Oleh |
mestikah diri sendiri baik terlebih dahulu baru layak mengajak orang lain kepada kebaikan? |
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-08-07 21:50
kadang-kala kita terhalang menegur kesalahan orang lain kerana teringat diri sendiri yang tidaklah baik sangat... ada juga yang segan mengajak orang lain kepada kebaikan kerana takut dikatakan diri sendiri tidak betul, tegur orang pula... ada juga yang takut termasuk dalam kategori melihat keaiban orang lain tapi aib sendiri tidak nampak... tidak kurang pula yang takut termasuk dalam orang yang hanya pandai berkata tetapi tidak melaksanakan... ada sesetengah orang niat dia memang baik, tegur kesalahan untuk mengingatkan diri dan orang lain... persoalannya mestikah diri kita lebih baik baru boleh tegur kesalahan atau baru layak ajak orang lain kepada kebaikan? kalau boleh kongsi ayat Quran atau hadis-hadis berkaitan hal yang dibincangkan, sangat dialu-alukan... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 24-08-07 22:43
sampaikan walau sepotong ayat
|
Deuter
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.12.2006 Ahli No: 27871
Posting: 39
Dari: Dipuncak pergunungan Malaysia
|
Posting pada: 25-08-07 05:24
kalau kita jahat mana sekalipun.. tegur saja supaya kita tak nak orang tu melakukan kejahtan yang sama macam mana kita lakukan
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 25-08-07 09:43
Pada 25-08-07 05:24 , Deuter posting:!!! QUOTE !!! kalau kita jahat mana sekalipun.. tegur saja supaya kita tak nak orang tu melakukan kejahtan yang sama macam mana kita lakukan boleh juga...tapi bukankah umpama mengajar anak ketam berjalan lurus (betulkah perumpamaan ni...hehe) ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 25-08-07 09:50
ada satu ayat ana dengar tapi tak ingat lah hadis ke apa...ayat nya macam mana jangan pandang siapa yang berkata tapi pandanglah apa yang diperkatakannya...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 25-08-07 11:08
Pada 24-08-07 22:43 , muslimah_johor posting:!!! QUOTE !!! sampaikan walau sepotong ayat ... Ballighu' anni walau ayah... Perkara ni..dia mesti selari...sambil mengajak orang kepada kebaikan..sambil tu juga kita mengajak diri kepada kebaikan... Jika nak tunggu diri baik, semua orang akan beralasan..aku belum cukup baik...tak layak nak nasihatkan orang lain...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 25-08-07 12:49
pernah dengar dari tafsir quran radio ikim... menurut hukama ajaklah orang kepada kebaikan walaupun kamu belum mampu melakukannya dan laranglah orang daripada melakukan kejahatan walaupun kamu belum mampu menghindarinya.... ada sesiapa pernah dengar tentang ni?? ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 [ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 25-08-07 12:50 ]
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 26-08-07 14:56
Pada 25-08-07 09:50 , aleyamaisara posting:!!! QUOTE !!! ada satu ayat ana dengar tapi tak ingat lah hadis ke apa...ayat nya macam mana jangan pandang siapa yang berkata tapi pandanglah apa yang diperkatakannya... salam. ana pernah dengar kata-kata ni dari ceramah yang ana hadiri. dan yang jelas daripada hadis Nabi SAW "...sampaikan dariku walau satu ayat.." wallahua'alam ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 26-08-07 17:10
Pada 25-08-07 09:50 , aleyamaisara posting:!!! QUOTE !!! ada satu ayat ana dengar tapi tak ingat lah hadis ke apa...ayat nya macam mana jangan pandang siapa yang berkata tapi pandanglah apa yang diperkatakannya... dulu-dulu selalu saja kutuk bila org yang tegur saya.. yang dia sendiri xbuat apa yang dia tegur.. tapi bila dah besar2 ni..barulah terfikir balik.. kita manusia ni bukannya semua sempurna.. sshlah kalau nak cari yang perfect.. bertegur2 lah kearah kebaikan.. disamping tegur orang.insyaallah.. kita cuba baiki diri ini juga..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 26-08-07 20:07
Pada 25-08-07 12:49 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! pernah dengar dari tafsir quran radio ikim...
menurut hukama
ajaklah orang kepada kebaikan walaupun kamu belum mampu melakukannya dan laranglah orang daripada melakukan kejahatan walaupun kamu belum mampu menghindarinya....
ada sesiapa pernah dengar tentang ni??
Betul tu...Saya pernah dengar juga... ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
pemburupokok
WARGA SETIA Menyertai: 07.08.2007 Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok
|
Posting pada: 26-08-07 20:09
saya pun pernah dengar... Kenapa?
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 26-08-07 23:01
Pada 26-08-07 20:09 , pemburupokok posting:!!! QUOTE !!! saya pun pernah dengar... Kenapa? cuma nak pastikan yang didengar tu betul... tak silap ada ayat tercelalah siapa yang bercakap tapi tidak melakukan...ni hadis ke atau ada dalam Quran? siapa tahu tolong kongsi...syukran.... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
silmi
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.12.2006 Ahli No: 27946
Posting: 43
Dari: PERAK
|
Posting pada: 27-08-07 03:28
emmm ustz saya kata...walau pun kita xsebaik mana,kita berhak tegur rakan kita kerana sekaligus ia akan mertarbiah diri kita gakkk.....sebab nya kalau kita tak tegur,kita akan berdosa...
|
harlique
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26495
Posting: 258
Dari: shah alam
|
Posting pada: 27-08-07 11:41
xrugi pun buat baik dengan org..
|
islia
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.07.2004 Ahli No: 10058
Posting: 109
Dari: kedah aman selalu
|
Posting pada: 27-08-07 13:18
kalau nak tunggu baik baru nak menegur..bertambah lah bilangan orang-orang jahat..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 02-09-07 16:06
Pada 25-08-07 11:08 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! Pada 24-08-07 22:43 , muslimah_johor posting:!!! QUOTE !!! sampaikan walau sepotong ayat
... Ballighu' anni walau ayah...
Perkara ni..dia mesti selari...sambil mengajak orang kepada kebaikan..sambil tu juga kita mengajak diri kepada kebaikan... Jika nak tunggu diri baik, semua orang akan beralasan..aku belum cukup baik...tak layak nak nasihatkan orang lain... Perkara ni..dia mesti selari... Hadis riwayat Usamah bin Zaid ra., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat nanti seorang lelaki dilemparkan ke dalam neraka, lalu seluruh isi perutnya keluar, kemudian ia berputar membawa isi perutnya itu seperti seekor keledai memutari penggilingan. Lalu penghuni neraka mengerumuninya dan bertanya: Hai Fulan, Kenapa kamu disiksa seperti ini, bukankah kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran? Ia jawab: Benar. Aku dahulu menyeru kepada kebaikan, tetapi aku tidak melakukannya dan mencegah kemungkaran namun aku tetap menjalankannya. (hari Muslim) ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
hyekal
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2006 Ahli No: 21857
Posting: 235
Dari: bndar diRaja
|
Posting pada: 03-09-07 02:49
assalamualaikum, jadi bagaimana halnya dengan kejahatan yang kita sendiri lakukan, kerana jika kita meyuruh seseorang itu meninggalkn sesuatu dosa itu,sedangkn kita ssndiri melakukannya, kita akan diazab dua kali ganda dari org yang melakukannya.. dan jika kita menyurh org lain mninggalkn dosa yang tidak kita lakukan, tapi bila difikir semula, diri ini ada dosa yang lebih besar dilakukan dari dosa yang dilakukan oleh org itu, jadi kita tak jadi menegurnya.. salahkah tindakan itu? wallahu a3lam.
|
islamic_gil
WARGA SETIA Menyertai: 24.02.2005 Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA
|
Posting pada: 23-10-07 09:20
mestilah diri sendiri baik dulu.. ----------------- don't forget to say THANK YOU ALLAH
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 23-10-07 09:22
walaupun kita tak baik sangat..kita kena tegur jika kita lihat kesalahan sahabat2 kita..kalau tak berani tegur secara direct, tegur secara berkias.
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 23-10-07 09:24
of course kita kena baik dulu... ----------------- ~Cemerlang Dunia Akhirat~ [ Telah diedit oleh: RaudhatuL_Muttaqin pada 23-10-07 09:24 ]
|