Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 18-04-2024 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN |
---|---|
aye |
Posting pada: 23-10-07 16:26
Mustahil untuk mansuhkan caj pentadbiran PTPTN
PUTRAJAYA 22 Okt. - Adalah mustahil untuk memansuhkan caj pentadbiran skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada masa kini kerana ia akan menambah perbelanjaan mengurus kerajaan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed. Beliau berkata, ini kerana sumber PTPN itu sebahagian besarnya datang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPN, jadi PTPN kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus. "Pada masa ini, subsidi kerajaan kepada pelajar ialah dua peratus, beza faedah itu, (dan) pada masa ini ia berjumlah RM300 juta setahun," katanya kepada pemberita selepas majlis jamuan Hari Raya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk M. Kayveas, pada perhimpunan agung parti itu semalam, supaya kerajaan menghapuskan kadar faedah (caj pentadbiran) skim PTPTN. Mustapa berkata, isu itu merupakan isu besar dan "kita boleh kaji perkara ini, tetapi itulah kekangan atau halangan yang dihadapi kerajaan oleh kerana pengajian tinggi ini amat mahal dan semakin tinggi kosnya dan mustahil bagi kerajaan untuk membiayainya 100 peratus." Beliau berkata, bagi pihak tertentu, isu ini memang popular untuk dimainkan atau dipolitikkan. "Tetapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, apabila kita pinjam wang ini, kita perlu membayar balik. "Jika kita hendak menghapuskan caj pentadbiran, kita kena keluar lebih banyak daripada perbelanjaan mengurus kerajaan, jadi ini akan memberikan tekanan kepada kerajaan," katanya. Beliau berkata, jumlah yang ditanggung kerajaan sudah pasti akan meningkat dalam lima tahun akan datang dengan pertambahan pelajar ke institut pengajian tinggi. - Bernama ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
alhikam |
Posting pada: 23-10-07 16:32
Pandangan Ana caj ini tak perlu dihapuskan .. Cuma kaedah caj dikenakan biarlah mengikut kaedah syarak melalui akad yang boleh menghilangkan syubhah menyamai riba.
PTPN tak perlu dimansuhkan cuma kalau boleh .. BERIKAN diskaun kepada mereka2 yang memperoleh cemerlang macam JPA buat @ kira BIASISWA bagi mereka yang berjaya mendapat cemerlang . |
aye |
Posting pada: 23-10-07 16:38
Pada 23-10-07 16:32 , alhikam posting:
!!! QUOTE !!! Pandangan Ana caj ini tak perlu dihapuskan .. Cuma kaedah caj dikenakan biarlah mengikut kaedah syarak melalui akad yang boleh menghilangkan syubhah menyamai riba. betul jugak kata akhi...... tapi bolehkah kada faedah 3% ditukar nama sebagai kos ptadbiran, supaya tak dianggap riba walaupun tahun ke setahun nilai smakain besar??? ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
alhikam |
Posting pada: 23-10-07 16:47
Pada 23-10-07 16:38 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Pada 23-10-07 16:32 , alhikam posting: mungkin boleh dibuat sepertimana akad pinjaman yang dilakukan oleh BIslam dan mana-mana perbankan yang melakukan kaedah bye alInah dan sebagainya... mereka yang pakar dalam muamalat mungkin tahu tentang ini . Lagi satu .. Biasiswa janganlah dihapuskan terus .. Kalau boleh BIASISWA pun mesti jalan . Agak2nya macam mana perjalanan Univ2 di UK dsbnya bknaan dengan perbelanjaan students mereka . |
Rashdin |
Posting pada: 23-10-07 16:59 |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 23-10-07 17:09 |
nurkamar |
Posting pada: 23-10-07 18:52
tentang biasiswa, saya dah pernah buat ulasan dalam posting di thread angkasawan. untuk ptptn convertible loan, memang ada peruntukkan.biasiswa untuk first class hnrs. setakat ini ptptn dah disburse (keluarkan) sebanyak myr13billion untuk pinjaman daripada peruntukan keseluruhan sebanyak myr18 billion. by 2020, jumlah keseluruhan pinjaman dijangka bernilai myr100 billion.
----------------- [ Telah diedit oleh: nurkamar pada 23-10-07 18:58 ] |
muslimin23 |
Posting pada: 23-10-07 20:20 |
nurkamar |
Posting pada: 23-10-07 21:45
banyak pilihan lain. kalau merasakan ptptn mengamalkan riba, boleh buat pinjaman di bank rakyat/bank islam. ada tabung pinjaman pendidikan menggunakan konsep pinjaman islamik. tak ada paksaan meminjam dari ptptn. dah tiga kali masuk univerisiti tetapi alhamdulillah tak pernah meminjam dengan ptptn.
|
Rashdin |
Posting pada: 23-10-07 22:11
kalau zaman khalifah islam,pendidikan adalah percuma sebab ia adalah hak asasi.pemerintah wajib mencari jalan untuk menjana ekonomi.
|
nurkamar |
Posting pada: 23-10-07 22:23
apa kata saudara rashdin jadi peneraju. orang lain dah cuba berusaha tapi setakat apa yang ada sekarang saja termampu setakat ini. masih berusaha untuk memperbaiki keadaan.
|
Rashdin |
Posting pada: 23-10-07 22:32
hmm,bukan apa.saya selalu baca flyer masa solat jumaat tu ada dia timbulkan isu ni.dengan riba yang kena tanggung sampai satu tahap kalau tak bayar,anan cucu tak boleh buat pinjaman.apa tu?.dalam flyer tu juga diceritakan macam mana sistem pendidikan masa zaman islam.itu yang ramai orang bantah termasuk saya.pada pendapat saya,pemerintah seperti melepas tangan saja.Kenapa pula mansuhkan sistem biasiswa dulu?.
|
nurkamar |
Posting pada: 23-10-07 22:58
cenggini....
sekarang ini kita ada +-700K pelajar di ipta(rasanya tak termasuk di ipts - pepehal pun check dengan bahagian pendidikan tinggi untuk jumlah sebenar). dalam tahun 2010, dianggarkan bilangan akan meningkat ke 1.5 jta dengan keperluan pinjaman setinggi myr30 billion. kalau betul kerajaan melepaskan tangan, semua bentuk bantuan sama ada grant, biasiswa/pinjaman dah dilupuskan. biasiswa tak pernah dimansuhkan. ini posting saya di thread angkasawan berkaitan perkara yang menyentuh hal biasiswa: “salam. saya pernah merempat. kerana kesempitan, saya pernah tidur di kaki lima, tepi longkang, jejambat. saya pernah ke sekolah (technical institute of kuala lumpur, cheras)tanpa wang saku (bukan sebulan dua, tapi dua tahun). tapi alhamdulillah tak derlah sampai saya terpaksa saban hari mengemis. denga usaha dan tawaran peluang yang disediakan, alhamdulillah kehidupan saya dah berubah. dengan kedudukan yang saya ada sekarang, alhamdulillah jika nak dibandingkan dengan kebanyakkan orang. tentang biasiswa, cuba kita buat perkiraan dari segi logik akal. lima tahun dahulu, berapa siswazah di ipta? sekarang, berapa siswazah di ipta? sumber pendapatan kerajaan adalah terhad sedang perbelanjaan terusan meningkat? saya pernah terima biasiswa BKP(myr50/bulan), pinjaman dari kerajaan negeri perak(myr2000/sepanjang pengajian), pinjaman bank rakyat(myr15K), dan sekarang pemegang biasiswa bank negara(myr 153K). jadinya, saya ada seikit pengalaman dan pengetahuan tentang keadaan pelajar yang berhutang dan menerima tajaan. dari pengalaman di kampus uitm machang(diploma in business studies), uitm shah alam(bba finance), mmu ayer keroh(bit data comm.), saya nampak macam-macam bentuk cara penggunaan pinjaman/tajaan. ada yang bebetul guna unuk pembelajaran, ada yang menyeleweng untuk kemewahan hidup. kalaupun saya sebagai penggubal dasar, memang saya setuju dengan usaha mengehadkan pemberian biasiswa untuk mengelakkan penyalahgunaan sama ada dari segi pemperolehan atau penggunaan. dengan biasiswa, ada penerima yang bersikap tak apa. selagi boleh maintain cgpa dari tahap minimum atau pun biarlah pencapaian dalam bentuk sine wave pun selagi tak ditarik tak apa. nanti habis belajar tak payah baya. peluang kijer pun dah sebelah kaki dengan penaja. jadinya, tak kisahler. untuk yang terima pinjaman, kena fikir komitmen bayar balik. jadinya, dengan kurangkan tawaran biasiswa, saya melihat itu sebagai satu bentuk cabaran supaya para siswazah berusaha sebaik mungkin dalam pengajian supaya nilai sebagai graduan bukan setakat sekadar bergraduan tetapi mempunyai nilai komersial untuk diterjemahkan dalam bidang profesional tawaran pasaran buruh negara/dunia.†“pasal biasiswa tu, saya dah jelaskan sebelum ini(rujuk posting terdahulu). salah satu tujuannya sebab dah bagi cabaran. jangan terlalu manja. bila meminjam, kita kena berusaha lebih. lagi satu, pengurangan biasiswa kerajaan tak akan membebankan kerajaan dari segi penawaran kerja. salah satu terima biasiswa ialah penaja perlu menerima pelajar tajaan untuk suatu tempoh tertentu tempoh perkhidmatan. jumlah graduan sekarang melebihi jumlah persaraan kakitangan perkhidmatan. biasiswa dimansuhkan? tak ada pun warta mengatakan biasiswa dimansuhkan. malahan, kalau dibandingkan jumlah penawar(sponsor) biasiswa sekarang berlipat-kali ganda berbanding dahulu. sumber kewangan kerajaan memang terhad sebab sumber kewangan kerajaan lebih tertumpu kepada pengutipan hasil percukaian. sumber dan nilai perolehan kewangan adalah dua perkara yang berbeza. selepas projek penswastaan, baru kerajaan mula mendapat pendapatan hasil dari perdagangan melalui glc etc. sumber percukaian meningkat? memang tapi seimbangkah dengan perbelanjaan mengurus? jumlah pesara terusan meningkat setiap tahun dan golongon ini menerima pencen sehingga akhir hayat. dengan nilai inflasi, sekali lagi akan meningkatkan kos perbelanjaan mengurus. belum dikira dengan perubahan nilai kadar pertukaran matawang. tentang nilai kewangan, sekali seperti yang pernah saya katakan, jangan dinalai nilai semasa matawang, tapi kiralah berdasarkan nilai benar matawang (rujuk makroekonomi untuk tentukan nilai benar wang).†----------------- [ Telah diedit oleh: nurkamar pada 23-10-07 23:01 ] |
Rashdin |
Posting pada: 23-10-07 23:02
hmm tapi saya memang bersetuju sangat-sangat dengan apa yang flyer tu cakap.pendidikan adalah percuma dan pemimpin bertanggungjawab dalam mencari duit untuk perbelanjaan pendidikan.ada sebuah negara barat telah pun laksanakan sistem ni.
