Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 29-03-2024 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | hukum perempuan meluruskan rambut walhal dia bertudung.. |
---|---|
limau_nipis |
Posting pada: 09-10-07 15:15
Kalau dah ada maaf ye..
saya nak tanya apakah hukumnya bagi seseorang perempuan meluruskan rambutnye..namun begitu perempuan berkenan bertudung dan tidak pernah mendedahkan auratnye (rambut).. adakah hukum baginye... |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 09-10-07 15:27
hukumnya HARAM....
krna...mgubh sesuatu yang asal...tak kira smda pakai tudung atau tak...hukumnya tetap sama...kcuali jika ada masyaqqah...( contohnya ada sebab yang mmbolehknnye)...kalau untuk mlawa...hkumnye HARAM...dulu aan ada juga bncg dengan sahabat-sahabat lain...bagaimana? kalau suami yang nak kita rmbut lurus??? em..dalam hal macam ni..kalau suami kita tu tau hukum hakam agama...dia takkan suruh kita luruskn rmbut sesuka hati...semata-mata ikut nfsu saja...insyaALLAH...kalau suami tu tau hukum hakam ..pandai beza halal haram...insyaALLAH,dia akan terima kita seadanya...insya ALLAH..WALLAHUA'LAM.. ----------------- UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA [ Telah diedit oleh: imtiyaz_lail86 pada 09-10-07 15:29 ] |
limau_nipis |
Posting pada: 09-10-07 15:31
Pada 09-10-07 15:27 , imtiyaz_lail86 posting:
!!! QUOTE !!! hukumnya HARAM.... terima kasih atas pendapat anda... |
masri2 |
Posting pada: 09-10-07 15:35
http://63.175.194.25/index.php?lain=eng&ds=qa&lv=browse&QR=1194&dengan=3
Question : I have seen that some people use materials to dye their hair different colours, be it black, red, etc., and also using something else to make curly hair straight. It is permissible to do such things, and does the ruling apply equally to young and old? Answer : Praise be to Allaah. There is nothing wrong with changing the hair colour and dyeing it any colour, except black. There is also nothing wrong with using something to make curly hair straight. This ruling applies to young and old alike, so long as no damage results from doing this and the material used is pure (taahir) and something that is allowed in Islam. However, dyeing the hair pure black is not allowed for men or women, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Change this grey hair, but avoid black." (Fataawa al- Lajnah al-Daa'imah, 5/16. Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 5/168 (www.islam-qa.com) |
limau_nipis |
Posting pada: 09-10-07 15:40
Pada 09-10-07 15:35 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! http://63.175.194.25/index.php?lain=eng&ds=qa&lv=browse&QR=1194&dengan=3 saya tak faham..maksud fataawa diatas..kita boleh warnakan rambut kitalah ye...kecuali dengan warna hitam..tpkan ada saya lihat sesetngah orang warnakan rambut ar janggut diaorng yang dah beruban dengan warna hitam...so apa pula hukumnya... maaf Kalau silap tafsir... |
kunciair |
Posting pada: 09-10-07 15:40
emm...rupanya macam tu...tapi npe ramai wanita suka berambut lurus yang dibuat sendiri tapi bukan yang asli..????
----------------- wanita hiasan dunia..adalah permata yang paling berharga bagi lelaki |
LinCikedot |
Posting pada: 09-10-07 15:41 |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 09-10-07 15:48
Pada 09-10-07 15:35 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! http://63.175.194.25/index.php?lain=eng&ds=qa&lv=browse&QR=1194&dengan=3 salam... yang dimksudkn selain hitam tu adalah dikhususkn kepada inai... mksudnye...boleh inai rambut dengan inai sahaja...bukan perwarna rmbut yang dijual d kedai dan pasaraya......hrb anta xslh faham...sebab dalam kitab dalalatul alfaz...mnerangkn secara ditir cara untuk mneragkn maksud...sekarang ia brkaitn fatwa...mluruskn rmbut diqiaskn dengan mewarnakn rmbut...sama dari segi hukumnya iaitu mngubh kejadian asal...WALLAHUA'LAM... ----------------- UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 09-10-07 15:51
Pada 09-10-07 15:31 , limau_nipis posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-10-07 15:27 , imtiyaz_lail86 posting: untuk PNGETAHUAN limau_nipis... INI bukan pendapat ANA...tapi ini lah hakikat sebenar hukum meluruskn rmbut...hrb jangan brsikap sambil lewa...sebenarnya...ana study dalam bidang fiqh dan fatwa...kmi kaji semua ni...ALHAMDULILLAH,apa yang ana tau...ana share bersama...insyaALLAH... ----------------- UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA |
masri2 |
Posting pada: 09-10-07 15:54
assalamualaikum wbt
