Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 6 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 35 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: PERTELINGKAHAN TANPA ILMU SESAMA


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» PERTELINGKAHAN TANPA ILMU SESAMA

Please Mendaftar To Post


Oleh PERTELINGKAHAN TANPA ILMU SESAMA

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 24-10-07 00:02


Menamakan setiap ustaz dan ustazah sebagai ‘ulama’ adalah kebiasaan dalam masyarakat kita. Ada juga yang menggelarkan golongan ustaz sebagai ‘ahli ilmu’. Saya menyukai istilah ‘ahli ilmu’ kerana ia lebih jelas maksudnya berbanding ‘ulama’. Walaupun perkataan ‘ulama’ itu adalah berasal daripada perkataan ‘alim’ yang juga bermaksud orang berilmu, tapi saya rasa lebih selesa (tak semestinya orang lain pun selesa) dengan menggelarkan mereka ‘ahli ilmu’. Ini memberi isyarat yang jelas bahawa mereka perlu mencapai tahap ‘ilmu’ untuk melayakkan mereka digelar ahli ilmu. Semoga saya dan pembaca sekelian akan menjadi ‘ahli ilmu’ dalam erti kata sebenar.


DI ANTARA WAJAH-WAJAH ‘AHLI ILMU’

            Dari masa ke semasa, saya sering bertemu dengan golongan ‘ahli ilmu’ yang benar-benar komited dengan ilmu. Mereka mempelajarinya secara berterusan (tidak berhenti setakat ijazah semata-mata), beramal dengannya, memiliki akhlak sebagai seorang ahli ilmu, terbuka mendengar pendapat orang lain dan lain-lain lagi sifat ahli ilmu yang kita ketahui daripada riwayat hidup para salaf (golongan di zaman awal iaitu para sahabat, tabiin dan generasi selepas tabiin).

            Tapi dalam masa yang sama saya juga sering bertemu (sama ada secara fizikal atau tidak) dengan ahli ilmu yang tidak layak digelar ahli ilmu. Ilmunya tidak bertambah, memandang rendah kepada orang lain, tegas dengan pendapat sendiri yang belum pasti kebenarannya, menolak mentah-mentah apa sahaja pandangan yang tidak pernah didengarinya atau tidak dapat difahami olehnya, bersangka buruk, mempercayai apa sahaja perkara yang didengari telinganya dan sebagainya. Sifat-sifat ini tidak layak ada pada seorang yang biasa (bukan ahli ilmu tetapi berakhlak mulia), inikan pula mereka yang ingin digelar sebagai ‘ulama’! Saya ingin menyentuh satu aspek yang berkaitan ahli ilmu iaitu persoalan ‘Sikap SEBAHAGIAN pendokong Mazhab al-Syafie dan SEBAHAGIAN pendokong Sunnah’. Kedua-duanya mendakwa atau didakwa sebagai ‘ahli ilmu’. Adakah dakwaan ini tepat?



‘SEBAHAGIAN’ GOLONGAN YANG MEMPERTAHANKAN MAZHAB AL-SYAFIE

Imam al-Syafie adalah seorang yang amat agung dan beliau berada dalam senarai atas tokoh-tokoh Islam. Beliau hidup di zaman yang penuh keberkatan iaitu pada hujung kurun kedua Hijrah. Beliau bukan sahaja dianggap ‘imam’ dalam fiqh tetapi juga ‘imam’ dalam ilmu-ilmu yang lain. Tiada siapa dapat menafikan keilmuannya dan kehebatannya.

Tetapi, apa yang menyedihkan ialah - ada dalam kalangan mereka yang mendakwa diri sebagai pengikut mazhab al-Syafie sedangkan mereka tidak kenal bahkan tidak ambil tahu tentang sejarah hidup Imam Muhammad Ibn Idris al-Syafie. Mereka tidak ambil tahu tentang buku-buku karya al-Syafie. Mereka juga tidak kenal siapa murid-murid kanan al-Syafie yang hidup bersama beliau dan sama-sama menghidupkan mazhab al-Syafie. Amat jelas mereka tidak tahu pun apa itu fatwa-fatwa al-Syafie melainkan apa yang mereka dengar di sana dan di sini. Maka terciptalah secara tidak sedar satu rumus – apa yang kita dah buat sekian lama, itulah mazhab Syafie! Ahli ilmu yang sebenar pasti tidak akan sama sekali menuturkan ‘rumus’ ini.

Mungkin juga mereka tidak tahu kewujudan perbezaan pendapat pada sudut-sudut tertentu antara al-Syafie dan juga ulama-ulama mazhab al-Syafie yang hidup pada zaman selepas beliau yang mana mereka itu digelar al-Syafi’iyyah. Mereka menyangka bahawa pendapat al-Syafie adalah seratus peratus sama dengan pendapat murid-muridnya seperti al-Buwaithi dan al-Muzani atau al-Rabi’. Mereka berkemungkinan besar menyangka bahawa semua pendapat al-Rafi’i atau al-Nawawi adalah seratus peratus sama dengan pendapat Imam al-Syafie. Hanya ‘ahli ilmu’ yang akan tahu bahawa ada perbezaan. Walaupun tidak banyak secara keseluruhan, tapi ia wujud. Mengetahui perbezaan sebegini adalah penting dalam mengeluarkan pendapat atas nama mazhab Syafie.

Kalau anda ingin menjadi pendokong, jadilah pendokong yang berilmu dan adil, bukan semata-mata pendokong yang tak kenal pun siapa tokoh yang dipertahankan malah tidak kenal pula hasil ilmu yang dikatakan sebagai ‘mazhab al-Syafie’. Anda ibarat orang yang sibuk mempromosikan sesuatu jenama barang terkenal, tapi apabila ditanya dan disoal, diam seribu bahasa. Riuh sekampung, tapi ‘habuk pun tarak’.

