Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 76
Ahli: 0
Jumlah: 76




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 3 hari yang lalu
Muslim1987: 10 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Presiden PAS dapat keadilan di London


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Presiden PAS dapat keadilan di London

Please Mendaftar To Post


Oleh Presiden PAS dapat keadilan di London

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-10-07 04:24


Presiden PAS dapat keadilan di London
Mohamed Hanipa Maidin
Fri | Oct 26, 07 | 2:25:52 pm MYT

Pada 1 May 2007 yang lalu, akhbar the Daily Mirror telah menerbitkan gambar Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai sebahagian daripada siri artikel mereka berkaitan perancangan untuk melancarkan serangan pengganas di United Kingdom.

Perancangan itu termasuklah untuk mengebom Pusat membeli belah Bluewater di Kent. Gambar Ustaz Hadi muncul di akhbar tersebut dengan tajuk "AL-QAEDA - Abdul Hadi" dan dinyatakan bahawa beliau adalah pemimpin nombor 3 Al-Qaeda dan sedang ditahan di Guantanamoa Bay.

PAS mengetahui berita tersebut melalui rakyat Malaysia yang berada di UK yang telah memaklumkan kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Ustaz Nasaruddin kemudiannya telah menghantar artikel itu menerusi e-mel kepada saya.

Semasa mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, di atas kapasiti sebagai Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-Undang PAS Pusat, saya telah mencadangkan agar Ustaz Hadi memfailkan saman fitnah ke atas akhbar tersebut. Cadangan itu telah dipersetujui sebulat suara oleh PAS Pusat. Pada bulan Julai yang lalu saya dan Ustaz Hadi bergegas ke London untuk berjumpa peguam. Kami telah disarankan oleh beberapa orang kawan di sana untuk menggunakan khidmat firma Carter Ruck - firma yang paling 'top' di London malahan di Eropah di dalam menangani kes fitnah.

Firma tersebut juga mewakili beberapa tokoh pemimpin gerakan Islam di dunia seperti Sheikh Yusuff Al-Qaradhawi, Rachid Ghanoussi (pemimpin parti Islam Al-Nahdah, Tunisia ), Yusuf Islam, Khursid Ahmad dan beberapa tokoh Islam yang lain.

Sebaik sahaja kami melangkah ke firma tersebut, kami dibawa bertemu dengan peguam mereka iaitu Adam Tudor, peguam lepasan Universiti Oxford. Hasil pertemuan yang memakan masa hampir dua jam itu, firma tersebut bersetuju mewakili Ustaz Abdul Hadi kerana jelas berita yang disiarkan oleh Daily Mirror adalah satu fitnah yang amat jahat kepada Ustaz Abdul Hadi.

sokong Hamas

Semasa pertemuan dengan Adam Tudor, beliau begitu yakin bahawa Ustaz Abdul Hadi akan menang kes ini tetapi berasa sedikit bimbang kerana Daily Mirror akan menggunakan ucapan-ucapan Ustaz Hadi yang menyokong Hamas (khususnya berkaitan dengan pengebom berani mati) untuk menyerang Ustaz Abdul Hadi.

Semasa pertemuan tersebut, Ustaz Abdul Hadi disoal oleh peguam beliau sendiri dan soalan-soalannya menyerupai soalan-soalan di rancangan “hard talk” yang disiarkan oleh BBC. Soalan tentang Hamas, Yahudi, perlaksanaan syariah dibangkitkan di pertemuan tersebut dan ini menjadikan perbincangan itu sangat hangat tetapi hidup. Nyata Adam telah bersedia lebih awal.

Pada 27 Julai 2007 Firma Carter Ruck menulis kepada Daily Mirror dan meminta antara lain agar Daily Mirror meminta maaf kepada Ustaz Hadi dan menerbitkan kata-kata maaf tersebut di akhbar tersebut; memohon kemaafan di hadapan Hakim di Mahkamah Tinggi London; membayar ganti rugi kepada Ustaz Hadi dan membayar semua kos guaman Ustaz Hadi. Apa yang menakjubkan, pada hari yang sama akhbar Daily Mirror melalui peguamnya, Partington telah bersetuju dengan segala tuntutan Ustaz Hadi.

