Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 181
Ahli: 0
Jumlah: 181




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Makruh membuka aurat semasa wuduk


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Makruh membuka aurat semasa wuduk

Please Mendaftar To Post


Oleh Makruh membuka aurat semasa wuduk

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-10-07 13:13


SOALAN
Apakah hukumnya mengambil wuduk tanpa menutup aurat, umpamanya bagi kaum wanita hanya dalam keadaan berkemban? Atau bagi kaum lelaki dengan hanya bertuala yang menampakkan lutut?

Jawapan

Aurat anak Adam terbahagi kepada dua, yang pertama aurat mughallazah dan aurat mukhaffafah.

Aurat mugallazah bermaksud aurat yang utama iaitu kemaluan di hadapan dan kemaluan di belakang (punggung).

Adapun aurat mukhaffafah bagi orang lelaki ialah mendedah bahagian pusat ke bawah dan mendedahkan bahagian lutut ke atas. Bagi wanita juga sama. Keadaan ini hanya ketika mana seseorang itu bersendirian di rumah, atau keadaannya dalam bilik air.

Namun, mendedahkan kedua-dua bahagian aurat (mughallazah dan mukhaffafah) adalah haram di sisi syariat Islam. Jika seseorang itu mengambil wuduk dalam keadaan terdedah aurat mukhaffafah, seperti orang perempuan yang berkemban dan orang lelaki yang bertuala maka di hukum makruh. Wuduknya sah, tapi tidak afdal.

Afdalnya ialah menutup aurat yang mukhaffafah. Berwuduk adalah ibadat, maka adalah lebih baik dilakukan dengan menutup aurat.


SOALAN
Apakah hukumnya bersolat dengan mengenakan pakaian yang mempunyai gambar binatang seperti rama-rama, ikan, burung dan seumpamanya?

Bagaimana pula dengan pakaian yang mempunyai gambar-gambar kartun atau animasi seperti Spiderman, Superman dan seumpamanya?

Bagaimana pula dengan wanita yang memakai pakaian yang mengandungi gambar-gambar tersebut tapi terlindung daripada pandangan oleh telekung yang dipakainya?

Jawapan

Hukumnya makruh. Kerana lukisan yang ada pada baju boleh mengganggu orang lain dari saf yang lain. Mungkin gambar animasi itu di sebelah belakang baju yang dipakai. Maka keadaan tersebut akan mengganggu jemaah di belakang.

Sebahagian ulama menghukumnya dengan haram. Alasannya ialah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang melukis gambar-gambar makhluk. Namun sebahagian ulama menghukum dengan makruh.

Untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain dalam solat adalah lebih baik kalau baju itu sebelum solat diterbalikkan dulu. Adapun bagi orang perempuan yang solat dengan memakai pakaian mengandungi gambar-gambar tersebut yang terlindung di sebalik tudung tidak mendatangkan apa-apa. Ini kerana kain telekungnya telah menutup gambar yang terkandung pada baju yang dipakai.

Kedua-dua keadaan di atas tidak membatalkan solat seseorang. Solatnya tetap sah.

SOALAN
Tolong terangkan dan jelaskan batas-batas dan hukum suara aurat wanita dalam konsep marhaban dan berzanji dari rumah ke rumah atau kebiasaannya semasa majlis kenduri yang amat popular terutama di kampung-kampung masa kini.

Jawapan

Suara wanita dikira aurat sekiranya suara tersebut membawa fitnah. Secara semulajadi kaum hawa mempunyai suara yang halus dan lembut. Ini berbeza dengan kaum lelaki yang mempunyai suara yang kasar dan lantang.

Namun, suara yang lembut dan halus sangat sesuai dengan wanita serta secucuk dengan fizikalnya yang lemah lembut. Maka suara yang dikurniakan Allah s.w.t ini tidak boleh disalah gunakan untuk mendatangkan kemurkaan Allah.

Maka dalam persoalan di atas adakah dikira suara wanita aurat, ini termasuklah berzanji dari rumah ke rumah juga dikira haram. Dalam mazhab al-Syafie suara wanita tidak dikira aurat.

Hujah yang dikemukakan ialah apabila isteri-isteri Nabi s.a.w boleh berkomunikasi dengan sahabat-sahabat yang datang berkunjung ke rumah Nabi dan peranan mereka dalam menjalan kerja-kerja dakwah.

Jika suara dikira aurat nescaya tidak akan ada isteri Rasulullah yang berkomunikasi dengan lelaki ajnabi (lelaki yang bukan mahram). Adapun bacaan berzanji yang menjadi aktiviti kaum ibu tidak menjadi haram, sebaliknya ia adalah aktiviti yang harus disemarakkan lagi sebagai mengisi keperluan-keperluan yang ada.

Untuk mengelakkan pertelingkahan dan fitnah kaum aktiviti berzanji kaum hawa diadakan dalam majlis-majlis yang dihadiri oleh kaum ibu juga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Aezza
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.09.2005
Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-07 03:41


terima kasih atas perkongsian ilmiah di atas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AezzaProfil   Hantar PM kepada Aezza   Pergi ke Aezza's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-07 10:08


Assalamualaikum

saya cadangkan saudara pastekan sekali sumber (orang yang memberi pandangan).
:oops:

[ Telah diedit oleh: muslimah_johor pada 21-10-07 10:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 21-10-07 10:23


Assalamualaikum...terima kasih dengan maklumat ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

ummusafiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-10-07 12:23


syukran jazilan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiyahProfil   Hantar PM kepada ummusafiyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097853 saat. Lajunya....