Berkemungkinan besar mereka yang digelar ‘ahli ilmu’ ini mempertahankan habis-habisan mazhab al-Syafie, tetapi langsung tidak pernah membaca sampai habis (khatam) mana-mana buku fiqh mazhab al-Syafie apatah lagi buku al-Syafie sendiri. Maka bagaimanakah mereka boleh dipercayai dalam mengkelaskan ‘ini mazhab Syafie, itu bukan...itu mazhab Syafie, ini mazhab lain’? Kenapa tidak turunkan sedikit ego itu dan cuba bersikap rendah diri dan menggunakan ayat-ayat yang lebih ‘mesra’ seperti ‘menurut apa yang saya tahu, ini adalah pendapat mazhab Syafie’ atau ‘apa yang diberitahu kepada saya oleh guru saya, itu adalah pendapat mazhab lain’.

Letakkan di dalam hati satu perasaan atau satu pernyataan ‘masih banyak yang aku tidak tahu termasuklah pendapat dalam fiqh mazhab al-Syafie’. Jangan terus menyalahkan orang lain hanya kerana kita tidak pernah mendengar perkara tersebut. Telitilah diri, renungilah kemampuan ilmu di dada. Kalau ada orang yang menyebut satu hadith yang kita tidak tahu, jangan cepat menolak. Sedangkan Al-Quran itu pun ramai yang tidak hafaz, inikan pula hadith. Anda tidak dihalang untuk mengkaji bahkan itulah yang sepatutnya anda lakukan. Sebelum memberikan pendapat, sebelum mempertahankan apa yang anda telah lama buat, selidikilah terlebih dahulu.

Untuk memahami mazhab al-Syafie, anda perlu tahu buku-buku yang ada dalam mazhab al-Syafie. Paling asas ialah anda perlu tahu manakah satu buku yang ditulis oleh Imam al-Syafie sendiri (untuk mengetahu pendapat beliau) dan mana pula buku yang ditulis oleh ulama lain dalam mazhab al-Syafie. Anda perlu mengambil tahu tentang kedudukan ulama mazhab al-Syafie – bilakah mereka hidup (untuk membezakan zaman), yang mana satu menjadi tempat rujukan utama, bagaimana perbezaan pendapat mereka dengan Imam al-Syafie dan sebagainya. Kemudian, anda perlu menyusun jadual untuk kembali ‘mengkhatam’ buku-buku dalam mazhab al-Syafie. Jangan hanya satu buku yang anda khatam, lantas anda merasakan diri berada di tempat yang melayakkan anda untuk berfatwa! Dampingilah ahli ilmu yang lain, bertanyalah kepada yang lebih tahu, dan yang paling penting, hormatilah pendapat orang lain dan mazhab lain. Anda tidak dipaksa mengikut pendapat lain tapi pelajarilah sifat hormat-menghormati. Mungkin anda telah tahu bahawa Abu Hanifah (meninggal pada 150H) (mazhab Hanafi) pernah bertemu dan berbincang dengan sopan bersama Malik (179H) (mazhab Maliki). Mungkin anda juga telah tahu bahawa al-Syafie (204H) pernah berguru dengan Malik. Mungkin anda juga sedia maklum bahawa Ahmad Ibn Hanbal (241H) (mazhab Hambali) amat menyayangi gurunya al-Syafie dan begitu juga al-Syafie amat menyayanginya. Kalau anda dah tahu, janganlah buat-buat tak tahu. Itulah adab, itulah akhlak, itulah namanya ‘ahli ilmu’. Pelajarilah ilmu mereka dan pelajarilah juga akhlak mereka. Walaupun kita tidak sehebat mereka, contohilah mereka sedaya yang ada.

Saya menyedari bahawa ada dalam kalangan pendokong mazhab Syafie yang terlanjur kata bukan kerana mereka tidak beradab, cuma mungkin mereka terasa dan terguris kerana ada sebahagian anak muda yang tidak pandai berbicara lalu menghentam secara pukul rata semua pendokong mazhab. Nasihat saya, janganlah marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Dalamilah ilmu tentang mazhab al-Syafie, bacalah buku-buku fiqh yang terkemuka dalam mazhab Syafie, maka anda akan mampu memberikan hujah yang mantap dan bersabarlah dengan kerenah mereka yang kasar dan gopoh itu. Ramai lagi yang terbuka dan tidak seperti mereka.

Ya Allah, rahmatilah imam-imam kami, jadikanlah mereka contoh ikutan bagi kami.



‘SEBAHAGIAN’ GOLONGAN PENDOKONG SUNNAH

            Mendokong Sunnah adalah tanggungjawab ‘ahli ilmu’. Tidak kira apa jua mazhab termasuklah mazhab al-Syafie, Sunnah adalah sumber hukum dan sumber ilmu. Kita semua adalah pendokong Sunnah dengan syarat kita memahami dan mempelajarinya, bukan semata-mata bersemangat tetapi ‘masuk angin keluar asap’. Sebahagian yang mendakwa mereka adalah pendokong Sunnah kadangkala terlalu emosi sehingga terlajak kata, bukan lagi terlajak perahu.

Contohnya, mereka memperkatakan tentang ‘haramnya taqlid’ sedangkan mereka tidak tahu apa maksud taqlid dan pembahagiannya. Sejak bila mereka menjadi ‘mujtahid mutlaq’ (tahap imam-imam mazhab) atau sekurang-kurangnya ‘mujtahid tarjih’ (tahap yang mampu memilih pendapat yang terbaik antara mazhab)? Mereka memperkatakan bahawa ‘kami ikut dalil, kamu ikut ulama’ sedangkan mereka tidak tahu bahawa ‘ulama’ itu lebih memahami dalil daripada mereka! Mereka sentiasa menyeru ke arah ‘mempertahankan Sunnah’ sedangkan mereka tidak memahami kebanyakan Sunnah malah tidak membacanya dengan teratur! Bagaimana saya dan anda ingin yakin dengan mereka yang tidak faham apa yang mereka perjuangkan?

            Seolah-olah mendokong Sunnah membawa maksud menolak mazhab. Seolah-olah al-Syafie, Malik, Ahmad Ibn Hanbal dan Abu Hanifah (4 orang imam mazhab terkenal) tidak tahu Sunnah, tidak faham Sunnah, tidak beramal dengan Sunnah?! Maka kita dapati sebahagian mereka asyik mengkritik semua amalan masyarakat sama ada dengan dalil yang jelas atau yang kabur. Mereka asyik menghentam dan membid’ahkan tapi apabila berhujah, lidah mereka kelu. Orang lain bertungkus lumus membaca rujukan dan kajian ulama, tapi ada dalam kalangan mereka yang masih belum mahir membariskan bacaan buku-buku Arab, malah ada yang ‘baca lain, terjemahnya lain’!

