Oleh |
bernikah di bulan muharram/safar |
fi_amaanillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB
|
Posting pada: 20-10-07 13:23
salam idulfitri buat semua.Fi tak pasti sama ada topik ini pernah diutarakn atau tidak..berkaitan mengadakan majlis pernikahan di bulan muharam/safar..ada yang beritahu Fi tak elok bernikah pada bulan tersebut kerana dikhuatiri pasangan akan 'panas'..mksdnye mungkin akan selalu bergaduh/selisih faham... Jika topik ini sudah ada, minta tolong berikan Fi link ke topik tersebut.. ----------------- "jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar [ Telah diedit oleh: fi_amaanillah pada 20-10-07 20:53 ]
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 20-10-07 19:18
ana tak pernah dengar tentang itu sebab ikut ang diketahui umum pernikahan itu memang tidak elok dilambatkan dan elok lagi jika sudah lengkap semua nya dipercepatkan...perkara yang baik perlu dipercepatkan.. waallahua'alam ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
tanpanama
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2005 Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur
|
Posting pada: 20-10-07 20:18
jawapannya, Islam tidak menetapkan mana-mana bulan untuk berkahwin jika percaya pada kesialan sesuatu bulan, bermakna itu bukan dari ajaran Islam. salah satu punca ketidak majuan sesuatu bangsa ialah percaya kepada kesialan bulan2 tertentu.
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 20-10-07 22:28
Setuju
|
hidayatul
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.04.2005 Ahli No: 15840
Posting: 42
Dari: Kulim
|
Posting pada: 20-10-07 23:34
Tu pegangan orang dulu-dulu saja agaknya... Memang ada lah...tapi atuk nenek kita saja yang percaya.... Tak kisah lah.... Ada dalil tak....?
|
cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2007 Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...
|
Posting pada: 21-10-07 06:37
Pada 20-10-07 20:18 , tanpanama posting:!!! QUOTE !!! jawapannya, Islam tidak menetapkan mana-mana bulan untuk berkahwin jika percaya pada kesialan sesuatu bulan, bermakna itu bukan dari ajaran Islam. salah satu punca ketidak majuan sesuatu bangsa ialah percaya kepada kesialan bulan2 tertentu. ana setuju sangat...setiap bulan ciptaan allah ada kebaikannya tersendiri...
|
fi_amaanillah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB
|
Posting pada: 21-10-07 16:39
syukran semua..cuma jk ada sesiapa yang mempunyai hadith berkaitan silalah kemukakan di sini..
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 21-10-07 16:48
Maka dalam hal ini, kita umat Islam wajib mengetahui bahawa Islam adalah agama yang menolak kepercayaan tentang khurafat, tahyul dan kepercayaan tentang adanya bulan atau hari-hari tertentu yang membawa mala-petaka ataupun sial atau menyangka buruk terhadap sesuatu. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu āalaihi wasallam dalam sabda Baginda maksudnya: āTidak ada jangkitan, tidak ada sempena baik pada burung, tidak ada sempena buruk dengan sebab burung hantu dan tidak ada sempena jahat pada bulan Safarā. (Hadis riwayat Ibnu Majah) Al-āAllamah Ibnu Hajar Al-Haitami pernah ditanya tentang hari nahas, hari bahagia serta hari-hari dan malam-malam yang baik untuk melakukan sesuatu seperti belayar dan berpindah. Beliau menjawab dalam fatwanya dengan berkata: Ertinya: āSesiapa yang bertanya tentang hari nahas dan perkara yang selanjutnya sayugia tidak dijawab bahkan hendaklah ditolak dan apa yang dilakukannya itu adalah kerja bodoh serta jelaskan kepadanya (sipenanya) tentang keburukan hal tersebut. Dan sesungguhnya perkara sedemikian itu adalah dari budaya dan kelakuan orang-orang Yahudi, bukan dari amalan orang-orang Islam yang bertawakkal kepada (Allah) yang mencipta dan menjadikan mereka, yang mereka sendiri tidak mengharapkan pemeliharaan lain selain Allah dan kepadaNya mereka berserah diri. Adapun apa yang dinukil daripada Ali Karramallahu Wajhah tentang hari-hari yang buruk dan seumpamanya adalah tidak benar (batil), lagi dusta yang tidak berasas. Maka hendaklah sentiasa berwaspada tentang perkara sedemikian. Wallahu āalamā. (Al-Fatawa Al-Haditsiyyah m.s 28) Sumber ambilan : DI SINI
|