halal warna selian warna hitam kerana ada dalil melarang dye rambut dengan warna hitam. untuk menyatakan hanya halal dengan inai, maka ia memerlukan dalil. so sebab xd dalil larang selain inai maka boleh. lainlah kalau bahan-bahan tu bernajis, halang air etc. http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/hukum-dye-warna-hitam/ Salam Apa beza mewarna rambut dan menginai rambut. Saya perna menegur seseorang bahawa mewarna rambut adalah haram tetapi dia jawab dia tak mewarna tetapi inai. jawapan: waâalaikumussalam Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zali dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah. Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulamaâ yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulamaâ yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :- Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda saw bersabda : غيِّروا هذا الشيب وجنِّبوه السواد âTukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitamâ . Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi saw bersabda : إنَّ اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم âSesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan merekaâ Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / الحناء merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (الكتم iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi saw : إن أحسن ما غيرتم به الشيب الحناء والكتم âsebaik-baik benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katamâ . Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA. |
masri2 |
Posting pada: 09-10-07 15:57
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/dye-rambut-kerana-tak-nak-sama-dengan-yahudi/
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/dye-rambut-dengan-warna-kekal/ http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/24/bolehkah-dye-rambut-dengan-warna-hitam/ http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/24/hukum-mewarna-rambut/ |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 09-10-07 15:57
Pada 09-10-07 15:40 , kunciair posting:
!!! QUOTE !!! emm...rupanya macam tu...tapi npe ramai wanita suka berambut lurus yang dibuat sendiri tapi bukan yang asli..???? biasa LATU...MNUSIA...tak pernah MNSYUKURI NKMAT PNJMN ILAHI...apa yang dianugerhkn tak nak dijaga...knonnye xcntik lah...tapi sebenarnya...apa ygALLAH buat tu tentu ada hkmhnye...hkmhnye???ALLAH jadikan mnusia...mslmn dan mslmt brlainn bentuk fizikal,warna kulit...dan macam-macam lagi...semuanya kerana...kalau ALLAH jadikan semua benda tu sama...contohnya semua brkulit putih saja...tentu tak nampak bezanya kan antara 1 SAMA LAIN...lagi 1...tjuan ALLAH mbezakn tiap makhluk ada yang putih,sawo matang...rmbut lurus,krinting...sebab itu semua yang ALLAH jadikan memang sesuai untuk tiap mnusia...sebab ALLAH dah jadikan tiap pandangan mnusia tu berbeza...contohnya...ada yang kata,kulit sawo xcntik...tapi ada pula yang kata kulit gelap cntik...ada yang suka pasangan berbdn besar...ada yang suka yang kurus...kadang-kadang kita sebagai hmba tak pernah fikir tentang hkmh...yang tau hnye nak ubah tanpa fikir dulu...WALLAHUA'LAM.. ----------------- UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 09-10-07 16:03
Pada 09-10-07 15:54 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! assalamualaikum wbt ----------------- UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA |
masri2 |
Posting pada: 09-10-07 16:06
Pada 09-10-07 16:03 , imtiyaz_lail86 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-10-07 15:54 , masri2 posting: salam, itu saudari kena tanya pada pakar bahan-bahan itu. ana bagi guideline umum, so kalau halang air sampai tak boleh bersuci, atau ada najis, maka hukumnya tak boleh. ana tak nak mentauh hukum selain inai tak boleh sebab ana takut ada bahan-bahan selain inai yang halal tapi ana tak tahu. takut2 nanti terfitnah semua penguasaha bahan perwarna rambut. so kita dah garis apnduan umum so gunakanlah garis panduan itu untuk semua bahan perwarna ----------------- http://www.islamqa.com/en http://lobaitampin.blogspot.com/ |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 09-10-07 16:20
Pada 09-10-07 16:06 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-10-07 16:03 , imtiyaz_lail86 posting: Apa pun...SYUKRAN JAZILAN...selepas ini ana nak kaij bahan yang selain inai...yela,macam anta cakap...kot2 lah memang ada yang halal...BAROKALLAHUFIK.. ----------------- UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA |
ibnu_musa |
Posting pada: 09-10-07 16:25
jangan terlalu cepat menjatuhkan hukum sesuatu itu haram.
mewarnakan rambut, hukum asalnya harus berdasarkan kaedah: al-aslu fil-asyya' al-ibahah hatta yadulla al-dalil `ala al-tahrim, setahu saya itu juga pendapat Dr. Yusuf al-Qaradawi, maybe pas ni saya cuba check balik. haram luruskan rambut tu dapat dari fatwa atau ijtihad imam mana ye? sila nyatakan. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| [ Telah diedit oleh: ibnu_musa pada 09-10-07 16:27 ] |
alea13 |
Posting pada: 10-10-07 03:53
Pada 09-10-07 16:20 , imtiyaz_lail86 posting:
!!! QUOTE !!!