|
nurkamar |
Posting pada: 23-10-07 23:37
tapi kita tak ada kemampuan seperti itu. hasil mahsul kita dah diangkut keluar selama empat kurun. kita tengah berusaha memperbaiki keadaan.
|
Muddathsir787 |
Posting pada: 24-10-07 04:40
wbk,
Alhamdulillah terima kasih buat aye sebab buka satu ruangan diskusi yang bermanfaat. Hmm, saya dah ini dah 'berjaya' meminjam daripada ptptn sebanyak rm20k, tapi belum lagi berjaya melunaskan sejumlah rm30k. Masa ke kaunter one stop PTPTN hari itu bincang sikit ada masalah bila tak bayar ikut jumlah dan kadar ditetapkan.. Bermakna dengan kata mudah, 'duit perkhidmatan' atas 'duit perkhidmatan' akan dikenakan. Jumlahnya lebih daripada rm30k. Dan saya tak tahu kaedah detail pembayarannya macam mana, saya ini bukannya ahli bab ini.. Cuma lepas fikir2 balik, tanya kawan-kawan, baca sikit buku-buku pasai 'hutang' ini.. Insya-ALLAH dalam perancangan dan nak survey bank Islam yang nilai 'kadar duit perkhdmatannya' rendah untuk lunaskan pinjaman. Ada apa-apa usul atau idea dari sahabat2..??? ** Istilah 'Duit perkhidmatan' digunakan demi menjaga hati semua pihak. terima kasih. [ Telah diedit oleh: Muddathsir787 pada 24-10-07 04:41 ] |
nurkamar |
Posting pada: 24-10-07 08:03
ptptn adalah satu badan berkanun jadi organisasi ini bertanggungjawab menjana pendapatannya untuk perbelanjaan mengurus sendiri. maknanya, gajiupah, elaun dan segala kos mengururs lainnya (bayaran utilities - elektrik, sewaan bangunan, minyak kenderaan rasmi,telefon, perkakasan ict) perlu ditanggung sendiri oleh ptptn. kerajaan hanya bertanggungjawab menyediakan grant/dana untuk mereka uruskan pembahagiannya sebagai pinjaman/pinjaman bolehubah dan pengumpulan semula bayaran balik. dengan wang inilah peminjam seterusnyamendapat dana mereka. kerjaan menambah peruntukkan (macam investor buat capital injection) kalau berlaku kekurangan dana/bergantung kepada keperluan. ptptn tak terikat untuk membuat untung.
bank rakyat dan bank islam terikat kepada proses mendapatkan untung untuk pembayaran balik laba kepada para pelabur dan pendeposit kerana membenarkan pihak bank menggunakan wang mereka. secara perkiraan kasar, charge perkhidmatan/margin/nilai keuntungan yang diambil adalah lebih tinggi berbanding yang dikenakan oleh ptptn. untuk ahli, bank rakyat menegenakan kadar keuntungan 5.65% (sekitar tahun 2001 dulu).bank islam tak pasti. yang pastinya bukan 4% seperti ptptn. perbezaan antara konsep pinjaman konventional dengan konsep pinjaman islamik iadalah dari poses dinamik keuntungan dan aqad. 4 peratus dikira menggunakan kaedah reducing balance. waknanya, nilai (bukan kadar) keuntungan pinjaman adalah tidak pasti. mungkin akan lebih rendah jika pembayar membuat early settlement atau membayar mengikut jadual yang telah ditetapkan. untuk kes pinjaman berkonsepkan islamah (al-falah bank rakyat), nilai keuntungan dah ditetapkan pada kadar tertentu yang dipersetujuan dari awal sebagai kadar keuntungan pihak bank. semasa proses penerimaan, satu aqad akan dijalankan antara peminjam dan wakil dari pihak bank. pinjaman berkenaan akan diasaskan/disandarkan kepada penjualan tanah tertentu pada kadar tertnu antara pihak bank dan peminjam. nilai keuntungan tetap bermakna kita dari awal buat pinjaman, dah tahu dengan pasti nilai sebenar yang kita perlu bayar balik kepada pihak bank. untuk konvensional, kita tak pasti berapa banyak nilai akhir pinjaman. (huraiannya panjang lagi) berhenti setakat ini dulu. senarai ahli dari kumpulan pengamal kewangan (finance, accounting, economics etc) ada di forum kelab accounting....... |
najah_musla |
Posting pada: 24-10-07 08:55
cas pentadbiran tinggi sangat...tiap-tiap bulan bayar pun tak lepas lagi cas pentadbiran....bagaimana nak habiskan bayar pinjaman ni ek
|
alhikam |
Posting pada: 24-10-07 09:27
Hmm .. siapa yang urus PTPN ini ye .. berapa gaji pengurus dia terima .. Mengapa pula perlunya satu badan lain yang memerlukan bangunan sbnya ... berapa ramai kakitangan PTPN ini ....
Mengapa tak dijelaskan secara telus kos pentadbiran ? PTPN diwujudkan untuk membantu bukan untuk keuntungan .. Untuk menjelaskan kekeliruan .. kerajaan perlu : - Keluarkan Perbelanjaan terperinci GAJI KK , kos BANGUNAN , kos lain-lain .. |
nurkamar |
Posting pada: 24-10-07 09:33
takkan agaknya fail-fail agreement tu nak longgokkan tepi-tei jalan saja. takkan agaknya server + workstations tu budak main lekat tepi jalan saja.
nak penjelasan lanjut, tulis surat kepada kementerian pengajian tinggi, jabatan perdana menteri, jabatan perbendaharaan negara. p/s yang kat kaunter bayaran kat sentral tu cuma lepasan spm yang bekerja dengan status pekerja sambilan dan kontrak. sesekali ada juga officer keluo ke depan. fail-fail rekod ada di wisma chase perdana ----------------- [ Telah diedit oleh: nurkamar pada 24-10-07 09:34 ] |
aidilshah |
Posting pada: 24-10-07 10:43
in the name of Allah the most gracious the most merciful
jazakahumullah buat aye dan nurkamar di atas keperihatinan anda, untuk pengetahuan semua ana adalah pemimjam MARA dan PTPTN(PERBADAN). mengikut penenerangan dari ukhtie nurkamar ana rasa enti sekarang ni mungkin berada di zon 'selesa' sebab melalui pandangan enti tuu ana rasa ente tiada masalah dengan pinjaman. bagi sahabat yang bermasalah untuk melunaskan bayaran mungkin terasa akan beban yang dikenakan 3% tuu.. termasuklah ana, bagi ana sepatutnya PTPTN perlu belajar dengan mereka yang berpengalaman sebelum terjun ke bidang ini. ana sekarang ini sedang dalam proses membayar pinjaman MARA sebanyak 50% dari jumlah semua pinjaman ana dan terasa leganya walaupun masih sangkut2 nak bayar, tapi ada duit bayarlah.. mengapa PTPTN tak buat macam MARA maksud ana dengan dana yang ada sepatutnya PTPTN menguruskannya untuk menjana duit seperti memberikan pinjaman perniagaan kepada syarikat2 yang mermerlukan pinjaman dll dan bukannya dari 3% bayaran yang tertunggak. so dari hasil pinjaman perniagaan ini kenakanlah sedikit faedah maybe 4.5% ke ataupun lain-lain jadi ana rasa mungkin untungnya akan berlipat kali ganda cuba lihat MARA sekarang ni mungkin dah berdiri teguh!. pandangan ana seterusnya ialah cuba kita lihat contoh ini menurut ukhti nurkamar jumlah pelajar di ipta +/- 700K (belum campur ipts) so apa kata kalau PTPTN terus tetapkan jumlah bayaran contoh: 1. jumlah pinjaman RM20,000.00 2. jumlah bayaran RM25,000.00 (gunakan jadual bayaran seperti sekarang) 3. keuntungan RM5000.00 (ikut tarikh yang dijanjikan) RM5000.00 * 700,000.00 =RM350,000,000.00 dah berapa PTPTN dapat dari pelajar, besar jumlahnya tu dan ana rasa mungkin ia tidak akan membebankan pelajar untuk membuat bayaran balik berbanding 3% yang dikenakan diatas kelewatan bayaran bulanan dan mungkin ia akan berlipat kali ganda jikalau ia berlarutan. mungkin ada yang tak mahu bayar tapi ana rasa dari segi paratusan yang membayar mungkin tinggi berbanding dengan kaedah yang diguna pakai sekarang ini. ana bagi contoh tentang kawan ana dan ana kasihan tengok dia sebab banyak bebanan yang kena tanggung keluarga, sara hidup dan hutang pengajian. dia bagitahu ana dulu dia pinjam dengan PTPTN RM11,000.00(bayaran pengajian sahaja) sekarang dia kena bayar RM15,465.00, sebab kelewatan adalah kerana dia terpaksa extend 2 tahun dari tarikh asal tamat pengajian kerana terpaksa hold pengajian sebab kena simpan duit untuk bayar yuran tambahan dari universiti seperti peperiksaan, pendaftaran, kad matirks, buku dan lain-lain lagi. kalau dengan kerajaan sekarang ni nak bagi free untuk sambung belajar kat universiti mungkin susah agaknya,jadi ana cadangkan sama-samalah kita semua tukar kerajaan baru lepas ni mungkin dapat belajar free ataupun just bayar sikit saja (janji kerajaan BA kepada rakyat) kepada semua mahasiswa/wi di MALAYSIA. begitulah pandangan ana cuma ana suka kalau ukhtie nurkamar dapat komen sikit pandangan ana ni. WASSALAM [ Telah diedit oleh: aidilshah pada 24-10-07 10:48 ] |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 10:50
tapikan saya ada baca flyer HT di masjid dia ada sbut dalam islam pendidikan adalah percuma sebab ia adalah hak asasi manusia dan pemerintah bertanggungjawab mencari jalan menjana ekonomi supaya dapat membantu pendidikan.