            Nasihat saya kepada mereka, tuntutlah ilmu. Pelajarilah Sunnah menurut urutan yang betul. Kenali sejarah perkembangan hadith, bacalah buku-buku Mustolah al-Hadith (ilmu tentang teori kajian), bacalah hadith secara konsisten dan istiqamah, bacalah huraian terhadap hadith-hadith tersebut agar maksudnya tidak disalah fahami, tanyalah kepada orang yang tahu sekiranya tidak tahu. Kenalilah sejarah hidup para salaf termasuk para imam mazhab yang sama sekali tidak pernah menolak Sunnah atau menyalahinya. Akhirnya, hormatilah orang lain dan berikanlah mereka peluang untuk memberikan pendapat. Mungkin mereka tidak terbuka, maka jangan anda pula yang tertutup. Mungkin mereka memang salah, maka berikanlah penjelasan yang kukuh. Cuba cari jalan untuk bersama dengan mereka sama ada membincangkan persoalan-persoalan yang disepakati atau cuba memberikan penjelasan dengan adab dan akhlak yang mulia dilengkapi hujah yang mantap.

            Pelajarilah adab ulama salaf yang menghormati pendapat orang lain. Pelajarilah akhlak mereka dalam menegur kesilapan orang lain. Jangan baru setahun jagung sudah pandai membahagikan masyarakat ’ini ikut sunnah, itu tak ikut sunnah. Ini ahli sunnah, itu ahli bid’ah, yang lain ahli punah ranah’. Adakah ilmu di dada telah mencukupi untuk kita memberikan kata putus pada perkara yang masih dibincangkan ahli ilmu? Adakah dengan membaca satu dua buku tentang sunnah (itu pun tak habis sebenarnya), sudah melayakkan anda untuk mendakwa anda sebagai ahli sunnah atau ahli hadith?



HARAPAN

            Perbezaan pendapat sepatutnya menjadikan kita lebih berhati-hati untuk memberikan pendapat. Tidak kira dalam kategori apa pun kita berada, kita perlu memberikan keutamaan pada kajian dan penyelidikan sebelum memberikan keputusan. Apa yang lebih penting ialah kita perlu menjaga lidah kita daripada kata-kata yang mungkin akan kita sesalkan di akhirat nanti. Niat saya hanyalah untuk memberikan sedikit nasihat dan pendapat. Semoga Allah mengampunkan saya dan anda. Wallahu a’lam.



alitantawi
al-ahkam.net



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-07 00:06


saya setuju, ado yang taksub, taqlid buta, ado yang nuduh orang taqlid, tapi dia sendiri taqlid. Ngatakan sesat bermazhab.

Ado yang mudah2 nyesatkan orang, yang membid'ahkan orang. Memang kena lah sebijik pada mereka yang taksub. Terima kasih atas artikel ini. Saya Sokong!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

iman_amal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.01.2005
Ahli No: 13745
Posting: 61
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-10-07 07:59


Assalamualaikum,

Syukran kepada pemberi/penulis artikel di atas..memang suka sangat baca..

entahlah..sejak akhir2 ni..saya sering ditemukan dengan orang-orang yang bertelingkah tentang agama..Membantah keputusan/pendapat org lain tanpa memikirkan perasaan org lain dan bagi saya , ini bukan cara terbaik untuk mengajar org lain ke arah kebaikan..Siapala kita ni...Saidina Umar , pun merendah diri seperti dalam lirik hijjaz...'Semua ke syurga kecuali dia , Ku bimbangi dialah diriku”


Walaubagaimanapun, syukur, alhamdulillah ...punyai sahabat2 yang masih mempunyai kata-kata yang apabila bercakap..mampu menenangkan diri..Alangkah indahnya, jika golongan yang bercakap pasal agama/kebaikan ini boleh menjadi seperti mereka.. Pasti ramai tertarik untuk menjadi baik seperti yang ditunjukkan...

Semoga artikel ini menjadi panduan untuk kita semua ..

Akhir kalam, just nak share firman ALLAH yang selalu menjadi ingatan saya ..Surah Al-Baqarah ayat 8-12
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.


Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Kau berikan kami petunjuk...


Sekian, maaf andai tersalah kata, tersinggung, dan sbgnya..Moga-moga Allah ampunkan dosaku dan rahmatNya untuk kita semua....

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman_amalProfil   Hantar PM kepada iman_amal   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-07 10:34


!!! QUOTE !!!

Surah Al-Baqarah ayat 8-12
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."


ayat yang anda guna ini sebenarnya hanya menggalakkan permusuhan. :) Bawalah terjemahan al Quran yang membawa kepada perdamaian dan berkasih sayang. Lihat sahaja kepada imam hassan al banna dan sayid redha yang menganjurkan agar kita bertoleransi

Ayat yang anda berikan itu turun untuk mereka yang mempunyai sifat munafiq i'tiqodiyyah - iaitu kepada munafiqun di madinah terdiri dari bapa munafiq AbduLLah bin Ubay dan kaum munafiqun yang lain. Mereka ini menzahirkan Islam dan kadangkala menunjukkan permusuhan, dan di dalam hati mereka sebenarnya amat memusuhi Islam.

Ingatlah setiap perbincangan agama yang ada di dalam Ukhwah.com ini perlulah diselidiki kebenarannya, menyanggah bukan bermakna benci. Tetapi memberi penjelasan semula kepada pihak terbabit dan agar tidak mendatangkan pula bahaya dan kekeliruan kepada orang lain.

Ia sebagai satu pengimbangan kepada mereka sama ada pro atau kontra. Ingatlah dalam perkara agama yang berkaitan aqidah dan hukum, ia amatlah berat di sisi ALLah.