enti tak tahu rupanya... dah tu Kenapa yakin sangat kata haram? pewarna rambut selain inai ada 3 jenis.. temporary, semi/ demi permanent dan permanent dye temporary dye - tidak meresap ke dalam rambut, hanya menyalut di bhg atas, without lightening effect (deposit only).. biasanya hilang dengan 1-6 kali cucian.. orang-orang yang berambut gelap (contohnya asian women) jrg sekali guna dye jenis ini, sebab tak membawa apa-apa perubahan pada warna rambut semi/ demi permanent dye - meresap ke dalam rambut dan merubah warna rambut, but without lightening effect (deposit only).. hilang dengan 6-24 kali cucian.. orang-orang yang berambut gelap jika guna dye jenis ini, perlu pilih warna yang lebih gelap daripada warna asal rambut, baru nampak kesannya permanent dye - meresap ke dalam rambut dan merubah warnanya, with lightening effect.. ini jenis pewarna yang biasa digunakan sebab warnanya kekal dan boleh mengubah warna rambut from dark to light selain tu bagi yang berambut gelap biasanya menggunakan kaedah bleaching sebelum mewarnakan rambut dengan warna lain.. bleach seperti yang anda tahu, adalah bahan peluntur.. ia meresap ke dalam rambut dan mengubah struktur kimia pigmen melanin yang berada dalam rambut kepada colorless substance.. warna2 daripada kumpulan blonde mempunyai kandungan peroxide (bahan peluntur) yang sangat tinggi and it can damage your hair, jika dilakukan dengan kerap selain tu bagi yang berambut gelap biasanya menggunakan kaedah bleaching sebelum mewarnakan rambut dengan warna lain.. bleach seperti yang anda tahu, adalah bahan peluntur.. ia meresap ke dalam rambut dan mengubah struktur kimia pigmen melanin yang berada dalam rambut kepada colorless substance.. warna2 daripada kumpulan blonde mempunyai kandungan peroxide (bahan peluntur) yang sangat tinggi and it can damage your hair, jika dilakukan dengan kerap.. disebabkan warna blonde diperoleh menggunakan bahan peluntur, maka tidak tepatlah dakwaan bahawa air tidak sampai ke rambut sebab kita tahu sifat meluntur adalah melunturkan sesuatu, bukan menyaluti lapisan luar untuk yang tidak tahu, inai sebenarnya menyaluti lapisan luar rambut anda.. bahan pewarna yang terdapat dalam inai (lawsone) masuk ke dalam keratin dan membentuk ikatan, menjadikannya kekal (permanent).. bagi sesiapa yang biasa menginai rambut pasti sedar, inai menjadikan helaian rambut mereka lebih tebal.. ini kerana inai menyebabkan build up pada lapisan luar rambut.. sebab tu juga rambut yang diwarnakan menggunakan inai sangat sukar untuk menerima chemical lain.. anda perlu membuang lapisan inai yang terdapat pada rambut terlebih dahulu sebelum menggunakan chemical lain seperti bahan pewarna atau bahan untuk mengerintingkan rambut, kerana lapisan inai menghalang bahan-bahan tadi daripada meresap ke dalam rambut.. henna removal is a very hard process, even hair bleach cannot remove henna from your hair jadi jika ada yang beri alasan pewarna kimia menghalang air daripada sampai ke rambut, ikut logiknya inai lah yang patut dulu diharamkan sebab ia duduk di lapisan atas rambut.. tapi seperti yang kita semua tahu, para Sahabat dahulu pun mewarnakan rambut mereka menggunakan inai, kan?? Allahu a'lam ----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 10-10-07 16:50 ] |
atie82 |
Posting pada: 10-10-07 09:29
Pada 09-10-07 15:15 , limau_nipis posting:
!!! QUOTE !!! Kalau dah ada maaf ye.. Ana tak nak sentuh dari segi hukum..tapi ana nak sentuh dari segi teori.. Hmmm,bagi ana meluruskan rambut tak kira lah guna teknik apa sekalipun...hasilnya memanglah ok..tapi tu just temporary saja..long term effect..rambut tu akan rosak...so baik tak payah buat..rambut original lagi cantik ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS.. |
Nuranys |
Posting pada: 16-10-07 14:32
salam...ana ni tak lah arif sangat dalam bidang fiqh..tapi cuma boleh kongsi dengan antum..masa ana belajar fiqh kat sekolah, ustaz ana cakap mewarna rambut adalah haram kecuali dengan menggunakan inai..sebab pewarna yang ada sekarang menghalang dr rambut tkena air.. hukum meluruskan rambut pula, ana tak berani nak kata haram atau boleh sebab banyak pendapat.. tapi kalau rambut tu menyerabutkan,nampak tak kemas,kusut, di bolehkan..sebab ISLAM itu pentingkan keindahan.. tapi dengan syarat rambut (aurat) perlu dijaga seperti yang telah disyariatkan..bukan niat untuk menunjuk2 dan bersaing...
apapn..kalau rasa syubhah, elokla ditinggalkan.. Wallahu'alam bissowab... |
masri2 |
Posting pada: 17-10-07 00:13
Pada 16-10-07 14:32 , Nuranys posting:
!!! QUOTE !!! salam...ana ni tak lah arif sangat dalam bidang fiqh..tapi cuma boleh kongsi dengan antum..masa ana belajar fiqh kat sekolah, ustaz ana cakap mewarna rambut adalah haram kecuali dengan menggunakan inai..sebab pewarna yang ada sekarang menghalang dr rambut tkena air.. hukum meluruskan rambut pula, ana tak berani nak kata haram atau boleh sebab banyak pendapat.. tapi kalau rambut tu menyerabutkan,nampak tak kemas,kusut, di bolehkan..sebab ISLAM itu pentingkan keindahan.. tapi dengan syarat rambut (aurat) perlu dijaga seperti yang telah disyariatkan..bukan niat untuk menunjuk2 dan bersaing... assalamualaikum wbt ustaz saudari sudah check ke semua produk perwarna rambut yang ada di dunia ini? ----------------- http://www.islamqa.com/en http://lobaitampin.blogspot.com/ |
Wuddah |
Posting pada: 17-10-07 10:15
Asslamualaikum...setahu ana pun macam tulah..haram mewrnakan rambut melainkan guna inai...produk yang ada kebanykkan mencurigakan...so lebih baik tidak menggunakannya...tentang meluruskan rambut tak pasti pula..
|
Anak_Pejuang |
Posting pada: 17-10-07 10:24
untuk apa mewarnakan rambut? Yang sunnahnya ditunjukkan adalah menggunakan inai, para sahabat juga mempraktikkan menggunakan inai. Boleh berikan dalil bahawa ada sahabat yang menggunakan selain inai?