Pada mulanya pihak Daily Mirror meminta supaya kata-kata maaf tersebut yang akan disiarkan oleh akhbar itu mengandungi juga kata-kata Ustaz Abdul Hadi menyokong Hamas dan Jihad Islam dan apabila hal tersebut dimaklumkan kepada kami, saya bagi pihak Ustaz Hadi telah memaklumkan Adam bahawa rujukan kepada Hamas dan Jihad Islami adalah tidak relevan bagi kes ini.

Adam juga bersetuju dengan kami dan menyatakan jika rujukan itu dibuat, ia tidak akan memulihkan imej Ustaz Hadi di kaca mata orang Barat. Akhirnya Daily Mirror bersetuju rujukan kepada Hamas dan Jihad Islami hendaklah dibuang.

Tetapi perlu dinyatakan di sini tindakan pihak Daily Mirror bersedia meminta maaf dengan segera kepada Ustaz Hadi dan juga memenuhi tuntutan–tuntutan Ustaz Hadi yang lain menunjukkan tahap profesionalisme dan akauntabiliti yang tinggi akhbar tersebut khususnya di dalam mengakui kesilapan yang mereka telah lakukan.

Hal ini jarang atau hampir mustahil berlaku di Malaysia. Saya pada masa ini mewakili Ustaz Misbahul Munir yang difitnah oleh akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bahawa beliau berucap di Muktamar PAS yang lalu dan menghentam ulama PAS. Ia jelas satu fitnah kerana Misbahul Munir langsung tidak berucap di Muktamar tersebut. Firma saya telah menulis kepada pihak Utusan untuk antara lain menuntut mereka memohon maaf tetapi sehingga kini tiada sebarang maaf daripada pihak Utusan. Lihatlah perbezaannya.

bela tokoh-tokoh Islam

Saya juga menyaksikan tahap profesionalisme yang tinggi juga dipamerkan oleh firma-firma guaman di London dalam menyelesaikan satu-satu kes. Meskipun firma Carter Ruck tidak langsung mempunyai seorang peguam beragama Islam, mereka dengan senang hati bersedia mewakili anakguam mereka yang beragama Islam seperti Ustaz Hadi meskipun mereka arif bahawa Ustaz Hadi adalah tokoh gerakan Islam dan juga Presiden Parti Islam di Malaysia!

Saya sempat bertanya kepada Adam adakah beliau tidak takut membela tokoh–tokoh Islam seperti Ustaz Hadi. Beliau mengakui tidak langsung berasa takut malahan gembira mewakili Ustaz Hadi. Adam juga menyatakan bahawa beliau semakin mengenali Islam dan pengikutnya selepas berpengalaman mewakili tokoh-tokoh gerakan Islam.

Di Malaysia para peguam agak takut untuk mewakili tokoh-tokoh pembangkang khususnya PAS kecuali peguam-peguam yang dikaitkan dengan pembangkang. Saya masih ingat pernah anakguam saya dari Pahang yang terpaksa mendapatkan khidmat firma saya di Kuala Lumpur bagi menyaman satu institusi yang ada hubungan dengan Kerajaan Pahang.

Anak guam saya itu memaklumkan kepada saya, meskipun beliau telah menghubungi beberapa peguam di Kuantan namun banyak yang tidak bersedia mewakili beliau kerana tidak berani “melawan” Kerajaan Pahang yang diterajui Umno.

Alhamdulillah pada 19 Oktober yang lalu saya sempat bersama-sama Ustaz Hadi dan juga Dr Dzulkifli Ahmad hadir di Mahkamah Tinggi di London bagi menghadiri prosidng yang dipanggil “statement in open court” di hadapan Yang Arif Hakim Eady, Hakim Mahkamah Tinggi di London.

Semasa di London kami sempat juga berjumpa Khursid Ahmad, tokoh Jamaat Islami Pakistan dan Rachid Ghanoussi (pemimpin parti Islam Al-Nahdah, Tunisia) yang amat bergembira dengan kejayaan Ustaz Hadi tersebut.

Rachid Ghanoussi yang hidup dalam buangan di London, secara bergurau menyatakan Ustaz Hadi marah dengan Daily Mirror kerana dikaitkan dengan pemimpin nombor 3 al-Qaeda dan bukannya pemimpin nombor 1 gerakan tersebut!

artikel asal

/


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-10-07 08:02


subhanallah..

saya pun pernah difitnah di akhbar kosmo..
bila ada usaha nak hubungi akhbar, kena hadapi kerenah birokrasi U pulak..

last2 saya biarkan saja..lagipun fitnah tu tak adalah sampai memudaratkan saya even bukan saya yang sebut..

insyaAllah, kalau ada lagi org yang buat lagi begitu, rasanya dah sampai masa suara mahasiswa dilaungkan! takbir!

