Seperti biasa aku bersama adik perempuanku akan riuh di dapur. Bercerita apa sahaja, tentang kawan-kawan, tentang keluarga kami, tentang jiran-jiran, malah semua topik yang rasa-rasa best untuk dibicarakan kan akan kami jelajahi. Dan selalu sahaja kami terpaksa bercerita separuh menjerit bila salah seorang dari kami giat menumbuk bawang.
Selesai kerja di dapur, masing-masing mula bersihkan diri dan tidak lupa menunaikan kewajipan pada yang Maha Esa.
"Hai, sengih-sengih nampak? Lain macam saja tengok sekarang ni?" Selesai melipat sejadah aku cepat-cepat membaringkan diri di sebelah adikku ini dan berpura-pura hendak membaca mesej pada skrin handphone nya.
"Oit, apela..mana boleh baca mesej org!" adikku merenggangkan sedikit badannya dariku. Aku yang perasan dengan perubahan adik perempuanku ini diasak dengan pelbagai soalan. Seingat aku, adikku selalunya tidak lokek untuk berkongsi mesej dengan aku, malahan kadang-kadang akula yang menjadi tukang baca SMS untuknya.
”Haa..anda sekarang dah ada pakwe ek? Baik anda cakap. anda kan adik aku,sekali pandang aku tau anda dah ada pakwe sekarang.. kan?..kan?..”Entah Kenapa air muka adikku berubah tatkala aku melontarkan pertanyaan cepumas itu.
”Ateh,saya nak berterus terangla dengan awak...”dan saat itu adikku pun mula bercerita.
”Dup!! Selepas mendengar pengakuan berani adikku. Aku mencapai handphoneku dan dengan kasar aku men ”dail” no yang sepatut dan selayaknya aku dail.
Sebaik mendengar talian di hujung sana bersambut. Aku terus bersuara kasar. ”Hello Rez, adik aku dah cerita semuanya, lepas ni anda tak payah cari aku lagi, sebab anda lelaki yang aku paling benci kat dunia ni. Aku benci kat kau!!” jeritku puas..
Dan serentak dengan itu juga empangan air mataku pecah. Aku menangis semahu-mahunya, dan semestinya bukan di depan adikku. Aku mengasingkan diriku di dalam bilikku sendiri.. menangis..menangis,aku mencari diari, dan kesemua catatanku yang berkenaan dengan Rez aku koyakkan..aku benci..benci..dan gambar..semua gambar Rez aku koyak dan lontar dalam bakul sampah!.
Dan memori lama mula bermain di kepalaku, satu persatu. Aku teringat bagaimana aku mula rapat dengan Rez. Aku tahu Rez berpenyakit,entah penyakit apa aku pun kurang pasti. Tapi yang pasti,dia selalu tidak hadir ke kuliah, yang satu itu memang aku pasti.
Aku yang kebetulan pada sem itu sekuliah dengannya, selalu menjadi tempat untuknya meminjam nota. Dalam keadaan yang salo kerap berjumpa, entah angin mana yang melanda Rez, akhirnya dia meminta aku untuk menjadi temannya, teman yang lebih dari seorang kawan.
Aku yang sememangnya daif dalam soal itu, menolak mentah-mentah, tambahan pula aku dah menganggap Rez sebagai sahabat baik dan selebihnya aku banyak bersimpati ke atas dirinya yang berpenyakit. Mana mungkin aku akan menukar status dari seorang sahabat baik kepada ”teman istimewa”?
Namun rupa-rupanya Rez bukan lelaki yang cepat berputus asa, setiap hari ada sahaja perkara yang kuanggap pelik yang dilakukannya semata-mata ingin mengambil hatiku. Aku yang pada mulanya serba-salah, akhirnya membuat keputusan untuk cuba menyayangi dirinya. Aku teringat pepatah yang berbunyi, hati perempuan ibarat kerak nasi, kalau direndam air, akan lembut juga.
Tapi, tatkala hatiku mula menyayangi dirinya, dia telah terlebih dahulu mencintai adikku? Dan.. dan kini adikku juga telah membuat pengakuan yang dia amat mnyayangi Rez? Ah..gurauan apakah ini. Aku bingung..dimanakah silapku?
Dan diluar bilikku aku terdengar handphone adikku berbunyi, dan aku tau, itu panggilan dari Rez. Hati aku makin sakit. Aku ni siapa di mata Rez? Sanggup dia melakukan perkara ni kepada aku. Aku sangka kan dia akan tergesa-gesa menelefon aku untuk menjelaskan perkara sebenar, tapi...