Kemudian - apa tujuan untuk mewarnakan rambut? Para sahabat mewarnakan rambut ada tujuannya sebagai satu strategi di dalam peperangan - untuk menimbulkan rasa gerun di hati kafir quraisy (kita ketahui para sahabat yang mengikuti peperangan ada yang sudah tua) maka mereka melihat seolah-olah para sahabat muda-muda belia dengan rambut mereka yang berinai. Selain dari inai - apa tujuan pula mewarnakan? merah, hijau, oren? Meniru budaya barat? Atau mengikut agama lain? Atau atau atau? |
Nuranys |
Posting pada: 17-10-07 10:57
Pada 17-10-07 00:13 , masri2 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 16-10-07 14:32 , Nuranys posting: cuba tengok produk2 yang ada sekarang..ada ke yang cop "halal"..?? kalau ada pun itu sebab kandungan bahan yang digunakan.. tak ada bahan haram.. tapi cuba anti/anta guna pewarna tu? ia tetap akan halang air dr terkena rambut. ** ana setuju dengan anak_pejuang ----------------- |
Penama |
Posting pada: 17-10-07 11:46
Pada 09-10-07 15:51 , imtiyaz_lail86 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-10-07 15:31 , limau_nipis posting: TEKNIK REBONDING Soalan: Bolehkan saya meluruskan rambut dengan tujuan untuk kelihatan cantik didepan suami dan anak-anak tetapi saya akan mengenakan tudung apabila keluar rumah? Norfaezah Ahmad Jawapan: Islam tidak pernah melarang wanita berhias untuk suaminya. Paling penting, hiasan itu hendaklah sesuatu yang tidak menyanggahi syariat Islam. Contohnya, seorang wanita bertindik di hidung atau mata, mewarnakan rambut dengan sesuatu yang tidak diharuskan, memakai rambut palsu dan sebagainya. Ia tetap ditegah dan diharamkan dalam Islam. Oleh itu, mengenai masalah meluruskan rambut, ulama berbeza pendapat sama ada dibolehkan atau sebaliknya. Yang terbaik, tinggalkan perkara yang tidak dapat disepakatkan oleh ulama. Apa yang dibimbangi, ia termasuk perkara merubah kejadian asal yang dilarang dalam Islam. Terlalu banyak hadis-hadis sahih yang membahaskan tentang perbuatan wanita akhir zaman yang mengubah ciptaan asal seperti mewarna rambut dengan warna hitam, memakai rambut palsu, mencabut kening dan sebagainya. Semua ini tidak lain hanyalah semata-mata menyembunyikan apa yang zahir dan mempamerkan kecantikan. Oleh itu, kekalkan kejelitaan rambut kamu yang dianugerahkan oleh ALLAH tanpa meluruskannya. Perhiasan paling baik ialah ketakwaan kepada ALLAH dalam segala keadaan agar tidak terjerumus ke arah kemurkaan-NYA sama ada disedari ataupun tidak. Wallahu aâlam. ini adalah email yang diberi oleh tunang saya...insyaAllah saya akan tanya sumber rujukan dia dari mana.... disebabkan saudari telahpun mengesahkan tentang hukum meluruskan rambut adalah HARAM...saya berharap dapat saudari berikan satu dalil atau apa-apa untuk buktikan kesahihan hukum ini...sebab dah banyak pendapat ustaz2 yang saya dengar... dan kesemuanya memberi jawapan ulama2 masih bercanggah pendapat tentang hal ini.. harap dengan bukti tersebut ulama2 dapat mencapai kesepakatan.. |
Penama |
Posting pada: 17-10-07 11:57
posting sebelum ni tentang meluruskan rambut.. untuk posting ni saya ingin nyatakan sesuatu tentang mewarnakan rambut...
apa yang kita tahu tak salah untuk mewarnakan rambut dengan menggunakan inai tapi masa kini ramai yang tidak tahu apa itu inai... inai adalah pewarna yang diperolehi dari tumbuhan.. yang mana dengan dengan menggunakan daun inai itu sendiri proseb mewarna dilakukan... tapi sekarang wujud pula inai dalam kotak.. inai hitam..inai perang... dan inai dengan warna2 lain... ditulis dikotak ianya inai..tapi bacalah isi kandungan "inai" tersebut... malah selepas seorang rakan meminta saya menghitamkan rambutnya yang beruban.. dengan "inai" tersebut.. saya dapati rambutnya bertambah tebal selepas proses mewarna.. bukti yang agak jelas ia hanya melitupi rambut asal..bukan menyerap ke dalam kutikel rambut dan memberi warna kepada rambut... jadi berhati2lah dengan "inai" ini.... |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 17-10-07 12:15 |
Penama |
Posting pada: 17-10-07 12:17
saya dah tak ingat.. tapi ianya ada di mana-mana.. insyaAllah dalam sehari dua ni saya akan ke salon nak bawa adik gunting rambut.... saya akan salin jenama inai tersebut sebab seigt saya inai tu ada di salon ni
[ Telah diedit oleh: eniliana pada 17-10-07 12:18 ] |
hafeezzul |
Posting pada: 17-10-07 12:27
Pada 10-10-07 03:53 , alea13 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 09-10-07 16:20 , imtiyaz_lail86 posting: setahu saya para sahabat mewarnakan dan menginaikan rambut atas arahan dari Nabi untuk tujuan menyamar ketika berperang dan berjihad supaya dapat mengaburi pihak lawan....tapi untuk zaman ini mewarnakan rambut atas tujuan apa ye??berperang dengan kafit jugak ke nak tengok siapa paling lawa or paling hebat melaram?? |
sakinahazzahra |
Posting pada: 17-10-07 12:30
setahu saya kalau orang kafir, mereka mewarna rambut sebab nak cantik...orang kita pun macam tu juga agaknya..suka rambut hitam
----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 |
masri2 |
Posting pada: 17-10-07 13:41
assalamualaikum wbt
hukum asal setiap sesuatu yang dalam hal ehwal dunia ini ialah harus kecuali ada dalil mengharamkannya. dalil pengharaman mewarnakan dengan warna hitam ada. dan kita setuju bahawa jika bahan tersebut najis dan menghalang air maka ia tak boleh digunakan walaupun bukan warna hitam. Tapi untuk kita menghukum semua bahan selain inai sebagai xharus digunakan, kita patut tanya diri kita, kita dah check ke semua bahan2 perwarna rambut yang ada kat dalam dunia ini sampai kita pulak boleh cakap selain inai tak boleh guna. kita juga setuju jika warna yang digunakan ialah warna yang menyebabkan kita serupa dengan orang-orang kafir boleh jatuh haram sebab hadith nabi yang berbunyi 'sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia sbhgn daripada mereka". tapi adakah semua warna menyebabkan kita sama dengan org kafir. kalau warna hijau, biru tu memanglah nampak sangat gaya orang-orang fasiq dan kafir dr geng2 penyanyi barat2. kalau setakat warna perang2, itu bukan ciri-ciri org kafir,. maka tak boleh kita nak haramkan semberono sahaja. untuk menyatakan haram perlukan dalil. |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 17-10-07 19:09 !!! QUOTE !!! tapi adakah semua warna menyebabkan kita sama dengan org kafir. kalau warna hijau, biru tu memanglah nampak sangat gaya orang-orang fasiq dan kafir dr geng2 penyanyi barat2. Inilah masalahnya wahai masri2 - mana anda tahu warna hijau biru itu nampak gaya orang fasiq dan kafir? Dan bagaimana pula warna perang itu bukan ciri-ciri orang kafir? Bagi den baik toksah lah mewarnakan rambut dengan warna apa sekalipun - mencegah itu lebih baik dari merawati - al wiqoyah khairun minal 'ilaj - kecuali gunakan inai lebih selamat. Itupun kena lihat pada tujuannya. Kalau kes darurat itu dah lain pulak. |
zubaidah |
Posting pada: 17-10-07 21:21
salam.