Bagi den, orang yang hanya menerima sahaja maklumat tanpa menapis, dia di dalam bahaya. Punca utamanya - KEKURANGAN ILMU.
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 25-10-07 00:16 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 24-10-07 10:49


Pada 24-10-07 00:06 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

saya setuju, ado yang taksub, taqlid buta, ado yang nuduh orang taqlid, tapi dia sendiri taqlid. Ngatakan sesat bermazhab.

Ado yang mudah2 nyesatkan orang, yang membid'ahkan orang. Memang kena lah sebijik pada mereka yang taksub. Terima kasih atas artikel ini. Saya Sokong!



Assalamualaikum :-)

setuju.sanagat222.kadang meka ni yang nak lebih pangkat tapi segelintir jeee


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

iman_amal
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.01.2005
Ahli No: 13745
Posting: 61
Dari: kl

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-10-07 11:18


Pada 24-10-07 10:34 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Surah Al-Baqarah ayat 8-12


ayat yang anda guna ini sebenarnya hanya menggalakkan permusuhan. :) Bawalah terjemahan al Quran yang membawa kepada perdamaian dan berkasih sayang. Lihat sahaja kepada imam hassan al banna dan sayid redha yang menganjurkan agar kita bertoleransi

Bagi den, orang yang hanya menerima sahaja maklumat tanpa menapis, dia di dalam bahaya. Punca utamanya - KEKURANGAN ILMU.


Assalamualaikum,

Syukran anak_pejuang atas pemberitahuan anda..Memang saya akui kekurangan ilmu saya itu..dan terima kasih atas teguran yang diberikan.Moga-moga ilmu saya bertambah dengan ilmu/teguran yang diberikan ..

Alhamdulillah dan InshaAllah, segala teguran yang diberikan..menjadi panduan diri..mungkin selepas ini , saya perlu lebih berhati-hati apabila bercakap tentang firman Allah.

Niat saya cuma hendak share ayat yang memang menjadi panduan hidup saya..'Kekadang diri terasa baik, sedangkan pada pandangan Allah dll, ianya sebaliknya..'(Ya Allah, ampunilah dosa hamba-hambamu ini..)..

ini adalah berikutan, akhir2 ni..saya ditemukan dengan org yang selalu mengeluarkan pendapat yang tidak enak didengar..sehingga sampai satu tahap, saya rasa, golongan yang mana yang betul ni..??



p/s: Syukran banyak-banyak ..& maaf atas segala salah ...



Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dengan tarbiyyah Pencipta
Jika aku lemah tak berdaya, ingatkan aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku untuk meleraikannya segera..
Jika pernah hati mu terluka, luahkankan lah agar aku berubah.
Dan jika esok aku terlena tanpa jaga, iringi lena ku dengan kalungan doa.

Berjanjilah Sahabatku,
ukhwah kita untuk selamanya.......
[ Telah diedit oleh: iman_amal pada 24-10-07 11:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For iman_amalProfil   Hantar PM kepada iman_amal   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 24-10-07 11:51


org yang kata orang lain bertaqlid tu pun sebenarnya bertaqlid kepada org yang bercakap begitu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

wisdommediapro
Warga Rasmi
Menyertai: 15.02.2007
Ahli No: 28749
Posting: 10
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-10-07 11:57


Salam,
Kesederhanaan dalam menghadapi pertelingkahan ...
Sila rujuk pandangan ulama ahlusunnah dalam berhadapan dengan krisis terbesar pertama dalam ummah iaitu Peristiwa karbala ......
Sejarah karbala disisi sejarawan ahlussunnah

Bookmark and Share

    


  Member Information For wisdommediaproProfil   Hantar PM kepada wisdommediapro   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-07 23:23


!!! QUOTE !!!

ini adalah berikutan, akhir2 ni..saya ditemukan dengan org yang selalu mengeluarkan pendapat yang tidak enak didengar..sehingga sampai satu tahap, saya rasa, golongan yang mana yang betul ni..??



Sahabat – tentang persoalan yang anda timbulkan itu mungkin setelah anda melihat ada sahaja artikel di dalam ukhwah.com akhir-akhir ini yang dibawa oleh orang tertentu kendian dijawab dengan pendapat yang berlainan.

Ketahuilah – apa yang dibawakan oleh saya itu adalah pandangan dari sudut lain dari para ulamak, itulah disebut sebagai ijtihad. Apakah itu ijtihad? Ijtihad ertinya – bersungguh-sungguh di dalam melakukan pekerjaan.

Dari segi istilah syarak : Mencurahkan tenaga sepenuhnya dan sebanyak mungkin untuk mendapatkan hokum syarak berbenuk amali dengan cara istinbat daripda dalil dan sumber syarak. Melalui dalil yang terperinci atau tafsili dari dalil-dalil syariat. Siapakah itu mujtahid? Perkara ini saya sudah terangkan di dalam thread topic : INGIN MENJADI MUJTAHID?

Ulamak yang bertaraf mujtahid adakalanya mempunyai pemahaman yang berbeza antara satu sama lain bergantung kepada pemahaman mengenai al Quran, Hadith, dan perkara yang berkaitan dengan waqi’ etc.

REALITI YANG BERLAKU.

Permasalahan yang timbul sekarang ini, apabila terdapat pelajar yang ada rasa berkeinginan ( tetapi tidak mempunyai asas pengetahuan agama yang mendalam untuk mempelajari hukum agama) kemudian terdedah dengan fikrah bahawa setiap perkara hendaklah diketahui dalil yang hujjah yang sahih. Tolaklah mana hadith yang dhoief dan maudhuk. Kemudian membawa slogan kembalilah kepada al Quran dan hadith yang sahih.

Jawapan saya : SubhanaLLah – mereka tidak mempelajari mengenai usul feqh, tidak tahu mengenai jarh wa at ta’dil, ulumul hadith kemudian tiba-tiba menolak hadith dhoief. Itu belum ditanyakan adakah anda tahu hadith hasan sahih? Hadith hasan lighoirihi? Perkara mengenai hadith dhoief yang boleh digunakan sebagai hujjah telah saya sentuh di dalam TOPIK : Berhati-hatilah Posting, teliti kesahihan artikel.

