assalamualaikum w b t
Lama juga dah tak posting. Maaf kalau topic saya ni salah landing. Sebenarnya saya ada kisah menarik nak dikongsi bersama.
Kisahnya begini…
Ada seorang gadis, yang dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang menitikberatkan didikan agama. Dia juga merupakan pelajar yang bijak dan cemerlang dalam pelajaran. Atas kecemerlangannya itu, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Mungkin Allah nak menguji hambanya untuk melihat sejauh mana kesabarannya mengharungi ujian Allah. Di takdirkan Allah, gadis ini gagal dalam pelajarannya. Munkin kerana selama ini dia selalu menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran, maka kegagalannya ini agak sukar untuk diterimanya.
Dia mula menyalahkan takdir Allah. Dia merasakan Allah tidak adil dengannya. Dia juga sudah mula mengabaikan solat (walaupun buat tapi tak lengkap). Namun Alhamdulillah, tudung masih lagi dipakainya (mungkin sebab takutkan ayahnya).
Ditakdirkan Allah, pada suatu hari, dia telah berkenalan dengan seorang pemuda yang menuntut dalam jurusan agama di bumi kinanah. Pada mulanya dia menganggap lelaki itu seperti kebanyakan kawan-kawan lelakinya yang lain, hanya kawan biasa.
Rupa-rupanya tidak. Lelaki inilah yang sering mengingatkannya tentang solat, aurat, ahklak dan sahsiah sebagai seorang muslimah. Tanpa disedari, akhirnya wujud satu perasaan kasih terhadap lelaki yang dia rasakan begitu istimewa itu. Mungkin atas lahirnya perasaan istimewa ini, gadis ini mula berubah. Mungkin betul kata sesetengah orang. Jika nasihat itu datang dari orang yang kita sayang, kita dengan mudah akan mengikutnya.
Gadis ini semakin menunjukkan perubahan positif. Dia mula menjaga akhlak dan tingkah lakunya. Dia juga mula menutup aurat dengan sempurna. Pakai stoking pada kaki dan tangan, bertudung labuh dan lebih selesa berbaju kurung ke mana sahaja. Sifat dan sikapnya turut menyenangkan orang di sekelilingnya.
Atas nasihat kawan-kawan, gadis ini melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk dari Ilahi sama ada lelaki itu diciptakan untuknya… Subhanallah..petunjuk menunjukkan bahawa lelaki itu adalah untuknya.
Disebabkan petunjuk itulah, perasaan gadis itu makin kukuh terhadap lelaki itu. Disebabkan lelaki itu menuntut di mesir, semestinya soal jarak dan masa menjadi masalah bagi mereka dalam menjalinkan hubungan. Namun rupanya tidak. Atas faktor jaraklah, mereka tidak berjumpa seperti pasangan kekasih lain yang bercinta. Dan, atas sebab masa, gadis ini dapat meggunakan waktu malamnya untuk solat sunat tahajud dan lain-lain amalan sunat. Ini kerana waktu lelaki itu menghubunginya agak lewat pada waktu Malaysia.
Namun, takdir Allah lagi sekali mengatasi segala-galanya. Hubungan yang terjalin tak kekal lama. Gadis ini agak kecewa. Namun, subhanallah…kekecewaannya itu tidak kekal lama. Sebaliknya gadis ini makin mendekatkan dirinya pada Allah untukmengubati hatinya. Al-Quran, zikrullah dan lain-lain amalan menjadi penawar dukanya. Kalau difikirkan semula, dulu dia pernah juga kecewa disebabkan gagal dalam pelajaran. Rupa-rupanya Allah hadiahkan dia cinta manusia untuk dia mengenali cintaNYA. Alhamdulillah, kekecewannya kali ini tak mengubah dirinya. Alhamdulillah, dia istiqamah dalam menjalani hidup sebagai seorang mukminah.
Bila ditanya mengapa dia boleh mengatasi rasa kecewa sedangkan dia telah melakukan istikharah. Jawab gadis ni, pada mulanya dia berubah adalah demi lelaki tu. Mungkin sebab firman Allah dalam surah An-Nur (ayat 26) yang menyatakan lelaki baik untuk perempuan baik dan perempuan baik untuk lelaki baik yang menyebabkan dia berubah. Mungkin waktu itu dia nak jadikan dirinya sekufu dengan lelaki itu. mungkin jika waktu itu jika bukan bayangan lelaki itu yang hadir, mungkin perubahan yang dilakukan hanyalah separuh jalan. Dan Alhamdulillah, kini segala-galanya kerana Allah..InsyaAllah.
-----------------
ya ALLAH, pelihara aku dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk,nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenanka