britain mmperjuangkan demokrasi..mesti ada apa-apa agenda mereka ini..mmmmmmmm..


-----------------





Bookmark and Share

    


  Member Information For im_koyubeProfil   Hantar PM kepada im_koyube   Pergi ke im_koyube's Website   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-11-07 14:35


Pada 01-11-07 05:05 , im_koyube posting:

!!! QUOTE !!!

selaku org yang berada di UK, situasi ini memang agak pelik dan rakyat di sini siap pulau lagi kedatanagan Raja Saudi..sebab dia memang pelik..dah britain juga pelik..rakyat pulau dan buat tunjuk perasaaan sebab britain sokong Arab saudi yang tak amalkan demokrasi(pemerintahan diktator) sedangkan britain mmperjuangkan demokrasi..mesti ada apa-apa agenda mereka ini..mmmmmmmm..



scara faktanya, kita melihat bahawa pemimpin Saudi merupakan agen kuat Barat.

tengok saja time Iraq diserang, pemimpin saud malah memberi pangkalan udara kepada Amerika untuk bunuh Umat Islam Iraq.

Beginilah realiti pemimpin-pemimpin bacul dinegeri2 umat Islam.


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111245 saat. Lajunya....