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-10-07 08:04


apa kata kita gunakan firma guaman tu nanti bila kita ada kes.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 28-10-07 09:26


if that so, we all must have basic knowledge of our country justice court...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-10-07 13:20


Kenapa mereka ada kesedaran nak bela tapi peguam kita takut nak bela?

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 09:21


tak sabaq nak mengundi...

moga yang benar akan dapat kemenangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 31-10-07 00:45


Pada 28-10-07 13:20 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa mereka ada kesedaran nak bela tapi peguam kita takut nak bela?


Kenapa peguam kita takut nak bela???.

rasanya....sebab cintakan dunia, takutkan mati....takut periuk nasi mereka kat bumi malaysia ini hilang...maklumlah, takutkan pemimpin....nanti pemimpin-pemimpin zalim UMNO a.k.a BN jerkah peguam2 yang nak tunjuk pandai dan belang ini...tak pasal2 peguam ini kena heart attack, hilang mata pencarian...silap-silap haribulan isteri jadi janda, anak2 kehilangan ayah sebab suami kena bunuh dek UMNO...paling kurang kereta mesti kena pecah tanda amaran dari pemimpin-pemimpin zalim UMNO.

so....adakah peguam2 kat london itu tak cinta dunia, tak takut mati???

entahlah...wallahua'lam....mereka tak takut agaknya kat pemimpin-pemimpin mereka...thats why mereka berani nyatakan kebenaran.

apa-apa pun....kita sekarang ini kena berani bawa apa-apa kes fitnah ke, ugutan ke, rasuah ke....ke mahkamah...biar satu malaysia tahu yang umat Islam malaysia pandai dan celik keadilan....tak boleh dibuat main-main dan dibonekakan.


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 31-10-07 00:52 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-11-07 04:21


Salam, maaf kerana mungkin agak lewat memberikan respon.

Sekadar nak berkongsikan pandangan.

Pada hemat saya, tindakan peguam di London yang "berani" berbicara ini tidak lain hanyalah manifestasi daripada prinsip kebebasan bersuara yang menjadi sebahagian daripada creed yang membentuk sistem kapitalis.

Orang Barat, walaupun sistem yang mereka amalkan itu korup, namun ada sesuatu yang boleh kita pelajari daripada mereka, iaitu mereka benar-benar "menghidupkan" ideologi Kapitalis dalam kehidupan mereka. Setiap tindak-tanduk mereka dibuat berdasarkan prinsip-prinsip kebebasan yang menjadi teras ideologi kapitalis.

Bagaimana pula dengan umat Islam, khususnya yang berkulit sawo matang ini? Sudahlah sistem yang diamalkan itu celupan daripada sistem orang lain (baca:manusia), lepas tu amalkan sambil lewa sahaja.

Tujuan saya menulis respon ini bukanlah untuk mempromosikan sistem kapitalis, sebaliknya nak menunjukkan betapa sesebuah umat itu akan mampu mencapai kebangkitan (nahdhah) sekiranya mereka berpegang teguh kepada sesuatu ideologi sehinggakan daripada ideologi tersebut lahirlah kepemimpinan pemikiran (qiyadah fikriyah) yang dijadikan tolok ukur (miqyas) bagi menentukan tindak-tanduk mereka dalam kehidupan seharian.

Sungguhpun demikian, ideologi yang membentuk sistem kapitalis itu terlahir daripada buah pemikiran manusia (baca:makhluk). Dan kita semua sudah sedia maklum bahawa makhluk ini sifatnya terbatas, dan tidak dapat menjangkaui apa yang terjadi di luar pengetahuan mereka. Dan juga tidak mengetahui apakah yang akan terjadi pada detik yang akan datang. Malahan oleh kerana ia dihasilkan oleh buah fikiran manusia, maka ia cenderung untuk bersifat bias. Oleh sebab itulah kapitalis gagal membawa pendokongnya kepada kebangkitan yang hakiki.