bukankah inai tu menyeerap ke dalam rambut, bukannya menutup bahagian luar rambut. jadi, inai tu boleh lah. kebanyakan pewarna rambut sekarang ni tutup bahgian luar rambut. air wudhuk tak kena lah. |
encikfaizal |
Posting pada: 17-10-07 22:36
Pada 17-10-07 19:09 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
betul itu tak payah lah warna apa-apa,kalau dah bercanggah macam ini..jalan selamat ambil tak payah warna...senang cerita... |
ummusafiah |
Posting pada: 18-10-07 11:27
ni topik meluruskan rambut ke mewarnakan rambut
...kedua-duanya agaknya..layannnnnnn but..good info...buat pa nak luruskan rmbut..buat pa nak wrnakan rmbut...hitam itu menawan |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 18-10-07 11:31 |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 18-10-07 12:15 |
alea13 |
Posting pada: 18-10-07 14:47
Pada 16-10-07 14:32 , Nuranys posting:
!!! QUOTE !!! ustaz ana cakap mewarna rambut adalah haram kecuali dengan menggunakan inai..sebab pewarna yang ada sekarang menghalang dr rambut tkena air.. penat ana taip panjang2, saudari tak bacakah? pewarna yang ada di pasaran tidak menghalang air daripada terkena rambut, unless di depan kotak pewarna tersebut tertulis perkataan "Water Proof" (kalis air) ataupun temporary dye (hilang dengan 1-6 kali cucian syampu).. the only downside is, it will damage your hair if done frequently Allah beri kita akal, so rajin2 lah kaji sedikit sebelum mengatakan itu haram, ini halal... kalau tak pasti, berdiam diri lebih baik ----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 18-10-07 15:21 ] |
alea13 |
Posting pada: 18-10-07 14:54
Pada 17-10-07 11:57 , eniliana posting:
!!! QUOTE !!! posting sebelum ni tentang meluruskan rambut.. untuk posting ni saya ingin nyatakan sesuatu tentang mewarnakan rambut... untuk pengetahuan enilia, semua jenis inai - sama ada 100% henna atau dah dicampur dengan bahan kimia yang lain - memang menebalkan lapisan rambut disebabkan sifat semulajadi inai itu sendiri yang meninggalkan lapisan yang menyaluti bhg luar rambut.. bukan disebabkan oleh chemicals yang dicampurkan.. berhati-hati dengan inai yang dicampur dengan bahan kimia sebab ia boleh merosakkan rambut.. sebaik-baik nya gunakan inai yang asli (100% henna) ataupun campuran daripada tumbuh-tumbuhan (100% herbal/ botannical) btw, mewarnakan uban dengan warna hitam hukumnya haram, sebab memang ada hadith yang melarang mewarnakan rambut dengan warna tersebut ----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 18-10-07 15:20 ] |
alea13 |
Posting pada: 18-10-07 15:26
Pada 17-10-07 19:09 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
org Islam tak ada yang rambut semulajadi warna perang kah, hingga nak dikaitkan dengan ciri-ciri org kafir? takkan semua org Islam kat dunia ni rambut hitam saja agaknya? mewarnakan rambut dengan warna hijau, biru, merah etc memang budaya org kafir.. warna2 tersebut biasa digunakan untuk hari2 seperti halloween etc, ataupun untuk berparti dan berpesta ----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 18-10-07 15:27 ] |
Penama |
Posting pada: 18-10-07 15:38
Pada 18-10-07 14:54 , alea13 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 17-10-07 11:57 , eniliana posting: kalau macam tu... tak boleh lah guna inai untuk mewarna rambut.. sebab ia menutup rambut... -bagai mana pula dengan chemicals yang digunakan untuk meluruskan rambut??? -dan macam mana henna kotak yang dijual boleh ada pelbagai variasi warna sedangkan pokok inai bukannya ada kaler2?? hehe... [ Telah diedit oleh: eniliana pada 18-10-07 15:44 ] |
Penama |
Posting pada: 21-10-07 00:06
alea13? kelihatannya saudari berpengatahuan tentang bahan2 yang berkaitan rambut ni...boleh jawabkan beberapa soalan di atas?
kita dah banyak baca ulasan tentang pandangan dan hukum dari segi agama.. kali ni eni berminat nak dengar penjelasan berhubung bahan2 aktif kimia yang digunakan pula... |
tengku_anis |
Posting pada: 21-10-07 03:34
...
