Oleh |
busana muslimah |
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 23-08-07 10:49
ada sesiapa tengok rancangan busana muslimah kat TV...tak pastilah kat channel mana sebab saya tak tengok cuma selalu nampak iklan saja... Kenapa dikatakan busana muslimah sedangkan jauh menyimpang dari syariat.. memberi maklumat yang salah kepada masyarakat islam yang kurang ilmu agama dan salah faham kepada orang bukan islam.. sedangkan islam itu indah dan salah satunya nampak pada penjagaan aurat wanita...keindahan itu sebenarnya menjadi alat dakwah tanpa kata-kata... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
saifuddin_92
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2006 Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 23-08-07 10:57
tu lah pasal....kadang kadang pelik tengok majalah2 atau apa apa yang berkaitan islam yang nampak baik bagi org biasa tapi sebenarnya menyimpang dari landasan.Adakah layak dipanggil busana muslimah tapi aurat terdedah sana sini. :-|  :-|  :-|  ----------------- www.mujahidin07.blogspot.com
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 23-08-07 11:19
 .. Ana pernah juga lihat pertunjukan fesyen muslimah dalam TV tapi tak ingat rancangan mana. Memang kelakar dan tak logik saja fesyen-fesyen itu untuk digayakan, tak sesuai dengan culture kita pun. Dan yang penting memang tak menutup aurat. Ketat + nampak leher..  ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 23-08-07 11:43
macamana kita nak betulkan perkara ni? saya pernah baca dalam akhbar Mega suatu ketika dulu menyatakan pakai jubah dan tudung labuh tu simbolik orang islam..tersentak hati membaca...hanya simbolik??? banyak pula butik yang kata menjual pakaian yang memenuhi keinginan wanita islam yang ingin bergaya tapi memenuhi kehendak syariat tapi...ya Allah sedihnya hati, faham-faham sajalah
|
laili
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru
|
Posting pada: 23-08-07 12:19
busana muslimah kat tv9..kadang-kadang entah apa-apa baju mereka ini..pakai jubah tapi tudung nampak leher..ishkkk....xsesuai...
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 23-08-07 13:00
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 24-08-07 17:29
bukan saja TV... majalah2 yang islamik pun macam tu juga... buat masa ni belum ada lagi majalah islamik untuk wanita yang betul-betul memperagakan 'busana muslimah' yang mengikut syariat Islam. satu peluang bagi mereka yang sukakan editorial dan bisnes membuat majalah... boleh cuba buat...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-08-07 17:41
Pada 23-08-07 11:43 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! macamana kita nak betulkan perkara ni?
saya pernah baca dalam akhbar Mega suatu ketika dulu menyatakan pakai jubah dan tudung labuh tu simbolik orang islam..tersentak hati membaca...hanya simbolik???
banyak pula butik yang kata menjual pakaian yang memenuhi keinginan wanita islam yang ingin bergaya tapi memenuhi kehendak syariat tapi...ya Allah sedihnya hati, faham-faham sajalah  .. Hmm..memang sedih...kadang-kadang, rasa meluat...
|
aku_hambamu
Warga 5 Bintang Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29921
Posting: 393
|
Posting pada: 24-08-07 17:42
Pada 23-08-07 12:19 , laili posting:!!! QUOTE !!! busana muslimah kat tv9..kadang-kadang entah apa-apa baju mereka ini..pakai jubah tapi tudung nampak leher..ishkkk....xsesuai... hmm..tv9, hari apa dan pukul berapa??? ----------------- _TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 24-08-07 18:08
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 24-08-07 18:09
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 24-08-07 18:09
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 24-08-07 18:10
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 24-08-07 18:10
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-08-07 19:11
Pada 24-08-07 17:29 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! bukan saja TV... majalah2 yang islamik pun macam tu juga... buat masa ni belum ada lagi majalah islamik untuk wanita yang betul-betul memperagakan 'busana muslimah' yang mengikut syariat Islam.
satu peluang bagi mereka yang sukakan editorial dan bisnes membuat majalah... boleh cuba buat...  betul...majalah yang mengaku panduan wanita solehah pun menampilkan imej pakaian wanita yang tak betul... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
qinairaaa
Warga 2 Bintang Menyertai: 30.05.2007 Ahli No: 30115
Posting: 68
Dari: pantai remis, manjung, perak
|
Posting pada: 24-08-07 20:47
ramai yang salah faham dengan istilah menutup aurat. rasanya kena ada satu seminar @ kursus untuk terangkan kaedah pemakaian yang sebenar menurut kehendak syara'. tak ada manusia yang sempurna..... saling membantu dan menegur untuk kebaikan bersama..
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-08-07 22:15
Pada 24-08-07 17:29 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!! bukan saja TV... majalah2 yang islamik pun macam tu juga... buat masa ni belum ada lagi majalah islamik untuk wanita yang betul-betul memperagakan 'busana muslimah' yang mengikut syariat Islam.
satu peluang bagi mereka yang sukakan editorial dan bisnes membuat majalah... boleh cuba buat...  pernah juga terlintas dalam hati jual barangan yang menepati keperluan umat islam... susah cari apa yang kita perlukan contohnya kain yang sesuai untuk buat tudung.. kita survey kedai orang islam cari kain...sebab kenalah tolong saudara sendiri dulu kan...tapi tidak jumpa..ada kain yang saiznya sesuai tapi nipis..ada pula kain tebal tapi saiz tidak sesuai.. akhirnya jumpa dan beli dari kedai orang bukan islam.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-08-07 22:36
Pada 24-08-07 20:47 , qinairaaa posting:!!! QUOTE !!! ramai yang salah faham dengan istilah menutup aurat. rasanya kena ada satu seminar @ kursus untuk terangkan kaedah pemakaian yang sebenar menurut kehendak syara'. tak ada manusia yang sempurna..... saling membantu dan menegur untuk kebaikan bersama.. rasanya tidak semua orang yang tidak tutup aurat tu bukan tidak faham aurat sebenar tapi ada yang kononnya nak bergaya, ada juga yang segan menutup aurat sebab takut diperli manusia atau ada yang beranggapan orang yang tutup aurat tidak semestinya baik jadi tidak apalah tidak tutup aurat pun... mungkin suatu pendekatan baru dan penyelesaian yang lebih berkesan berdasarkan faktor-faktor yang menyebabkan orang tidak menutup aurat selain tidak faham tuntutan syariat sebenar perlu difikir dan dilaksanakan... ada apa-apa cadangan untuk pendekatan dan penyelesaian masalah ini? ya, tiada manusia yang sempurna...jadi marilah kita sama-sama tingkatkan ilmu, beramal dengan ilmu dan perbaiki akhlak...Allah pasti tidak akan sia-siakan usaha hamba-hambaNya... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 [ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 24-08-07 22:38 ]
|
Deuter
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.12.2006 Ahli No: 27871
Posting: 39
Dari: Dipuncak pergunungan Malaysia
|
Posting pada: 25-08-07 05:17
tak tau nak komen apa... bukan nak burukkan sapa-sapa ada jugak dikalangan geng muslimah ukhwah time JK pakai bertutup litup tapi dekat area-area rumah pakai jugak t-shirt sambil sambil sidai kain kat rumah... CAKAP TAK SERUPA BIKIN
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 25-08-07 09:53
Pada 25-08-07 05:17 , Deuter posting:!!! QUOTE !!! tak tau nak komen apa... bukan nak burukkan sapa-sapa ada jugak dikalangan geng muslimah ukhwah time JK pakai bertutup litup tapi dekat area-area rumah pakai jugak t-shirt sambil sambil sidai kain kat rumah...
CAKAP TAK SERUPA BIKIN kalau muslimah yang pakai bertutup litup pakai t-shirt longgar lengan panjang dan track suit untuk bersukan atau bersenam macamana? takkan jogging pakai baju kurung... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 [ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 25-08-07 09:54 ]
|
laili
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2003 Ahli No: 3366
Posting: 154
Dari: kota bahru
|
Posting pada: 25-08-07 10:35
hari ahad agaknya tengahari ..even saya pakai jubah dan tudung labuh,bila org lain buat macam itu dan melabelkan itu adalah busana muslimah, ia seolah-olah mempermainkannya....sedangkan ia bukan pemakaian yang sebenar...
|
saifuddin_92
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2006 Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 25-08-07 11:10
Pada 25-08-07 09:53 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-08-07 05:17 , Deuter posting:!!! QUOTE !!! tak tau nak komen apa... bukan nak burukkan sapa-sapa ada jugak dikalangan geng muslimah ukhwah time JK pakai bertutup litup tapi dekat area-area rumah pakai jugak t-shirt sambil sambil sidai kain kat rumah...
CAKAP TAK SERUPA BIKIN
kalau muslimah yang pakai bertutup litup pakai t-shirt longgar lengan panjang dan track suit untuk bersukan atau bersenam macamana?
takkan jogging pakai baju kurung...
kan ada rukhsah dalam menutup aurat bagi perempuan.. ----------------- www.mujahidin07.blogspot.com
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 25-08-07 11:27
Pengertian Tabarruj Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan. Al Bukhari Rahmatullahi ‘Alaihi ada berkata : “ Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang gangguan maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj) Larangan Tabarruj Dan Kaitannya Dengan Wanita Islam Maka dengarlah wahai wanita-wanita Islam semua, segala suruhan Allah swt andainya anda semua beriman denganNya, Allah ada berberfirman : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ” ( QS An Nur : 31) Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud : Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya.. Bukanlah terhenti di bahagian kepala dan leher sahaja malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Pastikan kain tudung itu mestilah besar sehingga menutup ke dada. Wanita-wanita Arab pada zaman Jahiliyah dahulukala ada yang berkelumbung kepala dan menutup bahagian leher mereka.Tetapi muka mereka terdedah, bahagian depan leher mereka dan dada mereka juga terdedah . Kadang kala baju kurung yang dipakai oleh wanita Melayu walaupun sudah dikancing biasa juga menampakkan sebahagian kecil daripada dada, dan masih menzahirkan bentuk buah dada dengan menonjol.Oleh itu wajiblah ditutup dengan kain tudung atau kelumbung yang besar, dan jangan pandang remeh terhadap perkara ini.Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya maka sudah jelas ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah swt. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak. Awas ! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud : Janganlah menampakkan perhiasannya Rasulullah saw bersabda : Telah berkata Aishah .a :” Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi s.a.w dengan memakai busana yang nipis.” Maka Nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’, sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.” “Perempuan itu apabila telah cukup umurnya tidak boleh dilihat daripadanya kecuali muka dan tapak tangannya hingga pergelangan” Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan dianggota badan atau dipakaian adalah boleh membawa fitnah. Dengan ini Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah tertentu pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu. Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan ini juga dinamakan TABARRUJ. Ada pula dikalangan wanita yang bertudung disamping tudung ini diletakkan pula diatasnya sulaman bunga dan corak yang menarik, manakala rambutnya yang dibahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung dan terjuntai menutupi sebahagian dahi . Andainya angin meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu. Ada fesyen pula rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, selepas itu diletakan dengan kain tudung semakin jelas bentuk tubuh dan keindahan mahkotanya. Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang dan kononnya supaya dianggap orang bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah di samping pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman. Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian adalah salah. Allah swt lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini beerti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up . Ada pun di kalangan wanita bertudung sudah sempurna menutupi dada dan bahagian tubuhnya yang lain, tetapi mengenakan seluar panjang seperti ‘jean’ dan berbagai fesyen seluar di pasaran . Dengan hanya memakai baju lengan panjang separa bawah pinggul dan memakai seluar sebenarnya masih belum sempurna menutup aurat dan perbuatan ini boleh diistilahkan sebagai bertabarruj, sedangkan tabarruj itu haram. Ini kerana orang masih boleh melihat rentak dua kaki anda ketika berdiri dan ketika kaki dihayunkan ketika berjalan . Tetapi jika anda memakai kain mustahil orang lain dapat memerhatikan hayunan kaki anda. Jadi tidak salah sekiranya anda memakai kain dan memakai seluar panjang di dalamnya. Kerana rata-rata wanita beralasan bahawa memakai kain atau jubah menyukarkan mereka untuk bergerak apatah lagi melakukan aktiviti yang lasak di era moden ini. Ini adalah pernyataan bagi orang yang beralasan kerana lebih mengutamakan hawa sendiri dari perintah Allah. Sedangkan kita diperintahkan mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia. Seterusnya kita melihat firman Allah : Dan janganlah mereka memukulkan kakinya Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Perempuan beriman dilarang memukul atau menghayun kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan .Ini akan mendatangkan fitnah kepada lelaki ajnabi sekiranya mendengar bunyi gemerincing pada gelang kaki tersebut. Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al Ahzab : 59 ) Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada aurat wanita juga. Pengaruh suara wanita ke atas hati lelaki memang diakui juga oleh ahli-ahli psikologi moden. Oleh itu wanita yang beriman hendaklah jangan melunakkan suara mereka kepada lelaki ajnabi ketika ketika mereka sedang bermuamalah. Tetapi apa yang berlaku sekarang muda mudi kita kebanyakkan berebutan untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Berbagai bentuk rancangan realiti tv diperkenalkan bagi mencungkil bakat yang terpendam seperti menyanyi , berlakon dan bidang peragaan. Apakah yang dikejar? Populariti yang tidak pasti atau Redha Allah yang berkekalan? Selain itu, wanita dilarang sama sekali mengenakan bau-bauan atau perfume ketika keluar dari rumah . Di mana Rasulullah saw bersabda “Wanita apabila memakai wangi-wangian kemudia berjalan melalui majlis(laki-laki) maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi) Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki.Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki terutama bagi mereka yang mempunyai syahwat hayawaniyyah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan dihadapan mereka.Andainya makanan yang enak terbentang dihadapan mereka, mata siapakah tidak terbeliak? Selera siapakah tidak terbuka? Natijah daripada ini pula Allah swt tidak ketinggalan untuk memerintahkan kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya : “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (QS Annur : 30) Demikian juga Allah menyuruh wanita supaya menahan pandangan mereka dalam surah An Nur , ayat 31.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 25-08-07 11:30
 .. Hmm...detail betul muslimah johor bagi...saya pun ada gambar tu...memang bagus jika boleh disebarkan kepada orang lain...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 25-08-07 11:36
Pada 25-08-07 11:10 , saifuddin_92 posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-08-07 09:53 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-08-07 05:17 , Deuter posting:!!! QUOTE !!! tak tau nak komen apa... bukan nak burukkan sapa-sapa ada jugak dikalangan geng muslimah ukhwah time JK pakai bertutup litup tapi dekat area-area rumah pakai jugak t-shirt sambil sambil sidai kain kat rumah...
CAKAP TAK SERUPA BIKIN
kalau muslimah yang pakai bertutup litup pakai t-shirt longgar lengan panjang dan track suit untuk bersukan atau bersenam macamana?
takkan jogging pakai baju kurung...
kan ada rukhsah dalam menutup aurat bagi perempuan..
boleh kongsi berkenaan rukhsah menutup aurat? syukran ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 25-08-07 11:38
kalau ikut mazhab lain lain pulak ...
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 25-08-07 12:16
Pada 25-08-07 11:38 , mmas_forever1991 posting:!!! QUOTE !!! kalau ikut mazhab lain lain pulak ... menurut para imam 4 mazhab: imam Abu Hanifah .h: "seseorang tidak boleh mengambil (berpegang) pada pendapat kami jika dia tidak mengetahui dari mana sumber itu diambil." imam Malik bin Anas .h: "tidak ada seorang pun selepas Nabi saw (wafat) melainkan perkataannya boleh diambil atau ditolak. (kecuali) perkataan Nabi saw sahaja (yang boleh diterima dan tidak boleh ditolak)" imam Syafie .h: "apabila hadis itu sahih, itulah mazhabku" tambahnya lagi: "umat Islam telah berijmak, tidak boleh meninggalkan sesuatu yang telah pasti dan menepati sunnah Rasulullah saw. bukan semata-mata berpegang pada pendapat seseorang" imam Ahmad bin Hanbal .h: "sesiapa yang menolak hadis Rasulullah saw, dia telah berada di tepi jurang kebinasaan" maklumat ini telah dirujuk daripada sebuah buku..... mungkin kita perlu menambahkan ilmu tentang panduan hidup bermazhab... ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 [ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 25-08-07 12:21 ]
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 25-08-07 12:19
ya kita perlu belajar dengan ilmu saja kita boleh berjaya di dunia dengan akhirat
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 25-08-07 12:33
Pada 25-08-07 12:19 , mmas_forever1991 posting:!!! QUOTE !!! ya kita perlu belajar
dengan ilmu saja kita boleh berjaya di dunia dengan akhirat kita jaga harta tapi ilmu jaga kita...pentingnya ilmu...malah Allah tinggikan darjat orang berilmu... ilmu - amal = rugi ilmu + amal - akhlak = rugi ilmu - amal - akhlak = rugi besar ilmu + amal = untung sedikit ilmu + amal + akhlak = untung berganda ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 [ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 25-08-07 12:34 ]
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 25-08-07 21:27
betullah tu, kononnya busana muslimah tapi hakikatnya tidak. mereka sekadar mengambil pakai tudung, pakai lengan panjang kira betul busana muslimah lah walaupun ketat ke sendat..  mereka ini menimbulkan kekeliruan terutama kepada remaja yang baru berjinak dengan islam.. waallahu'alam semoga kita terpelihara ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
ain95
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30803
Posting: 36
Dari: melaka
|
Posting pada: 16-09-07 23:04
pernah tengok iklan busana muslimah tu...nak tergelak tengok org bertelekung pakai kasut tumit tinggi...
|
agmnhob
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2007 Ahli No: 30706
Posting: 269
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 16-09-07 23:53
ada buslimah ..hehe ramai dah lupa pengertian tabarruj ....
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 17-09-07 08:35
 wwt... Ana pun ada tengok F.C Busana muslimah kat TV tu..ana fikir tu busana ala Barat..tersasar jauh dari apa yang sepatutnya... kat First Lady..ada menjual Busana Muslimah..style jubah..sesuai untuk dipakai..warna-warna seperti maroon and warna gelap..Ana dah beli satu..cantik dan up-to-date..insyaALLAH,menepati citarasa dan yang penting menutup aurat..  ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 17-09-07 08:52
.. ikut peredaran zaman katanya.. siapa kata wanita bertudung tidak boleh "glamour" dan berfesyen.. "up to date".. "trendy".. adoiii.. biasala.. ketat2 itu baru menawan.. nanti kena mengawan baru mereka tau.. ish2.. nauzubillah hi minzalik..
|