|
aidilshah |
Posting pada: 24-10-07 10:53
in the name of Allah the most gracious the most merciful
batul tuu tapi kita kena lihat keadaan semasa.. ana tak yakin kerajaan sekarang boleh bagi free kecuali kita tukar kerajaan baru, kalau betul apa yang diwar2kan oleh kerajaan BA alhamdulillah tapi kalau sebaliknya kita semua kenalah tanggung.. free... ana tak yakin dapat free tapi untuk mengurangkan beban mungkin boleh.. |
alhikam |
Posting pada: 24-10-07 10:55
Pada 24-10-07 09:33 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! takkan agaknya fail-fail agreement tu nak longgokkan tepi-tei jalan saja. takkan agaknya server + workstations tu budak main lekat tepi jalan saja. agreement TOL dan PETRONAS pun tak didedahkan walaupun diminta dan disuarakan dalam parlimen. kerajaan hanya sampaikan angka2 kasar sahaja . Sekarang ini kerajaan mengeluh mengatakan terpaksa menganggung kos PENGURUSAN yang tinggi .. JADI keluarkan Laporan untuk menenangkan peminjam2 dan rakyat yang kekeliruan ... kemana wang yang dikatakan untuk pengurusan tu . Kalau boleh macam Laporan Audit baru-baru ini kan bagus . Letakkan dalam wbsite . Baru lah nampak perjalanan pentadbiran .. dan ada ketelusan . |
aye |
Posting pada: 24-10-07 11:11
Pada 23-10-07 21:45 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! banyak pilihan lain. kalau merasakan ptptn mengamalkan riba, boleh buat pinjaman di bank rakyat/bank islam. ada tabung pinjaman pendidikan menggunakan konsep pinjaman islamik. tak ada paksaan meminjam dari ptptn. dah tiga kali masuk univerisiti tetapi alhamdulillah tak pernah meminjam dengan ptptn. DEMO ANOK OGHE KAYO-RAYO TOK APO LAH... MOK-POK KAWE KIJO NOREH GETOH NGO NANE PADI JAH.... boleh BUAT LOAN NGO BANK ISLAMIK anda LAGU NI??? demo kecek molek sikit, jaga dok agah sangat..... tui... ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 11:14
Pada 24-10-07 10:53 , aidilshah posting:
!!! QUOTE !!! in the name of Allah the most gracious the most merciful Insyaallah tak mustahil boleh buat asalkan kewangan tak kena songlap tapi sekarang banyak songlap. :-| ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
aye |
Posting pada: 24-10-07 11:15
Pada 23-10-07 22:11 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! kalau zaman khalifah islam,pendidikan adalah percuma sebab ia adalah hak asasi.pemerintah wajib mencari jalan untuk menjana ekonomi. betul tu.... salah satu amanah pemerintah kepada rakyat adalah myediakan 'pendidikan yang sempurna' kepada rakya..... sempurna disini bukan sempuirna untuk mereka yang berduit macam akak nurkamar....tapi semua lapisan masyarakat termasuk pcuci tandas sekalipun.. :-| ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
aye |
Posting pada: 24-10-07 11:17
Pada 23-10-07 22:58 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! cenggini.... salam, jika KWSP kenakan PTPTN cas 5% adalah sebagai KADAR FAEDAH dan perlu dibayar kepada KWSP beserta bungganya sekali. Kenapa agaknya PTPTN menipu rakyat dengan mengatakan bahawa 3% yang mereka hadiahkan kepada Mahasiswa adalah CAJ PENTADBIRAN?? Beza tu KADAR FAEDAH dengan CAJ PENTADBIRAN? ? Mahasiswa telah ditipu hidup2 oleh PTPTN ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 11:19 |
ctnurbebo |
Posting pada: 24-10-07 11:26
setuju sesangat..kalau tak boleh dilupuskan caj itu,kurangkanlah...tak berbaloi sesangat..pasal suruh pnjm dengan institusi lain.kena fikir juga mslh2 yang sering dihadapi oleh segelintir pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk meminjam dengan institusi lain....kerajaan heboh nak melahirkan generasi muda yang berilmu dan sekurang2nya mempunyai sijil..tapi Kenapa dibebankan dengan hutang yang berlipat ganda...bagi yang berkemampuan tidak jadi masalah tapi bagi yang berasal dr keluarga susah?betul cakap Rahsdin itu,kerajaan yang memerintah seharusnya menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat..namun sekarang tak dapat diaplikasikan dinegara yang agama Islam menjadi agama rasmi...tidak dapat dinafikan wang diperlukan untuk membina dan menyediakan infrastruktur pembelajaran tapi kdr caj yang dikenakan ketas peminjam sedikit sebyk akan memudarkan harapan generasi muda yang akan datang untuk meminjam demi menyambung pelajaran...(emmm....kalaulah rm95 juta itu digunakan untuk biayai pelajar2 dinegara ini...itu belum kos untuk tahun nanti..jadi ke ke bulan lagi?)sekdr berkongsi pendapat......
|
nurkamar |
Posting pada: 24-10-07 11:26 |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 11:29 |
rdwira |
Posting pada: 24-10-07 11:34
Alhamdulillah... saya belajar tanpa bebanan hutang PTPTN mahupun yayasan.. saya dapat Biasiswa dari jabatan agama.... cukup sekadar untuk membayar yuran pengajian...asarama dan yang berkaitan
pada pendapat saya oklah dengan kos pentadbiran yang dikenakan keatas pinjaman tersebut... Kalau tak silap 4 % : maknanya Kalau pinjam RM 1000 caj dikenakan adalah RM 40.00... banyak ke tu?? kalau nak dibandingkan kalau anda dah bekerja ..gaji untuk degree rasanya minimum RM 2000 agaknya.. bayarlah utang tu... baru tak dikenakan caj penalti kalau lewat bayar... dah nama utang..bayo lah.. 4 % yang dikenakan tu rasanya dah cukup rendah. dengan duit tu lah digunakan untuk kos pentadbiran. kalau tak ada benda tu semua mana mereka nak dapat income untuk menguruskan pentadbiran. Kalau rasa tak hendak menanggung tu semua...tolak sajalah pinjaman PTPTN tu.. tak payah nak berbalah dah pasal benda ni... ni kebanyakannya..dah habis guna duit baru lah bising caj mahal lah...apalah... sendiri dah setuju dengan menandatangani kontrak pinjaman.. tanggung sajalah.. mengenai MARA..dulu masa memula dia hidup macam tu lah jugak... cuba anda cek dengan MARA berapa juta pinjaman tidak berbayar (NPL) dan berapa banyak hutang lapok (Write Off ) dalam rekod mereka... tu semua utang yang dia tanggung... walaupun nampak gah... mereka banyak mendapat income dari berbagai sumber..seperti sewa bangunan...perniagaan yang dijalankan dibawah MARA....dan berbagai lagi mengenai statement akaun tu rasanya mereka mesti mengeluarkan dan mengumumkan statement akaun mereka..dan boleh dapatkan buku laporan audit tahunan dari mereka..dari laman web mereka saya tak pasti ada ke tak... kalau semua nak bagi free..rasanya sifat malas tu akan menebal lagi dalam diri manusia ni... yelah dapat free... tak ada fikir nak bayo balik..jadi kebanyakan akan berfikir untuk enjoy (walaupun sekarang ni kena byar balik, masih ramai lagi yang enjoy) oklah Kalau ada idea lagi saya post |
rdwira |
Posting pada: 24-10-07 11:37
Pada 24-10-07 11:29 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! lagi bagus tanggung sendiri. memang bagus tanggung sendiri..tak payah nak fikir pasal utang ni.. tahniah lah sdra rashdin Kalau anda mampu...teruskan saja... kos untuk study kat U anda tau kan berapa jumlahnya... semurah2 kos kat UITM...fees dia best kurang dalam RM 300 - RM 400 saja... ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/ |
aye |
Posting pada: 24-10-07 11:40
Pada 24-10-07 11:29 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! lagi bagus tanggung sendiri. demo oghe kayo-rayo tok apo lah, kalau oghe susoh??? nok suruh mok ayoh bergolok-bergadai??? nok suruh adik2 makan pasir kat kampung???? nok suruh adik beradik lain tok ngaji sebab tokleh nok beli pakaian sekoloh, book gapo??? kawe benci oghe jenis gini, rela selamatkan diri sendiri, janji periuk nasi sdiri tjaga.... tok pernah fikir nasib dan perasaan orang-orang sbangsa yang lain... :-| :-| ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
alhikam |
Posting pada: 24-10-07 11:46
Pada 24-10-07 11:34 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!! Alhamdulillah... saya belajar tanpa bebanan hutang PTPTN mahupun yayasan.. saya dapat Biasiswa dari jabatan agama.... cukup sekadar untuk membayar yuran pengajian...asarama dan yang berkaitan kalau ikut sangkaan sedara 1000 hanya kena RM40 sahaja ..macam mana boleh jadi macam bawah ini ........ !!! QUOTE !!! Hmm, saya dah ini dah 'berjaya' meminjam daripada ptptn sebanyak rm20k, tapi belum lagi berjaya melunaskan sejumlah rm30k. 20k dah jadi 30k ... |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 11:50
Pada 24-10-07 11:40 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 11:29 , Rashdin posting: itu mungkin lebih baik dari mencemarkan ilmu dengan benda-benda haram macam riba. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
nurkamar |
Posting pada: 24-10-07 11:51
tak semua yang kat c ini kaya-raya. tak derlah nak suruh parents bergolok-gadai. saya dulu pun bermula dari bawah jugak.
cumanya kat c ini diperbincangkan Kenapa caj pentadbiran wujud dan Kenapa ia mustahil (setakat ini) dimansuhkan. macam posting saya sebelum ini, sekarang ini dah banyak kemudahan mendapatkan pembiayaan (pinjaman/biasiswa) pendidikan. masa zaman memula masuk universiti dulu, mana ada pinjaman ptptn ini. memang ada keluarga yang bergolok-gadai kerana tak berwang. saya sendiri pernah terpaksa sekalai menolak tawaran kemasukan ke universiti. bila daha ada keupayaan, tu yang masih mengejar. jaga periuk nasik sendiri tu rasanya lebih tepat ditujukan kepada golongan yang berhutang dan dah senang-lenang sekarang ini tapi bersikap tak bertanggungjawab sebab tak buat bayaran balik. ----------------- [ Telah diedit oleh: nurkamar pada 24-10-07 11:53 ] |
rdwira |
Posting pada: 24-10-07 12:01
al hikam : rasanya jadi macam tu sebab dia tak bayar...(anggapan saya) kerana dalam perjanjian kalau tak bayar akan dikenakan denda... jadi denda tu yang menyebabkan jumlah hutang semakin tinggi atau pun dalam istilah lain penalti caj kerana ingkar membayar... kalau bayar mengikut jadual dan perjanjian rasanya tidak ada masalah... konsep nya sama juga macam membuat pinjaman di bank... Kalau kita lambat bayar akan dikenakan caj denda..macam tulah konsepnya
jadi untuk tak hendak kena caj macam tu... bayarlah pinjaman tu mengikut jadual minta maaf lagi satu saya tak tau cara pengiraan untuk PTPTN tersebut.. adakah seperti ini ;- (pinjaman * faedah * tempoh pembayaran ) + pinjaman = JUMLAH contoh ( RM 20,000 * 4% * 10thn ) + RM 20,000 = RM 28,000 * = darab ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/ [ Telah diedit oleh: rdwira pada 24-10-07 12:08 ] |
Iman_Hayati |
Posting pada: 24-10-07 12:06
yang tak puas hatinya..adik ana minta tangguh sebab dia blajr kat Uitm dulu lepas keluar dari USM..lepas itu dapat penangguhan hingga 2008..tpkn, lepas tu sampai surat caj pentadbiran bulanan walaupun surat tangguh tu dah dapat..maksudnya memang kena bayar jugalah tu...tak puah hati, tak puas hati
|
zulman |
Posting pada: 24-10-07 12:13
sepatutnya syarat -syarat pinjaman perlu diperketatkan, hanya yang layak sahaja yang perlu diberi pinjaman, saya bersetuju pinjaman hanya akan diberi berdasarkan prestasi setiap peserta,,
walaupun bukan semua, ada segelintir yang menggunakan duit PTNTN ni dengan perkara yang kurang berfaedah,yelah ada yang telefon bimbit lebih mahal daripada orang yang dah bekerja, ada kes pulak kawin atau bertunang guna duit loan.... , walhal prestasi tak lah sebagus mana.lagi satu saya suka kalau jumlah pinjaman diambil kira berdasarkan kos kursus itu sendiri, kalau keperluannya besar contoh kursus sains, atau teknikal yang memerlukan pembelian yang mahal amaunnya banyakla sikit. lagi satu saya tahu bukan semua orang ada duit..walau pun begitu ibu bapa juga perlu diberi tanggungjawab untuk memperuntukan sedikit kewangan kepada anak-anak mereka , jangan harap duit pembayar cukai saja, sebab bila PTPTN lancar skim simpanan pelajaran untuk anak-anak....sambutannya dingin...pinjam nak, menabung tak mahu... kalau semuanya free, kita kan kehilangan daya saing...bersifat selesa...biar rasa susah .baru nikmat kejayaan tu lebih bermakna. memang kerajaan wajib menjana ekonomi...rakyat juga wajib menjana ekonomi untuk dirinya... dan salahkan senior-senior yang liat nak bayar walaupun dah senang lenang sekarang ni |
strawberri |
Posting pada: 24-10-07 12:43
Pada 24-10-07 11:40 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 11:29 , Rashdin posting: betul..saya sokong awak encik aye. |
zulman |
Posting pada: 24-10-07 12:51
Pada 24-10-07 12:06 , Iman_Hayati posting:
!!! QUOTE !!! yang tak puas hatinya..adik ana minta tangguh sebab dia blajr kat Uitm dulu lepas keluar dari USM..lepas itu dapat penangguhan hingga 2008..tpkn, lepas tu sampai surat caj pentadbiran bulanan walaupun surat tangguh tu dah dapat..maksudnya memang kena bayar jugalah tu...tak puah hati, tak puas hati tak puas hati.....saman saja |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 12:52 |
zulman |
Posting pada: 24-10-07 12:58
Pada 24-10-07 11:40 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 11:29 , Rashdin posting: orang susah PTPTN berilah discount, tapi orang susah tu kena rajin belajar tau, jangan malas, CGPA kena tinggi 3.5 keatas, esok kalau dah berjaya orang susah baru boleh bela nsib ibu bapa dia, adik-adik dia, periuk nasi dia dan bangsa dia, yang paling penting agama dia., jangan lah CGPA cukup makan saja, esok nak cari kerja bakal majikan biasanya tengok kelulusan yang baik, yang cukup makan tu susah sikitlah, apa pun rezeki ni Allah yang beri.. [ Telah diedit oleh: zulman pada 24-10-07 13:00 ] |
alhikam |
Posting pada: 24-10-07 13:08
Pada 24-10-07 12:13 , zulman posting:
!!! QUOTE !!! sepatutnya syarat -syarat pinjaman perlu diperketatkan, hanya yang layak sahaja yang perlu diberi pinjaman, saya bersetuju pinjaman hanya akan diberi berdasarkan prestasi setiap peserta,, dalam thread ini bukan nak minta semuanya FREE .. sekarang ini dipertikaikan CAJ yang dikenakan . KPM juga beri pinjaman kepada pelajar2 timur tengah . Pinjaman tersebut diterima dan dibayar dalam jumlah yang sama . contoh : ambil 48 000 bayar pun 48 000 . Jadi mengapa kerajaan tak dapek nak buat macam tu . ITupun bukan FREE .. ambil dan bayar . Masalah sekarang ini CAJ .. |
atie82 |
Posting pada: 24-10-07 13:17
wwt...
"KWSP telah mengenakan caj lima peratus kepada PTPN, jadi PTPN kenakan caj pentadbiran kepada pelajar sebanyak tiga peratus"... Ana pelik lah...: Kenapa pelajar pula perlu menanggung caj pentadbiran sebanyak 3%??? Sepatutnya pelajar hanya perlu membayar balik pinjaman tersebut mengikut kadar pinjaman PTPTN yang telah diterimanya;jika pinjaman RM 25,000..maka bayaran balik kepada PTPTN pun RM 25,000 jugak lah.. Walaupun dah termaktub dalam perjanjian PTPTN..ia tak adil.. 3% bukannya nilai yang kecil...kita bekerja bermula dengan gaji basic yang kecik..nak bayar PTPTN yang beribu + caj pentadbiran..fuyoo p/s:Terpanggil untuk bersuara sebab ana peminjam PTPTN.. kalau dilenyapkan sekaligus 3 % tu tak boleh ke??? Wassalam. ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS.. [ Telah diedit oleh: atie82 pada 24-10-07 14:59 ] |
zulman |
Posting pada: 24-10-07 13:23
Pada 24-10-07 13:08 , alhikam posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 12:13 , zulman posting: kalau bab caj ni sebenarnya kesilapan rundingan antara Kerajaan dengan KWSP, kerana Kerajaan persekutuan melalui kementerian Kewangan telah membenarkan KWSP mengenakan caj sebanyak 5 % . KWSP menganggapkan duit yang diberi kepada PTPTN adalah pinjaman yang perlu diberi keuntungan didalam hal ini KWSP yang menjadi peniaga dengan harapan duit yang diberi memberi keuntungan kepadanya.. sepatutnya caj ini tidak ada ,tetapi langkah -langkah pemberian pinjaman dengan lebih ketat, dan kaedah pembayaran semula yang lebih baik perlu dikemaskini. maksudnya duit pembayar cukai ni diberi kepada orang yang betul-betul belajar sahaja., yang nak kawin boleh minta duit pusat zakat wilayah, yang nak beli hanphone mahal boleh pinjam pada FAMA (father And mother), dan sepatutnya hanay sebilaangan kecil sahaja yang diberikan pinjaman , ini mak ayah berduit pun boleh dapat.. tapi malangnya orang PPP yang berani suarakan ini didepan PAk lah , orang kita (kecuali pembangkang) ..... |
aidilshah |
Posting pada: 24-10-07 13:54
in the name of Allah the most gracious the most merciful
mungkin bagi sahabat yang tidak membuat pinjaman dengan PTPTN tak rasa seperti kami yang terpaksa membuat pinjaman PTPTN ini.. ana harap entum yang tidak membuat pinjaman dengan PTPTN cubalah rasa bagaimana pula kalau entum berada di tempat kami yang terpaksa meminjam untuk melanjutkan pelajaran. kami terasa seperti teraniaya.. dengan 3% caj yang dikenakan. tentang membayar balik tuu memanglah WAJIB bagi kami membayarnya dan kami tahu kami tak akan masuk ke syurga selagi hutang kami tidak dijelaskan!. cubalah fikirkan dan janganlah main sokong saja.. ana cadangkan entum yang tak membuat pinjaman PTPTN tuu cubalah try tukar pulak.. cuba tukar: 1. BNM ---> PTPTN 2. Majlis agama ---> PTPTN 3. KPM ----> PTPTN lepas itu masuk forum ni dan cuba sokong! kalau berani entum buat macam tuu ana bagi entum semua tabik spring. p/s: ana nak minta ukhtie nurkamar bagi komen tentang pandangan ana yang pertama tuu berdasarkan pemahaman orang accouting, boleh tak buat camtuu? |
ctnurbebo |
Posting pada: 24-10-07 14:23
Pada 24-10-07 13:54 , aidilshah posting:
!!! QUOTE !!! in the name of Allah the most gracious the most merciful nak sesangat dengar komen nurkamar..ana ini ilmu anda pasal ptptn ini..sebagai org yang juga peminjam ptptn,ana sokong aidilshah.. ----------------- Keindahan sebenar ialah keindahan budi pekerti. Kebaikan sebenar ialah kebaikan budi bahasa dan kecerdikan sebenar ialah kecerdikan akal. |
nurkamar |
Posting pada: 24-10-07 15:10
ini jawapan saya:
isteri saya juga seorang penerima biasiswa, lepas itu ambil pinjaman ptptn, dan kemudian sekali lagi dapat biasiswa. sekarang dah kerja dalam lm proses buat pembayaran balik pinjaman PTPTN dalam j/k masa 5 tahun (ekspress). Kenapa ekspress, sebab nak elakkan lagi caj yang semakin tinggi untuk 3% tu. biar susah dulu katanya. dalam posting terdahulu, saya dah bagitau, saya pernah meminjam dengan bank rakyat sebanyak myr15K. tempoh bayaran balik 60 bulan. selepas dicampur margin jumlah pembayaran penuh = myr18076.80. ----------------- [ Telah diedit oleh: nurkamar pada 24-10-07 15:15 ] |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 15:15
Pada 24-10-07 13:17 , atie82 posting:
!!! QUOTE !!! wwt... mak ai,siap kena caj lagi tu.ingat kami cop duit ke wahai kerajaan. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 24-10-07 15:16
Pada 24-10-07 15:15 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 13:17 , atie82 posting: dan ingat kerajaan itu cop duit ke Rashdin.. hehe.. saja saja tak ada kaitan pun saya dengan perkara di atas.. hehehe ----------------- ~Cemerlang Dunia Akhirat~ |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 15:18 |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 24-10-07 15:24
em..
kan bagus kalau PTPTN tak bagi pinjam langsung.. biarlah ramai yang 'tersedar'.. betapa penat jerihnya kalau nak pakai duit mak abah gadai tanah emas itu ini PT tu kan umpama duit sendiri... manfaatkanlah.. jimatkanlah.. ada lebih bayar terus.. sesuatu yang disyaratkan mstilah bersebab ish... guna comman sense lah... |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 15:25 |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 24-10-07 15:33
'diri ku bukan berpihak pada sesiapa.. bukan beriat menyinggung hati.. cuma berhadapan pada realiti... realiti yang tak pasti... yang kadangkala menyentuh hati...kerna sering ku terfikir tatkala menyendiri...sekiranya tiadaku bersyukur nikmat kini... apalah jadi dirinya aku..tidaklah aku agak seselesa begini.. dan tidaklah keluarga yang akan ku bebani... kerna.. siapalah aku untuk memperoleh segalanya..siapalah aku untuk menentang semua yang diaturi.. dan siapalah aku untuk berhadapan semuanya sendiri...
dan.. kini dan kelak..seandainya dirimu tahu kesan begini.. mulalah merancangi.. agar tiada keturunanmu..dilema seperti mu kini.... yang melalui seperti dirimu..' |
setanggi_syurga83 |
Posting pada: 24-10-07 15:35
PTPTN dah jadi macam PTPTipu...
----------------- -StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/ |
aidilshah |
Posting pada: 24-10-07 15:59
Pada 24-10-07 15:24 , RaudhatuL_Muttaqin posting:
!!! QUOTE !!! em.. in the name of Allah the most gracious the most merciful begini ukhtie RaudhatuL_Muttaqin bukan masalah pinjaman yang menjadi masalah di sini tapi yang jadi masalahnya ialah caj 3% tuu, cuba bayangkan peminjam yang pinjam RM20K kena bayar RM30K disebabkan kelewatan bayaran. kita kena ingat bukan semua pemimjam yang pinjam PTPTN lepas graduated terus dapat kerja.. ok mungkin kata mahasiswa pilih kerja tapi kalau ada mahasiswa yang tak pilih kerja contoh kerja sebagai kerani swasta yang bayar RM400 - RM600, macam mana mereka nak bayar tambahan lagi dengan kenaikan harga dan kos sara hidup yang tinggi. ingin ana detailkan kisah sahabat ana ni seorang mahasiswa UM kos sains: 1. pekerjaan - kerani swasta (tak pilih kerja.. kerja dulu sebab nak tolong keluarga adik beradik ramai mak ayah dah tua) 2. gaji - RM630.00 sekarang (2 dulu RM400.00) sampai sekarang tak ada tawaran kerja kat lain lagi, tak silap ana dalam setahun hampir 7 kali dia pergi temuduga tapi tak dapat sebab tak ada kabel baik! 3. status - berkahwin 2 cahaya mata (hantaran mas kahwin rahsia nanti entum gelakan dia, isteri dia kerja guru swasta gaji RM600.00) 4. cgpa degree - 2.72 5. bil adik beradik - 9 orang (anak ke 2, sulong kerja buruh lain-lain sedang belajar 2 org kat U(pemimjam PTPTN ) lain-lain sedang bersekolah (dapat bantuan) 6. mak dan ayah kerja biasa saja (menoreh, kebun dan ambil upah) umur avarage ke2nya mungkin paling muda 58 agaknya.. 7. jumlah pinjaman PTPTN RM41357.00 (asal RM23000.00) tertunggak kerana pernah bayar sekali dalam masa 3 tahun selepas tamat tarikh tidak kena bayar so boleh kita kira-kira sikit gaji kawan ana + isteri RM1230.00 (tak memilih kerja), dengan gaji tersebut nak tanggung 5 orang adiknya dan mak-ayahnya. bagaimana pula dengan anak2nya dan juga dirinya.. sahabat yang sudah 'selesa'.. di sana ramai lagi sepertinya yang mungkin teraniaya dengan caj 3% dulu mungkin 5% agaknya.. ana tak nafikan penyalahgunaan wang pinjaman PTPTN tapi yang ana harap dari kerajaan sekarang ini dan juga 'sahabat yang selesa' ialah caj 3% tuu sepatutnya tidak perlu dikenakan kepada rakyat malaysia yang membuat pinjaman PTPTN kerana ia membebankan lebih-lebih lagi orang seperti sahabat ana di atas yang tidak seberapa gajinya. mungkin kalau gaji RM2000.00 seperti yang diberitahu oleh rdwira memanglah tak patut kalau tak bayar tapi di sana terdapat ramai lagi yang bergaji rendah dan tak mampu untuk bayar mengikut jadual just bayar bila dapat duit lebih tuu pun lebih mungkin kerana rezeki dari Allah taala. |
nurkamar |
Posting pada: 24-10-07 16:15
mungkin dah tersebut kat atas....
