Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 136
Ahli: 0
Jumlah: 136




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: PERSOALAN TAKDIR


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» PERSOALAN TAKDIR

Please Mendaftar To Post


Oleh PERSOALAN TAKDIR

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 12:51


Langit semakin gelap. Hujan rintik-rintik mula mencecah lantai bumi. Aku memandang sesuatu yang aku tidak tahu sejauh mana aku mencapai pandangannya. Aku menggamit rasa yang amat tenang, namun aku jadi amat gelisah. Sebenarnya hujan boleh membuatkan aku jadi insaf..ianya mengingatkan aku tentang hari kiamat yang semakin dekat. Setiap kali hujan, itulah yang aku fikirkan.

Sebenarnya ada sesuatu yang menjengah ruangan fikiranku. Sesuatu yang aku fikirkan selain tentang hujan. Aku terjerat dalam persoalan yang sungguh sukar aku tafsirkannya. Aku tidak pernah menduga akan menghadapi kenyataan-kenyataan demikian. Islam membentuk aku jadi lebih sempurna, namun aku tidak mampu menjadi insan yang tiada kekurangan. Aku sedari bahawa inilah seharusnya sesuatu yang aku perbaikikan.

Aku bukanlah seorang muslimah yang jilbatnya labuh hingga menutupinya ke bawah dada. Bukan aku tidak mahu memakai jilbat labuh, namun aku suka dengan kesederhanaan sekarang. Tidak semestinya berjilbat labuh, maka itu membuktikan keimanan seseorang. Aku cukup menegaskan untuk menutup aurat, tetapi aku belum bersedia untuk berjilbat labuh. Mungkin apabila suatu masa yang di izinkanNya, barulah aku akan mula berjilbab labuh, tapi aku tidak dapat beri jawapannya. Aku tidak boleh membayangkan satu detik perbezaan yang aku bawakan dalam keluargaku serta para sahabatku kini. Aku tidak bersedia mencipta satu ruang yang buat mereka anggap aku jauh dari mereka. Aku yakin tidak mudah mereka menerimanya. Namun, cukuplah Allah swt sahaja yang mengenali jauh dalam jiwa yang telah Dia ciptakan ini.

Semenjak aku tidak lagi menyalami tangan abang-abang iparku, maka satu keluarga macam riuh menyatakan aku tidak menghormati mereka lagi. Aku jadi keliru dengan dalil-dalil yang mereka berikan padaku. Namun. Aku tegas menyatakan Islam tidak membenarkannya. Dahulu aku memang masih anak-anak yang tidak mengerti tentang apa yang di benar dan di larang dalam Islam, namun kini aku ketahuinya. Aku cuma mengharapkan mereka tetap anggap aku tidak berubah. Ayah juga begitu marah dengan perubahan diriku, namun aku yakin sejauh manapun marahnya tidakkan sampai dia membuang aku. Aku tetap masih lagi anaknya.

Memang aku amat tenang dengan Islam. Sungguh. Aku tidak pernah tinggal solatku kecuali jika keadaan memang tidak mengizinkannya. Pernah jika aku tertinggal atau terlewat dengan waktu solatku, maka gelisah dan rasa berdosa akan menerjah ruang hati menjadi amat takut dengan murkaNya. Aku tahu Islam telah membentuk jiwaku untuk mencintainya walaupun latar belakangku tidak ada yang benar-benar memahaminya tetapi aku bersyukur kerana ayah mendidikku semenjak kecil jangan tinggal pergi ke pondok mengaji untuk belajar mengaji dengan tok iman, Haji Ibrahim yang kini sudah menjadi arwah. Ayah selalu mengatakan bahawa biar apabila dia sudah tiada lagi di dunia ini, maka ada anak-anaknya yang mengaji untuknya. Mungkin kata-kata ayah itulah adalah azimat yang mendidik aku bahawa dengan menjadi anak yang solehah, maka dengan itu aku selalu berusaha jadi anak yang baik. Aku mendidik diri supaya aku dapat membahagiakannya selagi hayatnya masih ada. Itulah harapan yang masih ada dalam jiwaku sehingga kini.