Apa kesannya ? : maka ada sahaja pelajar yang baru mengenal satu dua hadith, dan dalil dari al Quran tiba-tiba mempersoalkan tentang dalil mengenai amalan ibadah yang diperbuat selama ini dan lagi hebat terus menghunjamkan perkataan BID’AH DHOLALAH kepada umat Islam dan akhirnya memalitkan sekali kepada ulamak muktabar yang lain. Itu belum lagi saya ceritakan di tempat tertentu ada golongan yang bersikap keras tanpa adab terus menghunjam perkataan sesat kepada penduduk kampong yang membuat tahlil dan kenduri arwah. Bahkan terjadi juga di Johor sekumpulan insan yang mengaku dirinya salafi menyerang ustazah di sebuah sekolah mengatakan apa yang diajar selama ini di sekolah agama kerajaan negeri johor adalah sesat!.

Fikirankan perkara ini – mereka yang membawa manhaj kononnya salafi selalu memberitahu di dalam postingan – INILAH PENDAPAT AHLUSSUNNAH WAL JAMA”AH, INILAH MENURUT PENDAPAT ULAMAK MUKTABAR. Seolah-olah pendapat ulamak yang lain tidak benar dan semuanya salah, dan ulamak lain tidak kembali kepada al Quran dan Sunnah! Dan mereka bukan dari AHLUSSUNNAH WAL JAMA”AH. Lihatlah bagaimana imam izzuddin abdissalam juga dituduh tidak sunni, ada juga yang membawa fikrah - jangan membaca ihya' ulumuddin kerana di dalamnya banyak hadith dhoief.

Begitu juga perkataan mengatakan ULAMAK TIDAK MAKSUM, PENDAPATNYA BOLEH DITOLAK - pernyataan ini selalu keluar dari artikel yang ingin menolak pendapat ulamak yang tidak sependapat dengan mereka. Inilah yang berlaku.

Wah! mereka boleh sahaj mengkritik ulamak muktabar yang tidak sependapat dengan mereka, tetapi jika dibawakan hujjah dan bukti tentang masalah yang dibawa ulamak mereka pula menjadikan mereka melenting! Seolah-olah ulamak mereka pula maksum dan tiada salah langsung.

Yang saya dapat lihat - kebanyakan fatwa dan pendapat yang dibawa hanyalah dari ulamak yang mereka iktiraf sahaja begitu juga dengan muhaddithin. Manakala ulamak dan muhaddithin lain yang tidak sependapat dengan mereka akan ditolak.

Akhirnya – perkara yang sebenarnya adalah di dalam lingkungan ijtihad ulamak yang menjadi khilaf telah dituduh sebagai bid’ah dholalah.

Titik temunya – seperti yang diajar oleh Syed redha dan imam hassan al banna – bertoleransilah dalam perkara yang diperselisihkan. Dan bersatulah di dalam perkara yang dipersetujui. Ketahuilah bahawa perkara yang perlu diutamakan sekarang ini bukan menyentuh tentang perkara furuk (cabang), tetapi adalah kesatuan umat ISLAM. Di mana ukhwah kita sesama ISLAM? Orang kafir sentiasa Bantu membantu walaupun mereka mempunyai fahaman berbeza untuk menghancurkan umat ISLAM. Bagaimana diri kita? Cukuplah sejarah yang lalu menceritakan tentang peperangan yang berlaku sesama umat Islam. Adakah kita ingin mengulanginya? dan disebalik kerosakan yang berlaku ada tangan-tangan kafir yang bertepuk melihat kehancuran
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 24-10-07 23:36 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-10-07 08:20


boleh lah nak share sikit....

Page Title


"Selepas dari itu satu demi satu bid’ah muncul dengan bentuknya yang pelbagai. Sehinggalah pada hari ini, umat Islam mempraktikkan Islam yang sudah bercampur dengan pelbagai bid’ah. Di antaranya percampuran lelaki perempuan dengan batasan yang terlalu longgar, fesyen-fesyen yang mendedahkan aurat, berhukum dengan hukum lain dari syariat Islam dan takrifan semula terhadap jihad dengan satu takrifan yang mengelirukan. Semuanya sudah diterima sebagai budaya dan cara fikir. Ini semua adalah bid’ah.

Kami amat-amat bersetuju jika golongan yang mendakwa mereka salafi ini memerangi bid’ah-bid’ah di atas. Kami menyokong sepenuhnya usaha mereka. Bahkan kami juga sedang berusaha ke arah yang sama seperti mereka."


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 25-10-07 08:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 26-10-07 16:07


Pejuang Perubahan Akan Dikenang


Dua bulan yang lepas, Prof Diraja Ungku Aziz mengirimkan kepada saya sebuah buku yang amat mengkagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh melayu agung; Pendeta Za’ba. Akibat tindakan golongan konservertif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30an maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba. Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.


Di muka hadapan buku tersebut diletakkan tajuk dan gambar Za’ba. Di kulit belakangnya diletakkan kata-kata beliau: “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya-tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu mesti bergantung kepada doa orang sahaja atau fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak! Tuhan tiada pernah menyuruh kita mesti berharap kepada sedekah tahlil dan bacaan-bacaan Qul Hua’llah dari orang apabila mati kelak
” Dengan melihat kepada tajuk dan dan pertikan tersebut, saya tertanya-tanya mengapakah Pak Ungku mengirimkannya kepada saya. Ia mendesak saya segera membaca buku berkenaan. Apabila saya baca saya dapati buku tersebut sangat hebat. Za’ba bukan sekadar seorang ilmuan bahasa semata, beliau juga seorang ilmuan agama yang terbilang. Namun sikap agama yang begitu konservertif pada era beliau telah membunuh kewibawaan tokoh-tokoh yang seumpama beliau.

Sebenarnya, Za’ba dalam buku berkenaan menceritakan serta mengulas sikap orang melayu termasuk dalam hal beragama. Sikap suka bergantung kepada orang dan suka mengambil kesempatan atas nama agama. Menurut Za’ba, cara beragama yang salah telah melemahkan bangsa melayu. Sikap enggan menilai semula apa yang menjadi kebiasaan yang kadang-kala dikaitkan dengan agama membentuk nilai diri yang enggan berubah dan lemah. Antara kata-kata Za’ba dalam buku tersebut: “Tuhan selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri, bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya”. (m.s 24).

