Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Jadilah orang pemaaf


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Jadilah orang pemaaf

Please Mendaftar To Post


Oleh Jadilah orang pemaaf

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 12:34


SOALAN
Suami saya pernah melakukan maksiat dengan perempuan lain selama dua tahun tanpa pengetahuan saya. Bagaimanakah caranya saya boleh melupakan kecurangan suami yang menjadi trauma kepada saya sekian lama?

JAWAPAN
Anggaplah perkara itu sebagai satu tragedi dalam kehidupan puan. Orang yang paling baik di antara kita ialah orang pemaaf. Lebih baik puan fikirkan bagaimana mengembalikan kebahagiaan rumah tangga.

Berfikir terhadap perkara yang sudah lepas secara berterusan akan membawa kesan-kesan negatif dalam diri. Seperti ditimpa perasaan murung, susah hati, kecewa, marah dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada pergaduhan yang berpanjangan.

Jika ini berlaku ia tidak sihat bagi sebuah rumah tangga di dalam mencapai kesejahteraan berkeluarga.

Cadangan saya sekiranya perempuan yang dirosakkan oleh suami puan anak dara orang, adalah lebih baik dikahwininya. Kerana suami puanlah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini. Syaratnya, perempuan itu mahu berkahwin dengan suami puan dan situasinya mengizinkan.

Walaupun kita tahu hukuman bagi seorang penzina bukan dengan kesudahan kahwin, tetapi ini memberi peluang untuk dia memperbaiki diri dan wanita yang dirosakkannya itu.

Mungkin kita pun ada anak, esok lusa kalau ada orang merosakkan anak kita, apa perasaan kita? Atau bagaimana perasaan kita jika ada orang merosakkan adik perempuan kita?

Dalam persoalan ini, perkara yang paling utama ialah masing-masing kena bertaubat. Menyesali perbuatan yang terkutuk itu dengan tangisan dan pengharapan agar dosa diampuni oleh Allah s.w.t.

Akhirnya, berilah peluang kepada suami puan berubah dan memperbaiki kesilapannya. Manusia perlu diberi peluang, mungkin dengan peluang yang diberi suami puan boleh jadi seorang suami yang lebih baik daripada sebelumnya.

Ini kerana setiap kebaikan puan akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan kebaikan juga. Mudah-mudahan kebaikan dan sikap toleransi puan dilihat positif oleh suami puan untuk terus menjadi suami yang baik, cintakan keredaan Allah dan bencikan kemurkaan-Nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

laili
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-09-07 16:53


maaf boleh tapi melupakan tidak sama sekali

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailiProfil   Hantar PM kepada laili   Pergi ke laili's Website   Quote dan BalasQuote

east_salju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6074
Posting: 106
Dari: d bawah lindungan bayu

demrepcongo   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 20:57


alahamdulillah...sebesar mana pun kesalahan seseorang itu pada ana..ana tetap memaafkannya...hidup ini singkat...terlalu singkat untuk bermusuhan..
namun seperti kata laili...melupakannya...rasanya tidak mungkin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For east_saljuProfil   Hantar PM kepada east_salju   Pergi ke east_salju's Website   Quote dan BalasQuote

putra_adi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.10.2005
Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 08-09-07 21:36


salam,
sifat pemaaf secara langsung dapat memadamkan api kemarahan dan kebencian, selain itu salah satu cara untuk menenagkan jiwa bila menghadapi satu masalah seperti ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putra_adiProfil   Hantar PM kepada putra_adi   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 12:22


kalau boleh memang taknak berdendam dengan sesiapa..maafkan semua orang sebelum tidur..selesaikan di dunia..sepertimana mengharapkan Allah dan orang lain maafkan kita, jadilah orang yang sedia memaafkan..tapi kadang-kadang susah juga nak lupakan perbuatan orang pada kita walaupun kita dah maafkan orangnya..adakah ini tanda kemaafan itu tidak ikhlas? atau bukan kemaafan sebenar? hmmm..apapun maafkan semua orang baru hati tak resah dengan dendam, benci dan marah


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
[ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 16-10-07 12:23 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-10-07 12:26


saya maafkan semua org di muka bumi ini sempena raya yang mulia ini....
maafkan beta juga ya

Bookmark and Share

    


  Member Information For RaudhatuL_MuttaqinProfil   Hantar PM kepada RaudhatuL_Muttaqin   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-07 12:37


Pada 16-10-07 12:26 , RaudhatuL_Muttaqin posting:

!!! QUOTE !!!

saya maafkan semua org di muka bumi ini sempena raya yang mulia ini....
maafkan beta juga ya



sekarang bukan saja kena maafkan orang di muka bumi tapi orang di angkasa lepas pun kena maafkan..hehe


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099377 saat. Lajunya....