Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 54
Ahli: 0
Jumlah: 54




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 16 jam, 15 minit yang lalu


Bincang Agama
Topik: Cinta terlarang ....


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Cinta terlarang ....

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta terlarang ....

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 17:46


Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

teruskan membaca ....

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti.

Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul.

Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.

Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…


Assalamualaikum WBT.

Terdiam ustaz membaca email ukhti.

Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang sama.

Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan berfikir, di manakah silapnya.

Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

Semakin ramai siswa dan siswi cuba menjustifikasikan bahawa cinta mereka adalah suci kerana mereka ber’sms’ hal-hal iman dan amal, sedangkan yang terangsang bukanlah keinginan untuk beribadah, tetapi gelodak nafsu yang licik menipu.

Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti, bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.

Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain.

Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul kesannya di kemudian hari.

Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masing-masing telah berjaya membuktikan bahawa Allah ‘telah kalah’ dalam perhubungan antum.

Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan perempuan lain.

Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga. Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia sebelum hukuman Akhirat.

Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.

Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini kecuali taubat dan hijrah.

Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang ukhti katakan ‘baik’.

Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi dalam pahit itu selalu ada penawarnya.

Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai tuan empunya badan dan kehidupan.

Salam dan doa dari ustaz.

ABU SAIF

Saifulislam.Com juga mencadangkan artikel berikut...
Keraguan: Adakah Ia Jalan Islah? by saifulislam on November 5th, 2006

Di Mana Ada Kemahuan, di Situ Ada Jalan by saifulislam on April 26th, 2007

Setia Menonton Berita by saifulislam on July 15th, 2007

Sehari di Miri by saifulislam on July 2nd, 2007

Kenapa Mahu Menjadi Ustaz? by saifulislam on May 2nd, 2007

Menjadi Muslim di Bumi Asing by saifulislam on May 10th, 2007

Mudahkan Laluan Perubahan Diri by saifulislam on March 12th, 2007

http://saifulislam.com/?p=691


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 18:54


sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana jannah itu manis


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 08-09-07 21:50


!!! QUOTE !!!


Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.


Manusia tak lari dari kesilapan dan kesalahan, kerna dengan jalan ini dapat memberi petunjuk bahawa kita dijalan yang salah,kecuali bagi mereka yang tak menyedarinya, muhasabahlah diri dimana berdirinya kaki kita ini.


-----------------
Berjiwa daie, Berfikiran Faqih...


Bookmark and Share

    


  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 22:05


syukran, information membina

Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

zainul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2007
Ahli No: 30568
Posting: 76
Dari: sepang

malaysia  


posticon Posting pada: 09-09-07 07:11


"Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang ‘manis’ itu, maka ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca maksiat kepada satu sama lain."

apakah maksud ustaz denga pernyataan di atas? saya faham pasal dosa tu, maksud saya, apa yang dilakukan oleh saudara kita tersebut. adakah kita menghantar emel mengenai ilmu pengetahuan yang di ambil dari portal ni kepada teman perempuan, juga satu dosa kecil? kalau ya, saya akan cuba hentikannya... boleh ustaz jelaskan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zainulProfil   Hantar PM kepada zainul   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-07 09:09


salah kalau kita guna tazkirah itu sebagai alat atau modal berlambangkan islam tapi niatnya lain..

wallahua'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-07 09:55


Apa maksud anakanda mujahidah_muslimah ya?

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 09-09-07 10:12


Pada 09-09-07 09:55 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Apa maksud anakanda mujahidah_muslimah ya?

Wallahuta'ala a'lam bissawab


assalammualaikum ummiq..

maksud anakanda, jika kita hantar rtazkirah dan sms kepada seseorang dengan niat nak mencipta sesuatu perhubungan. perkara yang kita hantarkan itu hanya sekadar modal untuk kita memulakannya..

itu yang anaknada maksudkan bermodalkan islam..
matlamat tidak menghalalkan cara..

mohon ummiq tambah jika ada kekurangan..

waallahua'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 09-09-07 13:07


Pada 08-09-07 17:46 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!



...

Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun bertahajjud… tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

...




Saya rasa isu utama yang menjadikan persoalan ini AMAT BERAT ialah bila mana ia melibatkan org yang sudah berkahwin ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 09-09-07 13:22


Manusia tidak lari dari membuat kesilapan.. 2 adalah fitrah semula jadi.. lebih lebih lagi, manusia yang hidup di akhir zaman macam kita semua ni.. saya, awak, antum, semua sama.. manusia biasa.. Betul tak???

yang kita boleh usahakan ialah, doa dan jauhkan diri dari maksiat.. dan cuba sedaya upaya untuk menjauhi maksiat.. walklahu A'lam bisswab

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-07 13:31


moga-moga kita semua dijauhkan dari segala maksiat dan kemungkaran sama ada yang nyata ataupun tersembunyi.... amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

indah_humaira
Warga Rasmi
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30922
Posting: 1
Dari: JELAPANG PADI

Kedah  


posticon Posting pada: 09-09-07 15:30


Manusia tidak lari dari membuat kesilapan.. 2 adalah fitrah semula jadi.. lebih lebih lagi, manusia yang hidup di akhir zaman macam kita semua ni.. saya, awak, antum, semua sama.. manusia biasa.. Betul tak???

yang kita boleh usahakan ialah, doa dan jauhkan diri dari maksiat.. dan cuba sedaya upaya untuk menjauhi maksiat.. walklahu A'lam bisswab



saya setuju dengan pendapat sayang_semuanya..

yang penting kita mesti elakkan diri dari dibelenggu dengan perkara yang dilarang oleh ALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For indah_humairaProfil   Hantar PM kepada indah_humaira   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-09-07 00:24


sungguh berat bilamana cinta kita dilarang...huh..ya allah..directkan cintaku hanya pdamu tuhan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

zainul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2007
Ahli No: 30568
Posting: 76
Dari: sepang

malaysia  


posticon Posting pada: 13-09-07 06:09


jauhilah maksiat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zainulProfil   Hantar PM kepada zainul   Quote dan BalasQuote

arebie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-07 09:48


ya Allah ampuni dosa-dosa kami.. boleh jdkn teladan tok diri s'diri, pasangan dan semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arebieProfil   Hantar PM kepada arebie   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 18:17


Faham maksud anakanda mujahidah_muslimah tu. Kekadang yang menghantar sekedar mencuba nasib saja tetapi terpulang kepada yang menerima sms itu untuk membuat keputusan meneruskan atau mendiamkan saja. Seeloknya mendiamkan saja. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 18:18


Bagi yang sedar bahawa memulakan itu satu dosa maka elak dari memulakan dan bersilaturrahmi dengan cara yang syarak.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111295 saat. Lajunya....