Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 60 hari yang lalu
the_brOtherz: 87 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Apa salahnya ibu bapa Nurin?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Apa salahnya ibu bapa Nurin?

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa salahnya ibu bapa Nurin?

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 08:16


Saya amat tidak bersetuju dengan saranan Menteri di jabatan perdana menteri...supaya ibu bapa Nurin didakwa kerana kecuaian..pada saya tindakan beliau seolah-olah mahu bertindak tegas tetapi tidak kena pada tempat dan orangnya..adalah lebih baik bertindak tegas terhadap hukuman yang sepatutnya dikenakan terhadap pembunuh kanak-kanak malang itu..saranan beliau adalah tidak bertimbang rasa dan tidak wajar pada ketika ibu bapa Nurin sedang mengalami kesedihan yang amat,trauma,kemarahan dan tekanan.mana perginya sensitiviti beliau dalam menangani kes ini?kalau hendak didakwa cuai Kenapa ibubapa yang sedang leka membeli belah dikompleks besar sehingga anak disebelah tidak sedar sudah hilang?Kenapa?kerana anak mereka masih hidup dan selamat?Kenapa tidak didakwa ibu bapa mat rempit,penagih dadah,bohjan,bohsia?anak2 ini sampah masyarakat dan membahayakan anak2 lain tidak pula didakwa ibubapanya...dalam keadaan pembunuh Nurin masih lagi bebas,beliau lebih memikirkan untuk mendakwa ibubapa Nurin daripada memikirkan bagaimana caranya hendak menangkap pembunuh tersebut..maka tidak hairanlah kalau pembunuh psiko itu tersenyum lebar sambil berkata " aku yang bunuh,orang lain yang kena dakwa,bagus...bagus..lepas ini boleh bunuh lagi" fikir-fikirkanlah


-----------------
Allah akan mengangkat darjat bagi orang2 beriman dan orang2 yang mempunyai ilmu pengetahuan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 10:56


Saya sapendapat najah_musla...Takziah untuk keluarga Nurin.
Harap polis bertindak pantas memberkas pembunuh berhati binatang itu. Semoga ALLAH cucuri rahmat atas roh adin Nurin Jazlin Jazimin...bersemadilah wahai puteri yang tidak berdosa. Semoga kau gembira di sana

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

nailah_miz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8296
Posting: 335
Dari: Universiti Utara Malaysia

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-09-07 11:21


Pada 26-09-07 10:56 , amirahni posting:

!!! QUOTE !!!

Saya sapendapat najah_musla...Takziah untuk keluarga Nurin.
Harap polis bertindak pantas memberkas pembunuh berhati binatang itu. Semoga ALLAH cucuri rahmat atas roh adin Nurin Jazlin Jazimin...bersemadilah wahai puteri yang tidak berdosa. Semoga kau gembira di sana


Ameen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nailah_mizProfil   Hantar PM kepada nailah_miz   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 11:38


biaselah pemimpin UMNO........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 11:46


iyakah.....mudah-mudahan pilihanraya kali ini berpihak kepada kepimpinan Islam yang sebetul2nya

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 11:50


nak bagi jawapan kontra boleh?

memang benar kata kalian bahawasanya sememangnya penjenayah terbabit perlu dihukum dengan hukuman yang sekeras-kerasnya lantaran kekejamannya memperlakukan mangsa sedemikian rupa..

namun sedikit sebanyak kita perlu melihat bagaimana punca berkenaan yang menyebabkan berlakunya kejadian sebegini..daripada kes ini jelas kecuaian adalah puncanya..

pendakwaan keatas kes kecuaian terhadap kehilangan anak ni bukan baru dinyakan hanya bilamana kejadian yang berlaku kepada nurin namun ia dicadangkan semetelahan kejadian kehilangan keatas yin beberapa bulan lalu..dr situ maka terdapat cadangan dan gesaan untuk menentukan dakwaan keatas sikap cuai ibubapa terhadap anak mereka...jangan meluaskan skop pada anak2 yang sudah menginjak dewasa kerana itu adalah situasi yang berbeza..apa yang difokuskan adalah mengenai kecuaian terhadap anak-anak kecil yang berumur tidak lebih 12 tahun (logiknya mereka ini amat2 memerlukan pemerhatian daripada ibubapa berbanding anka-anak yang sudah berusia remaja yang kononnya hendak menentukan arah hidup sendiri).

dan kebetulan pula kes pertama yang berlaku selepas cadangan berkenaan pula adalah yang membabitkan nurin...jadi sebagai untuk melasankan apa yang telah dicadangkan maka pihak terbababit perlulah mengotakannya..lagipula selama isu itu dibangkitkan (nak dakwa ibubapa yang cuai) ramai juga yang bersetuju..maka sepatutnyala selepas kejadian yang menimpa yin semua ibubapa perlu memastikan keselamtan anak masing-masing agar tidak menjadi salah seorang yang akan di dakwa atas alasan kecuaian..