Hampir dua bulan yang lalu, apabila aku pulang ke kampung, kakak sulongku, kak Intan memberitahuku bahawa Haji Ibrahim telahpun menjadi arwah. Aku teringat dengan sikap arwah yang amat baik dan selalu dia memuji kerajinanku pergi belajar mengaji dan amat cepat menguasai ilmu tersebut. Dia juga memuji semua abang-abang dan kakak-kakakku semua belajar mengaji dengannya, dia memuji adik-beradikku yang baik dan berakhlak mulia. Setiap kali itu. Aku jadi kembang hidung. Aku memang tidak menafikan bahawa adik-beradikku semuanya jenis yang baik-baik. Aku bersyukur sangat kerana keluargaku amat menyenangkan hati. Aku teringat yang Kak Norli pernah mengatakan padaku bahawa jiwa yang baik yang ada pada arwah ibu itulah yang mengalir di dalam jiwa kami adik-beradik. Barangkali juga, tetapi lebih tepat lagi ketiadaan ibu semenjak usia kami kecil sebenarnya menjadi pendidik kepada kami adik-beradik untuk berakhlak mulia serta harapan kami untuk menemui ibu di Akhirat sana. Masakan tidak setiap kali kami berkumpul, kisah ibu sentiasa menjadi topiknya. Walaupun aku tidak pernah melihat wajah ibu, namun aku cuma membayangkan betapa indahnya raut wajah ibu dan kelembutan sikapnya. Setiap kali bertemu dengan saudara mara dan kawan-kawan ibu, mereka juga menceritakan perkara yang sama betapa baiknya akhlak ibu sewaktu hidupnya dan betapa cantiknya raut wajah ibu. Walaupun ibu pergi 24 tahun lalu sewaktu aku hanya masih bayi yang tidak mengerti apa-apa tentangmu, namun kisahmu sentiasa abadi dalam hidupku. Ibu, engkau sentiasa hidup dalam hatiku dan kerinduanku tidakkan padam secalitpun seperti jua kerinduan anak-anak ibu yang lain. Kami adik-beradik amat merinduimu, ibu.

Hujan yang tadinya rintik kini bertukar temanya, ia mencurah lebat menyimbah bumi, mataku asyik melihat longkang di tingkat bawah yang sudah melimpah airnya dan mengalir laju. Air mataku turut mengalir perlahan, tanpa aku sendiri fahami mengapakah ia mengalir sendiri.

Kadangkala aku sering membayangkan jika dunia ini tenggelam, apakah akhirnya kisahku selepasnya, namun itulah yang akan terjadi pada hari penghabisan kelak. Islam mengajar setiap muslim menyedari bahawa dunia yang tercipta ini hanyalah suatu tempat persinggahan sementara yang penuh dengan ujian. Di dunia ini memang terlalu banyak dugaannya.Ya, itulah yang terjadi dalam hidupku. Aku percaya tiada seorang insan di dunia ini yang terkecuali dari di timpa ujianNya, namun bagaimanakah mereka menghadapinya adalah tempok pertahanan iman yang teguh. Meletakkan fungsi akal di hadapan dan bukannya emosi yang sering mengagalkan.

Sungguh tiada sesiapa dapat membayangkan apakah yang akan terjadi di masa depan, namun keteguhan hasraktu berharap kehidupanku akan lebih baik di masa depan. Sesungguhnya ada jawapan di sebalik ujian Allah swt kepada hambaNya.

Dalam dengar dan tidak. Aku mula dengar suatu ketukan di depan pintu bilik.

“tok..tok..”

“Zira..! Zira..! kau ada tak kat bilik?...Oiii..Zira!”

Jeritan seseorang menjengah ruang fikiranku. Jeritan seseorang yang sememangnya cukup ku kenali. Ketukan di luar pintu masih bertalu-talu. Aku tidak pasti sudah berapa lama pintu di ketuk. Aku cepat turun dari katil dan berlari mendapatkan pintu bilik.