Kenapa kebanyakan pendapat dilontarkan tanpa dalil?? pendapat diri sendiri? atau dengar2? Saya bukan pakar dalam bidang ni tapi saya lebih suka jika kita berbicara mengenai hukum dengan rujukan. Rujukan kitab atau ulama'. Dalam berforum ni, lebih baik kita membaca secara keseluruhan sebelum ingin memberi pendapat. Jika tidak nampak bercelaru dengan pendapat sama walaupun pendapat itu mungkin telah di'counter'... berforum kan ada adabnya juga.. buka begitu? |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 21-10-07 17:01
BERHATI-HATI MENGGUNAKAN PEWARNA RAMBUT
(BILANGAN 218) (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu âalaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda) Di akhir-akhir ini ramai para remaja dan belia kita yang mewarnakan rambut mereka dengan warna yang bermacam-macam sehingga menjadi satu trend atau gaya terbaru. Apakah trend atau gaya mewarna rambut sebegini dibolehkan dalam syaraâ atau pun sebaliknya? Jika sekiranya dibolehkan, apakah garis panduan yang ditetapkan oleh syaraâ mengenainya? Bolehkah Mewarna Rambut? Mewarna rambut yang beruban dengan warna kuning atau merah adalah sunat bagi lelaki dan perempuan. Begitu juga janggut yang beruban. (Al-Majmuâ: 1/360-362). Abu Hurairah radhiallahu âanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu âalaihi wasallam bersabda: Maksudnya: âSesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarna (rambut dan janggut mereka yang beruban, oleh kerana itu) kamu buatlah kelainan daripada mereka (dengan mewarna rambut dan janggut kamu yang beruban).â (Hadis riwayat al-Bukhari) Adapun rambut yang tidak beruban adalah sayugianya dikekalkan atau dibiarkan sebagaimana asalnya tanpa perlu diwarnakan kecuali jika ada sesuatu hajat untuk mewarnakannya seperti untuk tujuan perubatan. Mewarna Rambut Dengan Warna Hitam Bagaimanapun, mewarna rambut dengan warna hitam sama ada bagi lelaki atau perempuan adalah diharamkan. Daripada Jabir radhiallahu âanhu katanya: Maksudnya: âPada hari penaklukkan Mekkah, Abu Quhafah dibawa ke hadapan Rasulullah shallallahu âalaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya yang berwarna putih seperti tsaqhamah (sejenis tumbuhan yang bunga dan buahnya berwarna putih). Maka Baginda bersabda: âTukarlah ini (rambut dan janggut) dengan sesuatu (yang lain), tetapi jauhilah (dari menggunakan) warna hitamâ. (Hadis riwayat Muslim) Ibnu âAbbas radhiallahu âanhuma pula meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu âalaihi wasallam bersabda: Maksudnya: âDi akhir zaman akan banyak kaum yang mewarna rambut dengan warna hitam seperti dada burung merpati, mereka itu tidak akan dapat mencium bau syurgaâ. (Hadis riwayat Abu Daud) Berdasarkan dua hadis yang tersebut di atas, maka adalah haram mewarna rambut dengan warna hitam bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun diberi kelonggaran bagi orang yang keluar berjihad menggunakan warna hitam sekiranya ia bertujuan untuk menakutkan musuh. Begitu juga diberi kelonggaran kepada wanita yang bersuami menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suaminya. (Al-Majmuâ: 1/360-362 dan Bughyah al-Mustarsyidin: 78) Pewarna Rambut Yang Terdapat Di Pasaran Pewarna rambut yang terdapat di pasaran sewajarnya tidak digunakan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna tersebut mempunyai cap perkataan HALAL oleh negara pengeluar. Setakat manakah keharusan menggunakan bahan pewarna tersebut dan apakah ia tidak menghalang sampainya air ketika mengangkat hadas kecil dan besar, perkara tersebut tidak dapat dipastikan dengan yakin. Oleh kerana itu, hendaklah berhati-hati dalam menggunakannya. Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhuâ). Ini bererti air yang bersih wajib sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhuâ. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tiadalah sah mandi hadas dan wudhuâ itu. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhuânya itu tidak terangkat. Dari itu, sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut (menghalang air sampai ke rambut) adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat. Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air dari sampai ke bahagian yang wajib dibasuh. Meniru Trend Dan Gaya Orang Bukan Islam Perbuatan mewarna rambut kerana meniru trend dan gaya penampilan orang-orang bukan Islam adalah tidak bersesuaian dengan prinsip akhlak agama Islam, sebagaimana yang kita lihat akhir-akhir ini ianya menjadi ikutan di kalangan anak-anak remaja bahkan belia-belia Islam zaman sekarang. Meniru trend atau gaya orang bukan Islam adalah dilarang kerana perbuatan tersebut akan menjadikannya tergolong dalam kumpulan tersebut. Rasulullah shallallahu âalaihi wasalam ada bersabda: Maksudnya: âSesiapa yang menyerupai/meniru sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan merekaâ (Hadis riwayat Abu Daud) Menurut Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah menyerupai mereka (orang yang bukan Islam) dari sudut penampilan zahiriyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ianya juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggap kelakuan orang bukan Islam itu satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukan kelakuan orang bukan Islam itu. Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi satu kebiasaan kepada dirinya. Jika ini berlaku akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu. Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang bukan Islam itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa bertujuan meniru perbuatan mereka itu demi menjaga iman dan akidah umat Islam daripada terjerumus ke arah perkara yang boleh membawa kepada kekufurran.Walâiyadzubillah. Kesimpulannya mewarna uban yang tedapat di kepala adalah sunat sama ada bagi lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan pula ialah kuning atau merah bukan warna hitam. Walau bagaimanapun harus mewarnakan uban itu dengan warna hitam sekiranya ianya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad. Begitu juga, perempuan diberi kelonggaran menggunakan warna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya dengan syarat ada izin daripada suami itu. Tanda atau logo HALAL yang dicap pada pewarna rambut yang terdapat di pasaran bukanlah suatu jaminan bahawa pewarna rambut itu tidak akan menghalang air sampai ke rambut sekalipun ia suci. Oleh itu, adalah lebih selamat tidak menggunakannya atau dipastikan terlebih dahulu dengan yakin agar kita terhindar dari perkara yang syubhah atau yang samar-samar demi memelihara kesucian agama, sesuai dengan sabda Nabi shallallahu âalaihi wasallam: Maksudnya: âSesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh badan, ketahuilah ia adalah hati.â (Hadis riwayat Muslim) Pewarna yang jelas selamat lagi harus ialah seumpama âinaiâ. Sumber ambilan : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2006/ic4_2006.htm !!! QUOTE !!! org Islam tak ada yang rambut semulajadi warna perang kah, hingga nak dikaitkan dengan ciri-ciri org kafir? takkan semua org Islam kat dunia ni rambut hitam saja agaknya? Saya beritahu kepada anda : berhati-hati DALAM MENGELUARKAN HUKUM JIKA ANDA BUKAN AHLINYA - mudah-mudah mengatakan itu adalah budaya kafir. Banyak perkara yang perlu anda selidiki - seolah-olah anda ini sudah menjelajahi seluruh pelusuk dunia gayanya. Ini belum masuk persoalan perkara lain contohnya memakai tie atau bow adakah dibolehkan atau tidak dan apakah ia tidak meniru budaya kafir? Jika tidak tahu katakan sahaja AKU TIDAK TAHU [ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 21-10-07 17:04 ] |
alea13 |
Posting pada: 22-10-07 01:50
Pada 21-10-07 17:01 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
alhamdulillah ana berpeluang bergaul rapat dengan umat Islam dan non-Muslim daripada seluruh pelosok dunia selama 6 tahun berada di perantauan.. dah berpeluang juga merasa payah peritnya menjadi golongan minoriti di tengah-tengah kelompok masyarakat kristian, berdepan dengan prejudis mereka etc.. therefore i know exactly what i'm talking about perihal mewarnakan rambut & meniru gaya org kafir adalah 2 hukum yang berlainan.. takkan itu pun tak boleh beza ----------------- |
alea13 |
Posting pada: 22-10-07 01:54
Pada 18-10-07 15:38 , eniliana posting:
!!! QUOTE !!!
