Bismillahirrahmaanirrahim..
Soalan :
Siapakah golongan yang dijamin masuk syurga?
Jawab :
Orang-orang mukminun yang dikenali sebagai asSabiqun (golongan awal beriman) dan melalui pancaroba mempertahankan akidah dan ketaatan mereka kepada Allah dalam setiap lapangan dijamin semuanya akan masuk ke dalam Syurga.
Ini seperti Firman Allah Taala :
“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”
"Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu."
Serendah-rendah martabat orang yang mendapat berita gembira tersebut bahawa dia mati didalam keadaan beriman. Itulah juga dikatakan pengakhiran kehidupan secara yang terbaik (husnul khatimah).Sehingga walaupun terdapat baginya dosa-dosa yang tidak diampuni ALlah, maka dia akan diseksa di neraka dengan kadar dosanya dan sekiranya tidak ada syafaat baginya untuk lebih dahulu masuk ke syurga dan menetap di neraka bagi tempoh tertentu. Kemudian, beliau akan keluar dan masuk kesyurga.
Adapun kemuliaan yang lebih daripada golongan itu, mereka mati diatas iman, diampunkan dosa, dan tidak akan masuk neraka sesuai dengan firman ALlah :
"dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang Yang bertaqwa, dan Kami akan biarkan orang-orang Yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di Dalam neraka itu."
Dan golongan yang dijamin masuk syurga adalah sebaik-baik kurun iaitu kurun/zaman Baginda Sallahu'alaihiwasallam seperti yang thabit didalam hadith. Rasulullah juga membawa berita gembira bahawa ada jemaah dari kalangan sahabatnya dengan khusus akan masuk syurga iaitu 10 orang disertai dengan hadith-hadith.
Begitulah juga terdapat beberapa hadith antaranya hadith Sa'id bin Zaid (antara golongan 10) yang berkata, bahawa Rasulullah bersabda "10 orang di syurga iaitu 1-Abu Bakar di syurga, 2-Umar di syurga 3-Uthman di syurga, 4-Ali 5-azZubair di syurga 6-Talhah di syurga 7-Abdurrahman bin Auf di syurga 8-Abu Ubaidah di syurga 9-Saad bin Abi Waqas di syurga", kemudian beliau (Said bin Zaid) diam dari menyebut yang kesepuluh, dan apabila ditanya dia memberitahu bahawa dia (Said bin Zaid termasuk didalam 10)- Riwayat atTirmizi
Imam Bukhari berkata "Ia merupakan hadith yang paling sahih dari jaluran Abdurrahman bin Auf. Khalifah yang empat sudah makruf (akan masuk syurga) dan ramai menulis tentangnya". (tidak disebut sumber dari alBukhari-pent)
(5)Adapun Zubair iaitu anak alAwwam maka Rasulullah pernah menyatakannya "bagi setiap nabi ada rakan taulan, maka rakan taulanku azZubair" . Dia merupakan penghunus pedang pertama didalam siri jihad di jalan ALlah .Rasulullah menyatakan kepada diri azZubir didalam peperangan alAhzab "aku tebus emak dan ayahku" dan wafat pada 36 hijrah.
(6)Talhah iaitu anak kepada Ubaidulullah. Ketika nabi menaiki belakangnya ke sebuah padang pasir di Uhud, Baginda mendoakan dan bersabda "kamu wajib, Talhah.." iaitu diwajibkan bagi Talhah masuk syurga. Wafat pada 36 hijrah jua.
(7)Abdurrahman bin Auf mempunyai harta (bussinessman) yang banyak selepas hijrah. Dia bersedekahkan harta-hartanya kepada orang ramai. Wafat pada 30 atau 32 hijrah.
(

Abu Ubaidah bin alJarrah digelar oleh Rasulullah dengan "aminul ummah" ketika Baginda mengirimnya kepada rombongan Nasrani di Najran. Wafat pada 18 hijrah kerana penyakit taun.
(9)Saad bin Abi Waqas ialah pemanah pertama didalam siri jihad di jalan ALlah. Antara sahabat yang mustajab doanya. Nabi bersabda kepadanya ketika peperangan Uhud "Lontarkan (panah,)aku tebus engkau dengan ayah dan ibuku" . Beliau merupakan pahlawan di dalam peperangan alQadisiah. Wafat pada 55 hijrah.
(10)Said bin Zaid bin Amru bin Nufail adalahnya mustajab doanya. Wafat pada 51 hijrah
*Tambahan (pent)
Kalimah Fidaka Abi Wa Ummi didalam hadith:
Imam Nawawi (w677h) berkata “perkataan “fidaka abi wa ummi” (aku tebus dengan ayah dan ibuku) menunjukkan keharusan penebusan dengan kedua ibu bapa. Itu adalah pendapat jumhur. Umar alKhattab dan Hasan alBasri tidak menyukainya. Ia juga tidak disukai oleh sebahagian ulama menggunakan kalimah tersebut. Sebenarnya, ia diharuskan kerana ia bukan tebusan secara hakiki tetapi ia merupakan kalam yang paling lembut dan menunjukkan kecintaan kepada seseorang serta kedudukannya dan ini ditunjukkan didalam hadith-hadith”
Edisi Terjemahan, Edit & Tambahan : ibnuhazam
Mufti: SS Atiyyah Saqr
Rujukan:
Fatawa alAzhar 10/129
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=86988&highlight=&sid=9077169aae9cd9c9419643db681a48b3#86988-----------------