Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 7 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: RAKAN-RAKAN UKHWAH,,TOLONGLAH SAYA!SAYA PERLUKAN PENDAPAT, NASIHAT ATAUPUN BANTUAN.


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» RAKAN-RAKAN UKHWAH,,TOLONGLAH SAYA!SAYA PERLUKAN PENDAPAT, NASIHAT ATAUPUN BANTUAN.

Please Mendaftar To Post


Oleh RAKAN-RAKAN UKHWAH,,TOLONGLAH SAYA!SAYA PERLUKAN PENDAPAT, NASIHAT ATAUPUN BANTUAN.

eislamm
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2007
Ahli No: 30012
Posting: 28
Dari: pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 00:06


saya ada masalah berkaitan dengan masa depan saya 1 hari nanti.bunda saya berkenan dengan seorang guru dan berniat ingin menjodohkan saya dengan guru tu.tapi......cikgu tu memule berhubung dengan kakak saya dan bagi saya guru tu suka pada kakak saya tetapi kakak saya sudah punyai kekasih.lepas tu, pertama kali guru tu lihat saya,guru tu ingin berkenalan dengan saya dan guru tu jagak menyatakan yang dia nak masuk meminang saya andaikata kami serasi. sekarang kami berhubung untuk mengenali hati budi masing-masing.saya berhubung dengan guru tu bukanlah atas kehendak atau kerelaan saya.apa yang saya lakukan sekarang ini adalah disebabkan bundasaya.saya tak sanggup nak bantah setiap kata ibu saya sebab saya fikir apa yang bunda saya buat semuanya adalah untuk kebaikan diri saya. bunda saya juga tahu bahawa guru tu pernah meminati kakak saya.saya pun tidak pasti sama ada guru tu masih menyimpan perasaan pada kakak saya ataupun tidak.mungkin ada sebab kakak saya ada cakap yang guru tu ada memberi reaksi cemburu bila terlihat kakak saya bersama dengan kekasihnya....patutkah saya teruskan permainan ni.apa yang perlu saya cakap pada guru tu tentang perasaan dia pada kakak saya.please.....help me.semua ni bukan kehendak saya......saya tersepit antara kehenak bunda saya dan hati saya yang tak nak dimiliki oleh mana-mana lelaki buat masa sekarang ini..... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For eislammProfil   Hantar PM kepada eislamm   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 00:40


salam...
sekadar memberi pandangan...sekiranya eislamm merasakan anda masih belum lagi bersedia untuk memikul tggjwb dan masih merasakan anda masih perlu ruang untuk diri sendiri...bersikap jujur terutama dengan bonda..cuba nyatakan perasaan dan isi hati anda mengenai cdgnnya..melalui cara dan tutur kata yang berhemah..mengenai guru tersebut,jika anda betul-betul tersepit,beri kata dua yang menyatakan ketidakpastian anda dalam situasi sekarang...jangan memaksa..anda perlu ingat segala keputusan yang anda buat sekarang akan mencorak masa hadapan anda...fikir baik2 dan buatla solat istikarah untuk mendptkan jalan yang betul-betul tepat untuk anda..insyallah,sekiranya kita berusaha,Allah sentiasa memberikan pertolongan... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 01:48


berkenaan dengan guru tersebut,
adalah lebih baik jika eislamn berterus terang sendiri dengannya..
dan tanyakan apakah perasaan guru tersebut sebenarnya terhadap kakak eislamn pada masa ini,
kerana saya sebagai seorang lelaki,
jika betul-betul serius ingin mendirikan rumah tangga dengan kakak eislamn, mana mungkin semudah itu saya memalingkan diri kepada eislamn, itu jika sayalah, (jadi, pilihlah saya.. hehehe..) tapi jika dalam masa terdekat slpas mengetahui kakak eislamn sudah berpunya,terus dia mendekati eislamn..
itu macam terdesak nak berkahwin saja>> :D

apa-apa pun, bawaklh berbincang dari hati ke hati,face to face.
semukalah dan berterus teranglah tentang keragan hati eislamn tu..
tapi kalau berbincang dengan guru tu, jangan berdua saja pulak, kerana bila berdua ni, kita lebih ditemani syaitan yang licik, di samping kita mungkin akan terperangkap dengan emosi sendiri sehingga xdapt membezakan sama ada guru itu berkata benar ataupun tidak.

wallahu a'lam.

sekadar selingan -hendaklah kita sentiasa bersangka baik sesama kita -

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 05:17


.. berbincang lah.. sebab benda ini bukan benda main-main kan.. ini soal serius.. nak memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan sebagai seorang ibu.. memang saudari tersepit di dalam hal ini demi menjaga hati seorang insan yang saudari sayangi dan hormati dia dalam keputusan ini.. tapi saudari perlu juga memikirkan mengenai diri saudari juga.. sebab saudari yang akan menanggung segalanya kan.. ada 2 opsyen.. berbincang dengan emak saudari.. cerita hal yang sebenarnya.. dan kedua berbincang juga dengan lelaki tersebut.. cerita juga hal yang sebenarnya.. insyaALLAH dia akan memahami situasi saudari di samping perbanyakkan berdoa agar ALLAH memberi petunjuk ke arah kebaikan bersama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

eislamm
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2007
Ahli No: 30012
Posting: 28
Dari: pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 10:28


terima kasih sangat-sangat kat ctnurbebo, hyekal dan kakisamun sebab beri saya jawapan dengan pantas.saya memerlukan pendapat ini sebab otak dah kering fikir masalah ini.

memang tak rugi sahabat saya suruh join rakan kat ukhwah ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eislammProfil   Hantar PM kepada eislamm   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-09-07 10:50


Assalamualaikum...
Hmm...sampaikanlah kata hati sebenar pada ibunda...tak salah rasanya...awak ada hak juga untuk memilih..sebelum tiba masa hak untuk memilih tiada lagi di tangan awak...
InsyaAllah dia boleh faham...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

azaha85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.07.2007
Ahli No: 30484
Posting: 92
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 12:32


salam. Sekadar memberi pandangan. labih baik saudari berterus terang kat semua mereka sebab ini masa depan saudari. tak kan lah saudari sanggup hidup dengan leleki yang saudari tak mencintainya. saudari kenalah tegas dalam soal hadap saudari.apa yang paling penting, saudari hendaklah sentiasa buat istiqarah dan berdoalah selalu agar hati bunda dan guru tersebut dapat menerima keputusan saudari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azaha85Profil   Hantar PM kepada azaha85   Quote dan BalasQuote

sayyidah_nafisah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.06.2004
Ahli No: 9433
Posting: 90

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-09-07 13:10


salam
yes
terus terang is da best thing to do

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayyidah_nafisahProfil   Hantar PM kepada sayyidah_nafisah   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 03-09-07 14:34


eislamm - .. sesama lah kita.. aku hanya bercakap mengenai pendapat aku saja.. terpulanglah kepada empunya badan untuk menerima nasihat yang terbaik untuk diri anda tu.. apa pun berterus terang itulah jalan sebaiknya.. berterus terang itu pahit seperti ubat.. tapi yang pahit ubat itu akan menyembuhkan kan.. tapi apa-apa pun semua itu atas perancangan kita tapi hanya ALLAH menentukan yang terbaik untuk hamba2NYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

hyekal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-09-07 23:49


hurm, betul tu kakisamaun
tapi, kalau itu dah keputusan tetap ayah dan ibu eislamn,
harap eislamn dapat terima dengan tabah, sebab mereka berhak ke atas diri eislamn selagi islamn masih lagi dara sunti..
semoga kita tidak termasuk dalam golongan anak derhaka,
na3uzubillah..

kerana biarpun lelaki itu bukan pilihan kita,
namun selagi
ibu bapa kita mengikuti perintah Allah dan menjadi ibubapa yang baik untuk kita,
maka hndaklah kita taat kepada mereka,
dan percayalah setiap ketntuan itu ada hikmahnya..
walau ia mungkin menyeksakan kita
kerana ada Ayat yang menyebut,
"barangkali ada suatu perkara itu yang kamu kira buruk bagi kamu,
sedangkan ia baik untuk kamu,dan barangkali ada suatu perkara itu kamu kira ia sangt baik untuk kamu, bahkan tidak..

apapun good luck!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hyekalProfil   Hantar PM kepada hyekal   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-09-07 07:56


salam...

sekadar ingin menyumbangkan pandangan :)

bagi saya... lebih baik islam nilai sendiri guru tersebut dari 4 sifat yang rasulullah gambarkan.. kemudian tengoklah kepada agamanya.. kalau eislam sendiri nampak yang dia memang beriman dan boleh menjadi pemimpin keluarga yang baik.. apa salahnya eislam menerimanya.. kalau dia kurang sikit bab agama.. tu yang nak kena pertimbangkan dengan teliti lagi..

keduanya tanya pada dia.. adakah dia benar-benar ingin berkahwin dengan eislam ataupun hanya nak lepaskan geram atau dendam... dan bawalah berbincang dengan baik.. insya Allah Allah akan bantu... :)

ketiganya.. dah lepas tegok akhlak dan budi pekerti dia.. dah berbincang dengan dia.. kalau memang eislam belum bersedia lagi.. cakap lah pada bonda yang eislam belum sedia.. kalau tak setuju ada baiknya berterus terang.. cuma dengan cara yang terbaiklah... bagi sebab Kenapa eislam sukar nak terima dia dan sebagainya... serta banyakkan berdoa... insya Allah dipemrudahkan...

sekadar pandangan... :)

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

khalifah_85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22747
Posting: 437
Dari: johor bahru

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-09-07 07:59


maaf.. lagi satu.. kalau boleh lain kali eislam postkan post sebegini di bahagian suara hati... :) sebab disana lebih sesuai dan kena pada tempatnya... tapi xmengapa lah buat kali ini.. :) syukran

Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifah_85Profil   Hantar PM kepada khalifah_85   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 20:38


asslamualaikum eislamm..apa khabar??semoga masalah awak dah berkurangan..pepn..pendapat saya lah kan..elok awak berbincang dahulu dengan ibunda awak..lagi elok kalau semua ahli keluarga awak dapat bkumpul dan berbincang sama-sama..mungkin dapat cari jalan pnyelesaian dan awak boleh luahkan kat keluarga awak apa yang diri awak nak sekarang..soal nak cari calon suami dan mendirikan rumah tangga bukan main-main kan?? hopefully awak dapat seleaikan masalah awak dengan jalan yang baik..banyak-banyak lah minta dari DIA..or awak cepat-cepat lah cari pilihan hati awak sendiri...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 20:59


assalamualaikum..
cuba kamu berterus terang dengan bunda kamu..bawa berbincang...jangan lupa minta petunjuk Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

eislamm
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2007
Ahli No: 30012
Posting: 28
Dari: pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 12:33


thanks khaliah sebab beri teguran.atas penapat kawan-kawan semua eislamm dah buat keputusan dan harap keputusan ini adalah yang terbaik untuk eislamm dan tak mengguris hati mana-mana pihak..
semoga Allah memberkati kita semua...amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eislammProfil   Hantar PM kepada eislamm   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 14:41


semoga berjaya.. dalam mengharungi masalah eislam...amin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101969 saat. Lajunya....