Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: susahnya menjadi seorang pmimpin


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» susahnya menjadi seorang pmimpin

Please Mendaftar To Post


Oleh susahnya menjadi seorang pmimpin

nurulsya_87
Warga Rasmi
Menyertai: 27.12.2005
Ahli No: 21461
Posting: 14
Dari: marang

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-09-07 01:54


bila kita fikir-fikir..
sebenarnya susah nak jadi seorang pmimpin yang dapat memuahkan hati org lain..
bila buat silap org akan kata kat kita..
ila buat bek semua datang mmuji..huhuhu.. :-(
bila pkirkan rasa macam nak ltak jwatan..
mungkin ak tak layak jadi seorang pemimpin..
bila kita buat sesuatu org tak hargai pun..
stdi ak pun macam ap saja..
tak d masa nak stdi..dengan keaadan yang ltih..
ak bukan nak buat sesuatu itu kerna glamor..
ak buat hanya kerna ALLAH TAALA..
membantu orang-orang yang inginkn pertlgan..
tapi!!!!..
ak tau bukan semua suka kat ak..
ramai yang kata belakang ak..ak kshankan pnlong ak..
ramai yang kata kat dia..ak sedih macam ni..
ak bukan nak simpati tapi hanya nak luahkan..
Ya Allah bantulah Hamba Mu ini..
kawan-kawan doakanlah ak berjaya dunia dan akhirat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurulsya_87Profil   Hantar PM kepada nurulsya_87   Quote dan BalasQuote

sakeenah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.03.2005
Ahli No: 15077
Posting: 308
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 17-10-07 23:38


memang begitu lumrah dunia..

siapa kata jadi pemimpin senang??

lihat sahaja Rasulullah s.a.w..

seorang pemimpin yang dikagumi dulu,kini dan selamanya..

tapi ketika baginda memimpin..

ada juga orang yang mencaci,menghina,mengutuk bukan ??

apapun,

kita sebagai pemimpin kena berfikiran positif..

orang kutuk kita sebab sayangkan kita agar kita dapat memimpin orang dengan sebaiknya..

sekarang baru tahu kan..selama ini kita kutuk pemimpin kita..

bila dah jadi pemimpin..baru tahu susah senangnya..:)

"berjuang memang pahit..kerana syurga itu manis"

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakeenahProfil   Hantar PM kepada sakeenah   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-07 23:58


bila kita jadi seorang pemimpin, kita harus menjadi kawan kepada org yang dipimpin...jadi bapa/ibu kepada org yang dipimpin...

bukan senang nak jadi seorang pemimpin...ana teringat kata-kata senior ana kat sekolah dulu "Allah pilih enta untuk jadi pemimpin melalui wasilah dunia yakni kami...kalau enta tak terima atas alasan tak mampu, mungkin pengganti enta yang memimpin selepas ni akan lebih teruk memimpin berbanding enta"...mmm...tu lah kata-kata senior ana dulu. jadi, kena banyak taqarrub dengan Allah kalau jadi pemimpin...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 01:59


cita-cita yang besar memerlukan pengorbanan yang besar. Semakin susah mendapatkan sesuatu menunjukkan nilai apa yang kita inginkan itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

angur
Warga Rasmi
Menyertai: 04.10.2007
Ahli No: 31326
Posting: 12
Dari: Manjung

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 11:04


pemimpin..oh peminpin..
pemimpin adalah ktua,atupon bos..bukan snag nak jadi pemmpin yang bagus dan di sukai org..ia perlu bersifat profesional dalam semua bidang yang hendak dia alami.
itu nama nya manusia tak pernah lari dari salah dan kebencian org pada kita...

rasullullah dulu pun mcam2 dugaan untuk memimpin umt2 nya dan kaum2 yang menentangnya..tetapi ianya menunjukan taladan yang baik untuk dicontohi dan diikuti...semua org pandai cakap,hendak jadi pemimpin...tetapi mereka igan senag nak memimpin org ke jalan yang betul dan benar...

ana pun tak pandai sgat bab2 nsihat org ni...tmbah pula cakap bab2 pmimpin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For angurProfil   Hantar PM kepada angur   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-10-07 12:17


betul-betul...
susah tau jadi pemimpin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 12:49


e2la bila di fikirkan mana ada yang sanggup menjadi pemimpin
dalam al_Quran ada menyebut
antaranya diberikan kepada bukit, bukit tak mahu
tapi manusia itu tamak & degil

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 18-10-07 12:52


pernah rasa masa buat event kat U dulu
time tu lah tahu mana kawan, mana lawan, mana kekangan, mana dugaan, last2 lagi suka jadi back stage krew saja...
hehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 12:55


pemimpin adalah tunjang akarnye, pengikut adalah rantingnye, kalau akar mati, rantingnye rapuh dan akan mati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 18-10-07 14:42


Sekadar Perkongsian...untuk lebih menguatkan Hati agar dapat meneruskan perjuangan...... :-)



Rasulullah s.a.w. bersabda : “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”. (Yang dipersetujui oleh Bukhari dan Muslim)




PIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB
Pemimpin didalam Islam bukanlah suatu keistimewaan, tetapi ia adalah tanggungjawab. Dengan menjadi pemimpin maka akan bertambahlah tanggungjawabnya. Lebih tinggi bidang kepimpinannya, lebih besar pula tanggungjawabnya. Apabila tanggungjawab bertambah luas, kewajipannya juga bertambah. Soalan-soalannya dihadapan Allah s.w.t. juga bertambah banyak. Justeru itu, janganlah memandang ringan terhadap tanggungjawab ini dan sekiranya diri ini telah menerima tanggungjawab, jujur dan sabarlah dalam mengharunginya. Besar ganjaran pahala yang Allah s.w.t. kurniakan kepada pemimpin yang berjaya menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan.


PIMPINAN SEBAGAI DUGAAN
Oleh kerana dengan menjadi pemimpin, akan bertambah kewajipan seseorang dan makin banyak soalannya dihadapan Allah s.w.t. , maka pemimpin didalam Islam bukanlah menjadi rebutan. Rasulullah s.a.w. telah meletakkan asas-asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan, tetapi bertanggungjawab.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kami demi Allah s.w.t. tidak melantik sebagai pengendali tugas ini seorang yang memintanya atau berusaha mendapatkannya”. (Riwayat Muslim)

Pemimpin itu hendaklah dipegang oleh seorang berdasarkan hak dan kebenaran. Yakni seseorang itu mempunyai sifat-sifat dan kebolehan-kebolehan yang melayakkan dirinya berada dikerusi pemimpin dan mampu menjalankan kewajipan-kewajipan sebagai pemimpin.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Ia (pemimpin) adalah amanah. Dihari kiamat ia menjadi punca kehinaan dan penyesalan, kecuali mereka yang mengambilnya dengan haknya (yakni cukup syarat-syaratnya) dan menunaikan kewajipan-kewajipan yang terkandung didalamnya”.                                                        (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu-Zar )

Selain itu,

Rasulullah s.a.w. bersabda : “orang yang terpilih dikalangan kamu ialah ketua-ketua kamu yang kami kasihkan mereka dan mereka berdoa untuk kebaikan kamu. Orang-orang yang jahat dikalangan ketua-ketua kamu ialah ketua yang kamu benci mereka dan mereka membenci kamu. Kamu melaknat mereka (mengharapkan mereka ditimpa laknat) dan mereka melaknat kamu”.     (diriwayat oleh Muslim)

Para pemimpin dan ketua yang telah dilantik hendaklah melantik pembantu-pembantu yang jujur dan berkebolehan, tanda-tanda kejujurannya ialah sentiasa bersikap beriman dan tidak mengampu sehingga membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar. Apa juga yang dikatakan oleh ketua ia membenarkan, walaupun salah. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
“Apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang ketua itu menjadi ketua yang baik, ia menjadikan pembantunya itu bersikap benar. Jika ia lupa (lupa kepada Allah s.w.t. dan menyeleweng dari kebenaran) ia mengingatkannya. Jika Allah s.w.t. menghendaki ketua itu menjadi ketua yang lain daripada itu, dijadikan pembantunya seorang yang jahat, jika ia lupa tidak diingatkannya dan jika ia ingat tidak dibantunya. (Diriwayatkan oleh Abu Daud)


Oleh kerana tugas pemimpin itu berat dan luas, maka ganjaran baik yang disediakan untuk pemimpin diakhirat yang menjalankan kewajipannya adalah besar. Diantara tujuh orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. yang akan mendapat perlindungan Allah s.w.t. pemerintah yang adil diletakkan disenarai yang pertama. Sebaliknya mereka yang menjadi pemimpin sedangkan dia tidak layak dan tidak menjalankan kewajipannya, ia akan menerima balasan yang pedih. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang mengetuai urusan orang-orang Islam dan tidak bersusah-payah untuk mengendalikan urusan mereka dan tidak member nasihat dan tunjuk ajar kepada mereka, ia tidak akan masuk syurga bersama-sama mereka”.

Seksaan Allah s.w.t. bertambah berat lagi bagi mereka yang menjadikan kedudukan mereka sebagai pemimpin sebagai jalan untuk kepentingan diri mereka dan menipu orang-orang yang mereka pimpin.



sumber: Buku Manusia dan Islam (DR.Haron Din)


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 08-11-07 11:35


Pada 18-10-07 14:42 , mohamad posting:

!!! QUOTE !!!


Rasulullah s.a.w. bersabda : “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya”. (Yang dipersetujui oleh Bukhari dan Muslim)


jangan takut untuk menjadi pemimpin..setiap orang adalah pemimpin kepada dirinya sendiri.dia yang menentukan hala tuju dirinya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-11-07 11:39


:) pemimpin kan banyak bahagian, ada pemimpin diri sendiri, pemimpin dalam keluarga, pemimpin dalam organisasi, pemimpin rakyat - boleh ditambah lagi.

Dan setiap darinya ada tanggungjawabnya masing-masing. YAng nyatanya - kita semua adalah pemimpin yang paling khusus adalah untuk diri sendiri.

Kita adalah pusat kawalan pada diri sendiri :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10771 saat. Lajunya....