saya ulang balik... baru kejap telefon salah seorang pekerja PTPTN sendiri untuk lebih penjelasan. caj3% diturun dari 4% sebab kayveas dah kena tegur dengan PM.... caj tu untuk 1) pembelian rencam-kertas, nak potostat, perjalanan nak pergi kampus, dll urusan 2) dan yang utama (had ni dia naik suara) "KALAU anda TAK BAYAR, mana nak dapat GAJI kami? sebab ptptn dapat dari sumber sendiri. bukan dari audit negara." kalau ada penjelasan lebih lanjut atau lebih info dkalangan warga.. mungkin boleh tampil kehadapan... ** akak sokong raudhatul secara peribadi.. jika tak suka.. jangan terima ptptn ni. sebab kita masih ada pilihan. ptptn bukan paksaan. |
aye |
Posting pada: 24-10-07 16:24
Pada 24-10-07 15:59 , aidilshah posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 15:24 , RaudhatuL_Muttaqin posting: Kawe sokong demo..... tak sangka dalam portal ni pun ramai penting diri sendiri, metang2 tak ambil PTPTN, dapat biasiswa, dah kerja gaji beribu2.... lupa pada org yang lemah, terkiai2 mcari kerja, dbelenggu dengan Along PTPTN lagi, nak bantu mak ayah lagi, awek minta cepatkan kawin lagi..... pada sahabat yang tak kesah dengan kadar 3% PTPTN tu, cerminkan diri dengan 'nilai kemanusiaan'.... ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
aidilshah |
Posting pada: 24-10-07 16:29
in the name of Allah the most gracious the most merciful
begini ukthie nurkamar.. PTPTN adalah merupakan salah satu badan yang bertanggungjawab untuk memberikan pinjaman kepada mereka yang memerlukan pinjaman untuk sambung pelajaran. sumber untuk PTPTN nak dapat balik ialah cuba belajar dengan MARA macam mana mereka masih boleh berdiri teguh dan mereka pun bukannya dapat dari audit negara tapi dari rakyat.. ataupun begini caj 3% tolak tapi terus tetapkan jumlah bayaran contoh: 1. pinjam RM10,000.00 2. bayar RM15,000.00 ana rasa jika setiap seorang PTPTN untung RM5000.00 dah lebih dari cukup kalau takat nak bayar gaji kakitangan PTPTN kat KL tuu.. K setuju tak.. just caj 3% saja yang perlu dikecualikan sebab ia membebankan kalau ada yang terlewat bayar disebabkan hal-hal yang tidak boleh dielakkan. tapi kalau ente dah kata macam tuu takperlah.. ingat tanggungjawab sebuah negara islam ialah menyediakan peluang pendidikan secara percuma kepada rakyatnya dan sememangpun kena berbuat demikian kalau tak sanggup tak payah tadbir kerajaan just bagi kat BA memerintah.. |
mama_iman |
Posting pada: 24-10-07 16:29
memang caj 3%..banyak ke?bagi yang lambat dapat kerja banyak lah jugak..
saya pun peminjam jugak..10 ribu..tapi takat ni sajalah.. kalau sambung belajar tak nak smbung pnjmn lagi.. [ Telah diedit oleh: mama_iman pada 24-10-07 16:31 ] |
mama_iman |
Posting pada: 24-10-07 16:41
Pada 24-10-07 16:29 , aidilshah posting:
!!! QUOTE !!! in the name of Allah the most gracious the most merciful a'ah MARA selalu bayar balik sikit saja.. ikut pointer lagi..tapi masing-masing kena pandai lah pilih nak pinjam yang mana.. kebanyakan u atau poli mesti ptptn yang datang..macam GMI german malaysian institute pnjam kat MARA..cne pula yang swasta dapat dr MARA..hmm |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 24-10-07 16:59
pentingkan diri?... em.. terpulang mahu menilai..
bukan kerna pentingkan diri.. hanya saya pentingkan ilmu.. apalah nak dibandingkan dengan wang ringgit.. kerna tanpanya saya memang tak kan sambung pengajian.. dan dengan ilmu itu.. saya boleh membalas berlipat kali ganda 'kertas itu'.... dengan izinNya.. bergetar hati tatkala melihat ibu menumpulkan barang kemas pusakanya... mungkin mahu dipajakkan.. tapi syukur ada saudara beri meminjam untuk 'persiapan' dan pegangan sementara... dan advance dr PT.. pihak yang digembar gemburkan ini tidak jauh kisah keluarga sahabat bro aidil dengan hidup saya.. bezanya saya membesar di kota yang besar... penuh dengan tekanan wang dan ringgit.. segala-galanya memerlukan 'kertas ini' di sini.. api, air, rumah.. adik beradik semua masih menuntut di kala itu.. sumber pendapatn hanya dr ibu.. ayah kurang upaya tiada wang pencen atau apa-apa side income.. dengan 'hanya sberapa' diperoleh ibu... katanya tutup kepala nampak kaki, tutup kaki nampak kepala.. tapi demi plajaran.. apalah sangat nak dibandingkn dengan pengorbanannya... katanya.. saya kini masih lagi tak bekerja kerna saya masih bawah latihan industri (alhamdulillah telah dapat kerja.. berkhidmat sejurus tamat ini)... saya juga peminjam PT pada mulanya.. tetapi dengan kesedaran --> sekiranya aku bekerja kelak, kalau pinjam duit nanti nak kena bayar banyak pula.. nanti nak bagi mak dapat sikit pula mak.. aku anak yang depan.adik2 lagi.. huhuhuh.' jadi saya 'try' belajar bersungguh to get good pointer dan apply segala jenis yang menawarkan scholar.. alhamdulillah... saya berjaya dapat scholar JPA (walau tak sebanyak yang dotawarkan PT) dan dengan hutang PT sedikit.. hihihi... memang org cakap PT mncekik... tapi tanpanya saya tak jadi macam sekarang.. (pendapat pribadi) ilmu yang diperoleh is to measure us how we think.. and how we solve a problem.. adik saya sekarang peminjam PT.. dan saya awal dah warning jangan terlampau rasa taksub dengannya sebab nanti kelak dia akan mempersalahkan perkara begini juga... |
nurkamar |
Posting pada: 24-10-07 17:00
kiranya disini...
jika jawapan tu bukan dari BA... tetaplah tiada betulnya...hanyalah auta semata.... ** rhaudatul... abaikanlah sahaja apa kata mereka.... ----------------- [ Telah diedit oleh: nurkamar pada 24-10-07 17:03 ] |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 24-10-07 17:01
Pada 24-10-07 16:29 , aidilshah posting:
!!! QUOTE !!! in the name of Allah the most gracious the most merciful setuju juga dengan cadangan yang atas.. tapi cadangan yang bawah tu no komen ----------------- ~Cemerlang Dunia Akhirat~ |
aye |
Posting pada: 24-10-07 17:15
Pada 24-10-07 16:59 , RaudhatuL_Muttaqin posting:
!!! QUOTE !!! pentingkan diri?... em.. terpulang mahu menilai.. Tahniah buat saudari.... semoga jadi ikutan adik2 dimasa hadapan.... oleh itu kepada mak bapak yang dah anak2, planing awal2lah tabung perdidikan anak2..... salah satunya, kalian boleh mencarum dalam takaful untuk anak2... contohnya, bagi pakej pendidikan anak2 dalam takaful ikhlas yang saya tawarkan;- Skiranya kalian mencarum $100 sbln untuk anak A, kalian akan dapat 4 manfaat 1) manfaat untuk anak A iaitu 14K untuk kematian/hlang upaya, 24K bagi kematian kemalangan, 10K bagi excident, 10K untuk pyakit kronik. 2)manfaat ibubapa.... dikecualikan mbayar skiranya kalian hilang upaya atau dtipa pyakit kronik.. 3)anak akan mdpt anugerah kalau cemerlang dalam upsr,pmr,spm 100 bagi setiap A. 4) Wang simpanan boleh diambil pada usia anak 18-23, iaitu >30K. hehe, maaf tak terniat nak promote sebenarnya, tapi just to share...sdiakan 'bekalan' buat anak2 sebelum kamu kembali.... ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
trouver_99 |
Posting pada: 24-10-07 17:34
bagi BA memerintah dia nak turunkan harga minyak ke?Kenapa tak mahu letakkan dalam manifesto pilihanraya.letakkan sekali untuk mansuhkan terus pinjaman dan faedahnya sekali.cikgu,ustaz,lecturer yang mengajar pun tak payah bagi gaji.kena ikhlas buat kerja.kan?
dapat pinjaman PTPTN tu,cuba jangan berjoli sangat.simpan dalam unit trust.ataupun melabur.sikit sikit,lama-lama jadi bukit ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 24-10-07 17:50 ] |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 18:48
saya yang berjimat pun teruk saya kena bayar.saya rasa lah mungkin BA dah masukkan dalam manifesto PRU.meman dalam islam pendidikan adalhah percuma sebab itu hak asasi.
