Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 172
Ahli: 0
Jumlah: 172




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 10 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: Nuzul al-Quran buka era ketamadunan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» Nuzul al-Quran buka era ketamadunan

Please Mendaftar To Post


Oleh Nuzul al-Quran buka era ketamadunan

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-09-07 13:52


APABILA kita menyebutkan bulan Ramadan, ia sentiasa dikaitkan dengan peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peristiwa nuzul al-Quran. Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.

Melalui sejarah penurunannya yang berlaku ribuan tahun yang lalu kepada Nabi besar Muhammad s.a.w. telah mencatatkan bahawa ia diturunkan pada malam 17 Ramadan yang menampilkan ayat Iqra’ sebagai pembuka wahyu. Penurunannya telah mula membuka satu lembaran baru dalam era kehidupan dan ketamadunan manusia di alam ini khususnya di tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Bermula dari kehidupan yang serba mencabar emosi, penindasan, penghambaan dan kepercayaan animisme yang mewarnai sosio-budaya dan siasah tanah Arab pada waktu itu.

Mereka tidak melepaskan peluang yang ada sebaliknya terus menerima al-Quran sebagai arah panduan hidup mereka dan berusaha membuat sesuatu dengan baik dan lebih baik dari yang sebelumnya.

Banyak contoh yang boleh kita baca daripada tulisan tangan para ulama dan pengkaji sejarah Islam seperti kejayaan Abdul Rahman bin Auf .a. yang akhirnya bergelar jutawan hasil kegigihannya mengikut petunjuk al-Quran iaitu berusaha dengan tekun, rajin, jujur dan ikhlas.

Penurunan al-Quran sebenarnya telah memberi nilai tambah dan membina kualiti hidup yang tidak pernah dirasai oleh umat manusia sebelum ini. Nilai-nilai akhlak al-Quran yang dipelopori oleh Baginda Nabi s.a.w. menjadikan kualiti manusia lebih bernilai dan berharga.

Kehebatan yang dikurniakan ini telah membangkitkan semangat ingin berusaha untuk merealisasikan ajaran al-Quran.

Semua ini dilakukan kerana roh al-Quran berada di dalam jiwa menjadikan hidup mereka sentiasa berkembang dan pemikiran mereka merentasi zaman.

Mereka telah mencuba dan mengkaji pelbagai ilmu alam dan kehidupan seperti mencipta ilmu hisab atau al-jibra, ilmu falak, ilmu perubatan, ilmu psikologi, mengkaji tumbuhan, mengkaji alam binatang, mengkaji bahasa pertuturan dan pelbagai cabang ilmu yang lain.

Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Khuwarizmi, al-Khindi dan lain-lain adalah nama-nama besar dalam sejarah kecemerlangan umat Islam.

Hari ini, sebagai umat Islam yang mendukung Wawasan al-Quran, kita bukan hanya setakat merayakan Nuzul al-Quran dengan cuti umum sahaja. Kita seharusnya menyedari bahawa penurunan al-Quran sebenarnya telah membawa dimensi baru dalam melahirkan umat yang cemerlang seperti di masa lalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-09-07 17:32


Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Khuwarizmi, al-Khindi rajin membuat penyelidikan al-quran . kita sepatutnya membuat penyelidikan al-quran setiap masa... tak kira siapa kita... amalkan budaya ilmu al-quran...

ya ..... abdul rahman bin auf. ra seorang hartawan. tetapi beliau infaq sebahagian hartanya pada jalan Allah. s.w.t. bila dia tahu. jika ada yang bercita-cita jadi jutawan. jadilah seperti beliau. jangan jadi seperti qarun.

tak lupa juga.. rasulullah kekasih Allah s.w.t.... tak pula dijadikan hartawan ataupun jutawan. kerana baginda tahu nilai dunia adalah sekelumit...baginda pun tidur menggunakan bantal kulit pohon tamar yang diisikan dengan kulit binatang... itu kekasih Allah... kita?

marilah sama-sama kita mengkaji Alquran dan Hadith. jangan leka dengan rancangan tv. wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.244245 saat. Lajunya....