Justeru, sistem apakah yang wajar dilaksanakan dalam mengatur kehidupan kita? Tentunya sistem yang terbentuk daripada mabda berasaskan wahyu, i.e sistem Islam.

Dalam sistem Islam yang hakiki, tidak akan ada bias kerana Penggubalnya merupakan Yang Maha Adil.

Dan tidak pula akan timbul soal kesesuaian mengikut zaman, kerana yang menciptanya merupakan Zat Yang Maha Mengetahui. Dia Maha Mengetahui apa yang terjadi sebelum, semasa, dan selepas. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Kesimpulannya, marilah kita berusaha dengan segenap upaya bagi mengembalikan semula sistem Islam dalam kehidupan kita. Sistem yang dianugerahkan Allah swt kepada umat manusia, khususnya umat Muhammad saw ini bagi mengatur urusan kehidupan kita, serta menyelesaikan setiap permasalahan manusia (mu'allajah li masyakil insaan).

Justeru, mengapa masih hendak ditinggalkan anugerah yang berharga ini, lalu kita berpaling kepada sistem yang telah membawa kerosakan dan huru-hara di muka bumi ini dalam tempoh masa yang tidak begitu lama? (Kapitalis mulai tersebar semenjak 300 tahun dahulu)

Mengapa hukum-hakam buatan manusia yang dirujuk dan diperjuangkan, sedangkan kita semua sudah sedia maklum bahawa yang berhak membuat hukum hanyalah Allah swt?

Peranan manusia tidak lebih dari sekadar menggali hukum-hukum tersebut daripada sumber-sumber hukum yang dibenarkan syarak. Si penggali hukum ini pula bukanlah sebarangan orang, sebaliknya harus benar-benar arif dalam bidang ini i.e mujtahid.

Inilah antara punca mengapa umat Islam terkebelakang pada hari ini. Malahan sudah hilang kemuliaannya di muka bumi ini. Pintu ijtihad sudah ditutup! (namun tak bermakna saya menyeru supaya semua orang berhak membuat ijtihad... harap maklum)

Mungkin ada perbezaan pendapat tentang hakikat sistem Islam yang wajib dipatuhi, namun ini bukanlah penghalang, Sewajarnya kita bermuzakarah bagi mencapai kesepakatan atas kebenaran. Inilah yang wajar dijadikan asas perbincangan kerana daripada kefahaman tentang matlamat yang ingin dicapai inilah kita dapat merencana agenda kebangkitan umat yang hakiki...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-11-07 04:22


Sudah tiba masanya umat Islam benar-benar "menghidupkan" Islam dalam kehidupan kita...

Wallahu'alam...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 03-11-07 09:27


Pada 31-10-07 00:45 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-10-07 13:20 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa mereka ada kesedaran nak bela tapi peguam kita takut nak bela?


Kenapa peguam kita takut nak bela???.

rasanya....sebab cintakan dunia, takutkan mati....takut periuk nasi mereka kat bumi malaysia ini hilang...maklumlah, takutkan pemimpin....nanti pemimpin-pemimpin zalim UMNO a.k.a BN jerkah peguam2 yang nak tunjuk pandai dan belang ini...tak pasal2 peguam ini kena heart attack, hilang mata pencarian...silap-silap haribulan isteri jadi janda, anak2 kehilangan ayah sebab suami kena bunuh dek UMNO...paling kurang kereta mesti kena pecah tanda amaran dari pemimpin-pemimpin zalim UMNO.

so....adakah peguam2 kat london itu tak cinta dunia, tak takut mati???

entahlah...wallahua'lam....mereka tak takut agaknya kat pemimpin-pemimpin mereka...thats why mereka berani nyatakan kebenaran.

apa-apa pun....kita sekarang ini kena berani bawa apa-apa kes fitnah ke, ugutan ke, rasuah ke....ke mahkamah...biar satu malaysia tahu yang umat Islam malaysia pandai dan celik keadilan....tak boleh dibuat main-main dan dibonekakan.




mereka liberal dan kerajaan tak boleh masuk campur dalam proses keadilan nanti boleh jadi skandal.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 06-11-07 06:53


Assalamualaikum

dan media di malaysia langsung tak ada cerita pasal ni... ana tahu pun melalui harakah..


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-11-07 08:23


sebab media kita dikawal oleh kerajaan jadi tu yang tak masuk berita tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105455 saat. Lajunya....