insya Allah ana akan jawab nanti soalan2 ni bila ada kelapangan, sebab ana tak dapat online lama2 buat masa ni but if you have time, boleh masuk ke website http://www.hennaforhair.com ----------------- |
Penama |
Posting pada: 22-10-07 10:10
terima kasih kak alea13.. (boleh panggil kak?)
something that people should read to know... very good info |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 22-10-07 10:51 !!! QUOTE !!! alhamdulillah ana berpeluang bergaul rapat dengan umat Islam dan non-Muslim daripada seluruh pelosok dunia selama 6 tahun berada di perantauan.. dah berpeluang juga merasa payah peritnya menjadi golongan minoriti di tengah-tengah kelompok masyarakat kristian, berdepan dengan prejudis mereka etc.. therefore i know exactly what i'm talking about saya bersangka baik dengan anda. Tentu juga anda pernah bercampur gaul dengan aborigins di seluruh pelusuk malaysia. Jika anda katakan seluruh pelusuk dunia, bermaksud setiap inci di dunia ini anda pernah jejaki dan kenali setiap sesuatu termasuk di kutub utara dan selatan. !!! QUOTE !!! perihal mewarnakan rambut & meniru gaya org kafir adalah 2 hukum yang berlainan.. takkan itu pun tak boleh beza , anda kena faham apabila dikatakan mewarnakan dengan tujuan meniru, dan memakai dengan tujuan meniru. Pokok persoalannya adalah MENIRU, MENYERUPAI. Itu sudah dibahaskan. Jika memang rambutnya merah, kuning, perang sejak dari lahir ataupun berubah atas sebab faktor semulajadi itu tiada siapa pun nak bangkang. Ada satu kaedah di dalam feqah - al umuru bimaqosidiha. Setiap sesuatu itu dilihat kepada tujuannya. Dan banyak lagi kaedah fiqhiyyah yang perlu dilihat sebelum mengistinbatkan hukum. Di dalam meniru adat jahiliyyah atau kaum tertentu, agama tertentu ada hukumnya. Itulah sebabnya - saya mempersoalkan, adakah anda sudah duduk diam di seluruh dunia dan lihat semua sekali rambut manusia tanpa kecuali? (anda perlu faham apa erti seluruh dunia) Di dalam mengeluarkan hukum tak boleh sembarangan. [ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 22-10-07 10:56 ] |
alea13 |
Posting pada: 22-10-07 18:26
salam...
berbalik pada persoalan eniliana: !!! QUOTE !!! kalau macam tu... tak boleh lah guna inai untuk mewarna rambut.. sebab ia menutup rambut... para Sahabat dahulu mewarnakan rambut mereka menggunakan inai, namun Rasulullah SAW tidak pernah melarang perlakuan tersebut.. justeru tidak timbul masalah menggunakan inai sebagai bahan pewarna.. bahkan dalam satu hadith Rasulullah SAW menyebutkan, sebaik-baik pewarna adalah inai dan katam.. !!! QUOTE !!! bagai mana pula dengan chemicals yang digunakan untuk meluruskan rambut??? proses meluruskan rambut (hair relaxing) sama seperti proses mengerintingkan rambut.. kedua2 nya menggunakan bahan kimia yang masuk ke lapisan dalam rambut (bergantung kepada jenis perm yang digunakan, sama ada alkaline perm atau acid perm) memecahkan ikatan kimia di dlmnya, dan membentuk semula struktur rambut; sama ada dibiarkan lurus untuk hair relaxing, ataupun menggunakan perm rod untuk mengerintingkan rambut this is a very harsh process dan boleh merosakkan rambut jika dilakukan dengan kerap untuk maklumat lanjut tentang bahan kimia yang digunakan and how it works, boleh baca di sini: Ammonium Thioglycolate !!! QUOTE !!! dan macam mana henna kotak yang dijual boleh ada pelbagai variasi warna sedangkan pokok inai bukannya ada kaler2?? inai yang dijual di pasaran secara umumnya boleh dibahagikan kepada 3 jenis: 1. pure henna seperti juga namanya, inai asli bermaksud 100% inai tanpa dicampurkan dengan bahan-bahan lain.. inai asli hanya wujud dalam bentuk asalnya (daun inai) ataupun dalam bentuk serbuk inai asli hanya memberikan warna oren-merah.. intensity of the color bergantung kepada jenis inai yang digunakan, sesetengahnya lebih intense daripada sesetengah yang lain 2. herbal henna juga disebut sebagai 100% herbal atau 100% botannical.. 100% herbal bermaksud inai yang dicampurkan dengan tumbuh-tumbuhan lain, bertujuan memberikan kepelbagaian kepada warna inai ataupun untuk merawat rambut yang rosak (bergantung pada tujuan menginai) inai jenis ini wujud dalam bentuk serbuk dan warna yang dihasilkan adalah pelbagai (boleh jadi merah, coklat etc) selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan kimia dan berasal 100% daripada tumbuh-tumbuhan 3. compound henna compound henna adalah inai yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan kimia untuk menghasilkan kepelbagaian warna.. inai jenis ini sangat banyak terdapat di pasaran ia wujud dalam bentuk serbuk, cecair ataupun gel metallic salt yang terdapat dalam compound henna memberikan tindakbalas negatif kepada chemical dye atau chemical perm.. justeru rambut yang pernah menggunakan pewarna kimia, dikerintingkan atau diluruskan secara kimia tidak boleh menggunakan inai jenis ini kerana boleh merosakkan struktur rambut hanya jenis 1 dan 2 yang selamat digunakan kerana 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk yang berambut kerinting, penggunaan inai yang kerap membantu untuk meluruskan atau mengurangkan curl (kerinting) pada rambut dan menjadikannya lebih mudah diurus.. inai juga dapat mengurangkan dan mengawal kelemumur pada rambut.. provided that inai yang digunakan adalah inai asli ataupun 100% herbal wallahu a'lam ----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 22-10-07 18:37 ] |