Sikap bertaklid buta dalam berbagai perkara terutama hal agama melambatkan proses pembangunan minda. Maka tidak hairan jika minda agama kita tidak mampu bersaing dengan pembangunan fizikal yang dibuat. Walaupun Za’ba menulis pada tahun tiga puluhan, namun realiti hari ini masih terasa kesegaran tulisan tersebut. Kata Za’ba: “Demikianlah dicela Tuhan di dalam Quran jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan yang telah teradat dari nenek moyang sahaja dengan tiada diperiksa lagi betul atau tidak betulnya dan tiada dijalankan akal fikiran dan pengetahuan sendiri menguji benar salahnya. Kerana sesungguhnya perbuatan demikian itulah yang dikatakan bertaklid buta. Bertaklid buta itu dikeji oleh agama dan oleh sekalian orang berakal, kerana banyak mudaratnya dan kuat kemungkinannya boleh membawa tersimpang kepada jalan yang tiada betul dengan tiada kita perasan. Tuhan dan Rasulnya tidak menyukai orang-orang bertaklid buta kepada fikiran dan pendapat orang lain. Imam-imam Mujtahidun dahulu kala tempat orang tertaklid itu sendiri tidak pernah menggemarkan orang-orang bertaklid buta sahaja kepadanya atau memastikan orang sekelian menerima sahaja segala fahamannya dan pendapatnya. Sebaliknya mereka sentiasa menggalakkan murid-murid dan pengikut-pengikut mereka supaya menyelidik sendiri, memeriksa dan menimbang sendiri dengan teliti segala pendapat dan keputusan yang telah mereka peroleh itu”.(m.s. 25-26)

Sesungguhnya perjuangan mengajak supaya kita melihat agama berasaskan dalil atau fakta bukan taklid adalah perjuangan yang dipelopori oleh semua para mujaddid ( tokoh pembaruan). Di tanahair kita, para pejuang pembaharuanlah yang berusaha mengeluarkan masyarakat melayu dari berbagai khurafat dan tahyul yang sebahagian menggunakan nama agama kepada akidah yang bersih. Mereka jugalah yang mengeluarkan wanita dari kuasa paksaan bapa dalam perkahwinan, larangan wanita ke pusat pengajian dan seumpamanya. Mereka juga yang mengajak diubah amalan-amalan agama yang tidak berasaskan dalil bahkan lebih bersifat ‘bisnes cari untung’ seperti upah-mengupah ketika kematian. Tol-tol kematian tersebut telah mengorbankan harta benda anak yatim dan orang miskin. Apabila berlaku kematian maka masyarakat berkumpul dan memakan harta peninggalan si mati, bukan berfikir tentang masa depan dan kebajikan kaum keluarganya. Ia sangat berbeza dengan ajaran Islam yang menyebut: “Apabila datang berita kematian saja’far bin Abi Talib, Nabi s.a.w bersabda: “Buatlah untuk keluarga saja’far makanan kerana telah datang perkara yang mengganggu urusan mereka” (Hadis sahih riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan lain-lain).

Tujuan para pejuang perubahan tidak lain, selain dari ingin melihat kebajikan, kegemilangan umat dan kemampuan mereka menghadapi cabaran zaman. Juga memelihara pegangan umat sehingga jangan seakan menganggap pandangan orang bergelar agama kesemuanya mesti ditelan bulat-bulat tanpa dinilai dengan neraka al-Quran dan al-Sunnah. Tiada siapa pun yang maksum di kalangan umat melainkan Muhammad bin Abdillah s.a.w. insan yang ditabalkan menjadi rasul. Kata al-Imam Malik bin Anas .a.: “Tiada seorang pun selepas Nabi s.a.w melainkan boleh diambil dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi s.a.w” (Al-‘Ajluni, Kasyf al-Khafa, 2/119, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi). Kata Za’ba yang menyelusuri pegangan ini: “Sekalian imam besar Islam zaman dahulu itu walau “Imam-imam Mujtahidun” pun dan walau bagaimanapun alimnya, tidaklah pernah dikira sebagai orang yang maksum yakni terpelihara daripada tersilap dan tersalah. Mereka sendiri sentiasa sedar yang diri mereka tidak bersifat maksum itu. Mereka bukannya nabi; jika nabi baharulah layak dikira maksum pada apa-apa yang mereka katakan dari Allah dalam hal agama.

Sungguhlah sebagai ulama mereka sekalian jadi waris kepada nabi-nabi; tetapi itu tidaklah memestikan sifat maksum pada diri mereka dan pada segala-gala pendapat fahaman mereka. Maka oleh sebab itu tidaklah pernah mereka mendakwa sekalian pendapat dan fahaman yang telah mereka keluarkan itu tentu betul sahaja dan mesti disetujui oleh orang sekalian, atau semuanya tetap layak dan sesuai kelak bagi segala hal dan zaman hingga bila-bila pun. Bahkan jangankan mereka mendakwa demikian, malahan sebaliknya mereka sendiri selalu berkata: “Kalau ada apa-apa perkataan atau pendapatku yang didapati oleh orang-orang kemudian bersalahan atau berlawanan dengan hadis sahih Nabi s.a.w., maka lemparkanlah ke tembok!” Apa lagilah jika sekiranya ada didapati bersalahan dengan al-Quran! Mereka tiada suka orang mengikut dengan taklid buta kepada apa-apa pendapat dan fahaman mereka itu. Mereka selalu suruh uji dan timbang sendiri barang apa-apa jua yang mereka katakan dalam kitab-kitab karangan mereka: Jika didapati betul bolehlah ikut; jika tidak betul atau tidak sesuai lagi, buanglah atau baiki akan dia. (m.s 26)

Malangnya golongan yang berkepentingan atas nama agama pada setiap zaman mencemburui proses perubahan dan pembaharuan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Sedangkan umat memerlukannya. Lalu yang berkepentingan menghasut sesetengah pihak agar menganggap proses pembaharuan adalah sesuatu buruk dan patut ditentang. Za’ba menjawab hal ini dengan tegas, katanya: “Kita semuanya berkehendakkan baik dan tiada siapa yang berkehendakkan jahat. Kita ingin hendak membaiki segala hal ehwal kita yang kekurangan, sama ada pada perkara dunia dan pada perkara agama; hendak mengubah segala sifat keadaan kita yang buruk atau kurang baik ditukar dengan yang baik dan yang terlebih baik. Kita hendak mengganti segala hal kita yang mundur dan ketinggalan, ditukar dengan yang maju dan bertambah elok mengikut kehendak zaman pada segala yang baik. Kita hendak mengganti segala jalan fikiran kita yang kuno dan kolot dan segala kepercayaan atau pegangan kita yang sudah lapuk dan reput, ditukar dengan fikiran-fikiran baharu yang segar dan hidup dan dengan kepercayaan yang dapat disaksikan benarnya melalui ujian Quran bersendi akal dan ilmu pengetahuan. Kita mahu pemulihan dan pembaharuan bukan hendak berkokok pada jalan yang telah hanyut dari tujuan asalnya dan bukan pula berdegil hendak menyimpan jalan fikiran lama yang telah membeku jadi adat atau kepercayaan-kepercayaan lama yang sudah berkulat dan bercendawan! (m.s 38)

Sunggguh pelik , seorang sarjana besar bangsa seperti Za’ba diharamkan pemikiran dan tulisan nya oleh golongan agama yang sempit pada zamannya. Namun, apa yang hendak dihairankan, tokoh agung Nusantara iaitu Buya Hamka telah diharamkan berceramah di negeri tertentu di Tanah Melayu ketika hayatnya. Hanya kerana pandangan Hamka tidak dapat diterima oleh sesetengah mufti Tanah Melayu. Sehingga Hamka menulis beberapa sindiran yang amat tajam terhadap mufti-mufti di Tanah Melayu. Hal seperti inilah yang Za’ba sebutkan: “Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat.”.(m.s 33).

Demikian nasib yang diterima oleh para pejuang perubahan pada setiap zaman. Bacalah sejarah perjuang Syed Syeikh al-Hadi, Mustafa Abdurrahman dan lain-lain di Tanah Melayu. Namun mereka telah nekad yang akhirnya melimpahkan kebaikan kepada generasi kemudian. Dalam konteks yang lebih global, lihatlah sumbangan perjuangan tajdid seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Rasyid Redha dan lain-lain. Walaupun sebahagian besar mereka di’gam’kan pada zaman mereka, namun nama mereka terus dikenang oleh generasi kemudian. Bak kata pepatah “Al-Baqa li al-Aslah” iaitu “Berkekalan itu bagi yang terbaik”. Pihak yang main’gam’kan mereka telah pun dilupai namanya, namun nama para pejuang terus dikenang. Lihat al-Imam Ahmad yang dihukum dengan begitu rupa oleh kuasa agama pada zamannya. Hakim yang menghukum al-Imam Ahmad sekali pun megah bersandarkan kedudukan pada masa itu telah dilupai namanya oleh generasi kemudian, namun nama al-Imam Ahmad dan pendiriannya terus dikenang dengan tinta emas oleh sejarah.

Untuk itu saya selalu katakan sesuatu pemikiran apabila dilontarkan ke dalam masyarakat, ia tidak dapat dihapuskan lagi melainkan dengan pemikiran yang lebih kukuh dan teguh. Paksaan tidak mungkin dapat menghancurkan sesuatu pemikiran, kerana tempat pemikiran adalah fikiran atau minda. Hanya yang boleh mencabutnya keluar adalah hujah yang memaksa minda akur dan menerimanya. Fahami hakikat ini. Sesungguhnya jeritan dan bantahan atas emosi dan sentimen tidak akan membuahkan hasil. Jawablah sesuatu hujah itu dengan hujah, bukan dengan sentimen dan emosi. Di samping wajib kita ingat hikayat melayu “Hang Nadim” yang dibunuh kerana kepintaran ideanya dek bimbangkan kepentingan diri janganlah di watak di pentas realiti kita.

Buku Za’ba ini baik untuk dibaca terutama bagi yang kuat bercakap soal Islam di Malaysia mesti ikut ‘orang tua-tua melayu’. Za’ba adalah tokoh sarjana melayu. Seperti Pak Ungku mensarankan kepada saya. MB Perlis juga cuba mengambil langkah memasyhorkan buku ini. Saya sarankan anda membaca buku tersebut. Saya juga berterima kasih kerana setiap tulisan saya dibaca oleh ramai negarawan, menteri, tokoh-tokoh masyarakat dan rakyat biasa yang memberikan semangat yang sangat positif kepada saya. Walaupun segelintir yang kurang senang, namun saya harap ia tetap akan dikenang.


-Dr.MAZA-

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

sejadah_usang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2006
Ahli No: 26842
Posting: 97

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-11-07 15:08


Pada 24-10-07 00:06 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

saya setuju, ado yang taksub, taqlid buta, ado yang nuduh orang taqlid, tapi dia sendiri taqlid. Ngatakan sesat bermazhab.

Ado yang mudah2 nyesatkan orang, yang membid'ahkan orang. Memang kena lah sebijik pada mereka yang taksub. Terima kasih atas artikel ini. Saya Sokong!


Salamullah

ana pun setuju sangat-sangat. Jangan lupa ya, sekali sekala tu tengok lah diri sendiri juga jangan asyik tunding jari pada orang saja ya :) Jadilah orang yang kenal hakikat dirinya :)
[ Telah diedit oleh: sejadah_usang pada 17-11-07 15:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sejadah_usangProfil   Hantar PM kepada sejadah_usang   Quote dan BalasQuote

sejadah_usang
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2006
Ahli No: 26842
Posting: 97

blank   avatar


posticon Posting pada: 17-11-07 15:14


Pada 24-10-07 23:23 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

ini adalah berikutan, akhir2 ni..saya ditemukan dengan org yang selalu mengeluarkan pendapat yang tidak enak didengar..sehingga sampai satu tahap, saya rasa, golongan yang mana yang betul ni..??



Sahabat – tentang persoalan yang anda timbulkan itu mungkin setelah anda melihat ada sahaja artikel di dalam ukhwah.com akhir-akhir ini yang dibawa oleh orang tertentu kendian dijawab dengan pendapat yang berlainan.

Ketahuilah – apa yang dibawakan oleh saya itu adalah pandangan dari sudut lain dari para ulamak, itulah disebut sebagai ijtihad. Apakah itu ijtihad? Ijtihad ertinya – bersungguh-sungguh di dalam melakukan pekerjaan.

Dari segi istilah syarak : Mencurahkan tenaga sepenuhnya dan sebanyak mungkin untuk mendapatkan hokum syarak berbenuk amali dengan cara istinbat daripda dalil dan sumber syarak. Melalui dalil yang terperinci atau tafsili dari dalil-dalil syariat. Siapakah itu mujtahid? Perkara ini saya sudah terangkan di dalam thread topic : INGIN MENJADI MUJTAHID?

Ulamak yang bertaraf mujtahid adakalanya mempunyai pemahaman yang berbeza antara satu sama lain bergantung kepada pemahaman mengenai al Quran, Hadith, dan perkara yang berkaitan dengan waqi’ etc.

REALITI YANG BERLAKU.

Permasalahan yang timbul sekarang ini, apabila terdapat pelajar yang ada rasa berkeinginan ( tetapi tidak mempunyai asas pengetahuan agama yang mendalam untuk mempelajari hukum agama) kemudian terdedah dengan fikrah bahawa setiap perkara hendaklah diketahui dalil yang hujjah yang sahih. Tolaklah mana hadith yang dhoief dan maudhuk. Kemudian membawa slogan kembalilah kepada al Quran dan hadith yang sahih.

Jawapan saya : SubhanaLLah – mereka tidak mempelajari mengenai usul feqh, tidak tahu mengenai jarh wa at ta’dil, ulumul hadith kemudian tiba-tiba menolak hadith dhoief. Itu belum ditanyakan adakah anda tahu hadith hasan sahih? Hadith hasan lighoirihi? Perkara mengenai hadith dhoief yang boleh digunakan sebagai hujjah telah saya sentuh di dalam TOPIK : Berhati-hatilah Posting, teliti kesahihan artikel.

Apa kesannya ? : maka ada sahaja pelajar yang baru mengenal satu dua hadith, dan dalil dari al Quran tiba-tiba mempersoalkan tentang dalil mengenai amalan ibadah yang diperbuat selama ini dan lagi hebat terus menghunjamkan perkataan BID’AH DHOLALAH kepada umat Islam dan akhirnya memalitkan sekali kepada ulamak muktabar yang lain. Itu belum lagi saya ceritakan di tempat tertentu ada golongan yang bersikap keras tanpa adab terus menghunjam perkataan sesat kepada penduduk kampong yang membuat tahlil dan kenduri arwah. Bahkan terjadi juga di Johor sekumpulan insan yang mengaku dirinya salafi menyerang ustazah di sebuah sekolah mengatakan apa yang diajar selama ini di sekolah agama kerajaan negeri johor adalah sesat!.

Fikirankan perkara ini – mereka yang membawa manhaj kononnya salafi selalu memberitahu di dalam postingan – INILAH PENDAPAT AHLUSSUNNAH WAL JAMA”AH, INILAH MENURUT PENDAPAT ULAMAK MUKTABAR. Seolah-olah pendapat ulamak yang lain tidak benar dan semuanya salah, dan ulamak lain tidak kembali kepada al Quran dan Sunnah! Dan mereka bukan dari AHLUSSUNNAH WAL JAMA”AH. Lihatlah bagaimana imam izzuddin abdissalam juga dituduh tidak sunni, ada juga yang membawa fikrah - jangan membaca ihya' ulumuddin kerana di dalamnya banyak hadith dhoief.

Begitu juga perkataan mengatakan ULAMAK TIDAK MAKSUM, PENDAPATNYA BOLEH DITOLAK - pernyataan ini selalu keluar dari artikel yang ingin menolak pendapat ulamak yang tidak sependapat dengan mereka. Inilah yang berlaku.

Wah! mereka boleh sahaj mengkritik ulamak muktabar yang tidak sependapat dengan mereka, tetapi jika dibawakan hujjah dan bukti tentang masalah yang dibawa ulamak mereka pula menjadikan mereka melenting! Seolah-olah ulamak mereka pula maksum dan tiada salah langsung.

Yang saya dapat lihat - kebanyakan fatwa dan pendapat yang dibawa hanyalah dari ulamak yang mereka iktiraf sahaja begitu juga dengan muhaddithin. Manakala ulamak dan muhaddithin lain yang tidak sependapat dengan mereka akan ditolak.

Akhirnya – perkara yang sebenarnya adalah di dalam lingkungan ijtihad ulamak yang menjadi khilaf telah dituduh sebagai bid’ah dholalah.

Titik temunya – seperti yang diajar oleh Syed redha dan imam hassan al banna – bertoleransilah dalam perkara yang diperselisihkan. Dan bersatulah di dalam perkara yang dipersetujui. Ketahuilah bahawa perkara yang perlu diutamakan sekarang ini bukan menyentuh tentang perkara furuk (cabang), tetapi adalah kesatuan umat ISLAM. Di mana ukhwah kita sesama ISLAM? Orang kafir sentiasa Bantu membantu walaupun mereka mempunyai fahaman berbeza untuk menghancurkan umat ISLAM. Bagaimana diri kita? Cukuplah sejarah yang lalu menceritakan tentang peperangan yang berlaku sesama umat Islam. Adakah kita ingin mengulanginya? dan disebalik kerosakan yang berlaku ada tangan-tangan kafir yang bertepuk melihat kehancuran


Salamullah

Subhanallah...cantik penerangan tuan :) teruskan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sejadah_usangProfil   Hantar PM kepada sejadah_usang   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-11-07 16:38


!!! QUOTE !!!

ana pun setuju sangat-sangat. Jangan lupa ya, sekali sekala tu tengok lah diri sendiri juga jangan asyik tunding jari pada orang saja ya :) Jadilah orang yang kenal hakikat dirinya :)





terima kasih, semoga saya selalu mengingatkan diri sendiri. :) Insya ALlah, Amiiinnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.287299 saat. Lajunya....