Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-02-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 2 hari yang lalu
ainunnadwah: 26 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Syahdu sungguh cerita ni.....


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Syahdu sungguh cerita ni.....

Please Mendaftar To Post


Oleh Syahdu sungguh cerita ni.....

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 12:40


Syahdu sungguh cerita ni..... baca!


Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur.
Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama
yang saya lintas ialah Teluk Intan.


Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan
itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih
kurang 12 tahun muncul dihadapan.


'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak
daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abang
dah pesan makanan," jawap saya ringkas.


Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20
minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu
saja.


"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"
kata saya sambil menepuk-nepuk perut.


Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkan
bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih
saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !


Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya
bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati
saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.


Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang
yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan
minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada
agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk
dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.


Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang
12 tahun. "abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk
adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil
tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak
daun pisang penutupnya.


Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan di
hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.
Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang
beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat
mendadak.


Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih
terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat
membantunya.


Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya
saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu
kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.


Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak
itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit
abang tadi pada pengemis tu ? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa
menjawap pertanyaannya.


"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan
tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu
pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis
kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu
lancar.


Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa
banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.


"abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya
kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu
persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima
kasih dan terus berlalu.


Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke
K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??


Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa
kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,
siapa kita sebenarnya !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-08-07 13:02


assalamualaikum....

terharu ana membacanya...
begitulah kalau didikan yang sempurna diberikan...
insyaAllah itulah hasilnya..
moga menjadi ikhtibar kepada kita..
kita tak tahu bagaimana bentuk ujian yang Allah berikan pada kita...
mungkin dengan kedatangan budak tadi..
menguji pemuda itu...
sesungguhnya hatimu sungguh mulia wahai pemuda..
moga kebaikanmu dibalas dengan kebaikan jua

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

Nurana12
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.08.2007
Ahli No: 30817
Posting: 77
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 30-08-07 23:32


rana suka cerita ni..ada pernah keluar dalam tv..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nurana12Profil   Hantar PM kepada Nurana12   Pergi ke Nurana12's Website   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-08-07 23:45


pernah baca kisah ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

nafisah
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 48
Posting: 442
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-09-07 15:41


terharu bila kanak-kanak yang susah macam tu begitu tenang dan bersyukur dengan apa yang ada. jujur sungguh!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nafisahProfil   Hantar PM kepada nafisah   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-09-07 16:23


terharunya.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-09-07 17:17


Assalamualaikum...
syahdu....macam dalam TV3 Sabtu lepas saja.... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 11:19


yela..terharu..sungguh terharu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 12:29


ana stil tharu baca walaupun dah banyak kali dapat kiriman sama cerita ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 25-09-07 12:34


Pada 25-09-07 12:29 , aye posting:

!!! QUOTE !!!

ana stil tharu baca walaupun dah banyak kali dapat kiriman sama cerita ni...


Assalamualaikum

A'ah... walaupun dah pernah baca banyak kali..tapi still rasa terharu sangat-sangat..
kagum dengan budak tu. muhasabah diri sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

SinarNajmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31104
Posting: 40
Dari: putrajaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 12:44


Alhamdulillah insan yang sukar untuk ditemui hari ini.
pengajaran buat Sinar moga lagi berSINAR diri Sinar INSYAALLAH
AMIN..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For SinarNajmieProfil   Hantar PM kepada SinarNajmie   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-08 13:35


terharu baca cerita ini.... :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

nur_kamila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 06.10.2008
Ahli No: 35250
Posting: 62
Dari: kemaman

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-10-08 12:44


sedihnya cerita mana...masih ada lagi org gine dalam dunia.....susah dah nak cari org gine dalam dunia ini...terharu...sedarlah kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_kamilaProfil   Hantar PM kepada nur_kamila   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 12:50


sejuk perut ibu yang mengandungkan anak macam ini....insyaAllah nanti nak didik ana macam te jugak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

muslimahkusza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-10-08 12:50


sejuk perut ibu yang mengandungkan anak macam ini....insyaAllah nanti nak didik ana macam te jugak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahkuszaProfil   Hantar PM kepada muslimahkusza   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 14-10-08 13:40


DAH ADA DALAM TV dan PERNAH BACA banyak KALI.MENGINSAFKAN..GIGIH USAHA DAPAT KEBERKATAN.

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148483 saat. Lajunya....