alea13 |
Posting pada: 22-10-07 18:29
Pada 22-10-07 10:10 , eniliana posting:
!!! QUOTE !!! terima kasih kak alea13.. (boleh panggil kak?) sure you can ----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 22-10-07 18:32 ] |
alea13 |
Posting pada: 22-10-07 18:58
Pada 22-10-07 10:51 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
anda dah mencampuradukkan pelbagai persoalan di sini, sdgkan perbincangan asal adalah tentang hukum meluruskan dan mewarnakan rambut persoalannya mudah saja.. adakah manusia yang dilahirkan secara semulajadi dengan rambut berwarna hijau, kuning atau biru? jika tidak ada, bermakna perlakuan mewarnakan rambut dengan warna2 tersebut pastilah meniru perlakuan sesuatu golongan.. persoalannya, golongan mana yang ditiru? apa pula tujuan meniru perlakuan tersebut? benda-benda macam ni tak perlu pergi ke seluruh pelosok dunia untuk tahu.. cuba rajin2 kan diri sikit menambahkan pengetahuan dalam bidang biologi atau genetik kenyataan perlu melihat rambut manusia di seluruh dunia (in literal sense) sebelum mengeluarkan hukum juga tidak relevan dan tidak masuk akal.. adakah terdapat mana-mana fuqaha' daripada zaman dahulu dan sekarang yang telah habis mengembara ke seluruh dunia, sebelum mengistinbat sesuatu hukum? tambahan lagi, ana bukan memfatwakan hukum sendiri, tetapi hanya mengulang semula hukum yang telah dinyatakan oleh ulama' lain ----------------- [ Telah diedit oleh: alea13 pada 22-10-07 19:43 ] |
Penama |
Posting pada: 22-10-07 18:58
waahhh... baru lah tau tentang ni... selama ni ingat kan kalau inai tu dah berwarna warni.. dah bukan kira inai dah...
good info.... dari sini ramai yang boleh faham apa komponen2 sebenar dan jenis2 inai ni.. dan juga apa sebenarnya material yang digunapakai untuk dandanan rambut ..ex:luruskan ke kerinting ke bila kita tahu macam ni.. mudah lah kita nak menerangkan kepada sesiapa yang bertanya...other than just say no without knowing anything.. terima kasih a lot kak alea13.. hehehe.. ilmu juga ni... |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 22-10-07 21:30 !!! QUOTE !!! kenyataan perlu melihat rambut manusia di seluruh dunia (in literal sense) sebelum mengeluarkan hukum juga tidak relevan dan tidak masuk akal.. adakah terdapat mana-mana fuqaha' daripada zaman dahulu dan sekarang yang telah habis mengembara ke seluruh dunia, sebelum mengistinbat sesuatu hukum? ye, di dalam mengeluarkan hukum mereka tidak mengembara ke seluruh dunia. Dan mereka akan bertanya kepada yang pakar mengenainya. Dan mereka juga tidak memandai2 di dalam mengeluarkan hukum. Banyak perkara yang difikirkan sebab itu hukumnya tidak termaktub sahaja kepada haram. Saya masih berada pada tajuk yang diberi - iaitu mengenai persoalan mewarnakan rambut. Dan tidak beralih lagi kepada tajuk lain. pernyataan saya di bawah ini : !!! QUOTE !!! mana anda tahu warna hijau biru itu nampak gaya orang fasiq dan kafir? Dan bagaimana pula warna perang itu bukan ciri-ciri orang kafir? dan ini bagaimana anda menjawab : !!! QUOTE !!! org Islam tak ada yang rambut semulajadi warna perang kah, hingga nak dikaitkan dengan ciri-ciri org kafir? takkan semua org Islam kat dunia ni rambut hitam saja agaknya? Pendapat saya telah dijelaskan dan ini tambahan saya lagi - ada juga orang yang mewarnakan rambutnya berwarna perang dengan tujuan meniru orang kafir. Saya tidak menidakkan bahawa ada manusia yang mempunyai rambut keperangan. Apapun terima kasih di atas info mengenai inai tersebut. |
ibnu_musa |
Posting pada: 23-10-07 22:34
Pada 21-10-07 17:01 , Anak_Pejuang posting:
!!! QUOTE !!!
saya kembalikan nasihat ini kepada semua, saya, sahabat2 termasuk tuan punya posting: berhati-hati dalam menjatuhkan hukum, dan jangan jatuhkan hukum jika tidak tahu. rujuklah apa kata-kata ulama' dalam soal ini, dan jika didapati ada khilaf maka sila berlapang dada. jangan sampai mengharamkan apa yang halal dalam Islam, juga sebaliknya, hukum asal sesuatu adalah harus selagi tiada dalil mengharamkannya, jadi jika nak sabitkan sesuatu itu haram sila kemukakan dalil atau ijtihad ulama'. wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Anak_Pejuang |
Posting pada: 23-10-07 22:37 |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 26-10-07 11:23
Pada 17-10-07 22:36 , encikfaizal posting:
!!! QUOTE !!! Pada 17-10-07 19:09 , Anak_Pejuang posting: betul..ana sokong...cma nak tambah sikit...Islam bukan agama yang mngongkong...cma yang kita tkankn kyt sini...tak kira lah,mwrnakn tu tengok pada niat kita...kalau ada sebab munasabah seperti mngelakkn darurat,dibolehkn...WALLAHUA'LAM ----------------- UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |