Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-11-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan muncul dari jiwa yang kotor sebagaimana biji benih takkan tumbuh pada tanah yang gersang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 113
Ahli: 0
Jumlah: 113




  Yang Masuk Ke Sini
nur_takwa88: 3 hari yang lalu
kismis: 3 hari yang lalu
qaulah_atrah: 14 hari yang lalu
muaz9768: 18 hari yang lalu
Rashdin: 24 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: RUSUHAN batu buruk-jangan dengar satu pihak sahaja


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» RUSUHAN batu buruk-jangan dengar satu pihak sahaja

Please Mendaftar To Post


Oleh RUSUHAN batu buruk-jangan dengar satu pihak sahaja

sastera_ikhtisas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4608
Posting: 37
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-09-07 12:30


KUALA TERENGGANU, 12 Sept (Hrkh) - Individu yang bertanggungjawab membakar bendera Malaysia, Jalur Gemilang sedang dicari bagi memastikan sama ada dia merupakan salah seorang penyokong PAS, orang awam, polis berpakaian preman atau antara pencetus provokasi yang mengundang suasana tidak senang rakyat atas tindakannya itu.

Kejadian bakar bendera ini telah dieksploit sepenuhnya oleh pihak pimpinan Umno/BN bagi menuduh parti pembangkang tidak bertanggungjawab sedangkan individu terbabit belum dikenal pasti identitinya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Abu Bakar Chik juga turut membangkitkan isu tersebut di dalam mesyuarat penyelarasan media bersama beberapa pimpinan, wakil media Harakah dan Siasah termasuk Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berhubung kejadian di Batu Buruk 8 September lalu.

Menurut wakil dan pimpinan yang hadir dalam mesyuarat tersebut, pelbagai versi cerita dikumpulkan untuk mengesahkan kejadian sebenar dan secara am, semua berpendapat bahawa ahli-ahli dan pendokong PAS lazimnya tidak bertindak melampau dan membelakangkan batas-batas agama serta tatasusila negara.
Malah ada yang menimbulkan persoalan ketika mana individu tersebut sedang membakar bendera Malaysia, beliau sama sekali tidak dihalang oleh orang ramai mahupun tidak ditangkap oleh polis dan tidak kelihatan ada orang yang mengerumuni individu terbabit sewaktu kejadian itu.

Difahamkan hampir 500 anggota polis termasuk FRU bertugas di kawasan sekitar Batu Buruk sewaktu insiden tembakan dan tindakan kasar terhadap orang ramai yang hadir pada malam itu.
Di dalam gambar itu juga menunjukkan kawasan tempat individu itu membakar bendera kelihatan agak lenggang dan tidak diketahui waktu tindakan provokasi itu dilakukan.

Di samping itu,adalah sesuatu yang tidak adil bagi pemimpin Umno menuduh bahawa pihak pembangkang yang membakar bendera itu sedang indivdu terbabit tidak dikenali malah sukar kerana memakai topi keledar yang menutup sebahagian wajahnya.
Sehingga kini, rata-rata saksi yang ditemui yang menyaksikan insiden kekasaran polis pada malam itu, memaklumkan tidak mengetahui tentang kejadian bakar bendera itu namun usaha mencari individu terbabit masih diteruskan.

Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit ialah tentang ketepatan fakta dan kronologi kejadian serta mengenal pasti punca sebenar sehingga tercetusnya insiden yang tidak diingini disamping mahu menyampaikan maklumat dan berita sebenar kepada rakyat di negara ini khususnya Trengganu.-az


ULASAN
perancangan puak UMNO?
Dihantar oleh padang hang, on 12-09-2007 10:27
Berdasarkan laporan media arus perdana mengenai tragedi di Batu Buruk, mereka terus melebelkan insiden bakar bendera adalah dilakukan oleh penyokong pembangkang. Kes ini mempunyai keraguannya dari segi pihak yang terlibat. Pertama, kelazimannya jika seorang penyokong yang terlibat sudah tentu ianya akan melibatkan aksi sokongan dari penyokong lain. Kedua, mengapa gambar yang sama disiarkan oleh pihak media, dan ini bermakna ianya adalah dari satu sumber, apakah sumber tersebut. Ketiga, gambar tersebut menunjukkan "seekor beruk" berhelmet yang membakar bendera itu. Ini bermakna seekor lagi beruk yang merakamkan gambar tersebut. Jumlah beruk itu adalah 2 ekor yang boleh dan mudahnya menyusup ke lokasi kejadian dengan menaiki motosikal sahaja. Kumungkinan beruk ini telah diupah "pisang" oleh pihak tertentu untuk melakukan aksi bakar bendera bagi memburukkan imej pembangkang. Keempat, mengapa puak UMNO dengan pantasnya melabelkan beruk yang membakar bendera itu sebagai penyokong pembangkang. Cuba kita imbau kembali, siapakah yang melakukan provokasi semasa pilihanraya, bukankah puak UMNO? UMNO = Umno Memfitnah Number One

Bookmark and Share

    


  Member Information For sastera_ikhtisasProfil   Hantar PM kepada sastera_ikhtisas   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-09-07 12:38


berapa banyak cerita batu buruk daaaaaa!!!!!!!

lantak hang lah nak buka berapa banyak topik pun...
aku bukan nak pangkah PAS pun....
:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-09-07 12:40


Pada 12-09-07 12:38 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!

berapa banyak cerita batu buruk daaaaaa!!!!!!!

lantak hang lah nak buka berapa banyak topik pun...
aku bukan nak pangkah PAS pun....
:-D


:-D ..setuju


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 13-09-07 00:28


orang macam anda memang tidak diajak pun untuk memangkah PAS.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-09-07 17:06


Pada 12-09-07 12:30 , sastera_ikhtisas posting:

!!! QUOTE !!!


ULASAN
perancangan puak UMNO?
Dihantar oleh padang hang, on 12-09-2007 10:27
Berdasarkan laporan media arus perdana mengenai tragedi di Batu Buruk, mereka terus melebelkan insiden bakar bendera adalah dilakukan oleh penyokong pembangkang. Kes ini mempunyai keraguannya dari segi pihak yang terlibat. Pertama, kelazimannya jika seorang penyokong yang terlibat sudah tentu ianya akan melibatkan aksi sokongan dari penyokong lain. Kedua, mengapa gambar yang sama disiarkan oleh pihak media, dan ini bermakna ianya adalah dari satu sumber, apakah sumber tersebut. Ketiga, gambar tersebut menunjukkan "seekor beruk" berhelmet yang membakar bendera itu. Ini bermakna seekor lagi beruk yang merakamkan gambar tersebut. Jumlah beruk itu adalah 2 ekor yang boleh dan mudahnya menyusup ke lokasi kejadian dengan menaiki motosikal sahaja. Kumungkinan beruk ini telah diupah "pisang" oleh pihak tertentu untuk melakukan aksi bakar bendera bagi memburukkan imej pembangkang. Keempat, mengapa puak UMNO dengan pantasnya melabelkan beruk yang membakar bendera itu sebagai penyokong pembangkang. Cuba kita imbau kembali, siapakah yang melakukan provokasi semasa pilihanraya, bukankah puak UMNO? UMNO = Umno Memfitnah Number One


mestilah yang bakar bendera itu...pihak polis dan umno....sama-sama bersubahat buat onar dan kejahatan....umno & polis sekarang sememangnya pengkhianat agama, bangsa dan negara....mereka adalah musuh dalam selimut Islam.

bunuh dan bom orang pun polis boleh buat macam kes altantuya...ini kan pulak bakar bendera....amat mudah bagi polis untuk buat.
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 15-09-07 17:20 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 17:41


masuk tak dijemput, keluar tak disuruh.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 00:12


mmm....kalau betul pun penyokong PAS yang bakar bendera tu, mesti yang tak ikut usrah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 00:16


salam..

bukan kalau betul,

memang belum tau lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 22:26


memag sah pun provokasi UMNO..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

along_zeehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.08.2007
Ahli No: 30811
Posting: 28

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 16:56


Pada 12-09-07 12:38 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!

berapa banyak cerita batu buruk daaaaaa!!!!!!!

lantak hang lah nak buka berapa banyak topik pun...
aku bukan nak pangkah PAS pun....
:-D



hang tak mahu pangkah sudahlah...
dok hingaq buat apa...
tak paksa hang pun...
pangkahlah parti islam hadhari hang itu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For along_zeehahProfil   Hantar PM kepada along_zeehah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 16:58


hmm,macam-macam nak buat semata-mata nak kekal kuasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 17:00


bukankah pas hanya minoriti di terengganu???
Kenapa perlu kaum minoriti yang dipersalahkan...
sedangkan belum tentu kaum majoriti itu benar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 25-09-07 17:09


Assalamualaikum..

yelah...yelah...tak kisahlah kalau ada lapan pihak pun nak bercerita...tapi, kan dah ada tajuk ni..tajuk yang lebih kurang saja...patutnya boleh masuk dalam tajuk tu saja......awat banyak-banyak sangat...berhati-hati na......

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

along_zeehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.08.2007
Ahli No: 30811
Posting: 28

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 17:11


lah...
apa kes?

Bookmark and Share

    


  Member Information For along_zeehahProfil   Hantar PM kepada along_zeehah   Quote dan BalasQuote

aisya_humairah
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2007
Ahli No: 30559
Posting: 10
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-10-07 17:45


memang pun.....org umno ini suka mencari kesalahan org...
semua org pas buat salah....apa yang mereka buat betul....
pemerintahan hari betul-betul tidak adil.....

marilah kita sama-sama menegakkan agama ALLAH.....
takbir!!!!!
allahuakbar!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_humairahProfil   Hantar PM kepada aisya_humairah   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 02-10-07 18:02


betul..betul..betull..(upin kata)

apa salahnya letak dalam satu tajuk saja..ni semua org nak buka tajuk..
mana mode ni....merge sajalah tajuk ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118229 saat. Lajunya....