Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 13 jam, 3 minit yang lalu
qaulah_atrah: 9 hari yang lalu
muaz9768: 12 hari yang lalu
Rashdin: 18 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Betul ke berguru dengan buku = berguru dengan syaiton???


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Betul ke berguru dengan buku = berguru dengan syaiton???

Please Mendaftar To Post


Oleh Betul ke berguru dengan buku = berguru dengan syaiton???

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-07 07:47


Assalamualaikum!

Nak dapat pandangan ustaz/ustazah/ilmuan di dalam al-ahkam,
Ada kah lebih afdal/di galakkan/sunat/wajib etc untuk berdepan
yakni berguru dalam mengaji ilmu2 islam, tidak dengan hanya membaca semata-mata.


Maqam 3

Post subject: Re: SU - 00094 : MENUNTUT ILMU DI ALAM SIBER

--------------------------------------------------------------------------------


Terima kasih dengan soalan sdr. Soalan seperti ini pernah dijawab oleh al-Fadhil Ustaz Pendekar kita dengan baik sekali. Oleh itu, lebih baik kiranya saya hanya melampirkan jawapan Ustaz Pendekar disini. WA.



-------------

Soalan

Assalamualaikum

Ana ada sedikit kemusykilan…

Sahihkah pendapat yang mengatakan… “berguru dengan buku/kitab itu sama dengan berguru dengan SYAITAN” ?……atau ia adalah hadis…? WA


Jawapan

“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “. Ini di antara kata-kata yang sering kita dengar .

Marilah kita meneliti kata-kata ini dengan mengikuti perbahasan mengenainya sebagai mana berikut :


{ 1 } ~ AKAL VS KATA-KATA INI :

Kalaulah benar kata-kata “ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “ , adakah ini bermakna : “ Setiap guru adalah ma’asum ( suci daripada dosa-dosa ) laksana Para Malaikat a.s dan Para Anbiya’ a.s “ ??? .

Dan adakah kata-kata ini juga membawa makna : “ Sesiapa sahaja yang belajar secara berguru maka ilmunya dijamin betul dan tepat dengan kehendak Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w ? “ .

Jawapan yang pasti ditemui oleh kita semua terhadap soalan-soalan itu ialah : SUDAH TENTU TIDAK !!! .


{ 2 } ~ daripada MANAKAH SUMBER KATA-KATA INI ? :

Yang pasti ianya bukanlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan bukan juga berasal daripada Para Sahabat .a .

Para Ulama’ rh yang muktabar ( yang boleh dijadikan panduan umat ) mempunyai berbagai pendapat mengenai daripada manakah datangnya kata-kata di atas dan mereka mencari-cari daripada manakah sumbernya kata-kata :


من لا شيخ له فالشيطان شيخه


“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “

* Kata-kata ini terdapat di dalam Kitab “ Haq at-Toriqoh “ dan “ Syarh Usul Tahqiq “ ~ Tetapi tidak dinyatakan pula daripada manakah asal-usulnya kata-kata itu .

* Kata-kata itu juga tidak dimasukkan ke dalam kitab-kitab hadist yang terkenal seperti “ Sunan Sittah “ , “ Mausu’ah Atrofil Hadist “ , “ Al-Jamie’ al-Kabir Lis Suyuthi “ , “ Al-Mu’ujam al-Mufahras Li Alfazil Hadis an-Nabawi “ , “ Miftah Kunuz as-Sunnah “ dan selainnya .

* Asy-Syeikh Mahmud ‘Abdul Rauf al-Qasim menyatakan di dalam kitabnya “ Al-Kasyfu ‘An Haqiqah as-Sufiyyah Li Awwal Marrah Fit Tarikh “ menyatakan bahawa kata-kata itu dan yang seumpama dengannya adalah berasal daripada tokoh-tokoh Tasawwuf , di antaranya :

{ a } ~ Al-Imam as-Saiyid Ahmad ar-Rifai’e ( rh ) .

{ b } ~ Al-Imam Abu Yazid al-Bustomi ( rh ) .

{ c } ~ Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali ( rh ) .


{ 3 } ~ SIKAP KITA TERHADAP KATA-KATA INI :

Kata-kata manusia biasa ( selain Baginda Rasulullah s.a.w ) sudah tentulah boleh diterima dan boleh ditolak , dan inilah merupakan satu kata-kata hikmah yang pernah diucapkan oleh Al-Imam Malik rh , Imam Negeri Hijrah ( Al-Madinah al-Munawwarah ) satu ketika dahulu .

Diterima kata-kata itu apabila bersesuaian dan tepat dengan ajaran Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sahihah , dan ditolak sesuatu teori , kata-kata dan pendapat apabila bertentangan dengan kedua-dua sumber tertinggi perundangan dan ilmu umat Islam itu .

Begitu juga , sesuatu kata-kata dan pandangan itu sudah tentu boleh diterima apabila dihuraikan ( disyarahkan ) bersesuaian dengan kehendak syariat Islam itu sendiri , dan ia akan ditolak dan dilempar jauh-jauh apabila dihuraikan dengan cara yang bertentangan dengan kehendak agama Islam itu sendiri .

Demikianlah juga sikap kita terhadap kata-kata : “ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan ”.

Namun, Tidaklah kita menolak sesuatu kata-kata itu secara totok ataupun semberono apabila ia tidak bersumber daripada Baginda Rasulullah s.a.w , kerana masih banyak lagi kata-kata para cendekiawan yang kita terima kerana mengandungi hikmah dan ilmu pengetahuan .


Bilakah sesuatu ilmu itu perlu dituntut secara berguru ? :

1 – Bagi mereka yang berada di peringkat asas dan menengah . Dimulakan dengan mempelajari muqaddimah ( pendahuluan ) yang berkaitan dengan sesuatu ilmu yang bakal dipelajari . Di masa ini jugalah para pelajar dikenalkan dengan berbagai istilah agar mudah mereka mempelajari secara mendalam mengenai sesuatu ilmu itu apabila mereka belajar di peringkat tinggi .

2 – Bagi kanak-kanak ataupun orang-orang yang baru diperkenalkan sesuatu ilmu , sudah tentulah di saat ini mereka perlu kepada si guru ataupun pembimbing . Seperti belajar ABC dan belajar cara sembahyang .


Bilakah sesuatu ilmu itu boleh didapati tanpa perlu secara berguru ? :

1- Bagi mereka yang telah mempunyai asas-asas ilmu yang kukuh dan kuat .

2 – Bagi mereka yang berada di peringkat tinggi , mereka boleh membaca mana-mana buku pengajian yang telah pun mereka pelajari asas-asasnya sebelum ini dengan kemas-kukuh . Guru-guru ( tuan-tuan guru , para pensyarah ) hanyalah menjadi sumber rujukan apabila para pelajar peringkat ini mendapati beberapa masalah yang sukar difahami ataupun apabila mereka memerlukan huraian yang panjang lebar terhadap isi sesuatu buku .


Kebaikan Berguru Secara Langsung :

1 – Mudah dan cepat memahami sesuatu topik .

2 – Boleh dilakukan soal-jawab secara bertubi-tubi secara langsung tapa perlu menunggu lama .

3 – Si Guru yang mahir sudah tentu boleh memperbandingkan isi sesuatu kitab / buku yang di baca oleh muridnya dengan kitab-kitab lain yang masih belum dibaca oleh muridnya itu dan guru itu juga boleh menambah dengan beberapa dalil dan keterangan lagi sebagai penjelas dan pelengkap .

4 – Si Guru boleh membetulkan cara bacaan si murid sama ada yang berkaitan dengan Ilmu Tajwid ataupun Tatabahasa Bahasa Arab ( Nahu dan Sorof ) . Selain itu si guru juga boleh membetulkan beberapa fakta , baris-baris tulisan Arab dan sebagainya yang mungkin disebabkan kesilapan si penulis buku / kitab ataupun kesilapan mesin cetak .

5 – Hubungan di antara si guru dengan muridnya lebih rapat dengan cara ini .


Kebaikan Berguru Menerusi Bahan Bacaan ( Kitab / Buku / Majalah / Halaman Web Ilmiah ) :

1 – Sesuatu fakta yang dikemukakan di dalam bentuk tulisan lebih cermat dan teliti , kerana si penulis mempunyai masa yang agak panjang untuk menyatakan bahan rujukan bagi sesuatu artikel ilmiah . Walhal kalau belajar secara berguru , belum tentu lagi si guru itu ingat sesuatu fakta itu bersumber daripada mana , di dalam buku apa , jilid keberapa , halaman keberapa dan terbitan mana ? .

2 – Adanya bahan bertulis , lebih meyakinkan lagi para pelajar berbanding dengan semata-mata kata-kata guru-gurunya ( kerana boleh jadi guru itu tersasul , terlupa , terkeliru dan seumpamanya ) .

3 – Bahan bertulis memberikan masa yang agak panjang kepada si pelajar sehinggakan boleh diulang-ulang semula pembacaan terhadap sesuatu topik yang dirasai agak sukar . Sedangkan kalau secara “ direct “ berguru , mungkin guru akan berasa tidak senang kerana asyik diajukan soalan yang sama .

4 – Bahan bertulis memberikan peluang menambah ilmu-pengetahuan kepada mereka yang tidak berpeluang berguru secara langsung . Contohnya : Mereka yang sibuk dengan tugas sehinggakan kadang-kadang tiada masa untuk belajar di masjid-masjid ataupun di surau-surau , masih boleh menampung sedikit kekurangan itu dengan selalu menjenguk web al-Ahkam.online dan mana-mana halaman web ilmiah .


Inilah secara ringkas kelebihan belajar sesuatu ilmu itu menerusi guru secara langsung ataupun menerusi sesuatu bahan bacaan secara langsung .

Setiap cara ini ada kebaikan dan ada kekurangan . Dan tentulah kekurangan yang ada pada kedua-dua cara dan sistem ini boleh dilenyapkan apabila kelebihan dan kebaikan kedua-dua cara dan sistem ini disatukan .



PENDEK KATA :

“ Belajar sesuatu ilmu secara berguru merupakan satu sistem yang paling ampuh dan kukuh , akan tetapi bukan semua ilmu itu hanya boleh didapati menerusi berguru semata-mata dan anggaplah bahan-bacaan itu sebagai sokongan dan tambahan bagi ilmu yang didapati secara berguru tadi “ .

Kami sangat-sangat mencadangkan kepada saudara-saudari yang dihormati sekalian agar sudi memanjangkan lagi pengetahuan mengenai topik ini dengan membaca sebuah buku yang amat baik mengenainya . SILA LIHAT DI BAHAGIAN RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN DI BAWAH INI .



Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

Sumber: saja – 2321 : BERGURU dengan BUKU = BERGURU dengan SYAITAN ?

------------


http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33754&postdays=0&postorder=asc&start=15&sid=e0b6c51ab7f7ab16bcc5766218a1f44e


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nurul_gts46
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2006
Ahli No: 24757
Posting: 82

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-09-07 08:15


terima kasih ummiq..atas info ini...(",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_gts46Profil   Hantar PM kepada nurul_gts46   Pergi ke nurul_gts46's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 04:09


kasih diterima :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 08:22


betul juga..tetapi realiti apa yang berlaku di sesetengah tempat mereka kadang-kadang apabila tidak mengadap guru kadang-kadang saya ulangi kadang-kadang..mereka akan salah mentafsirkan apa kehendak tuan kitab dan apakah maksud yang sebenar..kata-kata itu tidak ada salahnya...jika kita meneliti misalnya kitab AL-HIKAM oleh Ibn 'Atoillah...memang susah nak faham jika tanpa melalui guru yang mursyid..

apa2pun syukran laki ya ummimq..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 01-10-07 08:32


Assalamualaikum wwt..

Ana forwardkan info soal-jawab agama ini..

Soalan:
Benarkah selagi kita belum menyertai jamaah atau usrah dimana ada seorang tok guru yang boleh menegur dan mengajar kita, selagi itu kita berguru dengan syaitan? Walaupun kita telah mengikuti kelas pengajian di masjid-masjid dan sering belajar melalui buku dan juga melalui internet. Bolehkah juga saya menganggap ustaz-ustaz yang mengajar di masjid-masjid sebagai tok guru saya, walaupun mungkin dia tidak mengenali saya?


Jawapan:

Mendengar ceramah (majlis ilmu) yang di adakan di masjid-masjid ataupun di surau-surau yang disampaikan oleh ustaz juga sama peranannya dengan tok guru. Begitu juga halnya dengan membaca buku-buku agama bersumber dengan al Quran dan hadith yang ditulis oleh ulama atau tok guru ataupun ustaz yang tidak membawa kepada kesesatan, ianya boleh dijadikan sebagai rujukan.

Namun jika tidak faham rujuklah kepada tok guru atau ustaz tertentu (sebaik-baiknya yang mursyid). Jika belajar melalui ustaz atau buku yang tidak berdasarkan Al Quran dan sunnah, menyeleweng dari ketentuan syarak maka sudah jelas kita berguru dan merujuk dengan syaitan. Wallahu a'lam.


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 09:13


insyaAllah boleh..nabi bersabda " sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"...apabila seseorang telah mengajar kita sesuatu mereka boleh dianggap sebagai guru kita..dan wajib kita hormat mereka..ws

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 01-10-07 09:41


Kalau kita lihat cara ulamak2 muktabar terdahulu seperti. Imam Nawawi - S.Ibn Taimiyah - Imam Qurtubi dan yang sewaktu mereka .. dan kita lihat Ulamak2 masa kini seperti S DYQ - S Mal-Ghazali dan sewaktu mereka . Kesemuanya bermula dengan berguru . Malahan mereka menghabiskan beberapa buah kitab dengan berhadapan dengan guru mereka .

Kalau dilihat di dalam kitab2 perjalanan hidup ulamak2 ini .. selalunya akan ada senarai guru2 mereka .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 01-10-07 09:45


Bagi ana tiada istilah berguru dengan Buku ... Buku / Kitab hanyalah rujukan dan bacaan yang tidak dapat dipisahkan dalam menuntut ilmu . Berguru + Membaca adalah satu proses menuntut ilmu yang takkan dapat dipisahkan .

Hatta Imam2 Muktabar mereka masih berguru sesama mereka ( berbincang - bersoal jawab ) dalam pemahaman mereka .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 10:22


hehehehhe

kita tengok satu lagi analogi lah.dikatakan kalau basic dah kuat,maka tak mengapa lah berguru dengan buku kan.

jadi,apa kata,lepas habis pmr tu,kita berguru dengan buku saja matapelajaran addmath,fizik,kimia,biologi semua tu.basic dah ada dalam pmr tu.dalam spm dia tambah lagi advance saja.jadi boleh lah dengan membaca buku macam tu saja.tak payah cikgu ajar pun tak mengapa.tapi,Kenapa yang tu pergi belajar dengan cikgu juga.yang subjek tentang Islam ni takmau belajar dengan cikgu?basic dah kuat jadi tak payah lah belajar dengan guru.

kalau tak paham dok tak paham macam tu saja lah.lepas tu paham macam lain dari yang dimaksudkan.kemudian sebarkan pula.sekali rupanya silap,tak ke rasa bersalah menyampaikan perkara yang salah.kemudian kalau ada orang yang terpengaruh pula,bertambah-tambah lah saham.sesilap boleh jadi ajaran sesat.tu impaksnya kalau buat memain tentang agama ni.....tak begitu?.... :-D

guru merasa tak senang bila diajukan soalan berulangkali?mustahil.padahal selalunya guru selalu bertanya,ada soalan,tapi tak ada sapa pun nak tanya soalan.pasal itu memang tanggungjawab guru nak jawab soalan.menjadi seorang guru tak kira guru agama ataupun bukan memang berat.pasal mendidik nak bagi pelajar paham.nak bentuk kefahaman tu yang makan masa.bukannya bila ajar,terus paham.step by step.tapi kalau jenis guru yang tunggu gaji buta sahaja,tak kisah rasanya.asal dia sudah ajar kira dah lepas lah.tapi jangan lah tanya time pukul 3-4 pagi.tengok lah keadaan sama.dalam sebuah kisah tauladan ada diceritakan,perbezaan anjing dan manusia.anjing ni ada bagusnya juga.kita suruh dia pergi dan datang berulang kali tempat yang sama pun,dia masih lagi ikut suruhan tuan dia.dia tak gigit pun tuan dia pasal marah sebab suruh benda yang sama berulang kali.itu kelebihan anjing.manusia pula,cuba suruh buat benda yang sama 3-4 kali.nanti mesti merungut punya.sesilap tampar terus pasal dia kata tak ada kerja nak suruh pergi sana lepas tu datang balik 3-4 kali.tak ada motif langsung.kisah ni berkaitan dengan tanggungjawab guru lah.tak ada kaitan dengan bab belajar melalui buku tu....:-D


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 01-10-07 10:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

agmnhob
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2007
Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 11:21


ISLAM adalah satu-satunya agama yang amat menekankan dan menitikberatkan ilmu pengetahuan. dan ilmu pengetahuan boleh didapati dengan cara membaca dan mendengar.

ini terbukti dengan wahyu pertama

"BACALAH dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan. dia menciptakan manusia dari segumpal darah. BACALAH, dan tuhanmulah yang maha pemurah. yang mengajar manusia dengan perantaran kalam. dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya" AL-A'LAQ AYAT 1-5

1. BACALAH adalah fe'el amar. yakni arahan.
2. Membaca dalam situasi di atas(kisah penurunan IQRA) adalah BERGURU yakni Rasulullah s.a.w membaca dengan bergurukan Jibril A.s dengan mengikuti bacaan jibril.
3. arahan membaca di ikuti dengan "bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan", yakni kita memulakan sesuatu bacaan dengan Nama Allah supaya dilindungi Allah dari pesongan oleh Syaitan dan Iblis.

SURAH AL-QIYAAMAH AYAT 17-18 yang bermaksud:
"SESUNGGUHNYA atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya. Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu."


seterusnya dalam surah AL-QALAM AYAT 1. "NUN!(hanya Allah yang mengetahui maknanya) Demi Pena dan apa yang mereka tulis."

cuba anda membuat pembacaan dan seterusnya menulis pembacaan anda. Insyaallah dan terbukti lebih dapat membuahkan kefahaman dan ingatan kan?? disinilah NOTA berfungsi. =)

dengan izin Allah yang memberikan ilham, berguru (perbincangan) lebih menguatkan daya kefahaman dan ingatan

kita ambil pengajaran dari SURAH AL-BAQARAH AYAT 31 DAN 33 yang bermaksud:

"DAN TELAH diajarkanNya kepada Adam nama-namanya semuanya. Kemudian Dia kemukakan semua kepada Malaikat, lalu DIA berkata: BERITAKANLAH kepadaKu nama-nama itu semua, jika kamu makhluk-makhluk yang benar" BERKATA DIA: wahai Adam! beritakanlah kepada mereka nama-nama itu semuanya. Maka tatkala diberitahukannya kepada mereka nama-nama itu semuanya"

dari pengajaran kisah di atas, Allah s.w.t mengajar kita supaya mengetahui ilmu dan diperbincangkan. kerana Dalam perbincangan akan membuahkan Ilham dan kefahaman, dengan izin Allah s.w.t. sebabtu kita lihat, dan dari pengalaman saya sendiri, semasa pengajian ijazah dahulu, subject yang saya buat STUDY GROUP saya cemerlang berbanding subject yang saya STUDY hanya berdua dengan lecturer. wallahua'lam. mungkin itu kelemahan saya sendiri. Ilmu tersekat akibat dosa. :#)

perlu diingat membaca berbeza dengan menyelidik dan menuntut ilmu.

sepertinya kita membaca bahan bacaan ringan seperti surat khabar dan majalah Nur misalnya, banyak pembacaan dalam itu lebih kepada "ringan" dan "terkupas" dengan sediada tanpa memerlukan kita mencari "GURU" untuk berbincang. dalam situasi ini, membaca seperti ini tidaklah akan menyebabkan kesesatan atau pemesongan akidah kerana bahan bacaan tersebut ringan. itu pun perlulah memulakan bacaan dengan BISMILLAH.

menyelidik pula pembacaan yang lebih kepada mencari kefahaman dan pembuktian serta keterangan berkaitan. pembacaan sebegini memerlukan kupasan yang memerlukan kepada mereka-mereka yang "ALIM" dan "ARIF". disinilah katakan jika kita hanya membuat kefahaman sendiri, boleh jadi kefahaman itu adalah DARI BISIKAN SYAITAN DAN IBLIS ataupun BISIKAN NAFSU. kerana kita pun tahu kadangkala dalam peyelesaian masalah seharian pun kita tertewas kepada KEHENDAK nafsu, bukan KEHENDAK yang tertulis DALAM Al-quran ataupun Sunnah Baginda.

Permasalahan seperti inilah menyebabkan timbulnya kefahaman yang hanya bersandarkan logik+rasional tanpa mencari tunjangnya dari AL-QURAN DAN SUNNAH.    seperti MUADZ... dia mengutamakan AL-QURAN, kemudian HADITH, dan kemudian barulah itjihad... yang masalahnya sekarang ini, ada ilmu tapi IJTIHAD dulu...dah nampak tak sesuai ataupun jadi masalah barulah nak cari dalam Al-quran dan Hadith...astaghfirullahala'zim.

Pembacaan Al-quran berbeza dengan pembacaan buku. Pembacaan Al-quran boleh baca seorang diri untuk "feeling" dan taqarrub kepada roh al-quran. TETAPI apabila membawa kepada penafsiran dan terjemahaan perlulah kepada "GURU" tafsir, tajwid, bahasa dan yang berkaitan. kerana dsinilah jika kita membuat pembacaan dan kefahaman sendiri dikhuatiri dipesongkan oleh BISIKAN PERGURUAN SYAITAN DAN NAFSU yang tak pernah rehat. bila dah berguru dengan syaitan dan nafsu, disinilah timbul golongan yang mengambil ayat al-quran dan menafsir mengikut keperluan mereka dan menolak sebahagian lagi apabila mengganggu urusan mereka. BAHAYA GOLONGAN NI.


BUDAYA ILMU itu perlu diterapkan sesungguh-sungguh. melalui pembacaan berseorangan untuk pengisian "level pertama" dan kemudian untuk kefahaman dan kupasan mendalam "level kedua" perlulah kepada perbincangan dengan mereka yang "alim" dan "arif" tentang keilmuan berkaitan. "level seterusnya" kepada penyebaran ilmu tersebut. (jangan lupa mulakan dengan doa pembacaan. minta kefahaman nabi-nabi. kecerdikan nabi-nabi. dan sebagainya)

menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim. Sesiapa yang mahu keduniaan mesti dengan ilmu dan sesiapa yang mahu akhirat mesti dengan ilmu, dan sesiapa yangmahu kedua-duanya juga mesti dengan ilmu.

Sabda Nabi Muhammad S.a.w: Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Bagi sesiapa mengambilnya, maka ia mendapat keuntungan yang besar. (Hadith riwayat abu daud dan tarmizi)

Tidak ada yang lebih baik pemberian seorang ayah kepada anaknya dibandingkan dengan ilmu adab. (Hadith riwayat Tarmizi)

terdapat banyak anjuran untuk menuntut ilmu. dan ilmu itu datang pada "level pertama" dengan MEMBACA.

Imam Malik mengingatkan umat islam bawaha sesuatu ilmu yang bermanfaat itu tidak akan datang bergolek tanpa mencarinya terlebih dahulu.

Dalam realiti hari ini, keilmuan itu boleh di baca melalui BUKU-BUKU terengkas (yang diringkaskan untuk memudahkan kefahaman dengan penerangan dan kupasan panjang lebar) seorang diri. Jika timbul persoalan dalam pembacaan tersebut, perlu bertanya kepada mereka yang arif dan alim.

KESIMPULAN, pembacaan berseorangan bagi saya boleh selagi tidak menyebabkan kita lalai dari mengingati Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Jika pembacaan tersebut membawa kepada tidak faham, persoalan, dan apa yang diluar pengetahuan kita, disinilah perlu kepada guru yang sebenar. Sebab dikhuatiri buat kefahaman sendiri yang bersandarkan kepada BISIKAN SYAITAN DAN NAFSU.


TERIMA KASIH KEPADA UMMIQ JADI ASBAB PEMBUKA THREAD persoalan ini dengan IzinNya.... sedikit sebanyak membantu pengajian master saya :D. Alhamdulillah!!!

WALLAHU'ALAM
WABILLAHITTAUFIK WAL HIDAYAH WA BARAKAH.


-----------------

[ Telah diedit oleh: agmnhob pada 01-10-07 11:30 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For agmnhobProfil   Hantar PM kepada agmnhob   Pergi ke agmnhob's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 11:49


من لا شيخ له فالشيطان شيخه


“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “


bagi ana.. ana hanya menganggap sebagai kata-kata hukama', terkandung hikmah tersendiri.... mudahan ia menjadi sign board "AWAS" dalam perjalanan kita menuntut ilmu...
...........................................


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
[ Telah diedit oleh: aye pada 01-10-07 11:49 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 20:04


Belajarlah dengan berguru, sebab itu yang ditunjukkan oleh para sahabat dan para alim ulamak. Buktikan mereka belajar dengan menggunakan buku. Bahkan apabila mereka tidak faham akan sesuatu perkara yang pertamanya mereka akan bertanya dengan orang yang pakar.

Apatah lagi mempelajari berkaitan dengan aqidah, hukum hakam.

Mereka (para ulamak) tidak segan-segan mendatangi guru-guru walaupun dimerata ceruk. Bukanlah alasan jika di zaman sekarang terdapat guru, ustaz ustazah, alim ulamak yang boleh mengajar maka tidak mahu belajar dan hanya berpandukan semata-mata dengan buku.

Maklum, buku adalah satu yang jamad - isinya hanya berkisarkan apa yang ada di dalamnya. Manakala pengarangnya yang menukil boleh sahaja sesuka hati menukar isinya, ada yang ditambah dan dkurang. Sehingga terjadi jenayah di dalam disiplin ilmu.

Apapun, pendapat den, sekiranya seseorang itu sudah mahir di dalam ilmunya yang asas, dan sudah mendalami. Bolehlah ia mengambil buku sebagai satu sumber pengetahuan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 01-10-07 21:24


“ Sesiapa sahaja yang belajar menerusi buku / kitab bermakna dia belajar dan berguru dengan syaitan “


kadang-kadang ayat di atas menjadi alasan untuk mereka yang malas membaca buku.
walhal begitu banyak buku2 muktbar dan boleh dipercayai terdapat dipasaran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 22:01


suka baca buku...^_^

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 10:02


betui2, bacaan buku dalam akademik pun sebenarnya kena berguru jugak. Kitab-kitab muktabar juga jika tiada asas maka perlulah juga berguru (bagi yang tidak tahu apa-apa isinya kendian bila baca terus ikut membuta tuli ) - yang ini dinamakan taqlid pada buku.

Bagi den - buku yang dasarnya berkaitan usul, hukum hakam, aqidah ini semua kena ada berguru. Berguru fullok biorla bukan seorang dua saja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

insan232
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.08.2005
Ahli No: 18097
Posting: 72
Dari: malaysia

Kedah  


posticon Posting pada: 02-10-07 13:16


membaca kemudian berfikir dan membaca kemudian menerima bulat-bulat banyak bezanya....

org yang berfikir sentiasa ada soalan yang ingin diajukan dan mungkin tiada dalam buku, secara tak langsung dia akan bertanya kapada org-org yang dipercayai mampu menjawab soalan-soalan nya, maka dia akan berguru. org jenis ini tidak akan puas dengan mendengar jawapan dari seorang saja, maka dia akan mencari guru yang lain pula. begitulah lumrah bagi org yang mahu berfikir dan sentiasa dahagkan ilmu.

bezanya org yang membaca kemudian menerima bulat-bulat apa yang dibaca tanpa mencerna dengan akal dan hati. maka yang ini akan menjadi taklid. amat bahaya org jenis ini kerana dia akan mencari rujukan-rujukan yang hanya secocok dengan pegangan dia dapat tadi, yang lain semua ditolak.

buku itu bukan guru tetapi rujukan. buku itu tidak mampu memjawab soalan-soalan yang bermain difikiran kita. namun amat perlu membanyakkan pembacaan dari pelbagai sumber supaya akal kita mampu berfikir dengan lebih luas. akal yang tidak dilatih untuk berfikir lama-lama akan mati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan232Profil   Hantar PM kepada insan232   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 20:01


setujus dengan insan232. Baca boleh tapi sebelum terima tapis dahulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 20:09


baca dulu.lepas tu pergi kuliah dengar apa yang disampaikan.kira macam persediaan awal lah walaupun tak paham tapi baca juga.lepas tu baru dengar lecturer bentangkan bab tu.baru lah jadi lebih paham dan persoalan dapat terungkai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 20:46


spoon feeding pun tak baguih - hehe. Tak tahu dan tak jelas bertanyalah - jangan jadi tiba-tiba lawan tokey padahal baru belajar dari buku.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

miledi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.07.2006
Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng

malaysia  


posticon Posting pada: 26-10-07 12:00


yep..di hari itu ada pergi kedai buku..org yang jual buku pun cakap...jangan tirma bulat apa yang kita baca itu..kena kaji juga....berguru pun kena juga....

Bookmark and Share

    


  Member Information For milediProfil   Hantar PM kepada miledi   Pergi ke miledi's Website   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-10-07 12:10


Pada 02-10-07 20:46 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

spoon feeding pun tak baguih - hehe. Tak tahu dan tak jelas bertanyalah - jangan jadi tiba-tiba lawan tokey padahal baru belajar dari buku.


"tak tahu dan tak jelas bertanyalah"

ya benar saudaraku, :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 13:38


malu bertanya sesat jalan...kan?..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133218 saat. Lajunya....