mungkin agaknya cadangan berkenaan telah dilupakan yang makanya kejadian berkenaan berulang kembali...sememangnya soal emosi keluarga perlu di ambil kira namun Kalau tiada tindakan dilakukan (hanya teori tanpa praktikal) maka tidak mustahil kes2 sebegini akan berterusan walhal keadaan diluar bukanlah aman sangat untuk keselamtan anak-anak kecil...ini perlu kesedaran semua agar keadaan ini tak berulang kembali atau sekirang2nya tidaklah menjadi satu kes serius sehingga membabitkan kejadian malang sepertimana nurin (nauzubillah min zalik)..

hmmm...maaf andai ada salah silap dalam kata-kata saya tu...hanya my opinion tanpa ada pengaruh sesiapa..anyway al-fatihah buat almarhumah nurin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

tulips_ilah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25834
Posting: 77
Dari: green_world

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 11:52


Pada 26-09-07 08:16 , najah_musla posting:

!!! QUOTE !!!

kalau hendak didakwa cuai Kenapa ibubapa yang sedang leka membeli belah dikompleks besar sehingga anak disebelah tidak sedar sudah hilang?Kenapa?kerana anak mereka masih hidup dan selamat?Kenapa tidak didakwa ibu bapa mat rempit,penagih dadah,bohjan,bohsia?anak2 ini sampah masyarakat dan membahayakan anak2 lain tidak pula didakwa ibubapanya...dalam keadaan pembunuh Nurin masih lagi bebas,beliau lebih memikirkan untuk mendakwa ibubapa Nurin daripada memikirkan bagaimana caranya hendak menangkap pembunuh tersebut..maka tidak hairanlah kalau pembunuh psiko itu tersenyum lebar sambil berkata " aku yang bunuh,orang lain yang kena dakwa,bagus...bagus..lepas ini boleh bunuh lagi" fikir-fikirkanlah

:-?
:-? betul...ibu bapa yang macam ni sebenarnya yang cuai menjga anak2...
memang tak boleh salahkan ibubapa 100%. tapi....anak2kan amanah...p'lu d tekan supaya menjadi org yang baik
:roll: janganlah kerana nak tonjolkan kekuasaan sampai bertndak tak kena tempatnya.... ;-) ;-) ;-)
pembunuh nurin perlu direjam sampai mati....geram tull....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulips_ilahProfil   Hantar PM kepada tulips_ilah   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 12:00


apa pun...ambil semua kejadian ini sebagai peringatan buat kita...
agar kita lebih berhati-hati dan memelihara diri dan keluarga kita...
ta perlu menuding jari pada sesiapa...


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-09-07 12:06


memang betul apa yang syemarly kata kan..anak adalah amanah kepada ibu bapa...TAPIII dalam soal ni, kita tak boleh terus menuding jari kepada ibu bapa nurin..mereka pun tak sangka perkara ini akan berlaku, lagipun jarak ke pasar dari rumah dia tak jauh, mungkin dia dah biasa dengan keadaan persekitaran di situ...kita merancang, allah juga merancang, perancangan allah mengatasi segala-galanya....
kerajaan sepatutnya tidak menimbulkan perkara ni, takkan dah jatuh teruk, nak timpakan tangga pula ke atas mereka.....banyak isu lagi yang belum settle, cuba settle kan dulu, jangan nampak kuman di sana, gajah atas batang hidung pulak buat-buat tak nampak...fikirkanlah


-----------------
_TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_
[ Telah diedit oleh: aku_hambamu pada 26-09-07 12:17 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 12:08


Pada 26-09-07 12:00 , lubaina posting:

!!! QUOTE !!!

apa pun...ambil semua kejadian ini sebagai peringatan buat kita...
agar kita lebih berhati-hati dan memelihara diri dan keluarga kita...
ta perlu menuding jari pada sesiapa...




sememangnya itu adalah peringatan..sama ada peringatan pada kejadian yang berlaku atau mungkin peringatan bilamana adanya penguatkuasaan dakwaan kecuaian berkenaan..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

pu3iiu
Warga Rasmi
Menyertai: 21.09.2007
Ahli No: 31153
Posting: 14
Dari: Kuantan

Melaka  


posticon Posting pada: 26-09-07 12:11


Assalaamualaikum..

Saya lebih spendapat dengan Najah_musla..

     Mungkin betul juga ibu-bapa cuai tapi memang tak ada kasihan belaslah kalau buat macam tu..Sudahlah kehilangan anak tersayang..kena dakwa pula..Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga..Tak rasa macam itu kah?

Tak patutlah saya rasa..sekurang2nya biarkan kesedihan mereka reda dulu..

Kecuaian itu adalah sikap manusia..Manusia mana yang tak pernah buat salah..tak pernah cuai?siapa yang ingin cuai..biarkan anak diculik..?tak ada orang yang inginkan sesuatu yang buruk berlaku..lebih-lebih lagi terhadap anak kesayangan mereka..

Anak adalah anugerah..semua orang sayangkan anak...Haiwan pun sayangkan anak..Nak kuat kuasakan dakwa kecuaian ibu bapa itu boleh..Tapi sebenarnya sebaik-baik ibu bapa adalah ibu bapa yang menjaga keselamatan anak2 kerana sayangkan anaknya..sayangkan zuriatnya..bukan kerana takut kena dakwa atas sebab cuai..

Yang pembunuh nurin itu tentulah sewajar2 diambil tindakan keras..

Just my opinion juga..wallahualam..Takziah buat keluarga Nurin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3iiuProfil   Hantar PM kepada pu3iiu   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 12:20


nampaknya statement pu3iiu diatas tu nampak kepada keperluan untuk menguatkuasakan dakwaan berkenaan...tapi katanya tunggu sehingga kesediahn mereka reda dulu...

ok maybe perlu diambil kira...jadi anda bersetujulah bahawa lambat laun sememangnya mereka perlu didakwakan? rasanya kita kena fikir kenapa lah pulak cadangan ni timbul ye..takkan suka-suka saja nak diambil tindakan sedemikian rupa..adakah pihak yang mencadangkan tak ada otak..dan yang bersetuju pulak tak fikir dimana logiknya..? atau mungkin cadangan itu berlandas nafsu semata-mata..?? i dont think s..sure ada sebab dan musababnya..kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

pu3iiu
Warga Rasmi
Menyertai: 21.09.2007
Ahli No: 31153
Posting: 14
Dari: Kuantan

Melaka  


posticon Posting pada: 26-09-07 12:46


saya tak mengatakan penguatkuasaan dakwaan itu salah tapi untuk mendakwa sepasang suami isteri atas sebab kecuaian setelah kehilangan anak tersayang dalam keadaan menyayat hati itu adalah sesuatu yang tidak wajar..Kita sebagai umat islam yang berhikmah..perlu ada sikap timbang rasa dalam membuat tindakan..

Sekirannya cadangan dr pihak kepimpinan yang punya kepincangan..yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dalam sistem perundangan..dan bukannya hukum Allah..tak semestinya kita perlu bersetuju..

Mereka yang mencadangkan punya akal..kita juga punya akal untuk menilai..

masing-masing punya pendapat..bersuaralah mengikut toleransi dan bukan emosi..
wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For pu3iiuProfil   Hantar PM kepada pu3iiu   Quote dan BalasQuote

Oralee_Carna
Warga Rasmi
Menyertai: 13.11.2005
Ahli No: 20336
Posting: 5
Dari: tempat paling banyak hujan

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 13:27


saya pun berpendapat ibu dan bapa nurin cuai...
macam mana boleh biarkan anak yang kecik pergi ke pasara malam yang
memang ramai orang dan bermacam ragam 2...
sekali pun dekat..memang tak wajar...tapi kalau nak mendakwa ibu bapa nurin
pada waktu sekarang memang tak patut lah...depa sekeluarga masih sedih...
apa-apa pun apa yang berlaku, kita kena ambik iktibar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Oralee_CarnaProfil   Hantar PM kepada Oralee_Carna   Quote dan BalasQuote

yoma
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 13:55


cuma nak tulis...bagaimana ibu bapa boleh biarkan anak sekecil 8 tahun keluar seorang diri walaupun dekat?macam dah biasa saja budak itu keluar seorang...kali pertama mungkin slmat. kali k3 mungkin tak apa..kali k4 mungkin still ok..kali ke 101 siapa tahu?


lepas itu ada baca ada org nampak nurin ditarik masuk ke dalam van? kenapa biar saja dah nampak pkr yang tak sepatutnya tau?contohilah macam dalam drma ilham suci baru-baru ini..dia kejar kereta itu sebab nampak ilham ditarik kasar seorang lelaki?sb dia bimbang pk2r buruk lah dia ikut...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yomaProfil   Hantar PM kepada yoma   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-09-07 14:34


pemimpin-pemimpin negara & polis....masing-masing nak cuci tangan saja....nak kambing hitamkan mak ayah adik nurin.

pembunuh sebenar gembira kerana tidak diburu dan hidup aman makmur di luar sana.

sememangnya pemimpin-pemimpin umno & polis sekarang pengkhianat agama, bangsa & negara.....mereka menghancurkan malaysia.

/
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 26-09-07 14:37 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

yusof88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 14:42


betul-betul...
ana sokong sangat-sangat dengan luahan perasaan nakah_musla...

~menyemai kasih memupuk ukhwah~

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusof88Profil   Hantar PM kepada yusof88   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 14:56


Bagi aku 99 peratus Aku letak kesalahan ini pada pihak pemerintah.... pemerintah kita gagal 'menyediakan' persekitaran selamat..... pemerintah berlaku 'mungkar' shingga mengundang bala Allah.... pemerintah menunjukkan akhlak buruk dan kejam shingga lahirlah juga rakyat yang berakhlak buruk dan kejam...

Try tengok negara Jepun.... dari pra-sekolah rakyatnya dididik untuk berdikari... pergi sekolah sdiri naik keretapi @ bas.... nak makan makanan segera pergi beli sendiri, hattan pengurusan diri di rumah pun mereka pandai urus sendiri.... tiada 'pertuanlang2' yang berani kacau atau gugat.....

p/s... tengok cerita shinchan lah beb !!! skecil dia pun boleh bdikari tanpa takut kat 'penjenayah'..... Malaysia????? adakah ini hasil 50 tahun merdeka???


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
[ Telah diedit oleh: aye pada 26-09-07 15:47 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 18:41


Pada 26-09-07 12:46 , pu3iiu posting:

!!! QUOTE !!!



Mereka yang mencadangkan punya akal..kita juga punya akal untuk menilai..

masing-masing punya pendapat..bersuaralah mengikut toleransi dan bukan emosi..
wallahualam..


e'eh..bila pula kenyataan saya bernada emosi? even nampak panjang lebar statement saya it doesnt meant yang saya tak fikir before tulis atau menuding jari mencari salah siapa..apa yang saya jelaskan adalah betapa perlunya masing-masing mengambil iktibar atas kejadian2 yang telah berlaku sebelum ini...

sama ada yang bernasib baik (seperti kes yin) atau kurang baiknya (seperti kes nurin) kedua-duanya da menunjukkan contoh yang memang mengundang sedih pada keluarga memasing..jgan pula ana datang benda-benda ni berlaku lagi..dan di akui ini diluar kuasa kita untuk menafikan takdir andai ia tetap berlaku jua tapi seharusnya payung perlu disediakan sebelum turunnya hujan..atau juga beringat sebelum kena...

hmm...lagi pula dari awal posting saya memang sengaja nak kontra dengan yang lelain...dalam hati ni memang saya pun tak sanggup utuk melihat family nurin bagai sudah terjatuh ditimpa tangga..memang perlu ada kerjasama semua pihak utuk meredakan kesedihannya..bukan menambah bebannya...betul tak? :roll:


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-09-07 08:34


Pada 26-09-07 14:56 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

Bagi aku 99 peratus Aku letak kesalahan ini pada pihak pemerintah.... pemerintah kita gagal 'menyediakan' persekitaran selamat..... pemerintah berlaku 'mungkar' shingga mengundang bala Allah.... pemerintah menunjukkan akhlak buruk dan kejam shingga lahirlah juga rakyat yang berakhlak buruk dan kejam...

Try tengok negara Jepun.... dari pra-sekolah rakyatnya dididik untuk berdikari... pergi sekolah sdiri naik keretapi @ bas.... nak makan makanan segera pergi beli sendiri, hattan pengurusan diri di rumah pun mereka pandai urus sendiri.... tiada 'pertuanlang2' yang berani kacau atau gugat.....

p/s... tengok cerita shinchan lah beb !!! skecil dia pun boleh bdikari tanpa takut kat 'penjenayah'..... Malaysia????? adakah ini hasil 50 tahun merdeka???



saya sokong dengan aye...
dalam bab ni pihak yang terlibat kena lah fikir perasaan keluarga nurin....ni tak lagi menambahkan apa yang keluarga nurin rasa.....
negara kita dah tak selamat...kalau macam ni lah sampai bila pun anak2 masa depan tak boleh berdikari dan bergantung sesama sendiri.....setiap manusia ada buat silapnya....itu saya tak nafikan.....tapi sebagai pemerintah......harus peka dengan keadaan dan perasaan rakyat....ini tak pakai hantam saja.......hukum hudud perlu dilaksanakan agar negara kita kembali selamat.....zaman saya tidak ada masalah pu pergi sek sendiri umur 7, 8 tahun...sekarang??????dah tak selamat??????ni sebab kecuaian parents ke?????parents mana nak anak diculik,didera,dirogol???tidak ada yang nak.......isu kecuaian tak tak perlu diketengahkan kepada kes nurin.......ini tak.....pembunuh masih berkeliaran.....isu lain pula dikeluarkan......


-----------------
Allah akan mengangkat darjat bagi orang2 beriman dan orang2 yang mempunyai ilmu pengetahuan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-07 08:42


artiukel dr blog sahabat kita ini mungkin boleh dikongsi.......


Antara Nurin, Polis dan saya Rozmal Malakan
http://waghih.blogspot.com

Terlebih dahulu salam takziah buat Sdr Jazimin dan Puan Norazian diatas pemergian anak kesayangannya Nurin Jazlin, yang telah mendahului kita semua. InsyaAllah akan menanti kedua ibu bapanya di pintu syurga. Kita yang tidak mengalami perkara demikian tidak akan memahami betapa sedih dan tertekannya perasaan mereka.

Sebelum kita menyalahkan orang lain dalam kes sebegini, marilah kita salahkan diri kita sendiri terlebih dahulu. Jika kita sebagai seorang jiran, apa salah kita. Jika kita sebagai seorang saudara, apa salah kita. Jika kita sebagai seorang polis, apa salah kita. Jika kita sebagai seorang wakil rakyat apa salah kita. Jika kita sebagai seorang pemerintah, apa salah kita. Hentikanlah tuding menuding jari yang sedang berlaku sekarang ini.

Ini adalah masalah kita semua. Masyarakat kita, masyarakat Malaysia, masyarakat Melayu yang sedang sakit. Kita tidak peka apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita lebih suka menjadi pemerhati, selesa dengan apa yang ada pada diri kita. Tidak mahu hendak mengambil peduli keadaan sekeliling kita. Prinsip kita ialah, kita tak kacau orang, orang tak kacau kita.

Saya bukanlah hendak menyalahkan pihak polis dalam perkara ini. Pihak polis sepatutnya dibiarkan bersikap professional dalam lokaliti mereka. Janganlah ada tangan-tangan tertentu untuk mengarahkan pihak polis untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Sebagai AJK Surau Taman Alamanda, Senawang, saya kerap kali di soal siasat oleh pihak polis tanpa mengira waktu akan kegiatan di surau kami. Saya faham tugas mereka, kerana mereka telah diarahkan untuk mendapatkan maklumat. Lalu saya berilah maklumat apa yang sepatutnya.

Kerana pada saya tujuan saya mengadakan aktiviti di surau ini adalah untuk memberi keinsafan dan kesedaran serta merapatkan ukhwah sesama kita. Surau bukanlah medan menunjukkan kehebatan politik. Ianya sebagai tempat perpaduan. Ada wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional yang datang anjurkan program kita sambut dan alu-alukan. Ada penceramah dari PAS atau PKR yang datang beri kuliah, juga kita alu-alukan. Yang penting ialah ilmu yang diberikan oleh penceramah tersebut , tak kiralah dari parti apa sekali pun.

Pernah saya menjemput ADUN UMNO/BN Batu Kurau YB Kapt(B) Dato' Hj Mohd Najmuddin berceramah. Begitu juga pernah saya menjemput Pesuruhjaya PAS dan.Sembilan Sdr Zulkefly Mohamed Omar berceramah, dan ramai lagi. Salah ke kalau di jemput mereka dari pelbagai parti ini ? Biarlah pemikiran orang Melayu ini lebih terbuka. Soal undi atau tidak undi itu , terpulanglah kepada individu masing-masing.

Kalau di universiti kita boleh mendapatkan ilmu dari pensyarah bukan Islam, pensyarah beragama Kristian, pensyarah beragama Hindhu. Takkan di surau kita tidak boleh menerima ilmu dari sesama Islam yang berlainan parti ?

Pihak yang mengarahkan polis memantau ceramah-ceramah di surau dan masjid, cukuplah. Bantulah polis untuk mencegah jenayah yang semakin kronik sekarang ini. Bantulah mencegah jenayah di kejiranan anda sendiri. Janganlah nak menyibuk arah polis pantau ceramah di surau dan masjid.

Cuba peka sedikit. Cuba perhatikan keselamatan anak-anak jiran kita. Tegur sikit anak jiran kita yang main carbide dan mercun, yang membawa motosikal bawah umur, yang berjalan seorang diri.

Saya perhatikan di Surau Alamanda minggu lepas setiap pagi seawal jam 7:15 pagi ada seorang kanak-kanak perempuan umur sekitar 7 tahun , menunggu seorang diri dalam surau untuk kelas mengaji yang bermula sekitar jam 8 pagi. Resah dengan keadaan kanak-kanak perempuan tadi yang bersendirian saya SMS pada Guru Mengaji agar menasihati kepada ibu bapa budak tadi supaya jangan tinggalkan anaknya sendiri, walaupun dalam surau.

Marilah kita lebih peka dengan keadaan sekeliling kita. Marilah kita bantu polis dengan tugas pencegahan jenayah. Janganlah kita bebankan polis dengan tugas yang tidak masuk akal.

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada teman-teman saya di Balai Polis Bandar Baru Senawang, IPD Seremban, IPD Rembau dan IPK NS serta seluruh muslimin dan muslimat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-07 09:03


Ana dulu umur sebaya nurin selalu ke kedai seorang-seorang belikan mak santan kelapa. Alhamdulillah selamat hingga kini. kedai tu jauh dari jarak pasar malam rumah arwah adik Nurin. Keadaan dah berubah....jenayah semakin berleluasa...Generasi kini tidak berpeluang hidup berdikari dan selamat seperti zaman kanak-kanak kita dulu...rakyat makin ramai ..pihak berkuasa tak menang tangan...ditambah pulak dengan pendatang halal dan haram dari pelbagai negara. Paling penting kerana islam tidak dilaksanakan sepenuhnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-09-07 12:18


Pada 27-09-07 09:03 , amirahni posting:

!!! QUOTE !!!

Ana dulu umur sebaya nurin selalu ke kedai seorang-seorang belikan mak santan kelapa. Alhamdulillah selamat hingga kini. kedai tu jauh dari jarak pasar malam rumah arwah adik Nurin. Keadaan dah berubah....jenayah semakin berleluasa...Generasi kini tidak berpeluang hidup berdikari dan selamat seperti zaman kanak-kanak kita dulu...rakyat makin ramai ..pihak berkuasa tak menang tangan...ditambah pulak dengan pendatang halal dan haram dari pelbagai negara. Paling penting kerana islam tidak dilaksanakan sepenuhnya..


saya setuju dengan pendapat amirahni


-----------------
Allah akan mengangkat darjat bagi orang2 beriman dan orang2 yang mempunyai ilmu pengetahuan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-07 12:25


http://www.utusan.com.my/utusan/ content.asp?yang=2007&dt=0923&pub= Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pagi=bt_04.htm

Terkini

Dakwa ibu bapa Nurin: Polis ikut undang-undang - Nazri
KUALA KANGSAR 23 Sept. - Kemungkinan polis mengambil tindakan mendakwa ibu bapa Nurin Jazlin yang meninggal dunia akibat deraan seksual adalah berdasarkan peruntukan undang-undang, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Undang-undang tetap undang-undang... kita kena ambil tindakan, tiada siapa boleh terlepas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai kemungkinan polis mendakwa ibu bapa kanak-kanak itu kerana cuai.

Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan zakat Amanah Raya Berhad di sini malam tadi, beliau berkata, tindakan yang diambil oleh polis itu adalah berlandaskan kepada prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang.

Jazimin Abdul Jalil dan isterinya, Norazian Bistaman menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai mengikut peruntukan undang-undang Akta Perlindungan Kanak-kanak.

Musa pada Jumaat lalu berkata, polis sedang menyiapkan laporan kes dan jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, polis akan mencadangkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapanya.

Musa juga berkata, peruntukan undang-undang terhadap ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak mereka telah lama wujud, tetapi belum pernah dikuatkuasakan selama ini.

Kenyataan berkenaan bagaimanapun mendapat reaksi yang negatif daripada beberapa pihak.

Mohamed Nazri berkata, peristiwa yang menimpa Nurin Jazlin adalah kejadian yang amat menyedihkan dan wajar menginsafkan semua pihak terutama ibu bapa untuk bersama-sama memainkan peranan menjaga keselamatan anak-anak mereka.

“Saya rasa amat sedih kerana seperti ibu bapanya, saya juga sangat berharap Nurin Jazlin akan selamat kembali ke pangkuan keluarga selepas kehilangannya,” katanya.

Beliau berkata, sebagai menteri yang menjaga potfolio undang-undang, beliau berazam memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada polis dalam usaha menghadapkan mereka yang terbabit dengan kematian Nurin Jazlin ke muka pengadilan bagi hukuman yang setimpal.

Satu pasukan penyiasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah ditubuhkan bagi memburu dan menangkap suspek pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang diculik 20 Ogos lalu.

Nurin Jazlin dikebumikan Jumaat lepas setelah mayatnya dijumpai di dalam beg sukan yang ditinggalkan di tangga sebuah kedai di Petaling Jaya pada Isnin. - Bernama


-----------------
"Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
[ Telah diedit oleh: aye pada 27-09-07 12:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 10:05


Ustaz Hadi lawat keluarga Nurin - PAS mahu K'jaan bertanggungjawab


KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kerajaan harus bertanggungjawab ke atas apa yang telah berlaku kepada kanak-kanak malang Nurin Jazlin Jazimin, 8, kerana ia berpunca daripada kelemahan undang-undang negara.

"Apa yang terjadi kepada Nurin adalah berpunca daripada kelemahan undang-undang British yang kita amalkan sekarang bukannya undang-undang Islam," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga Nurin di rumahnya di Wangsa Maju, Seksyen 1 pagi tadi.


Ustaz Hadi yang meluangkan masa kira-kira 15 minit bersama ibu bapa kanak-kanak malang itu Jazimin Abd Jalil dan Norazian Bistaman menegaskan penjenayah tidak takut dengan undang-undang yang ada dalam negara ini.


Malah katanya, kegagalan pihak polis membendung gejala jenayah seksual termasuklah pembunuhan kejam ke atas Nurin dianggap mengabaikan amanah rakyat.


Beliau juga kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) yang disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz yang cuba mendakwa ibu bapa Nurin sekiranya kematian kanak-kanak itu berpunca daripada kecuaian mereka.


"Sebenarnya pihak berkuasa gagal menangani masalah jenayah dalam negara ini kalau di negara lain Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan seperti ini sudah lama letak jawatan," katanya yang turut disaksikan oleh kaum keluarga Nurin.


Tegasnya, dalam hal seperti ini bukan pihak keluarga mangsa disalahkan tetapi penjenayah terbabit yang sepatutnya sudah ditangkap seawal kes ini dilaporkan.


"Apa yang mengecewakan polis bukan sahaja tidak boleh menjejaki jenayah terbabit tetapi jenayah semakin bertambah,"katanya.


Ketika mengunjungi keluarga Nurin, Ustaz Hadi turut merakamkan ucapan takziah serta melahirkan rasa kesedihan yang menimpa keluarga terbabit, beliau turut dilihat memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada ibu bapa Nurin Jazlin.


Beliau turut menyampaikan buah tangan dan sumbangan kepada ibu bapa Nurin Jazlin serta memberi nasihat kepadanya supaya bersabar dan tabah menghadapi dugaan berat daripada Allah SWT.


Justeru, Ustaz Hadi juga akan membantu dan membela keluarga Jazimin jika sekiranya ada pendakwaan terhadapnya selepas ini.


Hadir sama AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ustaz Mohd Nor Mohammad. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 10:34


.. ibubapa tidak harus didakwa cuai.. sekarang ni yang 4 budak kecil mati lemas kat tali air tu.. nak kena dakwa jugak ke mak bapak budak-budak ini???

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

kismis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2004
Ahli No: 11649
Posting: 180

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-07 11:03


sokong2...
memang tak patut dakwa ibubapa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kismisProfil   Hantar PM kepada kismis   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 11:12


memang lah tak patut,tapi tu semua hanya kemungkinan semata2kan..jangan lah kita melulu menuduh atau apa-apa saja..kita tengok apa keputusan nanti,lepas itu baru kita sama-sama bagi pendapat..bagi saya,ibu bapa nurin memang tak patut didakwa..apa-apa pun kita sama berdoa untuk keluarga adik nurin...Ameen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 11:25


iye....betul tu...ibu bapa nurin memang tak patut di dakwa.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

awa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15078
Posting: 136
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 11:50


Em...lau benda dah nak jadi nak buat macam mana...Ada ke mak bapak nak benda macam ni terjadi...Semua tak nak kan..budak-budak sekarang bukan macam dulu...nakal2...Kata ibu bapa ni kadang-kadang tak naknya dengar...Balik2 nak salahkan ibu bapa...Em...saya pun tak faham...yang betulnya...kenapa benda ni jadi???

Sebab wujudnya orang2 macam penjenayah tu.....Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Geramnya saya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For awaProfil   Hantar PM kepada awa   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 11:58


Lawa naruto-san punya signature... :-D


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 28-09-07 12:05


Malaysia dah tak aman.......

aman sebab tak ada perang saja.....

tapi hari2 ada kes bunuh,rogol dll.......

UNDILAH BE END.....

POWER IN YOUR HAND(pinjam sat)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

kunciair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2007
Ahli No: 30929
Posting: 184
Dari: perak

malaysia  


posticon Posting pada: 28-09-07 13:57


assalammualaikum....emm...sungguh sedih bla mengenangkan kisah pembunuhan yang berlaku pada adik nurin jazlin...mari kita sedekahkn al-fatihah pada arwah semoga rohnya aman di SANA..amin..apa yang berlaku hendaklah kita jadikan iktibar dan pengajaran dalam hidup kita dan keluarga kita...


-----------------
wanita hiasan dunia..adalah permata yang paling berharga bagi lelaki


Bookmark and Share

    


  Member Information For kunciairProfil   Hantar PM kepada kunciair   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-09-07 22:27


mudah-mudahan pilihanraya akan datang dapat menjadikan malaysia negara Islam yang sebenar2nya......semua masyarakat tak perlu risaukan keselamatan bila berada di dalam atau luar rumah......mudah-mudahan

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2913
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 09:16


Dihantar oleh hamba Allah, on 24-09-2007 14:44
SEBAGAI seorang yang pernah tinggal di England lebih 20 tahun, maafkan saya jika sedikit pun tidak terperanjat dengan kejadian sedih yang menimpa adik Nurin Jazlin Jazimin.

Dan sehingga hari ini tuduh-menuduh masih berterusan, polis tuduh ibu
bapa, orang ramai menuduh polis dan polis pula dikatakan sedang
memikirkan kemungkinan mendakwa ibu bapa Nurin Jazlin kerana
mengabaikannya.

Sebaliknya, tidak siapa pun memikirkan bahawa tragedi Nurin dan
lain-lain seperti Nurul Hanis, Siti Nadirah, Norsyakila, Nurul Huda
Ghani dan Haserawati Saridi, sedikit sebanyak merupakan musibah daripada
'persekitaran sosial dan budaya' yang kita sendiri 'cipta' sejak
akhir-akhir ini.

Secara sinis kita boleh simpulkan bahawa jenayah-jenayah seks yang juga
melibatkan kanak-kanak adalah berupa asam garam cara hidup kebaratan
yang mementingkan konsumerisme dan hiburan.

Kejadian-kejadian ini tidak kedengaran berlaku di negara-negara Islam
miskin dan 'kolot' seperti Pakistan atau Yemen kerana kaum wanita dan
kanak-kanak perempuan mereka tidak kelihatan dan berkeliaran sesuka hati
di sana sini.

Di Malaysia kita bagaikan tidak tidur langsung, penghidupan berjalan 24
jam sehari. Bagi anak-anak muda, kedai-kedai mamak nasi kandar sekarang
dibuka sepanjang masa dan kalau perlukan apa-apa, kedai runcit 24 jam
pun ada.

Saya tidak tahu di mana datangnya budaya ini. Di England sendiri
pusat-pusat beli-belah dan gedung-gedung pakaian seperti Marks & Spencer
ditutup pukul 6 petang atau selewat-lewarnya pukul 8 malam.

Kita di sini tak cukup dengan pusat beli-belah mewah dan ekonomi serta
pasar malam dibuka hingga 10 malam, fenomena baru ialah budaya pasar
larut malam dari pukul 9 malam hingga 2 atau 3 pagi. Kedai arak di
England dan Amerika Syarikat (AS) dibuka pada masa- masa terhad. Kita di
sini minuman arak boleh dibeli di kedai 24 jam sepanjang masa.

Bukan itu sahaja pelbagai konsert hiburan diadakan di sana sini tak
henti- henti.

Ini bermakna orang akan keluar rumah selalu sama ada hendak
membeli-belah, berjalan-jalan berserta anak- anak malah paling teruk ada
yang meninggalkan anak-anak di rumah bertemankan TV dan komputer sahaja.

Jadi suasana penuh hiburan ini yang tidak kurang pula dijanakan oleh
dadah maka muncullah manusia-manusia bersifat haiwan yang sentiasa
bermimpikan sesuatu yang mereka tidak dapat capai secara biasa.

Ada juga manusia haiwan ini yang berupa orang biasa, berkelulusan
tinggi, berkeluarga tetapi melibatkan diri dengan gejala-gejala gila
seks yang di luar kebiasaan termasuk seks dengan kanak- kanak iaitu
golongan pedofilia.

Bank data yang dikumpulkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan AS dan
Scotland Yard (Great Britain) mendapati ada golongan ini terdiri
daripada hakim, pegawai tinggi polis dan pelbagai jenis orang terhormat.

Dalam keadaan sekarang, saya pasti gejala-gejala ini akan muncul di
negara-negara sebelah sini seperti kes-kes flashing (tunjuk kemaluan
kepada wanita) atau peeping tom.

Mungkin ada yang bersetuju kalau saya katakan suasana di Malaysia
merupakan satu 'syurga' kepada golongan pedofilia atau mereka yang
sentiasa berfantasikan seks dengan wanita-wanita cantik.

Kanak-kanak perempuan kedapatan di mana-mana sahaja termasuk di malam
hari. Adakah seseorang itu hanya berani setakat berfantasi sahaja?

Di kaca-kaca TV kita, wanita-wanita cantik di dalam drama, pengacara
serta pembaca-pembaca berita kelihatan siang dan malam yang pasti akan
menjanakan pelbagai fantasi di kalangan manusia haiwan.

Mungkinkah sindrom Jill Dando berlaku di negara ini? Jill Dando ialah
seorang penyampai berita dan pengacara rancangan jenayah di BBC yang
cantik jelita dan disukai ramai.

Malangnya kecantikan Jill juga membawa malang baginya apabila seorang
stalker atau peminat taksub menunggunya di rumah dan menikamnya dan Jill
mati tak lama kemudian.

Seluruh Great Britain tergamam dan tertanya-tanya apa yang sudah
berlaku.

Pelbagai kejadian boleh berlaku kalau segala fantasi itu tidak dapat
dibendung, lebih-lebih lagi kalau wanita pujaan itu didapati sudah ada
yang punya dan boleh mencetuskan kemarahan dan cemburu yang
membuak-buak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 01-10-07 09:48


Assalamualaikum wwt..

Setelah ana membaca nukilan yang dihantar oleh hamba Allah,
ana terfikir .. Kenapa Malaysia selaku negara Islam tidak mengamalkan hukum Allah dalam perundangan sedangkan hukum yang ada sekarang tidak dapat menyelesaikan masalah sosial :-? :-? :-?


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

najah_musla
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2006
Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 10:03


sehingga sekarang.....dah ramai suspect di tangkap....tapi masih belum berkesudahan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah_muslaProfil   Hantar PM kepada najah_musla   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135589 saat. Lajunya....