Terjongkol tubuh Zulia di depan mata dengan mengigit bibirnya. Geram benar nampaknya.

“Hei, geramnya aku..ni tengah buat apa lah sampai lambat benar buka pintu?” bebel Zulia sambil jari ketamnya mencubit kecil di bahuku.

Aku hanya tersenyum sumbing dan menjerit kesakitan. Aku betul-betul tak perasan ada ketukan di luar bilik. Aku mengosok-gosok bahu yang di cubit Zulia. Masih terasa pedihnya merangkai sampai ke tulang. Namun. Aku terima cubitannya untuk melegakan geram Zulia. Kami berjalan seiring dan berlabuh di atas katil. Aku cuma memandangnya dan masih tersenyum sumbing.

“Soooory..ye Zulia. Aku tidak perasan kau ketuk pintu bilik” ujarku memulakan bicara.

“emm..tak mengapa. Aku tidak ambik hatipun..”balasnya dengan selamba dan mengembalikan tenang di hatiku.

Zulia adalah teman baik yang agak kasar namun disebalik hatinya banyak kemurnian. Itulah wanita bernama Zulia yang aku kenali sekian lama. Zulia mencapai sesuatu dari beg galasnya. Ada sesuatu yang di keluarkan dari beg galas tersebut.

“Kenapa, Zira?” soalku pada zira.

Aku dapati dia ingin menunjukkan aku sesuatu yang penting. Tanganku di genggamnya dengan kemas. Aku memerhatikan sahaja apa yang ingin ditunjukkan padaku. Aku dapat merasakan raut wajahnya yang berubah tiba-tiba. Aku yakin ada sesuatu yang terjadi, namun aku tidak pasti apakah sebenarnya yang terjadi.

Zulia kelihatan teragak-agak untuk mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. Tangannya terasa sejuk mengenggam tanganku. Aku rasa Zulia berlainan hari ini. Aku cuma melihat tepat apakah yang Zulia mahu tunjukkan pada aku.

“Zulia……….!” Aku menjerit geram.

Tangan Zulia aku tempiaskan segera. Aku terlalu terkejut dengan apa yang aku lihat.

“Kau teruk..! benci..”jeritku lagi.

Aku tidak sangka rupa-rupanya diari kecilku yang hilang sejak dua hari lalu berada di tangannya.

“Jangan macam ni Zira. Aku harap kau dengar penjelasan aku ok? kita kan kawan baik. Jangan buat aku jadi serba salah, please..” tutur Zulia lembut

“Kau tidak berhak buat begini pada Zira, Kenapa ambil hak Zira? Semuanya peribadi Zira? Please ok?” bentakku dengan geram.

Zulia ku lihat mengeluh. Ah..tiada gunanya menyesal sekarang. Aku jadi amat geram padanya. Zulia ku lihat kematian akal.

“Usah begini Zira, semuanya bukan kehendak aku mengambilnya. Kau dengar dulu penjelasan aku, please..” pintanya padaku lagi.

Aku bangun dan menuju ke pintu. Aku bukakan pintu itu seluasnya. Aku harap Zulia mengerti bahawa kehadirannya memang tidak bermakna buatku.

“Sampai hati kau Zira, memang geram benar kau pada aku. Sanggup kau tidak mahu mendengar penjelasan daripadaku..” tuturnya dengan sebak.

Namun Zulia masih tidak berganjak. Aku memang menyayangi Zulia tetapi aku tidak boleh menerima sikapnya. Aku tidak mahu sesiapa pun tahu tentang peribadiku. Ianya adalah kisahku sendiri. Aku perlukan masa sendirian. Aku telah lama mahu melupakan apa yang terjadi, namun mengapakah semua ini terbongkar kali ini. Mengapa begini berat dugaaanMu pada Ya Allah. Air mataku mengalir deras.

“Zira, kau kenal Mohd Arif Ershad, kan?” soalnya padaku lagi.

Aku memandang tepat ke matanya. Aku benar-benar tidak memahami apakah kaitan persoalan ini dengan Mohd Arif Ershad. Langkah Zulia mendekatiku, dan kata-katanya cukup tenang. Oh, apakah semua ini. Apakah lagi kali ini dugaanMu padaku. Aku tidak mahu berhadapan semua ini dengan emosiku, namun aku tidak mampu mengawalnya. Aku mahu semuanya berlalu dengan baik, namun apakah lagi ruang untukku selepas ini.

“Apa maksud Zulia ni? Tolong jangan kelirukan Zira…” ujarku lagi kemudian dengan jutaan keliru.

Mataku hanya memandang Zulia. Apakah penjelasan yang mahu dikatakannya? Apakah penjelasanmu, Zulia. Janganlah ada persoalan lagi. Air mataku mengalir deras. Aku amat penat sebenarnya. Penat dengan jutaan persoalan yang datang di dalam hidupku.

“Sebenarnya dia yang memulangkan diari kecilmu ini pada Zulia. Memang Zulia tidak pernah kenal siapa dia. Zira tidak pernah ceritakan apa-apa pada Zulia walau kita ini kawan baik. Tetapi Zulia yakin dia benar-benar ikhlas terhadapmu..” ujar Zira perlahan.

Fikiranku semakin bercelaru. Aku benar-benar terkedu dengan bicaranya. Tetapi aku benar-benar tidak mampu memahaminya.

“Zira ada pergi jumpa dia dua hari lalu, kan? Zira tercicir diari kecil Zira. Dia terbaca sajak yang Zira tulis di dalamnya. Dan dia amat yakinsajak itu sudah cukup untuk menjelaskan yang Zira menyembunyikan rahsia yang menyebabkan Zira memutuskan hubungan dengannya." ujar Zulia dengan nada meninggi.

Mungkin geram dia dengan sikapku yang menolak mendengar penjelasannya.

Sungguh aku tergaman dengan kata-kata yang terpacul dari bibir Zulia. Zulia ku lihat mengeluh. Mungkin dia tidak menyangka akan meninggi suara kepadaku. Matanya cuma memandangku dengan penuh pengertian..dan aku terlalu kelu untuk menjawab kata-katanya.

"Mungkin semuanya apa yang amat berat Zira luahkan pada dia selama ini dan Zulia sendiri. Zira ada catat nombor telefon Zulia pada diari kecil kan? jadi, dia hubungi Zulia untuk pulangkannya. Dia ceritakan semuanya pada Zulia, namun dia pesan satu perkara pada Zulia. Dia cakap bahawa dia tetap menerima Zira walau apapun yang pernah terjadi dalam hidup Zulia kerana dia betul-betul ikhlas untuk memilih Zira sebagai suri hidupnya” sambung Zulia lagi.

Sungguh aku semakin terkedu. Adakah ini ketentuan takdir yang Maha Esa. Aku tidak menduga hari yang redup ini seperti redup hatiku juga. Zulia datang mendekatiku. Seperti selalu dia memeluk kemas diriku. Air mataku di sekanya penuh jujur dan kasih sayang. Aku rasa bersalah pada Zulia. Aku tidak seharusnya meragui kejujuran persahabatan yang telah kami bina selama ini.

Jika aku tidak pernah mengenali Mohd Arif Ershad, haruskah kedukaan ini aku lemparkan pada Zulia? Seorang gadis yang terlalu menyanyangiku dengan jujur.

“Maafkan Zira..” ujarku perlahan dengan penuh rasa bersalah.

Aku rasa amat berdosa kerana menuduh Zulia. Aku cuma terlalu emosi dengan apa yang berlaku. Ia terlalu mendadak bagiku.

“Tidak mengapa Zira, Zulia sentiasa memahami perasaanmu. Kita bukan sehari dua baru kenal. Dah hampir 6 tahun. Perasaan Zulia terlalu mendalam terhadapmu..”jelas Zulia sabar.

Aku tunduk sedih. Perasaanku teramat resah dengan persoalan yang berlaku dalam hidupku. Aku tidak seharusnya merasa sayang pada lelaki itu setelah apa yang berlaku terhadap diriku. Entah mengapa semua ini harus berlaku dalam hidupku, namun salahkah untukku menyayangi seseorang. Apakah aku tidak layak di sayangi?

“Zira, kita semua insan biasa..kita tidak mampu melawan kehendak takdir. Tidak pernah salah jika Zira menerimanya. Dia lelaki yang terlalu jujur. Zira menyintai seseorang yang layak menjadi teman hidupmu. Lupakan kisah silammu yang pahit.” bicara Zulia dengan lembut.

Aku berpaling pada luar tingkap. Hujan semakin lebat menyimbah bumi. Perasaanku semakin kelam dan keliru. Aku tekad dengan keputusanku. Suatu keputusan yang hanya menampakkan bahawa suatu jalan untukku keluar dari persoalan yang membelenggu fikiranku.

Sungguh aku hanya manusia lemah. Aku tidak kuat untuk menghadapi semuanya dengan tabah seolah-olah apa yang berlaku hari ini tidak terjadi.

“Zulia, please jangan ceritakan pada sesiapapun apa yang berlaku dalam hidup Zira. Zira tidak mahu sesiapapun tahu. Maafkan Zira..” ujarku perlahan.

Air mataku mengalir deras. Aku terlalu pilu untuk hadapi hari-hari mendatang.

“Usahlah Zira meragui Zulia. Keikhlasan persahabatan yang di bina selama ini akan sentiasa Zulia hargai sepenuhnya. Zulia terlalu kagum dengan Zira yang amat tabah menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Kini, baru Zulia faham mengapa Zira terlalu istimewa..kerana hati Zira yang terlalu suci.

Semakin banyak bicara Zulia, semakin terharu hatiku. Aku tahu aku seharusnya melupakan semua kisah silamku namun aku tidak dapat memadamkan kisah itu. Aku tidak berani menyakini sepenuhnya perasaan insan lain terhadapku, namun aku cukup yakin jika Allah swt mengizinkannya, pasti ada satu ruang yang menjelaskan segala persoalan.


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.
[ Telah diedit oleh: NurArisha pada 28-09-07 13:14 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 11:52


kisah ni saya paparkan bagi seseorang yang mungkin ada kisah silam tersendiri yang mungkin dia tak luahkan pada org, namun dia masih teruskan perjalanan hidupnya..

tak mudah sebenarnya nak bangkit dari kisah silam..tapi sokongan persahabatan yang ikhlas mungkin membantu..

kawan yang ikhlas sentiasa trm diri kita seadanya..sentiasa memahami dan jujur..

sesungguhnya, bahagia tetap ada bagi org yang sabar, bagilah ruang untuk diri hidup bahagia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 01-10-07 16:57


;-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

hiddenblade
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2007
Ahli No: 31318
Posting: 157
Dari: IBRAHzine

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 17:58


Pada 01-10-07 11:52 , NurArisha posting:

!!! QUOTE !!!

kisah ni saya paparkan bagi seseorang yang mungkin ada kisah silam tersendiri yang mungkin dia tak luahkan pada org, namun dia masih teruskan perjalanan hidupnya..

tak mudah sebenarnya nak bangkit dari kisah silam..tapi sokongan persahabatan yang ikhlas mungkin membantu..

kawan yang ikhlas sentiasa trm diri kita seadanya..sentiasa memahami dan jujur..

sesungguhnya, bahagia tetap ada bagi org yang sabar, bagilah ruang untuk diri hidup bahagia..



erm....
Bagus. penyampai perasaan orang lain lah ni


------------------------------------------------------------------

IBRAHzine



Bookmark and Share

    


  Member Information For hiddenbladeProfil   Hantar PM kepada hiddenblade   Pergi ke hiddenblade's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 11-10-07 20:52


seronok lah cerita ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-09-08 10:58


Maaf. cerita ni ada sambungan lagi..tetapi belum sempat nak siapkan..sibuk sikit..nanti saya masukkan..

menulis ni hobi sahaja. memang banyak kelemahan..harap dapat bimbingan kawan-kawan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105465 saat. Lajunya....