|
muslimin23 |
Posting pada: 24-10-07 20:21
Pada 23-10-07 22:58 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! cenggini.... asslamualaikumm. awak saja lah merempat..orang lain tak pernah merempat..kadang-kadang sampai sekaranmg lagi merempat... |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 20:23 |
muslimin23 |
Posting pada: 24-10-07 20:24
Pada 24-10-07 17:01 , RaudhatuL_Muttaqin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 16:29 , aidilshah posting: setuju kedu-dua cadangan tu...sebab kalau nak laksanakan cadangan yang pertama..terlebih dahulu kena laksanakan cadangan yang ke dua...kalau tak laksanakan cadanagn yang kedua dahulu..alamat bertambah lah lagi kadar faedah dari 3% ke 5%....(agaknya lah..) |
ctnurbebo |
Posting pada: 24-10-07 21:09
salam...
iskh...tengok topik ini dah makan panas...sabar wahai sahabat2ku...sekdr perbincangan...jangan emosi sangat.... |
Rashdin |
Posting pada: 24-10-07 21:15 |
alhikam |
Posting pada: 24-10-07 21:43
Pada 24-10-07 16:15 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! mungkin dah tersebut kat atas.... sebab tu minta kerajaan urus terus . hal-hal berkaitan pendidikan . KPM dan JPA boleh bagi pinjaman tanpa ada apa-apa caj .. dan juga menguruskan biasiswa . Ana pun rasanya .. caj seperti ini patut dihapuskan dan sememangnya akan menjadi riba dan salah disisi syarak . Dalam kita mempunyai sistem kewangan islam .. riba juga menjadi pilihan . Kalau caj pengurusan .. maka caj itu hanya akan dikenakan sekali sahaja . Tapi bila dicaj akan atas kelewatan bayar .. maka itu adalah RIBA .. tak tau lah kalau ada ikhwah2 di sini yang menyokong kaedah yang macam ini .. ataupun boleh dikira DAH tak ada JALAN LAIN .. kena caj juga .. riba pun ribalahh .... |
alhikam |
Posting pada: 24-10-07 21:51
Pada 24-10-07 17:34 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! bagi BA memerintah dia nak turunkan harga minyak ke?Kenapa tak mahu letakkan dalam manifesto pilihanraya.letakkan sekali untuk mansuhkan terus pinjaman dan faedahnya sekali.cikgu,ustaz,lecturer yang mengajar pun tak payah bagi gaji.kena ikhlas buat kerja.kan? ya .. dah masuk dalam Manifesto .. sekali - sekala baca lah Harakahdaily ke .. atau Beli lah akhbar2 BA . Tapi tak lah terover macam saudara tu sampai tak payah bayar gaji ... BA menjanjikan Kebajikan ... Pendidikan Percuma untuk sekolah dan SMK Penurunan Kadar TOL .. Penyediaan BIASISWA .. dan macam-macam lagi ... rajin2lah tengok wsite BA kalau nak pastikan ... kena lah ( tak ) lepas tu tengok dan nilai |
muslimin23 |
Posting pada: 24-10-07 21:56
Pada 24-10-07 21:51 , alhikam posting:
!!! QUOTE !!! Pada 24-10-07 17:34 , trouver_99 posting: satu lagi..minyak turun harga....l |
ibnu_musa |
Posting pada: 24-10-07 22:54
Pada 24-10-07 16:15 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!!
caj pentadbiran itu bukan masalahnya, tetapi adalah kerana ia dilakukan melalui cara riba'. sebab itulah agama mengharamkan riba', ia menindas, jelas sekali rakyat jelata sekarang telah ditindas oleh PiTisPiTisN dengan mengamalkan riba. ikutlah sistem Islam, buatlah kadar yang fix/tetap macam bank islam, kalau lewat ke apa ke mereka tiada hak untuk kenakan caj lebih, melainkan kalau caj perkhidmatan tu lain cerita. ni apa 3% sampai habis, semakin lama semakin naik jumlahnya, ini amalan masyarakat jahiliah, dan ia dah dilarang dalam Islam. saya beri contoh: pinjaman saya RM6,500X6 sem = RM19,500. jangan kenakan faedah 3% tapi letakkan jumlah yang tetap, kira siap2 berapa kena bayar, contohnya kena bayar RM25K ke, 28K ke, 30K ke, kalau peminjam dah setuju maka ia dibenarkan oleh syarak. lepas itu kalau nak sangat caj perkhidmatan kalau lewat bayar, letaklah setahun berapa, atau sebulan berapa, tulis siap dalam agreement, kalau peminjam sign habis cerita. Allah dah pesan, jangan makan harta sesama kita secara BATIL, melainkan urusniaga yang ada rasa REDHA sesama kita, bukan secara menindas macam ni... sistem yang elok dah ada, tapi nak guna juga sistem "najis" ni... wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
ibnu_musa |
Posting pada: 24-10-07 23:05
Pada 24-10-07 10:50 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! tapikan saya ada baca flyer HT di masjid dia ada sbut dalam islam pendidikan adalah percuma sebab ia adalah hak asasi manusia dan pemerintah bertanggungjawab mencari jalan menjana ekonomi supaya dapat membantu pendidikan. kena tengok situasi semasa. zaman dulu guru pun tak ada gaji, sebab tu belajar pun free. macam ulama' terdahulu, ada mereka mengajar minta balasan atau duit? maybe kena cadangkan supaya guru2 tidak diberikan gaji, biar mereka buat kerja lain seperti bertani, menternak, nelayan dll. zaman dulu dan zaman sekarang berbeza, yuran di IPT contohnya adalah untuk membayar gaji pensyarah, dan juga untuk kelengkapan2 pembelajaran, tanpa gaji adakah pensyarah2 itu sudi nak mengajar? zaman dulu tak ada duit tak apa, zaman sekarang semua nak pakai duit, pensyarah tu nak pergi ke IPT pun kena pakai duit, nak makan pun kena ada duit. maybe boleh berlaku apa yang dinyatakan di atas kalau kekuatan ekonomi negara dah cukup kukuh, tapi tahu2lah negara kita sekarang ni macam mana, melangkah ke belakang tu ada lah... bagi saya tak salah kalau belajar kena bayar yuran kalau negara tak cukup stabil dr segi ekonomi macam sekarang ni, tapi kalau kerajaan dah berkemampuan memang mereka KENA sediakan peluang pendidikan kepada masyarakat seperti yang sepatutnya, lebih-lebih lagi kalau di institusi milik kerajaan sendiri. sekadar pandangan saya, wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
aye |
Posting pada: 25-10-07 09:38 |
Rashdin |
Posting pada: 25-10-07 09:53 |
sya_ryn |
Posting pada: 25-10-07 09:57
rasanya kalau caj PTPTN tak ada,adakah manusia penghutang ni akan mmbayar?ke dok lari ,tunda2 sebab bila2 pun boleh bayar...tak ada caj ,tak ada ketetapan bayaran,BOLEH DIBAYAR KE?....
|
Rashdin |
Posting pada: 25-10-07 09:58 |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 25-10-07 10:16
Pada 24-10-07 17:15 , aye posting:
!!! QUOTE !!!
betul.. saya pun fikir macam tu juga bila saya berkeluarga kelak.. tpkan.. tetiba saya tukar pikiran.. sebabnya.. macam mana nak cakap ye.. tak apalah.. tak tahu nak tulis...hehehe.. tapi bagus juga caruman tu kan.. satu-satunya adik saya yang bongsu kini umur hampir 3 tahun dah direadykan takaful tu oleh mak abah saya.. sebab kata mereka takut kami akan menjadi 'anak-anak lupa diri kelak'.. walau dia tahu takkan jadi begitu, kami telah pun berjanji dan kami cakap mustahil untuk jadi begitu, didikan mak abah cukup sempurna..tapi kata mak abah 'manalah tahu.. sekarang ialah cakap tidak... nanti dah berjaya kaya raya kelak, ada kuasa, harta, pangkat, keluarga sendiri kelak... ksian adik yang 'sesat' kecik ni nak pagi mana...'... sedih betul dengar tapi tak apalah... bak kata org 'get redi' ----------------- ~Cemerlang Dunia Akhirat~ |
malina |
Posting pada: 25-10-07 12:02 |
great_teacher |
Posting pada: 25-10-07 12:39 |
aye |
Posting pada: 25-10-07 12:40
Pada 25-10-07 09:57 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! rasanya kalau caj PTPTN tak ada,adakah manusia penghutang ni akan mmbayar?ke dok lari ,tunda2 sebab bila2 pun boleh bayar...tak ada caj ,tak ada ketetapan bayaran,BOLEH DIBAYAR KE?.... hei sheikh !!! islam ajar macam ni ke??? ada rasulullah suruh para sahabat kenakan riba kepada mereka yang enggan bayar hutang???? cakap jangan main sumbat-muat saja..... terasa hati kawan-kawan kita yang bayar bln2 siap potong gaji lagi.... :-| ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com |
sitishairah |
Posting pada: 25-10-07 12:43
wr wbt
PTPTN...kalau nak bayar balik..janganlah bayar sejemput2...takkan effectnyer...lagi naik ada lah...sabar saja lah...huhu...lama lagi nak habis bayar tu.... |
mardhoti |
Posting pada: 25-10-07 12:48
betul tu...jangan bayar sikit-sikit...cuba bayar dalam sejumlah yang besar...insyaAllah tak tenat sangat kelak
|
sya_ryn |
Posting pada: 25-10-07 13:38
Pada 25-10-07 12:40 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-10-07 09:57 , sya_ryn posting: ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari) |
Penama |
Posting pada: 25-10-07 13:56
hmm.. secara peribadi nya...
eni taklah tak setuju 100% dan tak juga setuju 100% tak setuju dengan 3% ni sebab... saya ni sain jugak perjanjian.. masa tu baru berusia 17 tahun..dok ramai-ramai dalam dewan.. pegawai bertugas bagitahu sain kat sini...sain kat situ... sepatah pun tak baca..(rata2nya begitu) dan si pemberi taklimat ni tak pulak menjelaskan apa itu caj perkhidmatan.. tak ada abang kakak atau sedara2 yang boleh rujuk maka...sain sajalah...borang pulak tak boleh bawa balik nak tanya parents ke apa ke... masa nak bayar buat rayuan nak bayar sikit-sikit dulu sebab gaji pun 650 saja(saya ni bukan kerja kat kota besar.pvt sector yang kecil2 ni faham sajalah.. dengan gaji 650 nak bayar 152 sebulan perit jugak.. selapas buat rayuan ptptn bagi surat boleh bayar 50sebulan.. legalah sekejap tapi.... jeng..jeng..jeng... penyata pun tiba... setiap bulan caj perkhidmatan sekitar 35.00.. maksudnya saya bayar pinjaman 15k tu 15hengget saja setiap bulan??? sampai reput pun tak habis bayor lagu ini.... nasiblah rezeki lepas tu bertambah baik maka dapat lah bayar seperti asal 152 sebulan.. yang mana 30++ adalah caj pentadbiran.. hehehe... (maksudnya hutang dibayar setiap bulan dalam 120sebulan) nak bayar sejumlah yang besar..takat tu sajalah yang mampu... huu... dan tak setuju gaklah dengan istilah bantuan... bukan bantuan lah namanya ni... dan kasihan jugak sebab kos belajar ni tinggi..nak tanggung sendiri bukan semua mampu.. jadi ambil jugaklah dalam keterpaksaan agak setuju sebab.... lepas dikira2.. dari pinjaman 15k akan dibayar kembali kepada mereka sebanyak lebih anda 18.5k.... cuba renungkan berapa kita kena bayar balik kat bank kalau buat pinjaman beli kereta?? tak ada siapa merungut pun? sedang kan beli kereta besor2 tu bukan lah boleh masuk senarai keperluan pun... ni kita pinjam ptptn ni sebab nak dapatkan kerja besor dengan pendapatan seumur hidup tau... kira pelaburan masa depan dah ni... anggap sajalah bayar upah pekerja2 mereka, kos kertas berjela mereka... kos pengeposan dan sebagainya.. walaupun agak tinggi sebenarnya (lagi pun dah tersain.. siapa suruh saya tak baca) entah lah... ni persepsi dari pandangan diri sendiri.... |
insan232 |
Posting pada: 25-10-07 15:21
dah baca posting banyak-banyak kat atas, terpanggil nak suarakan pendapat.
walaupun isu disini adalah caj 3% peratus yang dikenakan boleh tak kita tengok balik asas kepada keperluan mempunyai ilmu itu sendiri. org pinjam PTPTN sebab nak belajar. kos untuk belajar semakin tinggi. jadi PTPTN perlu untuk sentiasa mempunyai dana yang cukup mengikut keperluan semasa. mereka perlu mencari sumber kewangan sendiri kerana mereka badan berkanun, ok. persoalan disini, mengapa perlunya institusi kewangan yang menguruskan perihal pinjaman pelajaran negara diletakkan dibawah sebuah badan berkanun? dan jika benar begitu, maka setiap tahun yang diperuntukkan didalam belanjawan sebagai peruntukan pelajaran itu untuk apa? atas alasan kos semakin meningkat dan jumlah pelajar makin meningkat, maka makin banyak dana yang diperlukan, tapi mengapa tidak dilihat pula kadar pertumbuhan ekonomi yang sama-sama meningkat setiap tahun dan kadar KDNK yang turut naik setiap tahun, tidakkah ini boleh mencukupkan dana yang diperlukan? bukankah apabila institusi itu berada dibawah badan berkanun, bermakna dengan kata lainnya ia adalah satu pertubuhan persendirian tetapi dikawal selia oleh kerajaan. maka pertubuhan itu berhak menggunakan kemampuan kewangannya untuk keperluan institusi itu sendiri. boleh saja dia mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat. berbalik kepada asas untuk mempunyai ilmu, itu adalah hak setiap manusia yang hidup dan sesiapa yang berkuasa untuk menguruskan hal itu perlu melakukan dengan tidak mengharapkan pulangan, sepertimana ibu bapa mengeluarkan belanja untuk anak2 belajar. jadi adakah wajar PTPTN itu diuruskan oleh badan berkanun, atau kerajaan sendiri yang perlu menguruskan perkara itu? sistem ini perlu dibetulkan. kita berbincang tentang isu ini bermati mati, tapi ada individu yang tersenyum lebar melihat barisan panjang para graduan datang berpusu-pusu untuk membayar pinjaman ini bersama 'bunga'nya sekali. |
mihar123 |
Posting pada: 25-10-07 15:30
Pada 23-10-07 21:45 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! banyak pilihan lain. kalau merasakan ptptn mengamalkan riba, boleh buat pinjaman di bank rakyat/bank islam. ada tabung pinjaman pendidikan menggunakan konsep pinjaman islamik. tak ada paksaan meminjam dari ptptn. dah tiga kali masuk univerisiti tetapi alhamdulillah tak pernah meminjam dengan ptptn. org yang tak pernah pinjam memanglah boleh cakap macam tu... Sb tak pengalaman ...macam saya ni lainla kena riba sahaja sb semakin hari semakin mningkat amaunnya... Kalau nak buat pinjaman bank pun ada syarat2nya... macam mana kalau yang ibubapa kerja kg dll kena ada penjamin yang kerja krj dll semuanya menyusahk.... ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/::: |
insan232 |
Posting pada: 25-10-07 15:31
lupa pula nak mention.. saya bukan minta wang itu free.. tapi bayaran 'bunga' tu yang jadi soalan... lagipun perlu pada perjanjian pinjaman balik yang jelas... pinjam RMX bayar RMY.. dengan cara ini org dah boleh merancang..
|
ibnu_musa |
Posting pada: 25-10-07 21:04
Pada 25-10-07 13:38 , sya_ryn posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-10-07 12:40 , aye posting: syeikh, nak letak caj perkhidmatan tu tak salah, tapi jangan guna sistem riba', 3% kadar faedah/bunga secara tetap tu bukan ke riba'? letakla nama sedap apa pun, tapi kalau dah riba tu tetaplah riba, dan ia tetap haram. tak berbangkit nak suruh orang bayar kena letak interest 3%, maybe matlamatnya baik tapi caranya salah. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Rashdin |
Posting pada: 25-10-07 21:06
Pada 25-10-07 12:40 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-10-07 09:57 , sya_ryn posting: ya,riba tu dah haram Kenapa nak ambil lagi? ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
aye |
Posting pada: 26-10-07 09:34
Pada 25-10-07 21:06 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-10-07 12:40 , aye posting: habis tu inilah jalan terakhir...... lain lah macam anda yang kaya-raya... tak nak ambil PTPTN, kalau gini sia-sia belajar pandai2 time SPM...tak boleh masuk u juga... anak2 orang-orang kafir semua study tinggi..... so nak tak nak aply sajalah PTPTPu ni....semoga Allah ampuni dan berkati diri kami pminjam PTPTPu ni.... ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com [ Telah diedit oleh: aye pada 26-10-07 09:36 ] |
mihar123 |
Posting pada: 26-10-07 09:40
Pada 26-10-07 09:34 , aye posting:
!!! QUOTE !!! Pada 25-10-07 21:06 , Rashdin posting: Betul tu saya setuju...kalau tak ambik pinjaman tu maka tak dapat nak teruskan pengajian di U lah. So terpaksala ambik... Lainla kalau org tu anak org kaya @ anak menteri tak payah buat pinjaman... anak org miskin dan anak orang kg kita memang amat memerlukan pinjaman tu...saya sekarang tak habis-habis lagi bayar bunganya tiap tahun...sb lepas grad baru dapat kerja ok ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/::: |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 26-10-07 10:31
tak semestinya boleh ambil kat ptptn..
amiklah alternatif lain.. siapa lahir kat negeri yang best(macam ganu, slangor, pahang...etc) yang ada yayasan atau apa-apa bestla.. sebab tengok kawan-kawan tu dah dapat duit dr negeri masing-masing, stil ambil pt... antara altenatif lain : scholar dr bank2 macam mebeng scholar2 kat kampeni macam telekom/tnb/ptronas/ntaha apa lagi pinjam dr koperasi belia islam (ABIM) MARA (budak full time susah nak dapat) bank2 (lagi ganas agaknya interestnya)... dan apa-apa lah lagi yang sepatutnya... ----------------- ~Cemerlang Dunia Akhirat~ [ Telah diedit oleh: RaudhatuL_Muttaqin pada 26-10-07 10:32 ] |
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |